SASTRA ANUGERAH ILAHI (307) BIARLAH HAMBA ALLAH TERSEBUT LAKUKAN DENGAN IKHLAS
mohon kerjasama hanya sebarkan / share....jgn lah diapa2kn pemiliknya...biarlah undang2 mengadilinya....Semoga dia dilaknat oleh ALLAH SWT...
News Feed
RECENT ACTIVITY
DATO’ MAHARAJA LELA : PEJUANG MELAYU MENENTANG PENJAJAH
Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam (meninggal dunia: 20 Januari 1877) ialah seorang pembesar kelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.
Seorang keturunan Daeng Salili, Pandak Lam adalah anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran “Dato’ Maharaja Lela Tan Lela”, dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.
Beliau merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang British di Perak. Bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato’ Sagor) dan Ngah Kandin, beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak. Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875. Namun, beliau didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak oleh mahkamah yang bersidang dari 14 Disember hingga 22 Disember 1876 di Matang, Perak. Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Taiping.
Orang Besar Delapan yang berkuasa menghukum pesalah. Bertanggungjawab mempertahankan rajanya daripada sebarang ancaman. Menguasai Pasir Salak sehingga ke Sungai Dedap. Seorang pembesar yang gagah dan mempunyai kedudukan yang tinggi susunan ke tujuh dalam hirarki bangsawan Perak. Bersama dengan Sultan Syed Ismail Kinta dan Che Ngah Ibrahim mempertahankan agama dan tanahair daripada ancaman penjajah Inggeris. Syahid digantung sampai mati kerana terlibat secara langsung menghapuskan agen British JWW Birch.
Kredit : HE
Sumber : www.thepatriots.my
- Rabeah Binti Mohd Ali Jika lelaki gelaran daeng jika perempuan gelaran apa ya, sekadar ingin tahu jer...hehehe
- Tuah Bugis Perempuan juga digelarkan Daeng. Di tanah leluhur, para bangsawan memakai gelaran ‘We’ seperti We Cudaik, istri kepada Sawerigading
- Dewata Majnun Jap, rasanya kat Malaysia pun jarang dgr nama Daeng dlm ic. Betul x Rabeah Binti Mohd Ali?
- Rabeah Binti Mohd Ali Terima kasih atas penerangan Tuah Bugis, menurut cerita bonda hamba, moyang hamba adalah hulubalang raja bugis. Kebarangkalian itulah hamba minat menulis kisah pahlawan bugis dan raja bugis tapi berbentuk pantun, syair, puisi dan gurindam walaupun hamba bukanlah gagah perkasa seperti pahlawan .
- Rabeah Binti Mohd Ali Betul tu Dewata Majnun ...hamba rasa nak tukar nama lah Daeng Rabeah gimana ok ke tidak....hehehe
PETIKAN WALL GRUP KEBANGKITAN BANI JAWI NUSANTARA & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
10 SYAABAN 1436H
29 MEI 2015
0 comments:
Post a Comment