Saturday, 11 May 2013

INDAHNYA SILATURAHMI ANTARA TIGA BENUA MALAYSIA INDONESIA & BRUNEI








    • KEBANGKITAN UMAT AKHIR ZAMAN
      Like ·  ·  · 7 minutes ago via mobile · 

    • Ratu Rimba Niagara shared SULTAN HASANAL BOLKIAH's status update.


      Rabbi najjinii minal qaumazhzhaalimiin.( QS:28/21)

      ARTINYA;
      Wahai Tuhanku,selamatkanlah aku dari orang2 yg zhalim

      Rabbi innii limaa anzalta ilayya min khairin faqiir. (QS: 28/24)

      ARTINYA :
      Ya Tuhanku ,sesungguhnya ǎku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yg Engkau turunkan kepadaku.
      Like ·  ·  · 8 minutes ago · 


    • Ratu Rimba Niagara shared SULTAN HASANAL BOLKIAH's status update.


      Aamiin-kan doa ini:
      Ya Allah,
      baguskan agamaku karena ia menjadi peganganku.
      Baguskan duniaku karena disitulah kehidupanku dan baguskan akhiratku karena ia itu tempat aku kembali.
      Jadikan kehidupanku ini sebagai kesempatan untuk memperbanyak amal soleh dan jadikanlah kematianku sebagai tempat istirahat dari semua keburukan.
      (HR. Muslim)
      Like ·  ·  · 8 minutes ago · 


    • Tiada Keraguan akan Pertolongan Mu Ya Robb.

      Sebab Engkau Menolong Bagi Mereka yang tidak Ada Keraguan akan Janji Mu Akan Pertolongan yamg Meminta Pertolongan Kepada Mu Ya Robb.

      Maka tolonglah Mereka yang meminta pertolongan Pada Mu.
      Like ·  ·  · 16 minutes ago via mobile · 

    • Alhamdulillah

      mendapat Dukungan Penuh Dari PBB...

      Tinggal mengatasi orang orang di bawah lagi...

      Wahai para umat skalian,jadilah umat yang membawa Rahmat untuk seluruh Mahluk dan semesta alam Raya ini.

      Dimana saja kalian Berada,

      berlaku adil lah pada diri sendiri,agar bijaksana kita terhadap semuanya

      salam ya salam
      Unlike ·  ·  · 20 minutes ago via mobile · 
      • You and 4 others like this.
      • Ratu Rimba Niagara SALAM YA SALAM DUHAI KEKASIH ALLAH
        SALAM YA SALAM DUHAI KEKASIH RASULULLAH
        MOGA HIDUP MATIMU DIRAHMATI ALLAH
        DI PADANG MAHSYAR NANTI MENDAPAT SYAFAAT RASULULLAH
        AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
        18 minutes ago · Like · 1

    • Alhamdulillah....

      Sedikitnya Engkau telah melegakan nafasku Ya Robb...

      Nikmat dari yang mana lagi yang dapat aku ingkari Ya Alloh...

      Maka jadikan aku tergolong orang2 yang selalu mensyukuri Nikmat dan Karunia Mu
      Aamiin...
      Like ·  ·  · 26 minutes ago via mobile · 

    • Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
      Upacara angkat sumpah sebagai PM di hadapan Yang Dipertuan Agong sudah selesai. Tanggungjawab saya sekarang adalah kepada setiap rakyat Malaysia.
      Upacara angkat sumpah sebagai PM di hadapan Yang Dipertuan Agong sudah selesai. Tanggungjawab saya sekarang adalah kepada setiap rakyat Malaysia.
      Like ·  ·  · 21 minutes ago · 




    • PANTUN GURU PENYAYANG MURID CEMERLANG

      Selamat menyambut Hari Guru,
      Ucapan daripada muridmu untuk guruku;
      Hingga kini terkenang budi baikmu,
      Ilmu diajar rasa tak jemu.

      Guru penyayang murid disayang,
      Baik hatimu hingga kini kukenang;
      Dikau mengajar terkenang-kenang,
      Dalam peperiksaan jawapan terbayang-bayang.

      Kuberi hadiah untuk guruku tersayang,
      Bila mengajar penuh kasih dan sayang;
      Budi baikmu takkan hilang,
      Akan kubuktikan menjadi murid cemerlang.

      Hari guru disambut penuh keceriaan,
      Telatah guru murid terhibur;
      Hadiah istimewa untukmu kuberikan,
      Acara penyampaian semua teratur.

      Guru kreatif murid tak bosan,
      Apa diajar didengar difaham;
      Pulang ke rumah mengulangkaji pelajaran,
      Ibubapa melihat teramat kagum.

      Suasana bilik darjah penuh ceria,
      Dihias dengan lukisan kreatif;
      Murid belajar berlumba-lumba,
      Kerana semuanya berminda positif.

      Suasana belajar amat menyeronokkan,
      Guru kreatif murid positif;
      Apa diajar semua difokuskan,
      Impak pembelajaran guru kreatif.

      Murid diajar beradap sopan,
      Saling hormat menghormati asas perpaduan;
      Tiada tercicir dalam pembelajaran,
      Kerana itu satu kebanggaan.

      Guru cemerlang murid terbilang,
      Itulah cita-cita Menteri Pelajaran;
      Apa diajar takkan hilang,
      Kecemerlangan murid jadi tumpuan.

      Murid bermasalah guru pening kepala,
      Guru bermasalah murid yang rugi;
      Kehidupan baru kini bermula,
      Murid berjaya berpelajaran tinggi.

      Guru mengajar sepenuh hati,
      Demi kerana murid tersayang;
      Apa diajar lekat di hati,
      Itulah harapan guru penyayang.

      Pergi ke sekolah menuntut ilmu,
      Ilmu itu pelita hati;
      Menuntut ilmu janganlah jemu,
      Masa depanmu bersinar nanti.

      Apabila belajar bersungguh-sungguh,
      Kerana itu amalan mulia;
      Banyak ilmu janganlah megah,
      Sifat riak membawa binasa.

      Murid berdisplin guru gembira,
      Sekolah lahirkan murid cemerlang;
      Sukanya hati tidak terkira,
      Kerana muridku terus gemilang.

      Murid ponteng amatlah rugi,
      Pelajaran tercicir masa depan gelap;
      Suka ponteng jangan diulangi,
      Dalam peperiksaan tidak tersilap.

      Indah sungguh suasana sekolah,
      Burung berkicauan di waktu pagi;
      Suasana sekolah sungguh meriah,
      Keceriaan sekolah patut dipuji.

      Guru besar kreatif sekolah cemerlang,
      Murid ke sekolah penuh keazaman;
      Setiap tahun sekolah cemerlang,
      Gemilang murid itulah idaman.

      Persatuan Ibu Bapa Guru bersatu hati,
      Usaha melahirkan pelajar cemerlang;
      Setiap cadangan akan direalisasi,
      Agar murid terus gemilang.

      Sekolah pencetus ilhamku,
      Galakan guru pembakar semangatku;
      Akan tersemat nasihat di hatiku,
      Moga bahagia hidupmu hidupku.

      Guru Pembina Negara Bangsa,
      Murid pencetus ilham guru;
      Jasamu guru kuingat setiap masa,
      Perpisahan nanti buat kuterharu.

      Guruku sayang muridku sayang,
      Ku di sini mengajar penuh kasih sayang;
      Moga dikau menjadi pelajar cemerlang,
      Impaknya nanti Negara terus gemilang.

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      1 Rejab 1434H
      11 Mei 2013
      (PANTUN DISIARKAN DI WALL PERDANA MENTERI SEMPENA MERAIKAN HARI GURU 1MALAYSIA PADA 16 MEI 2013)
      Like ·  ·  · 44 minutes ago · 

    • Ratu Rimba Niagara shared a status update.


      SELAMAT HARI IBU UNTUK IBU-IBU BIDADARI SYURGA DI SELURUH DUNIA

      PANTUN ANAKANDA TERSAYANG AYAHANDA TERCINTA

      Anakanda yang disayangi dunia akhirat,
      Anakanda pengikat kasih ayahanda bonda;
      Kelahiranmu membuatkan kasih bertaut erat,
      Moga menjadi anak kebanggaan ayahanda bonda.

      Pembesaranmu setiap tahun ayahanda pastikan,
      Anakanda mempelajari Hadis dan Al-Quran;
      Mindamu terisi dengan ilmu yang tidak menjemukan,
      Berusaha terus berusaha menuju kejayaan.

      Ayahanda akan terus memimpin anakanda,
      Mendidikmu berpandukan Al-Quran dan Hadis;
      Agar menjadi khalifah Allah duhai anakanda,
      Pasti ayahanda dan bonda bersyukur terus-menerus.

      Semakin banyak waktu ayahanda berkongsi,
      Semakin anakanda bersedia menghadapi masa hadapan;
      Anakandalah harapan ayahanda tanpa sangsi,
      Ayahanda sentiasa letakkan sejuta harapan.

      Sekalipun anakanda tidak mampu melangkah ke hadapan,
      Ayahanda akan terus membimbingmu;
      Agar anakanda berani menghadapi segala rintangan,
      Yang datang mengujimu dari segenap penjuru.

      Anakanda pergilah semampu sejauh mungkin,
      Memburu impian menggapai cita-cita;
      Ayahanda bonda sentiasa memberi sokongan,
      Agar menjadi realiti segala yang dicita.

      Capai setinggi mana mungkin cita-citamu,
      Ilmu yang dituntut jangan sekali rasa jemu;
      Kegagalan tidak akan pernah bertamu,
      Kejayaanmu kebanggaan ayahanda bondamu.

      Dalam menuju segala kejayaan,
      Cahaya keimanan amat diperlukan;
      Allah jangan sekali dilupakan,
      Barulah cahaya hidayah menjadi peneman.

      Kasih sayang ayahanda tidak pernah luntur,
      Ayahanda rela berkorban apa saja untukmu;
      Asalkan anakanda cekal dan sabar,
      Kerana sabarmu mengundang Rahmat dari Tuhanmu.

      Apabila segala ilmu terpasak di dada,
      Pasti anakanda sendiri melepaskan tangan ayahanda;
      Dan tika itu ayahanda tersenyum bangga,
      Melihat anakanda menyambung perjuangan ayahanda.

      Anakanda… buah hati ayahanda pengarang jantung,
      Ingatlah pesanan ayahanda dan bonda ini;
      Jadilah anak soleh berjiwa pejuang,
      Moga kita sekeluarga ke Syurga nanti.

      Ayahanda dan bonda tersayang,
      Kasih sayangmu anakanda tak akan persiakan;
      Anakanda berjanji akan menjadi anak cemerlang,
      Menjadi anak soleh beriman yang dibanggakan.

      Anakanda hargai pengorbanan ayahanda ,
      Tanpa jemu mendidik membimbing anakanda;
      Moga Allah membalas segala budi ayahanda bonda,
      Alhamdulillah anakanda diKurniakan ayahanda bonda.

      Ayahanda dan bonda yang disayangi,
      Anakanda akan berazam mencapai cita-cita;
      Meneruskan perjuangan ayahanda yang suci murni,
      Membela agama bangsa dan Negara tercinta.

      Anakanda sentiasa bangga dengan ayahanda,
      Ayahanda pemimpin idola anakanda;
      Membela agama dan bangsa walau di mana,
      Hatimu putih bersih bak mutiara.

      Perjuangan ayahanda tepat dan jelas,
      Rela berkorban demi rakyat tercinta;
      Segala jasa dicurah tanpa harap dibalas,
      Demi kerana Allah tercinta.

      Bangganya anakanda ayahanda seorang pejuang,
      Rela pertaruhkan nyawa di setiap penjuru;
      Moga sentiasa berjaya ketika berjuang,
      Darah perjuanganmu mengalir dalam darah anakandamu.

      Doakan anakanda menjadi pejuang sejati,
      Mewarisi kepahlawanan ayahanda tercinta;
      Kita berjuang hingga ke mati,
      Demi mempertahankan kedaulatan Negara tercinta.

      Syukur anakanda setiap hari,
      Keluarga kita dilimpahi sakinah dariNya;
      Kasih sayang ayahanda bonda anakanda hargai,
      Moga kita sekeluarga hingga ke SyurgaNya.

      Anakanda tersayang ayahanda tercinta,
      Kasih berpadu bersama bonda dicintai;
      Hidup berkeluarga sakinah tercipta,
      Insya-Allah sekeluarga menghuni SyurgaNya nanti.

      Duhai anakanda tersayang Fahd Al-Warith,
      Ayahanda bonda doakan anakanda menjadi anak soleh;
      Dewasa nanti menjadi seorang Khalifah,
      Khalifah Islam yang boleh dibangga dan dimegah.

      Ayahanda bonda tercinta kesayangan anakanda,
      Cita-cita ayahanda akan anakanda kotakan;
      Berusaha anakanda biarpun dugaan datang melanda,
      Asalkan anakanda menjadi Khalifah Islam yang dibanggakan.

      Karya: Putri Rimba Niagara
      16 Jun 2012
      (Sempena Sambutan Hari Bapa )
      (Pantun Diilhamkan Teristimewa Untuk Semua Bapa Di Dunia Yang Masih Hidup Dan Yang Telah Meninggal Dunia Disedekahkan Al-Fatehah Moga Dimasuk Roh Bapa Kedalam Hamba-Nya Yang Beramal Soleh Aamiin)
      Yesterday at 12:12pm · Like

      PERMATA SYURGA-MU

      Bunda...
      Nanda rindukan ayahanda

      Sabarlah nanda...
      Ayahandamu pergi di medan juang
      Membela ibu pertiwi

      Nanda...
      Sudah dewasa nanti jadilah seperti
      Ayahanda membela nusa dan bangsa
      Demi kesejahteraan rakyat jelata

      Bunda...
      Adakah nanda dilahirkan kedunia ini
      Untuk menjadi kasatria seperti ayahanda

      Iya nanda...
      Sudah dewasa nanti
      Nanda mesti jadi seperti ayahanda
      Seorang ksatria berjiwa rakyat
      Kehidupannya didambakan untuk rakyat

      Bunda...
      Tidakkah bunda rasa kesepian
      Tanpa ayahanda dan nanda nanti
      Jika nanda juga jadi ksatria
      Seperti ayahanda...bunda...

      Duhai nanda...
      Karna ayahandamu
      Seorang ksatrialah
      Bunda jatuh cinta padanya

      Bunda...
      Apakah itu namanya cinta bunda...
      Ditinggalkan seperti tidak dimiliki cinta bunda...

      Nanda...
      Itulah namanya cinta sejati
      Biarpun terpisah jauh dengan ayahanda
      Tapi hatinya telah menyatu di hati bunda
      Hingga ke nafas terakhir ...nanda....

      Bunda...
      Sungguh suci hati bunda...
      Bertuah ayahanda
      Memiliki cinta seperti bunda
      Yang meletakkan cinta kepada
      Kehidupan rakyat mengatasi segalanya
      Percayalah bunda cinta bunda...
      Nanda janji tidak akan nanda
      Persiakan...nanda bersumpah akan
      Meneruskan percintaan bunda
      Mematrikan cinta bunda dan ayahanda
      Dengan kehidupan nanda juga seperi ayahanda
      Akan nanda dambakan kepada
      Kehidupan rakyat yang harus dibela
      Selagi jantung ksatria nanda berdetak
      Sehingga ke tetesan darah terakhir!
      Itulah lambang cinta bunda pada ayahanda?

      Nanda...
      Nandalah sebenarnya lambang cinta
      Bunda dan ayahanda
      Makanya nandalah
      Permata Syurga
      Kurniaan Allah
      Tuk ayahanda dan bunda

      Syukur Ya Alllah
      Atas Kurniaan
      Permata Syurga-Mu
      Tuk semua keluarga kasatria
      Di bumi-Mu ini

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      10 Jun 2012

      MENYAHUT PANGGILAN SEMBOYAN PERJUANGAN IBU PERTIWI MU!

      Duhai nanda pertiwiku
      Biarpun bunda bukan lahir di bumi bertuah Indonesia
      Tapi bunda ditakdirkan untuk menyayangi negaramu
      Bunda tak tahu kenapa
      Darah yang mengalir ditubuh bunda ini
      Serasa denyut nadinya seiring dengan ibu pertiw mu
      Serasa roh pertiwimu memanggil-manggil bunda
      Untuk menyahut semboyan perjuangan di bumimu
      Roh-roh suci pejuang negaramu yang telah lama bersemadi
      Hidup dalam jiwa bunda
      Mahu bunda teruskan perjuangan mereka
      Bersama-sama dengan para pejuang di bumimu
      Mahu bunda lupakan panggilan semboyan perjuangan itu
      Lagi bunda ingin memadamkan
      Lagi membara-bara gelora api perjuangan
      Biarpun bunda tidak ditakdirkan lahir di bumi Indonesia
      Tapi bunda ditakdirkan untuk menyahut panggilan ibu pertiwimu
      Dan bunda redho karena itu takdir-Nya
      Biarpun bunda tidaklah segagah pahlawan-pahlawan di medan juang
      Izinkan bunda berpena bertintakan darah dan air mata bunda
      Untuk sama-sama berbakti kepada ibu pertiwimu
      Moga perjuangan suci bunda ini jangan sekali disalah artikan
      Dan sudilah terima perjuangan suci bunda ini sesuci perjuangan
      Para pejuangmu yang masih hidup atau yang telah mati di medan juang!

      Karya Putri Rimba Niagara
      24 Mei 2012

      Andi Surya:

      Bundaku adalah ibu pertiwi
      Digenggam rembulan dan matahari
      Tak pamrih memberi
      Inspirasi dan motivasi
      Membangun negari
      Hingga kini
      Di sini
      Di hati
      Pertiwi...

      JADILAH RAJA YANG UTAMAKAN RAKYAT LEBIH DARIPADA KEPENTINGAN SENDIRI

      Teungku Sayyid Deqy

      Ibu...
      Maafkan putramu...
      Aku sedang berada di titik nadir hidupku,
      Aku sedang terbuang dan terhina oleh dunia ini,
      Namun...mengapa aku pun tersisihkan dari hatimu?
      Semua ini sungguh membuatku lemah,

      Ibu kusayang...
      Putramu hanya ingin istirahat sejenak di rumahmu...
      Izinkanlah dihari-hari terakhirku ini,
      Dan ketika kuberpulang pada NYA, aku dalam hangat pelukanmu.

      Putri Rimba Niagara:

      Duhai nanda putra kesayanganku...
      Napa nanda berkata demikian rupa
      Hancur lulur hati bunda
      Sebak hati bunda ...
      Adakah selama ini bunda abaikan kasih sayang bunda...
      Katakan putra kesayangan bunda...
      Puluhan tahun bunda mendidik dan membesarkan nanda
      Tidak cukupkah kasih sayang bunda pada nanda selama ini....
      Bukan kasih sayang saja yang bunda berikan pada nanda
      Malah nyawa bunda pun sanggup jadi taruhan demi nanda tercinta...
      Jika pelukan bunda ini boleh menenangkan jiwa nanda
      Marilah ke mari bunda dodoikan gurindam dan syair
      Yang selalu bunda dendangkan semasa nanda bayi lagi...

      "Duhai putra bunda tersayang...
      Buah hati bunda pengarang jantung bunda
      Bunda kasih ...bunda sayang sangat-sangat...
      Tidurlah lena...jangan nakal-nakal...
      Besar nanti jadilah anak yang soleh lagi beriman
      Jadi Raja yang utamakan rakyatnya daripada kepentingan sendiri...
      Jadilah Raja yang adil Raja yang pemurah
      Raja yang ingin hidup mencari jalan-jalan redhoNya
      Nanda diberi darjat yang tinggi bukan untuk membangga diri
      Tapi adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan...
      Makanya jadilah Raja yang disayangi rakyat bukan dibenci rakyat
      Ingatlah pesanan bunda ini nanda...
      Bunda sangat-sangat sayang pada nanda
      Nandalah saham dunia akhirat bunda
      Tiada bunda nanti di dunia ini
      Kirimkan doa untuk bunda jangan dilupakan
      Itulah tanda kasih sayang nanda pada bunda...
      Di pintu Syurga bunda menantimu penuh kerinduan..."

      Masihkah nanda ingat dengan gurindam yang bunda dendangkan
      padamu ? Inilah gurindam yang ditiup suburkan dijiwamu agar
      terpasak dalam sanubarimu nanda...

      Makanya jangan nanda berkata seolah ingin pergi dulu
      daripada bunda....
      Memanglah kita tidak tahu siapa yang pergi dulu....
      Tapi biarlah bunda yang pergi dulu...
      Nanda muda lagi dan tenaga nanda masih segagah pahlawan perkasa...
      Bunda dalam usia begini sudah terlalu uzur dan lemah ....
      Cumanya semangat saja yang menguatkan bunda meneruskan
      Pengembaraan di dunia ini....
      Makanya bunda berharap sangat Tuhan panjangkan usia nanda...
      Bunda doakan Allah SWT sentiasa memberi kekuatan pada nanda
      Untuk meneruskan perjuangan bunda dan nanda bahagia ....
      Justeru jangan ragui cinta dan kasih sayang bunda pada nanda lagi...
      bunda kasih dan sayangkan nanda dari dunia ini di bawa hingga ke SyurgaNya....
      Aaamin Ya Rabbal A'Lamin

      Ikhlas daripada:

      Bunda Permaisuri Rimba Niagara
      Malaysia
      1 April 2012

      DUHAI WANITA YANG BERGELAR ISTERI KEPADA SUAMIKU

      Duhai wanita yang bergelar isteri kepada suamiku
      Jangan kau zalimi suamiku
      Kerana aku adalah bidadari DiCiptakan Allah untuknya
      Di dunia dia suamimu...
      Di Syurga dia adalah suamiku
      Di dunia takdir di Azali telah tercatat untukmu
      Di Syurga akulah isterinya merangkap bidadarinya

      Bersyukurlah kau bersuamikan suamiku
      Tahukah kau apa saja amal baktimu kepada suamiku
      Adalah balasan Syurga untukmu
      Carilah redho suamimu
      Kerana di situ ada redho-Nya Allah padamu
      Suamimulah yang memberikan kunci Pintu Syurga kepadamu
      Tempahlah tiket Syurga dengan amal baktimu pada suamimu
      Di mana ada redho suamimu di situlah redho Allah
      Kamu cuma taat dan patuh kepada suamimu
      Dan menjaga amal ibadat wajibmu kepada Tuhanmu
      Masuklah mana-mana pintu Syurga yang kamu suka...

      Tapi aku merayu padamu
      Jangan sekali-kali kamu kecewakan mereka
      Jangan sekali-kali kamu derhaka kepada mereka
      Jangan sekali-kali kamu menyakiti hati mereka
      Jika membuatkan mereka sedih kecewa merana lantaran kamu
      Tunggulah neraka sebagai balasannya

      Duhai para suami yang teraniaya...
      Sabarlah kanda ...dinda..adalah isteri kanda di Syurga
      Dinda diciptakan untuk menjadi isteri kanda di Syurga
      Dindalah bidadari yang diciptakan untuk kanda cintai...
      Berkat kanda percaya pada Allah swt dan rela syahid demi-Nya
      Jangan kanda bimbang ...di dunia kanda tidak dapat
      Dilayani sebagai seorang suami yang sepatutnya
      Di Syurga ada dinda yang melayani kanda seikhlas hati demi-Nya
      Sabarlah ye kanda ...berdoalah agar isteri kanda di dunia
      Berubah hatinya untuk menjadi isteri solehah untuk kanda
      Dan berazam bersama kanda untuk menjaga dan mendidik
      Permata hati agar menjadi hamba-Nya yang beriman...
      Sabarlah ye kanda...
      Dinda nasihatkan utamakan keluarga
      Biarpun hati kanda terlara karna isteri kanda berhati kering
      Bersabarlah dan berdoa sebanyaknya
      Jadikanlah rumah tangga kanda
      'RUMAHKU SYURGAKU'
      Kanda jadi imam kepada isteri dan anak-anak kanda
      Pimpinlah keluarga kanda menuju jalan-jalan ke Syurga
      Agar kanda tidak akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti
      Jika kanda sudah berusaha semampu daya untuk membimbing mereka
      Tapi mereka masih berhati kering juga
      Kanda berdoalah kepada Tuhan....
      Bersangka baiklah kepada Tuhan...
      Kerana di situlah tercatat Takdir Kanda....

      Jika kanda yakin
      Akan janji-Nya Tuhan...
      Janji-Nya pasti
      Pasti ditepati
      Pastinya kanda akan lalui semua dugaan di dunia ini
      Dengan tabah dan redha..

      Percayalah kanda...
      Cinta dinda sentiasa ada untuk kanda
      Dindalah bidadari yang menanti kanda di Syurgawi...
      Dinda bersyukur kerana kanda diciptakan untuk dinda cintai Demi-Nya.

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      10 Mac 2013
      (KARYA DIILHAMKAN UNTUK SEMUA PARA WANITA YANG BERGELAR ISTERI SEMPENA MENYAMBUT HARI WANITA ...DUHAI WANITA DI LUAR SANA KUHARGAIMU KERANA KAMU WANITA UNTUK DICINTAI ADAM)

      REDHO CINTA SEORANG BIDADARA DUNIA

      Kau selalu di hati
      Kau selalu di jiwa
      Cinta mu ikhlas
      Suci murni
      Semua karna-Nya
      Karna itu aku terima cintamu karna-Nya juga
      Sayang...
      Terima kasih cinta
      Karna sudi menyintaiku
      Merealisasikan dalam cinta redha Ilahi
      Moga cinta kita sampai Syurga bercinta
      Terima kasih cinta...
      Karna ikhlas mencintaiku
      Atas dasar cinta kerana-Nya
      Kita bersumpah setia sehidup semati
      Apa saja takdir sepanjang cinta kita
      Kita redha
      Bila berpisah dijemput Ilahi
      Akan redha
      Kerana redho cinta seorang bidadara
      Itulah kunci pintu Syurga
      Untuk bidadari dunia
      Duhai bidadara dunia
      Percayalah cinta kita
      Telah tercatat sejak Azali
      Sebagai menghargai cintamu itu
      Terimalah secawan kopi cinta dariku ini
      Kopi cinta diRaja Nusantara....hehehe

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      9 Mei 2013

      KAU BIDADARAKU
      AKU BIDADARIMU

      KENAPA KAU TAK INGIN MELEPASKANKU
      SEDANGKAN KAU TAK PERNAH MEMPERDULIKAN AKU
      KARYA-KARYAKU KAU SEPIKAN BEGITU SAJA
      TEGA KAU BEGITU PADAKU
      SEOLAH AKU TAK WUJUD
      APA GUNA KITA MENJADI TEMAN FB
      SALING MEMBISU SERIBU BAHASA
      SEDANGKAN PERKENALAN KITA BUKAN KITA YANG RANCANG
      KITA BERTEMAN ATAS DASAR SUKA SAMA SUKA
      KAMU SUKA BERKAWAN DENGANKU
      MAKANYA AKU SUKA BERKAWAN DENGANMU
      SAMA-SAMA KAWAN
      KAWAN SAMPAI MATI
      KAWAN SAMPAI SYURGA
      TAPI GIMANA ITU
      KAMU ANGGAP AKU BUKAN KAWANMU
      KAMU SEPIKAN AKU
      TIDAK PERNAH AKU MENDENGAR SAPAANMU
      JIKA AKU MENYAPAMU KAU BUAT TAK TAHU SAJA
      SEDIH LHO KAMU TEGA BIKIN AKU GITU
      AKU JADI PENASARAN LHO
      KARNA PERTEMANAN KITA ADALAH SERIUS
      BUKAN CUMA CANDA-CANDA KOSONG...
      KITA BERTEMAN FB
      SALING BERBAGI ILMU
      SALING SOKONG MENYOKONG
      TIADA LANGSUNG UNTUK TIKAM MENIKAM
      TIADA LANGSUNG UNTUK BISU MEMBISU
      TIADA LANGSUNG UNTUK SALING TAK MENGENAL
      YANG ADA ADALAH MEMBINA TALISARATURRAHMI
      AGAR TERJAGA DENGAN HATI SEMURNI SYURGA
      ANDAINAY SAPAANKU INI MEMBUAT HATIMU
      MASIH TAK SUDI MENYAPAKU
      MAAFKAN AKU
      AKU TAK TEGA DISEPIKAN KAMU
      DUHAI RAKAN FBKU...
      SUKA KATAKAN SUKA
      BENCI KATAKAN BENCI
      AGAR AKU TAK TERNANTI-NANTI KASIH YANG TERSISIH
      KASIH DAN RINDUKU
      KAU BIARIN HANYUT
      DI LAUTAN ASID BERGELORA
      KAU BIARKAN TANDUS KEGERSANGAN
      DI GURUN SAHARA
      KUTUNGGU JAWAPAN DARIMU DUHAI RAKAN FBKU DI BENUA SANA
      SAMADA ADAKAH AKU LAYAK UNTUK BERADA
      DI SUDUT HATIMU
      AGAR DAPAT KAU HARGAI PERSAHABATAN INI
      SEMATA-MATA
      BUKAN AKU SAPA-SAPA
      BUKAN KAU SAPA-SAPA
      HANYA UNTUK MENDAPAT REDHO ILAHI
      DALAM JALINAN TALISIRATURRAHIM
      SESAMA INSAN SALING KENAL MENGENAL
      UNTUK SALING BERBAGI ILMU YANG ADA
      TANPA ADA RASA SEDIKITPUN PELIT ILMU
      BERBAGI ILMU DALAM RASA MERENDAH HATI
      BERKATA PADA HATI
      INILAH KATA-KATA YANG TERAKHIR AKAN AKU TULIS
      MAKANYA AKU NAK TULIS YANG BAIK-BAIK SAJA
      MANALAH TAHU KATA-KATA INI
      BISA MENYELAMATKAN AKU DARI
      SEKSAAN API NERAKA
      PASTI KITA MENULIS
      YANG TERBAIK DARI YANG TERBAIK....
      INILAH HIKMAH DI SEBALIK KITA DIKETEMUKAN
      DI ALAMMAYA
      BUKAN TIDAK DISENGAJAKAN
      TAPI DISENGAJAKAN
      JIKA KAMU TERGOLONG DARI MEREKA YANG BERPIKIR...
      MAKANYA PIKIR...PIKIRKANLAH
      SAMADA AKU KAU SUDI TERIMA
      DI SUDUT HATIMU
      ATAU SELAMANYA KAMU MAHU SEPIKAN
      KALAU SELAMANYA KAMU MAHU SEPIKAN
      TOLONG IZIKAN AKU PERGI DARI SUDUT HATIMU
      SIAPALAH AKU DI HATIMU
      CUMALAH DAGANG MAK MALAU
      DAGANG TAK BERTEMPAT
      SEDIH HATIKU
      KARNA KARYA-KARYAKU
      TIADA TEMPAT DI HATIMU
      MAKANYA KAU TEGA SEPIKAN
      TANPA SEDIKITPUN EHSANMU....
      DI DUNIA KITA TAK KETEMU
      MOGA DI SYURGA KTIA BISA KETEMU
      KAU BIDADARAKU
      AKU BIDADARIMU

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      5 Mei 2013

      (DI SIARKAN PUISI SEMPENA 1 REJAB 1434H & MERAIKAN HARI IBU SEDUNIA)
      1 Rejab 1434H
      11 Mei 2013


    • Seminggu ada 7 hari dan hari ke 8 adalah MAUT
      Like ·  ·  · 2 hours ago via mobile · 

    • PANTUN ANAKANDA TERSAYANG AYAHANDA TERCINTA

      Anakanda yang disayangi dunia akhirat,
      Anakanda pengikat kasih ayahanda bonda;
      Kelahiranmu membuatkan kasih bertaut erat,
      ...Continue Reading
      Like ·  ·  · 2 hours ago · 


    • Putri Danggan Rejanges Ramindang likes a photo.



      • Panglima KODAM V/Brawijaya - Mayor Jendral.TNI. Ediwan Praowo, menyematkan TANDA PENGENAL BPL. Siltanas kepada Kepala - Kepala Badan Pelaksana SILATNAS RAJA DAN SULTAN NUSANTARA III - 2013, Kepala Badan Koordinator FESTIVAL PASAR RAKYAT - MALANG 2013, Kepala Badan Koordinator SAFARI SILATNAS RAJA DAN SULTAN NUSANTARA 2013, Penasehat - Penasehat Daerah Malang, selesai pengesahan Susunan Personil masing - masing Divisi, pada hari Sabtu, 20 April 2013, bertempat di Gust House Pemerintah Kota Malang - Jawa Timur, Indonesia.

        Commander KODAM V/Brawijaya-Major General. The TNI. Ediwan Praowo, pin BADGE BPL. Siltanas to the heads of Executive Bodies SILATNAS RAJA and SULTANS of the NUSANTARA III-2013, head of the Agency'S MARKET-FESTIVAL Koordinato MALANG 2013, head of the Agency Coordinator SAFARI SILATNAS RAJA and SULTANATE III - 2013, Malang Area advisors, completed passage of Set-up Personnel each Division, on Saturday, April 20, 2013, housed in Government Guest House Malang-East Java, Indonesia.
        Panglima KODAM V/Brawijaya - Mayor Jendral.TNI. Ediwan Praowo, menyematkan TANDA PENGENAL BPL. Siltanas kepada Kepala - Kepala Badan Pelaksana SILATNAS RAJA DAN SULTAN NUSANTARA III - 2013, Kepala Badan Koordinator FESTIVAL PASAR RAKYAT - MALANG 2013, Kepala Badan Koordinator SAFARI SILATNAS RAJA DAN SULTAN NUSANTARA 2013, Penasehat - Penasehat Daerah Malang, selesai pengesahan Susunan Personil masing - masing Divisi, pada hari Sabtu, 20 April 2013, bertempat di Gust House Pemerintah Kota Malang - Jawa Timur, Indonesia.

Commander KODAM V/Brawijaya-Major General. The TNI. Ediwan Praowo, pin BADGE BPL. Siltanas to the heads of Executive Bodies SILATNAS RAJA and SULTANS of the NUSANTARA III-2013, head of the Agency'S MARKET-FESTIVAL Koordinato MALANG 2013, head of the Agency Coordinator SAFARI SILATNAS RAJA and SULTANATE III - 2013, Malang Area advisors, completed passage of Set-up Personnel each Division, on Saturday, April 20, 2013, housed in Government Guest House Malang-East Java, Indonesia.
        Unlike ·  ·  · April 22 at 9:01pm · 

    • (KUBUR TIDAK MEMANDANG KAYA ATAU MISKIN, PANGKAT ATAU KETURUNAN)

      SEWAKTU JENAZAH FATIMAH R.A diletakkan di tepi kubur, maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anakanda Rasulullah S.A.W." ... Maka jawab kubur, "AKU BUKANNYA TEMPAT BAGI MEREKA YG BERDARJAT ATAU ORANG YG BERNASAB, ADAPUN AKU ADALAH TEMPAT AMAL SOLEH, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu TIDAK BERAMAL SOLEH, MAKA DIA TIDAK AKAN TERLEPAS DARI AKU (AKAN AKU LAYAN DIA DENGAN SEBURUK- BURUKNYA)."...

      ABU LAITS AS-SAMARQANDI berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
      1] Hendaklah ia MEMELIHARA SOLATNYA...
      2] Hendaklah dia RAJIN BERSEDEKAH...
      3] Hendaklah DIA RAJIN MEMBACA AL-QURAN...
      4] Hendaklah dia MEMPERBANYAKKAN MEMBACA TASBIH kerana dengan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari DAN MELAPANGKAN kubur...

      ADAPUN EMPAT PERKARA YANG HARUS DIJAUHI IALAH :
      1] Jangan BERDUSTA...
      2] Jangan MENGKHIANAT...
      3] Jangan MENGADU-DOMBA (jangan melaga-laga orang)....
      4] Jangan KENCING BERDIRI (Mengakibatkan tubuh-badan dan pakaian tidak bersih)... Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Bersucilah kamu semua dari KENCING, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari KENCING..".... [Hadith Riwayat Muslim]...

      KUBUR TIDAK MEMANDANG ADAKAH ORANG ITU ORANG MISKIN, ORANG KAYA, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut AMAL SOLEH yang dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini... Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara MENGHAFAL JAWAPANNYA.... Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur, jikalau dia tidak meLAKUKAN AMAL SOLEH..... sebab yang akan menjawab SOALAN MALAIKAT, ialah amalnya sendiri, bukan mulutnya....
      Like ·  ·  · 2 hours ago · 

    • Najib Razak shared Friends of BN - Barisan Nasional's photo.
      Photo




0 comments:

Post a Comment

 
;