KOLEKSI MADAH PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA ,'MIKRAJ CINTA' (Part 1)
DENGAN-BISMILLAAHIIRRAHMAANIIR
WARKAH UNTUK KANDA
Salam sejahtera buat kanda ...
Terima kasih sudi mencintai dan merindui adinda
Syukur Ya Allah di kala aku disepikan
Kau sudi kurniakan seorang hamba-Mu
Bergelar Adam
Bergelar Bidadara Syurga
Untuk melamar cintaku
Kuasa hati semuanya terletak digenggaman-Mu Ya Allah
Kaulah yang membolak balikkan hati
Jangan kau alihkan hatinya
Biarlah dia terus mencitaiku semata karna-Mu
Bukan karna aku ini siapa-siapa
Karna aku tak punya apa-apa untuk disandarkan pesona cinta lagi
Untuk disandar usia...usiaku sudah berlalu
Untuk disandarkan kecantikkan...usia sudah menarik kecantikan
Untuk disandarkan kekayaan...kekayaan bukan milikku
Makanya semuanya sudah tidak kumiliki lagi...
Makanya dinda tiada tak kisah jika kanda menolak cinta gara-gara
Tidak miliki pesona cinta lagi...
Di luar sana ramai lagi yang boleh kanda miliki cinta
Yang boleh memenuhi kehendak citarasa naluri kanda
Sejujurnya dinda katakan
Cinta itu perlu dalam hidup
Cinta yang selari dengan kehendak Allah
Itulah yang didambakan
Jika itu tiada di hati kanda
Harap lupakan dinda
Dinda rela kehilangan cinta kanda
Daripada dinda kehilangan cinta Tuhan
Kata-kata kanda meyakinkan dinda
Bahawa kanda cintakan dinda ikhlas karna Allah Taala
Bukan dinda yang kanda cagarkan cinta
Tapi karna mahu sama-sama
Menuju meraih cinta Ilahi
Itu yang hendak difokuskan
Apalah ada luaran yang sementara
Sedangkan yang hendak dibawa di alam akhirat
Adalah takwa dan iman...
Jasad bagaimana cantik bagaimana ganteng pasti hancur
Menjadi makanan ulat dalam kubur
Yang tinggal tengkorak..itu yang kita maklumi
Yang lebih kita maklumi
Roh kita tetap ditanya apa bekalan yang kita bawa semasa hidup
Jika bekalan kosong...
Allahu Akbar menyesal pun sudah tak berguna lagi
Makanya sebelum kkita bergelar roh
Ayuh kita usahakan semampu daya
Mahu membawa bekal yang diterima-Nya
Masalah cinta kita pasrahkan saja pada Tuhan
Andainya cinta kita tidak menyatu
Tetap bersangka baik dengan Tuhan
Bahawa Tuhan telah menyediakan cinta yang terbaik untuk kanda
Kanda...
Moga kanda sentiasa dilindungi Rahmat dari Allah swt
Dalam menjalani hidup yang sementara ini...
Laluilah hidup ini dengan sentiasa bersangka baik dengan Tuhan
Dan sentiasa berbahasa santun sesama rakan-rakan kanda
Kita yang memilih bahasa apa yang hendak kita ungkapkan
Kalau bahasa mengundang dosa kita yang tanggung
Apapun kita sentiasa pilihlah bahasa-bahasa yang boleh mengundang
Rahamat dari Ilahi
Kanda....
Setiap yang baik itu daripada Allah
Marilah sama-sama kita sukakan kebaikan
Karna kebaikan mengundang rahmat dari Ilahi
Akhir kata...
Lihatlah bulan di langit sana
Karna di situ ada wajah dinda mengirimkan sebuah senyuman untuk kanda
Sebagai pengubat rindu kanda pada dinda di rimba niagara ini.....
Daripada adinda,
Ratu Rimba Niagara
2 Rejab 2013
12 Mei 2013
STATUS KITA ADALAH MILIK-NYA
Duhai bidadaraku yang kucinta kerana-Nya...
aku suka sama kamu kerana semangat juang fisabilillahmu
aku jatuh cinta sama kamu kerana kau Kekasih-Nya
maka aku ingin menjadi milikmu jika kau sudi
kerana kaulah akan membimbingku menyokongku
agar bersama menggapai bintang di langit ke tujuh
bintang yang ingin digapai itu adalah cinta-Nya
Insya-Allah jika kau yakin
cinta kita adalah anugerah dari-Nya
gelombang di Lauh Mahfuz...
bergema di hatiku di hatimu
makanya kau akan menyahut gelombang itu
tanda kau dan aku syukur pada-Nya
bahawa aku milikmu
kau milikku
status kita adalah hamba-Nya milik-Nya
akan pulang ke Pangkuan-Nya
moga kita pulang dalam
jiwa yang tenang
diterima sebagai roh-roh suci
asal kejadian kita daripada roh suci
bila sampai masanya dijemput pulang
pulangnya kita nanti sebagai roh suci juga
Insya-Allah Aamiin Aamiin Aamiin
Ya Rabbal A'Lamin.
Karya Ratu Rimba Niagara
2 Rejab 1434H
12 Mei 2013 ·
WARKAH RINDU TIADA PENGHUJUNGNYA BUAT KANDA
Allahu Akhbar
Sudah lama kanda sepikan dinda
Duhai kandaku nun di benua sana
Adakah kanda sudah lupakan dinda
Apakah khilaf yang dinda lakukan hingga tega
Kanda sepikan rinduku ini
Siang dan malam dinda menanti
Kiriman warkah rindumu di ombak rindu
Tapi masih sepi
Sesepi pantai di rimba ini
Cuma yang kedengaran
Hempasan ombak menghempas pantai
Dinda rasa terhibur pabila
Deruan ombak menyanyikan lagu rindu
Dinda teruja mendengarnya
Dan dinda teringat akan Kebesaran Tuhan
Mencipta lautan sebegini indah
Dinda duduk di atas batu yang di kelilingi
Bebatuan yang banyak
Sambil melemparkan pandangan
Di lautan yang terbentang luas
Dan teringat dengan janjimu
Untuk datang ke Istana Rimba ini
Setiap kali bahtera yang datang
Gembira hati dinda
Karna salah satu bahtera yang banyak
Itu adalah bahtera diRaja kanda
Tapi hampa...
Dinda pulang dengan hampa...
Sampai di istana
Dayang-dayang
Menghidangkan
Pelbagai juadah
Tapi tiada selera untuk
Dinda menyantap
Mereka tetap juga memaksa
Agar dinda santapan ...hingga
Mereka juga tidak mahu santapan
Dan mereka menyuap dinda santapan
Sambil menyapu air mata dinda
Dengan daunan kasih
"Tuanku Putri Rimba...
Tak usahlah ditunggu lagi...
Mungkin Kanda Tuanku terlalu sibuk menguruskan negaranya...
Bukankah Tunku Putri mengajarkan pada kami bahawa
Urusan negara adalah lebih penting daripada kepentingan sendiri
Makanya Tuanku Putri fahamlah keadaan Tuanku diRaja."
pujuk dayang penghuni rimba yang sangat sayang pada Putri Rimba.
"Betul katamu dayang...tapi beta ini terlalu percaya akan
janji Tuanku diRaja...kalau satu purnama tak apa beta menunggu
ini sudah berpurnama-purnama masih lagi tidak ada tanda-tanda kehadiran Tuanku DiRaja. Adakah Tuanku DiRaja sudah lupakan beta?"
"Patik rasa tuanku Putri ini sedang di lamun rindu..adakah Tuanku rindukan Tuanku diRaja?"
"Bukan begitu beta maksudkan...karna hubungan kami tidak lebih daripada persahabatan di antara dua benua...rindu dan kasih beta
hanyalah kasih seorang sahabat ....salah ke ?"
"Tak salah Tuanku Putri....bersahabat biar ramai...berkasih biar satu..."
"Apa maksudmu dayang?"
"Tuanku Putri....jawab sendirilah...."
Suasana Istana Rimba hiruk pikuk dengan gelak ketawa penghuni rimba apabila Putri Rimba kesayangan mereka hilang daripada rasa dukacita.
Beginilah keadaan dinda setiap hari kanda...sentiasa bergurau senda
dengan penghuni rimba tanpa ada hati-hati terluka ...sentiasa menyayangi di antara satu sama lain. Inilah kehidupan yang dinda dambakan dan Allah SWT telah mengurniakan. Mana bisa mungkin dinda akan tinggalkan kehidupan yang aman dan harmonis ini.
Makanya demi percintaan kita yang ikhlas ini dinda akan setia menunggu kanda...di ombak rindu ini jika kanda tidak datang juga kerana kesibukan urusan negara... dinda faham kerna dinda pun begitu mengutamakan penghuni rimba daripada kepentingan dinda sendiri....biarlah rindu ini menjadi perindu setia pada ombak rindu yang tiada penghujungnya.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
2 Rejab 1434H
12 Mei 2013M
(PETIKAN DARIPADA TEATER BANGSAWAN DIRAJA,'MIKRAJ CINTA')
2 Rejab 1434H
·
0 comments:
Post a Comment