Monday, 1 October 2012

HADIRMU MENCERIAKAN WARISAN MOYANG



  • Lezaihasra Lm was tagged in ~Tinta Aksara Seorang Nizayu Amirdza~'s photo.
    Hadir mu

    Bagaikan sungai yang mengalir

    Dari puncak gunung
    ...
    Like ·  · 3 hours ago · 

  • Ahmad Tajuddin was tagged in Irish Lynn's photo. — with DrAzam Rauzan and 20 others.
    Sembang Pagi Bersama Irish Lynn

    Selamat Pagi buat teman2 tersayang...Terimakasih atas semua ucapan dari rakan2 Irish dan peminat2 Irish..semoga kamu semua ceri...
    Unlike ·  · 3 hours ago · 
    • You, Ahmad Tajuddin and 37 others like this.
    • Ratu Rimba Niagara KENAPA KITA DIHANTAR KE DUNIA?

      "Kita dihantar ke dunia ini harus bersedia berjuang di medan perang
      Kita juga harus bersedia jika Tuhan memanggil kita kembali pulang kepada-Nya"

      PETIKAN DARIPADA KATA-KATA MUTIARA USTAZ
      2 Okt 2012

      JIKA KITA DIBERI UJIAN 

      Kenali siapa kita
      kita adalah hamba-Nya
      Apa yang kita faham makna hamba-Nya
      kita kena terima apa saja yang diberi ujian kepada kita
      kasih sayang-Nya melebihi kasih sayang seorang ibu 
      kepada anaknya 
      bila diuji hamba-Nya
      berarti DIA sayangkan kita untuk menguji sejauh mana
      kasih sayang hamba-Nya 
      dan jika kita sabar dalam segala ujian
      itulah kejayaan seseorang hamba
      tepatlah akan janji Allah
      "AKU TIDAK AKAN MEMBERI UJIAN KEPADA HAMBA-KU
      MELAINKAN MENGIKUT KEMAMPUANNYA" 

      Apakh hikmah di sebalik ujian itu
      jika kita tahu hikmahnya kita akan rasa syukur
      ditimpakan ujian kalau tidak ditimpakan ujian
      pasti kita masih tidak berubah...pasti ktia
      tidak kenal Tuhan ...pasti kita masih
      lagi leka dengan pesona dunia yang melalaikan
      pasti kita masih lagi hidup dalam kelekaan
      tanpa sedar kita akan pulang ke Pangkuan-Nya
      rugilah kita bila bertemu-Nya dalam bekalan yang kosong

      "JANGAN KITA CUBA MENGUBAH ARAH TUJU ANGIN
      KERANA KITA TIADA DAYA UNTUK MENGUBAHNYA
      KITA CUMA HANYA BOLEH MENGELAK ...
      KITA UMPAMA NAKHODA YANG BOLEH MENGUBAH PELAYARANNYA UNTUK MENUJU KE DESTINASI DAN DESTINASI ITULAH AKHIRAT."

      RATU RIMBA NIAGARA
      2 Oktober 2012
      3 hours ago · Like · 1

    • Irish Lynn terbaikkk
      3 hours ago · Unlike · 1
    • Sham Karim amin x semesti nye perjuangan tu harus di tunda kan kena lah ada waris nye
      3 hours ago · Like · 1
    • Ratu Rimba Niagara Warisnya adalah kamu Sham Karim...hehehe
      3 hours ago · Like · 1
    • Sham Karim hahahh asal pula dr sy pula tu ratu
      3 hours ago · Unlike · 1

    • Irish Lynn hehehe kena tgk cerita waris nie huhu
      3 hours ago · Unlike · 1
    • Sham Karim tgok waris jari jemari mu tu yg dah potong ke lom ld tu kuku nye hehheeheh
    • Ratu Rimba Niagara MARI DENGAR PANTUN INI KALAU MAHU JADI PEWARIS .

      Ct Hajar Amrin
      merangkak semut kerana gula
      merangkak anak kerana susu
      bengkak mata menangis tiada
      berpisah dulu bertemu samula
      dari melawan biar membisu
      kasih sayang hilang jua 

      masak lemak nangka muda
      daun pepaya di rebus jua
      ikan masin di goring garing
      ada isteri mengaku duda
      kemana arah hendak ku bawa
      duduk jauh suka menjeling

      Unlike · · Unfollow Post · 12 hours ago
      You like this.

      Ratu Rimba Niagara 
      dari melawan biar membisu
      jika itu mengundang rindu
      duhai sahabatku napa begitu
      di mana kau berada kurindu

      duduk jauh suka menjeling
      tak sihat kalau begitu
      nanti mata jadi juling
      kerana merindukanmu selalu
      (hehehehe)

      (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PONDOK PANTUN 
      PERSAHABATAN NUASANTARA)
      2 Okt 2012
      3 hours ago · Like · 1

    • Irish Lynn tu dia...Sham Karim haaa jawap jgn x jawap
      3 hours ago · Unlike · 1
    • Sham Karim x terjawb dah tu lynn
      3 hours ago · Unlike · 2
    • Ratu Rimba Niagara DENGAR PANTUN LAGI DUHAI WARISKU YANG TERSAYANG

      Ien Helfandi:
      Jadi Pemimpin bukanlah mudah ..
      Jaga Amanah dan bijaksana.. 
      Negeri ini tidak akan parah...
      Apabila kita, tidak ada silang sengketa....

      " Membangun Riau , Membangun Indonesia "
      Unlike · · Unfollow Post · 11 hours ago via BlackBerry
      You and 3 others like this.

      Ratu Rimba Niagara 
      Membangun Riau, Membangun Indonesia
      Maju negaraku, Gemilang Malaysia 
      Malaysia Indonesia kucinta
      Kasih kusimpulmatikan di hati dua benua
      2 hours ago · Like · 1

      Iin Helfandi Pemegang admin bernama Temul Amsal..
      Ianya Pondok Pantun Persahabatan Nusantara...
      Kita senenek sesuku dan seasal...
      Budaya yang sama mari kita pelihara..
      about an hour ago · Unlike · 1

      Pak Yem Pulau .
      Iin Helfani
      jika kita bersengketa sentiasa
      energi habis tiada berguna
      berbaik-baik kita sesama
      supaya dapat memajukan bangsa........Maaf pantun dib alas dengan syair.
      about an hour ago · Unlike · 2

      Ratu Rimba Niagara 
      kita ke sini satu matlamat
      mewariskan khazanah seni moyang kita
      semuanya terfokus pada matlamat
      kita simpul senyum anak cucu moyang kita
      19 minutes ago · Like

      Ratu Rimba Niagara 
      maafkan daku jika salah pantunku
      harap sudi diperbetulkan
      moga mantap pantunku
      dibaca didengar bisa mengamankan

      (PETIKAN GRUP PONDOK PANTUN NUSANTARA)
      2 Okt 2012

    • Irish Lynn hahahaha....
      3 hours ago · Unlike · 1
    • Sham Karim hahahah ni nak baca patun ke nak baca titah di raja ni ratu
      3 hours ago · Unlike · 1
    • Ratu Rimba Niagara BERPANTUN LAGI UNTUK WARISKU DENGAR 
      BIAR SAMPAI TAK JEMU DAN SAMPAI JULING MATO DEN (HEHEHE) 

      Iin Helfandi
      السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
      Kpd Yth Kandaku Temul Amsal ( Tengku Mulya Amril )
      Saran dari adinda juga, halaman Pondok Pantun Persahabatan Nusantara ini sebaiknya hanya halaman berpantun saja , jika diantara kita ingin berpuisi, syair , gurindam dsbnya , sebaiknya disarankan kita membuat halaman lain semisal " Bengkel Puisi dan syair persahabatan bangsa /negara serumpun “.Mhn maaf , wassalam
      Like · · Unfollow Post · 9 hours ago via BlackBerry
      Temul Amsal and Ken Irawaty like this.

      Ratu Rimba Niagara Kepada admin pondok pantun
      Apakah boleh kuberikan cadangan
      Kuingin siarkan puisi syair gurindam pantun
      Agar para ahli memberi komen cara pantun

      Kalau boleh kata boleh
      Kalau tak boleh tak payah
      Kusuka kalau boleh
      Kalau tak boleh itu yang payah

      Pondok pantun untuk mencerna pantun
      Biar pantunnya yang mantap-mantap
      Kita bersama memartabatkan pantun
      Generasi membaca semuanya pantun mantap
      about an hour ago · Edited · Like

      (PETIKAN WALL GRUP PONDOK PANTUN NUSANTARA)
      2 Okt 2012
    • Sham Karim haahh ni bkn juling lg dah ni
      3 hours ago · Unlike · 1
    • Ratu Rimba Niagara IZINKAN MOYANGMU SIARKAN PANTUN DI WALLMU CUCUKU
      PUTERI IRISH LYNN AGAR KAU CERIA HARI INI BERSAMA TEMAN-TEMANMU (HEHEHEHE)

      PANTUN AKU TAK PUNYA HARTA

      Temul Amsal
      pakai kolek di selat melaka
      layar ada kemudi tegap
      penampilan jelek harta tak punya
      manakan ada lalat nak hinggap
      Unlike · · Unfollow Post · Sunday at 6:32am
      You and Salbiah Hamzah like this.

      Wina Syamris Bunga mawarpohon berduri,Mawar indahharum baunya, Mengapa tuan merendah diri, Biarlah jelek tak mengapa asal kan baik hatinya..hehehee.Temul Amsal: asww, selamat pagi.....,
      Sunday at 7:36am · Like

      Ratu Rimba Niagara Tuan puteri belum berpunya
      Indah sungguh istana hinggap
      ku insan harta tak punya
      lalat pun tak sudi hinggap
      (hehehehe)
      Sunday at 7:51am · Like

      Iin Helfandi Keselat Melaka memakai kolek....
      Pastinya ia tak sampai kemana ...
      Walaupun penampilan tuan memanglah jelek...
      Dimata Allah tak ada bedanya...
      Sunday at 8:03am · Like

      Ratu Rimba Niagara Semesta alam DIA yang punya
      Kita semua sebagai hamba-Nya 
      Di mata Allah tak ada bedanya
      Ketakwaan juga yang di pandang-Nya
      Sunday at 8:16am · Like

      Temul Amsal .
      kain panjang sudah dikenal
      pilih warna yang mana suka
      Allah memang memandang amal
      harta dan rupa dipandang maknusia...hehehe
      Sunday at 5:23pm · Like

      Ratu Rimba Niagara indahnya bahasa bila dituturnya
      satu kepuasan membuat kebaikan
      harta dan rupa bukan ukuran
      sandaran iman itu syaratnya
      Sunday at 6:54pm · Like

      Temul Amsal .
      telur temakol jadi idaman
      cerita lama jadi tauladan
      kalaulah betul perkataan puan
      luasnye selat melaka tak jadi halangan
      Sunday at 8:29pm · Like

      Ratu Rimba Niagara kecewa cinta bernasib malang
      apa daya cinta tak kesampaian 
      masa suka semuanya tak menghalang
      dah dimiliki terus dilupakan
      (hehehehe)
      Sunday at 8:50pm · Like · 1

      Temul Amsal .
      kalau mengeluh jangan berjanji
      janji itu harus tunaikan
      jangan menuduh sebelum diuji
      cuba dulu baru ungkapkan
      Sunday at 8:59pm · Unlike · 1

      Ratu Rimba Niagara pergi ke pantai menangkap ikan
      untuk dijual pasar tani
      cinta yang jujur dipalsukan
      makanya aku tak mahu makan hati
      3 hours ago · Like

      (PETIKAN GRUP PONDOK PANTUN NUSANTARA)
      2 Okt 2012

    • Irish Lynn i like
      3 hours ago · Unlike · 1
    • Ratu Rimba Niagara BACA JANGAN TAK BACA PANTUN TEMA CINTA INI (HEHEHE)

      Temul Amsal
      bunga melati dan bunga kencur
      bunga cempaka berwarna jingga
      jatuh ke kali badan berlumpur
      jatuh cinta apa tandanya.......... (galau)
      Like · · Unfollow Post · 19 hours ago
      2 people like this.

      Ken Irawaty .
      Kita datang disuruh serta,
      makan berlemak sungguh tak guna.
      Kata orang yang jatuh cinta,
      makan tak enak,tidur tak lena....

      Apakah saudaraku sedang mengalami ini?
      Hahaha....hihihi!
      17 hours ago via mobile · Like

      Rasyid Nur Sahabat Temul Amsal,
      Tumbuh sebatang bunga cempaka
      Bunga tulip daun tak lebar
      Tandanya orang jatuh cinta
      Mata berkedip hati berdebar (hahaha)
      17 hours ago · Like · 1

      Ratu Rimba Niagara sayang disayang buah kepayang,
      disimpan sayang dibuang jangan;
      jatuh cinta kerana gila bayang,
      sila jumpa doktor pakar gila bayang.
      hehehehe)
      17 hours ago · Like

      Iin Helfandi Duduk diberanda memakan Pizza...
      Sambil melihat sianak Dara ..
      Tandanya orang yang jatuh cinta ...
      Nampak bubung rumah hilang rindunya..
      16 hours ago · Like

      Iin Helfandi Pokok jengkol disimpang kuala..
      Dibikin masakan yang istimewa.. 
      Kalau bang Temul yang jatuh cinta.. 
      Mungkin persiapan utk yg kedua ...

      Ikut sunah nabi coy.... Bolehlah...
      Suaiiiiiii......
      16 hours ago · Like · 1

      Ken Irawaty .
      Nak kumpul butuh kan kereta,
      ada. nak buat pergi kekota.
      Pak Temul selalu kan jatuh cinta,
      pada sahabat seperti kita. (GR).........!
      16 hours ago via mobile · Like

      Temul Amsal .
      kayu jati baloknya picak
      gurat melingkar ukir dibuat
      Bunda Ken Irawaty amatlah bijak
      pandai menalar makna tersirat
      16 hours ago · Like

      Ratu Rimba Niagara bung temul memang begitu
      pada semuanya disayang
      kita semua bagaikan keluargamu
      saling kasih saling sayang
      16 hours ago · Edited · Like

      Tarzan Kota Bg bile bisa jumpe
      16 hours ago · Like

      Iin Helfandi Naik haji kekota Mekkah
      Pulang haji buah tangannya kurma
      Kenapa takut utk menambah
      Yang penting izin isteri Pertama
      16 hours ago · Like

      Wina Syamris :Bagaikan penyu bertelur banyak, Sang ular binatang melata, Jike makan tak enak tidur pun tak nyenyak,Itulah tanda nya orang dah jatuh cinta...heheheee..
      13 hours ago · Like

      (PETIKAN GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA)
      2 Okt 2012
    • Ratu Rimba Niagara PANTUN GILA BAYANG

      Temul Amsal
      ambil upih dibelah dua
      alas makan kita bersama
      rindukan kasih dapat berjumpa
      rindu bayangan apa obatnya...
      Unlike · · Unfollow Post · Yesterday at 6:25am
      You and 5 others like this.

      Wina Syamris :Asww,Temul Amsal.. Bunga kenanga harum baunya,Mekar di aceh si bungong jempa,Rindu bayangan apa obat nya,? Buat lah janji sile berjumpa, hehehee..
      Yesterday at 7:14am · Like · 1

      Pak Yem Pulau .
      Ambil upih dibelah dua
      upih kayangan indah warnanya
      rindukan kasih dapat berjumpa
      rindu bayangan nyalakan pelita
      Yesterday at 7:59am · Like · 1

      Wina Syamris :Ambil upih di belah dua,Mainan anak jaman dahulu,Rindu bayangan melanda jiwa.?Buke fb nya bise bertemu.
      Yesterday at 8:33am · Like

      Juriah Muda ..
      Pergi ke Melaka berjumpa nyonya
      Singgah minum di Tanjung Rhu
      Rindu bayangan tatap picnya
      Hati tersenyum namanya diseru..
      Yesterday at 8:35am · Like · 1

      Yamin Hasan .
      Pergi belanja ke pulau rupat.
      Ambil jambangan letak ketepi.
      Hasrat bejumpa walau tak sempat.
      Rindu bayangan dibawa mimpi.
      21 hours ago · Like · 1

      Ratu Rimba Niagara hari-hari rindukannya
      rindu bayang kerana cinta
      rindu bayang ada ubatnya
      pergilah jumpa pakar doktor cinta
      (hehehehe)
      20 hours ago · Like · 1

      Sri Mawar .
      Duduk beramai mengupas nenas
      tiada angin badan berpeluh
      rindu bayang hindari panas
      baik bernaung di tempat teduh.
      19 hours ago · Like

      Ken Irawaty .Piitu belakang buat kegudang,
      namun dia mengambil gendang.j
      Rindu bayangan,cepat dijelang,
      sebelum dia diambil orang.
      17 hours ago via mobile · Like · 1

      Ratu Rimba Niagara popular sungguh pujangga temul amsal
      ramainya yang meminati sajakmu 
      duhai sahabat ku bung temul amsal
      siapakah yang digila bayang itu
      (hehehehe)
      17 hours ago · Like

      Yamin Hasan Sahabatku Temul Amsal biarlah malam ini dapat tidur nyenyak dan selesa,baiklah kukirimkan lagu Rindu Bayangan dari Rana Rani.Selamat menikmati.Ahhay.
      http://www.youtube.com/watch?v=jFZvCdj2IVQ

      Rindu Bayangan RANA RANI Cipt Ilin Sumantri
      www.youtube.com
      Di Blantika Musik Dangdut, Nama RANA RANI Dikenal Sebagai Penyanyi Specialis Lagu2 Dangdut Syahdu Mendayu. Pertama Kali Muncul Dalam Album "DANGDUT KASMARAN ...
      14 hours ago · Like · 1

      Ken Irawaty Wah ,ada dangdut mania.....selamat malam Pak Yamin Hasan.
      13 hours ago via mobile · Like

      Yamin Hasan .
      Selamat malam juga saya ucapkan.
      Pada Ken Irawaty berparas sendu.
      Kukirimkan lagu rindu bayangan.
      Untuk kawan yang sedang pilu.
      13 hours ago · Like
      (PETIKAN GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA)
      2 Okt 2012


      www.youtube.com
      Di Blantika Musik Dangdut, Nama RANA RANI Dikenal Sebagai Penyanyi Specialis Lag
      u2 Dangdut Syahdu Mendayu. Pertama Kali Muncul Dalam Album "DANGDUT KASMARAN ...
    • Mawar Ros namun kupasrah pd ILLAHI
    • Ratu Rimba Niagara INDAHNYA BERBAHASA SANTUN

      Ratu Rimba Niagara 

      cantik sungguh si gadis ayu
      seiring bahasa nan santun
      santun itu budaya melayu
      sentiasa menjaga kata nan santun
      September 24 at 3:35pm · Like · 1

      Ratu Rimba Niagara

      KITA DITAKDIRKAN ADA JIWA MEMAHAMI CINTA KERANANYA UNTUK DIALIH BAHASAKAN KE ASKARA MELUKIS MAKNA

      Isma Anis Al-Fikri
      Adakah Sama Yang Kau Rasa?

      aku menemukanmu
      di untai aksara yang membisu
      di antara bait puisi tertoreh di dinding semu
      terpanah aku oleh goresan jemarimu
      terpesona aksara penuh makna

      percikan rindu menyentuh kalbu
      selalu kuulang terus kuulang
      memperhatikanmu dalam diam
      kaupun mulai singgah di hatiku
      hadiri bayang-bayang indah dalam angan
      kaulah sang ratu pelukis rasa

      hadirmu kudamba di beranda jiwa
      kau insan yang amat istimewa
      membuat hati jatuh padamu
      tertewas di panah asmara rindu

      adakah sama yang kau rasa?
      setiap rasa tersimpan
      tidak dapat dilafaz
      rasailah bahasa hati

      adakah sama yang kau rasa?

      Gahar Gilah:

      kala aksaramu terpintal melukis makna
      bagai ada kata bergema di kuping
      bagai ada nada bergerak seiring...
      aku..antara lemas dan sadar
      antara sepi dan honar
      menadah tangan memujuk sukma..gejolak rasa sukar ditera..

      Ratu Rimba Niagara:

      Aku sama merasakan apa yang kau rasa ...
      Kerna kita ditakdirkan ada jiwa menangkap cinta keranaNYa
      Untuk dialih bahasakan ke askara terpintal melukis makna...

      INDAHNYA BAHASA HATI BAHASA JIWA BAHASA KALBU

      Indah bagi yang mengerti bahasa hati
      bahasa jiwa bahasa bangsa
      bahasa yang boleh mengusutkan fikiran
      bahasa yang boleh menenangkan jiwa
      tapi yang kupilih bahasa yang mententeramkan kalbu
      mendamaikan roh dan jasad

      moga pertemuan antara dua hati ini
      kekal abadi disatukan di alam realiti
      berbicara empat mata satu hati
      sehati sejiwa mengungkap kata bahasa hati bahasa jiwa
      indahnya pertemuan di kala itu

      bagaikan hidup di alam fantasi tapi realiti
      saling mengerti saling memahami
      bahasa hati bahasa jiwa
      cuma yang mengerti betapa indahnya
      bahasa hati bahasa jiwa bahasa kalbu
      bahasa yang mendamaikan roh dan jasad
      bahagia...

      Karya Ratu Rimba Niagara
      29 Julai 2011

      Ratu Rimba Niagara:

      Adakah kau tergolong dalam insan yang memahami bahasa hati bahasa jiwa bahasa kalbu duhai rakan sastraku? 

      Biarlah rindumu rinduku dibawa hanyut dalam rindu membara-bara ke jalan Ketuhanan yang meng-EsakanNya di sebilang masa waktu dan ketika. Aamin.

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA & ISMA ANIS AL-FIKRI & GAHAR GILAH
      24 Sept 2012
      September 24 at 9:02pm · Like · 1

      Dasmainil .
      kalau santun berbudi bahasa
      tampak sopan tak perlu dibimbing
      laman berpantun kita pelihara
      jangan jadikan tempat bergunjing
      September 25 at 3:54am · Unlike · 1

      Ratu Rimba Niagara setiap bahasa harus dijaga
      tersalah makna makan hati
      bahasa sopan harus dijaga
      agar terjalin ukhuwah sejati
      September 28 at 6:05pm · Like

      Temul Amsal .
      hembusan bayu lembut beralun
      penyegar diri amat selesa
      adat melayu bersopan santun
      indah budi halus bahasa
      Saturday at 1:55am · Like

      Maznah Kpr Moncheh budi baik dikenang jua
      antara nyawa atau pun harta
      adat melayu sopan santun bahasa
      halus tutur mu memikat jiwa
      Saturday at 2:01am via mobile · Like

      Temul Amsal .
      bunga melati jangan diikat
      kalau diikat cepat layunya
      kalau hati sudah terpikat
      dulu sahabat kini saudara
      Saturday at 2:12am · Like

      Juriah Muda ..
      Bersimpang indah berkain pelikat
      Pakaian tarian irama asli
      Kerana budi hati terpikat
      Ingin menjadi sahabat sejati
      Saturday at 8:52pm · Like

      Temul Amsal .
      kerat jati buat ukiran
      kayu ditarah jadi hiasan
      sahabat sejati itulah tujuan
      ngaku bersaudara sepanjang zaman
      Sunday at 12:13am · Like

      Ratu Rimba Niagara indah sungguh suasana taman
      dibawa pulang sejambak kekwa
      ngaku bersaudara sepanjang zaman
      itu tandanya sahabat sehati sejiwa
      Sunday at 12:16am · Like

      Temul Amsal .
      untuk apa pakai kebaya
      untuk menjelang kekasih baru
      sehati sejiwa harus dibina
      jelang menjelang selalu bertemu ...hehehe bergurau jer
      Sunday at 12:27am · Like

      Ratu Rimba Niagara duduk berehat di pohon sena
      di tiup angin sepoi-sepoi bahasa
      sehati sejiwa harus dibina
      agar terikat kasih saudara
      Sunday at 12:30am · Like

      Temul Amsal .
      kain pelekat bawa ke pesta
      pakai kerudung sangatlah indah
      agar terikat kasih saudara
      tolong menolong di kala susah
      Sunday at 12:36am · Like

      Ratu Rimba Niagara hidup itu terlalu indah
      jika ada tolong menolong
      ruginya hidup tak ambil kisah
      pentingkan diri kasih pun hilang
      Sunday at 12:38am · Like

      Temul Amsal .
      letak melukut dalam balang
      masukkan sagu dalam betung
      kerana takut kekasih hilang
      bagaikan lembu dicucuk hidung...hahaha
      Yesterday at 6:17am · Like

      (PETIKAN GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA)
      2 Okt 2012
    • Sham Karim cantik lg nenek ku di kampong hehehehhe
      3 hours ago · Unlike · 1
    • Ratu Rimba Niagara ORANG TAK MAHU APAKAN DAYA

      cantik sungguh kain pelkat
      warna ungu brcampur merah
      lihat potretnya hati terpikat
      orang tak mau apakan daya

      Like · · Unfollow Post · Saturday at 2:50am
      5 people like this.

      Ken Irawaty .
      Burung di sangkar jangan dijerat,
      salah tangkap bisa melompat.
      Hati siapa yang takkan terpikat,
      Lihat senyuman,pasti tertambat.
      Saturday at 5:57am via mobile · Like

      Iin Helfandi Bg Temul : 
      Pergi ke mall membeli coklat....
      Dibeli juga kue mentega ....
      Memang dg Bang Temul mereka tak terpikat....
      Karena ketiganya sudah memilih hamba... 
      ╋╋ム ╋╋ム ╋╋ム =)) ╋╋ム ╋╋ム... =)) :p
      ╋╋ム ╋╋ム ╋╋ム =)) ╋╋ム ╋╋ム... =)) :p 

      Jalan - jalan ke simpang tiga..
      Berjalan juga ke Pasar bawah..
      Memang hamba tidak berpunya.. 
      Cuman kasih sayang hamba melimpah ruah...

      Bu Ken ; 

      Jalan~jalan kekota Langkat...
      Bulan depan pergi ke Kedah...
      Bukan senyum dia saja , membuat hamba terpikat...
      Mendengar namanya saja hati gelisah...
      Saturday at 8:29am · Like · 1

      Temul Amsal .
      pakai baju penuh sulaman
      cincin melingkar di jari tangan
      kalau begitu katamu tuan
      biar ku tukar arah pandangan...hehehe
      Sunday at 12:20am · Like · 1

      Ken Irawaty .Rantai terikat dipapan jati,
      tirai penyekat ada dipeti.
      Wahai sahabat peria nan sejati,
      pandai membuat iba dihati.
      Sunday at 2:19am via mobile · Like

      Ratu Rimba Niagara tiga wajah anggun berseri
      senyuman manis menawan hati
      bahasa santun wajah berseri
      santun bahasamu diingat sampai mati
      Sunday at 7:48am · Like · 1

      Iin Helfandi Dualah Tiga Gadis Meranti...
      Tapi tak sama 3 gadis dipotret ini...
      Siapa diantaranya yg melajang lagi ...
      Maukah dijodohkan dikembaran Helfandi ???...

      Ini bahaya, salah2 nanti helfandi atau kembarannya...

      Dua tiga batang, kayu Meranti
      Takkan pernah sama Batang Kuini 
      Kalau mau ikut sunah nabi
      Takkan banyak perempuan dari Lelaki..

      Kayu cingam dihinggap merpati...
      Merpati tertembak jatuh perigi...
      Macam mana nak ikut sunah nabi...
      Yang lelaki kawin satu , boleh tambah lagi...

      "̮hϱ²hϱ²hϱ²hϱ²"̮.. Gurau ... Manalah tahu ...
      Sunday at 3:05pm · Like

      Temul Amsal .
      dari melaka kita nyeberang
      menuju alamat tinggal kenangan
      ngapa ditanya status orang
      kalau berminat antar pinangan
      Sunday at 8:31pm · Edited · Like · 1

      Ken Irawaty .
      Surau dimudik tengah di pagar,
      rengkah tanah bukti kepanasan.
      Kalau nak memetik bunga yg segar,
      apakah sunah Nabi jadi alasan.....hehehe.
      Yesterday at 1:23am · Like

      (PETIKAN GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA)
      2 Okt 2012
    • Ratu Rimba Niagara DI AKHIRAT NANTI KITA BERSUA 

      Ardi Oemar
      Manis manis sibuah mangis..
      Manis lagi sibuah pepaya..
      Sungguh manis abang berkumis..
      Itu kumis membuat bergaya..
      Like · · Unfollow Post · September 28 at 9:28am
      Ardi Oemar likes this.

      Temul Amsal .
      hirup kuah gulai tumis
      terasa belacan pening kepala
      memang gagah kalau berkumis
      kumis beruban memalukan muka...hehehe
      September 28 at 3:50pm · Like · 1

      Ratu Rimba Niagara di ujung usia jangan dipersia
      masa ibarat seperti emas
      uban itu penanda usia
      bekalan akhirat untuk dikemas
      Sunday at 7:22am · Like

      Temul Amsal .
      di akhirat nanti kita bersua
      saling menyapa senyum diberi
      kumisku ini putih semua
      kalau jumpa janganlah lari...hehehe
      Sunday at 8:43pm · Like

      Ratu Rimba Niagara marahnya dia membara-bara
      hinggakan sampai terbatuk-batuk
      kalau begitu kata bicara
      bila berjumpa kupanggil datuk
      (heheheeh)
      Sunday at 8:50pm · Like

      Temul Amsal .
      orang dah tua jalannya bongkok
      pakai kopiah berkacamata
      kalau dah rencana nak panggil datuk
      tak nak jumpalah, batal rencana....hehehe
      Sunday at 9:06pm · Like

      Ratu Rimba Niagara hari-hari memberus gigi
      memberi gigi dengan telunjuk 
      kujumpa datuk dah tak ada gigi
      tapi datukku tak cepat merajuk
      (hehehehe)
      Sunday at 10:04pm · Like · 1

      Temul Amsal .
      pohon kuini belum berpucuk
      belum ditebang tumbang sendiri
      datukmu ini bukan merajuk
      sebagai orang tua tahulah diri.....hehehohoho ehek ehek kesedak.
      Sunday at 10:18pm · Like · 1

      Ratu Rimba Niagara datuk merajuk nenek pujuk
      kalau dua-dua merajuk
      nenek lain pulak yang pujuk
      teruklah datuk kena pujuk
      (hehehehe)
      a few seconds ago · Edited · Like
      (PETIKAN GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA)
      2 Okt 2012
    • Ratu Rimba Niagara IKATAN KITA SUDAH TERCATAT SEJAK AZALI

      Tersebutlah kisah suatu cerita,
      Dua orang sahabat sehati sejiwa;
      Biarpun terpisah antara dua benua,
      Selalu merindui di antara mereka berdua.

      Mereka berdua bak merpati sejoli,
      Terbang tinggi di angkasa raya;
      Berhujan berpanas mereka tak peduli,
      Kerana mereka sudah saling percaya.

      Mereka mempunyai minat yang sama,
      Suka bersyair suka berlagu puisi;
      Bila berpantun ketawa bersama,
      Hilai ketawa hingga nampak gusi.

      Hari-hari mereka berkomunikasi,
      Berkomunikasi di alam maya;
      Cerita mereka tak pernah basi,
      Komunikasi mereka selalu bermaya.

      Berbual mereka menjadi-jadi,
      Hingga tak hirau kerja menanti;
      Kalau tak dilayan merajuk menjadi-jadi,
      Justeru sidia mengalah mengambil hati.

      Apa nak buat hati dah suka,
      Berkawan denganmu tak jemu-jemu;
      Mendengar syairmu hatiku suka,
      Lagi didengar rasa tak jemu-jemu.

      Kau berpuisi aku bersyair,
      Berbalas-balas bermadah pujangga;
      Kata-kata tersusun indah pabila bersyair,
      Indahnya dunia kita dunia pujangga.

      Setiap hari kutunggu syair gurindammu,
      Tanpamu hidupku sepi;
      Kumenantimu tak jemu-jemu,
      Kasih dan sayangku padamu tak bertepi.

      Duhai teman...usahlah bimbang usahlah ragu,
      Kita sehati sejiwa selamanya;
      Mengikat kasih dalam restu,
      Agar diRedhai hidup dan mati buat selamaNya.

      Kasih sayangmu aku hargai,
      Akan terpatri di hati ini;
      Kau yang sentiasa kucintai,
      Ikatan ini sudah tercatat sejak Azali.

      Karya Ratu Rimba Niagara
      30 Sept 2012
      Like · · Unfollow Post · Sunday at 6:51pm

      Temul Amsal .
      kain batik salinan puteri
      cendera mata dari suami
      Sungguh cantik syairmu ini
      kepada siapa hendak diberi
      Sunday at 9:14pm · Like

      Ratu Rimba Niagara hari-hari rindukan si dia
      apa nak buat si dia dah jemu
      syair ini kukarangkan untuk sidia
      yang amat memahami dunia seniku
      Sunday at 10:05pm · Like

      Temul Amsal .
      warna biru lagi berseri
      lambang cemburu yang ditakuti
      sayangnya aku tak ngerti seni
      wah...ruginya aku separuh mati........dah merugi ni....hahaha
      Sunday at 10:09pm · Like · 1

      Ratu Rimba Niagara rugilah kamu separuh mati
      kerana tinggalkan tuan puteri
      disukai hanya yang mengerti seni
      kerana itu syarat tuan puteri
      (hehehe)
      a few seconds ago · Like
      (PETIKAN GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA)
      2 Okt 2012
    • Nordin Atan ..kata2 manis mu buat q bahagia..
      2 hours ago · Unlike · 1
    • Ratu Rimba Niagara CINTAKU CINTAMU DIBAWA MATI

      cintaku cintamu dibawa mati,
      berlainan benua satu hati;
      di pondok pantun berpadu hati,
      seirama menyulam bahasa hati.

      By: Ratu Rimba Niagara
      Like · · Unfollow Post · September 24 at 11:25am
      5 people like this.

      Temul Amsal .
      laut dalam tanjung segati
      besar ombaknya setiap masa
      sambil menyulam bahasa hati
      bercanda ria riang gembira
      September 24 at 3:26pm · Like

      Ratu Rimba Niagara bahasa hati bahasa jiwa
      indah ditutur bahagia didengar
      rasa tenang di jiwa
      membangunkan roh yang segar
      September 24 at 3:31pm · Like

      Temul Amsal .
      kata dirangkai amat menawan
      dari hulu sampai muara
      harga menghargai sesama kawan
      bukankah itu tujuan utama
      September 24 at 4:04pm · Like

      Ratu Rimba Niagara hormat menghormati sesama kawan
      tutur kata tersusun indah
      sayang menyayangi sesama kawan
      terjalin sudah ikatan indah
      September 24 at 5:44pm · Like

      Dasmainil .
      cahaya merah begitu indah
      berpilin pilin warna pelangi
      terjalin sudah ikatan indah
      tak kan mungkin dirusak lagi
      September 25 at 4:03am · Like

      Ratu Rimba Niagara persahabatan kita terlalu indah
      seindah pelangi di malam hari
      kita berpantun bermadah-madah
      hingga hati berbunga cinta pelangi
      September 28 at 6:02pm · Like

      Temul Amsal .
      apakan daya kemudi patah
      angin mndesau ombak menggila
      seni bicara pantun bermadah
      mari bergurau saling menyapa
      Saturday at 1:57am · Like

      Ratu Rimba Niagara mari bergurau sambil menyapa
      bila ketawa tak nampak gigi
      takutnya hilang tika menyapa
      gigi palsu hilang aku yang rugi
      (hehehehe)
      Sunday at 7:40am · Like
      (PETIKAN GRUP PONDOK PANTUN NUSANTARA)
      2 Okt 2012
    • Ratu Rimba Niagara RATU RIMBA BERBALAS PANTUN DENGAN AHLI GRUP
      PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA

      Ratu Rimba:

      Assalamualaikum pembuka bicara,
      Buat sahabat pantun tercinta;
      Bolehkah kita sembang bicara,
      Soal hati soal cinta.

      Maznah Kpr Moncheh :
      walaikusalam salam di sambut mersa
      tersenyum manja melihat dia
      berbicara cinta pada yang bercinta
      tapi saya hilang segala tiada cinta

      Ratu Rimba:
      duhai kawan yang tercinta,
      kenapa hilang segala cinta;
      tak tega kudengar duhai cinta,
      hidup bermakna adanya cinta.

      Ken Irawaty:
      Waalaikumsalam sapa ku sambut,
      Untuk dinda yang berhati lembut.
      Kalau cinta sudah membalut,
      didalam mimpi nama disebut.
      Wajahnya ada di tiap sudut.
      Bila kasih ada yang rebut,
      nyawa rasa di cabut.......hehehe!
      Tapi adikku usahlah takut,
      bila CINTA datang menjemput.

      Ratu Rimba:
      Duhai kanda yang rupawan, 
      budi bahasamu buat kutertawan;
      tiada rebutan dalam percintaan,
      cintamu juga menjadi rebutan.
      (hehehe)

      Maznah Kpr Moncheh:
      gadis manis duduk bersila
      selendang jarang selendang sutra
      Tak tegar dgn cinta pernah dulu kecwa
      cinta buatku merana

      Ken Irawaty:
      Adindaku berhati berlian,
      Sudah lama hidupku berjalan,
      Tak hitung tahun dan juga bulan,
      hiduppun sudah menjangkau awan.
      Sebelum bumi dalam pelukan,
      Cintaku beri buat berkawan.

      Ratu Rimba:
      Duhai kanda yang kusayang,
      Cintamu kuhargai sepenuh hati;
      Kita jalinkan kasih dan sayang,
      Moga terpatri cinta ke Syurgawi.

      Merana hati kecewa cinta,
      Patah tumbuh hilang berganti;
      Cinta pertama memang tak sama,
      Insya-Allah akan hadir yang mencintai.
      (GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA)
      28 Sept 2012

      SEBELUM BERANGKAT PULANG KE SYURGA REALITI

      Melayu penuh sopan santun beradat
      Berkata seolah mahu mati esoknya
      Berbudi seolah mahu hidup seribu tahun lagi
      Generasi disayangi
      Kerabat dikasihi
      Serumpun Senusantara
      Indahnya sebuah kehidupan
      Tanpa hasad dan iri di hati
      Semuanya mencari jalan-jalan pulang
      Ke negeri abadi
      Yang sentiasa menanti
      Berjumpa Tuhan dengan hati yang tenang
      Berkat tika hidup bersangka baik denganNya
      Redha akan KetentuanNya
      Sentiasa mahukan hidup di dunia bagaikan Syurga
      Sebelum berangkat pulang ke Syurga realiti
      Insya-Allah Aamin Ya Rabbal A'Lamin
      Karya Ratu Rimba Niagara
      28 Sept 2012
      (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA & GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA & GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA 
      CINTA 5 BENUA)
      Like · · Unfollow Post · September 28 at 9:28am
      3 people like this.

      Dasmainil .
      hati keciwa bawak melamun
      sampai senja masih terasa
      ratu rimba berbalas pantun
      sayang hamba tak dibawa serta
      September 28 at 4:03pm · Like

      Ratu Rimba Niagara Duhai dinda inul si cantik manis,
      Manis gula manis lagi senyumanmu;
      Salam kemaafan diiringi senyuman manis,
      Lain kali berpantun hamba jemputmu.
      (hehehehe)
      September 28 at 5:53pm · Like · 1

      Temul Amsal .
      berbaju ungu pakai selendang
      ditimpa cahaya indah berseri
      janganlah resah dik Inel sayang
      bukankah ratu sudah berjanji
      Sunday at 6:27am · Edited · Like

      Ratu Rimba Niagara Pergi ke pasar membeli pisang
      Pisang dimakan duduk bersimpuh
      Tunaikan janji pengikat sayang
      Itu tanda persahabatan indah
      Sunday at 7:18am · Like
      (PETIKAN GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA )
      2 Okt 2012
    • Ratu Rimba Niagara TAMATLAH SEGALA SERU

      Namaku tak kau seru
      Nama melati putih kau seru
      Makanya aku terlara dalam sepi tanpa seru
      Dan aku berseru namamu tanpa kau menjawab seru
      Dan aku takkan berseru
      Selagi kau tak jawab seru
      Seru menyeru
      Tak berbalas seru
      Makanya biarlah namamu kuseru 
      Bersama ombak menderu-deru
      Tiada di hatimu menyeru namaku
      Hinggalah aku putus asa untuk menyeru
      Itu maknanya sudah berakhirnya untuk menyeru
      Aku telah dijemput pulang kerana DIA menyeru
      Sudah sampai waktu pulang ke Pangkuan-Nya tamatlah segala seru 

      RATU RIMBA NIAGARA
      1 Okt 2012
      Like · · Unfollow Post · 13 hours ago
      Ramlee Wahab and BiAr Monang Nagajambu like this.

      BiAr Monang Nagajambu seru menyeru agar hidup lebih seru
      13 hours ago via mobile · Unlike · 1

      Ramlee Wahab ..ke Mekah...jgn tunggu seru..hehee
      13 hours ago · Unlike · 1

      Ratu Rimba Niagara ke mekah terus sahut seru jika dah sampai seru
      ke kubur mahu tak mahu dah sampai seru
      sajak hamba perlu di seru
      agar hamba terus menyeru
      duhai dj ramz sahutlah seruku
      hehehehe
      13 hours ago · Edited · Like · 1
      (PETIKAN GRUP PONDOK PANTUN NPERSAHABATAN NUSANTARA)
      2 Okt 2012
    • Pak Ngah w.salam wbt......Irish Lynn.......:)
    • Ratu Rimba Niagara MOGA DI SYURGA BERSATU RINDUMU RINDUKU

      jika kita bertemu ada niat untuk berpisah 
      untuk saling menyakiti dan sepi menyepi
      baiklah kita tak perlu bertemu
      makanya kita bersangka baik dengan ALLAH
      menghargai kurniaan-Nya 
      makanya hamba hargai perkenalan di fb/grup ini
      tapi jika karya hamba disepikan
      relakan hamba undur diri 
      izinkan hamba berkarya sendirian 
      tanpa hadirnya teman fb/grup 
      yang sudi memberi sokongan/dukungan 
      maafkan hamba jika perpisahan itu andainya terjadi 
      kerana itulah terbaik untuk kau dan aku
      maafkan untuk segalanya
      namun jadilah aku si pungguk rindukan bulan 
      duhai rakan fb/grup kerana kuterdera rindukanmu 
      sehingga ke nafas terakhirku
      salam sayang dan rindu untuk kalian semua
      di alam maya kita tak bertemu 
      moga di Syurga bersatu rindumu rinduku
      Aamin Ya Rabbal A'Lamin.

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      29 Sept 2012
      Like · · Unfollow Post · Saturday at 9:00am
      Ken Irawaty likes this.

      Temul Amsal .
      ambil gelas minum pokat
      sirup lawannya jangan gula
      kalau dah jelas dapat syafaat
      jumpa di surga tak ada salhnya
      Saturday at 6:53pm · Like · 1

      Ratu Rimba Niagara indah bahasa di taman pantun
      pantun di ilham di kalbu jiwa
      bahasa Syurga bahasa santun
      bila didengar tenangkan jiwa
      Sunday at 12:25am · Like · 1

      Temul Amsal .
      beda mentega dengan belacan
      yang satu padat yang satu huhu
      sebut surga beramal segan
      manakan dapat tunggu menunggu...hahaha
      Sunday at 12:30am · Like · 1

      Ratu Rimba Niagara duhai bung temul yang beriman
      banyak amalmu siapalah aku
      malu aku pada Tuhan
      kerana sedikitnya amalanku
      Sunday at 12:33am · Like · 1

      Ken Irawaty Sekata akan turun kesungai.
      harum bersemi hingga menyatu.
      Permata intan belum ternilai,
      kagumnya kami padamu Ratu.
      Sunday at 2:08am via mobile · Unlike · 1

      Ratu Rimba Niagara duhai kanda yang baik budi
      kusayangmu berbahasa santun
      mari kita simpulkan kasih sejati
      sayang menyayangi di pondok pantun
      Sunday at 7:44am · Like · 1
      (PETIKAN GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA)
      2 Okt 2012
    • Ratu Rimba Niagara Terima kasih Irish Lynn
      Kerana izinkanku siarkan pantun
      Kusahut dengan kesyukuran
      Moga Allah membalasmu kebaikan
    • Ratu Rimba Niagara Hidup kamu harus dijiwai kasih,
      Sebagaimana Allah mengasihi kita,
      Moga kasih tidak tersisih,
      Di Syurga nanti Insya-Allah bersama kita.
      (Aamiin Ya Rabbal A'Lamin)
      about an hour ago · 

      (PTIKAN DARIPADA WALL IRISH LYNN & GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
      2 Okt 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;