Thursday, 13 November 2014

KENAL DIRI KENAL TUHAN (105) BAKTIKU UNTUK RAKYAT NUSANTARA DEMI-NYA (i)




KENAL DIRI KENAL TUHAN (105) BAKTIKU UNTUK RAKYAT NUSANTARA DEMI-NYA

SELAMAT HARI KEPUTERAAN BUAT YM KEDATON KRATON WAHYU UTAMA

    News Feed

    SELAMAT HARI KEPUTERAAN BUAT YM KEDATON KRATON WAHYU UTAMA
    Selamat Hari Keputeraan buat YM Kedaton Kraton Wahyu Utama,
    moga terus tabah dan sukses apa yang diusahakan Aamiin
    Sempena hari yang berbahagia ini diucapkan jutaan teriama kasih di atas segala dukungan yang diberikan dalam dunia sastra nusantara yang amat diminati ini.
    Persahabatan dalam persaudaraan di alammaya ini terlalu indah diindahkan lagi dengan hasrat suci murni bagi memartabatkan seni dan budaya nusantara malah di seluruh dunia dengan bermatlamatkan melahirkan suara hati perdamaian dunia melalui bidang seni dan budaya yang ada pada setiap budayawan nusantara.
    Niat suci murni ini tidak akan tercapai jika tiada kesungguhan dan perpaduan di antara budayawan. Bukan senang untuk menyatukan budayawan yang ada di seluruh nusantara. Justru diucapkan tahniah di atas segala usaha YM Kedaton Kraton Wahyu Utama bagi memartabatkan seni dan budaya nusantara untuk dikenali di serata dunia. Moga berjaya apa yang dicitakan In Shaa Allah Aamiin.
    Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
    RATU RIMBA NIAGARA @ TOH PUAN RATU KENCANA SARI
    SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
    PUJANGGA SRIBU JAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA
    CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    & 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
    20 MUHARRAM 1436H
    13 NOVEMBER 2014

UnlikeUnlike ·  · 
  • You, Ksatria KeadilanDato Azami and 134 others like this.
  • Dato Azami Smogq persaudaraan terus kukuh
  • Syahrir Mangun Dipura Alhamdulillah pererat terus tali silaturahim dalam ukhuwwah...
  • Prof-Dato Robin Daulat Tuanku
  • Rabeah Binti Mohd Ali Selamat datang ke Malaysia KDYMM Maharaja Kutai Mulawarman moga ceria dan sukses sepanjang berada di bumi bertuah Malaysia. Daulat Tuanku!
  • Maharaja Kutai Mulawarman Yahoo terminal kasih
  • Rabeah Binti Mohd Ali SERTIFIKAT D'RAJA NUSANTARA DARIPADA KDYMM MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN

    Terima kasih KDYMM Maharaja Kutai Mulawarman atas dikurniakan 
    sertifikat D'RAJA NUSANTARA kepada patik.

    Sertifikat D'RAJA NUSANTARA Dikurniakan Kehadapan:
    Rabeah Binti Mohd Ali
    "PENYAIR ULUNG PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA"

    Sebagai Pemegang Amanah Penciptaan Perdamaian Dunia Untuk Saling Menghormati , Semoga Allah SWT Merahmatinya. 
    AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    Sungguh tidak menduga dan rasa terharu atas pengurniaan ini.
    Sertifikat yang diterima ini memberi suntikan semangat untuk terus menumpahkan tinta-tinta kedamaian dunia di kanvas alammaya In Shaa Allah. Aamiin.

    Segala penghargaan yang diberikan dari pihak kerabat diRaja Nusantara amatlah tersanjung di hati ini.

    Semoga bakat menulis anugerah dari Ilahi ini memberi manfaat kepada semua warga dunia generasi kini dan akan datang agar bumi ini bisa damai selagi ada bulan dan matahari In ShaaAllah Aamiin.

    Ratu Rimba Niagara shared Maharaja Kutai Mulawarman's photo.

    KARUNIA KASIH 2014. MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN

    "RATU RIMBA NIAGARA PUJANGGA SRIBU JAMAN"

    TERIMA KASIH KDYMM MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN ATAS KURNIAAN INI YANG TIDAK TERHINGGA. MOGA RAHMAT KASIH ALLAH DUNIA HINGGA AKHIRAT BUAT KITA SEMUA YANG MEMAHAMI DAN MENDUKUNG/MENYOKONG AMANAH ALLAH INI. TIADA DAYA UPAYAKU MELAINKAN DENGAN IZIN-NYA JUA. ALLAHU AKBAR AAMIIN.

    KEBAHAGIAANMU KEBAHAGIAANKU KESUKSESAN KITA DUNIA AKHIRAT AAMIIN

    Assalamualaikum wr.wb
    " bukan kesuksesan yang membuat kita bahagia,
    namun kebahagiaanlah yang membuat kita sukses "
    By: Maharaja Kutai Mulawarman

    KEBAHAGIAANMU KEBAHAGIAANKU
    DERITAMU DERITAKU
    KESUKSESANMU KEBAHAGIAANKU
    KESUKSESANMU DUNIA AKHIRAT
    KESUKSESANKU DUNIA AKHIRAT
    ITULAH KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRATKU
    ITULAH HIKMAH DISEBALIK KENAPA ALLAH SWT TEMUKAN KITA
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2014, INDONESIA
    17 AGUSTUS 2014, HARI KEPUTERAAN SULTAN BRUNEI DARUSSALAM KE 68 & HARI KELAHIRAN RATU RIMBA NIAGARA 13 OGOS 2014'

    'SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH
    DUNIA '

    Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,

    Ratu Rimba Niagara Pujangga Sribu Jaman,
    Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
    Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
    202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
    3 Zulkaedah 1435H
    29 Ogos 2014
  • Rabeah Binti Mohd Ali KERIS MENJADI SAKSI BISU HEBATNYA PERTEMPURAN!

    Keris menjadi saksi bisu
    hebatnya pertempuran mu duhai keris
    kehebatan mu di gelanggang pertempuran di akui sejak berzaman
    kau sentiasa dikenang sepanjang zaman
    kau sentiasa di hatiku
    akan kuperjuangkan kepahlawananmu
    hingga ke titisan darah terakhir
    biarpun nyawaku jadi taruhan
    agar kau mengerti
    yang aku cintakanmu
    selagi nafas ku ada
    lambang cinta
    lambang setiaku
    padamu keris
    yang tak pernah jemu
    mencintaimu
    untuk memartabatkanmu
    agar dicintai juga anak bangsa
    sejak zaman berzaman

    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2012
  • Rabeah Binti Mohd Ali KERIS LAMBANG KEPAHLAWANAN MELAYU

    Keris lambang kepahlawanan melayu,
    Keris juga lambang kekuasaan Kesultanan Melayu;
    Kepahlawan dan kedaulatan sultan tak pernah layu,
    Akan di pertahankan hingga ke titisan darah terakhir generasi melayu.

    Tak akan hilang melayu di dunia,
    Itulah sumpah Laksamana Hang Tuah;
    Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
    Berbangga menjadi bangsa melayu di bumi bertuah.

    Ilmu persilatan diminati sejak dahulu,
    Diperturunkan hingga ke generasi baru;
    Bersama mempertahankan kedaulatan kesultanan melayu,
    Akan dibanggai sehingga ke anak cucu.

    Pahlawan melayu sudah terbilang,
    Kepahlawanannya demi agama bangsa dan negara;
    Ilmu persilatan tak akan hilang,
    Akan diperturunkan dengan semangat yang membara.

    Salam silaturrahim salam kepahlawanan,
    Kepada semua pejuang bangsa yang tersanjung di hati;
    Kukagumi kalian kerana semangat perjuangan,
    Yang tak jemu berbakti dan menabur budi.

    AKU BERSYUKUR KERANA AKU MELAYU

    Aku bersyukur karena aku MELAYU
    Aku redho karena aku MELAYU
    Aku gembira karena aku MELAYU
    Aku bangga karena aku MELAYU
    Karena aku cuma mendengar satu saja bangsa yang
    tak akan hilang di dunia yaitu BANGSA MELAYU ( Kata Wakil Anak Melayu Seluruh Dunia)

    Takkan hilang melayu di dunia,
    Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
    Melayu bersatu bermuafakat bersama,
    Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

    Berjuang tetaplah berjuang jua,
    Pantang undur sebelum berjuang;
    Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
    Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    31 Ogos 2012
  • Rabeah Binti Mohd Ali SKRIP HANG JEBAT & HANG TUAH ERA MODEN

    HANG JEBAT :

    Apa salahnya kita bermaaf-maafan...
    kalau kubunuh kau sia-sialah perjuanganku selama ini membela kau.

    HANG TUAH :

    Ya...betul katamu Jebat...
    kita bermaaf-maafan demi rakyat dan Raja kita.
    Aku tak mahu menjadi rakyat yang derhaka!
    Aku tak mahu menjadi sahabat yang tak mengenang budi!
    Nanti kukabarkan kepada Raja bahawa kau dan aku adalah rakyat yang setia ...
    Apa yang terjadi selama ini adalah cuma salah faham saja angkara fitnah.
    Raja pasti boleh terima apa yang kukatakan.

    HANG JEBAT:

    Betul ke Tuah.

    HANG TUAH :

    Raja sekarang Raja berjiwa rakyat. Sayangkan rakyat dan negara melebihi kepentingan sendiri.
    Begitu juga rakyat sayangkan Raja dan negara melebihi kepentingan sendiri.

    HANG JEBAT:

    Kalau begitu ayuh kita pergi mengadap Sultan.

    HANG TUAH :

    Sultan pasti gembira mendengar kabar berita ini.
    Barulah kita tidak rasa bersalah hingga ke mati.
    Tiadalah sesal di hati baik Raja, rakyat dan generasi akan
    datang pastinya semua gembira kerana tidak akan hilang melayu di dunia!

    HANG TUAH/HANG JEBAT:

    DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!

    RAJA:

    SAYANG RAKYAT!

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    30 Jun 2011

    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    31 Ogos 2012
  • Rabeah Binti Mohd Ali AKU TAK MAHU MENJADI PENDERHAKA RAJA

    "Raja adil raja didaulatkan...Penderhaka Raja mesti kubunuh!"
    "Engkau pengampu Raja...apa yang engkau dapat? Kurniaan diRaja!"
    "Bukan itu yang aku mahukan...cuma aku mahu menjadi rakyat yang setia...
    setia kepada Raja."
    "Setia...sebelum berkuasa bolehlah! Dah berkuasa tengok...rakyat ditindas?"
    "Bedebah! Bukan Raja yang menindas rakyat tapi pemerintah !Engkau tahu tak? Tak akan rakyat hendak menindas rakyat..."
    "Kalau pemerintah menindas rakyat mana buktinya?"
    "Buktinya engkaulah yang menafikan kedaulatan diRaja!!!"
    "Kedaulatan diRaja? Macam mana tu?"
    "Pemerintah mengiktirafkan institusi diRaja...rakyat pun aman ."
    "Kenapa engkau kata macam tu?"
    "Sebab tiada Raja tiada negara tiada negara tiada rakyat ...ada rakyat ada pemerintah kerana rakyat adalah pemerintah...."
    "Engkau ini cakap berbelit-belit bikin aku nggak faham!Cakap bikin aku faham bisa nggak?"
    "Senang cerita lah...sebab apa aku kata rakyat itu pemerintah...siapa yang memilih pemerintah?
    "Rakyatlah!"
    "Pandaipun engkau....makanya pemerintah itu rakyat...rakyat itu pemerintah...makanya rakyat perlukan Raja yang adil barulah negara jadi sempurna...ada negara ada rakyat ada rakyat ada Raja..."
    "Itu macam kah...baru aku faham....betul kata engkau .....kalau macam ini tak jadi gaduhlah...kita bisa jadi kawan boleh nggak?"
    "Tentulah boleh...sebab engkau tidak jadi penderhaka...aku suka."
    "Hehehehehe"
    "Sukalah tu!"
    "Pastilah suka...."
    "Kenapa suka?"
    "Perjuangan kau sudah tercapai"
    "Maksud engkau?"
    "Engkau sudah berjaya menyedarkan aku makanya aku tak mahu lagi jadi rakyat penderhaka kepada Raja."
    "DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!"

    Karya RATU RIMBA NIAGARA
    23 Mac 2012
    Like · · Unfollow Post · 3 hours ago near Melaka,
  • Rabeah Binti Mohd Ali PENDERHAKA ITU APA MAKNANYA 

    Erwin Agus Pengelana penderhaka itu artiya apa ya ?

    Ratu Rimba Niagara Yang menentang atau tidak taat perintah raja

    Erwin Agus Pengelana sedang pengampu apa non ?

    Ratu Rimba Niagara Suka puji-puji raja

    Erwin Agus Pengelana terima kasih non .......
    salam persahabatan dalam kedamaian.....

    Ratu Rimba Niagarai Kalau di Indonesia apa pula bahasanya...boleh bilang sama ratu...ratu pun mahu belajar ni...
    agar boleh ditukar bahasanya....hihihihi

    Ratu Rimba Niagara Salam damai juga...jadinya apa pendapatmu tentang apa yang ditulis di atas...adakah sudah kau memahaminya 100%

    Erwin Agus Pengelana pemerintah=rakyat, rakyat butuh seorang raja ?.....bentuk Negara Malaysia = perdana menteri yang menjalankan roda pemerintahan dengan restu raja atas pilihan rakyat banyak ?......atau bagaimana non, belum 100% saya tahu.....

    Ratu Rimba Niagara Betul maksudnya itu Erwin...cumanya di Malaysia Institusi DiRaja diiktirafkan pemerintah dan rakyat tapi Indonesia gimana pula...? Tujuan ditulis agar rakyat dan pemerintah Malaysia sentiasa menghargai Institusi diRaja.

    Erwin Agus Pengelana Indonesia menganut sistem Presiden sebagai Kepala Negara dan Kepala Pemerintahan yang dibantu tugasnya oleh seorang Wakil Presiden dan beberapa Pembantu Presiden (Kementrian) atas pilihan rakyat, dan setiap penduduk (warga negara/orang yang telah lama tinggal di Indonesia/Pribumi asli) mempunyai kedudukan yang sama dimata hukum dan setiap penduduk berhak mencalonkan diri menjadi Presiden dan Wapres dengan memenuhi ketentuan-ketentuan yang diatur dalam perundang-undangan......Pilpres = Pemilihan Presiden-Wapres yang diadakan 5 tahun sekali, atas dasar Pilpres inilah (proses demokrasi Pancasila), seorang Presiden memiliki hak penuh sebagai Kepala Negara sehingga berhak pula menjalankan roda pemerintahannya selama periode (masa bhaktinya).......

    Erwin Agus Pengelana dan apabila seseorang Presiden mengingkari janji dan sumpah jabatan, maka selaku presiden bertanggung jawab pada Majelis Permusyawatan Rakyat (MPR), yang mana MPR ini adalah suatu lembaga tertinggi negara sebagai pelaksana dari pemegang kedaulatan tertinggi (rakyat).........

    Ratu Rimba Niagara Jadinya...apa yang ditulis oleh saya di atas...gimana pula...ada persamaan tak di Indonesia?

    Erwin Agus Pengelana ada....hanya bentuknya berbeda....bila tulisan diatas itu adalah berbicara tentang seorang raja yang kedudukannya dapat diwarisi oleh anak kandungnya (putra mahkota) secara silsilah kerajaan, sedang sistem di Indonesia tidak terwarisi secara kedarahan (silsilah keluarga)......kesamaannya : seorang raja dan seorang presiden adalah kedudukan sebagai Kepala Negara.....perbedaannya : dalam bentuk kerajaan yang menjalankan roda kepemerintahan adalah seorang Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat, sedang dalam sistem republik seorang kepala negara yang syah (memenangkan pilpres da sudah dilantik oleh MPR) berhak pula menjalankan roda pemerintahan selama kurun waktu 5 (lima) tahun masa jabatannya.......salam damai dalam persahabatan......

    Laksamana Mas Kepada Raja yang bijak, salam hormat ku kepada Paduka,.....

    Ratu Rimba Niagara Salam damai juga untuk kedua rakan seperjuangan yang dihormati lagi disanjungi di benua sana...moga negaramu kekal aman merdeka semerdeka negaraku yang mengiktirafkan sistem diRaja bersilsilah.Aamin

    RAJA RAKYAT PEMERINTAH 3 SERANGKAI TIDAK DAPAT DIPISAHKAN SAMPAI KAPAN PUN! DUNIA PASTI AKAN TERSENYUM BANGGA!

    (PETIKAN DARIPADA GROUP KERAGAMAN BUDAYA LELUHUR INDONESIA)
    23 Mac 2012
  • Rabeah Binti Mohd Ali KERIS LAMBANG KUASA, DARJAT DAN KEPAHLAWANAN MELAYU LAKSAMANA HANG TUAH

    Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Muli Mulia ini;
    Di Malaysia ada dua (2) Negeri yang memakai Mahkota iaitu Sultan Johor dan Sultan Kelantan. Ia tidak sama seperti Mahkota Sultan Negeri-Negeri yang lain. Gambar2 sekadar informasi sahaja.

    You, Sri Pemangku Adat and 35 others like this.

    Insan Musafir Aamiin Ya Allah
    June 5 at 2:23am · 
    Rabeah Binti Mohd Ali MOGA KITA DAPAT MEMAKAI MAHKOTA DI SYURGA PASTI SERINYA BAGAIKAN MEMANCAR CAHAYA BERKEMILAUAN SELUAS LANGIT DAN BUMI. ALLAHU AKBAR AAMIIN.

    DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA):
    Oleh Sri Pemangku Adat

    Sebagaimana, yang telah dimaktubkan oleh Almarhum-Almarhum Sri Karaengan (nenek moyang kami dari Suaka Bangsawan Karaeng & Daeng & Kare) yang terdahulu bahawa mereka telah memutuskan. Sesungguhnya, pada masa Malaya (Tanah Melayu) bertukar nama kepada Negara Malaysia Yang Berdulat Lagi Merdeka akan IKRAR SUMPAH TAAT SETIA kepadanya Wasiat Raja-Raja Melayu, Hatta maka kami sebagai anak cucu Wangsa Bugis Melayu akan sentiasa mematuhinya tanpa sebarang perasangka seperti berikut:

    ” Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya salama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera”

    Pertama : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang dipijak dan langit yang kamu junjung. Persekutuan Tanah Melayu ( sekarang MALAYSIA).
    Kedua : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytiharkan dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
    Ketiga : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara ini.
    Keempat : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
    Kelima : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.
    Keenam : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
    Ketujuh : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

    Gambar Raja-Raja Melayu ia sekadar informasi sahaja;
  • Rabeah Binti Mohd Ali PANTUN SULTAN-SULTAN KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA

    Sultan Abd Halim Mua'dzam Shah Agong berwibawa,
    Memerintah negara adil saksama;
    Rela berkorban demi rakyat tecinta,
    Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

    Institusi di-Raja dekat di hatiku,
    Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
    Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
    Rakyat Johor terharu lagi menyanyangi.

    Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
    Kepentingan rakyat amat dirasai;
    Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
    Sejak generasi dahulu hingga kini.

    DYM Sultan Selangor Raja dihormati,
    Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
    Budi disemai Allah berkati,
    Moga amalan dibalas di akhirat nanti.

    Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
    Kebajikan rakyat amat diutamakan;
    Bertuah sungguh rakyat Pahang,
    Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.

    Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
    Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
    Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
    Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.

    Sultan Mizan kesayangan rakyat,
    Rakyat Terengganu amat bersyukur;
    Punyai Raja yang pentingkan rakyat,
    Raja dan rakyat sentiasa rasa bersyukur.

    Sultan Kedah amat dihormati,
    Menabur budi tidak terhingga;
    Ke mana pergi rakyat mentaati,
    Rakyat Kedah amat berbangga.

    Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
    Kepentingan rakyat amat dijaga;
    Masalah rakyat diberi perhatian,
    Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.

    Sultan Kelantan berhemah tinggi,
    Memerintah Kelantan adil saksama;
    Rakyat Kelantan takkan rugi,
    Raja dan rakyat berkerjasama.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Mac 2013
    (BERSEMPENA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA
    NEGARAKU YANG TERCINTA YANG KE-56 PADA 31 OGOS 2013)

    KAMI RAKYAT MALAYSIA TAAT SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA SEPERTIMANA YANG TERMAKTUB DALAM RUKUN NEGARA YANG KEDUA.

    PETIKAN PERPUSTAKAAN & GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA
    SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
    @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
    202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
    7 SYA'BAN 1435H
    5 JUN 2014
    June 5 at 2:29pm · Like · 6

    Insan Musafir TERBAEK!!!
    June 5 at 3:12pm · Unlike · 3

    Silat Pengantin salam hormat untuk YM Ratu Rimba Niagara amat terbaik Cik Puan Srikandi punya tafsiran, amin.
    June 5 at 9:11pm · Unlike · 5
  • Rabeah Binti Mohd Ali AKAN BANGKIT KERAJAAN NUSANTARA MENYOKONG PERJUANGAN SASTERA RATU RIMBA NIAGARA 

    Sri Pemangku Adat salam hormat, ular naga di gambar itu adalah dikenali sebagai Balang Bedai..menjadi lambang Kesultanan Siak Seri Inderapura, amin ya allah.
    2 hrs · Like · 1

    Ratu Rimba Niagara Boleh tak YM Sri Pemangku Adat terangkan Kesultanan Siak Seri Inderapura Malaysia dan Indonesia karena sudah lama menjadi tandatanya hamba, masing-masing adanya seperti tidak sefahaman. Sejujurnya keduanya hamba hormati dan kasihi tapi karena masalah ini hamba disingkirkan oleh kedua belah pihak...sedih hingga ke saat ini.
    Dan lagi ular naga itu wujud dalam karya hamba, walaupun karangan itu cuma fantasi hamba tapi ada yang bilang kisah benar yang pernah terjadi di Nusantara. Wallahualam.

    Sri Pemangku Adat salam hormat, YM Ratu Rimba Niagara untuk memperjelaskan di sini PASTI akan menibulkan banyak persoalan, dan pertikaian dalaman..kerana yang tahu..benar hal ini, berdiam diri, jadi kami juga tidak dapat menjelaskan secara terbuka..demi menjaga..kedua2 belah pihak..amin ya allah.

    Sri Pemangku Adat salam hormat, memadai jika mereka masih memerlukan sumbangan anda YM Rabeah Binti Mohd Ali dan jika mereka tidak mahu itu, tidak kita perlu rasa kecewa kerana ada banyak lagi..kerajaan2 yang akan bangkit memerlukan anda, amin ya allah.

    Ratu Rimba Niagara AAmiin Ya AAllah. Terima kasih YM Sri Pemangku Adat karena telah dapat memberi jawapan yang menenangkan iman di hati yang selama ini asyik menyalahkan diri sendiri. Moga Allah swt memberkati hidup mati kita semua. AAmiin.

    PETIKAN WALL GRUP SRI PEMANGKU ADAT
    13 ZULKAEDAH 1435H
    7 SEPTEMBER 2014
  • Rabeah Binti Mohd Ali JIWA PAHLAWAN MELAYU TAK TAKUT MATI!

    Takkan hilang melayu di dunia,
    Itu sumpah Laksamana Hang Tuah;
    Bersatulah Melayu sedunia,
    Itulah jiwa Laksamana Hang Tuah.

    Pendekar melayu menjadi sanjungan,
    Dulu kini dan selamanya;
    Perdekar melayu tak akan diperlekehkan,
    Disanjungi kerna kekuatan makrifatullahnya.

    Melayu sakit semuanya sakit,
    Kerana jiwa melayu berakar umbi;
    Bersatu berpadu melayu hilanglah sakit,
    Itulah bukti melayu sudah satu hati.

    Melayu pencetus kebangkitan ummah,
    Jiwa islam mahu mati fisabilillah;
    Pendekar melayu akan satukan ummah,
    Kerna mahu mati dalam fisabilillah.

    Jiwa pendekar melayu tak takut mati,
    Anak jantan melayu pantang dicabar;
    Akan bertarung tak undur walaupun seinci,
    Nyawa jadi taruhan jika dicabar.

    Melayu hina melayu kepantang melayu,
    Pahlawan melayu akan turun ke gelanggang;
    Bermandikan darah hebatnya pahlawan melayu,
    Nyawa jadi taruhan tanda kasih dan sayang.

    Melayu kuat karena bersatu,
    Kutuk mengutuk hina menghina;
    Bukan jiwa pendekar melayu,
    Yang ada membela yang teraniaya.

    Institusi Raja melayu dipertahankan rakyat,
    Raja sekarang selalu muafakat;
    Muafakat Raja bersama rakyat,
    Raja dan rakyat hidup penuh berkat.

    Hulubalang sultan sedia berbakti,
    Pada raja berjiwa hamba-Nya;
    Rela pertaruhkan nyawa demi raja dikasihi,
    Laksamana lambang kepahlawanan sejati.

    Nusantara bumi bertuah dihuni bangsa melayu,
    Raja dan rakyat saling menyanjungi;
    Kata sepakat semua rumpun melayu,
    Barulah mengundang Rahmat Kaseh Ilahi.

    Melayu oh! melayu
    Perwira oh! perwira
    Pahlawan oh! pahlawan
    Pendekar oh! pendekar
    Laksamana oh! laksamana
    Hulubalang oh! hulubalang

    Berjuanglah kalian
    Hingga ke tetesan darah terakhir
    Fisabilillah lah kamu jangan jemu
    Syahidmu di medan juang
    Allah sayang padamu
    Syurga Firdausi tempatmu
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    Syukurlah olehmu kerana Allah memilihmu
    Syahid ke jalan-Nya
    Pendekarku kau adalah TENTERA ALLAH
    Aku bangga denganmu
    Sekalung bunga Syurga kukirimkan padamu
    Percayalah bidadari menantimu di Syurga Firdausi
    Balasan syahidmu ikhlas kerana-Nya

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    23 Ramadhan 1434H
    1 Ogos 2013M
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR TENTERA FISABILILLAH YANG RELA SYAHID KE JALAN-NYA)
  • Rabeah Binti Mohd Ali HULUBALANG TAK TAKUT MATI DI MEDAN PERANG!

    demi tanahairku yang tercinta
    aku akan perang habis-habisan
    darahku
    nyawaku
    perjuanganku
    hidup matiku hanya untuk Allah
    tak akan aku gentar
    walau beribu datang menyerang
    akan aku tentang habis-habisan

    aku hidup untuk Allah
    aku mati untuk Allah
    aku berjuang kerana Allah
    aku cumalah hamba Allah
    yang dipilih Allah untuk ke jalan-Nya
    perjuangan demi kerana Agama Bangsa & Negara adalah duniaku
    makanya aku tak takut mati jika aku mati di medan juang
    aku adalah tentera Allah yang berani mati demi-Nya
    aku redha hidupku sebagai seorang pejuang
    sudah tercatat di Azali aku seorang pejuang-Nya
    aku syukur sebanyak-banyak-Nya
    kerana aku berjuang demi agama bangsa dan tanahair
    untuk meraih cinta-Nya
    moga perjuanganku dibalas syahid...
    AAmeen Ya Rabba A'Lameen.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    1 Ogos 2013
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK PARA HULUBALANG & SEMUA TENTERA FISABILILLAH YANG MAHU SYAHID KE-JALAN-NYA)
  • Rabeah Binti Mohd Ali HULUBALANGKU...

    HULUBALANGKU...
    AKU TABIK HORMAT DENGAN KEBERANIAN BERANI MATIMU DEMI AGAMA BANGSA & NEGARA...MOGA SYAHIDMU DITERIMA ALLAH SWT AAMEEN.

    SEKALUNG BUNGA CINTA IBU PERTIWI KEPADA SEMUA WIRA NEGARA YANG RELA MATI DI MEDAN JUANG...SELAMAT BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR!
    TANPAMU SIAPALAH KAMI ...PASTI SEMUA RAKYAT MALAYSIA TINGGAL DI BUMI SENDIRI DALAM KEADAAN TIDAK AMAN MAKA DARI ITU SETITIK KERINGATMU DAN DARAH PERJUANGANMU YANG GUGUR KE BUMI AKU AMAT HARGAINYA. MOGA SYURGALAH TEMPATMU ATAS SEGALA PENGORBANANMU PADA SEMUA RAKYAT NUSANTARA TERCINTA. AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.
    By Ratu Rimba Niagara
    1 Ogos 2013

    ·TELAH TERCATAT SEJAK AZALI AKU PEJUANG SYAHID DEMI-NYA 

    BERSAMA MEMPERTAHANKAN NEGARA DENGAN APA CARA SEKALI PUN....." BERAT SAMA DIPIKUL , RINGAN SAMA DIJINJING " PERPADUAN ASAS KEUTUHAN NEGARA 
    By: Khai Noor

    SIAPA BERANI MEMUSUHI IBU PERTIWIKU
    MERIAM INI AKAN TAK HENTI BERDENTAM DENTUM MEMBUNUHMU
    KALAU BERANI SILAKAN....
    INI ANAK JANTAN DARI KERABAT DIRAJA JEMBAL
    RELA MATI DEMI MEMPERTAHANKAN AGAMA BANGSA & NEGARA...
    By: Ratu Rimba Niagara

    MALAYSIA SELAMANYA MERDEKA SELAGI DUNIA BELUM KIAMAT!

    TIADA PEMIMPIN TIADA NEGARA
    TIADA NEGARA TIADA RAKYAT
    TIADA RAKYAT TIADA TENTERA
    TENTERA BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT & PEMIMPIN
    SALING SOKONG MENYOKONG KE ARAH NEGARA SEJAHTERA
    TANPA SESIAPAPUN BERANI MENCEROBOH KEDAULATAN NEGARA TERCINTA! MERDEKALAH MALAYSIA SELAMANYA SELAGI DUNIA BELUM KIAMAT..
    IN SHAA ALLAH AAMEEN.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    1 Ogos 2013
  • Rabeah Binti Mohd Ali MOGA KAMU SEJAHTERA DI DUNIA SEJAHTERA DI SYURGA

    PANTANG ANAK JANTAN MELAYU DICABAR...
    MAKANYA TIADA MASA MENUNGGU MEREKA YANG PENGECUT
    PEJUANG FISABILILLAH SENTIASA BERSIAP SIAGA DI MEDAN PERANG DEMI MENYAHUT SEMBOYAN IBU PERTIWI!
    DUHAI PERWIRA-PERWIRA MALAYSIA
    KAMI RAKYAT MALAYSIA SENTIASA BERSAMA PERJUANGANMU
    KAMU BERJUANG DEMI KESEJAHTERAAN KAMI
    KAMI SYUKUR
    KAMI TERHARU
    KAMI DOAKAN KAMU SEJAHTERA JUGA
    SEJAHTERA DI DUNIA SEJAHTERA DI SYURGA...AAMEEN.

    RATU RIMBA NIAGARA
    1 Ogos 2013

    TANDA AKU CINTA PADA IBU PERTIWI

    INILAH BARISAN KITA
    YANG RELA BERJUANG
    TAK TAKUT MATI TIKA BERJUANG
    DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA
    SENTIASA SIAP SIAGA
    SENTIASA GAGAH
    SENTIASA PERKASA
    SENTIASA BERTEGAS PADA MUSUH DURJANA
    TAK AKAN BERUNDUR BIARPUN SETAPAK
    BIAPUN AKU DIHUJANI PELURU
    BERMANDIKAN DARAH
    AKU RELAKAN
    ASALKAN NEGARAKU
    SEJAHTERA BUAT SELAMANYA
    TANDA AKU CINTA PADA IBU PERTIWI
    PADA TUHAN AKU MERAYU
    AGAR AKU MATI SYAHID
    ITULAH MATLAMATKU
    YANG KUDAMBAKAN DALAM WIRAKU PADA NEGARA
    IN SHA ALLAH AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    23 Ramadhan 1434H
    1 Ogos 2013M

    PERWIRAKU BERJUANGLAH DIKAU HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR...MOGA SYAHIDLAH TEMPATMU AAMEEN.
    By: Ratu Rimba Niagara
    22 Ramadhan 1434H
    1 Ogos 2013M
  • Rabeah Binti Mohd Ali TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'SENOPATI PEREMPUAN RATU RIMBA NIAGARA' Karya Ratu Rimba Niagara, YM Sri Pemangku Adat & Pendekar-Pendekar Melayu Nusantara

    KEBANGKITAN ROH PERJUANGAN SUCI LAKSAMANA HANG TUAH & HANG JEBAT DI ERA MODEN DI JIWA PENDEKAR MELAYU NUSANTARA ALLAHU AKBAR AAMIIN

    Sri Pemangku Adat
    May 19 at 1:42am

    Assalamualaikum WRMHWRKT & Salam Sejahtera untuk rakan2 grup ini:-
    PENUTUP KEPALA iaitu TANJAK adalah suatu MAHKOTA bagi SESEORANG INDIVIDU yang MENCINTAI BUDAYA disini; suatu pencerahan asal usul TANJAK bagi masyarakat Adat Karaeng yang digunapakai di Malaysia dan asal ususl dari Sulawesi Indonesia, gambar2 yang dipamerkan sebagai asas pengenalan sahaja, amin ya allah. — withPemangku Adat.

    TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'SENOPATI PEREMPUAN RATU RIMBA NIAGARA' Karya Ratu Rimba Niagara & Laksamana Mas (Babak 1)

    RIBUAN ANAK PANAH DAN BUSUR SAKTI INI

    DALAM UNTAIAN TAKDIRNYA IA ADALAH SENOPATI PEREMPUAN

    Dinda Sri Kandi...
    coba kau bentang busur mu...
    mari Kanda ajari memanah...
    (dalam untaian takdirnya ia adalah senopati perempuan)

    Dinda Sri Kandi...
    inilah saat kita ke tengah palagan,
    berperanglah dengan gagah brani
    meski perempuan Dinda adalah Senopati...

    Kanda akan selalu ada di samping mu...
    dengan ribuan anak panah dan busur sakti ini,
    Kandapun akan berperang bersama mu dan akan
    melindungi mu dengan sgala kesaktian dan kadigjayaan ku,
    ayo jangan ragu....

    LAKSAMANA MAS,-

    IBU PERTIWIMU IBU PERTIWIKU

    Kanda Laksamana Mas
    Di segenap penjuru
    Ke mana dinda berada
    Ribuan anak panah
    Bersiap sedia dilepaskan
    Keseluruh tubuh dinda
    Hinggakan dinda rasakan
    Dunia ini tiada yang selamat
    Untuk dinda bersembunyi

    Jika salah satu anak panah itu
    Terkena ke jantung dinda
    Ketika berdetak kencang
    Dalam bara api perjuangan yang meledak
    Dinda sudah bersedia ke arah itu
    Karena ini adalah jalan yang dinda pilih
    Jalan yang seiring kehendak rakyat Nusantara tercinta
    Rela dinda pertaruhkan airmata, darah dan nyawa
    Demi ibu pertiwimu dan ibu pertiwiku tercinta

    Jika kehadiran kanda sudah terlambat
    Untuk bersama dinda menghadapi musuh durjana
    Atas kesibukan kanda itu...
    Dinda amat memahaminya

    Setidak-tidaknya kanda sudi
    Melindungi dinda dengan segala kesaktian yang ada
    Pada kanda...

    Moga di hari kematian dinda nanti...
    Jangan sekali diratapi
    Dengan airmatamu kanda

    Tapi kirimkan doamu untukku kanda...
    Kunantikan doamu di tugu
    Ibu pertiwimu ibu pertiwiku

    Dan bawalah anak panah dan busur sakti
    Dan letakkan di pusara ku nanti
    Sebagai lambang kau menghargai
    Jasa baktiku pada ibu pertiwimu!

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    20 Mac 2013

    PETIKAN PERPUSTAKAAN & GALERI SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA NUSANTARA
    RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
    202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
    19 REJAB 1435H
    19 MEI 2014
DISIARKAN KARYA SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN YM KEDATON KRATON WAHYU UTAMA TANGGAL 13 NOVEMBER 2014 BERSAMAAN 20 MUHARRAM 1436H

0 comments:

Post a Comment

 
;