Tuesday, 5 March 2013

KOLEKSI NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA Part (19) PUISI MEMBAKAR JIWA PERTAHANAN NEGARA TERCINTA



Tuesday, 5 March 2013 0 comments

KOLEKSI NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA Part (18) TELAH TERCATAT DI AZALI AKU PEJUANG SYAHID DEMI-NYA




TELAH TERCATAT SEJAK AZALI AKU PEJUANG SYAHID DEMI-NYA Part (17)

BERSAMA MEMPERTAHANKAN NEGARA DENGAN APA CARA SEKALI PUN....." BERAT SAMA DIPIKUL , RINGAN SAMA DIJINJING " .....PERPADUAN ASAS KEUTUHAN NEGARA By: Khai Noor

SIAPA BERANI MEMUSUHI IBU PERTIWIKU
MERIAM INI AKAN TAK HENTI BERDENTAM DENTUM MEMBUNUHMU
KALAU BERANI SILAKAN....
INI ANAK JANTAN DARI KERABAT DIRAJA JEMBAL
RELA MATI DEMI MEMPERTAHANKAN AGAMA BANGSA & NEGARA...
By: Ratu Rimba Niagara

MALAYSIA SELAMANYA MERDEKA SELAGI DUNIA BELUM KIAMAT!

TIADA PEMIMPIN TIADA NEGARA
TIADA NEGARA TIADA RAKYAT
TIADA RAKYAT TIADA TENTERA
TENTERA BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT & PEMIMPIN
SALING SOKONG MENYOKONG KE ARAH NEGARA SEJAHTERA
TANPA SESIAPAPUN BERANI MENCEROBOH KEDAULATAN NEGARA TERCINTA! MERDEKALAH MALAYSIA SELAMANYA SELAGI DUNIA BELUM KIAMAT..
IN SHAA ALLAH AAMEEN.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
5 Mac 2013

PERWIRAKU PERGILAH DIKAU DENGAN AMAN SEJAHTERA

Perwiraku pergilah dikau dengan aman sejahtera
Pemergiaanmu kutangisi
Dalam sedu sedan
Kaulah perwiraku
Yang rela gugur di medan juang
Demi kesejahteraan rakyat Malaysia

Perwiraku pergilah dikau dengan aman sejahtera
Hatimu Semurni Syurga...
Tanpa mementingkan diri sendiri
Kau rela dihujani peluru
Bermandikan darah
Demi membela nusa dan bangsa yang tercinta

Perwiraku pergilah dikau dengan aman senjahtera
Setitis peluhmu
Setitis darahmu
Yang gugur ke bumi
Akan kami bela
Tak akan kami biarkan kamu mati tanpa dibela

Perwiraku pergilah dikau dengan aman sejahtera
Tika kalian dibunuh dengan kejam oleh pengganas Sulu...
Syurga sedang tersenyum menantimu
Kami di sini bagaikan ditoreh disiat-siat hati kami
Alangkah bahagianya jika kami ada di saat itu...
Kita berjuang bersama-sama
Bersama dihujani peluru
Bersama bermandikan darah
Sambil melaungkan
Takbir
ALLAHU AKBAR
Allah kami datang kepada-Mu Allah...
Kami sedang bermati-matian untuk-Mu Allah...
Untuk-Mu kurela berkorban apa saja demi-Mu
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
Waktu paling indah kita berzikir membesarkan Nama Allah...
Di saat-saat dihujani peluru bermandikan darah...
ALLAHU AKBAR syahdunya di kala itu
Terlalulah indah tak dapat hendak dibayangkan
Bagi kami yang dambakan mati syahid...

Perwiraku pergilah dikau dengan aman sejahtera
Kami di sini rakan seperjuanganmu akan menyusulmu
Tunggulah kami di pintu Syurga Firdausi...
Menikmati kemenangan Islam di bumi Allah tercinta demi-Nya

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
5 Mac 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PERWIRA YANG GUGUR DI MEDAN JUANG & PERWIRA YANG SEDANG BERJUANG DI MEDAN PERANG)


HARIMAU PERANG TAK TAKUT MATI DI MEDAN PERANG!

demi tanahairku yang tercinta
aku akan perang habis-habisan
darahku
nyawaku
perjuanganku
hidup matiku hanya untuk Allah
tak akan aku gentar
walau beribu datang menyerang
akan aku tentang habis-habisan

aku hidup untuk Allah
aku mati untuk Allah
aku berjuang kerana Allah
aku cumalah hamba Allah
yang dipilih Allah untuk ke jalan-Nya
perjuangan demi kerana Agama Bangsa & Negara adalah duniaku
makanya aku tak takut mati jika aku mati di medan juang
aku adalah tentera Allah yang berani mati demi-Nya
aku redha hidupku sebagai seorang pejuang
sudah tercatat di Azali aku seorang pejuang-Nya
aku syukur sebanyak-banyak-Nya
kerana aku berjuang demi agama bangsa dan tanahair
untuk meraih cinta-Nya
moga perjuanganku dibalas syahid...
AAmeen Ya Rabba A'Lameen.

Karya Ratu Rimba Niagara
5 Mac 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK HARIMAU PERANG & SEMUA TENTERA FISABILILLAH YANG MAHU SYAHID KE-JALAN-NYA)
·

MOGA KAMU SEJAHTERA DI DUNIA SENJAHTERA DI SYURGA

PANTANG ANAK JANTAN MELAYU DICABAR...
MAKANYA TIADA MASA MENUNGGU MEREKA YANG PENGECUT
PEJUANG FISABILILLAH SENTIASA BERSIAP SIAGA DI MEDAN PERANG
DEMI MENYAHUT SEMBOYAN IBU PERTIWI!
DUHAI PERWIRA-PERWIRA MALAYSIA
KAMI RAKYAT MALAYSIA SENTIASA BERSAMA PERJUANGANMU
KAMU BERJUANG DEMI KESEJAHTERAAN KAMI
KAMI SYUKUR
KAMI TERHARU
KAMI DOAKAN KAMU SEJAHTERA JUGA
SEJAHTERA DI DUNIA SEJAHTERA DI SYURGA...AAMEEN.

RATU RIMBA NIAGARA
5 Mac 2013

DEMI-NYA BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR

di sini tanah tumpah darahku
tak akan kubiarkan
biarpun seinci diceroboh musuh durjana
akan aku pertahankan
biarpun nyawaku jadi taruhan

di sini tanah tumpah darahku
cintaku pada ibu pertiwi
setulus cinta tanpa ada pendustaan cinta
tak akan kubiarkan ibu pertiwiku
dizalimi oleh mana-mana musuh durjana
siapa yang berani menentang
akan aku tentang
akan aku lawan
biarpun nyawa jadi taruhan

di sini tanah tumpah darahku
demi ibu pertiwi
aku rela dihujani peluru
bermandikan darah
asalkan ibu pertiwiku aman sejahtera
daripada segala ancaman musuh durjana

di sini tanah tumpah darahku
Angkatan Tentera Darat Malaysia...
sentiasa bersiap siaga
mempertahankan ibu pertiwi
kami tak takut mati bila berada di medan juang
kami berjuang...berjuang...berjuang....hingga ke titisan darah terakhir
untuk berundur di medan juang tidak sama sekali
sekali kami melangkah ...langkah kami adalah langkah seorang pejuang

Duhai rakyat Malaysia di luar sana
Jangan bimbang
Jangan takut
Keselamatan negara masih terkawal
Angkatan Tentera Malaysia...
Sentiasa berjaga-jaga ..memantau...
Di setiap inci bumi Malaysia
Masuh datang kami tentang
Kami lawan
Kami perang habis-habisan
Kami tak takut mati pabila berada di medan perang
Kami pasukan tentera yang berani mati
Demi kerana agama bangsa dan negara

Kami Angkatan Tentera Malaysia
Semuanya terlatih mahir dalam berperang
Kami dilatih untuk berani mati
Tak akan ada rasa gentar bila berhadapan dengan musuh
Semangat kami sentiasa bergelora untuk menghapuskan mereka !
Andainya kami gugur di medan juang...
Taburkan bunga-bunga ibu pertiwi
Dan kirimi doa restu
Agar kami aman di Sana...

Duhai musuh durjana
Jangan kamu fikir kami relakan negara kami dijajah olehmu
Ketahuilah kamu ...
Sekali benderaku berkibar dengan laungan
Merdeka!Merdeka!Merdeka! oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia
Selamanyalah kekal merdeka...
Tak akan siapa berani menurunkan dan mengantikan bendera lain
Jika kamu berani silakan....
Angkatan Tentera Malaysia
Tak akan biarkan....
Sekalipun bumi Malaysia ini bermandikan lautan darah
Tak akan kami biarkan....
Akan kami perjuangkan hingga ke titisan darah terakhir
Kami pertahankan bukan untuk kepentingan kami
Semua-Nya demi cinta kami pada Tuhan, Raja Dan Rakyat Malaysia tercinta
Makanya bila-bila masa sentiasa bersiap siaga dan sentiasa bersedia
Berada di medan juang
Kami mahu mati dalam perjuangan
Perjuangan demi cintakan-Nya
Matlamat kami mati syahid di medan perang...
Moga Allah makbulkan doa kami
AAmeen Ya Rabbal A'Lameen

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
23 Rabiulakhir 1434H
5 Mac 2013M
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA WIRA NEGARA YANG RELA SYAHID DI MEDAN PERANG)

SEKALUNG BUNGA CINTA IBU PERTIWI KEPADA SEMUA WIRA NEGARA YANG RELA MATI DI MEDAN JUANG...SELAMAT BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR!
TANPAMU SIAPALAH KAMI ...PASTI SEMUA RAKYAT MALAYSIA TINGGAL DI BUMI SENDIRI DALAM KEADAAN TIDAK AMAN MAKA DARI ITU SETITIK KERINGATMU DAN DARAH PERJUANGANMU YANG GUGUR KE BUMI AKU AMAT HARGAINYA. MOGA SYURGALAH TEMPATMU ATAS SEGALA PENGORBANANMU PADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG TERCINTA. AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.
By: Ratu Rimba Niagara

SYAHIDMU MEWANGI SAMPAI SYURGA

Duhai malam...
Bisakah kau mengerti
Denyut nadiku
Seakan terhenti
Memikirkan kenapa menjelmanya malam
Sedangkan aku masih mahu mencintai ibu pertiwi sepenuh mati
Memohon datangnya ilham dari-Nya
Agar aku terus menarikan jemariku ini
Dengan syair puisi nan indah
Untuk kukarangkan pada perwira-perwiraku
Yang sedang berjuang di medan perang
Tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri
Rela pertaruhkan nyawa demi ibu pertiwi
SUBHANALLAH
Betapa suci murni cinta perwiraku pada ibu pertiwi
Duhai perwiraku
Setitis keringatmu
Setitis darahmu
Yang gugur di bumi
Menjadi saksi syahidmu di medan juang
Teruskan perjuanganmu
Jangan kamu mundur biarpun setapak
Jika kamu cuba mundur berarti rakan seperjuanganmu akan
Menembakmu karna pantang anak jantan mundur di medan perang...
Duhai perwiraku...aku tahu kau tak akan mundur
Karna matlamatmu jelas dalam perjuangan
Mahu mati dimedan juang
Demi agama bangsa dan negara...

Di kala kau mencari musuh
Nyawamu sudah berada di hujung tanduk
Tapi itu tidak kau hiraukan
Kau biarkan tubuhmu dihujani peluru
Kau biarkan tubuhmu bermandikan darah
Sambil tersenyum
Memandang ke langit ke tujuh
Bidadari Syurga sedang menantimu di pintu Syurga
Selamat berbahagia dikau duhai perwiraku
Atas syahidmu ke jalan-Nya
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR...
Setitis keringat dan darahmu
Ada Nilaian Di Sisi-Nya...
Perjuangan syahidmu mewangi sampai di Syurga
AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN

Karya Ratu Rimba Niagara
5 Mac 2013
(DIILHAMKAN PUISI,'SYAHIDMU MEWANGI SAMPAI SYURGA' ISTIMEWA UNTUK PARA PERWIRA YANG SEDANG BERJUANG DI MEDAN PERANG)

ASKARKU SI BAJU HIJAU...
AKU TABIK HORMAT DENGAN KEBERANIAN BERANI MATIMU DEMI AGAMA BANGSA & NEGARA...MOGA SYAHIDMU DITERIMA ALLAH SWT AAMEEN.

SEKALUNG BUNGA CINTA IBU PERTIWI KEPADA SEMUA WIRA NEGARA YANG RELA MATI DI MEDAN JUANG...SELAMAT BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR!
TANPAMU SIAPALAH KAMI ...PASTI SEMUA RAKYAT MALAYSIA TINGGAL DI BUMI SENDIRI DALAM KEADAAN TIDAK AMAN MAKA DARI ITU SETITIK KERINGATMU DAN DARAH PERJUANGANMU YANG GUGUR KE BUMI AKU AMAT HARGAINYA. MOGA SYURGALAH TEMPATMU ATAS SEGALA PENGORBANANMU PADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG TERCINTA. AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.
By Ratu Rimba Niagra

TANDA AKU CINTA PADA IBU PERTIWI

INILAH BARISAN KITA
YANG RELA BERJUANG
TAK TAKUT MATI TIKA BERJUANG
DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA
SENTIASA SIAP SIAGA
SENTIASA GAGAH
SENTIASA PERKASA
SENTIASA BERTEGAS PADA MUSUH DURJANA
TAK AKAN BERUNDUR BIARPUN SETAPAK
BIAPUN AKU DIHUJANI PELURU
BERMANDIKAN DARAH
AKU RELAKAN
ASALKAN NEGARAKU
SEJAHTERA BUAT SELAMANYA
TANDA AKU CINTA PADA IBU PERTIWI
PADA TUHAN AKU MERAYU
AGAR AKU MATI SYAHID
ITULAH MATLAMATKU
YANG KUDAMBAKAN DALAM WIRAKU PADA NEGARA
IN SHA ALLAH AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
21 Rabiulakhir 1434H
3 Mac 2013M

PERWIRAKU BERJUANGLAH DIKAU HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR...MOGA SYAHIDLAH TEMPATMU AAMEEN.
By: Ratu Rimba Niagara

TENTERA DARAT UDARA LAUT POLIS & SEMUA PERTUBUHAN PAHLAWAN NEGARA MALAYSIA AKAN BERGABUNG DAN SETIASA BERSIAP SIAGA MEMPERTAHANKAN DARIPADA SEGALA ANCAMAN MUSUH NEGARA BIARPUN NYAWA JADI TARUHAN!

ADA TUHAN AKU MERAYU AGAR AKU MATI SYAHID

INILAH BARISAN KITA
YANG RELA BERJUANG
TAK TAKUT MATI TIKA BERJUANG
DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA
SENTIASA SIAP SIAGA
SENTIASA GAGAH
SENTIASA PERKASA
SENTIASA BERTEGAS PADA MUSUH DURJANA
TAK AKAN BERUNDUR BIARPUN SETAPAK
BIAPUN AKU DIHUJANI PELURU
BERMANDIKAN DARAH
AKU RELAKAN
ASALKAN NEGARAKU
SEJAHTERA BUAT SELAMANYA
TANDA AKU CINTA PADA IBU PERTIWI
PADA TUHAN AKU MERAYU
AGAR AKU MATI SYAHID
ITULAH MATLAMATKU
YANG KUDAMBAKAN DALAM WIRAKU PADA NEGARA
IN SHA ALLAH AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
21 Rabiulakhir 1434H
3 Mac 2013M

Ratu Rimba Niagara shared Rejimen Gerak Khas's photo.

"Pukul berapa Datuk Harimau....hari tu cari sorang-sorang tak jumpa, kali ni bawak geng, mana korang menyorok ha?
*VAT 69 di Lahad Datu, pic daripada FB VAT69-Perjuangan Semalam"

Harimau Perang InsyaAllah dengan izinNya..sentiasa istiqamah dalam menuntut ilmu

PARA ULAMA PEWARIS NABI MUHAMMAD SAW

PARA ULAMA ADALAH PEWARIS NABI MUHAMMAD SAW
KEKASIH ALLAH
DICINTAI RASULULLAH
MENYEBARKAN DAKWAH TANPA MEMIKIRKAN KEUNTUNGAN DUNIA

PERJUANGAN DI DUNIA ADALAH SYURGANYA
SENYUMANNYA SENYUMAN AHLI SYURGA
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
MOGA SYURGALAH TEMPATMU DUHAI MUJAHID ALLAH
KUKAGUM DENGAN DAKWAHMU
TAK KIRA PAGI PETANG SIANG MALAM
AMALANMU BERDAKWAH
BERDAKWAH... BERDAKWAH...BERDAKWAH...
MENCURAHKAN ILMU SEBANYAK-BANYAK-NYA SELAGI TERDAYA
KAMI MENGUTIPNYA BAGAIKAN
PERMATA-PERMATA SYURGA YANG GUGUR KE BUMI
BAGAIKAN SALJI
SEJUK DAN TENANG ROH KAMI MENDENGARNYA
BAGAIMANA KAU TAK JEMU BERDAKWAH
KAMI TAK JUGA JEMU
MENDENGAR MENGHAYATI SATU PERSATU
AGAR DAPAT DIPASAKKAN IMAN DI KALBU
TAK TERGUGAT BIARPUN TIKA DILAMBUNG TSUNAMI
PABILA ILMU SUDAH SEBATI DALAM PASAKKAN TAUHID
TIADA APA YANG BERHARGA DI DUNIA INI
MELAINKAN MEMBAWA KALIMAH TAUHID
TIADA TUHAN DISEMBAH KECUALI ALLAH
ITULAH KALIMAH YANG DI-AGUNG-AGUNGKAN
SEMUA HAMBA-NYA YANG BERIMAN AKAN HARI AKHIRAT
DI HARI ITU TIADA APA YANG DAPAT MENOLONG KECUALI IMAN...
MOGA KITA TERGOLONG DALAM HAMBA-NYA YANG BERIMAN
AKAN HARI AKHIRAT ITULAH ILMU TAUHID YANG INGIN DIPASAKKAN
DI KALBU IMAN OLEH PARA ULAMA PEWARIS NABI MUHAMMAD SAW

RATU RIMBA NIAGARA
20 Rabiulakhir 1434H
2 Mac 2013M
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK PARA ULAMA PEWARIS
NABI MUHAMMAD SAW MOGA SYURGALAH TEMPATMU AAMEEN)


YA ALLAH BALASLAH CINTAKU DENGAN SYAHIDKU KE JALAN-MU

ALLAH DI HATI
ALLAH DI KALBU
ALLAH MATLAMATKU
ALLAH HIDUP MATIKU
ALLAH KURINDU
ALLAH KUKASIH
ALLAH KUCINTA
ALLAH SEGALANYA BAGIKU
ALLAH MENENTUKAN TAKDIRKU
ALLAH SEGALA KEPUTUSANMU KUAKUR
ALLAH KUREDHA JIKA ITU TAKDIR-NYA
ALLAH KUMAHU HIDUP MATIKU DALAM REDHAMU
ALLAH DEMI-MU KURELA LUPAKAN KEPENTINGAN SENDIRI
ALLAH DEMI-MU KURELA PERTARUHKAN NYAWAKU
ALLAH DEMI-MU KURELA TAK PUNYAI APA HARTA
ALLAH KARNA AKU CINTAKAN-MU BALASLAH CINTAKU
ALLAH BALASLAH CINTAKU DENGAN SYAHIDKU KE JALAN-MU
ALLAH SYAHIDKU ADALAH LAMBANG CINTAKU PADA-MU
ALLAH BERILAH AKU PELUANG UNTUK AKU MATI SYAHID
ALLAH SYAHIDKU SYAHID RAKAN SEPERJUANGANKU
ALLAH MAKBULKAN SEGALA CITA-CITA SEBELUM SYAHID
ALLAH PERJUANGANKU ADALAH SYURGAKU DI DUNIA
ALLAH SYUKURKU KAU SUDI PILIH AKU KEKASIH-MU
ALLAH SYUKUR AKU KAU SUDI PILIH AKU SYAHID KE JALANMU
ALLAH KUSYUKUR SEBANYAK-BANYAK-NYA
ALLAH BAGI-MU SEGALA PUJI-PUJIAN
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
MAHA SUCI BAGI ALLAH
SYUKUR KEPADA ALLAH SEBANYAK-BANYAK-NYA
ALLAH MAHA BESAR
KUASA-MU MENGATASI SEGALA-NYA
BERSUJUD SELURUH PARA HAMBA-NYA
TANDA RINDU, KASIH DAN CINTA PADA-MU ALLAH
MAKA-NYA BALASLAH CINTA PARA PEJUANG SYAHID-MU
AAMEEN AAMEEN AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
20 Rabiulakhir 1434H
2 Mac 2013M
(PUISI-PUISI BERTEMAKAN PEJUANG SYAHID DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PERWIRA NEGARA YANG GUGUR DI MEDAN PERANG ATAU SEDANG BERPERANG..SETIAP LANGKAHMU ADALAH PERJUANGANKU JUA)

PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA & AHMAD TAJUDDAN
& HARIMAU PERANG @ DATUK MOHD FAIZ ABDULLAH BUKHARI)
5 Mac 2013
Like ·  ·  ·  · Promote · See Friendship




Like ·  ·  · February 28 at 12:17pm
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP SRI PEMANGKU ADAT)
5 Mac 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;