Ratu Rimba Niagara shared H.H Haji Hassanal Bolkiah's photo.
Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
SPECIAL prayers will be held throughout the country to mark the 67th birthday of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam today, in lieu of usual celebratory activities due to the observation of Ramadhan.
The regular celebrations that enliven the capital are postponed to August, September and October, as announced by the executive committee for the Sultan's 67th Birthday Celebrations earlier in May.
SPECIAL prayers will be held throughout the country to mark the 67th birthday of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of
MARHABAN YA RAMADHAN BUAT KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH
MOGA BERSAMA KITA DI SYURGA FIRDAUSI MEMANDANG ALLAH AZZAWAJALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
الله الله الله يا الله
لا إله إلاَّ الله محمد رسول الل
لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ
سُبْحَانَ اللَّهِ ♤ ♣ الْحَمْدُ للَّهِ ♤ ♣ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ♤ ♣ اللَّهُ أَكْبَرُ♤ ♣
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله
~آمِيّنْ... آمِيّنْ.... آمِيّنْ.. يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ ~
INDAHNYA BERSATU DALAM KALIMAT
LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
SENTIASA MUHASABAH DIRI
MENGINGATI SAKARATULMAUT YANG PASTI HAMPIRI
SETIAP MASA MENUNGGU ARAHAN DARI ILAHI
ADAKAH AKU MASIH BEGINI
MASIH LEKA DENGAN DUNIAWI
MASIH SALING DENGKI MENDENGKI
MASIH TAK SEDAR DIRI
MASIH MENGADU DOMBA SESAMA SENDIRI
TAK TAKUT MATI
DATANG SEBENTAR LAGI
BERGELAR MAYAT YANG AKAN DIKUBURI
APA YANG HENDAK DIJAWAB NANTI
SOALAN KUBUR YANG DITANYAI
TERKELU LIDAH MAYAT UNTUK MENJAWAPI
GAGAL DIJAWAB PASTI MERANA DIRI
MENANGIS TAK GUNA DIRATAPI
SELAUTAN AIR MATA DARAH TIADA ERTI LAGI
MERAUNGLAH UNTUK DIHIDUPKAN KEMBALI
TIDAK AKAN DIPERKENANKAN ILAHI
SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT UNTUK DIKESALI
MANA ADA MAYAT DIHIDUPKAN KEMBALI
MEMBERITAHU BETAPA SAKITNYA SAAT MATI
MENGGIGIL MENJAWAB SOALAN KUBUR BILA DITANYAI
BETAPA AZAB SENGSARANYA SEKSA KUBUR AMAT DITAKUTI
MENYESAL TIADA BERGUNA LAGI
RATAPILAH I DIPUKUL DIPALU SEHINGGA SANGKAKALA BERBUNYI
MARHABAN YA RAMADHAN
INDAHNYA BERSATU DALAM SATU KALIMAT
LAA ILLAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
SENTIASA MAHU MENJAGA TALISIRATURRAHIM
SALING BERSATU HATI
SALING BEKERJASAMA DALAM MEMBUAT KEBAJIKAN
BERBAGI KELEBIHAN KURNIAAN ILAHI
TANPA ADA NIAT UNTUK BERBANGGA DIRI
YANG ADA HATI SEMURNI SYURGA
MEMBANTU SELAGI DAYA
DALAM PENUH BERBELAS KASIHAN
TANPA HARAP DIBALASI BUDI YANG DIBERI
MELAINKAN MENGHARAP REDHA ILAHI
KETIKA ROH KELUAR DARI JASAD
TELAFAZLAH KALIMAH
LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
INDAHNYA DI KALA PERTEMUAN ROH DENGAN ALLAH ROBBUL IDZATI HANYA DIA YANG TAHU DI KALA ITU RAHSIA ROH DAN ILAHI
ITU SEMUA BERKAT KITA TAHU ILMU MAKRIFATULLAH
DALAM SEGALA PERKARA SEMUANYA BERSENDIKAN KALIMAH
LAA ILLA HAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
INDAHNYA BERSATU DALAM KALIMAT
LAA ILLA HAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
MOGA BERSAMA KITA DI SYURGA FIRDAUSI MEMANDANG ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
'HIDUP ADALAH MIMPI
MATI ADALAH REALITI
MAKA KITA REALITIKAN AKHIRAT
AGAR MENJADI FOKUS SEBENAR KITA BERHIDUP DI MUKA BUMI INI SEMOGA DENGAN RAHMAT KASIH-NYA KITA BERSAMA DI SYURGA FIRDAUSI MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH ITULAH REALITI-NYA YANG KITA IMPIKAN MENJADI KENYATAAN ' AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.'
RATU RIMBA NIAGARA
2 Ramadhan 1434H
11 Julai 2013M
*PUISI INI DITULIS MUHASABAH DIRIKU SENDIRI UNTUK PERSIAPAN DI HARI ROH KELUAR DARI JASAD DAN KUKONGSI/BERBAGI KEPADA YANG SUDI MENDENGARI TANDA KUKASIH KUSAYANG SEMUANYA LILLAHI TAALA.
(PUISI DOA INI DISIARKAN DI GROUP RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NASIONAL GATHERING, KESULTANAN KEDAH, KESULTANAN BRUNEI DARUSSALAM, KESULTANAN KELANTAN, KESULTANAN JOHOR, KESULTANAN SELANGOR DAN GROUP SRI PEMANGKU ADAT )
2 RAMADHAN 1434H
11 Julai 2013M
KARYA INI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH YANG KE-67 TAHUN MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HIDUP DAN MANGKAT TUANKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
MOGA BERSAMA KITA DI SYURGA FIRDAUSI MEMANDANG ALLAH AZZAWAJALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
الله الله الله يا الله
لا إله إلاَّ الله محمد رسول الل
لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ
سُبْحَانَ اللَّهِ ♤ ♣ الْحَمْدُ للَّهِ ♤ ♣ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ♤ ♣ اللَّهُ أَكْبَرُ♤ ♣
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله
~آمِيّنْ... آمِيّنْ.... آمِيّنْ.. يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ ~
INDAHNYA BERSATU DALAM KALIMAT
LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
SENTIASA MUHASABAH DIRI
MENGINGATI SAKARATULMAUT YANG PASTI HAMPIRI
SETIAP MASA MENUNGGU ARAHAN DARI ILAHI
ADAKAH AKU MASIH BEGINI
MASIH LEKA DENGAN DUNIAWI
MASIH SALING DENGKI MENDENGKI
MASIH TAK SEDAR DIRI
MASIH MENGADU DOMBA SESAMA SENDIRI
TAK TAKUT MATI
DATANG SEBENTAR LAGI
BERGELAR MAYAT YANG AKAN DIKUBURI
APA YANG HENDAK DIJAWAB NANTI
SOALAN KUBUR YANG DITANYAI
TERKELU LIDAH MAYAT UNTUK MENJAWAPI
GAGAL DIJAWAB PASTI MERANA DIRI
MENANGIS TAK GUNA DIRATAPI
SELAUTAN AIR MATA DARAH TIADA ERTI LAGI
MERAUNGLAH UNTUK DIHIDUPKAN KEMBALI
TIDAK AKAN DIPERKENANKAN ILAHI
SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT UNTUK DIKESALI
MANA ADA MAYAT DIHIDUPKAN KEMBALI
MEMBERITAHU BETAPA SAKITNYA SAAT MATI
MENGGIGIL MENJAWAB SOALAN KUBUR BILA DITANYAI
BETAPA AZAB SENGSARANYA SEKSA KUBUR AMAT DITAKUTI
MENYESAL TIADA BERGUNA LAGI
RATAPILAH I DIPUKUL DIPALU SEHINGGA SANGKAKALA BERBUNYI
MARHABAN YA RAMADHAN
INDAHNYA BERSATU DALAM SATU KALIMAT
LAA ILLAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
SENTIASA MAHU MENJAGA TALISIRATURRAHIM
SALING BERSATU HATI
SALING BEKERJASAMA DALAM MEMBUAT KEBAJIKAN
BERBAGI KELEBIHAN KURNIAAN ILAHI
TANPA ADA NIAT UNTUK BERBANGGA DIRI
YANG ADA HATI SEMURNI SYURGA
MEMBANTU SELAGI DAYA
DALAM PENUH BERBELAS KASIHAN
TANPA HARAP DIBALASI BUDI YANG DIBERI
MELAINKAN MENGHARAP REDHA ILAHI
KETIKA ROH KELUAR DARI JASAD
TELAFAZLAH KALIMAH
LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
INDAHNYA DI KALA PERTEMUAN ROH DENGAN ALLAH ROBBUL IDZATI HANYA DIA YANG TAHU DI KALA ITU RAHSIA ROH DAN ILAHI
ITU SEMUA BERKAT KITA TAHU ILMU MAKRIFATULLAH
DALAM SEGALA PERKARA SEMUANYA BERSENDIKAN KALIMAH
LAA ILLA HAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
INDAHNYA BERSATU DALAM KALIMAT
LAA ILLA HAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
MOGA BERSAMA KITA DI SYURGA FIRDAUSI MEMANDANG ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
'HIDUP ADALAH MIMPI
MATI ADALAH REALITI
MAKA KITA REALITIKAN AKHIRAT
AGAR MENJADI FOKUS SEBENAR KITA BERHIDUP DI MUKA BUMI INI SEMOGA DENGAN RAHMAT KASIH-NYA KITA BERSAMA DI SYURGA FIRDAUSI MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH ITULAH REALITI-NYA YANG KITA IMPIKAN MENJADI KENYATAAN ' AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.'
RATU RIMBA NIAGARA
2 Ramadhan 1434H
11 Julai 2013M
*PUISI INI DITULIS MUHASABAH DIRIKU SENDIRI UNTUK PERSIAPAN DI HARI ROH KELUAR DARI JASAD DAN KUKONGSI/BERBAGI KEPADA YANG SUDI MENDENGARI TANDA KUKASIH KUSAYANG SEMUANYA LILLAHI TAALA.
(PUISI DOA INI DISIARKAN DI GROUP RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NASIONAL GATHERING, KESULTANAN KEDAH, KESULTANAN BRUNEI DARUSSALAM, KESULTANAN KELANTAN, KESULTANAN JOHOR, KESULTANAN SELANGOR DAN GROUP SRI PEMANGKU ADAT )
2 RAMADHAN 1434H
11 Julai 2013M
KARYA INI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH YANG KE-67 TAHUN MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HIDUP DAN MANGKAT TUANKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
(KARYA INI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH YANG KE-67 TAHUN MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HIDUP DAN MANGKAT TUANKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)- Ratu Rimba Niagara KEBANGKITAN RAKYAT MESIR
Siapa dia Hosni Mubarak?
Katanya dia rela mati
di tanah airnya ?
Apa maksud katanya itu?
Adakah dia seorang pejuang?
Pejuang bangsa dan negara?
Adakah dia dia rela mati
kerana ingin mempertahankan
negaranya dari dijajah oleh
negara lain?
Hakikatnya dia
ditentang hebat oleh
rakyatnya sendiri yang mahu
dia berundur dari tampuk
pemerintahan kuku besinya
menindas rakyat Mesir.
Tahun demi tahun rakyat
Inginkan dibela kehidupan
oleh pemimpin mereka
hidup rakyat dibelenggu
dengan kemiskinan
mencengkam.
Mana perginya hasil negara
yang diperolehi?
mana perginya pemikiran
jemaah menteri di bawah
pemerintah Hosni Mubarak?
adakah mereka salahgunakan kuasa?
lalai dengan kemewahan harta
kemegahan kuasa yang ada?
hinggakan mereka lupa dengan
tanggungjawabnya kepada rakyat
Mesir yang inginkan pembelaan?
Sekarang semuanya sudah terlambat
untuk dirombak segala tanggungjawab
merekalah yang patut dipertanggungjawab
apa yang berlaku di negara mereka sendiri
Seluruh rakyat Mesir memberontak
mahu dilepaskan dari cengkaman
pemerihtah kuku besi pemimpin
mereka Hosni Mubarak.
‘Undur Hosni Mubarak!
Undur Husni Mubarak!
kamu pemimpin
kuku besi!
kami tak
perlukan kamu
lagi!
Undur! Undur! Undur!
Sudah tiga puluh tahun
kami ditindas dan tertindas!
cukuplah setakat ini
apa pun terjadi
kami akan berjuang
habis-habisan
walaupun nyawa
kami jadi
taruhan!
Jutaan rakyat Mesir
bangkit kemarahan
yang memuncak
tidak terbendung
lagi dalam sanubari
setiap rakyat Mesir.
Rusuhan besar
berlaku di antara
pemerintah dengan
rakyat Mesir.
Negara dalam kucar-kacir
sistem kerajaan lumpuh
harga makanan melambung naik
orang negara asing dalam
ketakutan melihat negara perantauan
mereka tidak tenteram lagi.
Mereka ingin pulang ke negara asal
inilah akibat kalau negara
tidak aman.
Biarpan orang asing dalam
ketakutan rakyat Mesir membara-bara
beraninya untuk menentang
Hosni Mubarak
tiada sedikitpun rasa takut.
Kerajaan Hosni Mubarak
mesti ditumbangkan
kalau tidak Mesir
akan hancur.
Biar rakyat yang
hancurkan Hosni Mubarak
jangan Mesir hancur
di tangan penjeyah perang
yang ada di luar sana...
Mereka di luar sana
yang anti Mesir sedang
bergelak ketawa
menunggu masa
kehancuran Mesir.
Nanti bila Mesir sudah
musnah dengan mudah
mereka akan menakluk
Mesir.
Kebangkitan rakyat Mesir
patut menjadi teladan kepada
negara-negara lain untuk
menginsafi bahawa
kehendak rakyat untuk
diibela nasib mereka
hendaklah diutamakan
oleh pemimpin
kalau tidak inilah
jadinya!
Hosni Mubarak
berundurlah demi
rakyat dan negaramu.
buangkan keegoaanmu
yang telah sebati dalam
dirimu .
Cukuplah setakat ini
kau memerintah !
Rakyat Mesir tidak
memerlukanmu lagi
undurlah!Akurlah!
Kehendak rakyat!
Demi keamanan
negaramu sendiri
itulah pejuang
sejati!
Karya Ratu Rimba Niagara
4 Febuari 2011
(PETIKAN DARIPADA GALERI SASTERA RATU RIMBA NIAGARA)
4 Ramadhan 1434H
13 Julai 2013M
(KARYA INI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH YANG KE-67 TAHUN MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HIDUP DAN MANGKAT TUANKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN) - Ratu Rimba Niagara ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA & POLIS DIRAJA MALAYSIA SETIASA BERSIAP SIAGA MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA
Rakyat Malaysia berasa bertuah kerana mempunyai Angkatan Tentera diRaja Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi kerana Agama, bangsa dan negara.
Seperti yang ada terkandung dalam rukun negara yang kedua, ' SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA'. Semua rakyat Malaysia tanpa terkecuali mesti mentaati apa yang terkandung dalam rukun negara.
Sebab itu jika ada di antara rakyat Malaysia yang tidak memahami rukun negara , mereka tiada rasa jiwa cintakan negara. Mengganggap negara mereka tidak penting hingga sanggup memperlekehkan Institusi DiRaja tanpa memikirkan impak daripada akan ketidaksetiaan mereka kepada raja dan negara mereka sendiri.
Moga Rukun Negara menjadi salah satu subjek matapelajaran wajib lulus di semua sekolah rendah dan menengah mahupun IPTA/IPTS.
Jika sekiranya semua rakyat Malaysia berjiwa patriotik mencintai negara mengatasi kepentingan sendiri , In Shaa Allah Malaysia aman, sejahtera dan dapat mengekalkan kemerdekaan untuk diwariskan kepada generasi kini dan akan datang.
Tidaklah menjadi seperti yang berlaku di Mesir di mana ada pencanggahan rakyat dengan pihak tentera Mesir yang tidak mengistiharkan hak rakyat melalui sistem demokrasi memilih pemimpin mereka Mohammed Morsi sebagai presiden Mesir yang digulingkan oleh Tentera Mesir. Ini menyebabkan kebangkitan rakyat Mesir untuk mempertahankan pemimpin mereka hingga berlakulah pertumpahan darah di bumi Mesir tanpa ehsan.
Yang menjadi mangsa yang tidak berdosa adalah rakyat Mesir...selepas digulingkan ,"PINTU RAFFAH" telah ditutup yang mana pintu Raffah ini adalah jalan keluar masuk bantuan makanan dan perubatan ke GAZA. Bayangkan apa akan terjadi kepada rakyat GAZA jika pintu yang menghubungkan ke GAZA ditutup.
Makanya warga dunia yang beragama Islam mesti bersatu untuk menyelamatkan rakyat GAZA yang menuju di ambang derita akibat kerakusan kuasa yang sudah menepikan rasa kemanusiaan sesama manusia.
Peristiwa yang terjadi di Mesir haruslah menjadi iktibar kepada semua rakyat Malaysia jika kita sengaja membiarkan negara kita hidup dalam mengadu domba agar negara Malaysia yang aman damai ini menjadi kucar kacir.Tidak tenteram pastilah akan berlaku sepertimana yang berlaku di Mesir. Tapi bezanya di Malaysia , Angkatan Tentera DiRaja Malaysia tidak akan menjadi seperti Tentera Mesir yang berpaling tadah demi ketamakan kuasa untuk memerintah ...mereka telah menyelewengi amanah rakyat kepada mereka.
Angkatan Tentera DiRaja Malaysia sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempastikan rakyat dilindungi daripada sebarang ancaman musuh.Contoh sepertimana yang berlaku pertistiwa berdarah di Lahad Datu di mana Anggota Polis DiRaja Malaysia dibunuh kejam oleh musuh negara. Angkatan Tentera DiRaja Malaysia bergabung dengan Polis DiRaja Malaysia pergi ke Lahad Datu memerangi musuh sehingga semua musuh berjaya ditumpaskan.
Inilah bukti betapa Angkatan Tentera DiRaja Malaysia dan PDRM mementingkan keselamatan semua rakyat Malaysia terjaga di sebilang masa. Mereka sentiasa bersiap siaga mempertahankan KEDAULATAN NEGARA. Makanya rakyat Malaysia mesti bersyukur atas pengorbanan yang diberikan oleh ATM dan PDRM.
Di atas pengorbanan semua anggota keselamatan negara samada yang masih hidup dan gugur di medan juang kami rakyat Malaysia mengucapkan sekalung doa 'Moga Allah Azzawajallah membalas segala kebaikan semua samada ketika hidup dan meninggal dunia sentiasa diRahmati Allah swt Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
OLEH RATU RIMBA NIAGARA
2 Ramadhan 1434H
11 Julai 2013M
(KARYA DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA RAKYAT MESIR PENYOKONG SETIA PRESIDEN MOHAMMED MORSI, RAKYAT GAZA, ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA & POLIS DIRAJA MALAYASIA DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA)
(KARYA INI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH YANG KE-67 TAHUN MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HIDUP DAN MANGKAT TUANKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN) - Ratu Rimba Niagara JIKA ANDA MENYANDANG JAWATAN TENTERA ANDA MAHU MEMBELA TENTERA MESIR ATAU TENTERA RAKYAT MESIR?
APAKAH DEFINASI TENTERA FISABILILLAH ?
APAKAH DEFINASI TENTERA ALLAH?
APAKAH DEFINASI TENTERA RAKYAT?
APAKAH DEFINASI TENTERA KERAJAAN?
SEJUJURNYA AKU, KAMU DAN SEMUA YANG MANA SATU STATUS ANDA?
Jika ditanya apakah maknanya tentera fisabilillah
mereka akan jawab tentera yang berjuang di medan perang menentang musuh yang menzalimi rakyat Islam dan negara Islam jika gugur balasannya Syurga
Jika ditanya apakah maknanya Tentera Allah
Tentera Allah yang dikirimkan Allah yang terdiri daripada para malaikat-Nya yang dinampakkan atau yang tidak dinampak dengan mata kasar manusia.
Jika ditanya apakah maknanya tentera rakyat..
Membela pemimpin yang rakyat pilih untuk dinobatkan sebagai presiden memerintah sesebuah negara...dipilih oleh rakyat mengikut undang-undang bernegara.
Jika ditanya tentera kerajaan
Tentera yang dilantik kerajaan untuk setia kepada tanah air tercinta. Cinta yang tak berbelah bahagi mempastikan negaranya berada dalam keadaan selamat daripada dijajah oleh pihak musuh...mengekalkan kemerdekaan negara adalah untuk rakyat dan negara selamat tanpa berani diganggu gugat akan kesejahteraannya.
Jika kita tahu kita berstatus tentera yang mana satu...pasti kita tahu apa tanggungjawab kita tanpa mempertikaikan kuasa seseorang yang diberikan mandat
oleh rakyatnya mengikut sistem demokrasi yang telus dinobatkan sebagai presiden.
Inilah yang berlaku di Mesir ....di mana presiden yang dipiih oleh rakyatnya sudah menjadi isu yang besar dan melibatkan pertumpahan darah yang amat dahsyat sekali dalam sejarah dunia, di mana presiden pilihan rakyat yang sah telah digulinglan oleh Tentera Mesir.
Seluruh rakyat Mesir terlalu marah kerana pihak tentera telah menyalahkan kuasanya untuk menindas rakyat pada Presiden Mohammed Morsi yang dipilih oleh rakyat Mesir.
Berlakulah kebangkitan suara rakyat Mesir mahu presiden yang mereka pilih dikembalikan semula jawatannya sebagai Presiden Mesir tapi tidak dihiraukan oleh pihak tentera Mesir. Berlaku pertumpahan darah yang amat dahsyat sekali dimana Rakyat Mesir yang membela Presiden Morsi daripada terus-terusan digulingkan oleh pihak Tentera...dibunuh ketika solat Subuh. Adakah pembunuhan yang kejam itu sah di sisi undang-undang negara? Adakah tentera rakyat yang membela presiden berjiwa hamba-Nya,dibunuh beramai-ramai ketika solat itu dikira mati syahid?
Jika pergolakkan politk Mesir tidak dapat diselesaikan segera maka akan berlakulah pertumpahan darah antara rakyat Mesir dengan tentera Mesir. Bumi Mesir sudah pastilah bermandikan darah ...rakyat Mesir yang tak berdosa menjadi mangsa ketidakadilan Tentera Mesir yang inginkan berkuasa mengikut kehendak Tentera.
Jika ada mana-mana tentera di negara luar pasti berasa celaru pemikiran mereka , mereka berada di pihak mana mahu mendukung/menyokong....di pihak tentera atau di pihak rakyat. Jika mereka mendukung di pihak tentera kerana mereka tentera...andainya matinya menyokong pihak tentera Mesir dikira mati syahid ke tidak?
Jika mereka menyokong rakyat Mesir...tindakan mereka seperti telah lari dari medan perang kerana mendukung rakyat mesir bukan menyokong Tentera Mesir.
Yang mana satu hendak disokong amat memeningkan . DILUAH MATI EMAK DITELAN MATI BAPAK. Apapun yang ada di fikiran setiap yang bergelar tentera fisabilillah mahu matinya syahid. Anda gimana. Berilah pandangan/komentar anda jika anda tertarik dengan isu yang dikemukan ini.
Segala pandangan/komentar haruslah logik kerana ini adalah isu yang amat berat untuk kita sama-sama memikirkan andainya perkara yang sama terjadi di negara kita sendiri.
"SETIAP YANG BAIK ITU DATANG DARINYA YANG LEMAH ITU ADALAH DATANG DARI KELEMAHAN SENDIRI."
OLEH RATU RIMBA NIAGARA.
1 Ramadhan 1434H
10 Julai 2013M
(KARYA INI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH YANG KE-67 TAHUN MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HIDUP DAN MANGKAT TUANKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN) - Ratu Rimba Niagara MENGIMARAHKAN MASJID DENGAN KOMINITI MASYARAKAT SALING MENYAYANGI DEMI SELAMATKAN TAUHID DAN AKIDAH
KANAK-KANAK PERMATA SYURGA KURNIAAN ALLAH TAALA
YANG PATUT KITA SYUKURI DAN HARGAI
Nooraini Mydin
Saya tak faham kenapa ada orang yang suka membawa anak kecil ke Masjid sedangkan mereka tidak berupaya mengikuti imam menunaikan solat Tarawih tetapi cuma menganggu orang lain yang cuba menunaikan ibadat.
Muhammad Hifni Mungkin berfikir, agar si anak tersebut mengetahui ajaran-ajaran islam, dan mendidiknya dengan hal yang baik,,, itu suatu hal yang bagus, tetapi jika anak tersebut mengganggu lebih baik di tegur dengan hati yang tenang...!!!
Zulkarnian Mazlan Saya setuju dengan kedua dua pendapat ini , tapi adakala bagai dikatakan oleh Tuan Nooraini Mydin , perbutan baik mendidik anak ke masjid itu menjadi dosa pula kepada ibu dan bapa kerana anak anak mereka mengganggu kekhusyukan dan ketenteram jemaah semasa menunaikan solat .... kita kena ingat , syaitan mempunyai berbagai cara untuk menyesatkan dan melalikan kita
Muhammad Hifni Mungkin jika pertama seseorang tersebut membawa sang buah hati boleh saja, dan di lihat jika sang buah hati mengganggu / membuat Onar di masjid, kita boleh menegurnya kepada ke 2 orang Tuanya, berharap anak ini di hari ke 2 jangan di bawa untuk ke masjid jika sang anak ini hanya untuk menggangu... Para jama'ah yang lain.
Nooraini Mydin Masalahnya, kanak-kanak ini langsung tidak makan teguran. Kalau anak kita tidak berdisiplin, lebih baik tinggal saja di rumah. Kalau mereka betul-betul ingin belajar berjemaah, memang baik tetapi ini cuma seperti "outing," cuma penjaga dapat "berehat" daripada tanggungjawab mengawal anak sendiri. Selepas pengalaman ini saya lebih puas hati membuat Tarawih di rumah, walaupun tidak dapat ganjaran solat berjemaah, tetapi lebih sempurna.
Ratu Rimba Niagara Tapi di Makkah Mukarramah tak jadi masalah pun ...setiap kali berjemaah disambut oleh tangisan gema anak-anak menangis...barangkali kerana inilah ilmu pasakan tauhid ibubapa mereka jadi taat dengan Tuhan bila dewasa tidak seperti di Malaysia anak-anak kecil diperkecilkan malah dimarah-marah oleh ahli jawatan kuasa masjid hingga bila mereka dewasa menjadi trauma untuk ke masjid...macam mana itu ya...
Muhammad Hifni Betul yang di bicarakan Ustzh Ratu Rimba Niaga, dengan lama kelama'an pasti akan Sang Buah hati dengan nasihat ke 2 Orang Tuanya akan paham dengan apa yang di lakukan di dalam Mesjid. Itupun semua tergantung pola fikir masing-masing, karna manusia itu mahluk yang sempurna, dia berhak untuk memilih ingin menjadi malaikat atau Syaiton, dengan keyakinan masing2...
Ratu Rimba Niagara Memang tidak dinafikan kenakalan kanak-kanak menggugat kesabaran kita berjemaah di Masjid tambahan pula bila dekatnya Aidil Fitri...mereka bermain mercun...hingga ada jemaah muslimat yang terperanjat hingga melatah tika solat terawih...mana lagi dengar bunyi dum dam dum dam bunyi mercun yang kuat meledak lagi...mana lagi bunyi melatahnya jemaah muslimat lagi...memang tak kusyuk dibuatnya..benar-benar mencabar kesabaran kita mahu bersolat terawih...barangkali inilah dinamakan dugaan untuk mendapat ganjaran pahala solat Terawih....SABAR AJE LAH.....kanak....kanak...nanti jika kamu sudah besar baru kamu faham dan pasti kamu tergelak bila mendengar nenekmu melatah tika solat terawih....nakalkan kamu....
Ratu Rimba Niagara Kita semua pernah bergelar kanak-kanak...hidupnya tahu gembira je...berkawan...nakalnya Masya- Allah...tapi dalam kenakalan hendak juga pergi berjinak-jinak ke masjid ..bila sampai di masjid dikutuk di hina malah dipukul sambil mengatakan anak Syaitan bin Iblis oleh ahli masjid...kerana setiap kali dimalukan oleh ahli masjid dan mereka-mereka yang sempurna imannya ....kanak-kanak tersebut terus membenci ahli masjid dan yang lebih parah sekali membenci masjid sampai ke dewasa...dalam hal ini siapa yang hendak kita persalahkan?
Adakah ibubapa...ahli masjid..dan mereka yang sempurna iman?
Sepatutnya masjid tempat pendidikan ilmu tauhid di jiwa kanak-kanak. Jika kita dapat selamatkan tauhid mereka dengan hormat kita kepada mereka ..tunjukkan rasa belas kasihan dalam kasih sayang...pasti mereka tidak akan membenci masjid ...tidak menjauhi masjid.
Cuba kita perhatikan di gereja...mana-mana masyarakatnya yang tiada tempat perlindungan ...dialu-alukan datang ke gereja...di sana mereka yang teraniaya dilayan dengan penuh prihatin dan kasih sayang ...tiba masanya waktu sembahyang mereka ajak mereka ke gereja....mereka yang dilindungi bukan saja suka ke gereja malah menjadi menyebar agama kristian.
Alangkah indahnya jika semua masjid-masjid di Malaysia ini dijadikan tempat perlindungan bagi mereka yang teraniaya ...ini tidak lagi dipandang hina ...dikutuk ...macamlah hina sangat mereka di mata ahli masjid dan orang alim ulama. Adakah ini cara pengajaran Islam. Sedangkan Islam ini indah dan menggalakkan penganutnya berkasihan belas di antara satu sama lain.
Jika kerajaan ambil perhatian mengenai perkara ini mengwujudkan pusat-pusat perlindungan kepada mereka yang hilang arah tujuan hidup segera ke Masjid...diberikan perlindungan dengan sepatutnya.
Barulah benar konsep masjid itu sendiri mengimarahkan masjid dengan kominiti masyarakat hidup saling bergotong royong dalam perkara-perkara kebajikan penuh dengan belas kasihan dan berkasih sayang kerana Allah Taala.
Ratu Rimba Niagara Begitu juga di sekolah Agama atau pondok tahfiz...samada dikelolakan oleh kerajaan atau swasta...ustaz dan ustazahnya ...garang-garang belaka...cara pengajaran mereka macam samseng ..bahasa maki hamun je...tak sesuai mengajar di sekolah agama....ada kah murid yang bebal (bodoh atau begok diambil jarum terus di cucuk ke cuping teling pelajar agama dan ustaz main sepak terajang je mulut pelajar yang sedang makan sampai tersebur nasi di mulut..memang tak peliklah ada ustaz mendera pelajar sampai mati pelajar itu dikerjakan. Dan memang tak pelik lagi kenapa bila pelajar dari sekolah agama bila dewasa menjadi bencikan agama Islam ...seumur hidup gara-gara ustazah dan ustaz yang macam samseng. Di sini siapa yang hendak kita persalahkan. Makanya penting kita semua memperbetulkan semua yang berbentuk kezaliman dalam diri kita sendiri agar dapat diperbetulkan pada masyarakat demi menyelamatkan tauhid anak-anak remaja kita. Moga Allah swt membantu kita dalam membetulkan kekhilafan kita melayani generasi yang bakal kita tinggalkan. Moga berkat kerjasama semua pihak generasi yang kita tinggalkan, berakhlak, iman berpasakkan ilmu tauhid yang kukuh kepada Allah swt maka tersebar luaslah ajaran Islam di serata dunia In Shaa Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin. 'HIDUP SENTIASA BERKASIHAN BELAS BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH TAALA BAGAIKAN TAMAN-TAMAN SYURGA INDAHNYA'
(PETIKAN DARIPADA WALL GROUP JOM BELAJAR AL-OURAN DAN SEMBAHYANG )
6 Ramadhan 1434H
14 Julai 2013M
(KARYA INI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH YANG KE-67 TAHUN MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HIDUP DAN MANGKAT TUANKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
www
0 comments:
Post a Comment