Saturday, 20 July 2013

RAJA BERJIWA RAKYAT ITULAH DAMBAAN RAKYAT SENUSANTARA




H.H Haji Hassanal Bolkiah added 27 new photos to the album His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin. — in Brunei, Sabah.
Unlike ·  · 























    • You and 40 others like this.
    • Xristoforos Aliagas !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    • Ratu Rimba Niagara UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH 

      SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN SULTAN BRUNEI
      KDYMM TUANKU SULTAN HASSANAL BOLKIAH
      MOGA ALLAH AZZAWAJALLAH MERAHMATI TUANKU
      SELURUH KERABAT DIRAJA BRUNEI 
      DAN SELURUH RAKYAT BRUNEI DARUSSALAM

      TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIZINKAN KARYA-KARYA PATIK BERSIARAN DI WALL TUANKU
      HANYA ITU SEMAI BAKTI PATIK PADA BRUNEI DARUSSALAM 
      SEBAGAI MENYAMBUNG UKHUWAH KASIH TALISIRATURRAHIM 
      ANTARA LIMA BENUA MALAYSIA, INDONESIA,BRUNEI, 
      SINGAPURA & THAILAND 
      MOGA IKATAN SILATURRAHIM INI BERPANJANGAN SAMPAI 
      KE NAFAS TERAKHIR PATIK DAN DAPAT DITERUSKAN OLEH 
      GENERASI AKAN DATANG 
      TALISIRATURRAHIM MEWANGI SAMPAI KUBUR 
      SAMPAI SYURGA IN SHA ALLAH 
      AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

      SALAM SEJAHTERA SEMPENA KEPUTERAAN BAGINDA TUANKU
      SALAM MARHABAN YA RAMADHAN PENUH KEBERKATAN
      SALAM SILATURRAHIM SAMPAI KUBUR SAMPAI SYURGA
      SALAM SEJUTA KEMAAFAN DALAM KEKHILAFAN BERSASTERA

      'DAULAT TUANKU'

      DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA,
      RATU RIMBA NIAGARA
      PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
      MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
      6 Ramadhan 1434H
      15 July 2013M

      (KARYA INI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH YANG KE-67 TAHUN MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HIDUP DAN MANGKAT TUANKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
      10 Ramadhan 1434H
      18 July 2013M
    • Ratu Rimba Niagara SALAM SEJAHTERA BUAT SULTAN DAN RAKYAT BRUNEI DARUSSALAM

      Daulat Tuanku! Ampun Tuanku,
      Izinkan patik menyiarkan puisi;
      Ingin berbakti pada negara Tuanku,
      Gurindam syair pantun puisi.

      Pantun diRaja Brunei patik karangkan,
      Menulis itu kegemaran patik;
      Institusi diRaja mahu dimartabatkan,
      Moga Tuanku sudi menyokong patik.

      Keadilan Tuanku memerintah Brunei patik kagumi,
      Bertuah sungguh rakyat Brunei;
      Punyai Raja berjiwa rakyat dikasihi,
      Moga Raja dan rakyat Brunei DiRahmati.

      Brunei negara aman damai,
      Rakyat hidup dikasihi Raja;
      Bertuah semuanya rakyat Brunei,
      Bersyukur sebanyak-Nya kebaikan Raja.

      Dari dulu hingga kini Brunei sejahtera,
      Brunei dijadikan negara idola;
      Negara jiran disambut mesra,
      Persahabatan bernegara sentiasa dijaga.

      Setiap tetamu adalah permata,
      Dihargai kerabat diRaja sepanjang masa;
      Yang ada di hati ikhlas semata,
      Menyambungkan ukhuwah setiap masa.

      Kerabat diRaja Brunei dahulukan rakyat,
      Segala masalah rakyat diutamakan;
      Kerabat diRaja berkorban demi rakyat,
      Pentingkan rakyat dan negara demi keamanan.

      Kecemerlangan rakyat menjadi agenda,
      Rakyat cemerlang negara terbilang;
      Brunei maju sukacitanya Kerabat diRaja,
      Punyai rakyat sentiasa gemilang.

      Pendidikan rakyat dititikberatkan,
      Diberi galakan sampai ke mercu;
      Kejayaan rakyat tanda balasan,
      Meraih kejayaan tanpa jemu.

      Rakyat berpendidikan itu dikehendaki,
      Saling sayang menyayangi;
      Warga tua dihormati,
      Generasi muda disayangi.

      Raja dan rakyat bersatu hati,
      Senada seirama sehati sejiwa;
      Kerabat diRaja disayangi dihormati,
      Disayangi kerana-Nya sepenuh jiwa.

      Raja dan rakyat sentiasa sehati,
      Di mana berada rakyat tetap di hati;
      Raja didaulatkan kerana Kurniaan Ilahi,
      Moga raja dan rakyat Allah berkati.

      Segala takdir telah tercatat sejak Azali,
      Darjat kerabat diRaja Allah yang beri;
      Makanya hargailah tanda syukuri,
      Menjalankan tanggunggungjawab yang Diberi.

      Berdarah diRaja tanda syukuri,
      Namun jiwa tetap seorang hamba;
      Hamba Allah yang ingin kembali,
      Pada-Nya jua sandaran seorang hamba.

      Bukan darjat diRaja menjadi kebanggaan,
      Itu bukan ukuran darjat seorang hamba;
      Ketakwaan juga yang menjadi ukuran,
      Moga Allah menaikkan darjat seorang hamba.

      Ketakwaan menjadi dambaan seseorang hamba,
      Nur hidayah kasih dari Ilahi itu diharapkan;
      Moga sudi bertandang di jiwa seorang hamba,
      Itulah yang didambakan pada-Mu Tuhan.

      DAULAT TUANKU SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN...

      Patik ingin menyampaikan suara rakyat Brunei & Rakyat SeNusantara
      mengucapkan syukur pada Allah SWT
      mengurniakan seorang Raja yang berjiwa rakyat
      mengutamakan rakyat melebihi kepentingan sendiri
      mendoakan seluruh kerabat diRaja Brunei
      Dilimpahi Rahmat dari Ilahi
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      6 Ramadhan 1434H
      15 July 2013M
      (KARYA INI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH YANG KE-67 TAHUN MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HIDUP DAN MANGKAT TUANKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)

  • Persepakatan antara i.DYMM Yang Dipertuan Mandailing @ DYMM Raja Panusunan Godang Mandailing Nusantara dengan ii. DYMM Sultan Palembang Darussalam untuk bertukar tukar darjah kebesaran diraja tertinggi antara dua kerajaan tersebut.
    Unlike ·  · 16 minutes ago · 
    • You and 4 others like this.
    • Ratu Rimba Niagara PENYATUAN DUA KERABAT DIRAJA YANG DINANTI-NANTIKAN OLEH RAKYAT NUSANTARA. MOGA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA SEMUA RAKYAT NUSANTARA. AAMIIN YA RABAL A'LAMIIN.
      DAULAT TUANKU!
    • Ratu Rimba Niagara RAJA BERJIWA RAKYAT DAMBAAN RAKYAT
      MEMBERI IMPAK YANG BESAR 
      ANTARA DUA KERAJAAN MANDALING & PALEMBANG DARUSSALAM
      DIUCAPKAN SEKALUNG TAHNIAH DI ATAS PERSEPAKATAN ANTARA DYMM YANG DIPERTUAN MANDALING DENGAN DYMM SULTAN PALEMBANG DARUSSALAM MOGA SUKSES DUA KERAJAAN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

  • Ratu Rimba Niagara shared H.H Haji Hassanal Bolkiah's album:THAILAND.


    MAJLIS DOA SELAMAT KEBERANGKATAN KDYMM KE THAILAND
    Photos: 94
    Unlike ·  ·  · Promote · 36 minutes ago · 


  • HATI KITALAH RAJA

    Hati kitalah raja
    Anggota badan kita mengikut segala kehendak kita
    Jika hati kita baik, baiklah semua rakyatnya
    Hati inilah yang hendak dibawa sampai mati
    Jika hati kita tidak dibersihkan sebelum mati
    Malanglah kita sepanjang di alam barzah
    Sepanjang menempuh alam akhirat
    Samalah kita saling muhasabah diri
    Memperingati saat-saat sakaratul maut...
    Ikutlah kata hati kita
    Yang baik kita ikutkan
    Yang tak baik diketepikan
    Moga bahagia dan cemerlang kita dunia akhirat
    In Shaa Allah Aameen.

    SELAMAT TAHUN BARU 1.1.2013
    MAAF DIPINTA SEPANJANG HAMBA BERSIARAN DI SINI

    Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:

    RATU RIMBA NIAGARA
    1 Januari 2013

    HIDUPLAH KITA SEPERTI POHON YANG BERBUAH LEBAT

    Hiduplah seperti pohon yang berbuah lebat
    hidup di tepi jalan dan ketika di lempari orang
    dengan batu,tetapi dibalas dengan buah".

    By: Muhammad Agus Shafii

    Tengku Ali Indra Jaya like this.

    Ratu Rimba Niagara:

    PUISI PEPOHON IMAN

    Ingin kusemai bunga-bunga cinta
    agar apabila bertunas nanti
    segar disinari cahaya iman
    akarnya menjadi pasakkan
    iman yang kukuh bercambah
    akarnya merata tempat.

    Merimbunlah dikau tunas-tunas
    cinta keimanan
    menjadi pepohon rendang
    dewasa dalam keindahan iman
    rimbunan dedaun menghijau
    saujana mata memandang
    dedaunanmu merimbun
    ditiup angin sepoi-sepoi bahasa
    melentok-lentok sambil mengalunkan
    zikir munajat memuji Tuhannya.

    Alunan zikirmu padaNya
    membuatkan aku terkesima
    dalam rindu mendalam padaNya
    dan aku mencemburuimu
    kerana hidupmu...
    tiada lain kecuali
    berbakti kepada Tuhanmu
    dan menabur jasa kepada
    penghuni bumi.

    Bertambah mengindahkan lagi
    pepohon iman itu berbunga
    gugusan kuntum bunga
    memukau panorama...

    Wangian bunga pepohon iman
    dapat dihidu di seluruh benua
    tiada apa yang dapat diucapkan
    melainkan SUBHANALLAH.

    Setelah habis musim bunga
    tiba masanya pepohon iman berbuah
    gugusan buah melebat
    memenuhi pepohon iman
    terkesima mata memandangnya.

    Apabila gugusan buah pepohon iman
    sudah ranum daripada tangkainya
    sedia dipetik penghuni bumi
    lalu berkata, ”Makanlah buah pepohon imanku ini...

    Moga... Cahaya keimanan meresap
    dalam roh dan jasadmu, itu doaku.”

    Setelah penghuni bumi
    makan buah pepohon iman itu...
    Sisa buah pepohon iman tersebut
    dilemparkan ke sungai deras mengikut
    kederasan air terjun
    lalu terdampar ke hutan belantara
    di situlah bermulanya penghidupan
    baru kepada pepohon iman
    meneruskan kelangsungan hidup baru
    pasrah dan redha
    dengan asal kejadiannya!

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    1.1.2013

    (PETIKAN DARIPADA WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH & RATU RIMBA NIAGARA)
    12 Ramadhan 1434H
    21 July 2013M
    Like ·  ·  · Promote · 43 minutes ago · 




(PETIKAN DARIPADA WALL H.H.HAJI HASSANAL BOLKIAH , RATU RIMBA NIAGARA
& GROUP RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NASIONAL GATHERING)
12 Ramadhan 1434H
21 July 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;