Sunday, 30 September 2012

HATI PUJANGGA SESEJUK SALJI PERGUNUNGAN HIMALAYA




PUJANGGA SESEJUK SALJI DI PERGUNUNGAN HIMALAYA

Hati pujangga
memang sukar diramal
ramalan kaji cuaca pun tak bisa meramalnya
diri sendiri pun tak bisa meramalnya
kerana hati pujangga
terlalu cepat terguris
terlalu sensitif
bagaimana dia peka dengan keadaan sekeliling
begitu juga dengannya
hati pujangga lekas panas
hati pujangga lekas sejuk
sesejuk salji di pergunungan himalaya
tapi jika hati pujangga lekas panas
dan panasnya tidak juga reda-reda
ini pasti awan kepanasannya sentiasa bergerak aktif
diaktifkan oleh kelompok-kelompok awan hitam
yang membaluti hati panasnya
agar panasnya kian membahang-bahang
jika tidak dirawat segera dengan kelompok awan putih
akan beruwap-wap lantas meletus
seperti letusan gunung berapi
berapi mengeluarkan lahar
dan laharnya akan merosakkan
sungai-sungai yang mengalir tenang
semuanya musnah dalam sekelip mata
dan tiada akan lagi kuntuman-kuntuman
bunga-bunga Syurga yang hidup di kiri kanan sungai
sungai-sungai nan indah di pandang mata
menjadi tandus
mati lesu dan hambar

Hati pujangga
terkesima
melihat alam yang indah
musnah sekelip masa
gara-gara hati pujangga
yang panasnya menjadi letusan lahar

Hati pujangga
bermuhasabah diri
menginsafi diri
hidup tak pernah sempurna
menyempurnakan kehidupan orang lain
kehidupan sendiri terabai
kezaliman diri sendiri
yang tak dapat dimaafkan

Hati pujangga
dikurniakan bakat
bukan untuk menyakat
bukan untuk menyakiti
bukan untuk berdengkian
kerana hati pujangga
pabila dia berkarya
adalah dari kalbu
bukan dari hati panas membara-bara
jika dari kalbu
karya nukilannya sentiasa bertenaga
apa yang dikaryakan
adalah untuk muhasabah dirinya sendiri
kerana merasakan dirinya hamba-Nya
yang terlalu kerdil
dan sentiasa menghargai Kurniaan bakat dari-Nya
tanda Syukur dia bergelar pujangga
Pujangga Tuhan
Pujangga insan
yang mahu mempersembahkan karya-karyanya
di hadapan Robbul Idzati
dengan sepenuh harapan karyanya diterima
sebagai bekalan di akhirat nanti
sebab itu hati pujangga mesti sesejuk salji di pergunungan Himalaya

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
6 Sept 2012
2 hours ago · Like · 1


TIADA KATA SEINDAH BAHASA

tiada kata seindah bahasa
bahasa bukan dipertuturkan
mengikut rasa lidah
tapi mengikut bahasa hati
tidak juga mengikut bahasa hati
kerana bahasa hati jiwa jadi celaru

tiada kata seindah bahasa
kata datang dari jiwa yang dimahu
jiwa yang datang dari cahaya
cahaya Nur Ilahi
berkemilau
menyilau
meresap ke hati meresap ke jiwa
rasa aman tenteram jiwa
rasa bahagia mendengar

tiada kata seindah bahasa
ditulis bukan mengikut rasa
ditulis mengikut gerak jiwa rasa
penuh berhati penuh daya fikir
agar ditulis diiringi doa pada yang Esa
moga apa yang ditulis
memberi manfaat buat diri sendiri
buat mereka yang membaca

tiada kata seindah bahasa
jika semua pujangga
menulis gaya tersendiri
memeriahkan warna-warni hati
berpelangi-pelangi cintakan Ilahi
berseri-seri di laman hati
indah...lindah...indah...
seindah Taman-Taman Syurga
bilamana berpadunya warna-warni hati
pujangga di laman-laman maya
sedia berbakti
pada Ilahi
pada apa yang DiCipta-Nya
di langit dan di bumi
pasti di langit dan di bumi menyayangi
indahnya bahasa indahnya semai bakti tanpa henti
bila pasti terhenti.....di Sana menanti pasti
Cinta Abadi Seabadi Cintamu pada-Nya

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
6 Sept 2012

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
1 Okt 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;