Friday, 19 July 2013

KDYMM SULTAN MUHAMMAD V CONTOH RAJA YANG TERBAIK KESEDERHANAAN





    • Majlis Berbuka Puasa Menteri Kementerian Dalam Negeri Bersama Polis Diraja Malaysia

      Bukit Aman – 19 Julai 2013. Pada petang ini, bertempat di Masjid Bukit Aman, Menteri Kementerian Dalam Negeri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi telah meluangkan masa berbuka puasa bersama-sama warga Polis Diraja Malaysia.

      Ketibaan beliau telah disambut oleh Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara bersama Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara.

      Turut menyambut beliau ialah Pengarah-Pengarah Polis Diraja Malaysia dan juga Pegawai-pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia serta tetamu-tetamu kenamaan.

      Majlis Berbuka Puasa ini juga diserikan dengan kehadiran Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, mantan Ketua Polis Negara serta Timbalan Ketua Polis Negara dan juga Pegawai –pegawai Kanan PDRM yang telah bersara.

      Selesai majlis berbuka puasa dan solat Maghrib, sidang media telah di adakan di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman dan seterusnya solat fardhu Isyak, sembahyang tarawih, witir dan diakhiri dengan jamuan moreh.
       — Majlis Berbuka Puasa Menteri Kementerian Dalam Negeri Bersama Pol (28 photos)
      Unlike ·  ·  · 36 minutes ago · 
      • You and 187 others like this.
      • Usaha Sepakat Terbaik PDRM, pastikan SIHAT BERTENAGA TANPA BAHAN TERLARANG / DADAH. kajian klinikal SAINS & ISLAM fakta saintifik bertugas 24/7 BERTENAGA http://www.nuprepkl.blogspot.comJenama Malaysia terhasil dari kerjasama Kerajaan Malaysia & MIT (US)
      • Khalil Faizol Steady igp..bdaya kg tue ada..mcm nie kta maw..jgn jd mcm pgawai laen action mmanjang..wa selut lu tan sri..
        29 minutes ago via mobile · Like · 3
      • Palie Ipoh Igp pkai sandal ja..yg lain2..?sempoi igp...
      • Loy Zaimie Stedy tan sri igp..kain pelekat ja terbaik la tan sri..mmg terbaik bos..
      • Mohd Zahrin Bin Hassan Kain kombang je majlis rasmi..terbaik PDRM..
      • Ratu Rimba Niagara PANTUN MALAYSIA TANAH AIR IBU PERTIWI

        JANGAN BERPAYUNG DI BAWAH MENTARI,
        JIKA TAK BERANI MEMIJAK BARA DI BUMI;
        HANG TUAH RELA KORBANKAN DIRI SENDIRI,
        DEMI SYAHIDNYA KE JALAN ILAHI.

        BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL,
        ITU PRINSIP HANG JEBAT HANG TUAH;
        HANG TUAH HANG JEBAT RELA BERDEPAN AJAL,
        ASALKAN BUMI PERTIWI TIDAK DIJAJAH MUSUH.

        AYUH PAHLAWAN MELAYU BERSIAP SIAGA,
        MENENTANG MUSUH DURJANA;
        DI MANA-MANA MUSUH SENTIASA ADA,
        MENUNGGU MASA MERAMPAS KUASA.

        JANGAN LEKA JANGAN LALAI,
        DUHAI SEMUA PAHLAWAN NEGARA;
        KERANA MUSUH TAK PERNAH LALAI,
        SENTIASA MENCARI PELUANG MEMERINTAH NEGARA.

        NEGARA INI KITA YANG PUNYA,
        MOYANG KITA TINGGALKAN UNTUK KITA;
        TAK SEMUDAH ITU MEREKA NAK AMBILNYA,
        LANGKAH MAYATKU DULU SEBELUM NIATMU BERMULA.

        BIARPUN BUMI MALAYSIA INI BERMANDIKAN DARAH,
        AKAN KUTUNTUT BIARPUN SEINCI TANAH MOYANGKU;
        DI SELURUH BENUA INI AKAN KURENCISKAN TINTA BERDARAH,
        AGAR MEREKA TAHU BETAPA AKU CINTA AKAN TANAHAIRKU.

        SUDAH LAMA AKU HIDUP DI DUNIA INI,
        TIADA APA SEMAI BAKTIKU PADA NEGARA TERCINTA;
        KAN KUPERAH KERAHKAN OTAKKU INI;
        MENIUPKAN BARA PERJUANGAN SEMUA WIRA TERCINTA.

        PERJUANGAN INI TIDAK AKAN PERNAH PADAM DI HATIKU,
        BIARPUN SELURUH PENDEKAR TIDAK MENDENGAR PUISIKU;
        BERJUANGLAH DIKAU DENGAN KEPERKASAANMU,
        SIAPALAH AKU HENDAK DIBANDINGKAN KEPAHLAWANANMU ITU.

        CUMA HARAPAN KU SATU,
        JANGAN KAU LUPA PESANAN HANG TUAH;
        MELAYU ITU CUMA SATU;
        MAKANYA TAK AKAN HILANG MELAYU DI BUMI BERTUAH.

        MARILAH KITA BERSATU DEMI KEPENTINGAN MELAYU,
        MARILAH KITA BERSATU HATI DEMI TUNTUTAN ISLAM;
        BERKONGSI KUASALAH DEMI ANAK CUCU MELAYU,
        KERANA BEGITU INDAH-NYA KESUCIAN ISLAM.

        KURA-KURA DALAM PERAHU,
        PURA-PURA BUAT TAK TAHU;
        SUDAH SAAT TIBANYA PRU,
        KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU.

        MALAYSIA INI NEGARA DEMOKRASI,
        SENTIASA AKUR DENGAN PILIHAN RAKYAT;
        DARI DULU HINGGA SEKARANG TAK PERNAH BASI,
        SEGALANYA YANG MENENTUKAN KUASA ADALAH RAKYAT.

        MAKANYA PEMIMPIN JANGAN MUDAH LUPA,
        BILA BERJANJI HARUS DITEPATI;
        MUNAFIK JADINYA JIKA JANJI SENGAJA DILUPA,
        JANJI DENGAN RAKYAT JIKA DILUPA AKAN MEMAKAN DIRI SENDIRI.

        SEMUA PARTI HENDAK MENANG DALAM PILIHANRAYA,
        SEMUA PARTI SANGGUP TURUN PADANG MEMENANGI HATI RAKYAT;
        JIKA HARI-HARI SEMUA PEMIMPIN SEMANGAT BEGINI PASTI RAKYAT SUKA,
        JANGAN SELEPAS PILIHANRAYA TERUS SEPIKAN JANJI KEPADA RAKYAT.

        RAKYAT PUNYA IMPIAN KEPADA PEMIMPIN,
        MAHUKAN PEMIMPIN MENCEMERLANGKAN RAKYAT;
        BILA RAKYAT CEMERLANG NEGARA MAJU DALAM PEMBANGUNAN,
        BARULAH NEGARA INI MENJADI WADAH PERJUANGAN RAKYAT.

        PEMIMPIN DI MALAYSIA INI DIPILIH OLEH RAKYAT,
        KUASA RAKYATLAH YANG MENENTUKAN PEMIMPIN;
        JADINYA PEMIMPIN MESTI UTAMAKAN RAKYAT,
        KEPENTINGAN RAKYAT ADALAH PERJUANGAN PEMIMPIN.

        RAKYAT CUMA MAHU PEMIMPIN YANG IKHLAS BERJUANG,
        MEMBELA NASIB MEREKA AGAR ANAK CUCU TAK MERANA;
        MAKANYA RAKYAT TIDAK BEGITU SEWENANG-WENANG,
        MEMBERI KUASA KEPADA PEMIMPIN NIAT MEMUSNAHKANNYA.

        RAKYAT RELA PERTARUHKAN NYAWA DEMI NEGARA,
        PEMIMPIN JUGA SAYANGKAN NEGARA TERCINTA;
        PAHLAWAN BENTENG PERTAHANAN NEGARA,
        SEMUANYA KERANA ANAK CUCU TERCINTA.

        KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN RUKUN NEGARA PERTAMA,
        KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA RUKUN NEGARA KEDUA;
        SEMUANYA BERMATLAMAT YANG SAMA,
        MAHUKAN MALAYSIA INI AMAN DAMAI SELAMA-LAMA.

        SEMOGA BUMI BERTUAH MALAYSIA INI SENTIASA DIBERKATI,
        DIPERINTAH RAJA YANG EHSAN PADA RAKYATNYA;
        DIKUASAI PEMIMPIN BERHATI SEMURNI SYURGAWI,
        RAKYAT BERSATU MEREALISASIKAN IMPIAN ANAK CUCU TERCINTA.

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        20 April 2013
        (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAJA,PEMIMPIN, PAHLAWAN ,SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG DIKASIHI & ANAK CUCU TERCINTA)
      • Ratu Rimba Niagara TENTERA MALAYSIA DAN TENTERA MESIR AMAT BERBEZA

        JIKA ANDA MENYANDANG JAWATAN TENTERA ANDA MAHU MEMBELA TENTERA MESIR ATAU TENTERA RAKYAT MESIR?

        APAKAH DEFINASI TENTERA FISABILILLAH ?

        APAKAH DEFINASI TENTERA ALLAH?

        APAKAH DEFINASI TENTERA RAKYAT?

        APAKAH DEFINASI TENTERA KERAJAAN?

        SEJUJURNYA AKU, KAMU DAN SEMUA YANG MANA SATU STATUS ANDA?

        Jika ditanya apakah maknanya tentera fisabilillah
        mereka akan jawab tentera yang berjuang di medan perang menentang musuh yang menzalimi rakyat Islam dan negara Islam jika gugur balasannya Syurga

        Jika ditanya apakah maknanya Tentera Allah
        Tentera Allah yang dikirimkan Allah yang terdiri daripada para malaikat-Nya yang dinampakkan atau yang tidak dinampak dengan mata kasar manusia.

        Jika ditanya apakah maknanya tentera rakyat..
        Membela pemimpin yang rakyat pilih untuk dinobatkan sebagai presiden memerintah sesebuah negara...dipilih oleh rakyat mengikut undang-undang bernegara.

        Jika ditanya tentera kerajaan
        Tentera yang dilantik kerajaan untuk setia kepada tanah air tercinta. Cinta yang tak berbelah bahagi mempastikan negaranya berada dalam keadaan selamat daripada dijajah oleh pihak musuh...mengekalkan kemerdekaan negara adalah untuk rakyat dan negara selamat tanpa berani diganggu gugat akan kesejahteraannya.

        Jika kita tahu kita berstatus tentera yang mana satu...pasti kita tahu apa tanggungjawab kita tanpa mempertikaikan kuasa seseorang yang diberikan mandat
        oleh rakyatnya mengikut sistem demokrasi yang telus dinobatkan sebagai presiden.

        Inilah yang berlaku di Mesir ....di mana presiden yang dipiih oleh rakyatnya sudah menjadi isu yang besar dan melibatkan pertumpahan darah yang amat dahsyat sekali dalam sejarah dunia, di mana presiden pilihan rakyat yang sah telah digulinglan oleh Tentera Mesir.

        Seluruh rakyat Mesir terlalu marah kerana pihak tentera telah menyalahkan kuasanya untuk menindas rakyat pada Presiden Mohammed Morsi yang dipilih oleh rakyat Mesir.

        Berlakulah kebangkitan suara rakyat Mesir mahu presiden yang mereka pilih dikembalikan semula jawatannya sebagai Presiden Mesir tapi tidak dihiraukan oleh pihak tentera Mesir. Berlaku pertumpahan darah yang amat dahsyat sekali dimana Rakyat Mesir yang membela Presiden Morsi daripada terus-terusan digulingkan oleh pihak Tentera...dibunuh ketika solat Subuh. Adakah pembunuhan yang kejam itu sah di sisi undang-undang negara? Adakah tentera rakyat yang membela presiden berjiwa hamba-Nya,dibunuh beramai-ramai ketika solat itu dikira mati syahid?

        Jika pergolakkan politk Mesir tidak dapat diselesaikan segera maka akan berlakulah pertumpahan darah antara rakyat Mesir dengan tentera Mesir. Bumi Mesir sudah pastilah bermandikan darah ...rakyat Mesir yang tak berdosa menjadi mangsa ketidakadilan Tentera Mesir yang inginkan berkuasa mengikut kehendak Tentera.

        Jika ada mana-mana tentera di negara luar pasti berasa celaru pemikiran mereka , mereka berada di pihak mana mahu mendukung/menyokong....di pihak tentera atau di pihak rakyat. Jika mereka mendukung di pihak tentera kerana mereka tentera...andainya matinya menyokong pihak tentera Mesir dikira mati syahid ke tidak?
        Jika mereka menyokong rakyat Mesir...tindakan mereka seperti telah lari dari medan perang kerana mendukung rakyat mesir bukan menyokong Tentera Mesir.

        Yang mana satu hendak disokong amat memeningkan . DILUAH MATI EMAK DITELAN MATI BAPAK. Apapun yang ada di fikiran setiap yang bergelar tentera fisabilillah mahu matinya syahid. Anda gimana. Berilah pandangan/komentar anda jika anda tertarik dengan isu yang dikemukan ini.

        Segala pandangan/komentar haruslah logik kerana ini adalah isu yang amat berat untuk kita sama-sama memikirkan andainya perkara yang sama terjadi di negara kita sendiri.

        "SETIAP YANG BAIK ITU DATANG DARINYA YANG LEMAH ITU ADALAH DATANG DARI KELEMAHAN SENDIRI."

        OLEH RATU RIMBA NIAGARA.
        1 Ramadhan 1434H
        10 Julai 2013M
      • Ratu Rimba Niagara ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA & POLIS DIRAJA MALAYSIA SENTIASA BERSIAP SIAGA MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA

        Rakyat Malaysia berasa bertuah kerana mempunyai Angkatan Tentera diRaja Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi kerana Agama, bangsa dan negara.

        Seperti yang ada terkandung dalam rukun negara yang kedua, ' SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA'. Semua rakyat Malaysia tanpa terkecuali mesti mentaati apa yang terkandung dalam rukun negara.

        Sebab itu jika ada di antara rakyat Malaysia yang tidak memahami rukun negara , mereka tiada rasa jiwa cintakan negara. Mengganggap negara mereka tidak penting hingga sanggup memperlekehkan Institusi DiRaja tanpa memikirkan impak daripada akan ketidaksetiaan mereka kepada raja dan negara mereka sendiri.
        Moga Rukun Negara menjadi salah satu subjek matapelajaran wajib lulus di semua sekolah rendah dan menengah mahupun IPTA/IPTS.

        Jika sekiranya semua rakyat Malaysia berjiwa patriotik mencintai negara mengatasi kepentingan sendiri , In Shaa Allah Malaysia aman, sejahtera dan dapat mengekalkan kemerdekaan untuk diwariskan kepada generasi kini dan akan datang.
        Tidaklah menjadi seperti yang berlaku di Mesir di mana ada pencanggahan rakyat dengan pihak tentera Mesir yang tidak mengistiharkan hak rakyat melalui sistem demokrasi memilih pemimpin mereka Mohammed Morsi sebagai presiden Mesir yang digulingkan oleh Tentera Mesir. Ini menyebabkan kebangkitan rakyat Mesir untuk mempertahankan pemimpin mereka hingga berlakulah pertumpahan darah di bumi Mesir tanpa ehsan.
        Yang menjadi mangsa yang tidak berdosa adalah rakyat Mesir...selepas digulingkan ,"PINTU RAFFAH" telah ditutup yang mana pintu Raffah ini adalah jalan keluar masuk bantuan makanan dan perubatan ke GAZA. Bayangkan apa akan terjadi kepada rakyat GAZA jika pintu yang menghubungkan ke GAZA ditutup.
        Makanya warga dunia yang beragama Islam mesti bersatu untuk menyelamatkan rakyat GAZA yang menuju di ambang derita akibat kerakusan kuasa yang sudah menepikan rasa kemanusiaan sesama manusia.

        Peristiwa yang terjadi di Mesir haruslah menjadi iktibar kepada semua rakyat Malaysia jika kita sengaja membiarkan negara kita hidup dalam mengadu domba agar negara Malaysia yang aman damai ini menjadi kucar kacir.Tidak tenteram pastilah akan berlaku sepertimana yang berlaku di Mesir. Tapi bezanya di Malaysia , Angkatan Tentera DiRaja Malaysia tidak akan menjadi seperti Tentera Mesir yang berpaling tadah demi ketamakan kuasa untuk memerintah ...mereka telah menyelewengi amanah rakyat kepada mereka.

        Angkatan Tentera DiRaja Malaysia sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempastikan rakyat dilindungi daripada sebarang ancaman musuh.Contoh sepertimana yang berlaku pertistiwa berdarah di Lahad Datu di mana Anggota Polis DiRaja Malaysia dibunuh kejam oleh musuh negara. Angkatan Tentera DiRaja Malaysia bergabung dengan Polis DiRaja Malaysia pergi ke Lahad Datu memerangi musuh sehingga semua musuh berjaya ditumpaskan.
        Inilah bukti betapa Angkatan Tentera DiRaja Malaysia dan PDRM mementingkan keselamatan semua rakyat Malaysia terjaga di sebilang masa. Mereka sentiasa bersiap siaga mempertahankan KEDAULATAN NEGARA. Makanya rakyat Malaysia mesti bersyukur atas pengorbanan yang diberikan oleh ATM dan PDRM.

        Di atas pengorbanan semua anggota keselamatan negara samada yang masih hidup dan gugur di medan juang kami rakyat Malaysia mengucapkan sekalung doa 'Moga Allah Azzawajallah membalas segala kebaikan semua samada ketika hidup dan meninggal dunia sentiasa diRahmati Allah swt Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

        OLEH RATU RIMBA NIAGARA
        2 Ramadhan 1434H
        11 Julai 2013M
        (KARYA DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA RAKYAT MESIR PENYOKONG SETIA PRESIDEN MOHAMMED MORSI, RAKYAT GAZA, ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA & POLIS DIRAJA MALAYASIA DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA)
      • Ratu Rimba Niagara PANTUN SATRIA

        Hajat hati nak jadi perwira,
        Tiada kudrat apalah dayaku;
        Namun begitu bersemangat satria,
        Relaku mati demi negaraku.

        Kata ibu datukku seorang pahlawan,
        Keturunan hulubalang Raja Bugis;
        Aku bersyukur berdarah pahlawan,
        Kutiupkan roh patriotik di jiwa pewaris.

        Rupanya aku tidak keseorangan,
        Di luar sana menyokong perjuanganku;
        Sokong menyokong atas dasar perjuangan,
        Di perjuangkan habis-habisan demi negaraku.

        Takkan hilang melayu di dunia,
        Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
        Melayu bersatu bermuafakat bersama,
        Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

        Berjuang tetaplah berjuang jua,
        Pantang undur sebelum berjuang;
        Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
        Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

        Jasa perajurit memang tidak dilupakan,
        Jasamu mewangi hingga ke mati;
        Siap siaga demi agama dan negara dipertahankan,
        Kaulah perwira rakyat dan negara sejati.

        Pasukan Polis bersedia berkhidmat,
        Bersiap siaga setiap masa;
        Menangani jenayah begitu cermat,
        Agar negara dan rakyat aman sentiasa.

        Tentera Udara Malaysia segak bergaya,
        Berkhidmat sepenuh jiwa dan raga;
        Pertaruhkan nyawa di angkasa raya,
        Keamanan Malaysia di puncak jaya.

        TLDM tidak kurang hebatnya,
        Berada di laut bersiap siaga;
        Musuh yang datang akan ditentangnya,
        Demi keamanan negara sentiasa dijaga.

        Pasukan RELA rela berkorban,
        Berkorban masa dan juga tenaga;
        Berkhidmat dengan RELA atas dasar keikhlasan,
        Demi rakyat dan negara tercinta.

        Jasa PEKIDA tidak dilupakan,
        Matlamatnya jelas pertahankan agama dan negara;
        Kesatria di jiwa dipertaruhkan,
        Semangat perjuangan terus membara.

        PERKASA kusanjung jasamu,
        Berjuang habis-habisan demi agama dan negaramu,
        Tidak pernah berputus asa di hatimu,
        Perjuangan dipertaruhkan tiada jemu.

        PEWARIS Malaysia mempertabatkan melayu tanpa jemu,
        Roh perjuangan tepat dan jelas;
        Semangat membara-bara hidup di hatimu,
        Moga murni perjuanganmu Allah membalas.

        Seni persilatan melayu amat dikagumi,
        Kepahlawananmu tiada tandingannya;
        Generasi muda minat mempelajari,
        Ilmu persilatan melayu dekat di hatinya.

        Kebangkitan rakyat Mesir kekejaman Hosni Mubarak,
        Pemerintahan diterajui menzalimi rakyat;
        Jutaan rakyat bangkit memberontak,
        Akhirnya kemenangan menyebelahi rakyat.

        Kekejaman pemerintahan Libya terus dipertahankan,
        Jutaan rakyat bermandikan peluru dan darah;
        Pemimpinnya rakus gilakan kekuasaan,
        Kemusnahan negara dan rakyat tinggal sejarah.

        Rakyat Malaysia cintakan keamanan,
        Pemimpin Malaysia cintakan negara;
        Rakyat dan pemimpin saling sefahaman,
        Saling berkorban demi negara.

        Peristiwa Mesir dan Libya jadikan pedoman,
        Jangan dengki-mendengki rakyat dan pemimpin;
        Negara sentiasa terus aman,
        Kedaulatan negara sejak berzaman.

        Pahlawan melayu pantang berundur,
        Rela bermandikan darah dihujani peluru;
        Demi pewaris takkan berudur.
        Nyawa dipertaruhkan di setiap penjuru.

        Berkibarlah benderaku terus berkibar,
        Rakyat dan pemimpin terus pertahankan;
        Rakyat Malaysia jangan dicabar,
        Roh perjuangan meniti zaman.

        Karya Ratu Rimba Niagara
        12 Rabiulawwal 1434H
        25 Mac 2013M
        (PANTUN SATRIA DIILHAMKAN SEMPENA MERAIKAN HARI POLIS MALAYSIA
        PDRM KE-206 PADA 25 MAC 2013 DENGAN SLOGAN,'KOMINITI SEJAHTERA KOMITMEN KAMI' MOGA SEMUA YANG BERGELAR PERWIRA MALAYSIA TERUS BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR KAMI SELURUH RAKYAT MALAYSIA SENTIASA MENYOKONG PERJUANGANMU MENGHARGAI SETIAP TITISAN DARAH DAN NYAWAMU DEMI IBU PERTIWI TANPAMU SIAPALAH KAMI MOGA ALLAH SWT MEMBALAS SYAHIDMU DI MEDAN JUANG AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)

        (KARYA DISIARKAN DI WALL PERDANA MENTERI & WALL POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
        19 Mei 2013
      • Ratu Rimba Niagara PANTUN TRANFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA

        Transformasi Berjaya,
        Rakyat Sejahtera;
        Hargai Merdeka,
        Sejahtera Malaysia.

        Demi maruah bangsa yang gagah,
        Rela kutempuhi onak dan duri;
        Agar Malaysiaku terus megah,
        Dijajah semula rakyat yang rugi.

        Bekalan warisan anak-anak merdeka,
        Disanjung dipuja setiap masa;
        Semangat patriotik tertanam di jiwa,
        Anak-anak pasca merdeka pasti berbangga.

        Kukuh perpaduan demi 1Malaysia,
        Tiada makna jika hati penuh kepalsuan;
        Mencintai negara terus membara,
        Salam perpaduan penuh keikhlasan.

        Negara maju aman sejahtera,
        Berkat kepimpinan yang utamakan rakyatnya;
        Perpaduan terbentuk demi cintakan negara,
        Transformasi berjaya rakyat sejahtera.

        Aman bahagia rakyat sejahtera,
        Rakyat sepakat dalam perpaduan:
        Pelbagai kaum meraikan 1Malaysia,
        Malaysia berada di puncak kejayaan.

        Malaysia perkasa di persada dunia,
        Lambang semangat negara berjaya;
        Rakyat dan Pemimpinnya berubah demi negara,
        Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.

        Transformasi berjaya rakyat sejahtera,
        Misi dan visi 1Malaysia rakyat realisasikan;
        Barulah pemimpin dan rakyat tiada sengketa,
        Negaraku sejahtera dalam keamanan.

        Negaraku sejahtera dalam keamanan,
        Berkat pemerintahan memahami kehendak rakyat;
        Bersatu hati dalam perpaduan,
        Kemerdekaan dihargai sepanjang hayat.

        Kemerdekaan dihargai sepanjang hayat,
        Untuk diwarisi zaman berzaman;
        Semua jasa Perdana Menteri tetap di hati rakyat,
        Bersatu hati mengekalkan kemerdekaan.

        Bersatu hati mengekalkan kemerdekaan,
        Pelbagai kaum saling menghormati;
        Kepentingan negara menjadi keutamaan,
        Memadamkan segala kedengkian di hati.

        Memadamkan segala kedengkian di hati,
        Matlamatnya satu biarpun berlain parti;
        Memerintah negara seikhlas hati,
        Demi kerana Malaysia dicintai.

        Demi kerana Malaysia dicintai,
        Yang tua dihormati;
        Yang muda disayangi,
        Barulah aman Malaysiaku ini.

        Barulah aman Malaysiaku ini,
        Pemimpin mementingkan kebajikan rakyatnya;
        Tidak mementingkan diri sendiri,
        Demi kerana negara dan rakyatnya.

        Demi kerana negara dan rakyatnya,
        Perdana Menteri menyeru lakukan transformasi;
        Tranformasi dari akar umbi hingga semua menteri kabinetnya,
        Tranformasi berjaya barulah rakyat berpendapatan tinggi.

        Barulah rakyat berpendapatan tinggi,
        Kehidupan sempurna rakyat sejahtera;
        Jasa pemimpin rakyat hargai,
        Kemajuan negara ke puncak jaya.

        Kemajuan negara ke puncak jaya,
        Rakyatnya gigih membangunkan negara
        Pesat membangun transformasi berjaya,
        Mencipta nama hingga ke antarabangsa.

        Mencipta nama hingga ke antarabangsa,
        Negaraku Malaysia rakyatnya sentosa;
        Hidup aman dan bahagia sentiasa,
        Transformasi berjaya rakyat sejahtera.

        Merdeka negara mesti dijaga,
        Akan sejahtera kita semua;
        Tutur kata seindah bahasa,
        Barulah negara aman sentosa.

        Pentadbir negara bersatu padu,
        Cemerlang berkerja tidak terburu;
        Lambang utuh ukhwah bersatu,
        Negara makmur negara maju.

        Negara makmur negara maju,
        Kebanggaan warisan pejuang terdahulu;
        Pemimpin dan rakyat sentiasa berpadu,
        Demi kerana Malaysia yang satu.

        Kebanggaan warisan pejuang terdahulu,
        Sanggup berkorban demi memerdekakan negara;
        Generasi pasca merdeka amat terharu,
        Menghargai kemerdekaan sejahtera negara.

        Transformasi berjaya rakyat sejahtera,
        Pembangunan negara pesat membangun;
        Mercu kejayaan pentadbir negara,
        Malaysiaku maju rakyatnya aman.

        Sanggup terkorban demi memerdekakan negara,
        Lambang patriotik semangat perwira;
        1Malaysia sayangkan negara,
        Jiwa patriotik sentiasa membara.

        Lambang patriotik semangat perwira,
        Jalur semangat gemilanglah bangsa;
        Jalur gemilang tetap dimulia,
        Dipertahankan untuk warisan bangsa.

        Kita anak-anak Malaysia yang gagah,
        Pantang berundur sebelum melangkah;
        Jalur Gemilang berkibar megah,
        Jadikan negara dipandang Gah.

        Demi semangat cintakan negara,
        Jalur Gemilang tak boleh ditukar ganti;
        Lambang kesetiaan rakyat kepada negara,
        Kekal merdeka Malaysia dihormati.

        Kekal merdeka hingga ke akhir zaman,
        Berkat kecintaan rakyat kepada negara;
        Keharmonian negara sejak berzaman,
        Kemajuan negara dipacu terus mara.

        Berkibarlah benderaku penuh bangga,
        Perjuangan dan kesetiaaanmu kami hargai;
        Akan kami pertahankan sepenuh jiwa dan raga,
        Kesetiaan kibaranmu tidak akan kami ragui lagi.

        Karya Ratu Rimba Niagara
        18 April 2013
      • Ratu Rimba Niagara INDAHNYA BERSATU DALAM SATU KALIMAH
        LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

        ALLAH BERHAK MEMBALAS CINTA SEMUA HAMBA-NYA
        LAGI KITA MENCINTAI-NYA LAGI DUNIA INI BAGAIKAN
        TERPANA DALAM DZAT CINTA-NYA
        SESUNGGUH-NYA ALLAH MAHA PENYAYANG
        KASIH SAYANG-NYA TIADA HAD TIADA PENGHUJUNG
        AMAT BELAS KASIHAN PADA HAMBA-NYA
        SENTIASA MEMBERI PELUANG DAN RUANG PADA SETIAP
        HAMBA-NYA MENCINTAI-NYA
        BERCINTA DENGAN-NYA
        MERINDUI-NYA TIDAK AKAN DITOLAK
        TIDAK AKAN DIKECEWAKAN
        MALAH DIBALAS DENGAN PENUH KASIH SAYANG
        HANYA HAMBA-NYA MEMAHAMI
        MENGIKUT TAHAP DALAMNYA CINTA HAMBA-NYA KEPADA-NYA
        SEGALA CIPTAAN-NYA MENDOAKAN HAMBA-NYA YANG MENCINTAI-NYA
        SETITIS AIR MATA YANG GUGUR
        TIKA MENYEBUT-NYEBUT NAMA-NYA
        ALLAH BALAS CINTAKU ALLAH
        ALLAH BALAS RINDUKU ALLAH
        ALLAH ALLAH ALLAH AKU CINTA-MU
        ALLAH AKU SEPI TANPA CINTA-MU
        ALLAH ALLAH ALLAH AKU SEPI TANPA RINDU-MU

        ALLAH CUKUPLAH KAU BAGIKU ALLAH
        BALASAN CINTA-MU
        LEBIH BERHARGA DARI ALAM DAN SEISI-NYA
        AKU BUKANLAH WALI-MU
        AKU BUKANLAH KEKASIH-MU
        TAPI AKU ADALAH PENDAMBA CINTA-MU
        HIDUP MATIKU YANG AKU MAHUKAN CINTA DAN REDHA-MU

        BIARLAH AKU TIDAK DIKENALI OLEH MANUSIA PUN TAK MENGAPA ITU BUKAN MATLAMATKU BERHIDUP DI MUKA BUMI-MU INI YANG AKU MAHU MENJADI HAMBA-MU YANG BERAMAL KERANA-MU BERBUAT BAIK KEPADA SEGALA MAKHLUK-MU KERANA-MU

        KUKERAH
        KUPERAH
        KUUSAHAKAN SEDAYA MAMPU
        BIARPUN TAK BERDAYA
        BILA MENYEBUT NAMA-MU
        TERUS KEKUATANKU DATANG
        MAKA YA ALLAH
        DENGAN LIMPAH RAHMAT KASIH-MU
        HANYA ENGKAULAH SAJA YANG KUSANDARKAN SEGALA HARAPAN ANDAINYA AKU LAYAK MEMIKUL TANGGUNGJAWAB INI SEBAGAI HAMBA-MU
        MAKA KAU MAKBULKAN SEGALA USAHAKU DALAM REDHA-MU
        TIADA LAIN YANG AKU PERJUANGKAN DI DUNIA INI
        MELAINKAN MERAIH CINTA DAN REDHA-MU
        AGAR BILA NAFAS TERAKHIRKU NANTI
        DAPAT MENYEBUT KALIMAH SYURGA-MU
        LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
        AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

        الله الله الله يا الله

        لا إله إلاَّ الله محمد رسول الل

        لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ

        سُبْحَانَ اللَّهِ ♤ ♣ الْحَمْدُ للَّهِ ♤ ♣ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ♤ ♣ اللَّهُ أَكْبَرُ♤ ♣

        اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

        أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله

        ~آمِيّنْ... آمِيّنْ.... آمِيّنْ.. يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ ~

        MARHABAN YA RAMADHAN
        MAAF ZAHIR BATHIN

        MOGA BERSAMA KITA DI SYURGA FIRDAUSI MEMANDANG ALLAH AZZAWAJALLAH
        AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

        الله الله الله يا الله

        لا إله إلاَّ الله محمد رسول الل

        لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ

        سُبْحَانَ اللَّهِ ♤ ♣ الْحَمْدُ للَّهِ ♤ ♣ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ♤ ♣ اللَّهُ أَكْبَرُ♤ ♣

        اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

        أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله

        ~آمِيّنْ... آمِيّنْ.... آمِيّنْ.. يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ ~

        INDAHNYA BERSATU DALAM SATU KALIMAH
        LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

        SENTIASA MUHASABAH DIRI
        MENGINGATI SAKARATULMAUT YANG PASTI HAMPIRI
        SETIAP MASA MENUNGGU ARAHAN DARI ILAHI
        ADAKAH AKU MASIH BEGINI
        MASIH LEKA DENGAN DUNIAWI
        MASIH SALING DENGKI MENDENGKI
        MASIH TAK SEDAR DIRI
        MASIH MENGADU DOMBA SESAMA SENDIRI
        TAK TAKUT MATI
        DATANG SEBENTAR LAGI
        BERGELAR MAYAT YANG AKAN DIKUBURI
        APA YANG HENDAK DIJAWAB NANTI
        SOALAN KUBUR YANG DITANYAI
        TERKELU LIDAH MAYAT UNTUK MENJAWAPI
        GAGAL DIJAWAB PASTI MERANA DIRI
        MENANGIS TAK GUNA DIRATAPI
        SELAUTAN AIR MATA DARAH TIADA ERTI LAGI
        MERAUNGLAH UNTUK DIHIDUPKAN KEMBALI
        TIDAK AKAN DIPERKENANKAN ILAHI
        SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT UNTUK DIKESALI
        MANA ADA MAYAT DIHIDUPKAN KEMBALI
        MEMBERITAHU BETAPA SAKITNYA SAAT MATI
        MENGGIGIL MENJAWAB SOALAN KUBUR BILA DITANYAI
        BETAPA AZAB SENGSARANYA SEKSA KUBUR AMAT DITAKUTI
        MENYESAL TIADA BERGUNA LAGI
        RATAPILAH I DIPUKUL DIPALU SEHINGGA SANGKAKALA BERBUNYI

        MARHABAN YA RAMADHAN
        INDAHNYA BERSATU DALAM SATU KALIMAT
        LAA ILLAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

        SENTIASA MAHU MENJAGA TALISIRATURRAHIM
        SALING BERSATU HATI
        SALING BEKERJASAMA DALAM MEMBUAT KEBAJIKAN
        BERBAGI KELEBIHAN KURNIAAN ILAHI
        TANPA ADA NIAT UNTUK BERBANGGA DIRI
        YANG ADA HATI SEMURNI SYURGA
        MEMBANTU SELAGI DAYA
        DALAM PENUH BERBELAS KASIHAN
        TANPA HARAP DIBALASI BUDI YANG DIBERI
        MELAINKAN MENGHARAP REDHA ILAHI
        KETIKA ROH KELUAR DARI JASAD
        TELAFAZLAH KALIMAH
        LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
        INDAHNYA DI KALA PERTEMUAN ROH DENGAN ALLAH ROBBUL IDZATI HANYA DIA YANG TAHU DI KALA ITU RAHSIA ROH DAN ILAHI

        ITU SEMUA BERKAT KITA TAHU ILMU MAKRIFATULLAH
        DALAM SEGALA PERKARA SEMUANYA BERSENDIKAN KALIMAH
        LAA ILLA HAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
        INDAHNYA BERSATU DALAM KALIMAT
        LAA ILLA HAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

        MOGA BERSAMA KITA DI SYURGA FIRDAUSI MEMANDANG ALLAH AZZAWAJALLAH
        AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

        'HIDUP ADALAH MIMPI
        MATI ADALAH REALITI
        MAKA KITA REALITIKAN AKHIRAT
        AGAR MENJADI FOKUS SEBENAR KITA BERHIDUP DI MUKA BUMI INI SEMOGA DENGAN RAHMAT KASIH-NYA KITA BERSAMA DI SYURGA FIRDAUSI MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH ITULAH REALITI-NYA YANG KITA IMPIKAN MENJADI KENYATAAN ' AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.'

        RATU RIMBA NIAGARA
        11 Ramadhan 1434H
        20 Julai 2013M
    • Kami taat setia Kdymm Sultan Kelantan dan Tengku Mahkota Kelantan added a photo from July 19, 2013 to their timeline.
      Majlis berbuka puasa bersama KDYMM Sultan Muhammad V di masjid Alor Pasir Wakaf Baru
      Unlike ·  ·  · about an hour ago · 
      • You and 427 others like this.
      • Bahar Iskolani Isaberahim Masjid Alor Pasir Wakaf Bharu
      • Ahmad Fadhlie Subhanallah..dok bersila ja sultan..ssh nk cri skarang..semoga allah panjangkan usianya..amin
        about an hour ago via mobile · Like · 5
      • Zulkarnain Zul Masjid kmpg ambo ter
      • Alif Safuan Zainal Abidin bersila sahaja. xde kerusi kuning
        about an hour ago via mobile · Like · 1
      • Tengku Bahtera Ne lah contoh raja yg tebaik berserdahana shj...
      • Amir Amna allahuakbar
      • Bob Peniaga xdok ore luar kelantan ke yg komen gambar ni?
      • Taquila Pop betul...adakah anak yatim dapat apa yang dirasai oleh mereka...yang menikmati apa yang di jamu kan oleh kamu yang sedang menikmati jamuan seperti diatas ini~~~~~~~~~~~
      • Ratu Rimba Niagara INDAHNYA SEDEKAH INDAHNYA ISTANA SYURGA

        Ibu ...tak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan....
        gimana ibu...makanan untuk dimakan hari ini pun nggak ada...
        Tak apalah nak...kita makanlah apa yang ada...

        Pokoknya semuanya nggak ada...kita kena berlaper ibu...

        Berlapar itu lebih bagus daripada kita meminta-minta nak...

        Kenapa ya buk...orang-orang kaya ini nggak yang ada suka
        membantu orang miskin seperti kita... mereka mau kita
        melutut di kakinya belum tentu mahu berbagi nikmat harta
        yang mereka miliki...

        Nak...orang miskin ni...dipandang hina orang kaya nak...
        orang kaya baginya akan jadi miskin jika mereka bersedekah walaupun
        dengan sekeping roti canai....

        Ibu....saya mau keluar sekejap...ibu tunggu saja di rumah
        zikir banyak-banyak untuk hilangkan laper ya buk...

        Si anak tadi pergi ke rumah orang yang paling kaya di kampung itu.
        secara kebetululan orang kaya itu sedang bersarapan pagi dengan 10 keping roti canai.....

        Si anak itu menghampiri si kaya.

        Pak...boleh tak berikan saya sedikit roti canai yang bapak punya...."

        Pergi kamu dari sini ...aku jijik lihat kamu ini ...taunya kamu
        minta...minta ...di sini bukan untuk meminta sedekah...pergi kamu dari sini ...!!!"

        Si anak tak berputus asa...pergi juga merayu-rayupenuh simpati apabila mengenangkan
        ibunya dirumah kelaparan...

        Pak...kasihanilah saya...udah tiga hari saya dan ibu saya tak makan...tak rugi bapak sedekah kan sekeping roti canai pun udah memadai.
        Saya bukan minta uang bapak...saya cuma minta sekeping roti canai untuk saya makan dengan ibu saya..pak...tolong kasihani saya pak..."

        Kenapa kamu degil sangat...pergi kamu...! Pergi kamu dari sini..."
        Marah si kaya yang amat sangat lantaran itu di balingkan roti canai ke muka si anak itu...

        Anak itu terus lari bersama dengan sekeping roti canai yang dibalingkan oleh si kaya.

        Sampai di rumah ibunya masih berzikir.

        " Ibu...ini rejeki kita...ibu....ibu makan separuh saya makan separuh buk..."

        "Syukur Alhamdulillah...Allah berikan kita rejeki tanpa sangka-sangka bolehlah mengalas kelaparan kita...kita angkat tangan ya nak agar Allah merahmati orang yang menyedekahkan kitaroti canai ini."

        Si anak menangis apabila mengingatkan gimana dia dimaki hamun oleh si kaya raya dan membaling roti canai itu ke wajahnya dan roti itu jatuh di ke tanah."

        "Kenapa anak nangis? Apa yang telah tejadi nak?"

        "Marilah kita sama doakan yang sedekah roti canai ini pada kita ya buk...moga Allah balas dengan sebuah istana di Syurga. Aamiiin ya Rabbal A'Lamiin."

        Si kaya yang membalingkan roti canai itu tika pergi ke kantornya telah berlaku kecelakaan jalanraya dan mati ditempat kejadian.

        Roh si kaya kaget gimana dia boleh memiliki sebuah Istana Syurga yang indahnya tidak dapat
        dibandingkan dengan istananya di dunia.

        Baru dia sadar bahawa roti canai yang dilemparkan kepada anak si miskin itulah yang menyebabkan dia diKurniakan Allah sebuah Istana Syurga yang indah....Subnallah jika dia tahulah begini hebatnya nikmat bersedekah bukan setakat sekeping roti canai saja malah istana dan uangnya yang banyak itu diinfakkan ke jalan-jalan Allah....tapi dia cuma memiliki sebuah Istana Syurga sahaja itu pun berkat doa si miskin yang mendoakannya walaupun didermakan sekeping roti canai dengan keadaan yang amat menyedihkan!.

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        10 Ramadhan 1434H
        18 July 2013M

        (KARYA DISIARKAN SEMPENA KEBERKATAN RAMADHAN SEMOGA SEMUA YANG MEMBACA MENDAPAT NUR HIDAYAH KASIH-NYA AAMIIN)
        10 Ramadhan 1434H
        18 July 2013
      • Ratu Rimba Niagara KEJARLAH AKHIRATMU KARENA DI SANA AKAN KAU TEMUI DUNIAMU!

        Anakku Androgini Asmaragama...
        kejarlah akhiratmu di sana akan kau temui duniamu
        kata-kata terakhir yang kuingat sampai kini sepanjang hayatku
        ...See More
      • Ratu Rimba Niagara ROH YANG KEMBALI DIBULAN RAMADHAN

        Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah 
        ...See More
      • Ratu Rimba Niagara MENGIMARAHKAN MASJID DENGAN KOMINITI MASYARAKAT PENYAYANG

        Di Makkah Mukarramah tak jadi masalah pun setiap kali berjemaah disambut oleh tangisan gema anak-anak menangis...barangkali kerana inilah ilmu pasakan tauhid ibubapa mereka jadi taat dengan Tuhan bila dewasa tidak seprti di Malaysia anak-anak kecil diperkecilkan malah dimarah-marah oleh ahli jawatan kuasa masjid hingga bila mereka dewasa menjadi trauma untuk ke masjid...macam mana itu ya...

        Memang tidak dinafikan kenakalan kanak-kanak menggugat kesabaran kita berjemaah di Masjid tambahan pula bila dekatnya Aidil Fitri...mereka bermain mercun...hingga ada jemaah muslimat yang terperanjat hingga melatah tika solat terawih...mana lagi dengar bunyi dum dam dum dam bunyi mercun yang kuat meledak lagi...mana lagi bunyi melatahnya jemaah muslimat lagi...memang tak kusyuk dibuatnya..benar-benar mencabar kesabaran kita mahu bersolat terawih...barangkali inilah dinamakan dugaan untuk mendapat ganjaran pahala solat Terawih....SABAR AJE LAH.....kanak....kanak...nanti jika kamu sudah besar baru kamu faham dan pasti kamu tergelak bila mendengar nenekmu melatah tika solat terawih....nakalkan kamu....

        Kita semua pernah bergelar kanak-kanak...hidupnya tahu gembira je...berkawan...nakalnya Masya- Allah...tapi dalam kenakalan hendak juga pergi berjinak-jinak ke masjid ..bila sampai di masjid dikutuk di hina malah dipukul sambil mengatakan anak Syaitan bin Iblis oleh ahli masjid...kerana setiap kali dimalukan oleh ahli masjid dan mereka-mereka yang sempurna imannya ....kanak-kanak tersebut terus membenci ahli masjid dan yang lebih parah sekali membenci masjid sampai ke dewasa...dalam hal ini siapa yang hendak kita persalahkan?
        Adakah ibubapa...ahli masjid..dan mereka yang sempurna iman?
        Sepatutnya masjid tempat pendidikan ilmu tauhid di jiwa kanak-kanak. Jika kita dapat selamatkan tauhid mereka dengan hormat kita kepada mereka ..tunjukkan rasa belas kasihan dalam kasih sayang...pasti mereka tidak akan membenci masjid ...tidak menjauhi masjid.

        Cuba kita perhatikan di gereja...mana-mana masyarakatnya yang tiada tempat perlindungan ...dialu-alukan datang ke gereja...di sana mereka yang teraniaya dilayan dengan penuh prihatin dan kasih sayang ...tiba masanya waktu sembahyang mereka ajak mereka ke gereja....mereka yang dilindungi bukan saja suka ke gereja malah menjadi menyebar agama kristian.

        Alangkah indahnya jika semua masjid-masjid di Malaysia ini dijadikan tempat perlindungan bagi mereka yang terania ...ini tidak lagi dipandang hina ...dikutuk ...macamlah hina sangat mereka di mata ahli masjid dan orang alim ulama. Adakah ini cara pengajaran Islam. Sedangkan Islam ini indah dan menggalakkan penganutnya berkasihan belas di antara satu sama lain.

        Jika kerajaan ambil perhatian mengenai perkara ini mengwujudkan pusat-pusat perlindungan kepada mereka yang hilang arah tujuan hidup segera ke Masjid...diberikan perlindungan dengan sepatutnya.

        Barulah benar konsep masjid itu sendiri mengimarahkan masjid dengan kominiti masyarakat hidup saling bergotong royong dalam perkara-perkara kebajikan penuh dengan belas kasihan dan berkasih sayang kerana Allah Taala.

        Begitu juga di sekolah Agama atau pondok tahfiz...samada dikelolakan oleh kerajaan atau swasta...ustaz dan ustazahnya ...garang-garang belaka...cara pengajaran mereka macam samseng ..bahasa maki hamun je...tak sesuai mengajar di sekolah agama....ada kah murid yang bebal (bodoh atau begok diambil jarum terus di cucuk ke cuping teling pelajar agama dan ustaz main sepak terajang je mulut pelajar yang sedang makan sampai tersebur nasi di mulut..memang tak peliklah ada ustaz mendera pelajar sampai mati pelajar itu dikerjakan. Dan memang tak pelik lagi kenapa bila pelajar dari sekolah agama bila dewasa menjadi bencikan agama Islam ...seumur hidup gara-gara ustazah dan ustaz yang macam samseng. Di sini siapa yang hendak kita persalahkan. Makanya penting kita semua memperbetulkan semua yang berbentuk kezaliman dalam diri kita sendiri agar dapat diperbetulkan pada masyarakat demi menyelamatkan tauhid anak-anak remaja kita. Moga Allah swt membantu kita dalam membetulkan kekhilafan kita melayani generasi yang bakal kita tinggalkan. Moga berkat kerjasama semua pihak generasi yang kita tinggalkan, berakhlak, iman berpasakkan ilmu tauhid yang kukuh kepada Allah swt maka tersebar luaslah ajaran Islam di serata dunia In Shaa Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin. 'HIDUP SENTIASA BERKASIHAN BELAS BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH TAALA BAGAIKAN TAMAN-TAMAN SYURGA INDAHNYA'

        RATU RIMBA NIAGARA
        11 Ramadhan 1434H
        20 Julai 2013M
      • Ratu Rimba Niagara GEMBIRALAH KALIAN MENIKMATI SYURGA

        Kata ibu aku anak yang nakal,
        Pening kepala ibu melayani kerenahku;
        Bukan niatku menjadi nakal,
        Sudah lumrah kanak-kanak begitu.

        Kesusahan keluarga tidak kupeduli,
        Kerana ibu dan ayah terpisah sudah;
        Aku bersedih kenapa nasibku begini,
        Kebahagiaan keluarga semuanya musnah.

        Biarpun ibu dan ayah tidak sehaluan,
        Namun kumasih harap mereka bersatu;
        Kuberjauhan setiasa rindu-rinduan,
        Demi kasih dan sayang rasa tak jemu.

        Rasa bahagia tinggal di sini,
        Rumah Anak Yatim Madrasah Al-Taqwa;
        Hidup kami saling sayang menyayangi,
        Azam kami menjadi hamba bertaqwa.

        Abang Zaid baik budi,
        Kami dilayan seperti keluarga sendiri;
        Hari-hari berbunga kasih suci,
        Hingga ke mati tidak dilupai.

        Kami bergurau senda setiap hari,
        Bersenda gurau tidak terguris hati;
        Bersahabat saling hormat menghormati,
        Demi kerana Allah dicintai.

        Setiap hari membaca Kalam Allah,
        Memejam mata menghafal Al-Quran;
        Ayat dibaca hafallah sudah,
        Gembiranya hati dalam kesyukuran.

        Baca Al-Quran berjubah dan berserban putih,
        Berwangi-wangian setiap hari;
        Hafalan Al-Quran menjadi mudah,
        Gembiranya hati tidak terperi.

        Solat berjemaah setiap waktu ,
        Setiap seorang berpeluang menjadi imam;
        Gembiranya kami apabila sampai waktu,
        Syahdu sungguh mendengar suara imam.

        Waktu Maghrib aku mengalunkan azan,
        Penghuni bumi dan langit syahdu mendengar;
        Gembiranya aku mengalunkan azan,
        Doa penghuni bumi dan langit aku bersyukur.

        Ustaz mengajar kami penuh kasih sayang,
        Kami dianggap seperti anak sendiri;
        Dunia akhirat kami ingin cemerlang,
        Belajar bersungguh-sungguh setiap hari.

        Kusayang abang dan adik-adik,
        Di Rumah Anak Yatim Dan Kebajikan Madrasah Al-Taqwa;
        Hidup kami seperti adik beradik,
        Moga kami menjadi insan bertaqwa.

        Suatu hari Amizan menelefon bapa,
        Minta belikan beg sandang;
        Setiap hari menunggu bapa,
        Redha Amizan bapa tak datang.

        Bilik kami dihias indah,
        Dipenuhi dengan kad ucapan Hari Ibu;
        Kata-kata maaf dan sayang penuh bermadah,
        Hingga ke Syurga kami sayangkan ibu.

        Kusayang adikku Iman sepenuh hati,
        Iman mahukan jam dan minyak wangi;
        Kuhadiahkan Iman sukanya hati,
        Dipakai Iman setiap hari.

        Sukanya hati kami dapat perhatian,
        Daripada FINAS untuk raikan kami;
        Kami gembira dalam kesyukuran,
        Kerana ada yang sudi mengingati kami.

        Berqiamulail kami di malam itu,
        Syahdu sungguh abang Zaid membaca Al-Quran;
        Kami semua menangis tersedu-sedu,
        Menghayati Kalam Allah dalam kesyahduan.

        Selepas solat kami berzikir,
        Sambil berzikir menangis hiba;
        Hal dunia kami tak fikir,
        Melainkan Allah yang dipuja.

        Habis berzikir kami bermaaf-maafan,
        Sambil bermaafan berpelukan dalam tangisan;
        Serasa kami tidak mahu dipisahkan,
        Kalau sudah takdir kami redhakan.

        Hari itu kami bersiap menyambut tetamu,
        Tetamu yang dihormati lagi disayangi;
        Sikap penyayang mereka sudahlah tentu,
        Bertuahnya kami hidup disayangi.

        Kemeriahan menyambut tetamu bertukar duka,
        Kami berpelukan sesama sendiri;
        Berzikir kami penuh hiba,
        Relakan kami sehidup semati.

        Sahabatku separuh badan ditelan bumi,
        Menyuruhku selamatkan diri;
        Aku menangis melihat sahabatku mati,
        Moga dirimu Syurga menanti.

        Sahabatku ditelan bumi bersama adikku,
        Kusempat mencapai tangan adikku Iman,
        Tapi apa nak buat cepatnya berlaku,
        Pergi adikku Iman kulaungkan azan.

        Duhai sahabat-sahabat dan adikku sayang,
        Kalian dikebumikan dalam liang lahad yang sama;
        Kenangan bersama terbayang-bayang,
        Tunggulah kedatangan ku ingin bersama.

        Pemergian kalian kutangisi dalam redha,
        Kenangan bersama kuabadikan hingga ke mati;
        Gembiralah kalian menikmati Syurga,
        Sesungguhnya Allah memberimu darjat yang tinggi.

        Karya: Ratu Rimba Niagara
        22 Mei 2011
        (Sempena Memperingati Pemergian 16 Orang Pelajar
        Rumah Anak Yatim & Kebajikan Madrasah Al-Taqwa.
        Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka)
        ·

www

0 comments:

Post a Comment

 
;