Thursday, 4 October 2012

PUISI GERHANA BULAN LUAHAN RASA




UNTUK ADINDA Angin Retak (PUNGGUK BERLAGU):-

Sunyi sepi rasa di laman,
bagai tidur tak berteman,
angin laut cina selatan,
mula gerak bertiup perlahan;
Adinda angin sedang keuzuran,
gambarnya pula tak kelihatan,
suara diam tak kedengaran,
kalamnya hilang apa gerangan;
Sabarlah adinda sedang bertahan,
itu semua ujian Tuhan,
hadapilah dengan tenang,
agar sakit tidak melarat,
sakit itu adalah ibadat,
bagi menguji ketahanan qudrat,
pahala melimpah datang mendarat,
banyakkan mengucap seberapa dapat,
insyaAllah di sembuh cepat.

Oktober 051040H/2012.
Unlike · 
  • You and Ramlee Wahab like this.
  • Ratu Rimba Niagara Moga Kanda Angin Retak cepat sembuh Aamiin.
    Tiadalah si pungguk sepi lagi ye
    Sentiasa berlagu pilu
    Memanggil Kanda Angin Retak sentiasa berentak-rentak
    (hehehe)
    12 hours ago · Edited · Like · 1
  • Gerhana Bulan :
    Pabila alunan berentak-rentak,
    maka hilanglah retak,
    angin pastinya bisa bersuara lagi,
    mampu memecah sunyi,
    sepi akan riuh kembali.....
    Jom gi klaut wee...!!! hehehe
    11 hours ago · Unlike · 1
  • Ratu Rimba Niagara Buang yang keruh 
    ambil yang jernih
    kita tak nak gaduh-gaduh
    dalam puisi kita berkasih
    (hehehehe)
  • Ratu Rimba Niagara Indahnya gerhana bulan
    Hatiku juga yang bergerhana
    Ibarat si pungguk rindukan bulan
    Apa nak buat buat kujuga yang merana....hehehehe
  • Ratu Rimba Niagara Kanda retak jangan merajuk
    Mari sini dinda pujuk
    Tak manislah lelaki merajuk
    Dinda pun tak larat memujuk
    (hehehehe)
  • Ratu Rimba Niagara Duhai kanda angin retak budiman
    Maafkan dinda jika tersalah fahaman
    Bukan sengaja memisahkan
    Ingin menjaga sebuah kedamaian
  • Ratu Rimba Niagara Biarpun terpisah kasihmu kasihku
    Hati kita tetap bersatu kasih
    Tiada mu ku rindu
    Moga kita sentiasa tersimpul kasih
  • Ratu Rimba Niagara moga kanda angin retak segera sembuh 
    mungkin ada hikmahnya sakit dideritai
    kami disini doakan kanda retak sembuh
    bersama bersiaran karya di SMS nanti
  • Gerhana Bulan :
    Biar sentiasa jernih,
    jangan dikeruhkan yang dah berkeladak,
    kita bukan budak-budak,
    perlu di pujuk atau di ajak;
    Bila berkenang,
    sama bersajak,
    barulah sampai hajat,
    luahkan apa tersirat,
    supaya terpikat.....hehehe
  • Ratu Rimba Niagara Hajat hati nak bersajak berpuisi bersama-sama rakan 
    Tapi apakan daya hajat tak sampai
    Tak relaku dihina dikutuk ke mana pergi
    Di mana ada aku di situ ada dia
    Hingga tak senang aku bersajak berpuisi
    Kerana tak mahu jadi seperti budak-budak
    Relaku indur diri demi sebuah kedamaian semua
    Apapun ku rindu pada semua teman yang sudi 
    Mengasihiku kerana-Nya
    11 hours ago · Like · 1
  • Gerhana Bulan :
    Dia ada di mana-mana,
    kita tak mampu lari Dia,
    kerana esok akan menemui Dia;
    Maka dia pada nama makluk,
    kita tak perlu lari dari dia,
    kerana dianya juga adalah hamba,
    sama saperti kita;
    Biar bersemuka,
    dapat perbetul segala bicara,
    jangan di murka,
    takut hilang adab pusaka,
    agar kita mengenali kita.
  • Ratu Rimba Niagara DEMI KEDAMAIAN SEMUA RAKAN-RAKAN SASTERAKU

    Yang kufikirkan sekarang ini
    Bersajak berpuisi biarpun tanpa rakan-rakan
    Jiwaku tenang 
    Tika mengarang
    Tiada siapa lagi 
    Yang hendak melukakan 
    Hatiku tika mengarang
    Hanya kepada-Nya
    Kuserahkan segala-NYa
    Agar aku diberi peluang 
    Sentiasa mengarang walaupun tanpa rakan-rakan
    Yang sentiasa kukasihi sepenuh hati sastera...
    Salam kasih salam sayang untuk semua rakan sastra
    Yang sudi membalas kasih dan sayang sastraku ini
    Dari hamba di rimba yang sunyi ini
    Di setiap malam 
    Bila bulan purnama
    Biarpun bulan bergerhana
    Jadilah aku si pungguk rindukan bulan
    Meratap pilu sayu ...sayu....sayup.....
    Memanggil-manggil nama rakan sastraku
    Menangis hiba
    Terdera rindukan semua...
    Tak apalah kuredho
    Atas perpisahan ini
    Demi kedamaian semua rakan-rakan sasteraku

    Hamba Si Pungguk Putri Alam Nilam Purnama
    Ratu Rimba Niagara
    Istana Rimba Niagara
    Malaysia/Indonesia
    4 Okt 2012
    11 hours ago · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara MOYANG DAN ANAK CUCU TAK DAPAT DIPISAHKAN

    Duhai tuan hamba yang baik budi
    Sudah kubersemuka
    Sudah kumerayu-rayu
    Memohon maaf 
    Atas segala kekhilafanku
    Padanya
    Tapi dia masih tak sudi memaafkan
    Malah di mana-mana ada aku
    Di situ ada dia
    Dan ku berjanji pada diriku
    Akan undur diri
    Jika ada dia
    Undur diri bukan berarti aku kalah
    Aku mengalah kerana DIA
    Kerana DIA Yang Maha Tahu
    Isi hati hamba-Nya
    Aku tak mahu mati
    Dalam kemelut duka sastra
    Yang tak kesampaian
    Gara-gara dia seorang ...dua....tiga...dan...seterusnya
    Semuanya menjadi seteru sasteraku
    Aku tak mahu dimatikan
    Sebelum dimatikan
    Aku tak mahu dikatakan
    Kelentang kelantang kelentung tin kosong
    Bercakap kosong hasil tak ada
    Aku tak mahu seperti lembu cucuk hidung
    Mempengaruhi orang dengar kataku
    Sedangkan aku tak fikir pun begitu
    Biarlah aku tanpa teman-teman sastra 
    Berhujan berpanas sendirian
    Asalkan aku ada DIA
    Sentiasa memahami...
    Aku...kau...dia...dan semua...
    Sampai masa akan dipanggil pulang
    Dan akan diperhitungkan
    Segala kata-kata nukilan yang ditulis
    Moga sebelum dijemput pulang
    Kita sama-sama dapat memartabatkan
    Seni Sastera SeNusantara untuk diwariskan
    Kepada anak cucu SeNusantara
    Yang mereka pernah mempunyai moyang
    Yang berkarya setulus hati 
    Demi meraih kasih sayang ILAHI
    Kasih sayang anak cucu
    Agar terbuka hati anak cucu
    Menghadiahkan sepotong
    Al-Fatehah untuk moyang mereka tercinta
    MOYANG DAN ANAK CUCU TAK DAPAT DIPISAHKAN
    WALAUPUN SUDAH TERPISAH ALAM
    ALAM DUNIA DAN ALAM BARZAH

    Moga Allah Azzawajallah memakbulkan doa semua moyang sastera,
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

    Moyangmu yang mencintaimu sepenuh hati dan jiwa ,
    Putri Alam Nilam Purnama
    Ratu Rimba Niagara
    Istana Rimba Niagara
    Malaysia/Indonesia
    4 Okt 2012
    11 hours ago · Like · 1
  • Gerhana Bulan :
    Kadang kita terlindung disebalik rupa,
    bicara kadang terlindung disebalik bahasa,
    gerak juga mungkin terlindung disebalik laku;
    Maka ini mungkin membuat kita cemburu,
    mungkin juga rasa terbuku,
    yang bisa membuat kita kaku;
    Itu semua hanyalah bagai hantu,
    menghasut kita setiap waktu;
    Biar hati dan kata dapat bersatu,
    pasti kekecewaan hilang bagitu;
    Mari kita bersastera dan terus maju,
    sebagai penentu hala tuju;
    Jangan kerna dihantui rasa,
    kita terus berlalu,
    dan rasa malu,
    sedang maseh rasa rindu;
    Hidupkan semangat mu dahulu,
    agar membiak saperti dulu,
    bahasa nusantara tak dimamah waktu,
    dek di campur aduk dengan bahasa kutu;
    Pertahankan keindahan bahasa selalu,
    itulah peninggalan nenek moyang sejak dulu;
    11 hours ago · Unlike · 1
  • Ratu Rimba Niagara GERHANA SASTERA PELANGI CINTA SASTRA SENUSANTARA

    Duhai sahabat sastraku gerhana bulan...
    Boleh kutanya jangan marah ye
    Kenapa kau gelarkan dirimu gerhana bulan
    Sedangkan ku tahu hatimu sentiasa berpelangi cinta
    Pelangi cintamu muncul di siang hari jua di malam hari
    Indah...indah...indah...
    Pelangi cintamu itu
    Itulah pelangi cinta sasteramu sastraku sastra SeNusantara

    Tapi tidak gitu sangkaanku
    Kau tetap juga bulan yang bergerhana
    Adakah hatimu sedang bergerhana juga
    Cubalahlah beri peluang untuk hilangkan gerhanamu itu

    Dirimu dan aku tidak berbeda
    Kau bergerhana
    Aku juga bergerhana
    Karna kita bersederhana
    Biarlah kita tidak dipandang mereka
    Tapi Insya-Allah Allah memandang kita
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin 

    RATU RIMBA NIAGARA
    4 Okt 2012
    (ADMIN GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
  • Gerhana Bulan :
    Mungkin ini akan menjadi terus rahsia,
    cahaya bulan yang lembut dan sejuk,
    kerap terhalang dek awan hitam;
    Tika munculnya semua bergembira,

    namun lain pula pada jangka;
    Mereka semua kesejukan,
    berendam ia di air mata;
    Bulan mampu bersuara,
    tapi antara mereka tak dengar kata;
    Mereka dengan cara mereka,
    mereka mudah terpedaya,
    masing-masing mengejar harta,
    sedang ramai yang derita,
    itulah tipu daya;
    Bulan tak mampu berlindung disebalek rupa,
    maka Bulan elok Gerhana saja,
    kerana Bulan rasa bahagia,
    dapat bersujud pada yang esa.
    10 hours ago · Unlike · 1
  • Gerhana Bulan :
    Puisi Gerhana Bulan luahan rasa,
    jiwa tenang,
    rasa selesa;
    Inilah sebenarnya identiti Gerhana Bulan.
    10 hours ago · Unlike · 1
  • Gerhana Bulan :
    GB akan berundor diri dahulu,
    kerana bergerak ke utara tanah air,
    bagi menemui sahabat yang perlu,
    hari yang sama balek semula,

    InsyaAllah malam berjumpa semula,
    hanya 120km perjalanan sehala,
    itu pun waktu berjumpa tak ambil kira....hehehe
    10 hours ago · Unlike · 1
  • Ratu Rimba Niagara Gerhana bulan bukan sebarang gerhana
    Gerhana terlindung di sebalik bulan
    Moga selamat perjalanan ke sana
    Biarpun bergerhana masih indahmu bulan
    hehehe
  • (PETIKAN DARIPADA WALL RAMLEE WAHAB & GRUP PUJANGGA
    RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    4 Okt 2012  

0 comments:

Post a Comment

 
;