PERMATA DI ATAS TAHTA (340) SELAMAT BERPUASA RATU RIMBA NIAGARA
sampai kapan pun aku hamba-Nya,
2 Ramadhan 1435H
30 Jun 2014
Selamat Bersahur & Selamat Menjalani Ibadah Puasa.
sampai kapan pun aku hamba-Nya,
2 Ramadhan 1435H
30 Jun 2014
JANGAN LARUTKAN KASIHKU DI LAUTAN ASID BERGELORA
Keperitan yang kurasa
apabila temanku bersumpah setia
berubah hati lalu membenciku
sengaja membiarkan kasihku
dilarutkan dalam lautan asid bergelora
moga kau tak begitu temanku
andai kau begitu
membuatkan kuluka dalam diam
izinkan aku pergi darimu
kerana aku tak mahu bertemankan
pura-pura kasih, rindu dan sayang
sebelum kasih melayang dilarutkan
di lautan asid bergelora
izinkan aku pergi
Andai benarlah kau tak sukakan aku lagi...
"Hatiku sudah kau curi , tak suka pulangkan cara baik,"
agar sama-sama tak terluka dalam diam pergi tanpa bicara
itu barulah lelaki sejati, berterus terang dalam apa jua keadaan
tidak dalam teka teki tanpa jawapan pasti
kerana kita hidup bukan untuk disandiwarakan
kita bukan pelakon
kita bukan anak wayang yang hebat
kita adalah hamba Allah
yang redha akan segala takdir yang ditakdirkan atas kita.
Karya Ratu Rimba Niagara
2 Ramadhan 1435H
30 Jun 2014
HIDUP BUKAN UNTUK DISANDIWARAKAN
KARYA IBU UNTUK ANAK-ANAK TERCINTA DI SELURUH DUNIA
KARYA IBU UNTUK ANAK-ANAK TERCINTA DI SELURUH DUNIA
"Duhai anak-anakku yang berada di seluruh dunia
kasih sayang ibu sentiasa ada teruntuk untukmu
telah banyak karya yang ibu karangkan untukmu...
Continue Reading
- See 26 more posts
حذر علماء أوربيون من أن يوم القيامة أوشك على القدوم
يارب استرنا واحفظنا وارزقنا حسن الخاتمة
KARYA IBU UNTUK ANAK-ANAK TERCINTA DI SELURUH DUNIA
"Duhai anak-anakku yang berada di seluruh dunia
kasih sayang ibu sentiasa ada teruntuk untukmu
telah banyak karya yang ibu karangkan untukmu
agar manusia di luar sana memahami duniamu
dan menghargai kelahiranmu ke dunia ini.
Pelbagai tema yang ibu karangkan,
kamu terhibur, suka, ceria, mahu menjadi
anak yang baik, suka berbakti kepada kedua orang tua
dan mempunyai sifat keinsanan yang tinggi.
Kamu akan rasa hidup ini adalah satu keindahan
apabila dipenuhi dengan kasih sayang seluhur hati seindah budi.
Andai hidupmu dizalimi
sabarlah ....
percayalah hukum karma akan tertimpa kepada mereka yang zalim
kerana TUHAN itu Maha Penyayang sukakan kebaikan
mereka yang zalim akan dibayar tunai di dunia lagi
tidak di dunia di akhirat pasti menanti
Barangkali manusia di luar sana tidak
mengetahui derita yang kau tanggung di kala ini
kau dianiayai...kau dizalimi oleh darah dagingmu sendiri
dan mereka yang berhati kejam berwajah manusia tapi
berhatikan syaitan durjana...
Andai ibu ada kuasa untuk melindungimu
akan ibu usahakan
akan ibu dayakan
untuk menyelamatkan kamu
daripada mereka yang telah
menganiayai dan menzalimi kamu
Pasti bahagia
hidup kita nak...
hari-hari kita bercanda
ibu bercerita
kalian mendengar penuh kusyuk dan takjub
Sambil bercerita
ibu ketawa
anak-anak pun ketawa
saat yang paling bahagia
melihat anak-anak ketawa
rasa dunia ini berpelangi setiap masa
terlalulah indah senyumanmu nak...
membuatkan ibu rasa mahu hidup seribu tahun lagi
Bilamana cerita sedih
mendayu-dayu hiba
sambil bercerita ibu menangis hiba
anak-anak pun menangis penuh hiba
kita sama-sama menangis
sesak dada ibu untuk menghabiskan cerita
penuh luka dalam duka
atas perbuatan zalim mereka
yang bertopengkan manusia berhatikan iblis
Duhai anak-anakku yang berada di seluruh dunia...
apakan daya ibu tak dapat menumpang kasihmu
yang terlara duka dilarutkan kasih tersisih di lautan asid
dalam gulungan bara ombak bergelora tak henti membadaimu
derita ...azab ...sengsaramu hanya Tuhan yang tahu
Ibu faham
apalah ada pada kudratmu sekecil itu
kau pasrah apabila kau dizalimi tanpa ehsan
hanya air mata pengubat deritamu
sehingga airmata kering pun tiada siapa yang sudi ehsani...
sabarlah nak...
Syurga tempatmu nak...
neraka tempat mereka yang menzalimimu
derita sengsara di dunia ini sementara
tapi azab di neraka maha dahsyat!
andai kamu di tempatkan di Syurga
kamu akan lupa azab sengsaramu tika di dunia
mereka yang di tempatkan di neraka atas sebab menzalimimu
akan menyesal seumur hidup mereka...
itulah bedanya Syurga dan Neraka
maka sabarlah nak ya...
Duhai anak-anakku yang berada di seluruh dunia...
walaupun ibu tiada di sisi kalian
karya-karya ibu mengenai
arti sebuah kasih sayang
akan ibu layangkan
akan ibu terbangkan
dan ibu taburkan di seluruh dunia
apabila anak-anak terima nanti
kasih sayang ibu telah ada di sudut hatimu
pengubat lukamu
dan bayangkanlah
ibu berada di kelilingi anak-anak
yang ibu kasihi
sepenuh jiwa raga....
pasti dunia kita indah
berpelangi cinta
berpurnama sayang
kita senyum bersama bintang kejora
yang akan bersinar
menyinari hidupmu yang bergerhana bergelora derita
ALLAHU AKBAR indahnya di kala itu
hanya TUHAN yang tahu...
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
'KASIH DAN SAYANG IBU PADAMU SAMPAI KE JANNAH AAMIIN'
Karya Ibu Istimewa Untuk Anak-Anak Tercinta Yang Berada Di Seluruh Dunia,
Ratu Rimba Niagara
2 Ramadhan 1435H
30 Jun 2014
PETIKAN PERPUSTAKAAN & GALERI KESATRIA SASTRA
DIRAJA NUSANTARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
2 RAMADHAN 1435H
30 JUN 2014
0 comments:
Post a Comment