Thursday 18 July 2013

AKU REDHA KALAU ITU TAKDIR-NYA




Andai ini takdirku..
---------------------

Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah payu dara....dia dah mula cari spare tyre, dapat plak student IPTA..muda lagi. wife dia kena buang sebelah payu dara...kawan saya ni dah geli untuk bersama dengan wifenya. Bulan 12 tahun lepas, kawan saya kahwin dengan 2nd wife dia yang baru berumur 21 tahun....

Masa cuti Thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1. Dan yang paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik master bed room..untuk beri laluan kepada wife no.2...kejam. Memang kejam !!

Saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yang halau wife no.1 keluar bilik. Walaupun tindakan dia kahwin tu..saya tak kisah sangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.

Masa Thaipusam tu, saya sempat lah cakap dengan dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah - we all sama-sama beli rumah masa bujang. Saya cakap sampai hati dia buat macamtu kat wife no.1, dia marah saya balik, hal rumahtangga dia, saya jangan campur..dah kena camtu....saya malas lah nak bertekak...

Saya ada jugak suruh dia asingkan dua dua isteri...tapi dia tak nak...dia kata payah dia nak berulang alik. lantaklah... ..biar Tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.

Kawan saya tu sebaya dengan saya. Umur 35 tahun. Wife no.1 kawan saya tu umur 39 tahun. Tua dari kami. Masa kawan saya belajar dulu...memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagai operator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan saya tu...lepas tu, dah jodoh, dia orang kahwin..

Mungkin sebab perbezaan umur yang perempuan lebih tua, menyebabkan kawan saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yang buat saya bengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah sekarang supaya jadi macam dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.

Saya memula tak tahu jugak yang kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal bersama wife no. 1. Tapi, bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah...saya jengoklah... saya nampak kawan saya tengah campak baju-baju wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu...

Kat bawah...saya tengok...anak-anak dia yang 4 orang tu dengan maid...menangis pungut baju mak dia...kawan saya menjerit-jerit dari atas balconi..cakap. .. "kau orang cakap dengan mama kau...kalau nak papa jaga sampai mampus...jangan lawan cakap papa..."

Tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak-anak dia bila dengar papa dia cakap camtu. Anak-anak no.1 & 2 perempuan, 3 & 4 lelaki. Saya rasa, tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronoklah dia berendam & mandi sama-sama dengan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu...sama-sama pergi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing-masing dulu...

-----------------------------------------------------------------------
Maaf. Lama saya tak sambung cerita pasal kawan saya nie. Ini kerana saya sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri arwah wife no.1 kawan saya tu.

Arwah baru sahaja meninggal dunia pada hari sabtu 250103...sedangkan suaminya - rakan baik saya tiada di Malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 di France . Rakan saya sudah berlepas pada malam 240103 lagi.

Apabila saya balik ke rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport Changi, maid arwah call mengatakan yang arwah mengalami sesak nafas...saya kelam kabut ke rumah sebelah..untuk bawa arwah ke hospital...sebelum arwah pergi ke hospital.. .dengan kepayahan, arwah mencium dua anak kembarnya (no.3,4) yang berusia 3 tahun yang sedang tidur. Arwah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yang berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin arwah dah tahu yang dia akan pergi..

Hanya saya dan maid arwah sahaja yg menghantar arwah ke hospital. wife saya menunggu di rumah rakan saya. Beberapa kali masa dalam perjalanan, arwah berpesan pada saya supaya tolong tengok-tengokkan anaknya...

Saya masa tu, hanya meninggalkan pesanan sms kat rakan saya yang isteri dia sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abang arwah yang berada di Kluang supaya datang segera. Arwah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak & ayahnya sudah tiada.

Semasa di hospital, arwah sempat berpesan dengan doktor, jangan lakukan rawatan yang teruk-teruk kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu. dah puas saya menangis 2 3 hari ni.

Masa abang arwah sampai dari Kluang ke hospital...arwah masih dalam bilik rawatan....abang arwah terlampau geram bila tahu adik iparnya pergi melancong. masa tu arwah dah koma dan tak lama lepas tu, arwah pergi buat selamanya. dan abang arwah yang membuat keputusan agar jenazah arwah segera dikebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.

Saya dengan abang arwah yang sibuk menguruskan urusan untuk mengeluarkan jenazah. Banyak perkara yang saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital untuk
mengeluarkan jenazah dan juga urusan-urusan lain.

Alhamdulilah.. untuk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telah banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. malam tu, saya dan abang arwah tidak tidur.

Dalam pukul 10 lebih, 250103, pagi, barulah jenazah arwah dapat dibawa ke rumahnya dan selepas zuhur, jenazah arwah selamat dikebumikan.

Suami arwah hanya menelefon semasa jenazah arwah dibawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian. dalam kepala saya masa tu tak ada fikir untuk marahkan rakan saya tu, hanya yang terlintas untuk selesaikan urusan pengebumian sahaja.

Masa jenazah di rumah, anak-anak arwah yang no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yang kembar tu..sibuk bertanya ‘’kenapa mama tidur kena tutup.. ??’’ ‘’kenapa mama tidur kena tutup.. ??’’ sedih. sedih sangat saya ketika itu. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi air mata saya menitis juga. saya kenal arwah masa saya form 4 di MRSM. masa tu, saya dan rakan saya sama-sama belajar di sana. masa form 4 lah, rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan arwahlah yang selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas SPM, we all dapat tawaran ke USA . setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari arwah kak zai tidak kurang dari $100 USD.

Masa pengebumian, saya antara yang menyambut jenazah dari dalam lubang kubur untuk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa arwah sedang merenung saya, sedih masa tu.

Masa urusan pengebumian tu, anak-anak arwah yang kembar hanya memandang sahaja. Tetapi, bila tanah ditimbus menutupi jasad mamanya, barulah yang kembar itu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya.

Suami arwah akan kembali pada hari rabu 290103. dan sehingga hari ni, setiap malam ke empat-empat anak arwah tidur bersama-sama saya...mereka rindukan arwah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan, budak-budak tu selalu je mengigau bila tidur. Mereka akan memanggil ‘’mama...mama...mama...’’ dan saya terpaksa memujuk dengan mengatakan.. ..shhh.. senyap.. senyap sayang...papa ada..papa ada sini..dan saya berharap agar Allah..berikan hidayah kat rakan saya tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan AL-FATIHAH lah kiriman kita semua yang masih bernafas di bumi ini untuk arwah mamanya...

P/S : Kisah benar untuk dijadikan renungan terutama bagi lelaki yang bergelar suami. Setiap yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita, tak kiralah sempurna atau tidak pada pandangan mata, ia adalah anugerah, amanah yang tak terhingga nilainya. Isteri dan anak untuk disayang sampai bila-bila, bukan untuk dibuang bila dah "tak berguna"..

SHARE UTK SALING INGAT MENGINGATI
Unlike ·  · Share · July 12

Unlike ·  · Share · July 12

    • RECENT POSTS


    • Andai ini takdirku..
      ---------------------

      Ini cerita pasal rakan baik saya. Wi...

      • You, Rosli Abdul Aziz and Orgun Zaki like this.
      • Orgun Zaki itu Biadap nm'y... Ratuuu ..... Bkn Manusia Nm'y....
        6 hours ago · Unlike · 1
      • Ratu Rimba Niagara Ini pengajaran untuk suami-suami yang punya istri supaya menghargai Kurniaan Ilahi.Jika hendak poligami pastikan mampu dan adil pada isteri-istrinya. Kalo nggak mampu dan adil atau takut pada istri melebihi takut pada Tuhan..nggak usah poligami...kalo mahu juga itu baru biadap namanya itu Orgun Zaki.
      • Orgun Zaki Satu aja dah cukp d terlntrkn kok Dobelll.... Gk ad yg Nm'y Polygami it yg Iklas... it omg Kosong... n it past tdk Jujur....
        3 hours ago · Unlike · 1
      • Ratu Rimba Niagara Kejujuran terletak pada diri sendiri. Tanya iman sendiri bisa jujur atau nggak.
        Poligami itu madu bagi pria tapi racun buat kaum Hawa
        Jika takdir mengatasi segalanya Hawa terima dengan redho.
        Sesiapa yang tak redho dengan takdir Allah swt tergolong man
        usia yang kufur dan tunggulah azab yang pedih.
        Solusinya di sini segala takdir yang ditentukan Allah swt diterima dengan redha dan syukur, buangkan sikap kehaiwanan dalam diri In Shaa Allah semuanya semanis kurma semanis iman Ramadhan.
        2 hours ago · Edited · Like · 1
      • Orgun Zaki Klo Madu ya past menyakitkn buat d Maduuu.... Itu Org Gilak Ratuuu... Past byak Bohong'y... wlpn it takdr yg d trm past rs skit buat Hawa...
      • Ratu Rimba Niagara ALLAH ITU MAHA BIJAKSANA SETIAP APA YANG TERCATAT DALAM KALAMULLAH ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA SEMUANYA UNTUK KEBAIKAN HAMBA-NYA. JIKA MANA-MANA YANG TIDAK TERIMA DENGAN APA YANG ADA DALAM KALAMULLAH BERARTI MASIH BELUM SEMPURNA IMAN. SOLUSINYA DI SINI ALLAH MAHU MENDUGA HAMBA-NYA SAMADA REDHO ATAU TIDAK AKAN SEGALA TAKDIR DARI-NYA.
        2 hours ago · Like · 1
      • Orgun Zaki Hehehhhhhhhhhhhhhhh Btul skali Ratu...
        2 hours ago · Unlike · 1
      • Ratu Rimba Niagara 100% MARKAH DIBERI KEPADA ANAK MURIDKU YANG PINTER...HEHEHEHE
        2 hours ago · Like · 1
      • Orgun Zaki hehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.................. sip
        2 hours ago · Unlike · 1
      • Ratu Rimba Niagara YA ALLAH BERKATKAN ILMU DAN TAMBAHKANLAH ILMU YANG KAMI SAMA BERBAGI DEMI MERAIH RAHMAT-MU DI KALA KAMI HIDUP DAN MATI. MOGA ILMU YANG KAMI PEROLEHI MEMBERI MANFAAT KEPADA KAMI DAN KEPADA SEMUA ANAK CUCU KAMI , BIARPUN KAMI SUDAH 1000 TAHUN TIADA DI DUNIA INI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
      • Orgun Zaki Amiennnnnnnnnnn
      • Ratu Rimba Niagara INDAHNYA BERSATU DALAM KALIMAH
        LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

        SENTIASA MUHASABAH DIRI
        MENGINGATI SAKARATULMAUT YANG PASTI HAMPIRI
        SETIAP MASA MENUNGGU ARAHAN DARI ILAHI
        ADAKAH AKU MASIH BEGINI
        MASIH LEKA DENGAN DUNIAWI
        MASIH SALING DENGKI MENDENGKI
        MASIH TAK SEDAR DIRI
        MASIH MENGADU DOMBA SESAMA SENDIRI
        TAK TAKUT MATI
        DATANG SEBENTAR LAGI
        BERGELAR MAYAT YANG AKAN DIKUBURI
        APA YANG HENDAK DIJAWAB NANTI
        SOALAN KUBUR YANG DITANYAI
        TERKELU LIDAH MAYAT UNTUK MENJAWAPI
        GAGAL DIJAWAB PASTI MERANA DIRI
        MENANGIS TAK GUNA DIRATAPI
        SELAUTAN AIR MATA DARAH TIADA ERTI LAGI
        MERAUNGLAH UNTUK DIHIDUPKAN KEMBALI
        TIDAK AKAN DIPERKENANKAN ILAHI
        SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT UNTUK DIKESALI
        MANA ADA MAYAT DIHIDUPKAN KEMBALI
        MEMBERITAHU BETAPA SAKITNYA SAAT MATI
        MENGGIGIL MENJAWAB SOALAN KUBUR BILA DITANYAI
        BETAPA AZAB SENGSARANYA SEKSA KUBUR AMAT DITAKUTI
        MENYESAL TIADA BERGUNA LAGI
        RATAPILAH I DIPUKUL DIPALU SEHINGGA SANGKAKALA BERBUNYI

        MARHABAN YA RAMADHAN
        INDAHNYA BERSATU DALAM SATU KALIMAT
        LAA ILLAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

        SENTIASA MAHU MENJAGA TALISIRATURRAHIM
        SALING BERSATU HATI
        SALING BEKERJASAMA DALAM MEMBUAT KEBAJIKAN
        BERBAGI KELEBIHAN KURNIAAN ILAHI
        TANPA ADA NIAT UNTUK BERBANGGA DIRI
        YANG ADA HATI SEMURNI SYURGA
        MEMBANTU SELAGI DAYA
        DALAM PENUH BERBELAS KASIHAN
        TANPA HARAP DIBALASI BUDI YANG DIBERI
        MELAINKAN MENGHARAP REDHA ILAHI
        KETIKA ROH KELUAR DARI JASAD
        TELAFAZLAH KALIMAH
        LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
        INDAHNYA DI KALA PERTEMUAN ROH DENGAN ALLAH ROBBUL IDZATI HANYA DIA YANG TAHU DI KALA ITU RAHSIA ROH DAN ILAHI

        ITU SEMUA BERKAT KITA TAHU ILMU MAKRIFATULLAH
        DALAM SEGALA PERKARA SEMUANYA BERSENDIKAN KALIMAH
        LAA ILLA HAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
        INDAHNYA BERSATU DALAM KALIMAT
        LAA ILLA HAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

        MOGA BERSAMA KITA DI SYURGA FIRDAUSI MEMANDANG ALLAH AZZAWAJALLAH
        AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

        'HIDUP ADALAH MIMPI
        MATI ADALAH REALITI
        MAKA KITA REALITIKAN AKHIRAT
        AGAR MENJADI FOKUS SEBENAR KITA BERHIDUP DI MUKA BUMI INI SEMOGA DENGAN RAHMAT KASIH-NYA KITA BERSAMA DI SYURGA FIRDAUSI MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH ITULAH REALITI-NYA YANG KITA IMPIKAN MENJADI KENYATAAN ' AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.'

        RATU RIMBA NIAGARA
        10 Ramadhan 1434H
        19 July 2013M
      • Ratu Rimba Niagara AKU REDHA KALAU ITU TAKDIR-NYA

        Kanda yang dinda cintai dunia akhirat...
        Semenjak dinda menerima lamaran cintamu
        Dinda yakin itulah takdir ketentuan cinta dari Ilahi untuk dinda imani. Kandalah suami Kurniaan Ilahi untuk dinda syukuri sehingga nafas terakhir dinda.
        Dinda adalah Hawa yang berlindung di rusuk kiri kanda itulah asal kejadian Hawa diciptakan Allah SWT untuk Adam cintai dan syukuri. Makanya dinda redha dinda ditakdirkan menjadi isteri kanda. Hidup dinda rasa sempurna dan bahagia di samping kanda hingga dikurniakan Allah empat cahayamata hasil daripada perkongsian hidup kita bersama sebagai suami isteri.

        Kanda...
        Dinda rasakan dunia ini adalah kebahagiaan untuk dinda mengecapi keluarga bahagia MAWADDAH MARAHMAH tapi takdir mengatasi segala-Nya yang di luar jangkaan dinda apabila dinda disahkan doktor dinda mengidap barah payudara dan dibuang sebelah payudara demi menyelamatkan nyawa dinda.

        Dinda terima takdir yang amat berat ini dengan redha
        kerana dinda sentiasa bersangka baik pada Allah swt 
        bahawa pasti ada hikmahnya Allah swt duga dinda. Allah swt duga dinda tanda Allah cinta pada dinda makanya dinda terima dengan redha.

        Dalam keadaan sakit lemah tidak bermaya ...dinda sangkakan kanda lebih menyayangi dinda ...kerana kanda sendiri tahu nyawa dinda berada di hujung tanduk tapi tidak rupanya kanda mula berubah sikap terus membenci dinda....kanda menjauhkan diri daripada dinda ....tak mahu sedikit pun melihat wajah dinda yang tak bermaya malah kanda merasa jijik dengan dinda ....
        siang dan malam dinda menangis bukan tak redha dengan penyakit yang dinda deritai tapi dinda sedih sangat-sangat kanda berubah cinta pada dinda setelah dinda sakit diduga Allah swt.

        Mujurlah ada anak-anak pengubat derita lara dinda...mereka selalu berada dalam dakapan dinda dan menyapu air mata dinda setiap kali dinda menangis hiba.

        "Bonda...janganlah bonda sedih...biarpun ayahanda sudah bencikan bonda....kami anak-anak bonda masih ada untuk mencintai dan mengasihi bonda selagi hayat di kandung badan...." Kami lima beranak berpelukan menangis dalam penuh kesyahduan.

        Kanda....
        Alangkah terperanjatnya dinda apabila kanda membawa isteri kedua kanda ke rumah kita. 
        Dinda redha dinda dimadukan kanda kerana itu adalah takdir yang dinda imani.
        Tapi setelah dinda terima dia sebagai madu dinda...kanda setega itu mengusir dinda dari rumah kanda....semata-mata kanda hendak bersuka ria dengan isteri muda kanda.

        Itupun dinda redha kanda usir dinda dan anak-anak dengan kanda bersama isteri kanda membalingkan pakaian dinda dan anak-anak ke tanah. Tapi kanda ke mana kami hendak berteduh kerana kami tidak punyai saudara mara untuk disandarkan harapan. 

        Dinda benar-benar buntu manakah dinda hendak tinggal bersama anak-anak kita . Dalam kebuntuan itu...sedang kami lima beranak berpimpinan tangan datang seorang hamba Allah menegur...kami mahu ke mana malam-malam begini...dan kenapa jadi begini...dan tanpa dinda sedari yang menanya itu adalah sahabat baik kanda...dengan kemurahan hatinya dinda tinggal bersama keluarganya untuk bertumpang teduh. Dinda dan anak-anak dilayan baik oleh mereka sekeluarga.

        Dinda bersyukur pada Allah masih ada hamba Allah yang hati semurni Syurga menghulurkan bantuan membantu dinda yang lemah dan tak berdaya ini.

        Hari-hari dinda bersimpuh di sejadah memohon keampunan kepada Allah dan dinda redha segala takdir dari-nya. Allah lebih memahami akan setiap hamba-Nya dan kerana Allah sayangkan dinda Allah swt izinkan dinda bertemu-Nya buat selama-Nya.
        Syukur Alhamdulillah dinda bahagia dan tenang setenang Air Di Kali Syurga kini . AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin

        Karya Ratu Rimba Niagara
        10 Ramadhan 1434H
        18 Julai 2013M
        (PUISI INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK ARUAH YANG TELAH ABADI DI ALAM SANA BERKAT KESABARAN DAN KETABAHANNYA MENGHADAPI DUGAAN DARI ALLAH AZZAWAJALLAH SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL)
(PETIKAN

0 comments:

Post a Comment

 
;