Saturday, 9 March 2013

KOLEKSI NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (42) ANDA SEDANG BERHADAPAN DENGAN NEGARA BEDAULAT!


Saturday, 9 March 2013 0 comments

KOLEKSI NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (40) BAHASA KUKAITKAN DENGAN CINTA KARNA-NYA


Saturday, 9 March 2013 0 comments





Dengar cerita ada orang nk ugut ugut ni... Keyboard warrior boleh lah... Hehe...
Moga Allah memberikan bantuan dan maunah kepada pejuang2 negara kita yg sedang beraksi di Lahad Datu...
InsyaAllah sy yakin dgn barisan pertahanan pertama dan kedua kita... Jika perlukan barisan pertahanan ketiga.. Kami pesilat2 bersiap sedia... Bukan dgn mortar atau senjata api... Tapi dgn sedikit "ILMU ALLAH" yang ada pada kami...

HAQ.....
1Unlike ·  · 
  • You and 100 others like this.
  • Mie Neutron Sluuttt semangat u bro.
    Thursday at 8:08pm via mobile · Like · 1
  • Muhammad Musaddiq hahaha...keyboard warrior..
    btl2....
    kalau nk jd keyboard warrior pun blh tpi kena la btlkan caranya ..
    xgitu ayahanda pangeran..kikiki
  • Ayahanda Panglima Pangeran Aduka Abg Mie Neutron dah ada pengalaman sbg tentera ketika btugas dulu... Smpai masa nya nt.. Kita sama2 "terjah" dalang yg ada sekitar kita dan "lenyapkan bersama" mereka yg munafik.
    Thursday at 8:11pm via mobile · Like · 1
  • Izatt Olivia Ctrl+Alt+delete
  • Ayahanda Panglima Pangeran Aduka Musaddiq: kena lah betul caranya... Hehe... Tp stakat keyboard warrior.. Suruh main Counter Strike lagi bagus... Hehe...
    Thursday at 8:12pm via mobile · Like · 1
  • Muhammad Musaddiq hahaha....nice
  • Muhammad Musaddiq btl2....kehkehekeh
  • Izatt Olivia .c0unter strike. .asyk mati dulu jew. .enemies maen blakang pintu. .
  • Ayahanda Panglima Pangeran Aduka Xper mati pun... Hidup blh byk kali... Sbb tu org tu blh sembang melambung tinggi hehe...
    Thursday at 8:15pm via mobile · Like · 2
  • Izatt Olivia .huhh. .mendalamm~
  • Muhammad Musaddiq btl2 ...saya pon xbrpe phm..
    tpi wat2 phm2 dulu..
    sbb lame2 saya akan phm
    insyallah...xD ^^
  • Hikayat Perang Sabil Bukan gambar di atas tu sama dgn mayat bergelimpang dlm gmbr? Uniform nya sama, gemok nya pun sama
  • Ayahanda Panglima Pangeran Aduka Hanya Allah yang tahu... Kita serahkan pada Allah 
    Thursday at 8:26pm via mobile · Like · 1
  • SejaDah Rindu RAHSIA KEHEBATAN TENTERA MALAYSIA YG MUNGKIN ANDA BELUM TAHU..!!

    1 – Percaya atau tidak jika dikatakan Komando² Malaysia sentiasa diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika.. Diharapkan informasi ini dapat dikaji dan dikongsi bersama….hal ini dan diperakui oleh tentera² asing dan mengelarkan pasukan yang datang untuk garisan mati.

    2 – ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme .

    3 – VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL.

    4 – Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia…percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB ditangkap iaitu Siddiq Ghouse kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah,KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas² lain tanpa mengambil masa yang lama.

    5 – ATM dianggap pakar modified dan pakar intergrasi oleh negara luar, sebagai contoh MiG29N Malaysia satu²nya pesawat tempur jenis itu yang memiliki peluru berpandu, dan ranking pertama hingga 22 pemandu pesawat tempur adalam anggota TUDM walau hanya menggunakan pesawat buruk tersebut! ATM juga telah mengubah suai SU-30KMM Malaysia menjadi lebih baik daripada pesawat tempur terbaik dunia iaitu SU-30MKI milik Tentera India !…

    ATM juga mengubah suai SCORPHENE menjadi lebih senyap dan paling efisen dalam seluruh kapal selam milik angkatan tentera seluruh dunia! Bahkan percaya atau tidak jika dikatakan kapal kontena sumbangan MISC kepada ATM di ubah suai menjadi kapal seba guna dan kini ia berkhidmat dalam OPS FAJAR mengawal perairan Eden!

    6 – Sebelum pasukan elit MARINIR (tentera laut Indonesia ) berjaya “TAWAN” Singapura…..pada 1980an pasukan komando udara Malaysia HANDAU telah menerobos pangkalan peluru berpandu udara milik tentera singapura yang terletak di BUKIT BATUK! Paling diingati pada kes itu Komando Malaysia meletakkan bendera MALAYSIA .!

    7 – Pada lewat 1980an, sekumpulan tentera singapura ditangkap oleh askar wataniah Malaysia kerana cuba memasang radar di sebuah bukit yang terletak di johor. Tindakan ini dibalas Malaysia apabila dilimbungan kering dan basah singapura kerap berlaku letupan sabotaj yang menjejas pelancaran ekonomi Negara itu.

    8 – Percaya atau tidak ? Indonesia risau apabila RELA ditubuhkan dan diperbesarkan? Ini kerana mereka tahu adanya pasukan bantuan khas dalam RELA. Ini mengingatkan pada bantahan singapura sewaktu penubuhan Pasukan Terjun Payung (briged para)

    9 – Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM,apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar Negara.

    10 – Semua anggota elit komando Malaysia (ATM) dilarang memakai motorcar ber”clutch”percaya atau tidak?

    11 – Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?

    12 – ATM menjadi rebutan Amerika dan Britain.Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ? Disini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY. 

    13 – Indonesia pernah mengutuk angkatan tentera Malaysia kerana sewaktu latihan , anggota tentera Malaysia membawa resin makanan! Namun ia dibalas Malaysia apabila sewaktu gempa bumi PADANG, makanan yang dihulurkan Malaysia adalah resin tersebut! Makanan inilah yang dikatakan expired padahal mereka kalah malu pada Malaysia.

    14 – Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api !ini amt memalukan mereka…

    15 – Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagi pasukan elit dari negara2 rantau ini. 

    RESPECT TENTERA MALAYSIA..!!
  • Ayahanda Panglima Pangeran Aduka Respek dan salute!!!
    Thursday at 8:41pm via mobile · Like · 1
  • Izatt Olivia yup thats true. .polis mlysia mang yg terbaek dn cekap.
  • Mohd Abqari btul...tu...
  • Hikayat Perang Sabil Sebab israel yg latih mrk..yahudi guru mereka yeop
  • Hikayat Perang Sabil Kalau singkap berita, 2 sb bukit aman tewas ditembak almaunah. Almauna lbh cekap.
  • Ayahanda Panglima Pangeran Aduka Ni apehal pulak Israel laknatullah blh ada dlm komen2 sy ni pulak ni... Pastu ada al maunah pulak dah... 
    Cukup2... Kalau nk sembang hal2 mcm ni tlg p tempat lain... Yg pasti Al maunah tu dh tewas dn depa duk pakai ilmu Jin... Nk p bangga ilmu pakai Jin pasai pa... CUKUP!!!
    Thursday at 9:10pm via mobile · Like · 3
  • Mohd Shahril Abu Kassim ada gak org mcm ni...
  • Megat Sri Rama Org malaysia dpt kalau dpt motor cup Ex5 mesti modified inikan pula jet,heli dan submarine hihihi...org malaysia kreatif
    Thursday at 9:18pm via mobile · Like · 2
  • Izatt Olivia eh awak2!! awak belajar mana yahudi tu ajar tentera kite??..nak habaq mai nieh..yahudi sendiri tkut dengan tentera islam. .dye plak nak ajar kite. .?eh yahudi nie dri kturun dulu nk hapuskan islam..tp dye takut dengan doa uwg islam..sebab tu senjate kite. .awak balac depa kew?..maaf laa tew..salamm~
  • Hikayat Perang Sabil Hmm kmu tak pernh tau kisah...ustdz assaarie arqam pun mereka cukur atas bawah...mereka ini pertahankan sistem dan kepentingan toghut.
  • Mohd Shahril Abu Kassim kalau ko pernag jadi polis, pernah kena hantar israel training, boleh citer. kalau stakat dengar sana sini, baca sana sini, sembang sana sini, tak payah... buang karan jer... elok delete jer post ni Pangeran Nur Satria Aduka
  • Hikayat Perang Sabil Najib member iluminati yeop...masonary
  • Mohd Shahril Abu Kassim kalau tak betul mcm mn? udah2 ler buat dosa kering yeop...
  • Hikayat Perang Sabil Kaji yeop. Kaji tanda tandanya. The arrival bnyk mendedahkan mereka penyembah syaitan. Malaysia join the new world order.
  • Ai Ie bahayanye fitnah,,bahayenye fitnah,,berhati hati,,
  • Hikayat Perang Sabil Rotary club, lion club..one eyes..pyramid...snake..lihat sign ini..
  • Ai Ie pertahankn maruah agama bangsa negara lebih baik,,,drpd kaitkan dgn politik,,
  • Hikayat Perang Sabil Politik democracy syirik haram tajaan new world order bush.
  • Hikayat Perang Sabil Bush had announced, we wnt to established democracy around d globe. New world ordr, 1 religion i.e democracy, 1 army, 1 economy.
  • Hikayat Perang Sabil Taubat lah wahai ummat..dunia hmpir kiamat. Kuncu dajjal dimana mna. Mahdi hmpir menjelma.
  • Ai Ie ape yg hang merepek sampai bush la bagai,,org crite dlm negara jer,,yg kau merepek smpai ker pluto ny,,dah lari tajuk dah,,cau cau
  • Hikayat Perang Sabil Luas kn lah sdikit. Politik, polisi negara ada kaitan kuat dgn apa yg berlaku di dunia. Umat islam, umat yg satu, seluruh dunia. Global.
  • Hafiz Netero dari buang masa kaji arrival beter kaji quran
    Thursday at 11:26pm via mobile · Like · 1
  • Ai Ie Quran mmg da confirm kita percaya,, lbih baik kaji dri sndiri dulu,,,buang masa kaji arrival,,,kaji lah ank sndiri kt luar rumah ker....hmmm
  • Hikayat Perang Sabil Kalau kita betul baca quran, kita tidak membabi buta menyokong yg tidak patut didokong. Dan tidak taksub kpd semangat nasionalisma jahiliyah. Alquran mengajar konsep ummah yg satu, tk kira dimana wpun di syria, sulu, patani, aceh. Kita tdk bolh membabi buta mnyokong tentera dlm isu sabah
  • Khai Saleh perang sabil....beter ko pg jer sabah tu berjuang sekali....niatkan pejuanagan utk negara dan utk agama Allah...InsyaAllah ko syahid...itupun kalo ko berani lah...takpun ko pg mohon jadi warga arab sana senang cerita kalo ko sorg jer yg betul agamanya....bagi aku rakyat malaysia tak memerlukan org mcm ko....wat malu jer ko duduk kat malaysia ni....
  • Hikayat Perang Sabil Kita bincang tntng islam kan..? Kalau kiayi saleh di batu pahat dulu berperang membunuh cina, Allahu alam sebab perkauman atau fisabilillah..skarang prng disabah sesama islam kerana apa? Yg syahid ialah fisabililah. Klu memperthnkan negara sekuler, syahid? Tidak...
  • Khai Saleh biarlah allah yg tenyuln mereka ni syahid ke x.jgn ko lak pndi2 nak tentukan merrka ni syahid ke x....kako xd mereka ko pun x kn hdp aman d mlysia ni tau tak....ini mlbtkn 2 negara....bnyk bnd prlu dhalusi....pk pki otak ckit.....
    Yesterday at 8:45am via mobile · Like · 1
  • Acit Duyong otak nya ada...tapi fikir nya tidak....
  • Hikayat Perang Sabil Hadith nyata bilang sesiapa berperamg kerana asobiya, matinya mati jaihiliya.
  • Khai Saleh sebabtu aku ckp ko ni xd otk...ckp dgn org takde otk ni pening kepala aku....blahla dr page ni wahai sabil.....
  • Hikayat Perang Sabil Berhujah dgn dalil, jangan meracau
  • Khai Saleh sabil ko tu yang merepek...org macam ko ni memang org otak 3 suku...
  • Acit Duyong dalam fikiran sabil hanya anuar sahaja yang betul....yang lain salah....
  • Ayahanda Panglima Pangeran Aduka Dah lah tu... Cukup sudah cukup cukup sudah... Cukup Sampai di sini saja...

    Yang pastinya tentera kita juga yg sedang bjuang pertahan negara kita nt... Dn skrg tgh bjuang...
  • Mizs Nisa jangan mudah memberi andaian kepada pejuang2/pahlawan/wira negara... segelintir daripada kita kata keybord warrior...daripada keybord ni r kami para wartawan menaip berita untuk disiarkan samada media cetak atau elektronik dan pelbagai lagi kegunaannya termasuk di medan perang.... yg berfikiran negatif akan ambil daripada sudut yang negatif... dari sudut positif pula???
  • Faisal Al-Qadiri Jap3...tgah terpikir dan termenung...bile aku n geng2 aku pg kursus kat israel ni...zaman arwah datuk aku pun dorg x pg kursus kat sane,zaman bapak aku pun xd...mcm mane israel ajor aku bab2 perang ni ye...confuse2 kikiki
  • Khai Saleh yupp terbaik...tulah fah ckp si sabil ni mgrt jet....agknye atuk si sabil ni yg blaja tenteta kt israil ni....
    Yesterday at 1:10pm via mobile · Like · 1
  • Faisal Al-Qadiri Tapi klu diikutkan....x salah kite belajor dan paham tentang ilmu/taktik musuh...itu bg org yg paham tentang pertempuran/peperangan la kikiki
    Yesterday at 2:20pm via mobile · Like · 1
  • Khai Saleh ye betul...itu bg merreka yg bpikiran mcm ssudara faisal tp yg tak bpikiran mcm di sabil ni sush...
    Yesterday at 2:49pm via mobile · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara PERGILAHMU DENGAN TENANG DUHAI MUJAHIDKU

    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR!
    SESIAPA YANG BERGELAR PAHLAWAN
    MEREKALAH TENTERA ALLAH 
    YANG RELA GUGUR DI MEDAN JUANG 
    DEMI MEMPERTAHANKAN AGAMA BANGSA & NEGARA
    SYAHIDMU SYURGA MENANTI
    SENYUM TERAKHIRMU ADALAH LAMBAIAN SYURGA
    PERGILAHMU DENGAN TENANG DUHAI MUJAHIDKU...

    RATU RIMBA NIAGARA
    9 Mac 2013


    • Ratu Rimba Niagara SYABAS UNTUK PDRM & ATM SEKALUNG DOA DIKIRIMKAN KEPADA MUJAHID YANG GUGUR DI MEDAN JUANG. SELEPAS INI TIDAK AKAN ADA RAKYAT MALAYSIA SEORANG PUN YANG MENAFIKAN BETAPA SEMAI BAKTI YANG DITABURKAN PDRM & ATM KEPADA TANAH AIR TERCINTA DIPERLEKEHKAN...SEMUANYA AKAN TABIK HORMAT PAHLAWAN 10X ALLAHU AKBAR!
KISAH LAHAD DATU

1. Saya tahu agensi perisikan Singapura, Indonesia, Filiphina dan Amerika Syarikat (AS) telah menarik nafas panjang apabila melihat kejayaan Malaysia khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam mengerakkan operasi bersama (Joint operation) sehingga berjaya melumpuhkan pengganas-pengganas Sulu yang telah menceroboh kedaulatan negara.

2. Malaysia sudah memberikan peluang yang sebaiknya kepada pengganas ini yang jumlahnya lebih kurang 150 ke 200 orang selama tiga minggu dan dunia telah menyaksikan pengganas-pengganas ini menganiaya anggota pasukan keselamatan kita.

3. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Syahid) terbunuh apabila pengganas Sulu melakukan sikap keji apabila berpura-pura mengibarkan bendera putih sebagai isyarat mahu menyerah diri.

4. Zulkifli yang merupakan ketua pasukan, menyangka musuh berniat baik lantas bangun dari posisi bertahan dan serentak itu, peluru dari penembak tepat dilepaskan dan menembusi kepala Allahyarham.

5. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Syahid) yang bangun membantu turut terkena peluru dari penempak tepat, maka gugurlah kedua perwira bangsa.

6. Rupanya pasukan peninjau polis yang menjalankan tugas recce dalam ladang kelapa sawit disitu telah dikepung oleh ratusan pengganas Sulu.

7. Tanpa ketiadaan ketua pasukan, anggota lain terus membalas tembakan dan bertahan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tiba pasukan bantuan dan hasil dari kecekalan mereka yang terkepung ini, lebih kurang 12 pengganas Sulu ditembak mati.

8. Pengganas juga menganianya wira-wira polis kita yang gugur di Jaya Simunul, Kampung Seri Semporna.

9. Wira-wira polis ini yang berpakaian biasa merupakan unit Cawangan Khas (SB) bergerak ke kampung tersebut untuk melakukan tinjauan risik tetapi kedatangan mereka seperti sudah dapat dihidu.

10.Pengganas yang bersenjatakan raifel automatik M16 menghamburkan peluru sehingga mereka gugur sebagai bunga bangsa, darah pekat mengalir dari celah-celah jeti kampung tersebut.

11.Yang tinggal hidup, hanya nyawa-nyawa ikan.

12.Ketika ini, musuh menerpa dan mengerat-gerat serta memotong kepala ketua pasukan polis ini, ada jenazah polis yang dicacatkan, mata si mati dikorek, ada yang dipotong kepala di ditetak berkali-kali dengan parang, ada yang masih hidup dipotong kedua-dua tangannya.

13.Yang sialnya, akhbar Filiphina yang menyokong pengganas ini meletakkan mereka yang mati dikalangan penyokong Kiram sebagai imam-iman tempatan dari kaum Sulu yang syahid.

14.Senarainya kecederaan dan penganiayaan pada mereka yang mati ini saya ada tetapi demi menjaga maruah mereka yang gugur, tidak perlulah saya siarkan, saya jamin, kalau anda membaca…anda akan berdendam.

15.Saya sendiri tidak tahu, tonik apa yang mereka makan atau jin mana yang mereka damping sebelum pergi berperang sehingga memaksa mereka itu bertindak diluar batas kemanusiaan.

16.Yang anehnya, ada juga penyokong pengganas-pengganas ini dari negara jiran dan komen mereka terpaksa saya buang untuk mengelakkan nama negara mereka yang besar itu tercemar dan kotor di atas komentar rakyat mereka ini.

OPERASI DAULAT

17.Saya memohon maaf kerana tidak dapat update setiap butiran operasi.

18 Ingin saya melahirkan rasa kesal kepada sebahagian besar pembaca saya yang tidak sabar dan terlalu banyak mempertikaikan operasi ATM dan PDRM ini seolah-olah mereka ini lebih tahu.

19. Mereka beranggapan perang seperti yang mereka lihat dari kaca TV atau permainan video game.

20.Saya pula memilih jalan selamat untuk menantikan satu tindakan konkrit yang saya tahu pasti akan berlaku sedangkan setiap hari maklumat dari medan tempur masuk ke dalam talian saya setiap jam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para kontek saya dan juga kepada Anak Sabah yang menjadi mata dan telinga saya di negeri itu.

21.Maklumat-maklumat ini pula tidak dapat saya siarkan kecuali kerana tidak ada siapa yang boleh mengesahkan data yang saya terima, dan saya pula tidak mahu menganggu operasi yang sedang dijalankan termasuk menyebarkan khabar yang tidak benar.

MALAYSIA BUKTIKAN KEUPAYAAN MELAKSANAKAN JOINT OPERATION

22.Operasi Daulat dimulakan dengan serangan jet-jet F/A 18 Hornet dan Hawk Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) ke atas Ground Zero pada jam 0700

23.Ia diikuti dengan tembakan dari mortar 81mm, mesingan berat dan kemaraan 4 buah APC yang diikuti dengan PGA, VAT69, Para 10, serta unit khas lain.

24,Bagi saya, serangan jet-jet ini lebih kepada “Power Projection” oleh Malaysia kepada negara jiran padah apabila kita hilang sabar dan menunjukkan kemampuan bajet operasi ketenteraan negara apabila berlaku situasi kecemasan.

25.Ia juga adalah bukti kemampuan negara untuk melaksanakan Joint atau Combined Force Operation yang menggabungkan tentera laut, udara, komando, tentera darat, polis serta agensi kerajaan lain.

28.Negara-negara jiran lain secara teorinya mungkin ada kemampuan untuk membuat “Combined Force Operation” ini tetapi belum pernah dibuktikan secara nyata kecuali dalam latihan.

52 PENGGANAS SULU TERBUNUH SEHINGGA ARTIKEL INI DITULIS PADA 8 MAC

29.Apabila kita hilang sabar, inilah akibatnya, 52 pengganas Sulu terbunuh sejak dari kali pertama pertempuran bermula.

30.Pengganas ini menyangka mereka sedang berperang dengan askar-askar Filiphina, mereka lupa, mereka sedang berhadapan dengan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA dan POLIS DI RAJA.

31.Saya sendiri menyaksikan gambar-gambar kematian pengganas ini (gambar baru dan bukan gambar dalam lubang), tetapi saya gagal memperolehi kebenaran untuk menyiarkan gambar ini, ia akan disiarkan dalam sebuah blog lain.

SERANGAN PENGGANAS TIDAK ADA KOORDINASI

32.Maklumat tidak rasmi yang saya terima, pengganas-pengganas ini mempunyai kekuatan seramai 1,000 orang di mana sekitar 200 dari mereka berada di Lahad Datu.

33.Bakinya dipecahkan ke enam daerah yang lain termasuk Semporna.

34.Ramai yang mempertikaikan keberkesanan sistem jammer atau kenderaan Electronik Warfare yang kita ada iaitu CommJam Fuch 6×6 hanya kerana ketua pengganas berjaya membuat panggilan telefon ke Manila.

35.Bagaimana kejayaan sistem ini terbukti kerana rancangan awal pengganas berjaya digagalkan, pelan untuk menimbulkan huru hara di tempat-tempat seperti di Kunak, Tungki, Tingku, Kinabatangan, Sandakan dan Semporna lain gagal kerana masalah komunikasi.

36.Sejak awal rakyat dibawa menumpukan perhatian ke Lahad Datu sedangkan pada masa yang sama pasukan tentera di atur gerak ke tempat lain.

37.Kegagalan rakyat dan pembaca memahami bagaimana operasi tentera dijalankan memang saya sudah jangka kerana rata-rata, banyak forum pertahanan hanya suka membicarakan kecanggihan sesuatu aset tetapi kurang menyentuh dari sudut operasi ketenteraan.

PENGGANAS MERAYU MINTA GENCATAN SENJATA

38.Kelmarin media-media di Filiphina dan Indonesia meletakkan harapan yang tinggi kepada pengganas Sulu ini untuk mendatangkan kerosakkan yang besar kepada pasukan keselamatan negara kita.

39.Tajuk-tajuk seperti “Experience versus Fire Power” (klik sini) disiarkan, dan mengangkat pengganas Sulu ini seperti pahlawan yang tidak terkalah.

40.Bongkaknya elemen dengki dan cemburu di negara-negara dunia ketiga ini dihancurkan dengan rayuan ketua pengganas sendiri yang memohon ehsan dan belas dari pasukan keselamatan Malaysia.

41.Kalau kelmarin mereka bongkak, hari ini ketua pengganas iaitu Sultan Kiram merayu meminta gencatan senjata dari Malaysia.

42.Perdana Menteri Datuk Seri Najib semalam menegaskan, serah senjata tanpa syarat. Anda (pengganas) sedang berhadapan dengan negara berdaulat.

SYABAS MALAYSIA
4Unlike ·  · 


SYAHADAH

Dengan semangat FISABILILAH... Kami perguruan Gayong Maarifat dan semua persilatan serta umat Islam bersedia hadapi sebarang kemungkinan.. Jika MEREKA itu nyatakan mereka syahid sbb pertahankan tanahir mereka... Mereka juga perlu ingat bahawa di bumi Malaysia yg bertuah ini,ramai PEJUANG FISABILILAH yg sggup mati syahid kerna pertahankan negara... Seandainya PERTAHANAN PERTAMA dan PERTAHANAN KEDUA "goyah"... Kami barisan PERTAHANAN KETIGA siap siaga sama ada secara "gelap" mahu pun "terang"... Pada "masa itu", bg mereka yg memperlekehkan ilmu pertahanan diri... Akan sedar langit tinggi atau rendah...

Ya benar peluru dan mortar mereka itu laju dan blh meletupkan apa saja.. Tapi ingat... Iktikad kami, semuanya dgn izin Allah... Dengan sedikit "BEKALAN ILMU" yg Allah anugerahkan...
"1 bersamaan 10, 10 bersamaan 100 dan seratus bersamaan dengan 1000" Muhammad Al-Fateh Sang Kelembai Ketua Kelas Amir Zahiruddin Kumbang Segak Wan Putrajaya Wmc Ayahanda DrAmir Shahmi Panglima Panji Alam
SYAHADAH

Dengan semangat FISABILILAH... Kami perguruan Gayong Maarifat dan semua persilatan serta umat Islam bersedia hadapi sebarang kemungkinan.. Jika MEREKA itu nyatakan mereka syahid sbb pertahankan tanahir mereka... Mereka juga perlu ingat bahawa di bumi Malaysia yg bertuah ini,ramai PEJUANG FISABILILAH yg sggup mati syahid kerna pertahankan negara... Seandainya PERTAHANAN PERTAMA dan PERTAHANAN KEDUA "goyah"... Kami barisan PERTAHANAN KETIGA siap siaga sama ada secara "gelap" mahu pun "terang"... Pada "masa itu", bg mereka yg memperlekehkan ilmu pertahanan diri... Akan sedar langit tinggi atau rendah...

Ya benar peluru dan mortar mereka itu laju dan blh meletupkan apa saja.. Tapi ingat... Iktikad kami, semuanya dgn izin Allah... Dengan sedikit "BEKALAN ILMU" yg Allah anugerahkan...
"1 bersamaan 10, 10 bersamaan 100 dan seratus bersamaan dengan 1000"
18Unlike ·  · 

0 comments:

Post a Comment

 
;