SASTERA ITU INDAH (174) PEWARIS RATU KATHURA
Arte topiario en el Jardín botánico de Montreal, Canada
Sociedad Argentina de Horticultura
Desde 1936 al Servicio de la Comunidad
Desde 1936 al Servicio de la Comunidad
PEWARIS RATU KATHURA
Ratu Kathura cantik rupawan,
Permaisuri Raja beriman berjiwa pahlawan,
Kepahlawanan raja tiada terlawan,
Namun begitu tetap tunduk kepada Tuhan.
Ratu Kathura permaisuri soleha,
Bonda mithali mendidik putra putri,
Semua ibadah kerana Tuhan-Nya,
Demi mendapat redha Ilahi.
Kekanda raja diberi sokongan,
Berbakti kepada rakyat sepenuh hati,
Pelajaran dunia akhirat sentiasa diutamakan,
Negara sejahtera hidup diberkati.
Negara aman makmur rakyat sejahtera,
Ksatria diRaja sentiasa siap siaga,
Jiwa kemerdekaan sentiasa bergelora,
Musuh datang ditentang bagaikan singa.
Ratu Kathura berasa bangga,
Keluarga mawaddah warahmah dalam redha Ilahi,
Darjat, kekuasaan dan harta bukan untuk dibangga,
Semuanya menjadi saham akhirat dituai nanti.
Mencintai kekanda raja kerana Ilahi,
Saling mencintai karena Ilahi,
Bersama membina jambatan ke Syurgawi,
Memandang Wajah Ilahi itu yang diidami.
Berkat keyakinan cinta kerana Ilahi,
Sentiasa berjihad ke jalan Ilahi,
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi,
Diusahakan dijayakan kerana Ilahi.
Ratu Kathura melahirkan tiga belas putera,
Semuanya dididik berjiwa pahlawan Ilahi,
Kekanda raja bangga kepahlawanan putera,
Berjiwa pahlawan, rakyat rela mati kerana Ilahi.
Kerana kemahsyuran kerajaan Ratu Kathura,
Diserang oleh musuh durjana,
Semuanya syahid waris Ratu Kathura,
Kecuali seorang putera selamat dari musuh durjana.
Kini ratusan tahun sudah berlalu pergi,
Kerajaan Ratu Kathura masih diingati,
Musuh durjana tidak pernah melupai,
Seluruh pelosok dunia dikesani.
Dari zaman nenek moyangnya di zaman dahulu,
Terus mencari dan mencari waris Ratu Kathura,
Yang menyelamatkan diri tika di medan perang dahulu,
Wasiat moyangnya menghapuskan pewaris Ratu Kathura.
Begitu dendam kesumatnya musuh durjana,
Sekalipun moyang mereka beratus tahun mati,
Wasiat moyangnya tetap diteruskan jua,
Sudah ratusan tahun berlalu akhirnya ditemui.
Ditemuai pewaris Ratu Kathura,
Di Nusantara negara para wali Allah dilahirkan,
Semuanya berjiwa cintakan negara,
Cemerlang dunia akhirat agama menjadi pasakkan.
Musuh durjana bertekad untuk teruskan,
Segala dendam kesumatnya,
Merosakkan semua pewaris Ratu Kathura,
Yang berada di benua Nusantara.
Diwujudkan segala tipu daya,
Agar bergaduhan sesama sendiri ,
Tamak kuasa ingin berkuasa,
Rakyat menderita ditindasi pemerintah sendiri.
Bila rakyat tidak sejahtera,
Kemerdekaan pasti tidak dapat dipertahankan,
Itulah yang dimahukan oleh musuh durjana,
Maka pupuslah pewaris Ratu Kathura.
Duhai pewaris Ratu Kathura,
Yang berada di seluruh Nusantara,
Bangkitlah dengan jiwa merdeka,
Selamatkan pewaris Ratu Kathura.
Buktikan kepada musuh durjana,
Pewaris Ratu Kathura tak takut mati,
Akan dipertahankan kemerdekaan negara,
Walaupun nyawa jadi taruhan nanti.
Duhai cucu cicit musuh durjana,
Kami cucu cicit Ratu Kathura,
Akan pertahankan negara kami sehingga hujung nyawa,
Lambang cinta karena kamilah Pewaris Ratu Kathura.
Karya Ratu Rimba Niagara
7 Muharram 1435H
31 Oktober 2014
SENYUMMU PUTRA PUTRI NUSANTARAKU MEMBUATKAN HATI INI TERASA DAMAI MENDAMAIKAN...SAYANG KALIAN SAMPAI KAPAN PUN ITU....
"SAHABAT SEJATI SETIAKAWAN HANYA MAUT MEMISAHKAN KITA,'
"SELAMAT HARI SUMPAH PEMUDA 2014"
RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA ALAMMAYAMU MERANGKAP SAHABAT DUNIA AKHIRATMU,
DI ALAMMAYA ALLAH TEMUKAN KITA
HATI KITA BERSEMI KASIH PERSAUDARAAN
SALING MENYAYANGI, MENGHARGAI DAN MENGHORMATI.
28 OKTOBER 2014
4 MUHARRAM 1435H
SALAM AWAL MUHARRAM 1436H MAAF ZAHIR & BATHIN'
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
7 MUHARRAM 1436H
31 OKTOBER 2014
BAKTIKU UNTUK ANAK CUCU NUSANTARAKU TERCINTA
BERSAMA REALITIKAN CITA MOYANG HULUBALANG KITA
Duhai hulubalangku...
Sudah lama ku nantikan kedatanganmu
Allah telah memakbulkan doaku
Mengirimkan rakan seperjuangan
Untuk susah senang bersama
Duhai hulubalangku
Adakah kau ingat sumpah setia
Moyang hulubalangmu moyang hulubalangku
Agar jangan sesekali aku dan kau menjadi
Pendekar derhaka kepada Raja Bugis
Tidak akan izinkan mana-mana rakyat
Menjadi rakyat derhaka yang pasti membawa padah
Makanya jangan sesekali kau mahu berpaling tadah
Dalam perjuangan yang penuh berliku ini
Duhai hulubalangku
Jangan kau herankan perjuanganku
Aku sudah terbiasa berjuang kesendiriaan
Mencapaikan hasrat nenek moyangku yang tak tercapai
Tapi andainya kau sanggup
Melupakan kepentinganmu demi merealitikan
Hasrat dan cita-cita moyang hulubalangmu
Sudilah bersamaku
Susah senang kita bersama
Andainya aku gugur dulu sebelummu
Kau teruskanlah perjuangan ini
Aku sentiasa bersamamu
Kerana setiap langkah perjuanganmu
Adalah bayanganku
Roh perjuanganku telah bersemadi di jiwamu
Bersemadi juga di jiwa anak bangsa....
Kerana kau dan aku telah ditakdirkan
Untuk mencapaikan hasrat moyang hulubalang kita...
Rakan seperjuanganmu,
PUTRI RIMBA NIAGARA
AKULAH SANG PUTERI YANG DIKATAKAN HILANG ITU
AYUH BERSAMAKU TERUSKAN PERJUANGAN....
10 Jamadil' Awal 1436H
1 Mac 2015
SASTERA ITU INDAH (174) PEWARIS RATU KATHURA
- Today
- Yesterday
- February 28
KAU DAN AKU TIDAK SERASI BERSAMA DALAM PERJUANGAN SASTRAKU
Ratu Rimba Niagara shared Mario Teguh's photo.
Jangan memperjuangkan orang yang tidak berani memperjuangkan Anda.
Mario Teguh
FROM NOTIFICATIONS
Jangan abaikan yang dekat hanya karena engkau mengira yang jauh lebih baik.
Mario Teguh
News Feed
RECENT ACTIVITY
Cuba renungkan nukilan org2 tua ni. Tidak semestinya semuanya betul. Moga Allah jauhi kita semua drp penyakit2 tersebut. Aamiin.
OLDER
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
10 JAMADIL'AWAL 1436H
1 MAC 2015
0 comments:
Post a Comment