WARKAH RINDU TIADA HUJUNGNYA BUAT KANDA
Allahu Akhbar
Sudah lama nanda sepikan bunda
Duhai nandaku nun di benua sana
Adakah nanda sudah lupakan persahabatan kita
Apakah khilaf yang bunda lakukan hingga tega
Nanda sepikan rinduku ini
Siang dan malam bunda menanti
Kiriman warkah rindumu di ombak sepi
Tapi masih sepi
Sesepi pantai di rimba ini
Cuma yang kedengaran
Hempasan ombak menghempas pantai
Bunda rasa terhibur pabila
Deruan ombak menyanyikan lagu rindu
Bunda teruja mendengarnya
Dan bunda teringat akan Kebesaran Tuhan
Mencipta lautan sebegini indah
Bunda duduk di atas batu yang di kelilingi
Bebatuan yang banyak
Sambil melemparkan pandangan
Di lautan yang terbentang luas
Dan teringat dengan janjimu
Untuk datang ke Istana Rimba ini
Setiap kali bahtera yang datang
Gembira hati bunda
Kerna salah satu bahtera yang banyak
Itu adalah bahtera diRaja nanda
Tapi hampa...
Bunda pulang dengan hampa...
Sampai di istana
Dayang-dayang
Menghidangkan
Pelbagai juadah
Tapi tiada selera untuk
Bunda menjamahnya
Mereka tetap juga memaksa
Agar bunda hingga
Mereka juga tidak mahu santapan
Dan mereka menyuap bunda santapan
Sambil menyapu air mata bunda
Dengan daunan kasih
"Tuanku Putri Rimba...
Tak usahlah ditunggu lagi...
Mungkin Ananda Tuanku terlalu sibuk menguruskan negaranya...
Bukankah Tunku Putri mengajarkan pada kami bahawa
Urusan negara adalah lebih penting daripada kepentingan sendiri
Makanya Tuanku Putri fahamlah keadaan Tuanku diRaja."
pujuk dayang penghuni rimba yang sangat sayang pada Putri Rimba.
"Betul katamu dayang...tapi beta ini terlalu percaya akan
janji Tuanku diRaja...kalau satu purnama tak apa beta menunggu
ini sudah berpurnama-purnama masih lagi tidak ada tanda-tanda kehadiran Tuanku DiRaja. Adakah Tuanku DiRaja sudah lupakan beta?"
"Patik rasa tuanku Putri ini sedang di lamun rindu..adakah Tuanku rindukan Tuanku diRaja?"
"Bukan begitu beta maksudkan...kerna hubungan kami tidak lebih daripada persahabatan di antara dua benua...rindu dan kasih beta
hanyalah kasih seorang sahabat ....salah ke ?"
"Tak salah Tuanku Putri....bersahabat biar ramai...berkasih biar satu..."
"Apa maksudmu dayang?"
"Tuanku Putri....jawab sendirilah...."
Suasana Istana Rimba hiruk pikuk dengan gelak ketawa penghuni rimba apabila Putri Rimba kesayangan mereka hilang daripada rasa dukacita.
Beginilah keadaan dinda setiap hari nanda...sentiasa bergurau senda
dengan penghuni rimba tanpa ada hati-hati terluka ...sentiasa menyayangi di antara satu sama lain. Inilah kehidupan yang bunda dambakan dan Allah SWT telah mengurniakan. Mana bisa mungkin bunda akan tinggalkan kehidupan yang aman dan harmonis ini.
Makanya demi persahabatan kita yang ikhlas ini bunda akan setia menunggu nanda...di ombak rindu ini jika nanda tidak datang juga kerana kesibukan urusan negara... bunda faham kerna bunda pun begitu mengutamakan penghuni rimba daripada kepentingan bunda sendiri....biarlah rindu ini menjadi perindu setia pada ombak rindu yang tiada penghujungnya.
WARKAH RINDU TIADA HUJUNGNYA BUAT KANDA DI INDONESIA
DARIPADA DINDA PUTRI RIMBA NIAGARA DI MALAYSIA
16 April 2012
;
0 comments:
Post a Comment