TERIMA KASIH MALAYSIA KUKARANG PUISI SYAI R PANTUN GURINDAM UNTUKMU
SAYANG AGAR KAU CINTAKAN NEGARAMU MELEBIHI KEPENTINGAN SENDIRI
Najib Razak updated his cover photo.
- Ratu Rimba Niagara DUHAI ANAKKU PEWARIS BANGSAKU
BONDA SENTIASA DI HATIMU SAYANG
Duhai anakku sayang
Pewaris bangsaku
Suatu hari pasti
Bonda akan tinggalkan dunia ini
Pasti...pasti...pasti...
Kerana yang hidup pasti mati
Tiada yang hidup tak mati....mati...
Berdarjat pun mati
Tak berdarjat pun mati
Yang hidup pasti mati
Tua mati
Muda pun mati
Tapi tak tahu bila dan saat ketikanya
Itu rahsia Allah Taala
Itu sudah ada dalam percaturan takdir
Yang mesti kita imani
Duhai anakku sayang
Pewaris bangsaku
Kerana tak tahu
Waktunya bila dan saatnya mati
Dan semua sudah sedia maklum
Hidup ini setitis cuma
Hidup adalah senda gurau yang menipu
Jika kita masih lagi leka
Dengan pesona dunia yang melalaikan
Dan hidup cuma difokuskan kepada dunia
Makanya apa yang berlaku di sekeliling kita
Tidak akan kita endahkan
Tidak kita ambil peduli
Hidup kita sudah cukup sempurna!
Dunia ini akulah yang punyai segalanya!
Peduli apa aku dengan masalah dunia
Peduli apa aku dengan masalah manusia
Yang penting aku hidup bahagia dan sempurna
Di mataku manusia semuanya tak sempurna
Makanya hidup aku adalah aku
Aku yang mencaturkan takdirku
Itulah bicara seorang hamba yang sombong lagi bongkak
Makanya jauhkan dari sikap begitu anakku
Duhai anakku sayang
Pewaris bangsaku
Bila-bila masa bonda akan pergi dijemput Ilahi
Bonda tahu bonda tak layak
Untuk menasihati kamu
Yang sempurna akalmu yang tinggi
Apatah lagi darjatmu yang berketurunan bangsawan
Bonda cuma seorang yang tak berkedudukan tinggi
Dan tak punyai apa-apa kelulusan tinggi
Untuk membicarakan soal-soal ilmu yang tinggi
Bonda malu...bonda malu...bonda malu...
Malu untuk meninggalkan ilmu-ilmu yang tak seberapa ini
Bonda sentiasa cermin diri
Bonda sentiasa tahu di mana kedudukan bonda di hati mu
Duhai anakku sayang
Pewaris bangsaku...
Ketahuilah kamu...
Bonda terlalu sayang....sayang....sayang...
Pada semua anak bangsa Rumpun Melayu Nusantara...
Kerana sayang teramat sayang...
Sayang mengatasi segalanya
Bonda rela
dihina...dikutuk...sentiasa dipandang rendah
Lantaran itu bonda sedih dan kecewa
Atas penghinaan mereka
Kata-kata mereka itu
Seolah duri-duri halus
Yang masuk kekerongkong bonda
Sakitnya...bisanya...bagaikan racun
Berbisa...bisa...
Mematikan urat saraf minda bonda
Untuk terus mengarang dan terus mengarang
Mereka mahu biar bonda
Hentikan segala apa mesej yang bonda ingin sampaikan
Duhai anakku sayang
Pewaris bangsaku...
Kerana sayang bonda padamu tanpa penghujung
Selagi hayat bonda ada akan menyayangimu
Bonda relakan segala derita sengsara dihadapi dilalui
Setiap kata-kata mereka biarpun sakit terlara
Bonda akan tabah hadapi demi kasih sayang bonda padamu
Apa hendak dikisahkan dengan mereka itu semua
Lagipun bonda bukan kenal mereka
Lagi mereka kata bonda lagi bonda dapat pahala percuma
Apapun bonda sudah memaafkan semua yang mengata bonda
Moga bonda dan mereka semua diberi hidayah kasih-Nya Aamiiin.
Duhai anakku sayang
Pewaris bangsaku...
Kerana menyayangimu
Sayang teramat sayang
Bonda akan terus menulis...dan menulis...
Tanpa bonda hiraukan lagi apa kata-kata mereka
Bonda akan tulis pelbagai tema ....
Biarpun bonda bukanlah arif dalam sesuatu tema itu
Tapi kerana kasih dan sayang teramat sayang
Allah SWT kasihan pada bonda
Mengilhamkan apa yang hendak bonda tulis
Dengan izin-NYa bonda dapat menulis
Tanpa izin-Nya bonda tak dapat menulis
Makanya setiap penulisan bonda adalah lebih
Berharga dari permata berharga
Kerana tinta-tinta bonda
Adalah datang dari-Nya
Tanpa-Nya
Penulisan bonda
Pasti kaku
Pasti bonda tak dapat menulis satu baris ayat pun
Subhanallah
SesungguhNya Allah Maha Berkasihan Belas
SesungguhNya Allah Maha Pengasih Lagi Penyayang
Syukur Ya Allah
Syukur atas kurniaan-Mu ini
Duhai anakku sayang
Pewaris bangsaku...
Kerana setiap ilmu kepujanggaan
Ada tersirat mesej-Nya di sebalik
Kata-kata pujangga yang bonda tulis
Itu semua adalah lambang cintaNya
Itu semua tanda syukur bonda padaNya
Mengizinkan bonda berkata pujangga
Untuk bonda tinggalkan pada
Anak-anak tercinta
Pewaris Nusantara Seluruh di bumi-Nya
Yang bertuah ini
Duhai anakku sayang
Pewaris bangsaku...
Berjanjilah pada bonda
Akan sudi dan sentiasa sudi
Menyokong/mendukung perjuangan tinta-tinta bonda
Andaikata belum sempat perjuangan bonda direalitikan
Berjanjilah untuk merealitikan
Kerana karya-karya bonda inilah
Hadiah dari bonda untuk anak-anak tercinta
Yang ada di seluruh bumi Nusantara...
Inilah lambang cinta bonda
Pada semua biarpun bonda sudah tiada lagi di dunia ini
Tapi bonda ada di hatimu sayang....
Luahan hati bonda untuk anakku pewarisku tersayang,
Bonda Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
Istana Rimba Niagara
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
3 Mei 2013
(PUISI DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRU KE-13 PADA
5 MEI 2013
3 Mei 2013
(PETIKAN DARIPADA WALL NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA)
7 April 2013
WWW
0 comments:
Post a Comment