Monday, 25 May 2015

SASTRA ANUGERAH ILAHI (287) YA ALLAH BUKAKANLAH BAGI KAMI MAKRIFAT ILMU



SASTRA ANUGERAH ILAHI (287) YA ALLAH BUKAKANLAH BAGI KAMI MAKRIFAT ILMU

Suttan Seghayo shared a memory from May 26, 2014.
34 mins · 
Unlike · Comment · 

Suttan Seghayo shared a memory from May 26, 2014.
29 mins · 
Like · Comment · 

DAKWAAN GURU TAREKAT ADA PELBAGAI KEAJAIBAN?
Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri, keluarga saya ada terpengaruh dengan ajaran tarekat tertentu. Saya makin risau. Mereka asyik memuja tuan guru mereka. Mereka kata dia keturunan nabi jangan dipertikaikan, dia ada keramat, dia boleh boleh tahu apa yang ada dalam hati kita dan macam-macam lagi. Saya Nampak mereka bukan asyik menceritakan kehebatan Islam, tetapi kehebatan tok guru mereka. Harap Dr MAZA dapat berikan pendapat tentang hal ini
Jawapan Dr MAZA:
Terima kasih kepada saudari yang bertanya. Dari soalan saudari tampak saudari menghayati hakikat sebenar ajaran Islam. Islam berteraskan tauhid dan anti syirik. Asas ajaran Islam ialah membesarkan Allah dan menghayati ajaran Allah berdasarkan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w. Jika mana-mana guru menumpukan ajarannya kepada membesar Allah dan mengikuti ajaranNya seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w, maka itulah ajaran yang benar. Jika tumpuan kepada membesarkan guru, sibuk menceritakan kehebatan guru, maka itu telah terbabas dari ajaran Allah dan rasulNya. Di sini beberapa perkara patut diberikan perhatian;
1. Kesalahan sesetengah ajaran guru tarekat apabila mereka cuma menjadikan diri mereka pusat kekaguman pengikut dengan mengada-adakan cerita kehebatan diri. Mengambil kesempatan dari fanatik pengikut menyebabkan kita lihat walaupun tarekat kononnya mengajar penganutnya agar meninggalkan cinta dunia, tetapi guru-guru tarekat yang hidup dengan kemewahan. Bahkan, menjadi trend sesetengah guru ini untuk mendampingi orang kaya dan berkuasa. Hal ini sangat berbeza dengan mereka yang zuhud pada zaman salafussoleh. Pada zaman dahulu, walaupun ramai penguasa yang soleh, namun golongan zuhhad (ahli zuhud) yang ikhlas ini enggan mendampingi mereka bimbangkan percikan dunia. Hari ini banyak penguasa yang tidak soleh, tetapi kita lihat golongan yang menyandar diri kepada terekat ini ramai suka memakmurkan majlis-majlis kemeriahan penguasa, berlebihan memuji mereka untuk mendapat habuan dari mereka. Maka, sesetengah guru menjadikan ‘bicara rohani’ atau bicara keajaiban diri untuk membina empayar harta dan pengaruh.
2. Bagaimanakah seorang guru boleh mendakwa bahawa dia mengetahui apa yang tersembunyi dalam dada muridnya, sedangkan Rasulullah s.a.w pun tidak mendakwa demikian? Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:
وَإِنَّكُمْ تَخْتَصِمُونَ إِلَيَّ، وَلَعَلَّ بَعْضَكُمْ أَنْ يَكُونَ أَلْحَنَ بِحُجَّتِهِ مِنْ بَعْضٍ، وَأَقْضِيَ لَهُ عَلَى نَحْوِ مَا أَسْمَعُ، فَمَنْ قَضَيْتُ لَهُ مِنْ حَقِّ أَخِيهِ شَيْئًا فَلاَ يَأْخُذْ، فَإِنَّمَا أَقْطَعُ لَهُ قِطْعَةً مِنَ النَّارِ
"Kamu mengangkat perbalahan kamu kepadaku. Boleh jadi sesetengah kamu lebih petah hujahnya daripada yang lain. Lalu aku berikan untuknya berdasarkan apa yang aku dengar. Sesiapa yang aku berikan sesuatu hak saudaranya janganlah dia ambil, kerana sesungguhnya aku memotong untuknya potongan api neraka (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ertinya, baginda pun menilai berdasarkan apa yang zahir dan tidak mengetahui yang batin, sedangkan baginda seorang nabi. Hanya jika ada kes tertentu yang baginda mendapat maklumat menerusi wahyu daripada Allah.
3. Nabi s.a.w pernah melihat sahabat mengahwinkan pokok tamar, lalu baginda bersabda:
مَا تَصْنَعُونَ؟ قَالُوا: كُنَّا نَصْنَعُهُ، قَالَ:"لَعَلَّكُمْ لَوْ لَمْ تَفْعَلُوا كَانَ خَيْرًا" فَتَرَكُوهُ، فَنَفَضَتْ أَوْ فَنَقَصَتْ، قَالَ فَذَكَرُوا ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ: "إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ، إِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَيْءٍ مِنْ دِينِكُمْ فَخُذُوا بِهِ، وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَيْءٍ مِنْ رَأْيِي، فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ"
“Apa yang sedang kamu lakukan?”. Jawab mereka: “Kami telah lakukannya sebelum ini”. Jawab baginda: “Barangkali jika kamu tidak buat ia lebih baik”. Maka mereka pun tidak melakukannya, lalu pokok tidak berbuah. Mereka menyebut hal tersebut kepada Nabi s.a.w, lalu baginda bersabda: “Aku ini manusia. Apabila aku menyuruh kamu dari perkara agama, maka ambillah (patuhlah). Jika aku menyuruh kamu sesuatu dari pendapatku, maka aku hanyalah seorang manusia” (Riwayat Muslim).
Apakah guru tarekat lebih daripada Nabi s.a.w sehingga mengetahui segala perkara yang zahir dan yang tersembunyi?
4. Keturunan Nabi s.a.w memanglah satu kelebihan. Namun, itu bukan pengukur utama kemuliaan seseorang. Tiada sistem kasta dalam Islam. Berlebihan dalam memuliakan keturunan tertentu itu menyerupai ajaran hindu, atau dalam umat ini seperti ajaran Syiah. Sedangkan al-Quran menyebut: “Sesungguhnya yang paling mulia dalam kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa” (Surah al-Hujurat: 13 ). Nabi sendiri pernah menyebut:
يَا فَاطِمَةُ بِنْتَ مُحَمَّدٍ، يَا صَفِيَّةُ بِنْتَ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ، يَا بَنِي عَبْدِ الْمُطَّلِبِ، لَا أَمْلِكُ لَكُمْ مِنَ اللهِ شَيْئًا
“Wahai Fatimah binti Muhammad! Wahai Sofiyyah binti ‘Abd al-Muttalib! Wahai keturunan’Abd al-Muttalib! Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dari (hukuman) Allah” (Riwayat Muslim). Ertinya, yang menyelamatkan seseorang itu iman dan takwa sendiri, bukanlah keturunannya.
5. Kaum keluarga Nabi s.a.w dihormati, namun ada batasan. Prof Hamka mengkritik keras dakwaan Ibn ‘Arabi iaitu tokoh rujukan sebahagian besar golongan tarekat yang menyatakan kita hendaklah menerima apa sahaja yang dilakukan oleh mereka yang berketurunan Nabi s.a.w. atau kaum sayyid kepada kita. Kata Prof Hamka: “Tegasnya menurut fatwa Ibn Arabi ini kalau bangsa sayyid atau habib mengambil harta-benda kita hendaklah redha, hendaklah serahkan, hendaklah sabar, kalau diganggunya diri kita ditamparnya, dipukulnya hendak redha, hendaklah menyerah, hendaklah sabar. Sebab beliau cucu nabi kita dan kalau diganggunya kehormatan kita sehingga kita jadi malu, hendaklah redha, hendaklah menyerah, hendaklah sabar, kalau diganggu anak isteri kita dan kaum keluarga kita, hendaklah terima dan redha dengan menyerah dan sabar…maka perkataan Ibn Arabi ini ditanamkanlah kepada orang awam. Padahal sangat membawa hinanya sesetengah manusia di hadapan yang setengahnya, sehingga lebih hina mereka daripada budak yang telah sepuluh kali dijual dan sepuluh kali berganti tuan. Walaupun hartanya atau dirinya bahkan walaupun anak gadisnya diganggu oleh ahli bait, zuriat Rasul, dia menyerah saja dan wajib memandang itu sebagai nikmat sesudah iktisadnya dan hidupnya dijajah oleh British dan Belanda dan Cina, maka jiwanya pula wajib dijadikannya sebagai budak dan jajahan kepada kaum sayyid” (Hamka, Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor, m/s 72, Selangor: Pustaka Dini).
6. Para sahabah yang mulia seperti Abu Bakr, Umar dan lain-lain pun tidak pernah berkempen tentang kehebatan diri mereka. Sebaliknya, mereka sentiasa mengajak umat Islam mendahulukan Allah dan rasulNya. Ketika Abu Bakr r.a dilantik menjadi khalifah, beliau berucap:
أَيُّهَا النَّاسُ، قَدْ وُلِّيتَ عَلَيْكُمْ وَلَسْتُ بِخَيْرِكُمْ، فَإِنْ أَحْسَنْتُ فَأَعِينُونِي، وَإِنْ أَسَأْتُ فَقَوِّمُونِي...أَطِيعُونِي مَا أَطَعْتُ اللَّهَ وَرَسُولَهُ، فَإِذَا عَصْيَتُ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَلَا طَاعَةَ لِي عَلَيْكُمْ
"Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku… Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku" (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).
Padahal, orang seperti Abu Bakr al-Siddiq telah dimuliakan oleh al-Quran dan al-Sunnah, namun masih lagi mengingatkan bahawa asas Islam kembali kepada membesarkan Allah dan RasulNya. Apakah sesetengah guru tarekat ini lebih hebat daripada Abu Bakr?
7. Sesiapa sahaja hendaklah patuh kepada al-Quran dan sunnah. Ukuran kita apa yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah, bukannya tokoh. Kata al-Imam al-Syatibi (meninggal 790H): "Maka wajib bagi kita untuk mengikut orang yang terhalang daripada kesilapan (maksudnya RasululuLah S.A.W) dan berhenti daripada mengikut sesiapa yang tidak terhalang daripada silap apabila melihat kekeliruan pada ikutan tersebut. Bahkan kita bentangkan apa yang datang daripada para imam kepada al-Kitab dan al-Sunnah. Apa yang keduanya (al-Quran dan al-Sunnah) terima, maka kita terima, dan apa yang kedua tidak terima, kita tinggalkannya.”. (Al-Syatibi, Al-I’tisam, m.s 165, Beirut: Dar al-Kitab al-`Arabi).
8. Islam mengeluarkan kita dari kebodohan kepada kebijaksaan. Dari mengikut sesuatu secara membabi buta kepada menilai dan memahami sebelum mengikut. Firman Allah:
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
(maksudnya) “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya”. (Surah al-Isra’: ayat 36).
Wajib setiap perkataan guru diukur dengan al-Quran dan al-Sunnah dan haram mengikut mengikut sesuatu yang jelas bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.
9. Mempelajari agama dari mana-mana tokoh bukanlah masalah utama, tetapi sikap bertaklid tanpa menilai dan berfikir itulah yang membawa kepada kesesatan. Jika ada tarekat yang bersumberkan al-Quran dan hadis yang sahih, maka tiada salah mengikutnya. Kesufian dan tasawwuf juga tidak menjadi masalah jika berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Namun pastikan bukan seperti yang diingatkan oleh Syeikh Manna’ al-Qattan: “Tasawwuf telah bertukar menjadi falsafah andaian semata-mata, yang tiada lagi hubungan dengan warak, taqwa dan kezuhudan. Falsafah ini mengandungi pemikiran-pemikiran yang bercanggah dengan Islam dan akidahnya” (Mabahith Fi `Ulum al-Quran, m.s. 356, Riyadh: Maktabah al-Ma’arif).
Unlike · Comment · 
  • This was successfully shared with DIALOG Rumah Sastra BORNEO
  • You and 3,648 others like this.
  • Rabeah Binti Mohd Ali
    Write a comment...
  • Rabeah Binti Mohd Ali YA ALLAH BERILAH AKU ILMU YANG BOLEH MENDEKATKAN DIRIKU PADA-MU DENGAN ILMU ITU AMALAN YANG KUPERBUAT KAU TERIMA DENGAN JUMLAH PAHALA-NYA DAPAT MENGHIDARKAN AKU DARIPADA AZAB API NERAKA-MU ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    Ya Allah, 
    keluarkanlah kami dari kegelapan ragu 
    dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman,
    bukakanlah bagi kami makrifat ilmu, 
    berilah cahaya kepada hati kami
    sebagaimana Engkau beri cahaya
    pada matahari dan bulan
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
    Like · Reply · 9 mins
  • Dawood El Hadji Asal keturunan nabi jer tidak semestinya mulia contohnya abu lahab,dia pun keturunan nabi jgak.
    Like · Reply · 76 · 13 hrs
    • Kuih Akibono jika tok guru mereka meninggal dunia, kuburan nya jadi seumpama sembahan. dengan ikatan kain dan di asap dengan kemenyan. jadi tempat meminta pertolongan dan membayar nazar.
      Like · 6 · 13 hrs
    • Dawood El Hadji Tiada perantaraan antara manusia dgn tuhan,bkn kah lbh baik kalo kita memohon secara direct dgn tuhan drpd berdoa dikuburan para wali dan org alim.
      Like · 8 · 12 hrs
    • Gem Mu saya pun tak gemar orang yg membanggakan keturunan ni....tapi harap dapat dielak hujah Abu Lahab keturunan Nabi. Abu Lahab tu satu keluarga dng Nabi, tapi dia bukan keturunan Nabi. Keturunan Nabi, dari anak-anak baginda le....
      Like · 5 · 11 hrs
    • Dawood El HadjiAbu Lahab, keturunan Bani Hasyim, nasab paling mulia dari
      kabilah Quraisy tetapi Allah janjikan dia akan masuk ke dalam
      api neraka.

      Bilal bin Rabah, budak keturunan Afrika (habasyah), berkulit
      hitam. Tetapi Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam
      mendengar bunyi sandalnya di surga.
      Maka berhentilah membanggakan keturunan wahai anak
      Adam !!!
      Like · 27 · 11 hrs
    • Ummat Muhammad Setuju sama dawood....
      Like · 9 hrs
    • Abu Dzakir AlAmin AdzZinedine Keturunan nabi adam as.. Keturunan nabi nuh as.. Keturunan nabi ibrahim as.. Keturuna nabi ismail as..
      Like · 2 · 6 hrs
    • Farhana Hamzah Jd yg tok guru tarekat tu ktrnn nabi belah abu lahad kot.. ?
      Like · 4 hrs
    • Dzaka Jiyad kmu bner..
      Like · 4 hrs
    • Arezlan At-Tawawi Keturunan selepas nabi..memang Allah x jaga ke..?Abu Lahab je anda sebut..napa x sebut skali Abu Talib..?dia pun pak cik nabi jgak..tp saudara..itu keturunan sebelum @ semasa nabi msih hidup..dan sila sebut dan nyatakan nama keturunan nabi s.a.w yg sesat selepas kewafatan baginda..
      Like · 2 hrs · Edited
    • Saffrul JamilTanpa Prejudis. 

      Hanya 4 Keluarga dan Keturunan susur kebawahnya yg diangkat sbg Ahlul Bait:


      1) Keluarga Siti Fatimah/Ali

      2) Keluarga U'qayl

      3) Keluarga Abbas

      4) Keluarga 'Abbas

      W'alam.
      Like · 1 hr
    • Rabeah Binti Mohd Ali
      Write a reply...
  • Encik Ady Tarekat ni claim keturunan nabi belaka...aku pun keturunan nabi..nabi Adam...hehe...
    Pencerahan terbaek..tq Dr.maza..
    Like · Reply · 51 · 13 hrs
  • Dawood El Hadji Satan also can do miracles, so what is surprise.
    Like · Reply · 24 · 13 hrs
  • Hisham Rafaiz Sy pernah jumpa org2 yg taksub dgn guru dan ajaran mereka..memang golongan semacam ini x makan saman..mereka xkan dgr pendapat2 yg lain..semoga golongan ini kekal dalam Ahli Sunnah wal jamaah..
    Like · Reply · 24 · 13 hrs
  • Johan Joe Para Habaib tak pernah ajar bende mcm ni dan tak pernah nak promo2 diri dan tak pernah nak mengaku keturunan Rasulullah SAW. Sentiasa merendah diri.Selalunya "murid" , "pengikut" yg terlebih2. Ni semua luar kawalan.
    Like · Reply · 24 · 12 hrs
  • Abdullah Samsudin tak ramai guru tarikat camtu... ramai lg guru tarikat yg tiada keakuan... yg membesarkan Allah snt dan memuji kemuliaan Rasulullah saw. hanya nila setitik,rosak susu sebelanga. atau si pengadu sengaja buat cerita? fitnah akhir zaman.
    Like · Reply · 22 · 12 hrs
  • Mailo ObitoAda satu negeri dlm mlsia yang golongan muftinya pro torikat sehigga di setiap masjid dlm negeri itu mengamalkan 2kalimah syahadah yang ditokok tambah . Asal usul 2kalimah itu ada terkandung dalam torikat Al Ahmadiah. Kemudian negeri itu perkuatkan lag...See More
    Like · Reply · 17 · 13 hrs
  • Riadinata Karnain Watch "Syaitan, Dia Tahu Kelemahan Kita ᴴᴰ | Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid" on YouTube - https://youtu.be/I0mrlWC-gfI
    Like · Reply · 14 · 12 hrs
  • Kasparov Gary Logical thinking. We never know how prophet Muhammad saw looks. Satan cant impersonate him but can impersonate others n claim to be him
    Like · Reply · 14 · 13 hrs
  • Encik Buck Aku malas komen lebih tp bab ni aku stuju.. aku sndri prnah berbual ngn beberapa org yg join tarekat ni.. smasa berbual rata2nya xabis2 memuji guru mereka & part yg aku xbleh skali bila ada yg menyatakan guru mreka ni ada superpower.. bole terbang & mcm2 lg lah.. dgr cite je dlm aT aku pikir dyorang atau guru dyorang ni kuat sgt layan cite avenger ke apa@@
    Like · Reply · 12 · 7 hrs
  • Raja Azriffudin Ada juga yg memuji2 n mengatakan hebatnya ilmu maza… aku pun risau…
    Like · Reply · 12 · 11 hrs
  • Ummu Amjad Radhiya Keturunan Rasulullah tidak maksum. Lg pun hr ni ramai yg mendakwa mereka leturunan Radulullah, tp perbuatan mereka tidak mencontohi sunnah Radulullah.
    Like · Reply · 10 · 12 hrs
  • Fendy Pindot Masih ada guru2 mursyid yg bsifat zuhud..masing2 ada pndapat yg bbeza..prristiwa bai'ah tu aqobah,d laku kn secara smbnyi,hnya 13 org shja yg allah pilih dlm ribuan org islam ketika tu..xsemua fham tntg ilmu 'rahsia'(sirr) ni..jgn kite mudah mnolak,sbaik nye kite blaja zkir dlu..dh fham baru ckp..
    Like · Reply · 8 · 10 hrs
  • Abdullah Samsudinsebaiknya, penuhi dahulu ilmu syariat sebelum melangkahi ilmu tarikat. kat sini Allah nak kita ketahui yg kita makhluk yg lemah belum sampai ke tahap ke ilmuan yg lg dalam. kita sibuk hitung org lain,sedangkan yg layak hitung hanya Allah. para ulamak terdahulu keilmuan dan amal dia tak mcm kita.mereka mengaji dari kecil dan amat jaga tutur kata dan cara. kita kini mengaji fb seminit dua dah pandai menghitung. saya tidak pandai hendak kata menghukum, takut benar saya. jika saya tidak paham sesuatu didalam ilmu Allah,saya tidak menafsir sendiri. dan saya cuba kukuhkan amalan asas.saya rasa saya cukup tetapi tidak sebenarnya sebab tu tidak layak bg saya tarikat.jika ikut adabnya dahulu-dahulu,tidak diajar tarikat pada seseorang itu jika tidak lengkap asasnya dan tidak terbuka hatinya.bagaimana nak tahu terbuka hati? yg tak tahu selalu mengaku tahu termasuklah guru tarikat yg tidak iktiraf tapi memgajar tarikat dan akhirnya tiada pandai didalam menyampaikan.

    waallahualam.... maaf salah silap.ini pandangan saya pada warga fb.
    Like · Reply · 8 · 12 hrs
  • Syaipul Hapizan Daruddin Saya harap dr maza dapat benteras jenayah tarikat sesat ini.sayablihat jenayah tarikat sesat ini amat bahaya.lebih bahaya dari kongsi gelap dan maksiat.kuasa mufti sudah ada di tangan.ayuh dr maza sama sama berdoa dan bertindak tegas terhadap mereka.
    Like · Reply · 7 · 12 hrs
  • Emer Ahmad Hafizal Alhamdulillah. S.S Mufti mengambil jalan berbahaya yang mengundang banyak celaan bila berhujah soal ini. Namun sebagai agamawan dan ilmuan S.S Mufti telah melaksanakan kewajipannya menyampaikan kebenaran. Memuliakan keturunan bukan didikan Al Quran. Benarlah peringatan Rasul, Muslim hari ini lebih gemar melakukan (mengada-adakan) apa yang tidak diajar olehnya
    Like · Reply · 7 · 4 hrs
  • Zek Danial nabi pon x sekeramat / seajaib mereka....rujuk al quran..
    Like · Reply · 6 · 13 hrs
  • ELemental Brain Ya Allah Engkau limpahkanlah kepada kami hidayah,barakah serta rahmat Mu ke atas kami..sesungguhnya kami insan yg lemah..Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lg Maha Pengasih....Aamiin..
    Like · Reply · 6 · 13 hrs
  • Habib Umar Dalam hal ini jawapan yang paling tepat ialah rujuk pada yang Pakar sahaja kerana setiap ilmu ada Pakar masing2. Sebagai contoh jika kita sakit Gigi jangan pula kita jumpa doktor sakit jantung .. memang tak bole la sebab bukan bidang dia.
    Like · Reply · 6 · 6 hrs
  • Fathi FadzilI have been there, seen them all. Seeing is believing. Lepas tu angkat kaki, and never look back, It;s scary mary uols. It is better we stick to what Rasulullah taught us to zikir after solat, Do this 5 waktu tiap2 hari. Dont need to dance and twirl ...See More
    Like · Reply · 5 · 5 hrs · Edited
  • Nasrullah Isa Najah Thanks Dr maza banyak bagi pncerahan Dan pnjelasan kpd Umat islam..
    Moga Allah merahmatimu dan mredhaimu...
    Amin....
    Like · Reply · 5 · 13 hrs
  • Jevo Jevani Francis LightSaya biasa menyertai tarekat nasyahbandiah al kholidiah masuk ke makam ketiga sekarang ini, waktu kami sekumpulan berzikir tok syeikh boleh tahu apa yang kami fikir dalam hati hakikatnya itu adalah benar. Akhirnya tok syeikh bongkar keluar apa yang kami fikir rahsia dalam hati.
    Jadi adakah itu sesat ataupun lain daripada itu.
    ...See More
    Like · Reply · 4 · 12 hrs
  • Abu Sam Hanya nabi muhammad yg harus mnjadi contoh sepanjang zaman... Bukan keturunan die sedangkn nabi sendiri mngakui tidak dpt mnyelamatkn keturunanya... Hidayah milik allah jadi terpulang pd allah utk beri pd siapa pn...
    Like · Reply · 4 · 10 hrs
  • Victor Win Nabi sendiri pun tak pernah mengaku hebat, tak pernah minta disanjung berlebih2an, tak pernah minta umatnya seru2 menuja2 namanya, tak pernah benarkan umat2 bertawassul di kuburnya, dan yg paling penting tak pernah mengaku dapat beri syafaat/keampunan/pertolongan utk umat di akhirat.(Rujukan: firman2 Alllah dlm Quran)
    Like · Reply · 4 · 5 hrs · Edited
  • Arezlan At-Tawawi Spatut nya ckap secara khusus nama tareqat serta guru nya skali..jgn la sebut secara umum..nnti nya org ramai akan memandang buruk pada semua ajaran tareqat..mindset mereka akan mengatakan yg tareqat itu sesat..kalau kena org yg malas b'zikir baca status ni..b'tmbah la malas nya..pdahal tareqat itu mengajak org mendekat kn diri pada Allah ngan cara b'zikir..
    Like · Reply · 3 · 1 hr
  • Zul Selatan Zul Selatan Saudaraku sekalian.... pada pendapat hamba... yg salah adalah org yg belajar tu... bukanlah ilmu atau guru.... saya percaya tiada guru didalam ilmu Allah menyatakan akan kekuatannya... melainkan semua kekuatan Allah S.W.T semuanya....
    Like · Reply · 3 · 1 hr
  • Wan Amer AL Ahmadi Orang yang taksub sampai memuji Nik Aziz apa cerita....sehingga yakin pada air jampi Nik Aziz boleh disembuhkan penyakit..sampai mengganggap Tok Guru Nik Aziz Wali Allah...kenapa Dr MAZA menjadi bodoh bingung dan tolol dalam perkara ketaksuban kepada Nik Aziz...tidak pernah terdengar sepatah perkataan pun menegur bagi mereka yang mendewakan Nik Aziz.
    Like · Reply · 3 · 3 hrs
  • Wan Raizul Rahimi Tiada siapa sebut akan keajaiban
    Kalau tok guru bukak cerita pasal guru2 tareqat pun cakap benda tak masuk akal ni diistilahkan dengan karamah
    Like · Reply · 3 · 12 hrs
  • Jumah Lin Bin NikAku punya turn pula yang tanya soalan audari yg bertanya tu..

    1. Orang yang mendakwa sebagai keturunan nabi tu bukan berdasarkan nasab dari Baginda Nabi Muhammad saw... tetapi orang tu mengaku sebagai keturunan Rasulullah adalah kerana orang itu perna
    h bermimpi bertemu dengan nabi Muhammad saw.. jika orang itu mempunyai semacam karomah selepas dia bermimpi tu... itu adalah kerana orang itu telah menyimpan keyakinan dlm hatinya bahawa yang dia jumpa dlm mimpinya itu adalah diri Rasulullah yg sebenar... kerana keyakinan sebegitu,, maka sabitlah mahfum sebuah hadis yg berbunyi.... "Sesungguhnya iblis tidak dapat meniru sbg aku... maka barangsiapa yang melihat aku dalam mimpi, maka dia benar-benar telah melihat aku."

    Ertinya... sungguhpun iblis tidak dapat meniru diri Rasulullah... akan tetapi kita tidak pernah melihat diri Rasulullah yg sebenar. Maka oleh itu.. sesiapa yg pernah bermimpi melihat Rasulullah dan yakin dgn sepenuh hati bahawa itulah Nabi Muhammad berdasarkan dalil hadis itu.... maka orang itu adalah wali thogut.
    Like · Reply · 7 · 13 hrs
  • Abd Razak HashimMaaf terus terang saya nyatakan disini saya tak memandang tinggi penceramah Islam di Malaysia. Rata ratanya membuat ceramah secara one way. Lepas tu bila bersoal jawab soalan peringkat rendah dan seolah terikat. Penonton pula dikalangan Islam sahaja. Ambil contoh Sheikh Ahmad Deedat, Dr Zakir Naik, dia bukan hanya berceramah tetapi open debate dengan semua orang berlainan ugama. Baru jelas teguh iman dan ilmu dia.. Malaysia ada?? setakat nasihat secara satu hala.. tak boleh blah..Apapun dakwah jangan ditinggalkan.
    Like · Reply · 2 · 2 hrs
  • Nick Izzudin maulana asri pernah kata sheikh ibnu taimiyyah wali Allah.ni wali sesat ke mcm mana ni?cuma tanya.
    Like · Reply · 2 · 10 hrs
  • Meor Mohamad Noh cikgu sy guna ilmu phisology ja itu ilmu sapa2 pn boleh hgpa p bljaq ilmu kaunseling...
    Like · Reply · 2 · 12 hrs
  • Zul Selatan Zul Selatan Apabila kita memberi pendapat janganlah sampai memburukkn atau menghina yg lain.... semoga kita didalam rahmat ALLAH S.W.T... wallahualam...
    Like · Reply · 2 · 3 hrs
  • Victor Win Crystal clear. Thks DrMaza!
    Like · Reply · 2 · 13 hrs
  • Arifin Abd Ghani Ada ramai pengamal ilmu sesat brtopengkan agama utk mensyirikkan umat manusia. Syaitan jd pendamping. Sbb itu nampak mcm ada kelebihan luar biasa. Ada beza antara karomah dan istidraj.
    Like · Reply · 2 · 12 hrs · Edited
  • Mizan Jdl Itu semua adalah jln2 ilmu yg brmcm2 ragam...belum sampai pada titik noktah nya lg...maka timbul lah debat2 yg ingin menyatakan kebenaran masing2,maka pulang lah pd jln yg lurus iaitu hujung pangkal(awalludin makrifatullah) ketahui lah hakikat DIAM,KIAM itu sedalam dalam nya
    Like · Reply · 2 · 12 hrs
  • Ramdan AzizonDOA Nabi Saw.
    Ya Allah bukalah pendengaran hatiku dengan ingat akan engkau
    Beri rezekilah aku dengan taat kpd engkau dan rasul engkau.

    Dan mengamalkanya menurut yg didalam kitabmu.
    HADITH NABI RIWAYAT .....DAH LUPA...TQ DRMAZA.
    Like · Reply · 2 · 13 hrs
  • Azlin Sha'ari
    Seorng guru atau org. berilmu yg ingin menyampaikan ilmu agama harus ingat setiap apa yg. disampaikan akan dipertanggungjawabkan..tentang lidahnya,matanya,telinganya dan hatinya.ilmu itu adalah hak.Kita pun tidak tahu apa pun.Sesungguhnya telah Allah sempurnakan kejadian manusia diantaranya akal..Akal utk kita mempelajari.. kalau Allah tidak ajar,melalui al quran dan al hadis.melalui utusannya,kekasihnya,hambanya.rasullullah s.a.w..Demi masa.. sampai2 menyampailah apa yg hak dan sabar.Amatlah rugi..kalau yg menyampaikan itu bukan dari ilmu yg hak,ilmu yg dicedok-cedok,membuat andaian2,berkhayal serta mencemar kesucian alquran dan hadis itu sendiri..dan yg mendengarnya/membacanya pun bukan dari yg hak..Oleh itu bacalah al quran dan hadis..fahami lah.mohonlah pada Allah tentang kefahaman tentang kalamnya, illmunya.Kalau ditemukan guru yg mursid alhamdulillah,tak jumpa pun alhamdulillah..sesungguhnya Allah Mentadbir Semester Alam dan Maha Mengetahui.
    Like · Reply · 2 · 8 hrs

  • Sapiah Ahmad Masha Allah. .Dr..terbaik...
    Jazakallahu khairan
    Like · Reply · 1 · 5 hrs
  • Anitawaty Mukhtar
    ORANG ALIM yg benar dan membawa ajaran yg LURUS tidak mudah mengeluarkn fatwa dan hukum..mereka sgt takut akan laknat ALLAH..mereka akan kaji , doa, sembahyang hajat istigharah dan sebagainya baru berani myatakan perkara itu BENAR @ KURANG BENAR..sbb akhir zaman umat islam bjihad dgn kasih syg utk menentang FITNAH DAJJAL dan FITNAH serta salah faham itu kerja IBLIS LAKNATULLAH..kita sesama insan kena bsatu utk perpaduan UMMAH..bsatu teguh bcerai roboh..fikir2 kan ye..innalillahiwainnailaiihiiraajiuun 
    ALLAHUAKBAR
    1 · 4 hrs

  • Najmuddin Deen kdg guru iti sendiri tiada apa yg nk dibanggakan..tetapi muridnya2 terlalu berlebihan dalam memuji...
    Like · Reply · 1 · 11 hrs
  • Imi Lehi Ma Sha Allah.....semoga ramai yang akan faham...dan kembali kejalan yang benar.....

    Trimakaseh Dr.......smoga senantiasa dirahmati Allah
    Like · Reply · 1 · 6 hrs
  • Izzat Muazam Mustafa Kamal Point nom 9 like emoticon 
    Semua bnda berasaskan Quran Sunnah akan jd baik. 
    Maka carilah yg baik itu.
    Like · Reply · 1 · 11 hrs
  • Sham Ana Mohon Share Dr.
    Like · Reply · 1 · 13 hrs
  • Mohammad Zakhwan Yusoff Guru di tareqah wahabiah pon bnyk karamah...
    Like · Reply · 1 · 12 hrs
  • Mohd Razul Abu Jahal keturunan Nabi juga.
    Like · Reply · 1 · 12 hrs
  • Roslan Md Nor Apa saja kena ada sifat geliga dan taqwa.
    Like · Reply · 1 · 12 hrs
  • Mustaffa Kamal penerangan yang jelas bersandarkan al-quran dan hadis.. terbaik yg brbhg Prof... l




PETIKAN DRMAZAC COM & RATU RIMBA NIAGARA
7 SYAABAN 1436H
26 MEI 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;