PERMATA DI ATAS TAHTA (375) KEMANISAN IMAN DALAM MENGINFAKKAN HARTA KE JALAN-NYA
KEMANISAN IMAN DALAM MENGINFAKKAN HARTA KE JALAN-NYA
Indahnya hidup ini jika apa kelebihan yang Allah swt kurniakan kepada kita dapat kita bagi-bagikan kepada semua saudara seislam kita tanpa ada rasa rugi walau sedikit pun.Malah rasa bersyukur dikurniakan sifat pemurah Allah swt kepada kita, dirasakan mahu hidup seribu tahun lagi agar dapat terus berbagi-bagi (sedekah).
Ya Allah pilihlah aku dan mereka yang membaca karya-karyaku terdiri daripada kalangan hamba-Mu yang pemurah agar kami dapat rasakan kemanisan iman apabila menginfakkan harta ke jalan-Mu. Kami mahu pulang membawa saham akhirat yang Engkau terima sebanyaknya semampu daya kami bukan mati tinggalkan harta bertimbun membuatkan kami menyesal di akhirat nanti. Allahu Akbar Aamiin.
Ya Allah berilah aku peluang agar dapat bersedekah memberi para tetamu-Mu berbuka puasa di Masjidil Haram dan di Masjid Nabawi . Allahu Akbar adalah sesuatu yang indah serasa berbuka puasa bersama-sama dengan ahli Syurga-Mu. Allahu Akbar AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Ratu Rimba Niagara
5 Ramadhan 1435H
3 Julai 2014
اللهم أرزقنا الإفطار في مدينة رسول الله هذا العام في رمضان ..
KEMISKINAN ITU SATU DUGAAN
KEKAYAAN JUGA SATU DUGAAN
MOGA MISKIN TIDAK SAMPAI MEMINTA-MINTA
MOGA KAYA MEMBERI TANPA DIMINTA
ITULAH INDAHNYA ISLAM
KAYA MEMBANTU YANG MISKIN
MISKIN MENDOAKAN YANG KAYA
DI ALAM BARZAH MEREKA INGIN SEKALI DIHIDUPKAN KEMBALI
UNTUK BERSEDEKAH SETIAP HARI KERANA GANJARAN PAHALANYA
BERLIPAT KALI GANDA TERUTAMA DI BULAN RAMADHAN
TEPUK DADA TANYA IMAN
MATI TAK BAWA ANAK ISTERI
JIKA HARTA DITINGGALKAN PADA ANAK ISTERI
JIKA MEREKA INGATKAN SUAMI DAN BAPA MEREKA TAK APA
JIKA MENJADI REBUTAN KASIHAN SUAMI DI ALAM BARZAH
SUAMI, ISTERI DAN ANAK ADALAH ANUGERAH DARI ILAHI
SEBAGAI MENAMBAH SAHAM AKHIRAT
DI AKHIRAT NANTI SALING TIDAK MENGENAL KERANA MASING-MASING
SIBUK DENGAN URUSAN PAHALA YANG DIBAWA
WALAUPUN SEBESAR ZARRAH AMAT BESAR NILAIAN DI SISI ALLAH TAALA
TIKA ITU HARTA SUDAH TIADA BERNILAI LAGI
ALLAHU AKBAR
MUHASABAH UNTUK DIRI SENDIRI
0 comments:
Post a Comment