Monday, 1 April 2013 0 comments
KOLEKSI NOVEL CINTA DEMI-NYA (173) PUTRI RIMBA NIAGARA & LAKSAMANA HARIMAU
PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-6 DEKAT DI HATI RAKYAT
PM SEORANG PEMIMPIN YANG MESRA RAKYAT MENGAMBIL PENDEKATAN MEMAHAMI SETIAP DENYUT NADI RAKYAT
INI BERMAKNA ANTARA PEMIMPIN DENGAN RAKYAT SALING SERASI SENADA SEIRAMA...BENARLAH APA YANG DIGAGASANKAN OLEH BELIAU, "1MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN! SEKALUNG TAHNIAH UNTUK PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG BERJAYA MEMBAWA RAKYAT KE ARAH
KESEJAHTERAAN HIDUP DUNIA AKHIRAT
...See MoreGURINDAM ANTARA RAJA DAN RAKYAT JELATA
Ampun Tuanku Izinkan Patik Bergurindam DiRaja
Di sini patik mengucapkan jutaan terima kasih
yang tidak terhingga kerana kesudian Tuanku
membalas Kad ucapan Hari Raya Aidilfitri dan
Ucapan Kemerdekaan Ke-54 negara tercinta
Terharu rasa hati patik tak dapat hendak
diungkaikan dengan kata-kata kerana
siapalah patik...
Tapi itu semua tidak Tuanku pentingkan
Terbukti sudah ke semua Raja-Raja Di Malaysia
begitu prihatin dan sayangkan semua rakyat baginda
tidak sama sekali membeza-bezakan
siapa pun rakyat, baginda terima dengan kasih sayang
antara Raja dengan ke semua rakyat baginda
Selama ini yang ada di benak pemikiran rakyat
Antara Raja-Raja dengan rakyat ada jurang perbezaan Darjat Kebesaran
Kerana ada rasa jurang perbezaan Darjat Kebesaran hubungan rakyat dengan
raja renggang
Hakikatnya tidak begitu duhai rakyat Malaysia!
Hati nurani semua Raja sememangnya mengasihi rakyat jelata
tanpa ada rasa membezakan siapa pun rakyat yang menaungi negeri
jajahan baginda rela berkorban demi rakyat dan negara tercinta
Kesusahan rakyat dan derita rakyat baginda terpanggil
untuk menghulurkan bantuan
Negara ditimpa bencana alam ...baginda turut merasai
penderitaan rakyat yang ditimpa musibah
baginda bantu terdaya mampu
kesusahan rakyat kesusahan baginda juga
Kesempurnaan hidup rakyat dan kesejahteraan negara tercinta ini
sentiasa diikuti dan dalam perhatian semua Raja-Raja
Bilamana rakyat dan pemerintah tidak bersatu hati
tentunya kegusaran di hati baginda Sultan
kerana hanya yang difikirkan melainkan keamanan negara tercinta!
Baginda mahu tiada jurang antara rakyat, pemimpin dan Raja
Ampun Tuanku Daulat Tuanku
Kesilapan bergurindam harap diampun
Semuanya bersatu hati mengekalkan Kemerdekaan Negara Tercinta
Makanya keamanan negara tercinta ini
sentiasa dalam perhatian semua Raja-Raja di Malaysia
Semangat patriotik Ke Bawah Duli Tuanku
Amat rakyat jelata kagumi
Rakyat jelata bersumpah setia dan
Akan taat setia kepada ke semua Ke bawah Duli Tuanku
Keprihatinan ke Bawah Duli Tuanku kepada semua rakyat di Malaysia
Amatlah membuatkan ke semua rakyat jelata terharu dan menghargai
kasih sayang Ke Bawah Duli Tuanku kepada semua rakyat jelata
Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia dan Kemerdekaan Ke-56
Malaysia Negara Tercinta ini ..Rakyat Malaysia kesemuanya mengaku
akan taat setia kepada ke semua Raja-Raja Di Malaysia sepertimana
Yang termaktub dalam Rukun Negara Yang Kedua ,
"KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA"
DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Karya Ratu Rimba Niagara
2 April 2013
(Diilhamkan Bersempena Meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-56 &
Sambutan Hari Malaysia 16 September 2013)
DISIARKAN TERISTIMEWA UNTUK:
SEMUA DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA YANG MEMERINTAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA
TUAN YANG TERUTAMA NEGERI SABAH, SARAWAK MELAKA DAN PULAU PINANG
SEMUA PEMIMPIN KERAJAAN DAN PEMBANGKANG
Semua Rakyat Malaysia Yang Cintakan Negara!
BERBALAS PANTUN TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA
Ayahanda Chik...
Biduk berlalu kiambang bertaut,
Hanyut perahu menuju muara;
Salam dihulur merdeka disambut,
Akrabnya ukhwah, sejahteralah Malaysia.
Ratu Rimba Niagara...
Transformasi Berjaya,
Rakyat Sejahtera;
Hargai Merdeka,
Sejahtera Malaysia.
Ayahanda Chik...
Hanyut perahu menuju muara,
Jalur gemilang berkibar megah;
Akrabnya ukhwah, Sejahtera Malaysia,
Demi maruah bangsa yang gagah.
Ratu Rimba Niagara...
Demi maruah bangsa yang gagah,
Rela kutempuhi onak dan duri;
Agar Malaysiaku terus megah,
Dijajah semula rakyat yang rugi.
Ayahanda Chik...
Jalur gemilang berkibar megah,
Ditiup angin sepoi bahasa;
Demi maruah bangsa yang gagah,
Bekalan warisan anak-anak merdeka.
Ratu Rimba Niagara...
Bekalan warisan anak-anak merdeka,
Disanjung dipuja setiap masa;
Semangat patriotik tertanam di jiwa,
Anak-anak pasca merdeka pasti berbangga.
Ayahanda Chik...
Ditiup angin sepoi bahasa,
Terasa sejuk menyapa muka;
Bekalan warisan anak-anak merdeka,
Kukuh perpaduan demi 1 Malaysia.
Ratu Rimba Niagara...
Kukuh perpaduan demi 1 Malaysia,
Tiada makna jika hati penuh kepalsuan;
Mencintai negara terus membara,
Salam perpaduan penuh keikhlasan.
Ayahanda Chik...
Terasa sejuk menyapa muka,
Mudik perahu singgah di kuala;
Kukuh perpaduan demi 1 Malaysia,
Negara maju aman sejahtera.
Ratu Rimba Niagara...
Negara maju aman sejahtera,
Berkat kepimpinan yang utamakan rakyatnya;
Perpaduan terbentuk demi cintakan negara,
Transformasi berjaya rakyat sejahtera.
Ayahanda Chik...
Mudik perahu singgah di kuala,
Teringat kekasih jauh di mata;
Negara maju aman sejahtera,
Malaysia perkasa di persada dunia.
Ratu Rimba Niagara...
Aman bahagia rakyat sejahtera,
Rakyat sepakat dalam perpaduan:
Pelbagai kaum meraikan 1Malaysia,
Malaysia berada di puncak kejayaan.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA & AYAHANDA CHIK
2 April 2013
(PETIKAN DARIPADA NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA)
2 April 2013YB CONTOH
Adie Adnan :
salam..terima kasih kerana sudi masukan saya dalam group ini..
kita berharap dengan adanya group ini dapat mengupul maklumat
serta idea-idea yang boleh memajukan rakyat sabah...
Adie Adnan, Datuk Mohd Jeffry Rosman and 2 others like this.
Datuk Mohd Jeffry Rosman walaikumsalam adie, itu yang terbaik
saya perlukan adie add kan semua YB dan MP sandakan jika ada
kawan dengan mereka termasuk PKR mereka DEMI KITA MENDEKATKAN DIRI
MEREKA DENGAN RAKYAT DAN SEGALA PERMASALAHAN YANG KENA DENGAN dun ATAU pARLIMEN itu akan dijawab dan terus diambik tindakan
Adie Adnan insyallah datuk...kita berharap mereka buat tindakan
yang terbaik...
(PETIKAN DARIPADA TEGUR ADUAN RAKYAT SABAH)
11 September 2011SKRIP HANG JEBAT & HANG TUAH ERA MODEN
HANG JEBAT : Apa salahnya kita bermaaf-maafan,
kalau kubunuh kau sia-sialah perjuanganku
selama ini membela kau.
HANG TUAH : Ya...betul katamu Jebat...
kita bermaaf-maafan demi rakyat dan Raja kita.
Aku tak mahu menjadi rakyat yang derhaka!
Aku tak mahu menjadi sahabat yang tak mengenang budi!
Nanti kukabarkan kepada Raja bahawa kau dan aku adalah
rakyat yang setia ...apa yang terjadi selama ini adalah
cuma salah faham saja angkara fitnah. Raja pasti boleh
terima apa yang kukatakan.
HANG JEBAT : Betul ke Tuah.
HANG TUAH : Raja sekarang Raja berjiwa rakyat. Sayangkan
rakyat dan negara melebihi diri sendiri. Begitu juga rakyat
sayangkan Raja dan negara melebihi diri sendiri.
HANG JEBAT : Kalau begitu ayuh kita pergi mengadap Sultan.
HANG TUAH : Sultan pasti gembira mendengar kabar berita ini.
Barulah kita tidak rasa bersalah hingga ke mati. Tiadalah
sesal di hati baik Raja, rakyat dan generasi akan datang
pastinya semua gembira kerana tidak akan hilang melayu di dunia!
HANG TUAH : DAULAT TUANKU!
HANG JEBAT : SAYANG RAKYAT!
Karya: Ratu Rimba Niagara
2 April 2013PEMIMPIN DAN RAKYAT BAGAIKAN AUR DENGAN TEBING
Pemimpin dekat di hati rakyat...
Bagaikan aur dengan tebing
Rakyat belum bersuara
Sudah faham
Rakyat bersuara
Lagi terlebih faham
Lalu difikir
Di benak hati
Di Luar kotak pemikiran
Bagaimana mahu diselesaikan
Setiap masalah yang ditanggung rakyat
Diperah biarpun setitis kudrat pemikiran
Demi rakyat untuk rakyat
Rela dia
berhujan berpanas
berpenat berlelah
dihina dikutuk
dilalui dengan hati yang tabah dan redha
Yang menjadi tanda tanya
Kenapa dia sanggup
Bersusah payah demi rakyat?
Sedangkan dia telah miliki segalanya!
Tak perlu berpening memikirkan
Masalah rakyat?
Apa lagi yang diperlukan dalam dunia ini?
Itulah yang mengagumkan aku
Bila dia jawab
Itu adalah tanggungjawabnya
Dan akan dipertanggungjawabkan
Di akhirat kelak
Dan dia jawab lagi
Mahu menjadi khalifah Alllah
Yang mati dalam perjuangan
Kerana perjuangannya adalah
'Fisabilillah'
Aduh! Terkedu aku mendengarnya
Moga apa yang dicitakan oleh
pemimpin berjiwa rakyat itu
dipermudahkan segala urusan
apabila dia berurusan
mengenai rakyat dan negaranya
moga dimakbulkan Allah
segala hajat dan cita-citanya
dan Allah membalas segala baktinya
dengan balasan Syurga
kerana hidup matinya
semuanya kerana Allah
bukan kerana manusia
bukan untuk mengejar kuasa dunia
bukan untuk mencipta nama
bukan untuk kepentingan sendiri
makanya ditempuh onak dan duri
biarpun hati hancur berkecai!
biarpun ombak tsunami datang membadai!
biarpun dihujani peluru di setiap penjuru
demi rakyat dia rela begitu
moga Allah sentiasamu
di setiap langkah dan helaan nafas
di setiap denyut nadi
di setiap degupan jantung
memikirkan rakyat
adalah tanggungjawab
itulah roh perjuangannya
akan terus berjuang
hingga ke titisan darah terakhir
sehingga terhenti
tarikan nafas
degupan jantung
denyutan nadi
Subhanallah Alhamdulillah Alllahu Ahbar
Itulah lafaz dari rakyat untukmu
seorang pejuang yang sentiasa mewangi jasamu
bak haruman kasturi direnjiskan haruman setanggi!
di kuburanmu ditaburkan bunga-bunga kemboja putih
seputih perjuanganmu dan diiringi doa restu
pergilah dikau dengan aman dan tenteram
kerana perjuanganmu diwarisi oleh generasi
setiamu yang sudah sebati dalam jiwa
apa erti tersirat perjuanganmu selama ini!
Pemergianmu diredhai
Kerana Syurga tempatmu
Pergimu Senyuman Syurga!
Allahu Akbar!
Karya Ratu Rimba Niagaral
2 April 2013Andi Aspar Arung Didi likes a post.
Ratu Rimba Niagara shared Kumbang Segak's photo.
Dlm meniup bara api kita perlu bersatu,perjuanganmu perjuanganku dan perjuanganku perjuanganmu juga..biar ombak badai dtg memusnahkan perjuangan suci ini,kita akan tetap dan pendirian kita.Tak akan musnah walau setapak.Biar sekali air bah sekali itu lah pantai berubah,namun perjuangan kita tak akan berubah dan masih setia dlm memartabatkan perjuangan ini.Perjuangan kita ini ialah untuk kita tinggalkan kepada anak cucu pewaris bangsa,ilmu persilatan ini penting untuk anak cucu kita pelajari dan minati agar terpupuk semangat patriotik dan jati diri dijiwa mereka.Oleh sebab itu perjuanganmu dan perjuanganku haruslah seirama dan senada..
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA & NAJIB RAZAK &
KOPERASI SEGITIGA JOHOR BERHAD)
2 April 2013
www
0 comments:
Post a Comment