-
˜"*ƸӜƷ˜°•.¸İ ♥ D¸.•°˜ƸӜƷ*”˜
-
˜"*ƸӜƷ˜°•.¸İ ♥ D¸.•°˜ƸӜƷ*”˜
BUNGA-BUNGA PERJUANGAN MEWANGI DI HATIKU DI HATIMU!
SELAMAT MENYAMBUT HARI TERBUKA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA,
ANTARA TENTERA DAN RAKYAT TIDAK DAPAT DIPISAHKAN;
SEHATI SEJIWA SENADA SEIRAMA MENSEJAHTERAKAN MALAYSIA,
TENTERA DAN RAKYAT SENTIASA BERSAMA PENUH KESEPAKATAN.
TENTERA BERKORBAN UNTUK RAKYAT,
RELA BERKORBAN DEMI RAKYAT;
JASAMU TENTERA SENTIASA DI HATI RAKYAT,
SUSAH SENANG TENTERA SENTIASA BERSAMA RAKYAT.
DARI DULU HINGGA KINI,
JASA TENTERA TIDAK DILUPAKAN;
RAKYAT HARGAI SEPENUH HATI,
PENGORBANAN TENTERA SENTIASA DIINGATAN.
TIADA HARI TANPA PERJUANGAN,
HARI-HARI ADALAH PERJUANGAN;
TIADA LAIN YANG DIFIKIRKAN,
SEMUANYA ADALAH PERJUANGAN.
BERJUANG TERUS BERJUANG,
BERJUANG SAMPAI KE TITISAN DARAH TERAKHIR;
TAK AKAN LARI DI MEDAN JUANG;
DEMI RAKYAT KUBAWA CINTA HINGGA KE NAFAS TERAKHIR.
MUSUH DATANG TAK AKAN KUGENTAR,
KAN KUSAHUT CABARANMU DUHAI MUSUH;
AKU ASKAR MELAYU PANTANG DICABAR,
TAKKAN KUBIARKAN BERMAHARAJALELANYA MUSUH.
MUSUH DATANG KUTENTANG HABIS HABISAN,
AKU DIHUJANI PELURU BEMANDIKAN DARAH;
TAK AKAN KUHIRAUKAN NYAWA DIBADAN,
KERANA ALLAH MEMBALAS SETIAP TITISAN DARAH.
SEGALA CERUK MUSUH BERSEMBUNYI,
KUCARI SAMPAI DAPAT ITU TEKADKU;
BIARPUN LETUPAN TERDENGAR SANA SINI,
LAWAN TETAP LAWAN ITU PRINSIPKU.
MUSUH BERHATI KERING AKU JUGA BERHATI KERING;
DARAH MESTI DIBALAS DARAH;
BARU PUAS HATIKU DUHAI MUSUH BERHATI KERING,
HUTANG NYAWA DIBAYAR NYAWA HUTANG DARAH DIBAYAR DARAH.
DUHAI MUSUH YANG MEMULAKAN PERANG,
SEBELUM BERJUANG KAMI DISIAPKAN ILMU PEPERANGAN;
SEMUA ILMU PEPERANGAN KAMI MAHIR DALAM BERPERANG,
PASTI KAU KALAH DALAM MEDAN PEPERANGAN.
·
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA,
SENTIASA BERSIAP SIAGA;
DEMI KESEJAHTERAN MALAYSIA,
KAMI CINTA MALAYSIA SEPENUH JIWA RAGA.
·
MALAYSIA YANG TERCINTA,
TERSENYUMLAH DIKAU;
DALAM AMAN DAN SEJAHTERA,
AKU SENTIASA BERSAMA SENYUMANMU.
·
DUHAI RAKYAT MALAYSIA TERRCINTA,
DOAKAN KAMI SENTIASA BERSEMANGAT MEMBARA;
MEMPERTAHANKAN IBU PERTIWI TERCINTA,
INILAH LAMBANG CINTAKU PADA NEGARA.
BUNGA-BUNGA CINTA PERJUANGAN,
MEWANGI DI HATIKU DI HATIMU;
KITA SAMA-SAMA MEMPERJUANGKAN,
BETAPA KITA MENCINTAI NEGARA TANPA JEMU.
DUHAI RAKYAT MALAYSIA TERCINTA,
ANDAINYA KUGUGUR DI MEDAN JUANG;
SUDILAH DOAKAN AKU SEBAGAI MEMBALAS CINTA,
DOAMU MENENANGKAN ROHKU TIKA DI SAAT AKHIRKU DI MEDAN JUANG.
Karya Ratu Rimba Niagara
6 April 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA &
RAKYAT MALAYSIA TERCINTA SEMPENA MERAIKAN HARI TERBUKA ANGKATAN
TENTERA MALAYSIA)
HARIMAU PERANG at UIA Gombak now... Aummmm
Kampus life ( International Islamic University Malaysia ) Kampus Gombak Kuala Lumpur
Now at education faculty Uia Gombak KL
BIARLAH AKU KESENDIRIAAN TANPA CINTA
duhai cinta..
mana bisa aku tinggalkanmu
yang selalu berkata santun padaku
bukan aku sengaja mahu berpisah denganmu
tapi aku telah dimiliki cinta
tentu kau nggak bisa berkongsi cinta
dan dia juga nggak bisa berkongsi cinta
aku jadi bingung
dua-dua aku sayang
dua dua aku cinta
aku kena harus memilih antara satu
kau atau pun dia
dengan dia aku kasih
dengan kau aku cinta
satu keputusan yang sukar tuk aku lakukan
ditelan mati emak
diluah mati bapa
jadi aku mengambil keputusan
dua-dua kutolak cinta
biarlah aku kesendiriaan
asalkan aku
tidak kecewakan kedua-duanya
yang aku kasih
yang aku cinta
barang kali di dunia ini
cinta bukan milik kita
manalah tahu di Syurga cinta milik kita
janganlah kamu bimbang
aku seperti dulu tetap menyintaimu
biarpun sudah terputus kasih dan cinta
maafkan aku kekasih....
atas perpisahan ini
dan kuucapkan terima kasih
kerana sudi mencintaiku
biarpun cinta kita tak kesampaian...
terputus di tengah jalan
kerana tak sanggup aku berbagi kasih....
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
6 April 2013
-
pergilah
duhai cinta
andai itu kemahuan mu.
aku tidak dapat menghalang
kerna antara kita
sudah jauh beda..
aku kau padam terus dalam jiwamu
terima kasih
pergilah
munbgkin kau sudah berlabuh
cinta pada insan yang sempurna dimatamu
aku apalah yang ada.
cuma sekeping hati yang sudah
terluka...tiada sempurna cinta
pergilah
aku iringin sekalong doa buatmu
semoga dirimu sehat dan ceria
usah kau toleh lagi diriku
kerna aku sudah tiada lagi
dimaya mu....
Pelangi Indah
(PETIKAN DARIPADA SKRIP NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA )
6 April 2013
www
0 comments:
Post a Comment