Saturday, 6 April 2013

KOLEKSI NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (200) SALAM CAHAYA KASIH PENDEKAR KUMBANG SEGAK




Kumbang Segak updated his profile picture.













Unlike · ·

Asalamualaikum dan slm jumaat untk semua,hari ni menjadi 'pengawal peribadi'kepada heliza helmi untk pengambaran supertele permata hatiku dimasjid putra putrajaya..terbaik la heliza helmi,cayalah!
Unlike ·  · 

 updated his profile picture.
Unlike ·  · 

...lagi 9 anak tangga lagi untuk aku menuju puncak,setelah berbelas belas anak tangga yg dah aku daki,ada kala jatuh tersungkur,luka aku bangun dan ubati sendiri..harap2 kali ni dah tak terjatuh lagi..aku perlu berhati hati supaya langkahku kali ini tidak tergelincir..kikiki(gelak jahat)
2Unlike ·  · 

Dlm meniup bara api kita perlu bersatu,perjuanganmu perjuanganku dan perjuanganku perjuanganmu juga..biar ombak badai dtg memusnahkan perjuangan suci ini,kita akan tetap dan pendirian kita.Tak akan musnah walau setapak.Biar sekali air bah sekali itu lah pantai berubah,namun perjuangan kita tak akan berubah dan masih setia dlm memartabatkan perjuangan ini.Perjuangan kita ini ialah untuk kita tinggalkan kepada anak cucu pewaris bangsa,ilmu persilatan ini penting untuk anak cucu kita pelajari dan minati agar terpupuk semangat patriotik dan jati diri dijiwa mereka.Oleh sebab itu perjuanganmu dan perjuanganku haruslah seirama dan senada..
 — with Muhammad Al-Fateh.
1Unlike ·  · 

HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!

Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.

Salam Kemerdekaan dariku untukmu
dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman
Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .

"Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
29 Ogos 2012
(SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA YANG KE-55 PADA 31 OGOS 2012)
 ·SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN

Tersebutlah kisah seorang putera,
Tunku Abdul Rahman diberi nama;
Dikasihi semua rakyat jelata,
Baik budinya tidak terkira.

Menyayangi rakyat sepenuh hati,
Perjuangannya tidak pernah terhenti;
Disambung oleh pemimpin terkini,
Cintakan perjuangan tidak bertepi.

Sokongan rakyat Tunku gembira,
Rela berkorban harta dan nyawa;
Demi kerana negara tercinta,
Asalkan rakyat hidup bahagia.

Bersama Tun Razak Tunku ke London,
Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan pulang membawa kejayaan.

Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
Disambut penuh dengan kegembiraan;
Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
Tersenyum Tunku tanda kepuasan.

Tunku laungkan merdeka penuh membara,
Rakyat menyambut laungan membara-bara;
Demi kerana negara merdeka,
Untuk diwarisi rakyat jelata.

Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
Penuh dengan penat dan lelah;
Walaupun tiada pertumpahan darah,
Agar generasi dapat berteduh.

Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
Pertahankan negara tanpa jemu;
Rakyat aman sudahlah tentu,
Generasi mendatang mendapat restu.

Tanpa diduga komunis bertandang,
Menceroboh masuk terus meradang;
Tunku memikir merasa bimbang,
Keselamatan negara tidak tergoyang.

Tunku berbincang secara aman,
Dengan Chin Peng membuat keputusan;
Komunis berundur dengan aman,
Terima kasih Tunku Abdul Rahman.

Jepun menyerang ke negara kita,
Ingin berkuasa merebut tahta;
Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
Makan dan minum berair mata.

Sana sini mayat bergelimpangan,
Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
Asalkan hati penuh kepuasan,
Kerana hati bertuhankan syaitan.

Para perajurit ramai terkorban,
Mempertahankan negara habis-habisan;
Nyawa di badan jadi taruhan,
Asalkan negara menjadi aman.

Perajurit dibantu tentera Inggeris,
Jepun terus bermuka bengis;
Berlawan mereka terus menerus,
Gugurnya perajurit terus ditangis.

Pergilah perajuritku dengan aman,
Perjuanganmu menjadi kenangan;
Kau gugur dalam kemenangan,
Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.

Jepun mengalah lalu berundur,
Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
Sudah terlambat Jepun nak sedar,
Rakyat mereka ramai yang gugur.

Tunku hargai jasa perwira,
Pertahankan negara ke hujung nyawa;
Rakyat juga amat berbangga,
Kerana jasamu rakyat terbela.

Tungku memerintah penuh berhati,
Rakyat hidup bersatu hati;
Ke mana pergi Tunku dihormati,
Pengorbanamu Tunku terus diingati.

Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
Memerdekakan negara demi keamanan;
Agar generasi turut pertahankan,
Menjadi warisan sejak berzaman.

Karya: Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2011
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA KE -55 TAHUN PADA 31 OGOS 2012)
Like ·  · Promote · 
 MALAYSIA & LAKSAMANA HANG TUAH! BUKAN SEJARAH MITOS!

Melayu hina melayu,
Takkan kubiarkan;
Kerana aku jiwa melayu,
Kusahut segala cabaran.

Melayu sentiasa hidup,
Takkan kubiarkan diinjak-injak;
Kerana kumahu bangsa ku terus hidup,
Makanya bangsaku mestinya bijak.

Pendekar melayu pantang dicabar,
Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.

Sedikit ilmu badan binasa,
Akan kusahut cabaranmu itu;
Bertulangkan besi beruratkan suasa,
Satu lawan satu aku sedang menunggu.

Satu lawan satu itulah anak jantan,
Pukulan maut takkan ku gentar;
Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
Biar apa terjadi jangan undur.

Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
Ingat pesanan guru jangan mengalah,
Kerana pendekar melayu tak takut mati.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
29 Mac 2013

KERIS MENJADI SAKSI BISU HEBATNYA PERTEMPURAN!

Keris menjadi saksi bisu
hebatnya pertempuran mu duhai keris
kehebatan mu di gelanggang pertempuran di akui sejak berzaman
kau sentiasa dikenang sepanjang zaman
kau sentiasa di hatiku
kan ku perjuangkan kepahlawananmu
hingga ke titisan darah terakhir
biarpun nyawaku jadi taruhan
agar kau mengerti
yang aku cintakan mu
selagi nafas ku ada
lambang cinta
lambang setiaku
padamu keris....
yang tak pernah jemu
mencintaimu
untuk mempertabatkanmu
agar dicintai juga anak bangsa
sejak zaman berzaman

Karya Ratu Rimba Niagara
29 Mac 2013

KERIS LAMBANG KEPAHLAWANAN MELAYU

Keris lambang kepahlawanan melayu,
Keris juga lambang kekuasaan Kesultanan Melayu;
Kepahlawan dan kedaulatan sultan tak pernah layu,
Akan di pertahankan hingga ke titisan darah terakhir generasi melayu.

Tak akan hilang melayu di dunia,
Itulah sumpah Laksamana Hang Tuah;
Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
Berbangga menjadi bangsa melayu di bumi bertuah.

Ilmu persilatan diminati sejak dahulu,
Diperturunkan hingga ke generasi baru;
Bersama mempertahankan kedaulatan kesultanan melayu,
Akan dibanggai sehingga ke anak cucu.

Pahlawan melayu sudah terbilang,
Kepahlawanannya demi agama bangsa dan negara;
Ilmu persilatan tak akan hilang,
Akan diperturunkan dengan semangat yang membara.

Salam silaturrahim salam kepahlawanan,
Kepada semua pejuang bangsa yang tersanjung di hati;
Kukagumi kalian kerana semangat perjuangan,
Yang tak jemu berbakti dan menabur budi.

AKU BERSYUKUR KERANA AKU MELAYU

Aku bersyukur karena aku MELAYU
Aku redho karena aku MELAYU
Aku gembira karena aku MELAYU
Aku bangga karena aku MELAYU
Kerana aku cuma mendengar satu saja bangsa yang
tak akan hilang di dunia yaitu BANGSA MELAYU ( Kata Wakil Anak Melayu Seluruh Dunia)

Takkan hilang melayu di dunia,
Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
Melayu bersatu bermuafakat bersama,
Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

Berjuang tetaplah berjuang jua,
Pantang undur sebelum berjuang;
Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

KARYA: RATU RIMBA NIAGARA
29 Mac 2013

SKRIP HANG JEBAT & HANG TUAH ERA MODEN

HANG JEBAT :

Apa salahnya kita bermaaf-maafan...
kalau kubunuh kau sia-sialah perjuanganku selama ini membela kau.

HANG TUAH :

Ya...betul katamu Jebat...
kita bermaaf-maafan demi rakyat dan Raja kita.
Aku tak mahu menjadi rakyat yang derhaka!
Aku tak mahu menjadi sahabat yang tak mengenang budi!
Nanti kukabarkan kepada Raja bahawa kau dan aku adalah rakyat yang setia ...
Apa yang terjadi selama ini adalah cuma salah faham saja angkara fitnah.
Raja pasti boleh terima apa yang kukatakan.

HANG JEBAT:

Betul ke Tuah.

HANG TUAH :

Raja sekarang Raja berjiwa rakyat. Sayangkan rakyat dan negara melebihi kepentingan sendiri.
Begitu juga rakyat sayangkan Raja dan negara melebihi kepentingan sendiri.

HANG JEBAT:

Kalau begitu ayuh kita pergi mengadap Sultan.

HANG TUAH :

Sultan pasti gembira mendengar kabar berita ini.
Barulah kita tidak rasa bersalah hingga ke mati.
Tiadalah sesal di hati baik Raja, rakyat dan generasi akan
datang pastinya semua gembira kerana tidak akan hilang melayu di dunia!

HANG TUAH/HANG JEBAT:

DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!

RAJA:

SAYANG RAKYAT!

Karya: Ratu Rimba Niagara
29 Mac 2013

AKU TAK MAHU MENJADI PENDERHAKA RAJA

"Raja adil raja disembah...Penderhaka Raja mesti kubunuh!"
"Engkau pengampu Raja...apa yang engkau dapat? Kurniaan diRaja!"
"Bukan itu yang aku mahukan...cuma aku mahu menjadi rakyat yang setia...setia kepada Raja."
"Setia...sebelum berkuasa bolehlah! Dah berkuasa tengok...rakyat ditindas?"
"Bedebah! Bukan Raja yang menindas rakyat tapi pemerintah !Engkau tahu tak? Tak akan rakyat hendak menindas rakyat..."
"Kalau pemerintah menindas rakyat mana buktinya?"
"Buktinya engkaulah yang menafikan kedaulatan diRaja!!!"
"Kedaulatan diRaja? Macam mana tu?"
"Pemerintah mengiktirafkan institusi diRaja...rakyat pun aman ."
"Kenapa engkau kata macam tu?"
"Sebab tiada Raja tiada negara tiada negara tiada rakyat ...ada rakyat ada pemerintah kerana rakyat adalah pemerintah...."
"Engkau ini cakap berbelit-belit bikin aku nggak faham!Cakap bikin aku faham bisa nggak?"
"Senang cerita lah...sebab apa aku kata rakyat itu pemerintah...siapa yang memilih pemerintah?
"Rakyatlah!"
"Pandaipun engkau....makanya pemerintah itu rakyat...rakyat itu pemerintah...makanya rakyat perlukan Raja yang adil barulah negara jadi sempurna...ada negara ada rakyat ada rakyat ada Raja..."
"Itu macam kah...baru aku faham....betul kata engkau .....kalau macam ini tak jadi gaduhlah...kita bisa jadi kawan boleh nggak?"
"Tentulah boleh...sebab engkau tidak jadi penderhaka...aku suka."
"Hehehehehe"
"Sukalah tu!"
"Pastilah suka...."
"Kenapa suka?"
"Perjuangan kau sudah tercapai"
"Maksud engkau?"
"Engkau sudah berjaya menyedarkan aku makanya aku tak mahu lagi jadi rakyat penderhaka kepada Raja."
"DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!"

Karya RATU RIMBA NIAGARA
29 Mac 2013

KEPAHLAWANAN MELAYU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH

PULAU RUPAT INDAH PERMAI
SANGKAR BESI SIBURUNG ELANG
KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI
PENDEKAR TAK MATI DITENGAH GELANGGANG
By: Zairi Erie

Ratu Rimba Niagara:

MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH!

Aku anak melayu...
Engkau anak melayu
Tapi aku pantang melayu hina bangsa melayuku sendiri
Makanya marilah kita ke tengah gelanggang
Beradu kepahlawanan melayu
Kerna pendekar melayu tak akan mati di tengah gelanggang...

Engkau janganlah bersandiwara...
Engkau kata engkau anak melayu
Apa bukti engkau sokong melayu?
Ada anak bangsa engkau
Yang engkau bela?
Bilang sama aku?
Mana buktinya?
Aku pantang orang pandai berkata-kata
Tapi tak mahu buktikan!!!!

Apa kuasa aku mahu aku buktikan?
Engkau yang patut buktikan...
Engkau yang ada kuasa
Kenapa engkau tak gunakan kuasa engkau itu
Engkau leka dengan pujian pangkat engkau
Dengan kuasa yang engkau ada
Engkau kumpul sebanyak mana harta yang engkau mahu
Engkau hendak bawa harta engkau ke kubur ke?
Hingga lupa tanggungjawab engkau kepada anak bangsa!!!

Ciss bedebah engkau...!!!
Aku kumpul harta kerna itulah matlamat aku...
Engkau yang dengki khianat dengan aku....!!!!

Yang engkau ambil itu bukan kepunyaan engkau!
Harta rakyat...hak rakyat....!!!!
Apa engkau tak rasa bersalah?
Kerna engkau tak rasa bersalah ....
Marilah kita bertarung tenaga....
Baru tahu engkau berkuasa atau aku yang berkuasa...

Ciss anak melayu pantang dicabar!!

Ciss! Bedebah engkau masih lagi mengaku anak melayu!!!
Tapi pengkhianat bangsa sendiri....!!!!

PULAU RUPAT INDAH PERMAI,
SANGKAR BESI SI BURUNG ELANG;
KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI,
PENDEKAR TAK MATI DI TENGAH GELANGGANG.

KEPERKASAAN MU PAHLAWAN AKU MENGALAH,
KEKUATAN MU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH;
ENGKAU MEMBUATKAN AKU MENGAKU KALAH,
MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
31 Ogos 2012

JADILAH RAJA YANG UTAMAKAN RAKYAT
MELEBIHI KEPENTINGAN SENDIRI

Teungku Sayyid Deqy

Ibu...
Maafkan putramu...
Aku sedang berada di titik nadir hidupku,
Aku sedang terbuang dan terhina oleh dunia ini,
Namun...mengapa aku pun tersisihkan dari hatimu?
Semua ini sungguh membuatku lemah,

Ibu kusayang...
Putramu hanya ingin istirahat sejenak di rumahmu...
Izinkanlah dihari-hari terakhirku ini,
Dan ketika kuberpulang pada NYA, aku dalam hangat pelukanmu.

By: Teungku Sayyid Deqy

Ratu Rimba Niagara:

Duhai nanda putra kesayanganku...
Napa nanda berkata demikian rupa
Hancur lulur hati bunda
Sebak hati bunda ...
Adakah selama ini bunda abaikan kasih sayang bunda...
Katakan putra kesayangan bunda...
Puluhan tahun bunda mendidik dan membesarkan nanda
Tidak cukupkah kasih sayang bunda pada nanda selama ini....
Bukan kasih sayang saja yang bunda berikan pada nanda
Malah nyawa bunda pun sanggup jadi taruhan demi nanda tercinta...
Jika pelukan bunda ini boleh menenangkan jiwa nanda
Marilah ke mari bunda dodoikan gurindam dan syair
Yang selalu bunda dendangkan semasa nanda bayi lagi...

"Duhai putra bunda tersayang...
Buah hati bunda pengarang jantung bunda
Bunda kasih ...bunda sayang sangat-sangat...
Tidurlah lena...jangan nakal-nakal...
Besar nanti jadilah anak yang soleh lagi beriman
Jadi Raja yang utamakan rakyatnya daripada kepentingan sendiri...
Jadilah Raja yang adil Raja yang pemurah
Raja yang ingin hidup mencari jalan-jalan redhoNya
Nanda diberi darjat yang tinggi bukan untuk membangga diri
Tapi adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan...
Makanya jadilah Raja yang disayangi rakyat bukan dibenci rakyat
Ingatlah pesanan bunda ini nanda...
Bunda sangat-sangat sayang pada nanda
Nandalah saham dunia akhirat bunda
Tiada bunda nanti di dunia ini
Kirimkan doa untuk bunda jangan dilupakan
Itulah tanda kasih sayang nanda pada bunda...
Di pintu Syurga bunda menantimu penuh kerinduan..."

Masihkah nanda ingat dengan gurindam yang bunda dendangkan
padamu ? Inilah gurindam yang ditiup suburkan dijiwamu agar
terpasak dalam sanubarimu nanda...

Makanya jangan nanda berkata seolah ingin pergi dulu daripada bunda....
Memanglah kita tidak tahu siapa yang pergi dulu....
Tapi biarlah bunda yang pergi dulu...
Nanda muda lagi dan tenaga nanda masih segagah pahlawan perkasa...
Bunda dalam usia begini sudah terlalu uzur dan lemah ....
Cumanya semangat saja yang menguatkan bunda meneruskan
Pengembaraan di dunia ini....
Makanya bunda berharap sangat Tuhan panjangkan usia nanda...
Bunda doakan Allah SWT sentiasa memberi kekuatan pada nanda
Untuk meneruskan perjuangan bunda dan nanda bahagia ....
Justeru jangan ragui cinta dan kasih sayang bunda pada nanda lagi...
bunda kasih dan sayangkan nanda dari dunia ini di bawa hingga ke SyurgaNya....
Aaamin Ya Rabbal A'Lamin

Ikhlas daripada:

Bunda Permaisuri Rimba Niagara
Malaysia
1 April 2012

(KARYA TEUNGKU SAYYID DEQY & RATU RIMBA NIAGARA)
5 April 2013
(KARYA DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PENDEKAR MELAYU NUSANTARA, RAJA NUSANTARA & PEMIMPIN NUSANTARA YANG CINTAKAKAN BANGSA MELAYU
YANG TAK MAHU MELAYU HILANG DI DUNIA)
Like ·
2 people like this.

Liew Leyu ramai yg tk fhm kesimpulan sejarah hang tuah yg ditulis org putih.kesimpulannya yg aku tahu ialah :melayu yg pandai mengampu (berbuat baik wlu menyakiti hati raja yg lain-kes tun teja) wlu berbuat salah sebesar mana pun pasti dikasihi raja dn terlepas dari hukuman.manakala melayu yg bertindak menentang ketidakadilan walau benar sekalipun tetap akan dibunuh atas kesalahan menderhaka bukan sbb kesalahan lain yg dilakukan kerana hang jebat tidak pernah dibicarakan dgn adil..kan?kan?.begitulah yg berlaku sekarang....sejarah hang tuah hanya ciptaan..mitos!!..guru sejarah ckp mcm tu..tp ini hya pendapt aku sorg..##klu komen ni menyakitkan hati sape2 nnt aku delete..
2 hours ago · Edited · Like

Ratu Rimba Niagara KAMI BUKAN MELAYU SEBAB ITU KAMU KATA MACAM INI OK!
about an hour ago · Like

Ratu Rimba Niagara JIKA KAMU MELAYU MESTI KAMU TAK KATA MACAM INI...
MELAYU SEKARANG BUKAN MACAM DULU LAGI
BOLEH DIPERKOTAK KATIKAN OLEH BANGSA LAIN...
YANG TAK TAHU BERSYUKUR MENUMPANG DI TANAH MELAYU
TAPI NAK LAWAN TOKEY PULAK...
JANGAN BUAT JIWA MELAYUKU MELEDAK OK!
about an hour ago · Like

Ratu Rimba Niagara HANG TUAH & MALAYSIA BUKAN SEJARAH MITOS!

JIKA SEJARAH HANG TUAH HANYA CIPTAAN ...MITOS!
MAKNANYA SEJARAH KAUM INDIA DAN CINA YANG BERDAGANG DI TANAH MELAYU
UNTUK MENCARI KEKAYAAN CUMA MITOS AJELAH KAN3
PELEK TAPI BENAR KAUM CINA DAN INDIA MENJADI WARGA RAKYAT MALAYSIA?
DAN DIANGKAT MENJADI PEMIMPIM PULAK TUU...
ADAKAH INI MITOS!
KETIKA MALAYSIA DISERANG MUSUH
ADAKAH KAUM CINA DAN INDIA MAHU PERTARUHKAN NYAWA DEMI NEGARA?
SEDANGKAN KAUM CINA DAN INDIA SUDAH MENJADI RAKYAT MALAYSIA
KAD PENGENALAN BIRU PULAK TU...BUKAN KAD PENGENALAN MITOS???

SAYA MAHU TANYA KAMU DUHAI KAUM INDIA DAN CINA
ADAKAH KAMU SANGGUP BERJUANG MEMPERTAHANKAN NEGARA INI
JIKA MALAYSIA DISERANG ANDAINYA KAMU ANGGAP MALAYSIA INI NEGARA KAMU?
TAPI TAK TAHULAH JIKA KAMU ANGGAP MALAYSIA INI MITOS WUJUDNYA
KAMU MESTI TIDAK AKAN MEMPERTAHANKANNYA KERANA WUJUDMU DI MALAYSIA JUGA SEJARAH MITOS?

MAKA DUHAI KAUM INDIA DAN CINA JANGAN KAMU PERLEKEHKAN KEWUJUDAN MELAYU DI TANAH MELAYU KERANA LAKSAMANA HANG TUAH SUDAH BERSUMPAH, 'TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA?' INI BUKAN SEJARAH MITOS!

DUHAI KAUM INDIA DAN CINA
JIKA KAMU MENGAKU KAMU RAKYAT MALAYSIA
YANG HIDUP BERSATU PADU
SENTIASA MEMAHAMI AGAMA , ADAT DAN BUDAYA MELAYU
YANG SENTIASA MENJAGA ADAP BILA BERKATA

RAKYAT MALAYSIA SENTIASA SALING MEMAHAMI
DEMI KESEJAHTERAAN MALAYSIA TERCINTA
KERANA MALAYSIA WUJUD ATAS SEJARAH KEMERDEKAAN
YANG PERJUANGKAN OLEH PEJUANG-PEJUANG NEGARA
YANG TERDIRI DARIPADA MELAYU CINA DAN INDIA
KERANA PERPADUAN TIGA KAUM INILAH
MEMBUATKAN MALAYSIA INI KEKAL DAN AMAN SEJAHTERA
RAKYAT HIDUP SALING BERSATU PADU , MEMAHAMI DAN SALING MENGHORMATI
AGAMA ,ADAT DAN BUDAYA MASING-MASING....
SEMUA HARUS INGAT DAN SENTIASA SEDAR MALAYSIA MERDEKA BUKAN
DARI SEJARAH MITOS
JIKA DARI SEJARAH MITOS MALAYSIA TAK AKAN WUJUD!!!
MAKANYA SAMA-SAMALAH KITA MENCINTAI MALAYSIA TERCINTA!
AGAR MALAYSIA TERCINTA INI DAPAT DIHADIAHKAN KEPADA GENERASI
YANG AKAN DATANG DALAM SUASANA AMAN DAN SEJAHTERA!
BERKAT PERPADUAN TIGA KAUM MELAYU CINA DAN INDIA....

RATU RIMBA NIAGARA
5 April 2013

(PETIKAN DARIPADA WALL NAJIB RAZAK)
5 April 2013
Like ·  · Promote · 


Assalamualaikum..
Salam cahaya kasih..

Sticker ta mim kembali lagi...
Tanah melayu..sticker ini bole dipakai oleh sesiapa shj..x kira ar mana2 majlis atau pertubuhan mana2 sekali pun..janji ia melayu..
Sila sms utk urusan pembelian..0173465426

Rm10 sahaja..kos penghantaran sy tanggung..
 — with Kumbang Segak and 43 others.
Unlike ·  · 

Insyaallah Hari Ahad ni 7 April 2013 saya nak ajak kawan-kawan yang berminat memanah cara traditional datang ke puncak perdana. Saya tidak mengajar cuma memberi pendedahan. Yang dah mula memanah pon join sekali sama-sama bertukar pengetahuan. Waktu bermula asar sampai matahari naik merah..... — with Kumbang Segak and 3 others.
Unlike ·  · 

(PETIKAN DARIPADA WALL PENDEKAR KUMBANG SEGAK)
6 April 2013

WWW

0 comments:

Post a Comment

 
;