Friday, 6 March 2015

SASTERA ITU INDAH (203) SILATURAHMI ABADI SAMPAI KE SYURGA


SASTERA ITU INDAH (203) SILATURAHMI ABADI SAMPAI KE SYURGA


You posted 4 updates.


YA ALLAH MATIKAN AKU DI KALA SEMUA MANUSIA TELAH MAAFKAN AKU DAN REDHO ATAS KEMATIAAN KU
Tuhan itu Maha Pengampun
sebanyak mana dosa dengan Tuhan
DIA akan ampunkan...
Continue Reading
Like ·  · 
Rabeah Binti Mohd Ali posted in 20 groups.

YA ALLAH MATIKAN AKU DI KALA SEMUA MANUSIA TELAH MAAFKAN AKU DAN REDHO AKAN KEMATIAAN KU
Tuhan itu Maha Pengampun
sebanyak mana dosa dengan Tuhan
DIA akan ampunkan
bilamana DIA ampunkan sebelum mati
maka matilah dalam iman
maka Syurgalah tempat abadinya
Tapi bilamana dosa sesama manusia
selagi dia tidak ampunkan
dosa itu akan dibawa sampai ke akhirat
di mana mereka saling menuntut
mereka tidak menuntut harta benda
di hari akhirat harta benda sudah tidak menjadi keutamaan lagi
yang didambakan adalah pahala
beruntunglah mereka yang banyak pahala tapi
akan menjadi rugi apabila pahala yang banyak itu
dituntut oleh orang yang pernah dizalimi tika di dunia
beruntunglah orang yang kena umpat kena fitnah
kerana mereka mendapat pahala percuma daripada
orang yang mengumpat dan menfitnahnya
Di hari pembalasan hari akhirat
suami tidak mengenali isteri
istri tidak mengenali suami
ibu dan ayah tidak mengenali anak
anak tidak mengenali ibu ayah
masing-masing sibuk mengira adakah pahala untuk mereka
walaupun pahala sebesar zarrah amat diharapkan
Sebab itu semasa hidup
ikatan kekeluargaan yang ditakdirkan
adalah untuk saling menambah saham akhirat
lagi banyak kita menabur saham
banyaklah saham di akhirat nanti
Karena manusia diwujudkan di dunia ini
untuk menjadi Khalifah ...
beramal kepada Tuhan
berbuat baik kepada manusia
tidak diciptakan manusia itu untuk beramal kepada Tuhan
kepada manusia sentiasa berbuat baik agar tidak saling menuntut pahala
di akhirat nanti
Kisah seorang hamba Allah yang hidupnya
penuh dengan dosa beribadat jauh sekali,
sebelum kematian dia berwasiat kepada ahli keluarganya
agar mayatnya dibakar sehingga menjadi abu,
dia berwasiat begitu agar dia tidak dimasukkan ke neraka
bila saja dia mati keluarganya mengikut wasiatnya
Hamba Allah itu dimasukkan ke Syurga
atas sifat takutkan kepada pembalasan Allah dengan siksaan api neraka...
Subhanallah begitu Maha Pengampun dan Penyayang-Nya Allah kepada
hamba-Nya yang benar yakin akan adanya pembalasan hari akhirat.
Semua hamba Allah yang beriman yang percayakan hari akhirat
akan sentiasa berlumba-lumba melakukan amal soleh dan kebaikan yang diredhoi-Nya tapi pasti akan banyak ujian untuk mengetahui sejauh mana keikhlasan kita melakukan amalan soleh dan kebaikan.
Moga sebelum ajal menjemputku pulang untuk bertemu dengan Tuhanku...
Allah ampunkan aku dan semua yang mengenaliku di dunia nyata atau di dunia maya memaafkan aku dan redho atas kematianku.
Bilamana Allah redha dan manusia redho atas kematiaanku....
aku bertemu Tuhanku dalam redha lagi diredhoi-Nya,
itulah yang aku dambakan sepanjang aku berhidup di bumi-Nya ini
kerana aku cumalah musafir yang mesti membawa bekalan untuk menuju
ke negeri pasti negeri akhirat.
Hidup di dunia ini cuma sebentar saja jika dibandingkan negeri akhirat
yang abadi...
1 hari akhirat bersamaan seribu tahun di dunia
sedangkan hidup di dunia paling panjang usia 60 hingga 100 tahun malah lebih awal dijemput Tuhan.
Ya Allah andai aku terleka dan terlalai Engkau ingatkanlah
Ya Allah andai aku lemah tak berdaya Engkau kuatkanlah
Ya Allah andai aku berdosa pada-Mu Engkau ampunkanlah
Ya Allah Engkau lembutkanlah hati hamba-Mu untuk memaafkan aku
kerana aku mahu mati dalam Engkau redha dan manusiapun redho
barulah tenang rohku bertemu-Mu
AAmiin Aamiin AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
...........................................................................
sampai akhir hayat aku hamba-Mu Allah,
15 Jamadil'Awal 1436H
6 Mac 2015
Allah swt berfirman dalam Al'Qur'an :" Tahukah kamu apakah hari pembalasan itu? Sekali lagi, tahukah kamu apakah hari pembalasan itu? (Yaitu) hari (ketika) seseorang tidak berdaya sedikitpun untuk menolong orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah. " Q.S. Al-Infithaar 17-19 .. Salam jumat mubarak sahabat fillah .. #
Like ·  · 

Rugi mencintai orang yang pura-pura mencintaimu
mulut menyebut cinta
tapi hati penuh kepalsuan
Bersyukurlah tidak memiliki cinta palsu
Like ·  · 

SASTERA ITU INDAH (203) SILATURAHMI ABADI SAMPAI KE SYURGA 

sampai akhir hayat aku hamba-Mu Allah,
15 Jamadil'Awal 1436H
6 Mac 2015



0 comments:

Post a Comment

 
;