Tuesday, 7 May 2013

SELAMAT DATANG KE DUNIA SASTRA NUSANTRA RATU RIMBA NIAGARA



  1. Ratu Rimba Niagara shared ASEAN Community's photo.
    Like ·  · Promote · 
  2. Like ·  · Promote · 
  3. Like ·  · Promote · 
  4. Like ·  · Promote · 
    • By Ratu Rimba Niagara · Tuesday, November 22, 2011
      TENGKU ADY SHAH PUTRA "Negeri kita ni...semuanya ada tapi malangnya satu yang kurang," kata hulubalang. "Maksud tuan hamba?" Tanya Datok Bendehara kebingungan. "Negeri kita tak beraja...walaupun negeri kita gagah perkasa tapi tidak dihormat orang kerana kita tak mempunyai raja, apa kata..." kata Hulubalang terhenti di situ. "Teruskan...Teruskan... saya sedia mendengar pendapat tuan hamba." "Apa kata kita buat surat permohonan untuk memohon Raja dari Sumatera untuk ditabalkan menjadi Raja kita." "Bagus benar cadangan tuan hamba itu...saya akan membuat surat permohonan manalah tahu anak Raja Sumatera itu setuju." Datuk Bendehara terus mengarang surat dan surat itu hulubalang membawa bersamanya untuk dikemukakan kepada Raja Sumatera. Sepurnama sampailah hulubalang ke Sumatera. Dia disambut baik oleh Raja sumatera. "Ampun Tuanku sembah patik harap diampun," sembah hulubalang. "Apakah hajat tuan hamba hingga sampai di Istana Beta," tanya baginda dengan nada lembut. "Ada pun patik datang adalah untuk menyanpaikan warkah ini kepada Tuanku." Hulubalang memberikan surat Datuk Bendehara kepada Raja Sumatera. Raja Sumatera membaca dengan penuh kusyuk sambil mengganggukka kepala. "Beta sungguh gembira menerima berita ini...beta mempunyai lima orang Putera, suruhlah Datuk Bendehara mimilih salah satu di antaranya." "Kalau begitu titah tuanku , patik akan mengiringi kelima-lima Putera Tuanku, tahulah kami siapa yang layak di antaranya.   "Ada pun patik datang adalah untuk menyampaikan warkah ini kepada Tuanku," hulubalang memberikan surat Datok Bendehara kepada Raja Sumatera. Datok Bendehara begitu tertarik sekali dengan Tengku Arsyad Indradi iaitu anak Raja Sumatera yang sulung. Tambahan pula anak gadisnya Dang Seri Purnama telah jatuh hati dengan TengkuArsyad Indradi. Di hari perkahwinan mereka berdua ditabalkan menjadi Raja dan Permaisuri. Rakyat jelata bergembira kerana mereka sudah mempunyai Raja dan Permaisuri. Alaupun sudah ditabalkan menjadi Raja, Tengku Arsyad Indradi masih ragu-ragu lagi terhadap keempat-empat kesemua adindanya iaitu Tengku Arif Rachman, Tengku Agus Susanto, Tengku Agustus Nugroho dan Tengku Ady Syah Putra. Tengku Arsyad Indradi memanggil kesemua adindanya sambil berkata. "Tujuan kanda memanggil adinda semua ke mari adalah untuk memberitahu..." "Apa dia kanda?" Tanya Tengku Agus Susanto. "Dinda-dinda bolehlah pulang....kesihan ayahanda dan bunda kesunyian." "Kanda ...bukan dinda tak mahu pulang tapi dinda rasa dinda belum puas lagi hendak tinggal di sini," jawab Tengku Arif Rachman. "Bagaimana pula dengan dinda-dinda bertiga?" "Dinda pun begitu," jawab mereka bertiga serentak. Tengku Arsyad Indradi berasa kecewa kerana semua adindanya tidak mahu pulang. Baginda mengupah tukan masak Istana menaruh racun pada makanan yang akan menjadi santapan keempat-empat adindanya. "Dengar sini... Rahsia ini biar pecah di perut jangan pecah di mulut! Faham tak?" ugut Tengku Arsyad Indradi. "Patik faham Tuanku...patik akan simpan rahsia ini walaupun nyawa patik menjadi taruhan." "Bagus tu...ambil ini sebagai upah," Tengku Arsyad Indradi memberikan dua keping syiling emas kepada tukang masak Istana lalu beredar dari situ. "Ha...sedapnya lauk hari ni...rasanya dinda tak sabar lagi hendak menjamahnya," kata Tengku Agustus Nugroho terus menjamah makan yang terhidang. Selesai saja makan dia rebah dan mulutnya berdarah. "Dinda...! Dinda...! " Laung Tengku Arif Rachman. "Aduh....! Sakitnya dinda ...larilah cepat dari sini kalau kanda lambat ...kanda akan mati dibunuh... pergilah beritahu kanda-kanda yang lain...aduh bisanya... Tengku Agustus Nugroho menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tidak berapa lama kemudia Tengku Susanto dan Tengku Ady Syah Putra datang. "Apa sudah jadi dengan dinda Tengku Agustus Nugroho?" Tanya Tengku Ady Syah Putra. "Dinda Agustus Nugroho telah pergi meninggalkan kita." "Apa?" "Marilah kita lari dari sini kanda...kita sudah kesuntukan masa." Mereka bertiga meninggalkan istana, melarikan diri masuk ke dalam hutan belantara. "Beta mahu kalian kejar mereka sampai dapat...kalau perlu bunuh mereka semua? Faham?" Tengking Tengku Arsyad Indradi kepada hulubalang Istana. "Faham Tuanku." Tiga orang Putera Raja itu tidak menyedari bahawa mereka sedang diburu oleh pengawal-pengawal kekanda mereka Tengku Arsyad Indradi. "Kanda berdua berehatlah di sini...kanda nak pergi mencari buah-buahan," kata Engku Ady Syah Putra. "Baiklah dinda....hati-hati dinda," teriak Tengku Agus Susanto. Alangkah terperanjatnya Tengku Ady Syah Putra apabila didapatinya kedua-dua kekanda yang disayanginya mati dibunuh. Tanpa membuang masa lagi dia terus melarikan diri meredah hutan belanta. Sampai di sebuah kampung Tengku Ady Syah Putra menukarkan nama kepada Abdul Rahman. Di kampung itulah Abdul Rahman memulakan hidup baru tanpa diketahui oleh semua penduduk kampung , dialah adik kepada Tengku Arsyad Indradi. "Saya berkenan dengan si Abdul Rahman . Orangnya rajin dan baik hati pula," kata Mak Munah kepada suaminya. "Saya faham apa maksud awak itu ye," jawab Pak Deli. "Si Azizah pun dah suka dengan Si Abdul Rahman tu... apa lagi yang hendak ditunggu. apa kata kita adakan kenduri perkahwinan mereka berdua pada penghujung tahun ini. Apa pendapat awak?" kata Mak Munah. "Kalau awak setuju...saya pun setuju," kata Pak Deli merestui perhubungan anak gadisnya dengan Abdul Rahman. Abdul Rahman berkahwin dengan Azizah ketika berumur dua puluh tujuh tahun. Azizah ketika itu berusia sembilan belas tahun. Hidup mereka bahagia hinggalah dikurniakan lapan orang cahayamata tiga lelaki dan lima perempuan. Tiga puluh lima tahun telah berlalu. Abdul Rahman ketika itu berusia enam puluh dua tahun. Isterinya Azizah telah meninggal dunia sebelumnya. Telah empat tahun Abdul Rahman kehilangan isteri. Selama itulah Abdul Rahman pergi ke kubur isterinya membacaYasin pada setiap hari. Pagi dari pukul tujuh hingga lapan, petang pukul empat hingga lima. Hinggakan tanah perkuburan yang berhampiran dengan isterinya dibersihkan. Hari itu cuaca mendung. Hujan akn turun bila-bila masa saja. "Bapak...Hari nak hujan... Tak usahlah bapak pergi kubur emak hari ni ye...bapak pun tak sihat," nasihat anaknya Seman. "Seman sudah empat tahun bapak pergi ke kubur emak kau... Hujan atau ribut bapak tetap pergi. Kalau bapak tak pergi, bapak rasa macam tak lengkap aje hidup bapak ni..." Abdul Rahman terus berlalu meninggalkan anaknya Seman. Sampai di tanah perkuburan kepala Abdul Rahman terasa sakit. Dipaksakan juga berjalan walaupun perlahan-lahan. Akhirnya sampai juga Abdul Rahman ke kubur isteriyang dicintainya itu. Habis saja dia membaca surah Yasin Abdul Rahman terus rebah. Hujan turun dengan lebatnya. "Bang...Pergilah tengok bapak tu...Risau pulak hati Midah...hujan terlalu lebat," kata Hamidah isteri Seman. "Bapak tu degil...Orang kata jangan pergi nak pergi juga..." rungut Seman sambil menyarungkan baju hujannya. Dia keluar dengan basikal usangnya. Alangkah terperanjatnya dia apabila di lihat dari jauh bapanya rebah di tanah sambil tangannya memegang batu nisan isterinya. "Bapak!!!" Laung Seman. Daun pintu diketuk, "Midah...Midah..." jerit Seman. "Abang!! Apa dah jadi dengan bapak ni?" Tanya Hamidah cemas. "Bapak....Bapak...dah pergi...." "Apa? Innalillah Wainnailaihirajiun..." Semua anak-anak Abdul Rahman balik. Baik yang jauh mahupun yang dekat. Seman teringat peristiwa seminggu yang lalu. "Apa yang bapak buat tu....boleh Seman tengok?" "Tak boleh....Kalau kau nak tengok tunggulah bapak dah mati. Kau tengoklah apa yang ada dalam peti besi ini." "Bapak ni dengan Seman pun nak berahsia...Seman ni bukan orang lain...darah daging bapak juga....!" kata Seman berjenaka. "Apa yang abang fikirkan tu..."tanya Siti Hawa adik Seman. "Baru abang teringat..." Seman terus masuk ke bilik bapanya. Dibuka peti besi. Alangkah terperanjatnya dia apabila didapati dari dokumen yang ada dalam peti besi itu bapanya adalah keturunan Raja Sumatera. Seman memberikan dokumen kepada Tuk Penghulu. "Bapak kau ni berdarah Raja...Sebelum dia dikebumikan eloklah kita pergi ke Istana untuk mendapatkan pengesahan samada benar ataupun tidak." Dokumen itu ditunjukkan kepada Raja yang memerintah iaitu anak kepada Tengku Arsyad Indradi. Baginda telah pun mangkat tiga tahun yang lalu. "Memang benarlah Tengku Ady Syah Putra bapa saudara Beta. Beta mahu bapa saudara Beta dikebumikan secara adat istiadat diRaja," titah Tengku Badaruddin. "Baiklah Tuanku." Kemangkatan Tengku Ady Syah Putra menjadi tanda tanya kepada penduduk kampung yang tidak tahu salasilah Abdul Rahman yang sebenarnya berdarah anak Raja Sumatera Indonesia.   Karya Rha NS 1 Januari 1995
      Like · 
      2
    • By Ratu Rimba Niagara · Wednesday, November 2, 2011
      Doa ketika melihat Kaabah Maksudnya: “Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar. Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Maha Esa dan Tidak ada sekutu bagi-Nya, Tuhan yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Aku memohon berlindung dengan Tuhan rumah ini (Ka’bah) daripada kekufuran, kemiskinan, azab kubur dan sempit fikiran. Rahmat Allah dan sejahtera-Nya mencucuri ke atas Saiyidina Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan, kehebatan, ketinggian dan kebajikan”.   Bacaan talbiah itu mengamit kerinduan siapa saja pada suasana berada di kota Mekah terutamanya di Masjidil Haram. Kedamaian hati sewaktu berada di Masjidil Haram tidak tergambar sesungguhnya dapat merasakan kebesaran Allah subhanawataala. Beruntungnya mereka yang dapat mengerjakan Haji Semoga mereka dikurniakan Haji yang mabrur. Amin.   Rasulullah s.a.w. bersabda: ` Satu kali solat di masjidku lebih utama daripada seribu solat di tempat lain, selain dari Masjidil Haram. Sedangkan satu kali solat di Masijidil Haram itu lebih utama dari seratus ribu kali solat di tempat lain' (Ibnu Majah)   Rasulullah s.a.w telah bersabda: `.....(Madinah) menyingkirkan dosa-dosa sebagaimana api menyingkirkan kekotoran besi.' (Al-Bukhari) Ia adalah Madinah yang mengandungi ujian, cubaan, kesempitan dan segala macam cabaran yang menguji jiwa. Justeru itu barangsiapa bersabar ke atasnya, maka ia akan memperolehi ganjaran. Dan ia akan memperolehi syafaat dari Rasulullah s.a.w. dan hapus dosa-dosanya dengan izin Allah. Allahu'alam.   `Dan (Aku perintahkan), hendaklah kamu menyembah-Ku;inilah jalan yang lurus. Dan sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai diantara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?' (Yaasin:61-62)   Allah SWT berfirman yang bermaksud: `Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syiar Allah'   Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya: ` Suatu ibadah umrah hingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedangkan haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga.'   Anas bin Malik dan Said bin Musayib mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, `Dua jenis tawaf, di mana apabila seorang hamba muslim dapat memenuhinya, nescaya seluruh dosanya akan diampuni seperti ketika ia dilahirkan oleh ibunya. Dua tawaf itu adalah tawaf setelah solat fajar (subuh) yang selesai bersamaan dengan terbitnya matahari dan tawaf setelah solat asar yang selesai bersamaan dengan terbenamnya matahari'   Rasulullah s.a.w bersabda: `Barang siapa melakukan tawaf di Baitullah, maka Allah Azza Wa Jalla akan mencatat satu kebaikan dan menghapuskan satu keburukan bagi setiap langkahnya' (Al-Azraqy) `(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian syair itu pula tidak sesuai baginya. Yang kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan kitab suci yang memberikan penerangan' (Yaasin: 69-70)   Zikir dan doa dalam haji dan umrah : Sesungguhnya doa dan zikir dalam haji dan umrah yang sifatnya spesifik hanya sedikit. Sehingga mudah untuk dihafalkan dan dipahami. Dan selebihnya terserah setiap jema’ah haji dan umrah. Dimana ini membuka peluang buat kita untuk berzikir dan berdo’a sesuai dengan kehendak hati kita, selama tidak melanggar syari’at. Menurut kami zikir dan do’a yang terbaik pada saat2 seperti ini adalah apa yang memenuhi unsur2 berikut ini:   a) Zikir dan Do’a yang kita hafal   b) Hati kita ingin berzikir atau berdo’a dengannya.   c) Zikir2 dan do’a yang di ajarakan atau dicontohkan oleh Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wasallam. (Untuk do’a bisa dari pribadi masing2 dan dalam bahasa apapun, selama bukan didalam sholat).   d) Tidak menghususkan do’a dan zikir tertentu pada tempat, waktu, dan kondisi tertentu kecuali kalau itu ada dasar dari quran dan sunnah. (contoh dalam thowaf: tidak boleh menghususkan putaran satu atau dua dsb dengan zikir dan do’a tertentu karena tidak ada dasar dari quran dan sunnah, sekalipun nampaknya hal itu “bagus”) Berikut ini zikir dan do’a dalam pelaksanaan ibadah haji dan umrah.   1. Pada saat beihram : - Bagi yang haji tamattu’ : “Labbaika Allahumma ‘umratan”. - Bagi yang haji ifrad : “Labbaika Allahumma hajjan”. - Bagi yang haji qiran : “Labbaika Allahumma hajjan wa ‘umratan”.   2. Bacaan Talbiyah : “Labbaika Allahumma labbaik, labbaika laa-syarikalaka labbaik. Innal hamda wanni’mata laka walmuk. Laa-syarikalak.” – Aku datang memenuhi panggilan-Mu ya Allah, aku datang memenuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan kebesaran adalah untuk-Mu semata-mata. Segenap kerajaan untuk-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu.   3. Saat melaksanakan thowaf: a. Saat memulai thowaf : “Bismillahi wallahu akbar”.   b. Lalu membaca : “Allahumma imanan bika watasdiqan bikitabika wawafaan bi’ahdika wattiba’an lisunnati nabiyyika Muhammadin sallallahu ‘alaihi wasallam”. Artinya : Ya Allah, aku tawaf ini karena beriman kepada-Mu, membenarkan kitab-Mu dan memenuhi janji-Mu dan mengikuti sunnah Nabi-Mu Muhammad saw.   c. Antara rukun yamani dan hajar Aswad: Rabbana atina fiddunya hasanatan wafil akhirati hasanatan waqina ‘azabannar.”   Artinya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami di dunia dan di akhirat kebaikan dan hindarkanlah kami dari siksa api neraka.” Dapat ditambah: “Wa-adkhilnal jannata ma’al abrar, ya “azizu ya gaffaru ya rabbal ‘alamin”   Artinya: “Dan masukkanlah kami ke dalam surga bersama orang-orang yang berbuat baik, wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Maha Pengampun dan Tuhan yang menguasai seluruh alam.”   4. Saat melakukan sa’i : Ketika naik ke bukit Shofa dan bukit Marwah : -Membaca ayat 158 surah al-baqarah : (Innas safa walmarwata min sya’airillah. Faman hajjal baita awi’tamara fala junaha ‘alaihi ayyatawwafa bihima waman tatawwa’a khairan fa innallaha syakirun ‘alim.) Artinya : Sesungguhnya Safa dan Marwah sebagian dari Syi’ar-Syi’ar (tanda kebesaran) Allah. Maka barang siapa yang beribadah Haji ke baitullah ataupun berumrah, maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sa’i antara keduanya. Dan barang siapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Penerima Kebaikan agi Maha Mengetahui.”   Kemudian dilanjutkan dengan zikir berikut ini : - La ilaha illalahu wahdahu la syarika lahu, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai inqadir. - La ilaha illallahu wahdahu, anjaza wa’dahu wanasara ‘abdahu wahazamal ahzaba wahdah.   Artinya : Tidak ada Tuhan selain Allah yang Esa, tidak ada syarikat baginya , miliknya segala kerajaan dan pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tidak ada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa yang menepati janjiNya membela hamba-hmbaNya yang menghancurkan musuh-musuhNya dengan keEsaanNya.   5. Saat berada diarafah: ” La ilaha illalahu wahdahu la syarika lahu, lahul mulku walahul hamduwahuwa ‘ala kulli syai inqadir”. Artinya : Tidak ada Tuhan selain Allah yang Esa, tidak ada syarikat baginya , miliknya segala kerajaan dan pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Zikir dan do’a lain yang erat kaitannya dengan kegiatan haji dan umrah.   1. Doa minum air zam-zam : Pada saat minum air zam-zam disunnahkan berdo’a apa saja yang kita kehendaki dari kebaikan dunia dan akhirat. Berikut ini salah satu do’a yang ma’tsur dari ibnu ‘Abbas radiyallahu ‘anhuma. “Allahumma inni as-aluka ‘ilman na-fi’an warizqan wa-si’an wasyifa-an minkulli da-in” Artinya: Ya Allah aku memohon dari-Mu ilmu yang bermanfa’at, rezki yang luas(banyak) dan kesembohan dari segala penyakit.   2. Ucapan ketika ziarah ke Maqam Nabi Muhammad Shollallahu ‘alaihi wasallam. (assalamu ‘alaika ya rasuulullah warahamatullahi wabarakatuh). Dapat ditambahkan dengan bacaan : . (asysyhadu annaka qod ballagta arrisalah, waaddayta al-manah, wanashota al-ummah, wajahadta fillahi haqqoljihad) Artinya : Saya bersaksi bahwa engkau telah menyampaikan risalah-Allah, dan telah melaksanakan amanah serta telah memberi nasihat-yang sempurna pada ummat, dan telah berjihad dengan sebenar-benarnya.   3. Ucapan ketika ziarah kemaqam Abu Bakar ashshiddiq radiyallahu ‘anhu : (assalamu ‘alaika ya Aba Bakr)   4. Ucapan ketika ziarah kemaqam Umar bin khottab radiyallahu ‘anhu : (assalamu ‘alaika ya ‘umar)   5. Ucapan ziarah kubur secara umum termasuk kuburan baqi’ dan kuburan para syuhada uhud. Assalamu ‘alaikum ahladdiya-ri minal mu’minin wal muslimiin. Wainna insya Allah bikum la-hiquun, As-alullaha lana walakum al-‘afiya. Artinya: Salam sejahtera buat kalian wahai penghuni kubur dari kaum mu’minin dan muslimin. Dan insya Allah kami akan menyusul kalian. Aku memohon kepada Allah agar kami dan kalian mendapat ampunan dan keselamatan.   PETIKAN DARIPADA LAMBAIAN KABBAH 2 November 2011   (MOGA ALLAH MENGURNIAKAN HAJI MABRUR KEPADA SEMUA PENYUMBANG PETIKAN DI ATAS . AMIN YA RABBAL A'LAMIN)
      Like · 
      22

Earlier in 2013


  1. Unlike · 
    • You like this.
    • Ratu Rimba Niagara Segala puji hanya untuk Allah SWT
      Terima kasih kepada Pangeran Maulana kerana sudi menjadi rakan fb ratu rimba
      Selamat datang ke dunia Sastra Nusantara Karya Ratu Rimba Niagara
      Sudilah menjadi pejuang Sastra Nusantraku
      Dengan memberi komentar yang bern
      as untuk dibingkaikan 
      Di Galeri Perpustakaan Istana Rimba Niagara 
      Jika dalam kesibukan ratu amatlah faham...
      Tapi jangan sibuk hingga sebulan atau setahun jangan gitu dong...
      Ketahuilah pangeran setiap rakan fb ratu nilainya lebih berharga daripada permata berharga dan indahnya seperti pelangi di malam hari...
      Andai terdapat kekhilafan dalam berbahasa sudilah memaafkan hamba ye...
      Moga persahabatan sebagai rakan fb memberi manfaat dunia dan akhirat, Aamin.
    • Pangeran Maulana Alhamdulillah bidzatillahil azhiim.

      Semoga berkah dan Rahmat Alloh swt tercurah atasmu,dan menjadikan semua karyamu penuh manfaat untuk mereka yg mau mengambil manfaat akan Rahmat Alloh.

      Semoga juga senantiasa Junjungkan kita Rosululloh saw memberika
      n syafa'at beliau saw dgn izin Alloh dunia akherat kepada kita semua umat Beliau saw di akhir zaman ini,

      trimakasih,telah sudi menerima Pangeran Maulana,menjadi Rakan fb Ratu Rimba niagara.

      Kiranya diriku tersilaf kata sudi pula Ratuku yang mulia dan baik ahlaknya karna Nya.memaafkan lahir batin dunya wal akherat.

      Ada masanya...

      Jangan kwatir

      berbahagialah

      tak ada yang pergi dan meninggalkan,

      karna sunyinya diri,ditengah keramain,

      dan keramain insan dalam Rahasia Ilahi Robbi.

      Wahai dzatku,bila ada yg merayu Mu dgn munajat ketika meminta pada Mu,
      maka,tenggelamkan Aku dalam RahasiaMU.

      Agar aku menghampiri dalam diam insan yang merayu Mu

      Aamiin hak kabul bismillah laa ilaaha illaalloh muhammadurosululloh saw Rahmatan lil alamin walhamdulillahi Robbil alamin
      May 1 at 2:54pm via mobile · Unlike · 1
    • Ratu Rimba Niagara YA ALLAH JANGAN KAU BOLAK BALIKKAN HATI KAMI SETELAH KAMI KAU TUNJUKI JALAN YANG LURUS ...MENUJU KE PANGKUAN-MU SEBELUM DIJEMPUT PULANG OLEH-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
    • Pangeran Maulana Walhamdulillahi Robbil Alamin
      May 1 at 3:07pm via mobile · Unlike · 1
  2. Like ·  · 
    • Braja Azzena and 26 others like this.
    • Ratu Rimba Niagara Bahasa jin hanya mereka yang terpilih dapat memahaminya
      Bilamana khashaf hati disinarkan-Nya
      Apabila Kun Fayakun
      Semuanya bisa
      Sebab itu singgasana puteri balqis sebelum berkedip mata 
      Sudah ada didepan mata...nabi Allah Sulaiman... 

      Sedang mengarang di istana rimba niagara ...duhai raja rimba...hehehe
    • Braja AzzenaW̶̲̥̅̊α̩̩̩̩̥к̲̣̣̥ά̲̣̥k̶̲̥̅̊ɑ̣̣̝̇̇α̇̇̇α̩̩̩̩̥W̶̲̥̅̊ά̲̣̥α̇̇̇α̩̩̩̩̥k̶̲̥̅̊ sedang apa di sana dinda ?
    • Ratu Rimba Niagara Sedang mengarang ni raja rimba...
      April 30 at 6:45pm · Like


        • 3Unlike ·  · Promote · 
          • You, Khai NoorRidzuan Rashidi and Kumbang Segak like this.
          • Ratu Rimba Niagara RAJA RAKYAT PEMIMPIN TIGA SERANGKAI TAK DAPAT DIPISAHKAN! 

            Sejarah adalah sejarah
            Sejarah raja tetap ada di setiap pewarisnya
            Biarpun sudah berkurun lamanya pergi meninggalkan yang hidup
            Tapi darjatnya tetap hidup dihidupkan oleh pewarisnya
            Tapi darjat yang ada bukanlah bertujuan untuk
            Rasa mendabik dada akulah , 
            "Keturunan Raja...
            Darah yang mengalir ditubuhku ini adalah moyangku yang berketurunan raja aku punya segala keistimewaan yang patut 
            diakur oleh semua rakyat nusantara...sesiapa yang menderhaka
            akan kena daulatku.."
            Adakah raja begitu yang hendak rakyat sanjung?
            Kerana berdarah raja sewenang-wenangnya memperlekehkan rakyat... sedangkan rakyat selalu menyanjungi institusi diRaja 
            setia sesetia Hang Tuah...biarpun dia diperintah dibunuh oleh raja
            tapi tetap setia pada raja kerana tidak mahu menjadi rakyat derhaka.

            Kalau dulu iya daulat raja akan terkena pada rakyat kerana raja yang zalim telah mengaku kesilapannya pada rakyat dan mahu berazam lebih pentingkan rakyat daripada kepentingan sendiri...maknanya raja tersebut telah benar-benar berubah mahu menjadi hamba Allah yang benar-benar soleh ...memiliki kuasa dan darjat untuk membela rakyat dan berbakti kepada rakyat jelata. Rakyat pula hanya akan menyanjungi dan memartabatkan raja yang berjiwa hamba Allah swt...
            yang ego dan sombong suka mengeluarkan bahasa mengherdik, menghina, sombong akan darjat, kekuasaan dan harta yang dimiliki sejujurnya rakyat akan tidak memandang sebelah mata pun pada raja yang sombong.

            Setiap takdir seseorang itu telah tercatat sejak azali. 
            Sudah tercatat sejak azali dia bergelar raja biarpun dia bukan keturunan raja 
            Raja cumalah gelaran manusia kepada ketua mereka yang digelar raja.
            Raja manusia hanyaLah Allah swt selainnya tidak ada....
            Yang ada di muka bumi ini hanyalah gelaran saja....

            Semuanya boleh menggelarkan dirinya raja...
            tapi jika asalnya berketurunan darah diraja itu adalah tiket
            untuk dia menjadi ketua memerintah rakyatnya
            berkuasa pada rakyatnya bukan untuk menguasai tapi untuk saling 
            menyanjungi pengorbanan 
            rakyat menyanjungi raja
            raja menyanjungi rakyat
            rakyat membela raja
            raja membela rakyat
            rakyat pula adalah pemimpin
            Pemimpin dan rakyatlah
            yang akan memartabatkan 
            Institusi diRaja
            bukan untuk kepentingan raja itu sendiri
            tapi untuk kepenting rakyat seluruhnya
            jika raja faham apa yang dimahukan rakyat
            makanya Institusi diRaja itu dipandang mulia
            dan patut dimartabatkan sepanjang zaman
            barulah sumpah keramat 
            Laksamana Hang Tuah...
            TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA
            menjadi kenyataan
            dan tak akan berani sesiapa pun memadamkan dalam sejarah melayu
            MELAYU ITU UJUD SELAGI ADA BULAN DAN MATAHARI
            SELAGI DUNIA BELUM QIAMAT
            In Shaa Allah Aamiin

            Makanya 
            RAJA PEMIMPIN RAKYAT
            TIGA SERANGKAI YANG TAK DAPAT DIPISAHKAN 
            DARI ALAM NYATA
            KERANA RAJA ITU RAKYAT
            RAKYAT ITU PEMIMPIN
            PEMIMPIN ITU ADALAH KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI
            YANG SEIA SEKATA 
            SENADA SEIRAMA
            SALING BEKERJASAMA MAHU MENYIAPKAN BEKALAN
            UNTUK DIBAWA PULANG KE NEGERI ABADI
            DAN BEKALAN ITULAH MATLAMAT SEMUA
            YANG BERGELAR KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI

            RATU RIMBA NIAGARA
            16 April 2013

            (PETIKAN DARIPADA WALL GROUP TENTERA FISABILILLAH & RATU RIMBA NIAGARA & GROUP RAJA AND SULTANE OF NUSANTARA NASIONAL GATHERING)
            16 April 2013
          • Ratu Rimba Niagara LEGENDA HANG TUAH DIBAWA HINGGA KE ZAMAN KINI

            RENUNGKAN BETAPA RAKYAT KASIHKAN INSTITUSI BERAJA:-
            By: Wangsa Mahkota Selangor

            Dalam Sejarah Melayu, Puteri Gunung Ledang dikatakan amat cantik hingga diingini oleh Sultan Mahmud dari Kesultanan Melaka. Puteri Gunung Ledang dikatakan menolak pinangan Sultan Mahmud dengan mengenakan tujuh syarat yang tak mampu ditunaikan,
            Ialah :-
            1. 1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang [Di tunaikan]
            2. 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang [Di tunaikan]
            3. 7 dulang hati nyamuk [Di tunaikan]
            4. 7 dulang hati hama [Di tunaikan]
            5. 7 tempayan air mata anak dara [Di tunaikan]
            6. 7 tempayan air pinang muda [Di tunaikan]
            7. 1 mangkuk darah Raja Ahmad [Tidak dapat Di tunaikan]

            Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka kecuali darah puteranya. 
            Pada saat Sultan ingin mengambil darah puteranya muncul Puteri Gunung Ledang. 
            Lantas berkata - " HEII SULTAN YANG ZALIM, PATIK TAK SUDI MENJADI PERMAISURI TUANKU. TUANKU TERLALU KEJAM INI BERERTI KELEMAHAN TUANKU, SELAMAT TINGGAL".

            Saat rakyat menentang Istana :- 
            Sultan Mahmud ingin turun dan berhadapan dengan sekalian rakyat yang MENUNTUT KEADILAN atas KEZALIMAN yang dilakukan.

            Kata-kata Bendahara : 
            Tuanku adalah TUAN PATIK, Selagi hidup pacal tua ini. Patik tidak izin kan sesiapa pun menjetik tuanku, patik pohonkan jangan lah Yam Tuan keluar. AMPUN TUANKU...

            Kata-Kata Sultan : 
            Bendahara, nyawa beta bukan di tangan mereka, kalau sudah sampai ajal. Di dalam istana mati di luar istana pun mati juga.

            Setiba Sultan di Perkarangan Istana di Hadapan Rakyat yang memberontak menuntut keadilan.

            Kata-Kata Sultan : 
            Rakyat Ku Yang Taat Setia, Beta Berasa Megah Kerna Adanya Perpaduan Yang Erat Rakyat Seluruhnya. UNTUK MENUNTUT KEADILAN, Sekarang Beta Telah Insaf. 
            Rosaknya Budi Pekerti Sultan Adalah MERUPAKAN SENDI KERUNTUHAN YANG MAHA HEBAT, Sebaliknya Sultan Yang Adil ADALAH MERUPAKAN KUNCI KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN RAKYAT DAN NEGERINYA.
            Sekarang Beta Mengaku Di Atas Kesalahan-Kesalahan Beta Yang Telah Lampau. Sebaliknya Jika kamu Ingin Bunuh Beta, Silakan. Beta Rela... 
            Beta Serahkan Nayawa Beta Kepada Kamu Sekalian. Dan Seseorang Yang Hampir Menemui Maut Berhak Memohon Maaf Di Atas Kesalahannya....
            Maka sekalian rakyat pun berseru DAULAT TUANKU... DAULAT TUANKU... DAULAT TUANKU...

            Seruan DAULAT TUANKU di LAUNGKAN kerna RAKYAT Amat KASIHKAN RAJA YANG SANGGUY MENGAKUI KESILAPANNYA YANG LAMPAU.

            RAJA YANG MENGUTAMAKAN RAKYAT DARIPADA KEPENTINGAN SENDIRI.
            By Ratu Rimba Niagara 

            Tersebutlah kisah si Puteri Gunung Ledang
            Pada abad ini
            Cantik jelita bijak bistari
            Hingga ingin dilamar pewaris Sultan Mahmud
            Si Puteri Gunung Ledang meletakkan 7 syarat
            Jika ingin memiliki cintanya 

            1. Cincin permata Syurga
            2. Hati berbunga cinta Syurga
            3. Harta diinfakkan ke jalan Allah
            4. Jiwa cintakan rakyat kerana-Nya
            5. Berbahasa ahli Syurga
            6. Pejuang fisabilillah
            7. Menyediakan jambatan ke Syurga Firdausi

            Kesemua syarat itu sanggup sultan laksanakan
            tapi tak tahu apa yang tersirat di sebalik syarat itu
            lalu baginda bertanya kepada bendehara

            "Tuanku...jika tuanku ingin memenuhi semua syarat-syarat 
            Si Puteri Gunung Ledang itu
            Bertanyalah kepada ulama istana
            Pasti akan dapat memberi jawapan yang tepat

            Setelah bertanya ulama fahamlah Sultan Mahmud apa 
            syarat yang dikenakan oleh Puteri Gunung Ledang
            kerana cintanya yang mendalam kepada Puteri Gunung Ledang
            Sultan Mahmud, berlakulah perubahan kepada seluruh rakyat jelata
            rakyat jelata tiada yang susah lagi menderita.....
            semuanya saling bekerjasama bantu membantu
            dalam bahasa yang selalu dijaga setiap masa
            segala masalah rakyat dapat diselesaikan
            rakyat hidup rukun aman dan damai....

            Tiba masanya Sultan Mahmud berjumpa dengan
            Si Puteri Gunung Ledang
            Untuk melamar si Puteri yang dicintainya

            Sultan Mahmud dukacita setelah lamaran ditolak 
            oleh si Puteri Gunung Ledang...
            "Patik sudi menjadi permaisuri tuanku jika pilih patik tidak rakyat tuanku"
            "Pastilah beta pilih rakyat daripada cinta beta...bagi beta rakyat adalah lebih utama daripada cinta...."
            "Subhanallah sebab itu patik sudi menjadi permaisuri tuanku kerana-Nya. Patik suka jiwa tuanku yang lebih utamakan rakyat daripada kepentingan sendiri"

            Seluruh rakyat yang mendengar lafaz cinta Sultan Mahmud dengan Puteri Gunung Ledang melaungkan Allahu Akbar ...

            "ALLAHU AKBAR SYUKUR KAMI PADA-MU YA ALLAH MENGURNIAKAN SULTAN YANG LEBIH MENGUTAMAKAN KAMI DARIPADA KEPENTINGAN SENDIRI....

            "DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAUALAT TUANKU!" 

            KARYA RATU RIMBA NIAGARA
            9 April 2013
            Like · · Unfollow Post · April 9 at 4:33pm
            6 people like this.
          • Ratu Rimba Niagara Mohd Sani Parmon makam sultan melaka yg terakhir telah saya pergi...melaka yg di kenali kerana kesultananya tapi akhirnya tidak bersultan...dan...hanya beberapa sultan yg masih berdaulat di tanah melayu ini...
            April 9 at 5:08pm Like·

            Ratu Rimba Niagara akan wujudkah sultan melaka? warisnya di mana menghilang dan adakah sultan melaka berjiwa pahlawan juga ye...jika tahu sudilah ceritakan pada hamba...sekadar ingin tahu .....
            April 9 at 5:44pm · Like

            Mohd Sani Parmon saya bukanlah ahli sufi mahupun pengkaji sejarah...cuma salah seoarang peminat sejarah dan keilmuan melayu...saya rasa tiada akan wujud lg sultan melaka..yg tinggal hanyalah fakta sejarah...seringkali kita kaitkan sultan berjiwa rakyat...tapi pada dasarnya,zaman lampau jika kita berkuasa dan berpengaruh,maka kita adalah penakluk...contohnya spt yang Ratu Rimba Niagara nyatakan...sultan melaka berjiwa rakyat,pada saya di sebalik fakta yg Ratu Rimba Niagara nyatakan ada benar n ada yg bercanggah...misalnya...sultan melaka membatalkan perkahwinan di saat akhir persiapan,bertapa aibnya pihak perempuan di mana perkahwinan yg di agung2 kan di batalkan..kerana kuasa penakluk,sultan membatalkan dgn sewenag2 nya..tampa memikirkan pihak yg lain..dan yg paling menduka citakan sultan pergunakan rakyat jelata untuk kepentingan sendiri..korbankan rakyat jelata untuk memenuhi syarat yg di tetapkan..sehingakan ramai rakyat jelata yg terkorban dan berpecah belah...sedangkan syarat puteri gunung ledang itu sedia maklum adalah untuk menguji sultan melaka..dan akhirnya sultan melaka x dapat memenuhi syarat yg di tetapkan.."sanggup mahu membunuh anaknda nya sendiri "untuk setempurung darah ! kerana nafsu serakah dan kuasa penaklukan sultan menjadi angkuh...sultan menyesali setelah ramai rakyat terkorban dan berpecah belah..adakah nyawa dan keamanan rakyat itu tidak bernilai ? tentang pewaris...saya belum pernah dengar ttg pewaris sultan melaka...walaupun banyak tempat2 yg boleh di katakan sangat rapat ttg sejarah keperlawahnan melayu saya lingkari...sultan melaka tidak berjiwa pahlawan..hanya bersandarkan hang tuah,sultan bermegah..walau bagai manapun saya lebih menyokong hang jebat..kerana dia berjiwa pahlawan sejati..menegakan keadilan...berjuang kerana khabarnya tuah di bunuh..tampa usul periksa yg waras oleh sultan melaka..saya yakin jebat x bersalah dgn amukan yg di lakukan..kerana sahabatnya di bunuh tampa usul periksa yg sahih...tapi sayangnya dia di bunuh oleh tuah sendiri...sedangkan dia mahukan keadilan yg khabarnya tuah di bunuh dgn arah sultan yg kejam dan gila kuasa...umpama melepaskan "anjing tersepit,diri sendiri di gigit"
            April 10 at 7:15pm · Like

            Mohd Sani Parmon saya pula bertanya pd Ratu Rimba Niagara..adakah hang tuah itu pahlawan sejati ?
            Saturday at 11:36am · Like

            Ratu Rimba Niagara kalau nak tahu Hang Tuah Pahlawan Sejati...kerana hamba ini adalah pewaris Pahlawan Hang Tuah....sebab apa...hamba menyahut cabarannya iaitu .'TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA....!!' sejujurnya hamba bukanlah seorang yang sri kandi berjiwa pahlawan...tapi kerana setiap kali hamba mendengar kata-kata Laksamana Hang Tuah tak akan hilang melayu di dunia....hamba mengarang...mengarang...mengarang...puluhan tahun hamba mengarang hingga sekarang....pelbagai tema yang hamba karangkan semua tema ada...tapi tiada seorang pun yang mahu menyokong perjuangan hamba....hamba berjuang kesendirian...biarpun hamba cuba membuka ruang kepada raja, pahlawan, perwira,laksamana, tentera, pemimpin, dengan menalantik mereka sebagai rakan fb hamba...tapi mereka terus membisukan ide mereka dan dilantik sebagai rakan fb mahu pun grup sekadar pepatung bisu yang tak mahu menyokong atau memberi apa pun ide yang bernas pada dunia sastra nusantara hamba....yang sedihnya mereka sudahlah tak menyokong tapi mengutuk menghina hamba seperti hamba ini tak punya perasaan seperti robot...makanya hamba terus removekan mereka sebagai rakan fb hamba....kerana tak memberi apa-apa impak dalam dunia sastra nusantara hamba. Setiap rakan fb hamba adalah pejuang karya sastra nusantara hamba...jika mereka tidak sudi makanya hamba tiada masa untuk menanti lagi. Begitu tegasnya hamba dalam memartabatkan karya nusantara hamba sendiri.

            Berkat hamba sabar mendapatkan bahan-bahan sastra nusantara biarpun terluka hati dan dihina ...hamba relakan kerana ini jalan yang hamba pilih....di sini hamba petik daripada kisah-kisah benar Hang Tuah yang setia kepada raja tapi tetap dihalau oleh raja seperti anjing kurap...saksikan dan hayati setiap baris ayat yang ingin dikisahkan ini...agar kamu tahu akulah pewaris Laksamana Hang Tuah...kerana aku mahu menyahut cabarannya, "TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA'
            Saturday at 12:13pm · Like
          • Ratu Rimba Niagara Mohd Sani Parmon dalam keilmuan kebatinan,jurusan,buah pukul dan lain2..sampailah ke zaman kiai salleh atau nama lainya guru salleh yg memartabatkan "selendang merah" sesuatu yg sering di ingatkan dalam keilmuan melayu..JANGAN SESEKALI KITA MENGAMBIL APAPUN DARI PIHAK LAWAN ATAU PIHAK MUSUH TERUTAMA SEJATANYA ! itu klue dari saya...*pada saya hang tuah bukanlah pahlawan sejati..kenapa ? hang tuah bukanlah hebat seperti yg di gembarkan...pertama,dia telah mengambil keris PANGLIMA TAMING SARI dari MAJAPAHIT..yg ketika itu mereka sedang beradu tenaga..tindakan itu boleh di anggap BACUL ! kerana mengambil senjata pihak lawan...sedangkan pada masa itu hang tuah sedang di awangan kekalahan..lantas akan memalukan tanah MELAKA..kerana hang tuah yg pada masa itu sering di perkatakan hebat,handal..padahal ramai lagi pahlawan yg handal2...kehebatan hang tuah hanya ketika keris TAMING SARI di tanganya...buktinya ketika dia berdebat dgn hang jebat...betapa lemahnya dia...dan tindakan jebat yg mulia dan pendekar sejati menyerahkan TAMING SARI pd hang tuah semula...kerana hang jebat sedar TAMING SARI bukanlah miliknya...walaupun dia tahu dia akan kalah seandainya dia menyerahkan TAMING SARI pd hang tuah..tapi..itulah yg di namakan PENDEKAR SEJATI..kalau hang tuah setia pd sultan,apakah yg dia lakukan terhadap DANG ANUM sebelum dia menyerahkan DANG ANUM pada sultan MELAKA ?apakah itu yg di namakan setia atau setia kerana nama sahaja?agar di agung2kan ?..dalam riwayat,KERIS TAMING SARI telah tuah buang ke sungai..dan bersumpah takan hilang melayu di bumi..akan wujud hang tuah bila timbulnya KERIS TAMING SARI..tapi kenapa KERIS TAMING SARI di gunakan setiap kali PERTABALAN YG DI PERTUAN AGONG ?termasuk agong yg terbaru yg sebagai sultan KEDAH ? dan setahu saya KERIS TAMING SARI di simpan di istana NEGERI PERAK !pada saya fakta sejarah yg di tokok tambah..mengarut...sedahgkan pakara yg berlaku tidaklah sehebat mana...*saya bukanlah keturunan para pendekar,ataupun pahlawan..tapi sama keturunan dgn WALI SONGO yg telah mengislamkan JAWA..harap Ratu Rimba Niagara..kaji semula dan mendalami semula fakta sejarah,mana yg benar,mana yg di tokok tambah dan mana yg mengarut..SEBENARNYA YG MEMBANTU DAN MENYELAMATKAN TANAH MELAYU DARI PENJAJAH ADALAH "ACEH DAN MAJAPAHIT"
            Saturday at 12:50pm · Like ·

            Ratu Rimba Niagara saya mahu tanya mohd Sani Parmon....adakah Hang Tuah itu kisah benar atau kisah dongengan melayu zaman purba?
            Saturday at 12:57pm · Like

            Mohd Sani Parmon Ratu Rimba Niagara..hang tuah adalah kisah benar dan sahabat2nya juga juga benar..penuh misteri dan konspirasi...tapi sebenar yg berlaku banyak yg telah di tokok tambah..walaupun yg di tokok tambah itu ada yg benar dan terlalu banyak yg hanya cerita dusta..
            Saturday at 1:01pm · Like

            Ratu Rimba Niagara kerna ada yang kata dongengan kalau benar pastilah Raja melaka ada sampai sekarang...tapi hingga kini tiada....

            tapi apapun kisah ini samada benar atau pun tidak....
            kita sebagai hamba-Nya kena percaya qada & qadar 
            takdir setiap hamba-Nya....
            telah ditakdirkan Malaysia ini punyai Raja-Raja
            dan telah ditakdirkan melaka tidak beraja walaupun awalnya beraja...
            itulah takdir yang setiap daripada kita harus yakin
            jika kita pertikaikan takdir Allah
            lho boleh jadi kita ini tergolong dari hamba-Nya yang kufur...nauzubillah....
            Saturday at 1:01pm · Like

            Ratu Rimba Niagara TELAH DITAKDIRKAN SAYA DAN KAMU UNTUK MEMBAHASKAN ISU TAMING SARI & HANG TUAH....
            KERANA SETIAP KEPUTUSAN YANG KITA AMBIL ITULAH TAKDIR KITA
            SESUNGGUH-NYA ALLAH MAHA PENGATUR TAKDIR YANG SEMPURNA UNTUK SETIAP HAMBA-NYA CUMA-NYA KITA SEMUA JANGAN SEKALI PERTIKAIKAN TAKDIR YANG TELAH DITAKDIRKAN...JIKA KITA PERTIKAIKAN BERARTI KITA TIDAK REDHA AKAN TAKDIR YANG TELAH DITAKDIRKAN.
            Saturday at 1:05pm · Like

            Mohd Sani Parmon antara Sultan melaka dan Hang tuah tiada hubung kait kecuali hubungan antara sultan dan panglima..maksudnya tuah bukanlah berdarah sultam melaka...makam sultan melaka yg terakhir berada Di KAMPUNG RAJA PAGOH JOHOR..cuba2 lah lawati kalau ada kesempatan dan andai berminat mencari bukti..seperti saya mendalami keilmuan melayu satu masa dulu..sultan melarikan diri ke pagoh ketika patugis menyerang melaka dan beliau mangakt di pagoh lantas di kebumikan di tepi satu surau di kampung raja tersebut..tapi kenapa seoarang sultan di kebumikan hanya di tepi surau ? jawapanya dia mangkat bukan di negeri melaka tapi di tanah johor..
            Saturday at 1:11pm · Like

            Mohd Sani Parmon JANGAN HANYA BERSERAH PADA TAKDIR..KERNA TAKDIR ITU SUNGGUH KEJAM !SEBABNYA TAKDIR TIADA PUNYA DAYA RASA..TIADA PUNYA RASA SEDIH,GEMBIRA ATAUPUN MARAH..YANG MENGHADAPI KITA SENDIRI..SUKA MAHUPUN TIDAK KITA AKAN MENERIMANYA...KECUALI KITA BERUSAHA TIADAAKAN TADIR YG MALANG PERGI KE KITA..DAN ALLAH ITU TELAH BERKATA 'TIADA AKAN BERUBAH NASIB SESEUMAT KECUALI UMAT ITU BERUSAHA UNTUK MENGUBAH NASIBNYA SENDIRI..DAN ITULAH TAKDIRNYA UNTUK UMAT ITU "
            Saturday at 1:15pm · Like

            Ratu Rimba Niagara ITULAH TAKDIRNYA MEMBUKTIKAN SULTAN SUDAH MUHASABAH DIRI MANGKAT DALAM HATI SUCI TANPA MEMIKIRKAN DARJAT DAN KUASA LAGI...SUBHANALLAH INDAH-NYA TAKDIR...BIARPUN TIDAK BERGELAR RAJA TAPI BERGELAR HAMBA ALLAH YANG MAHU PULANG KE PANGKUAN-NYA DALAM HATI YANG SUCI BERSIH DAN TENANG MOGA SYURGALAH TEMPATNYA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
            Saturday at 1:51pm · Like

            Mohd Sani Parmon setelah ramai rakyat jelata terbunuh dan porak peranda ? baru nak meyedari akan kesilapan yg selama ini rakus dgn gila kuasa dan lupa diri ? umpama menepuk air di dalam dulang..kelak tempias ke muka sendir !
            9 hours ago · Like

            Ratu Rimba Niagara RAJA YANG BERJIWA HAMBA ALLAH & BERJIWA RAKYAT YANG INGIN DIMARTABATKAN RAKYAT NUSANTARA

            Biar tempias ke muka sendiri mengaku kesilapan sendiri daripada sombong dan ego akan diri sendiri yang tak mahu memaafkan...itu kurang bijak namanya sebab Allah pun Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang inikan kita yang cuma bergelar hamba-Nya bukan hamba raja. Jika raja sanggup minta maaf kepada rakyatnya kita pulak ego mana boleh. Maka kita sama-sama fikirkan alam kubur kita bagaimana...dengan hanya saling memaafkan alangkah indahnya alam kubur kita nanti ...In Shaa Allah. Aamiin.

            'BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH'

            Pasti akan hilang segala dendam kesumat walaupun sudah berkurun bersarang di hati.
            Jika hati kita masih lagi tidak mahu tunduk kerana takutkan azab Allah perlulah kita muhasabah diri kenapa kita jadi begitu keras hati....

            'JIKA KITA RASA DIRI KITA SEMPURNA DARIPADA ORANG LAIN SEBAB ITU ORANG LAIN SELALU KITA PERLEKEHKAN RASANYA KITALAH YANG HEBAT DI DUNIA INI AMAT MALANGLAH JIKA BEGITIU'

            Demi alam akhirat kita apalah salahnya kita pujuk hati kita...kisah silam kezaliman raja kepada rakyatnya jangan dibawa ke zaman kita dikuatiri dendam membara rakyat dibawa hingga ke anak cucu kita....adakah sebelum kita mati kita mahu membina generasi yang pendendam? OH! Tidak ....tentunya kita tidak mahu mati membawa tulang belulang yang penuh dendam kesumat....makanya sebelum kita mati....ayuh lupakan kisah silam diRaja di zaman Hang Tuah itu dan kita bawa kisah silam itu ke zaman kita bahawa Raja sudah insaf atas kekhilafannya pada rakyat jelata....raja pada zaman ini adalah yang berjiwa rakyat dan berjiwa hamba Allah.... sentiasa mengutamakan agama dan rakyatnya.

            'RAJA YANG BERJIWA HAMBA ALLAH DAN BERJIWA RAKYAT INILAH YANG HENDAK KITA MARTABATKAN AGAR KATA KERAMAT LAKSAMANA HANG TUAH, 'TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA MENJADI KENYATAAN' IN SHAA ALLAH AAMIIN.'
          • Ratu Rimba Niagara RAJA RAKYAT PEMIMPIN TIGA SERANGKAI TAK DAPAT DIPISAHKAN! 

            Sejarah adalah sejarah
            Sejarah raja tetap ada di setiap pewarisnya
            Biarpun sudah berkurun lamanya pergi meninggalkan yang hidup
            Tapi darjatnya tetap hidup dihidupkan oleh pewarisnya
            Tapi darjat yang ada bukanlah bertujuan untuk
            Rasa mendabik dada akulah , 
            "Keturunan Raja...
            Darah yang mengalir ditubuhku ini adalah moyangku yang berketurunan raja aku punya segala keistimewaan yang patut 
            diakur oleh semua rakyat nusantara...sesiapa yang menderhaka
            akan kena daulatku.."
            Adakah raja begitu yang hendak rakyat sanjung?
            Kerana berdarah raja sewenang-wenangnya memperlekehkan rakyat... sedangkan rakyat selalu menyanjungi institusi diRaja 
            setia sesetia Hang Tuah...biarpun dia diperintah dibunuh oleh raja
            tapi tetap setia pada raja kerana tidak mahu menjadi rakyat derhaka.

            Kalau dulu iya daulat raja akan terkena pada rakyat kerana raja yang zalim telah mengaku kesilapannya pada rakyat dan mahu berazam lebih pentingkan rakyat daripada kepentingan sendiri...maknanya raja tersebut telah benar-benar berubah mahu menjadi hamba Allah yang benar-benar soleh ...memiliki kuasa dan darjat untuk membela rakyat dan berbakti kepada rakyat jelata. Rakyat pula hanya akan menyanjungi dan memartabatkan raja yang berjiwa hamba Allah swt...
            yang ego dan sombong suka mengeluarkan bahasa mengherdik, menghina, sombong akan darjat, kekuasaan dan harta yang dimiliki sejujurnya rakyat akan tidak memandang sebelah mata pun pada raja yang sombong.

            Setiap takdir seseorang itu telah tercatat sejak azali. 
            Sudah tercatat sejak azali dia bergelar raja biarpun dia bukan keturunan raja 
            Raja cumalah gelaran manusia kepada ketua mereka yang digelar raja.
            Raja manusia hanyaLah Allah swt selainnya tidak ada....
            Yang ada di muka bumi ini hanyalah gelaran saja....

            Semuanya boleh menggelarkan dirinya raja...
            tapi jika asalnya berketurunan darah diraja itu adalah tiket
            untuk dia menjadi ketua memerintah rakyatnya
            berkuasa pada rakyatnya bukan untuk menguasai tapi untuk saling 
            menyanjungi pengorbanan 
            rakyat menyanjungi raja
            raja menyanjungi rakyat
            rakyat membela raja
            raja membela rakyat
            rakyat pula adalah pemimpin
            Pemimpin dan rakyatlah
            yang akan memartabatkan 
            Institusi diRaja
            bukan untuk kepentingan raja itu sendiri
            tapi untuk kepenting rakyat seluruhnya
            jika raja faham apa yang dimahukan rakyat
            makanya Institusi diRaja itu dipandang mulia
            dan patut dimartabatkan sepanjang zaman
            barulah sumpah keramat 
            Laksamana Hang Tuah...
            TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA
            menjadi kenyataan
            dan tak akan berani sesiapa pun memadamkan dalam sejarah melayu
            MELAYU ITU UJUD SELAGI ADA BULAN DAN MATAHARI
            SELAGI DUNIA BELUM QIAMAT
            In Shaa Allah Aamiin

            Makanya 
            RAJA PEMIMPIN RAKYAT
            TIGA SERANGKAI YANG TAK DAPAT DIPISAHKAN 
            DARI ALAM NYATA
            KERANA RAJA ITU RAKYAT
            RAKYAT ITU PEMIMPIN
            PEMIMPIN ITU ADALAH KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI
            YANG SEIA SEKATA 
            SENADA SEIRAMA
            SALING BEKERJASAMA MAHU MENYIAPKAN BEKALAN
            UNTUK DIBAWA PULANG KE NEGERI ABADI
            DAN BEKALAN ITULAH MATLAMAT SEMUA
            YANG BERGELAR KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI

            RATU RIMBA NIAGARA
            16 April 2013

            (PETIKAN DARIPADA WALL GROUP TENTERA FISABILILLAH & RATU RIMBA NIAGARA & GROUP RAJA AND SULTANE OF NUSANTARA NASIONAL GATHERING)
            16 April 2013
            ·
          • Khai Noor MOHONSHARE
          • Ratu Rimba Niagara SILAKAN RAKAN AKHIRATKU....
            KTIA SALING BERBAGI ILMU DUNIA AKHIRAT
            ITULAH YANG TERSIRAT DI SEBALIK ALLAH KENALKAN KITA DI ALAM MAYA INI.
          • Ratu Rimba Niagara BAHASA ISTANA PENUH SANTUN BERBUNGA CINTA SYURGA

            SEKADAR BERKONGSI BAHASA ISTANA NEGERI PERAK

            Bahasa istana ialah bentuk bahasa beradat yang digunakan di kalangan kerabat diraja, apabila berhubung dengan kerabat diraja, ataupun cara percakapan golongan rakyat kepada raja dan apabila menyebut hal-ehwal berkenaan Diraja..Ia seumpama bahasa beradab dan hanya golongan yang berpegang pada adat dan yang ambil tahu berkenaan protokol sahaja yang masih mengamalkannya.
            ALLAH HU AKHBAR...
            By: KuEss Idris

            CONTOH :

            Almarhum -Allahyarham
            Ampun -maaf
            Anjung- ruang istana
            Anugerah- hadiah
            Ayap- makan, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
            Ayapan hidangan,- digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
            Balai- tempat menghadap atau bicara
            Beradu- tidur
            Berair- basuh tangan sebelum menjamah makanan
            Beranggar- tempat duduk sementara
            Berangkat- pergi
            Berasa -sakit (digunakan khas kepada putera-puteri yang kecil)
            Berasa ulu- sakit kepala
            Bercemar duli- merendahkan diri
            Berdaulat- mempunyai kuasa pemerintah
            Beristirahat- berehat
            Berputera -bersalin atau beranak
            Bersiram- mandi
            Bertakhta- bersemayam di atas
            Bertelut -merendahkan diri dengan melutut
            Bertitah -bercakap atau berkata
            Beta -saya, dipakai oleh Paduka Seri Sultan, Raja Muda, Raja Di Hilir dan isteri gahara baginda masing-masing dalm tulisan atau pertuturan kepada rakyat
            Bingkisan- surat
            Cerap -ketahui, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
            Dato'- panggilan kehormatan dipakai kepada Orang Besar de-Lapan, dan orang-orang yang telah dikurniakan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran itu
            Dengan- tuah menerima sesuatu titah dengan niat akan menunaikannya
            Dian- lilin
            Didik -anak, kaedah Orang Besar-Besar dan orang kebanyakan membahasakan anak-anak buah yang muda kepada Raja
            Diputerakan -dilahirkan
            Disemadi- dikebumi
            Duli Tuanku- debu, habuk di bawah tapak kaki Raja, sesuatu perkara yang hendak disampaikan kepada Paduka Seri Sultan, Raja Muda, Raja Di Hilir dan isteri gahara baginda
            Engku- panggilan kepada Raja-Raja daripada Negeri Perak
            Gada-gada- panji panji kecil yang diikatkan banyak-banyak pada tali dan digantung bersenggayut pada hari keramaian istiadat diraja
            Gahara -sama setaraf atau keturunan Raja yang sebenar
            Gering -sakit
            Geta- bangku dewan atau bangku tempat duduk Raja
            Gundik- isteri-isteri kedua Raja-Raja
            Hamba- kaedah membahasakan diri di hadapan Raja
            Hemat- pendapat
            Hidangan- sajian
            Hilang -meninggal dunia (digunakan khas untuk Raja-Raja kecil)
            Ibni- bin
            Istana -rumah kediaman
            Istiadat- upacara
            Jaga- bangun (dari tidur)
            Jata -lambang
            Jemala- batu kepala
            Jenazah- mayat
            Junjung kasih- terima kasih, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
            Junjung titah -menurut perintah Raja
            Kami- saya, dipakai dalam pertuturan dan tulisan Paduka Seri Sultan kepada Raja-Raja, Orang Besar-Besar dan rakyat
            Kaus -kerusi
            Ke bawah- kepada
            Kecerapan- keterangan
            Kesyukuran- terima kasih
            Kita -semua para hadirin, dipakai oleh Raja-Raja dan Orang Besar-Besar dalam pertuturan atau tulisan kepada orang-orang yang rendah mertabatnya daripada mereka
            Ku -ya, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
            Kurang cerap- kurang periksa atau tidak tahu
            Kurnia- beri atau hadiah
            Majlis persantapan- majlis jamuan
            Makam- kubur
            Maktub -tulis
            Mangkat- meninggal dunia
            Mangku -memegang jawatan yang kosong sementara
            Masuk Jawi- berkhatan atau bersunat
            Memanda -perbahasaan dalam pertuturan dipakai oleh Raja-Raja merujuk kepada Orang Besar Negeri
            Memohon ampuni limpah perkenan- meminta izin
            Memurnikan- menyempurnakan
            Mengampuni- bersetuju atau meluluskan
            Menghadap- berjumpa atau berkunjung
            Menginap- bermalam
            Menyembahkan kesyukuran- mengucapkan terima kasih (khususnya kepada Raja Pemerintah)
            Merafak- menyampai
            Mika- engkau, dipakai dalam pertuturan antara yang berpendidikan tinggi mahupun berpangkat tinggi sahaja
            Mohon-/Pohon minta
            Mohon patik- meminta menolak sesuatu titah perintah atau persembahan
            Murka- marah
            Pacal- kaedah membahasakan diri di hadapan Raja
            Pacal pondok -kaedah membahasakan isteri di hadapan Raja
            Paduka- kalimah ini digunakan kepada Raja membahasakan yang sama sedarah dengannya
            Pahar- talam emas atau perak khas untuk kegunaan Raja
            Panca Persada -rumah panggung yang dibuat tempat permandian diraja
            Panji -bendera
            Patik- saya, perbahasaan dipakai dalam pertuturan atau tulisan oleh Orang Besar-Besar dan orang kebanyakan kepada Raja-Raja
            Patik mohon- meminta izin meninggalkan majlis
            Payung -anak Raja
            Penanggahan- kawasan dapur istana
            Perbaraan- perasapan
            Perkenan- bersetuju
            Persada- pentas tinggi
            Persalinan- pakaian
            Persembahan -penyampaian atau barang yang dihadiah
            Puri- bilik tidur
            Putera- anak laki-laki
            Puteri- anak perempuan
            Rimbit -mengandung atau hamil
            Santap -makan
            Santap -air minum
            Seberhana -sepasang
            Semayam- duduk
            Sembah -mengangkat kedua-dua tangan ke dahi dengan merapatkan kesemua jari itu ke dahi sebagai tanda hormat
            Senda -saya, dipakai dalam percakapan sahaja oleh Raja-Raja yang sama setaraf atau Raja-Raja pangkat muda kepada pangkat tua
            Seperanak nasi- setengah jam
            Sepiak pinang- sebentar lagi
            Sila- jemput
            Sungai besar- buang air besar
            Sungai kecil- buang air kecil
            Tapakan -tempat duduk tinggi di pertengahan balairong seri yang dikhaskan untuk Orang Besar-Besar dan orang kenamaan
            Teman- pengiring orang yang berpangkat dan bermakna saya yang dipakai dalam pertuturan di antara Raja-Raja berpangkat tua kepada yang berpangkat muda
            Tengku -perbahasaan dipakai kepada Orang Besar Ampat pada zaman dahulu
            Tetampan- kain kuning tanda pangkat pelayan Raja dan diletakkan di atas bahu
            Toh- dibahasakan sebagai 'Toh' dan bukan 'Tok' kepada Orang Besar Perak and Toh-Toh Muda
            Toh Puan- perbahasaan panggilan kepada isteri pertama Orang Besar Negeri
            Tuanku- tuan aku, bahasa panggilan di dalm pertuturan atau tulisan dipakai oleh Raja-Raja, Orang Besar-Besar, orang kebanyakan sekalian kepada Paduka Seri Sultan, Raja Muda, Raja Di Hilir serta isteri gahara baginda
            Tunggul- sejenis bendera istiadat
            Ubun-ubun-batu kepala
            Ubur-ubur-payung diraja
            Ulu -kepala
            Uzur- sakit, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
            Wali kain- tanda pangkat pelayan istana yang ditaruh di bahu
            Warkah -surat, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
            Watikah- surat rasmi (daripada Raja-Raja yang memerintah)

            Ratu Rimba Niagara AGAR TALISIRATURRAHIMI SENTIASA MEWANGI BIARPUN DI MUSIM TENGKUJUH 

            Tapi di alam maya ini gimana kita hendak tahu seorang itu raja atau pun tidak...
            contoh raja yang tak diiktiraf rakyat dan pemerintah
            tapi masih menggunakan gelaran raja gimana itu

            Bagaimana pula raja yang menyamar?
            Gunakan raja tapi bukan pula keturunan raja

            alam maya semua boleh menyamar
            makanya bila saya berkarya....
            kerana saya tak tahu usul asalnya raja atau pun tidak
            saya bahasakan dalam karya saya...
            pelbagai watak saya, hamba, beta...kita....aku ...awak ...engkau...

            bagaimanakan kedudukan saya... 
            adakah saya dikira tak beradap....
            Apapun keadaan kita tak tahu dia raja menyamar, raja betul, raja diiktiraf atau tidak....

            Yang penting kita sentiasa beradap dalam setiap pertuturan kita walaupun dengan siapapun kita bicara dia raja atau orang biasa....
            jika kita berbahasa tak beradap hukum karma akan menjawab dengan bahasa jelek juga. Jika kita tak suka orang berbahasa jelek dengan kita makanya kita jangan berbahasa jelek dengan orang. Setiap orang mempunyai perasaan maka sama-samalah kita menjaga perasan sesama kita agar sentiasa berbahasa santun agar talisiraturrahimi sentiasa mewangi walaupun di musim tengkujuh.

            RATU RIMBA NIAGARA
            16 April 2013
          • Ratu Rimba Niagara Ratu Rimba Niagara PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA

            1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

            Semua benda ada penciptanya,
            Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
            Apa dicipta penuh bijaksana,
            Demi kebaikan seisi alam.

            2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

            i) Ampun tuanku beribu ampun,
            khilaf patik harap diampun;
            Di setiap karya patik nyatakan,
            Rakyat kasihi tuanku sampai bila-bila pun.

            ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
            Rela berkorban nyawa demi negaraku;
            Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
            1Malaysia sayangkan negaraku.

            3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN

            Di parlimen tempat besidang,
            Para pemimpin pilihan rakyat;
            Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
            Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.

            4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

            Negara aman ketangkasan polis bertindak,
            Menggadai nyawa membanteras jenayah;
            PDRM & ATM berjiwa patriotik,
            Apabila berjuang tidak pernah mengalah.

            5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN

            i) Apabila bicara tentang Ketuhanan,
            Jiwa tenang setenang air di kali ;
            Seruan yang indah kata yang santun,
            Pasti membaca berulang kali.

            ii) 1Malaysia idea Perdana Menteri,
            Galakkan rakyat bersatu padu;
            Pelbagai kaum hormat menghormati,
            Agar negara terus di mercu.

            KARYA RATU RIMBA NIAGARA
            16 April 2013

            KITA HIDUP ATAS SEJARAH NENEK MOYANG KITA 

            Mohd Sani Parmon jujurnya saya x larat nak bc karangan yg berjela2 ni..tapi saya rasa Ratu Rimba Niagara perlu tgk semula ttg fakta sejarah...jgn asik mengagungkan yg kononya perlu di sanjungi..tapi jgn terlupa kepincangan sejarah yg perlu di ketahui...dalam malaysia negeri lain jg ada kisah sultanya tapi...rileks aje...so...kaji la semula...salam

            Ratu Rimba Niagara x larat nak baca tak apalah...sayapun tak larat nak jawab komen anda...anda yang masuk ke gelanggang sastera saya...tujuan saya berdebat dengan anda bukan hendak menunjuk hebat tapi mencari kebenaran sesebuah kisah sejarah yang mahu diketahui oleh generasi sekarang dan akan datang ...kerana kita hidup atas sejarah nenek moyang kita. 

            Cuba kita bayangkan andainya nenek moyang kita masih hidup ...apa yang ingin dilakukan sebelum mati...pastinya mahu membetulkan kekhilafannya betul tak? Sekarang nenek moyang kita berada di alam barzah pasti rohnya sedang meronta-ronta mahu anak cucunya membetulkan kekhilafannya dan jika kita telah membetulkan kekhilafannya pasti anak cucu tidak menyalahkan mereka lagi....malah anak cucu terpanggil untuk menghadiahkan sepotong fatihah untuknya di mana sepotong fatihah itu lebih berharga dari alam dan seisinya.

            Cuba pula kita bayangkan ...kita yang hidup ini sudah mati seperti nenek moyang kita....pasti-pastinya kita akan segera memaafkan nenek moyang kita dan sentiasa mahu berbakti kepada anak cucu kita agar jangan diulangi kekhilafan nenek moyang kita ....betul tak? apapun terpulang kepada anda Mohd Sani Parmon. Lain kali kalau tak larat nak baca karangan saya yang berjela-jela ni...jangan berani berumah ditepi pantai kalau tidak sanggup dilambung ombat tsunami sastera ye....

            Salam penuh santun maaf dari saya ....apapun terima kasih atas kesudian Mohd Sani Parmon turun ke gelanggang sastera saya...saya amat menyanjunginya...untuk pengetahuan anda...saya bukanlah seorang yang berani untuk berdebat dengan sesiapa kerana saya sentiasa sedar ilmu saya tidaklah banyak mana jika hendak dibandingkan dengan mereka sebagai rakan fb atau grup...saya rasa amat khuawatir apa yang saya tulis di setiap komentar saya pada rakan fb mahu pun grup membuatkan mereka tidak suka kerana mengganggu keakraban mereka dengan kawan-kawan ahli ahli grup ...tapi oleh kerana saya mahukan sangat bahan-bahan sastera nusantara ...saya pecahkan tembok ketakutan itu ...semata-mata mahukan mendapat bahan-bahan sastera....jika sepanjang saya mendapatkan bahan-bahan sastera penuh dengan penghinaan dan kutukan dari mereka...saya terus tidak akan berdebat dengan mereka lagi....tapi bilamana karya yang saya siarkan di grup dikejam habis jika dibaca menjadi bahan yang penuh dengan bahasa-bahasa yang kejam...makanya saya akan padamkan bahan sastera yang saya siarkan itu. Saya tak mahu berkarya sastera tapi membuatkan orang tak suka...Bila orang dah benci akan karya saya barulah saya berlalu pergi untuk merawat luka sastera sendiri.

            RATU RIMBA NIAGARA 
            16 April 2013

            KITALAH YANG MEWARISI KEPAHLAWANAN HANG TUAH

            Dtk Haji AB Latiff Tahniah krn info-maklumat yg jelas-baik ini.

            Ratu Rimba Niagara Terima kasih Dtk Haji AB Latif kerana sudi menghayati kisah Hang Tuah Zaman Silam. Dibawa kisahnya ke zaman kini agar generasi tahu bahawa Hang Tuah adalah pahlawan sejati tanpa perjuangannya yang tidak berbelah bahagi kepada dunia melayu...pastinya melayu akan pupus di dunia ini. Makanya kitalah yang mewarisi kepahlawanannya kerana kita menyahut SUMPAH KERAMATNYA, 'TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA,' sesiapa yang menafikan perjuangan HANG TUAH dialah pertualang bangsa melayu itu sendiri...

            RATU RIMBA NIAGARA 
            16 Apr 2013
          • Ratu Rimba Niagara Ridzuan Rashidi shared Abd Jamil Lam Al-Qadiri's photo.
            8 hours ago · 

            Laksamana Hang Tuah
            1Unlike · · Unfollow Post · Share
            You like this.

            Ratu Rimba Niagara ADAKAH INI WAJAH LAKSAMANA HANG TUAH SEBENARNYA
            ATAU CUMA GAMBARAN PELUKIS?
            7 hours ago · Like

            Ridzuan Rashidi KAMI TIDAK MENGETAHUINYA LAGI....KAMI HANYA MENGUMPULKAN SEBERAPA MAKLUMAT DAN FAKTA-FAKTA DALAM BENTUK TIORI SECEPAT YANG MUNGKIN....KAMI HANYA MENJALANKAN AMANAH...SALAH SATU KEMPEN KESEDARAN....SALAH SATU KERJA AMAL KAMI....KESEDARAN KEPADA SEMUA RAKYAT KAWASAN KAJIAN DI KELANTAN (IAITU PERPADUAN)...INSYAALLAH DENGAN IZIN MAHA ESA KAMI AKAN MENJUMPAINYA....INI SELEPAS PILIHAN RAYA....INSYAALLAH KAJIAN PREKTIKAL AKAN KAMI JALANKAN...INSYAALLAH...SEMOGA MENDOAKAN KAMI HATI YANG TENANG MENJALANKAN KERJA-KERJA YANG TELAH DIAMANAHKAN...DAN BERPEGANG KEPADA ALLAH MAHA ESA....TERIMA KASIH...
            6 hours ago · Edited · Unlike · 1

            Ratu Rimba Niagara MELALUI SASTERA HAMBA MAHU BERBAKTI KEPADA TUHAN DAN MAHKLUK-NYA

            TERIMA KASIH ATAS KESUDIAAN MENJADI RAKAN FB HAMBA. LAMAN FB HAMBA ADALAH LAMAN SASTERA YANG HAMBA MINATI. MAKANYA SALAH SATU TEMA YANG TERKUMPUL DI LAMAN FB HAMBA INI ADALAH BAHAN-BAHAN SEJARAH NENEK MOYANG YANG MAHU HAMBA KARANGKAN BERBENTUK SYAIR ,PANTUN, GURINDAM DAN PUISI. SEBAB ITU SETIAP RAKAN FB HAMBA AMAT BERHARGA DAN PENTING BAGI HAMBA...HAMBA PASTIKAN KEHADIRAN MEREKA SEBAGAI RAKAN FB MEMBERI IMPAK YANG BESAR DALAM DUNIA KARYA SASTERA HAMBA. BUKAN TAK MAHU TERIMA RAKAN FB YANG ADD HAMBA ATAU TERPAKSA REMOVEKAN MEREKA TAPI MEMANDANGKAN PEMIKIRAN HAMBA AMAT TERHAD. HAMBA CUMA MAHU MEMFOKUSKAN MATLAMAT KARYA YANG TERBAHAGIA KEPADA PELBAGAI TEMA...
            KETUHANAN
            PEPERANGAN
            INSTITUSI DIRAJA
            KEPAHLAWANAN
            RAKYAT
            KEPUJANGGAAN
            POLITIK TAPI POLITIK YANG MEMBINA 
            TUJUAN HAMBA MELANTIK RAKAN FB & GRUP MAHUKAN 
            BAHAN-BAHAN BERSANGKUTAN DENGAN MATLAMAT SASTERA
            KOMENTAR YANG BERSANGKUTAN BAHAN YANG DISIARKAN

            JIKA AHLI FB TIDAK MEMBERI APA-APA IMPAK 
            MEMANDANGKAN RAKAN FB HAMBA TERLALU TERHAD
            MAKANYA HAMBA TERPAKSA BERUNDUR DIRI
            BUKAN NIAT MEMUTUSKAN TALISIRATURRAHIM

            HAMBA CUMA MAHU KOMENTAR YANG BERNAS DAN MANTAP KERANA KOMENTAR TERSEBUT
            AKAN DIBACA OLEH PEMBACA ALAM MAYA DAN BAKAL DITINGGALKAN KEPADA ANAK CUCU NANTI JADINYA SETIAP KOMEN YANG NEGATIF HARAP DAPAT DIELAKKAN OLEH RAKAN FB DAN GRUP...

            BUDAYA UNTUK MENYEBARKAN FITNAH, KUTUK MENGUTUK, HINA MENGHINA...MENGGUNAKAN BAHASA YANG JELEK LAGI KEJAM....MOHON DIJAUHKAN DARI LAMAN FB HAMBA...

            BAGAIMANA HAMBA HORMAT DAN BERSANGKA BAIK DENGAN SEMUA AHLI GRUP DENGAN HARAPAN SALING BERKONGSI ILMU YANG MEMBERI MANFAAT DUNIA AKHIRAT CUMA ITULAH YANG DIFIKIRKAN....SELAIN DARIPADA ITU MAAFKAN HAMBA......MASA HAMBA UNTUK SANTAI-SANTAIKAN PEMIKIRAN TERLALU TERHAD.

            DUNIA HAMBA ADALAH SASTERA DAN CITA-CITA....
            MAKANYA HANYA MEREKA YANG MEMAHAMI DUNIA HAMBA SAJA YANG BOLEH MENJADI RAKAN FB HAMBA...YANG TAK SUDI MEMAHAMI ....MAAFKAN HAMBA JIKA HAMBA BERLALU PERGI...BUKAN HAMBA TAK SUDI MENERUSKAN PERSAHABATAN ALAM MAYA TAPI TOLONGLAH MAAFKAN HAMBA DAN TOLONGLAH FAHAMI DUNIA HAMBA....KERANA BAGI HAMBA KITA HIDUP APA YANG KITA MATLAMATKAN.....BAGI HAMBA ....MELALUI SASTERA HAMBA MAHU BERBAKTI KEPADA TUHAN DAN MAKHLUK-NYA.

            RATU RIMBA NIAGARA
            17 April 2013
            6 hours ago · Like · 1
          • Ratu Rimba Niagara GURINDAM ANTARA RAJA DAN RAKYAT JELATA

            Ampun Tuanku Khilaf Bicara Patik Harap Diampun
            Di sini patik mengucapkan jutaan terima kasih
            yang tidak terhingga kerana kesudian Tuanku
            membalas Kad ucapan Hari Raya Aidilfitri dan
            Ucapan Kemerdekaan Ke-54 negara tercinta.

            Terharu rasa hati patik tak dapat hendak
            diungkapkan dengan kata-kata kerana
            siapalah patik...
            Tapi itu semua tidak Tuanku pentingkan.

            Terbukti sudah kesemua Raja-Raja Di Malaysia
            begitu prihatin dan sayangkan semua rakyat baginda
            tidak sama sekali membeza-bezakan siapa pun rakyat,
            baginda terima dengan penuh kasih sayang
            antara Raja dengan kesemua rakyat baginda.

            Selama ini yang ada di benak pemikiran rakyat
            antara Raja-Raja dengan rakyat ada jurang perbezaan
            Darjat Kebesaran kerana ada rasa jurang perbezaan
            darjat kebesaran hubungan rakyat dengan raja renggang
            Hakikatnya tidak begitu duhai rakyat Malaysia!

            Hati nurani semua Raja sememangnya mengasihi rakyat
            jelata tanpa ada rasa membezakan siapa pun rakyat
            yang menaungi negeri jajahan baginda rela berkorban
            demi rakyat dan negara tercinta, kesusahan rakyat
            dan derita rakyat baginda terpanggil untuk menghulurkan
            bantuan.

            Negara ditimpa bencana alam ...baginda turut merasai
            penderitaan rakyat yang ditimpa musibah baginda bantu
            terdaya mampu kesusahan rakyat kesusahan baginda juga.

            Kesempurnaan hidup rakyat dan kesejahteraan negara
            tercinta ini sentiasa diikuti dan dalam perhatian semua
            Raja-Raja. Bilamana rakyat dan pemerintah tidak bersatu hati
            tentunya kegusaran di hati baginda Sultan kerana hanya
            yang difikirkan melainkan keamanan negara tercinta!
            Baginda mahu tiada jurang antara rakyat, pemimpin dan Raja.

            Ampun Tuanku Daulat Tuanku
            Sembah patik harap diampun
            Semuanya bersatu hati mengekalkan Kemerdekaan Negara Tercinta

            Makanya keamanan negara tercinta ini
            sentiasa dalam perhatian semua Raja-Raja di Malaysia

            Semangat patriotik Ke Bawah Duli Tuanku
            amat rakyat jelata kagumi
            rakyat jelata bersumpah setia dan
            akan taat setia kepada kesemua Ke bawah Duli Tuanku
            keperihatinan ke Bawah Duli Tuanku kepada semua rakyat
            di Malaysia membuatkan kesemua rakyat jelata terharu
            dan menghargai kasih sayang Ke Bawah Duli Tuanku.

            Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia dan Kemerdekaan Ke-54
            Malaysia Negara Tercinta ini ..Rakyat Malaysia kesemuanya mengaku
            akan taat setia kepada kesemua Raja-Raja Di Malaysia sepertimana
            Yang termaktub dalam Rukun Negara Yang Kedua ,
            "KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA"

            DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!
            MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

            Karya Ratu Rimba Niagara
            13 September 2011
            (Diilhamkan Bersempena Meraikan Sambutan Hari Malaysia &
            Kemerdekaan Malaysia Ke-54 Pada 16 September 2011)

            DISIARKAN TERISTIMEWA UNTUK:

            SEMUA KE BAWAH DULI TUANKU DI MALAYSIA
            TUAN YANG TERUTAMA NEGERI SABAH, SARAWAK MELAKA DAN PULAU PINANG
            PERDANA MENTERI DAN SEMUA MENTERI
            SEMUA PARTI KERAJAAN DAN PEMBANGKANG
            DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
            Semua Rakyat Malaysia Yang Cintakan Negara!
            (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
            7 Mei 2012
          • Ratu Rimba Niagara PANTUN PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14 SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH

            Sekalung tahniah di atas pertabalan,
            Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong;
            Rakyat 1Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
            Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.

            Yang di-Petuan Agong ke-14 berjiwa rakyat,
            Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
            Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
            Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diRedhai.

            Masalah rakyat masalah baginda juga,
            Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
            Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,
            Pengorbanan Tuanku membuatkan rakyat terharu.

            Berat sungguh hendak melepaskan,
            Kerana negara dilepaskan juga;
            Sultan Kedah yang budiman,
            Moga 1Malaysia sentiasa sentosa.

            Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
            Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
            Rakyat sentiasa berterima kasih,
            Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.

            Agong kami Raja yang penyayang,
            Sayangkan rakyat sayangkan negara;
            Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
            Saling bantu membantu demi negara tercinta.

            Raja dan rakyat berpisah tiada,
            Sehati sejiwa mempertahankan negara;
            Rakyat 1Malaysia mempertahankan institusi di-Raja,
            Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.

            Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

            Karya Ratu Rimba Niagara
            13 Disember 2011
            (Bersempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XIV Sultan Abdul Halim Muadzam Shah)
          • Ratu Rimba Niagara PANTUN SULTAN-SULTAN 1MALAYSIA TERCINTA

            Sultan Abdul Halim Agong berwibawa,
            Memerintah negara adil saksama;
            Rela berkorban demi rakyat tecinta,

            Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

            Intitusi di-Raja dekat di hatiku,
            Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
            Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
            Rakyat Johor terharu lagi menyayangi.

            Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
            Kepentingan rakyat amat dirasai;
            Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
            Sejak generasi dahulu hingga kini.

            DYM Sultan Selangor Raja dihormati,
            Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
            Budi disemai Allah berkati,
            Moga amalan dibalas di akhirat nanti.

            Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
            Kebajikan rakyat amat diutamakan;
            Bertuah sungguh rakyat Pahang,
            Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.

            Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
            Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
            Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
            Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.

            Sultan Kedah amat dihormati,
            Menabur budi tidak terhingga;
            Ke mana pergi rakyat mentaati,
            Rakyat Kedah amat berbangga.

            Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
            Kepentingan rakyat amat dijaga;
            Masalah rakyat diberi perhatian,
            Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.

            Sultan Kelantan berhemah tinggi,
            Memerintah Kelantan adil saksama;
            Rakyat Kelantan takkan rugi,
            Raja dan rakyat berkerjasama.

            Negeri Terengganu pesat membangun,
            Di bawah pemerintahan Raja yang bijaksana;
            Sultan Mizan bersopan santun,
            Rakyat Terengganu amat terpesona.

            Karya: Ratu Rimba Niagara
            7 Mei 2012
          • Ratu Rimba Niagara SYAIR TUANKU MIZAN SENTIASA DI HATI RAKYAT MALAYSIA

            Tersebutlah kisah Agong tersohor,
            Tuanku Mizan yang penuh sabar;
            Biarpun hidup penuh mencabar,

            Agar rakyat tidak terbiar.

            Permaisuri Nur Zahirah yang bijaksana,
            Cantik rupawan bagai bulan purnama;
            Memberi sokongan kepada baginda,
            Agar rakyat terus terbela.

            Bahagia hidup keluarga Diraja,
            Dikurniakan puteri dan juga putera;
            Dibesarkan dalam adat istana,
            Ayahanda dan bonda jadi idola.

            Genap 49 Tahun Tuanku Mizan diputerakan,
            Disambut keputeraaan penuh kesyukuran;
            Semua rakyat gembira meraikan,
            Raja dan rakyat tidak dapat dipisahkan.

            Terengganu negeri keputeraan baginda,
            Mempunyai ilmu penuh di dada;
            Anakanda kesayangan ayahanda dan bonda,
            Raja dan rakyat berpisah tiada.

            Berbudi bahasa berhemah tinggi,
            Baginda bertitah rakyat dengari;
            Semua jemputan baginda hadiri,
            Asalkan rakyat rasa dihargai.

            Tuanku Mizan mencemar Duli,
            Menziarahi rakyat bantuan diberi;
            Rakyat gembira tiada terperi,
            Kebaikan baginda lekat di hati.

            Sultan Mizan bertitah memuji,
            Kebijaksanaan Memanda Perdana Menteri;
            Memerintah negara amanlah damai,
            Rakyat terbela itulah dihajati.

            Raja dan rakyat berpisah tiada,
            Masalah rakyat dikongsi bersama;
            Rakyat mengangkat Institusi Diraja,
            Raja dan rakyat rasa bahagia.

            Tuanku Mizan selalu menyeru,
            Inginkan rakyat bersatu padu;
            Buat keputusan tidak terburu,
            Asalkan rakyat terus maju.

            Tuanku Mizan percaya rancangan kerajaan,
            Mampu dinikmati segenap lapisan;
            Rakyat bersatu dalam perpaduan,
            Negara makmur dalam kemajuan.

            Raja dan rakyat amat rapat,
            Ke mana pergi rakyat diingat;
            Perbelanjaan dibuat penuh cermat,
            Tuanku datang disambut hormat.

            Tuanku Mizan Agong ketiga belas,
            Dengan rakyat berkasihan belas;
            Tidak pernah rasa malas,
            Rakyat berpadu rasa terbalas.

            Istana Agong tersegam indah,
            Bila bertitah penuh bermadah;
            Kuasa yang tinggi tiada diendah,
            Bersama rakyat tetap merendah.

            Bersemayam baginda dalam istana,
            Rakyat diundang pergi ke sana;
            Raja kami yang bijaksana,
            Ikatan raja dan rakyat terus terbina.

            Masalah rakyat sama dikongsi,
            Raja dan rakyat tiadalah sangsi;
            Ikatan terus jadi serasi,
            Tercipta nostalgia untuk generasi.

            Sukacita Agong negara maju,
            Pemerintahan Agong terus dipacu;
            Warkah dihantar Agong dituju,
            Mendoakan Agong terus di mercu.

            Putera kesayangan ayahanda dan bonda,
            Cemerlang negara amat sukacita;
            Raja dan rakyat berpisah tiada,
            Bijaksana memerintah negara tercinta.

            Sejarah kesultanan patut dihayati,
            Dipelajari oleh generasi terkini;
            Persenoliti Raja amat dikagumi,
            Ke mana pergi tetap dihormati.

            Pemerintahan Agong adil saksama,
            Cadangan rakyat semua diterima;
            Perintahkan Memanda Perdana Menteri beri kerjasama,
            Agar negara jadi ternama.

            Tuanku Mizan Raja kesayangan rakyat,
            Ke mana pergi pentingkan rakyat;
            Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
            Tuanku sentiasa di hati rakyat.

            Tuanku Mizan Zainal Abidin Agong ternama,
            Berjiwa rakyat adil dan saksama;
            Pentingkan rakyat walau di mana,
            Galakkan rakyat sentiasa berkerjasama.

            Selamat menyambut Hari Keputeraan tuanku Mizan,
            Moga Tuanku Allah redhai kami doakan;
            Dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,
            Dilanjutkan usia dalam keberkatan.

            Sekian sahaja syair Tuanku Mizan sentiasa di hati rakyat,
            Untuk tatapan istimewa semua Raja dan rakyat;
            Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
            Ampun Tuanku! Daulat Tuanku! Tuanku sentiasa di hati rakyat.

            Ampun Tuanku,
            Daulat Tuanku,
            Sembah patik harap diampun.
            Patik merafak sembah, izinkan patik mengabadikan,
            ‘Syair Tuanku Mizan Sentiasa Di Hati Rakyat untuk tatapan
            rakyat Malaysia tercinta.

            Patik percaya Syair ini dapat mencetuskan rasa cinta
            yang amat mendalam kepada Institusi Di Raja dan secara
            tidak langsung rakyat Malaysia akan mempertahankan
            Institusi Di Raja walaupun ke titisan darah terakhir.

            Ampun Tuanku.
            Sembah patik harap diampun.
            Akhir bicara patik doakan moga Tuanku sekeluarga
            dirahmati Allah di dunia jua di akhirat.
            Amin Ya Rabbal A' Lamin.

            KARYA Ratu Rimba Niagara
            4 Jun 2010
          • Ratu Rimba Niagara KITA BEKERJA MENGAMANKAN MALAYSIA

            Perhimpunan 9 Julai 2011

            TITAH KHAS YANG DI-PERTUAN AGONG


            "Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan
            cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan bertujuan untuk perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan menyuarakan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

            Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

            Beta menyeru didalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitk menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi tidak membawa kemusnahan negara. Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagisesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

            Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesasama sendiri ataupun sebahagiaan rakyatnya bermusuh dengan kerajaaan atas apa jua alasan pun.

            Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat
            bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan
            tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ,
            'Yang DiKejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran'

            Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan
            daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

            Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama
            memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuatkan negara berada terbelakang. Ingatlah, 'Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.'

            Itulah pentingnya sifat kesederhanaan dan tolak ansur yang
            telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara."

            Sekian,

            "DI MANA BUMI DIPIJAK , DI SITU LANGIT DIJUNJUNG!"

            DAULAT TUANKU!

            PANTUN TITAH KHAS YANG DI-PERTUAN AGONG

            Beta selaku Yang di-Pertuan Agong negara ini,
            Mahukan kerajaan dan agensi terlibat menangani isu ini;
            Kumpulan Bersih Berhimpunan Beramai-ramai,
            Akan mengganggu ketenteraman rakyat yang Beta cintai.

            Beta yakin kepiminan YAB Perdana Menteri,
            Boleh menangani masalah ini sebaik mungkin;
            Demi keharmonian dan kestabilan negara dicintai,
            Berpakat bersama-sama memajukan negara tercinta ini.

            Beta menyeru kepada pihak kerajaan,
            Melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat;
            Secara adil dan penuh kebijaksanaan,
            Agar permusuhan dengan kerajaan tiada wujud di hati rakyat.

            Kita sebagai masyarakat yang bertamadun,
            Boleh menyelesaikan masalah secara rundingan;
            Tidak mengikut segala perasaan,
            'Yang DiKejar Tak Dapat Yang DiKendong Berciciran'.

            Demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan,
            Walaupun niat asalnya untuk kebaikan;
            Apa pun alasan semuanya demi kesejahteraan,
            Semua perkara dirunding demi keharmonian.

            Semua pihak haruslah memikir memajukan negara,
            Bukan mencipta masalah membuatkan negara terkebelakang;
            Bumi Mana Tidak Ditimpa Hujan Lautan Mana Tidak Bergelora,
            Justeru bermuafakat bersama mencipta negara Gemilang.

            Yang penting adalah sifat kesederhanaan,
            Bertolak ansur demi kesejanteraan negara;
            Sabarnya pemimpin terdahulu dalam perjuangan,
            Diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

            Sekian sahaja pantun Titah Khas Yang Di-Pertuan Agong,
            Daulat Tuanku Ampun Tuanku;
            Patik karangkan bagi pihak Yang Di-Pertuan Agong,
            Demi semata keharmonian negara patik dan juga Tuanku.

            Karya: Ratu Rimba Niagara
            4 Julai 2011

            (PETIKAN DARIPADA WALL FERIZ OMAR & RATU RIMBA NIAGARA)
            4 Julai 2012
          • Ratu Rimba Niagara SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA
            TUNKU ABDUL RAHMAN

            Tersebutlah kisah seorang putera,
            Tunku Abdul Rahman diberi nama;

            Dikasihi semua rakyat jelata,
            Baik budinya tidak terkira.

            Menyayangi rakyat sepenuh hati,
            Perjuangannya tidak pernah terhenti;
            Disambung oleh pemimpin terkini,
            Cintakan perjuangan tidak bertepi.

            Sokongan rakyat Tunku gembira,
            Rela berkorban harta dan nyawa;
            Demi kerana negara tercinta,
            Asalkan rakyat hidup bahagia.

            Bersama Tun Razak Tunku ke London,
            Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
            Penat dan lelah tidak dihiraukan,
            Asalkan pulang membawa kejayaan.

            Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
            Disambut penuh dengan kegembiraan;
            Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
            Tersenyum Tunku tanda kepuasan.

            Tunku laungkan merdeka penuh membara,
            Rakyat menyambut laungan membara-bara;
            Demi kerana negara merdeka,
            Untuk diwarisi rakyat jelata.

            Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
            Penuh dengan penat dan lelah;
            Walaupun tiada pertumpahan darah,
            Agar generasi dapat berteduh.

            Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
            Pertahankan negara tanpa jemu;
            Rakyat aman sudahlah tentu,
            Generasi mendatang mendapat restu.

            Tanpa diduga komunis bertandang,
            Menceroboh masuk terus meradang;
            Tunku memikir merasa bimbang,
            Keselamatan negara tidak tergoyang.

            Tunku berbincang secara aman,
            Dengan Chin Peng membuat keputusan;
            Komunis berundur dengan aman,
            Terima kasih Tunku Abdul Rahman.

            Jepun menyerang ke negara kita,
            Ingin berkuasa merebut tahta;
            Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
            Makan dan minum berair mata.

            Sana sini mayat bergelimpangan,
            Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
            Asalkan hati penuh kepuasan,
            Kerana hati bertuhankan syaitan.

            Para perajurit ramai terkorban,
            Mempertahankan negara habis-habisan;
            Nyawa di badan jadi taruhan,
            Asalkan negara menjadi aman.

            Perajurit dibantu tentera Inggeris,
            Jepun terus bermuka bengis;
            Berlawan mereka terus menerus,
            Gugurnya perajurit terus ditangis.

            Pergilah perajuritku dengan aman,
            Perjuanganmu menjadi kenangan;
            Kau gugur dalam kemenangan,
            Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.

            Jepun mengalah lalu berundur,
            Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
            Sudah terlambat Jepun nak sedar,
            Rakyat mereka ramai yang gugur.

            Tunku hargai jasa perwira,
            Pertahankan negara ke hujung nyawa;
            Rakyat juga amat berbangga,
            Kerana jasamu rakyat terbela.

            Tungku memerintah penuh berhati,
            Rakyat hidup bersatu hati;
            Ke mana pergi Tunku dihormati,
            Pengorbanamu Tunku terus diingati.

            Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
            Memerdekakan negara demi keamanan;
            Agar generasi turut pertahankan,
            Menjadi warisan sejak berzaman.

            Karya: Ratu Rimba Niagara
            31 Ogos 2011
            8 hours ago · 
            (PETIKAN DARIPADA WALL KERABAT D'RAJA KELANTAN & KHAI NOOR & RATU RIMBA NIAGARA)
            8 Mei 2012
        • Like ·  · Promote · 
          • Kumbang Segak and Ahmad Tajuddin like this.
          • Arjuna Akmaliah janganlah ada rasa takut oleh padam nya obor duniawiah, tapi takutlah dengan mati nya Hati yang hanya segenggam. karna hati lah sebagai pelita hidup pada diri manusia yang akan menyelamatkan kita atau justru sebalik nya.
          • Ratu Rimba Niagara TIADA DUNIA TIADA AKHIRAT
            OBOR DUNIA ITULAH YANG HENDAK DIBAWA KE AKHIRAT
            MENYEMAI AMAL DI DUNIA MENUAI DI AKHIRAT
            ITU MAKSUD YANG TERSURAT DAN TERSIRAT DI SEBALIK PENAKU
            OBOR AKHIRAT ITULAH YANG TIDAK MAHU DIPADAMKAN 
            JIKA TERPADAM BERARTI SUDAH TIDAK ERTINYA HIDUP INI LAGI...
            BERPENA TANPA IMAN 
            SEPERTI BERPENA UNTUK MELANCARKAN PERANG KEPADA MEREKA YANG TAK BERDOSA DENGAN SENGAJA MAHU MEMUSNAHKAN BUMI INI...ITU ADALAH SATU KEZALIMAN YANG TAK DAPAT DIMAAFKAN OLEH SEMUA.

          • Arjuna Akmaliah pena dapat di artikan sebagai obor dalam kehidupan yang mencatat tentang sejarah manusia di alam raya ini, namun pena juga dapat di artikan sebagai senjata dalam mencatat dan mengurai tentang ilmu, dan pena juga dapat menjadikan semua manusia menjadi berkuasa dalam bidang nya masing-masing.
          • Ratu Rimba Niagara Bukankah kamu pernah bilang ...penaku bisa menghancurkan alam dan seisinya
            Dan bukankah aku pernah menjawab jika penaku dengan sengaja untuk menghancurkan dunia ini
            Lebih baik aku mati daripada hidup.. .. Jangan pernah lupa dengan setiap kata-kata....
            Kerana kau mahu dan sudi meniupkan obor api perjuangan penakulah makanya aku kekalkan kau sebagai pejuang sastera nusantaraku...jika kamu sudah bertukar haluan untuk merejam semula api perjuanganku lebih baik kamu aku ....berjuang tanpamu....
          • Ratu Rimba Niagara LAMAN FBKU ADALAH LAMAN SASTERAKU
            KERJAKU SETIAP HARI MEMERAH OTAK 
            JIKA YANG HADIR DI LAMAN SASTRAKU BUKAN
            MEMBERI KOMENTAR YANG KENA MENGENA DENGAN
            TEMA YANG DIUTARAKAN DALAM SASTRA NUSANTARAKU

            SILA MASUKKAN KE INBOX 
            KERANA AKU CUMA MAHUKAN KOMENTAR YANG MEMBINA
            BUKAN KOMENTAR YANG MEMBUATKAN OTAKKU BERTAMBAH MEMBERAT
            BOLEH PUTUS OTAK TUH....
            HENDAK AMRAHKAN NYAMUK 
            JANGAN KELAMBU DIBAKAR
        • Like ·  · Promote · 
    • 8 Mei 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;