Author: Ummu Sal |
-
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
-
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Golongan belia adalah aset negara yang berharga kerana merekalah yang akan memimpin negara di masa akan datang. Semasa menghadiri majlis minum petang ‘Youth Defined 2: Youth Action Forum 2013’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam, saya mengingatkan semua pihak supaya sentiasa memberi sokongan dan bimbingan kepada golongan belia agar mereka dapat mewarisi kejayaan demi kejayaan yang telah dikecapi oleh generasi terdahulu. http://bit.ly/NajibFlickr
-
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Saya berkesempatan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Kyrgyzstan, Djoomart Otorbaev yang mengadakan kunjungan hormat di Seri Perdana semalam. Kunjungan hormat itu adalah sebahagian daripada rangka lawatan kerja beliau selama empat hari ke negara ini. Dalam pertemuan itu, Djoomart menyatakan yang Kyrgyzstan berminat teroka kerjasama dalam bidang pelaburan dengan Malaysia.http://bit.ly/NajibFlickr
-
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Saya gembira dengan pembukaan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China semalam. Pembukaan taman perindustrian berstatus nasional pertama di negara ini menandakan babak baru dalam hubungan di antara Malaysia dan China yang telah terjalin sejak kira-kira empat dekat lalu oleh ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein.
-
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
-
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
I enjoyed spending Chinese New Year in Penang this year. The strong sense of camaraderie amongst Chinese Malaysians is one I hope to continue sharing with in the years to come. http://bit.ly/NajibFlickr
-
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
I attended the Chap Goh Mei celebrations with over 20,000 people at Pandan Indah yesterday. It was a pleasure to end the Chinese New Year with the rakyat.http://bit.ly/NajibFlickr
-
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Saya telah hadir ke Majlis Perasmian Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di KL semalam. Dalam majlis itu, saya umumkan peruntukkan RM28 juta untuk bantu ringankan beban peladang & penternak. Saya mahu semua rakyat mendapat bantuan daripada Kerajaan dan tidak ada seorang pun yang akan terpinggir.http://bit.ly/NajibFlickr
-
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Dalam lawatan saya ke Kuala Pahang sebentar tadi, saya berkesempatan melawat salah seorang penerima rumah di bawah program Komuniti Perumahan Bersepadu Kampung Kuala Pahang, Pekan. Saya harap dengan pemberian rumah itu, ia dapat memberi kehidupan yang lebih selesa kepada setiap penerima dan ahli keluarga mereka. www.1malaysia.com.my
-
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Saya bergegas ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud yang terkorban di Lahad Datu, Sabah. Keberanian kedua-dua Allahyarham yang merupakan anggota komando VAT69 dalam mempertahankan kedaulatan negara akan sentiasa dikenang.
-
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
-
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
I had the pleasure of travelling by trishaw to officiate a nearby food court on Jalan Tun Ali as well as to enjoy the local Melaka cuisine. An enjoyable break with the rakyat after a long session of strategising. www.1malaysia.com.my
-
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Saya hadir ke Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020', di Pusat Perdagangan Antarabangsa Putrajaya.
Semasa berucap pada majlis itu, saya telah umumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai depan.
Dengan pengumuman itu, ini bermakna setiap penjawat awam akan menerima kenaikan antara RM80 hingga RM320 dan ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.
Inisiatif yang diumumkan itu adalah sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (STI).
Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr. Ali Hamsa serta menteri-menteri Kabinet.www.1malaysia.com.my
-
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Responding to questions from NST readers on a wide range of issues - including Sabah, BR1M, and my vision for how Malaysia's continued transformation. On the subject of the coming General Election, I said that I'm cautiously optimistic. You cannot take anything for granted, but I feel the rakyat is behind us.
Watch the full Q&A online -> http://www.nst.com.my/ galleries/video/ conversation-with-the-pm-part-1 -1.233617?page=0
-
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Pagi ini, saya ke Pangkalan TUDM Subang untuk menyambut kepulangan dua jenazah wira negara iaitu Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail dan Allahyarham Ahmad Farhan Ruslan yang terkorban semasa mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah. Jasa dan pengorbanan kedua-dua Allahyarham kepada negara amat besar dan saya serta seluruh rakyat Malaysia akan sentiasa berdoa agar roh mereka ditempatkan bersama para syuhada. Al-Fatihah.www.1malaysia.com.my
-
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
I believe patient happiness is important for a quick recovery. We do our best to ensure they can always keep a smile on their faces through quality and efficient healthcare. If they smiled the way they did when I visited KL Hospital to open the specialist clinic and ambulatory care centre all the time, we would have a very healthy country indeed.
The new multi-storey carpark from the government will bring much relief to the current overpopulation of the hospital. I look forward to seeing many more smiling faces after its completion in January 2015. www.1malaysia.com.my
-
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Saya sangat gembira kerana lawatan saya ke MRSM Kuala Krai, Kelantan pagi tadi mendapat sambutan yang menggalakkan. Sekiranya diberi mandat untuk mentadbir Kelantan pada PRU akan datang, saya akan sentiasa berusaha membawa lebih banyak pembangunan ke negeri itu. Saya yakin, rakyat Kelantan telah lama ternanti-nanti untuk melihat lebih banyak pembangunan di negeri mereka.www.1malaysia.com.my
-
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
I met with some great men at Sri Perdana last night. They were retired senior officers of the Armed Forces (ATM), brave men with various accomplishments towards protecting their country. Their tasks now lie on the shoulders of men no less brave who now fight for us at Lahad Datu. Spanning generations, the ATM have put their lives before ours to protect Malaysia's interests. Let us always show them that we appreciate their efforts and support them in any way that we can.www.1malaysia.com.my
-
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Semalam saya mengambil peluang ke Kampung Rantau Panjang, Klang bagi melawat keluarga wira negara, Allahyarham Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran yang terbunuh semasa mempertahankan kedaulatan negara di Semporna, Sabah. Saya sangat terharu dengan pengorbanan Allahyarham yang sanggup bergadai nyawa demi negara yang dicintainya. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama para syuhada. Al-Fatihah. www.1malaysia.com.my
-
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Inilah Kit Tindakan kita. Jom bertindak demi Malaysia. Layari www.1malaysia.com.myuntuk dapatkan Kit Tindakan ini. Terima kasih atas sokongan semua :) JomBertindak
-
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Sedang melakukan persiapan untuk pengumuman ETP dan GTP sebentar lagi. Saya berpuas hati dengan pencapaian Malaysia setakat ini. Saksikannya secara langsung di RTM1 pada pukul 8.35 malam #Transformasi www.1malaysia.com.my
-
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
The task we have set ourselves to become a high-income nation by 2020 is deliberately ambitious, but attainable. In implementing this transformation agenda I have ultimate responsibility for its success and am bound by the results that it achieves. As today’s results show, we are making significant progress in our efforts to become a more advanced and just society, with higher standards of living for all.www.1malaysia.com.my
-
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Semasa menghadiri Majlis Janji Ditepati - Pemberian Lesen Teksi Individu di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Putrajaya sebentar tadi, saya mengumumkan pemberian sebanyak 1,000 permit teksi individu kepada para pemandu teksi. Saya turut mengumumkan Yayasan Rakyat 1Malaysia juga akan memberi geran sebanyak RM5,000 kepada 1,000 pemandu teksi terbabit dengan syarat mereka menggunakan Proton Exora sebagai teksi selain memberitahu SPAD akan lancar Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) 2.0 dalam masa terdekat. Saya harap dengan pelbagai bantuan dan inisiatif ini, ia dapat menjadi sumber inspirasi kepada semua pemandu teksi agar memberi perkhidmatan yang baik kepada semua.
-
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Saya menghadiri siri terakhir Jelajah Janji Ditepati yang diadakan di Kuantan semalam. Selama ini, saya dan barisan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lain telah berusaha bersungguh-sungguh untuk berkhidmat dengan cemerlang kepada rakyat demi masa depan Malaysia yang terjamin. Untuk itu, saya berharap rakyat dapat menilai usaha dan kesungguhan BN itu dengan terus memberi mandat kepada kami pada Pilihan Raya Umum akan datang.
-
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Pada majlis Sambutan Hari Polis ke-206 di Pulapol Kuala Lumpur pagi tadi, saya telah umumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah memberi perkenan untuk saya mengisytiharkan perwujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) di kawasan Timur Sabah berkuat kuasa hari ini. Selain itu, saya turut menyerahkan Pangkat Secara Posthumous kepada balu serta waris wira negara yang terkorban di Lahad Datu dan Semporna semasa insiden pencerobohan di Sabah. Jasa kesemua wira negara itu yang sanggup bergadai nyawa demi negara sentiasa dikagumi. Terima kasih kepada semua warga polis kerana selama ini gigih menjaga keselamatan kami semua rakyat Malaysia. Selamat Hari Polis.
JIWA PATRIOTIK RAKYAT MALAYSIA DEMI AGAMA BANGSA & NEGARA!
PM KE-6 PENCETUS GAGASAN 1MALAYSIA
Kau seperti sebutir bintang
yang turun ke bumi menyinari
hidup setiap rakyat Malaysia!
Kau kata,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan." kata-kata itu
membakar semangat setiap rakyat
yang lesu dan bisu sekian lama.
Setiap butiran kata-katamu
menjadi keramat setiap
yang mendengar...
Mereka terpaku!
Bukan kaku!
Mereka terus bangun dari lamunan mimpi
yang kini bukan mimpi tapi realiti!
Kau menggerakkan barisan kabinetmu
agar memberi khidmat bakti kepada rakyat
tak kira penat lelah asalkan nasib rakyat terbela.
Kau arahkan semua pentadbiran kerajaan
memahami denyut nadi rakyat!
Kata-kata itu bukan omongan kosong
Akan dibuktikan!
Lihatlah nanti!
Telah tercatat Di Sana, kau adalah
pewaris bangsa yang dinanti-nantikan
sejak sekian lama.
Kau pembawa pemikiran di luar kotak
bakat kepimpinan yang kau warisi
daripada ayahanda Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Kedua telah sebati
dalam jiwamu.
Kau mahu rakyat dan kerajaan
bersatupadu merealisasikan sebuah
kerajaan yang aman makmur bersatu
demi kepentingan rakyat dan negara
tercinta!
Kau peka dengan setiap masalah rakyat,
masalah rakyat adalah menjadi masalahmu
dan ingin diselesaikan agar tiada satu pun
yang tercicir daripada arus pembangunan.
Siapa sangka kau yang mempunyai kuasa kerajaan
pemimpin nombor satu mempunyai sikap seperti
rakyat biasa yang tak punyai apa-apa
menyelami dan memahami keluh kesah rakyat adalah
satu perkara yang mahu kau kongsi dan tangani
bersama
Demi rakyat tercinta , kau gunakan segala kudrat
yang ada untuk terus berkhidmat dengan senyum
gagah seorang perwira yang sedia berjuang dan
membantu!
Setiap keluh kesah rakyat membuatkan
kau gelisah dan bukan kosong mendengar
tetapi membantu selagi mampu
Jerih perih rakyat adalah bebanan yang
kau pikul untuk dikongsi bersama
Senyuman rakyat adalah satu
kepuasan buatmu!
Pening! Memang pening...
bagaimana hendak memikirkan
setiap masalah rakyat yang ingin
dikongsi bersama tapi berkat
kesepakatan barisan kabinetmu kau
pasti berjaya! Insya-Allah Aamiin
Lihatlah rakyat Malaysia!
Siapakah PM ke-6 ini?
Yang berhati waja lagi mulia
yang sedia mendengar setiap
rintihan kalbu rakyat Malaysia
tak kira kaum,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan".
Bersyukurlah banyak-banyak kerana kita
dikurniakan seorang pemimpin
yang memahami setiap denyut nadi rakyat Malaysia.
Terima kasih PM ke-6.
Pasti nanti negara tercinta ini
mempunyai rakyat yang bersatu padu
dalam ungkapan,'1Malaysia,
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Mac 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK YAB DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK PM MALAYSIA KE-6 YANG DICINTAI OLEH SEMUA RAKYAT 1MALAYSIA TERIMA KASIH PM JASA BAIKMU KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA TANPAMU SIAPALAH KAMI UNTUK HIDUP DALAM NEGARA YANG AMAN DAMAI DAN SEJAHTERA. TERIMA KASIH PM I LUV U PM SAYANG RAKYAT MALAYSIA PADAMU SEBAGAIMANA PM SAYANG KEPADA KAMI MOGA ALLAH SWT TEMUKAN KITA SEMUA DI SYURGA BERKAT KASIH SAYANG KITA YANG IKHLAS INI KERANA-NYA IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
TUN ABDUL RAZAK,'BAPA PERDAMAIAN MALAYSIA'
Tun Abd Razak dibesarkan di sebuah perkampungan
yang sangat miskin. Dia ke sekolah berjalan kaki
tanpa kasut kerana ingin merasakan dirinya sama
taraf dengan rakan-rakan yang pergi ke sekolah
tanpa kasut.
Dia seorang murid yang sentiasa merendah diri,
baik budi pekerti dan suka membantu rakan-rakan
nya yang kebanyakan terdiri daripada keluarga
yang miskin. Tiada wujud membangga diri
walaupun dia seorang anak keluarga yang berada.
Berkat ketekunannya dalam pelajaran Tun Abdul
Razak telah berjaya melanjutkan pelajarannya
ke luar negara dengan lulusan undang-undang.
Tun Abdul Razak adalah sahabat baik kepada
Tunku Abdul Rahman. Mereka berdua bersama-
sama telah pergi ke London untuk menuntut
Kemerdekaan Malaysia yang ketika itu dikenali
sebagai Tanah Melayu.
Hasil pertemuan tersebut pada tanggal 31 Ogos
1957 Malaysia telah diistiharkan kemerdekaan
dan di sambut penuh meriah oleh seluruh rakyat
Malaysia untuk meraikan kemerdekaan yang
dinanti-nantikan sejak sekian lama. Rakyat
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.
Tunku Abdul Rahman telah melantik Tun
Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Mereka berdua saling berkerjasama dan saling
hormat menghormati di antara satu sama lain.
Pada 13 Mei 1969 telah berlaku satu rusuhan
kaum di antara kaum Cina dan Melayu.
Tun Abdul Razak meminta kaum Melayu
supaya bertenang tetapi rusuhan kaum
tetap juga berlaku di Kampung Melayu.
Kerajaan telah mengarahkan perintah
berkurung untuk meredakan keadaan
yang amat membimbangkan pada
ketika itu. Segala tugas Tunku serahkan
kepada Tun Abdul Razak untuk
menyelesaikannya. Akhirnya kembali
tenang buat seketika.
Memandangkan semua tugas Perdana
Menteri dipertanggungjawabkan kepada
Tun Abdul Razak, rakyat mahu Tun
Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.
Tun Abdul Razak menolak permintaan
rakyat tanda menghormati Tunku
Abdul Rahman yang telah dianggap
sebagai bapa dan sahabat yang paling
disayangi.
Pada 1971 Tunku Abdul Rahman menyerahkan
Jawatan Perdana Menteri kepada Tun Abdul
Razak demi kepentingan rakyat dan negara.
Tun Abdul Razak menerima jawatan tersebut
dan sanggup berkorban apa sahaja demi
rakyat dan negara tercinta.
Ketika menyandang jawatan Perdana Menteri
Yang Ke-2 Tun Abdul Razak berazam untuk
membasmi kemiskinan yang kebanyakkannya
terdiri daripada kaum Melayu. Beliau
membuat Dasar Ekonomi Baharu untuk
menaik tarafkan hidup orang Melayu tetapi
ini tidak disenangi kaum Cina.
Hakikatnya Tun Abdul Razak mahu semua
rakyat di negara ini menikmati kekayaan
negara sama dikongsi oleh semua kaum
Cina, Melayu mahupun India. Tun Abdul
Razak berfikir bagaimana untuk menyatu-
padukan tiga kaum ini.
Tanpa pengetahuan rakyat, Tun Abdul
Razak telah pergi ke Cina untuk membuat
lawatan persahabatan di antara Malaysia
dengan Cina.
Tanpa diduga Tun Abdul Razak telah
mendapat sambutan di luar dugaan
oleh rakyat cina dan para pemimpin
yang mengalu-alukan kedatangan
Tun Abdul Razak ke negara mereka.
Ketika Tun Abdul Razak pulang dari negera China
tanpa diduga beliau telah disambut oleh
ribuan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Tun Abdul Razak melaungkan,
“Kita Berjaya! Kita Berjaya! Kita Berjaya!”
Teriakkan beliau disambut penuh gembira
oleh seluruh rakyat pada ketika itu.
Tidak sia-sialah permegian Tun Abdul Razak ke
negara China kerana visinya untuk menyatupadukan
kaum Cina dan Melayu berjaya akhirnya. Beliau
sangat berasa gembira yang tidak dapat digambarkan
dengan kata-kata.
Rakyat terus aman dan harmoni tanpa perselisihan
kaum lagi. Hidup saling hormat menghormati
di antara satu sama lain dan saling berkerjasama.
Rakyat terus mengecapi arus pembangunan Negara.
Pada tahun 1976 Tun Abdul Razak tidak dapat
menahan kesakitan lagi yang mana selama ini
beliau merahsiakan penyakit lukimea yang
telah dihidapi sejak bertahun lamanya daripada
pengetahuan keluarga mahupun rakyat tercinta.
Tun Abdul Razak pergi ke luar negara
tanpa pengetahuan rakyat untuk
mengubati penyakitnya tetapi penyakit
yang ditanggungnya sudah sampai ke
tahap kritikal. Doktor memberitahu
kepada keluarga Tun Abdul Razak
bahawa Tun tidak dapat diselamatkan
lagi dan dibawa pulang ke tanah air.
Dalam saat-saat genting Tun tidak
mahu dibawa pulang kerana tidak
mahu rakyat kuatir nanti.
Tun Abdul Razak menghembuskan
nafas terakhir pada 1976 di pangkuan
keluarganya yang tercinta.
Jenazah Tun Abdul Razak dibawa pulang
ke Tanah Air diratapi ribuan rakyat
terdiri daripada pelbagai kaum.
Rakyat begitu sedih kerana telah
kehilangan seorang pemimpin berjiwa
Rakyat yang sanggup bersusah payah
demi rakyat. Rakyat menggelar Tun
Abdul Razak. “Bapa Perdamaian”
Visi Tun Abdul Razak telah diwarisi
oleh anakandanya YAB Datuk Seri Mohd Najib
Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-6 dengan visi
Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian
Diutamakan.
Karya: Ratu Rimba Niagara
25 Mac 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SELURUH KELUARGA TUN ABDUL RAZAK DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA TERCINTA)
SELAMAT HARI JADI KEPADA PM KE-6 KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran,
Kepada Perdana Menteri kesayangan;
Kesayangan rakyat Malaysia berpanjangan,
Kami kagumi hidupmu penuh perjuangan.
Perjuanganmu setulus ikhlas,
Membela rakyat pelbagai kaum;
Budi ditabur tiada harap dibalas,
Gembira dan bangganya rakyat penuh kagum.
Jasamu Datuk Sri Najib rakyat hargai,
Turun ke padang tak kira masa;
Setiap masalah rakyat cuba difahami,
Agar rakyat hidup sempurna.
Tiada istilah penat dan jemu,
Sentiasa fikirkan masalah negara;
Masalah negara difikirkan tanpa jemu,
Diselesaikan agar rakyat hidup sejahtera.
Hidupmu penuh dengan kebaktian,
Berbakti kepada rakyat dan negara;
Bersyukur rakyat mempunyai pemimpin,
Pemimpin berjiwa rakyat pembela negara.
Pemimpin berjiwa rakyat pembela negara,
Mahukan negara terus maju;
Semangat perjuangan terus membara,
Negara dipacu rakyat terus maju.
Negara dipacu rakyat terus maju,
Negara maju rakyat berinovasi;
Negara maju dunia terpukau,
PM mahu rakyatnya berpendapatan tinggi.
Rakyat Malaysia sentiasa menyokong Perdana Menteri,
Jasa Perdana Menteri mewangi di hati rakyat Malaysia;
Gagasan 1Malaysia kami jadikan realiti,
Negara maju rakyat Malaysia berbangga.
Rakyat sentiasa menyokong satu Malaysia,
Cetusan minda Perdana Menteri;
Impianmu tidak akan dipersia,
Rakyat Malaysia akan merealisasi.
Rakyat Malaysia akan merealisasi,
1Malaysia jadi kenyataan;
Kepuasan akan Perdana Menteri rasai,
Bila rakyat pelbagai kaum dalam perpaduan.
Rakyat pelbagai kaum dalam perpaduan,
Bermuafakat bersatu hati,
Bersatu hati untuk merealisasi,
1Malaysia pasti jadi kenyataan.
1Malaysia pasti jadi kenyataan,
Asalkan rakyat dan pemimpin besatu hati;
Bersatu hati saling memberi kepercayaan,
Kepercayaan berdasarkan keikhlasan hati.
Kejujuran hati membentuk kerajaan,
Kerajaan cekap dan amanah;
Rakyat sentiasa didahulukan,
Pemerintahan dilaksana secara berhemah.
Pemerintahan dilaksana secara berhemah,
Tiada perkecilkan mana-mana parti;
Nasib rakyat dan negara terpikul amanah,
Kesejahteraan rakyat dan negara sudahlah pasti.
Perdana Menteri kaulah pertiwi,
Perjuanganmu tak pernah mati;
Semangatmu sentiasa membara kami kagumi,
Jasamu sentiasa mewangi di hati kami.
Terima kasih Perdana Menteri,
Budi Perdana Menteri sentiasa kami ingati;
Segala budimu kami sanjungi,
Budi baikmu sentiasa kami hargai.
Terima kasih Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib kesayangan kami;
Moga sentiasa DiRahmati,
Dirahmati ketika hidup dan mati.
Malaysia tersenyum kesejahteraan tercipta,
Pemimpin dan rakyatnya sehati sejiwa;
Saling faham memahami di antara mereka,
Demi kerana negara tercinta.
Karya: Ratu Rimba Niagara
23 Julai 2011
(Sempena Meraikan Ulang Tahun Kelahiran Perdana Menteri
Kesayangan Rakyat Malaysia)
SYAIR 1MALAYSIA SAYANGKAN NEGARA
Tersebutlah kisah sebuah negara,
Malaysia digelar diberi nama;
Perdana Menteri bekerja bersama-sama,
Agar Malaysia jadi ternama.
Satu Malaysia ilham Perdana Menteri,
Galakkan rakyat bersatu hati;
Demi kerana negara dicintai,
Moga hidupmu terus diberkati.
PM mengajak rakyat bersatu,
Pelbagai kaum bersatu padu;
Memupuk minda generasi baru,
Demi kerana Malaysia yang satu.
PM bekerja tak kira masa,
Pentingkan rakyat dari segala;
Kerahkan menteri beri kerjasama,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
PM dan menteri kerja bersungguh,
Demi rakyat negara teguh;
Petah bicara bila berhujah,
Agar rakyat dapat berteduh.
PM kita pencetus revolusi,
Galakkan rakyat berkreativiti;
Minda penuh daya imaginasi,
Lahirkan produk berinovasi tinggi.
Menteri kabinet beri perhatian,
Ikut arahan dalam panduan;
Ada kuasa jangan disia-siakan,
Hilang kuasa dalam penyesalan.
Apalah ada pada kuasa,
Salah guna bawa binasa;
Jalankan tugas hati yang waja,
Hidupmu pasti rasa bahagia.
Rakyat perlu pemimpin berjasa,
Menabur jasa sudahlah biasa;
Ramah tamah tak gila kuasa,
Moga hidupmu aman sejahtera.
Melayu Cina India janganlah iri,
Segala usaha tidak menjadi;
Bila bersatu wajah berseri,
Pelbagai bangsa jadi menteri.
Sabah Sarawak tidak dilupakan,
Sama rata diberi peruntukan;
Justeru itu kekalkan perpaduan,
Pasti hidup dalam kesejahteraan.
Mari semua hidup berdamai,
Fikirkan negara amanlah damai;
Indah sungguh hidup yang permai,
Segala budi sama disemai.
Kementerian Pelajaran iktirafkan guru,
Guru berkualiti amat diseru;
Biar murid berminda baru,
Demi kerana Malaysia yang satu.
Ilmu itu pelita hati,
Hati gelap akan diterangi;
Bila gagal cubalah lagi,
Kejayaan cemerlang sedia menanti.
Penjawat awam ubahlah minda,
Jadikan minda kelas pertama;
Seiring dengan kehendak arus perdana,
Kerajaan dan rakyat pasti berjaya.
Majikan perlukan pekerja ikhlas,
Sungguh-sungguh melakukan tugas;
Janganlah ada bersikap malas,
Majikan pun tidak akan bertegas.
Usahawan cemerlang negara terbilang,
Azam bersungguh tak pernah hilang;
Usahakan hati terang benderang,
Barulah usaha jadi terbilang.
Budi bahasa budaya kita,
Adab sopan apabila bicara;
Bila begitu ramai yang suka,
Hidup pasti lebih ceria.
Sifat jujur haruslah ada,
Ke mana pergi senanglah rasa;
Takkan ada rasa kecewa,
Hati pun bersih hasad pun tiada.
Bertuahnya hidup di bumi Malaysia,
Berkat kepimpinan yang bijaksana;
Di bawah pemerintahan Agong adil dan saksama,
Rakyatnya hidup aman dan sejahtera.
Pos Malaysia lambang merdeka,
Kerana terpanggil untuk berjasa;
Demi kerana Negara tercinta,
Moga jasamu dikenang hingga bila-bila.
PM mahu PDRM berintegriti,
Jalankan tugas penuh teliti;
Agar rakyat rasa dilindungi,
Jasa baktimu tetap dihargai.
Satu Malaysia sayangkan negara,
Rasa cinta terus membara;
Teruskan perjuangan walau di mana,
Biarpun terpaksa bekorban nyawa.
Sekian sahaja syair Malaysia kusayang,
Rakyatnya hidup tolong menolong;
Budi yang baik tak akan hilang,
Moga negara terus gemilang.
Karya: Ratu Rimba Niagara
(31 Ogos 2010 Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-53)
GURINDAM SEORANG PEMIMPIN MALAYSIA BERJIWA RAKYAT
'BALASLAH BAKTINYA DENGAN SYURGAMU
Subhanallah
sejuk perut ibumu
mengandungkanmu
melahirkanmu
membesarkanmu
mendidikmu
dengan ilmu dunia
jua ilmu akhirat
kau menjadi
anak soleh
Alhamdulillah
Syukur pada-Nya
kerana dikurniakan
seorang anak
berjiwa pemimpin
sanggup berkorban
demi rakyatnya
suka duka bersama
derita rakyat
air mata rakyat
pemasalahan rakyat Malaysia
ingin dikongsi bersama
lalu difikir
diselesaikan dengan
semampu mungkin
sekudrat pemikiran
diperah habis
peluh setitik
tidak dipersiakan
kerana terlalu
amat berharga
untuk rakyat tersayang
untuk negara tercinta
maka bergemalah
lagu patriotik
'Kusayaang Rakyatku Demi-Nya'
di setiap pelosok negeri
di bawah pimpinanmu
dan disahut penuh gemuruh
lagu rakyat untuknya
'Pemimpin Kasihmu Abadi Di Hati Kami'
siapa yang mendengar
pasti mengharu-birukan kalbu
lalu menangislah
pemimpin kesayangan rakyat itu
bersama-sama dengan rakyatnya
lalu mengundang rahmat
Tuhan Yang Menguasai Langit Dan Bumi
Suasana sepi seketika
Bertafakur dalam kesyukuran pada-Nya
Allahu Akhbar
Dengan Kebesaran-Mu Tuhan
Kau Kurniakan seorang pemimpin
Berjiwa Rakyat
Kami Syukuri Dalam Sujud!
Kami sayang pemimpin kami
Hadirnya kami hargainya
Perginya kami iringi doa restu-Mu
Kau balaslah segala bakti ikhlasnya
Dengan Syurga-Mu
Kami ingin bersamanya di Syurga juga
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya: Ratu Rimba Niagara
31 Mac 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK YAB DATUK SERI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK)
SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN
Tersebutlah kisah seorang putera,
Tunku Abdul Rahman diberi nama;
Dikasihi semua rakyat jelata,
Baik budinya tidak terkira.
Menyayangi rakyat sepenuh hati,
Perjuangannya tidak pernah terhenti;
Disambung oleh pemimpin terkini,
Cintakan perjuangan tidak bertepi.
Sokongan rakyat Tunku gembira,
Rela berkorban harta dan nyawa;
Demi kerana negara tercinta,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
Bersama Tun Razak Tunku ke London,
Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan pulang membawa kejayaan.
Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
Disambut penuh dengan kegembiraan;
Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
Tunku laungkan merdeka penuh membara,
Rakyat menyambut laungan membara-bara;
Demi kerana negara merdeka,
Untuk diwarisi rakyat jelata.
Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
Penuh dengan penat dan lelah;
Walaupun tiada pertumpahan darah,
Agar generasi dapat berteduh.
Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
Pertahankan negara tanpa jemu;
Rakyat aman sudahlah tentu,
Generasi mendatang mendapat restu.
Tanpa diduga komunis bertandang,
Menceroboh masuk terus meradang;
Tunku memikir merasa bimbang,
Keselamatan negara tidak tergoyang.
Tunku berbincang secara aman,
Dengan Chin Peng membuat keputusan;
Komunis berundur dengan aman,
Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
Jepun menyerang ke negara kita,
Ingin berkuasa merebut tahta;
Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
Makan dan minum berair mata.
Sana sini mayat bergelimpangan,
Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
Asalkan hati penuh kepuasan,
Kerana hati bertuhankan syaitan.
Para perajurit ramai terkorban,
Mempertahankan negara habis-habisan;
Nyawa di badan jadi taruhan,
Asalkan negara menjadi aman.
Perajurit dibantu tentera Inggeris,
Jepun terus bermuka bengis;
Berlawan mereka terus menerus,
Gugurnya perajurit terus ditangis.
Pergilah perajuritku dengan aman,
Perjuanganmu menjadi kenangan;
Kau gugur dalam kemenangan,
Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
Jepun mengalah lalu berundur,
Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
Sudah terlambat Jepun nak sedar,
Rakyat mereka ramai yang gugur.
Tunku hargai jasa perwira,
Pertahankan negara ke hujung nyawa;
Rakyat juga amat berbangga,
Kerana jasamu rakyat terbela.
Tungku memerintah penuh berhati,
Rakyat hidup bersatu hati;
Ke mana pergi Tunku dihormati,
Pengorbanamu Tunku terus diingati.
Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
Memerdekakan negara demi keamanan;
Agar generasi turut pertahankan,
Menjadi warisan sejak berzaman.
Karya: Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2012
(SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA YANG KE-55 TAHUN)
PANTUN SATRIA
Hajat hati nak jadi perwira,
Tiada kudrat apalah dayaku;
Namun begitu bersemangat satria,
Relaku mati demi negaraku.
Kata ibu datukku seorang pahlawan,
Keturunan hulubalang Raja Bugis;
Aku bersyukur berdarah pahlawan,
Kutiupkan roh patriotik di jiwa pewaris.
Rupanya aku tidak keseorangan,
Di luar sana menyokong perjuanganku;
Sokong menyokong atas dasar perjuangan,
Di perjuangkan habis-habisan demi negaraku.
Takkan hilang melayu di dunia,
Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
Melayu bersatu bermuafakat bersama,
Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.
Berjuang tetaplah berjuang jua,
Pantang undur sebelum berjuang;
Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.
Jasa perajurit memang tidak dilupakan,
Jasamu mewangi hingga ke mati;
Siap siaga demi agama dan negara dipertahankan,
Kaulah perwira rakyat dan negara sejati.
Pasukan Polis bersedia berkhidmat,
Bersiap siaga setiap masa;
Menangani jenayah begitu cermat,
Agar negara dan rakyat aman sentiasa.
Tentera Udara Malaysia segak bergaya,
Berkhidmat sepenuh jiwa dan raga;
Pertaruhkan nyawa di angkasa raya,
Keamanan Malaysia di puncak jaya.
TLDM tidak kurang hebatnya,
Berada di laut bersiap siaga;
Musuh yang datang akan ditentangnya,
Demi keamanan negara sentiasa dijaga.
Pasukan RELA rela berkorban,
Berkorban masa dan juga tenaga;
Berkhidmat dengan RELA atas dasar keikhlasan,
Demi rakyat dan negara tercinta.
Jasa PEKIDA tidak dilupakan,
Matlamatnya jelas pertahankan agama dan negara;
Kesatria di jiwa dipertaruhkan,
Semangat perjuangan terus membara.
PERKASA kusanjung jasamu,
Berjuang habis-habisan demi agama dan negaramu,
Tidak pernah berputus asa di hatimu,
Perjuangan dipertaruhkan tiada jemu.
PEWARIS Malaysia mempertabatkan melayu tanpa jemu,
Roh perjuangan tepat dan jelas;
Semangat membara-bara hidup di hatimu,
Moga murni perjuanganmu Allah membalas.
Seni persilatan melayu amat dikagumi,
Kepahlawananmu tiada tandingannya;
Generasi muda minat mempelajari,
Ilmu persilatan melayu dekat di hatinya.
Kebangkitan rakyat Mesir kekejaman Hosni Mubarak,
Pemerintahan diterajui menzalimi rakyat;
Jutaan rakyat bangkit memberontak,
Akhirnya kemenangan menyebelahi rakyat.
Kekejaman pemerintahan Libya terus dipertahankan,
Jutaan rakyat bermandikan peluru dan darah;
Pemimpinnya rakus gilakan kekuasaan,
Kemusnahan negara dan rakyat tinggal sejarah.
Rakyat Malaysia cintakan keamanan,
Pemimpin Malaysia cintakan negara;
Rakyat dan pemimpin saling sefahaman,
Saling berkorban demi negara.
Peristiwa Mesir dan Libya jadikan pedoman,
Jangan dengki-mendengki rakyat dan pemimpin;
Negara sentiasa terus aman,
Kedaulatan negara sejak berzaman.
Pahlawan melayu pantang berundur,
Rela bermandikan darah dihujani peluru;
Demi pewaris takkan berudur.
Nyawa dipertaruhkan di setiap penjuru.
Berkibarlah benderaku terus berkibar,
Rakyat dan pemimpin terus pertahankan;
Rakyat Malaysia jangan dicabar,
Roh perjuangan meniti zaman.
Karya: Ratu Rimba Niagara
25 Mac 2013
(Bersempena Memperingati Hari Polis Malaysia Ke-206 Tahun)
PANTUN SULTAN-SULTAN KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA
Sultan Abd Halim Mua'dzam Shah Agong berwibawa,
Memerintah negara adil saksama;
Rela berkorban demi rakyat tecinta,
Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.
Intitusi di-Raja dekat di hatiku,
Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
Rakyat Johor terharu lagi menyanyangi.
Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
Kepentingan rakyat amat dirasai;
Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
Sejak generasi dahulu hingga kini.
DYM Sultan Selangor Raja dihormati,
Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
Budi disemai Allah berkati,
Moga amalan dibalas di akhirat nanti.
Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
Kebajikan rakyat amat diutamakan;
Bertuah sungguh rakyat Pahang,
Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.
Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.
Sultan Mizan kesayangan rakyat,
Rakyat Terengganu amat bersyukur;
Punyai Raja yang pentingkan rakyat,
Raja dan rakyat sentiasa rasa bersyukur.
Sultan Kedah amat dihormati,
Menabur budi tidak terhingga;
Ke mana pergi rakyat mentaati,
Rakyat Kedah amat berbangga.
Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
Kepentingan rakyat amat dijaga;
Masalah rakyat diberi perhatian,
Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.
Sultan Kelantan berhemah tinggi,
Memerintah Kelantan adil saksama;
Rakyat Kelantan takkan rugi,
Raja dan rakyat berkerjasama.
Karya: Ratu Rimba Niagara
31 Mac 2013
(BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA
NEGARAKU YANG TERCINTA YANG KE-56 PADA 31 OGOS 2013)
KAMI RAKYAT MALAYSIA TAAT SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA SEPERTIMANA YANG TERMAKTUB DALAM RUKUN NEGARA YANG KEDUA.
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA
Salam Kemerdekaan Untuk Negaraku Tercinta,
Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
Tersenyum megah penuh bangga,
Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.
Kau tak pernah erti kalah,
Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
Di mana pun berada kau berkibar megah,
Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.
Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
Semangat rakyatnya terus membara-bara,
Menjadikan realiti impian 1Malaysia.
Salam sejahtera untuk Datuk Seri,
Semoga perjuanganmu membawa keberkatan;
Jasamu sentiasa mewangi di hati,
Perjuangan terdahulu masih diteruskan.
Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
Membela nasib rakyat di mana saja berada,
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
Sehati senada sejiwa saling memahami,
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
Yang difikirkan keamanan negara ini,
Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.
Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.
Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.
Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
Buat Negaraku Malaysia tercinta:
Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.
Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-56 ini kuberjanji,
Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
Moga kau tidak akan disakiti lagi,
Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.
Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
Moga kau sentiasa gembira selalu;
Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Mac 2013
(Diilhamkan Bersempena Menyambut Hari Kemerdekaan
Malaysia Tercinta Ke-56 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2013)
TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA
Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan
di serata pelosok bumi Malaysia
Biarpun kumengerti menempuh gelombang
ombak mengganas!
lalu menghempas ke pantai!
Tergiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan,
“Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila pun!
untuk anak cucu kita menumpang teduh!
Terima kasih Bapa Kemerdekaan!
akan kuingat pesananmu itu!
akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaan
di hati setiap rakyat Malaysia tercinta!
Demi cintaku pada Malaysia
akan kuperjuangkan untuk mempertahankanmu!
hingga ke titisan darah terakhir!
Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Mac 2013
(Diilhamkan Bersempena Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Tercinta
Ke-56 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2013)
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Golongan belia adalah aset negara yang berharga kerana merekalah yang akan memimpin negara di masa akan datang. Semasa menghadiri majlis minum petang ‘Youth Defined 2: Youth Action Forum 2013’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam, saya mengingatkan semua pihak supaya sentiasa memberi sokongan dan bimbingan kepada golongan belia agar mereka dapat mewarisi kejayaan demi kejayaan yang telah dikecapi oleh generasi terdahulu. http://bit.ly/NajibFlickr
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Saya berkesempatan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Kyrgyzstan, Djoomart Otorbaev yang mengadakan kunjungan hormat di Seri Perdana semalam. Kunjungan hormat itu adalah sebahagian daripada rangka lawatan kerja beliau selama empat hari ke negara ini. Dalam pertemuan itu, Djoomart menyatakan yang Kyrgyzstan berminat teroka kerjasama dalam bidang pelaburan dengan Malaysia.http://bit.ly/NajibFlickr
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Saya gembira dengan pembukaan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China semalam. Pembukaan taman perindustrian berstatus nasional pertama di negara ini menandakan babak baru dalam hubungan di antara Malaysia dan China yang telah terjalin sejak kira-kira empat dekat lalu oleh ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein.
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
I enjoyed spending Chinese New Year in Penang this year. The strong sense of camaraderie amongst Chinese Malaysians is one I hope to continue sharing with in the years to come. http://bit.ly/NajibFlickr
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
I attended the Chap Goh Mei celebrations with over 20,000 people at Pandan Indah yesterday. It was a pleasure to end the Chinese New Year with the rakyat.http://bit.ly/NajibFlickr
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Saya telah hadir ke Majlis Perasmian Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di KL semalam. Dalam majlis itu, saya umumkan peruntukkan RM28 juta untuk bantu ringankan beban peladang & penternak. Saya mahu semua rakyat mendapat bantuan daripada Kerajaan dan tidak ada seorang pun yang akan terpinggir.http://bit.ly/NajibFlickr
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Dalam lawatan saya ke Kuala Pahang sebentar tadi, saya berkesempatan melawat salah seorang penerima rumah di bawah program Komuniti Perumahan Bersepadu Kampung Kuala Pahang, Pekan. Saya harap dengan pemberian rumah itu, ia dapat memberi kehidupan yang lebih selesa kepada setiap penerima dan ahli keluarga mereka. www.1malaysia.com.my
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Saya bergegas ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud yang terkorban di Lahad Datu, Sabah. Keberanian kedua-dua Allahyarham yang merupakan anggota komando VAT69 dalam mempertahankan kedaulatan negara akan sentiasa dikenang.
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
I had the pleasure of travelling by trishaw to officiate a nearby food court on Jalan Tun Ali as well as to enjoy the local Melaka cuisine. An enjoyable break with the rakyat after a long session of strategising. www.1malaysia.com.my
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Saya hadir ke Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020', di Pusat Perdagangan Antarabangsa Putrajaya.
Semasa berucap pada majlis itu, saya telah umumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai depan.
Dengan pengumuman itu, ini bermakna setiap penjawat awam akan menerima kenaikan antara RM80 hingga RM320 dan ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.
Inisiatif yang diumumkan itu adalah sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (STI).
Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr. Ali Hamsa serta menteri-menteri Kabinet.www.1malaysia.com.my
Semasa berucap pada majlis itu, saya telah umumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai depan.
Dengan pengumuman itu, ini bermakna setiap penjawat awam akan menerima kenaikan antara RM80 hingga RM320 dan ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.
Inisiatif yang diumumkan itu adalah sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (STI).
Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr. Ali Hamsa serta menteri-menteri Kabinet.www.1malaysia.com.my
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Responding to questions from NST readers on a wide range of issues - including Sabah, BR1M, and my vision for how Malaysia's continued transformation. On the subject of the coming General Election, I said that I'm cautiously optimistic. You cannot take anything for granted, but I feel the rakyat is behind us.
Watch the full Q&A online -> http://www.nst.com.my/ galleries/video/ conversation-with-the-pm-part-1 -1.233617?page=0
Watch the full Q&A online -> http://www.nst.com.my/
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Pagi ini, saya ke Pangkalan TUDM Subang untuk menyambut kepulangan dua jenazah wira negara iaitu Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail dan Allahyarham Ahmad Farhan Ruslan yang terkorban semasa mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah. Jasa dan pengorbanan kedua-dua Allahyarham kepada negara amat besar dan saya serta seluruh rakyat Malaysia akan sentiasa berdoa agar roh mereka ditempatkan bersama para syuhada. Al-Fatihah.www.1malaysia.com.my
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
I believe patient happiness is important for a quick recovery. We do our best to ensure they can always keep a smile on their faces through quality and efficient healthcare. If they smiled the way they did when I visited KL Hospital to open the specialist clinic and ambulatory care centre all the time, we would have a very healthy country indeed.
The new multi-storey carpark from the government will bring much relief to the current overpopulation of the hospital. I look forward to seeing many more smiling faces after its completion in January 2015. www.1malaysia.com.my
The new multi-storey carpark from the government will bring much relief to the current overpopulation of the hospital. I look forward to seeing many more smiling faces after its completion in January 2015. www.1malaysia.com.my
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Saya sangat gembira kerana lawatan saya ke MRSM Kuala Krai, Kelantan pagi tadi mendapat sambutan yang menggalakkan. Sekiranya diberi mandat untuk mentadbir Kelantan pada PRU akan datang, saya akan sentiasa berusaha membawa lebih banyak pembangunan ke negeri itu. Saya yakin, rakyat Kelantan telah lama ternanti-nanti untuk melihat lebih banyak pembangunan di negeri mereka.www.1malaysia.com.my
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
I met with some great men at Sri Perdana last night. They were retired senior officers of the Armed Forces (ATM), brave men with various accomplishments towards protecting their country. Their tasks now lie on the shoulders of men no less brave who now fight for us at Lahad Datu. Spanning generations, the ATM have put their lives before ours to protect Malaysia's interests. Let us always show them that we appreciate their efforts and support them in any way that we can.www.1malaysia.com.my
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Semalam saya mengambil peluang ke Kampung Rantau Panjang, Klang bagi melawat keluarga wira negara, Allahyarham Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran yang terbunuh semasa mempertahankan kedaulatan negara di Semporna, Sabah. Saya sangat terharu dengan pengorbanan Allahyarham yang sanggup bergadai nyawa demi negara yang dicintainya. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama para syuhada. Al-Fatihah. www.1malaysia.com.my
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Inilah Kit Tindakan kita. Jom bertindak demi Malaysia. Layari www.1malaysia.com.myuntuk dapatkan Kit Tindakan ini. Terima kasih atas sokongan semua :) JomBertindak
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Sedang melakukan persiapan untuk pengumuman ETP dan GTP sebentar lagi. Saya berpuas hati dengan pencapaian Malaysia setakat ini. Saksikannya secara langsung di RTM1 pada pukul 8.35 malam #Transformasi www.1malaysia.com.my
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
The task we have set ourselves to become a high-income nation by 2020 is deliberately ambitious, but attainable. In implementing this transformation agenda I have ultimate responsibility for its success and am bound by the results that it achieves. As today’s results show, we are making significant progress in our efforts to become a more advanced and just society, with higher standards of living for all.www.1malaysia.com.my
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Semasa menghadiri Majlis Janji Ditepati - Pemberian Lesen Teksi Individu di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Putrajaya sebentar tadi, saya mengumumkan pemberian sebanyak 1,000 permit teksi individu kepada para pemandu teksi. Saya turut mengumumkan Yayasan Rakyat 1Malaysia juga akan memberi geran sebanyak RM5,000 kepada 1,000 pemandu teksi terbabit dengan syarat mereka menggunakan Proton Exora sebagai teksi selain memberitahu SPAD akan lancar Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) 2.0 dalam masa terdekat. Saya harap dengan pelbagai bantuan dan inisiatif ini, ia dapat menjadi sumber inspirasi kepada semua pemandu teksi agar memberi perkhidmatan yang baik kepada semua.
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Saya menghadiri siri terakhir Jelajah Janji Ditepati yang diadakan di Kuantan semalam. Selama ini, saya dan barisan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lain telah berusaha bersungguh-sungguh untuk berkhidmat dengan cemerlang kepada rakyat demi masa depan Malaysia yang terjamin. Untuk itu, saya berharap rakyat dapat menilai usaha dan kesungguhan BN itu dengan terus memberi mandat kepada kami pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Pada majlis Sambutan Hari Polis ke-206 di Pulapol Kuala Lumpur pagi tadi, saya telah umumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah memberi perkenan untuk saya mengisytiharkan perwujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) di kawasan Timur Sabah berkuat kuasa hari ini. Selain itu, saya turut menyerahkan Pangkat Secara Posthumous kepada balu serta waris wira negara yang terkorban di Lahad Datu dan Semporna semasa insiden pencerobohan di Sabah. Jasa kesemua wira negara itu yang sanggup bergadai nyawa demi negara sentiasa dikagumi. Terima kasih kepada semua warga polis kerana selama ini gigih menjaga keselamatan kami semua rakyat Malaysia. Selamat Hari Polis.
DISIARKAN DI WALL
NAJIB RAZAK
The official facebook of the Prime Minister of Malaysia
ATM FA FANS CLUB
FB RATU RIMBA NIAGARA
GRUP YANG DISERTAI RATU RIMBA NIAGARA
1 April 2013
0 comments:
Post a Comment