Saturday, 31 March 2012

YA ALLAH SEANDAINYA TELAH ENGKAU CATATKAN DIA MILIKKU TERCIPTA BUATKU SATUKANLAH HATINYA DENGAN HATIKU



Jamhuri Abd Rahman:

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, "Ya Allah....Seandainya telah Engkau catatkan,Dia miliku,Tercipta buatku, satukan lah hatinya dengan hati ku....Titipkanlah kebahagiaan antara kami,agar kemesraan itu abadi....

"Ya Allah ya Tuhan Yang Maha Mengasihi...Seiringkan kami melayari hidup ini,ketepian yang sejahtera & abadi,maka jodoh kan lah kami....Tetapi Ya Allah...Seandainya telah Engkau takdirkan,dia bukan miliku,bawalah dia jauh dari pandanganku,luput kan dia dari ingatanku & peliharalah aku dari kekecewaan....

"Ya Allah yang MahaMengerti,berikanlah aku kekuatan,menolak bayangannya jauh ke langit,hilang bersama senja yang merah,agar aku sentiasa tenang,walaupun bukan bersamanya..."Ya Allah Yang Tercinta,Pasrahkan aku dengan takdirmu,sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan adalah yang terbaik untuk ku...

"Aminn..."Ya Rabbal Alamin.....
1 ·  · 
  • You and 61 others like this.
    • Dina Nasir amin...
      Thursday at 7:44pm ·  ·  1
    • Azlan Shahril amin,....
      Thursday at 7:44pm ·  ·  1
    • Zulkafli Mohd ni nak kawen kali yg ke 79 ke ni
      Thursday at 7:52pm ·  ·  1
    • Princess Lydia II alhamdullilah, amin Datuk Seri :)
      Thursday at 7:57pm ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Ya Allah kiranya jodoh sahabatku ini sudah sampai...segeralahlah Ya Allah agar ada peneman di kala kesunyiannya yang dapat membahagiakan seumur hidupnya. Redhailah hidup mereka berdua hingga ke Syurgawi. Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
      Thursday at 8:06pm ·  ·  3
    • Aimi Liyana Liyana gmbiranya hati dgr org nk khwin..mg masjid yg dina kekal bhgia hg kenafas terakhir.amin
      Thursday at 8:12pm ·  ·  1
    • Suzie Yang H Amin..Semoga KeBahagiaan Akan BerTandang Juga Dalam Hidup Mu....Meskipun...Kita Hanya Insan Kerdil Yang Tidak Ada Kuasa MeRamal Takdir..Namun..Jodoh PerTemuan KeTentuan Illahi.....
      Thursday at 8:12pm ·  ·  1
    • Silver Lynne Aminnn....
      Thursday at 8:13pm ·  ·  1
    • Tashaliana Syakila amin....
      Thursday at 8:16pm ·  ·  1
    • Siti Bahiyah Tahniah Dato..alhamdulillah..seru dn jodoh dah sampai jgn dilengahkan lagi perkara yg baik
      Thursday at 8:19pm ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali DUHAI SAHABATKU DATO' SERI JAMHURI ABD RAHMAN YANG TERSANJUNG DI HATI KUHADIAHKAN PUISI DAN GURINDAM INI UNTUK BAKAL ISTERIMU YANG BERTUAH ITU ...INI JUGA HADIAH DARIKU DI HARI PERKAHWINANMU , HARAP KAU SUDI MENERIMANYA SEBAGAI KENANGAN ABADI DARIKU UNTUKMU.

      PATRIKAN CINTA KAMI HINGGA KE SYURGAWI

      Duhai bakal isteriku...
      Kau kata
      Padaku
      Jika ikatan kita sudah terpatri cincin cinta Syurga
      Setiap hari kau akan menyediakan aku
      Secawan kopi cinta
      Itu adalah lambang cintamu yang takkan pudar padaku
      Semakin hari semakin cinta
      Semakin hari semakin sayang
      Semakin hari semakin rindu
      Tak perlu lagi ditunggu ungkapan
      Cinta sayang dan rindu di ombak rindu
      Tak perlu ditungggu tak perlu dilaungkan lagi
      Setiap kata-katamu membuatkan
      Aku teruja untuk memilikimu
      Menyangimu mencintaimu seumur hidupku

      Andai kata aku tidak memilikimu
      Mahu rasanya kopi cinta itu
      Terbayang-bayang wajahmu
      Terbayang-bayang candamu yang menghiburkan
      Terbayang kata-kata yang memukau kalbu
      Kau mengujakan aku untuk terus memiliki cintamu
      Tapi kau bilang...
      Jika ingin memiliki cintamu...
      Aku haruslah meletakkan cinta Allah Tempat Teratas
      Barulah kau akan terima cintaku
      Kau bilang cinta mu ada ke aku
      Kiranya cintaku pada Allah Yang Pertama
      Tersyahdu aku terkedu aku
      Yang selama ini mengujakan cinta seorang wanita
      Tapi kau mentarbiyahkan aku mencintai Allah
      Mengatasi segalaNya
      Cintamu sekadar apa adanya...
      Dan kau mencintai aku lebih adanya

      Kata-katamu itu menusuk di kalbuku
      Aku muhasabah diriku
      Apakah selama ini
      Aku terlalu taksub dengan pesona cinta dunia?
      Ya Allah aku bersyukur padaMu
      Kau Kurniakan
      CintaMu dengan
      Hadirnya dia
      Untuk kami terus-terusan mencintaiMu
      Mencari jalan-jalan redhoMu
      Hingga ke akhir hayat kami
      Dan patrikan cinta kami
      Hingga ke Syurgawi
      Aamin

      Karya Rha NS
      29 Mac 2012

      GURINDAM UNTUK KANDA

      Kanda...oh kanda...
      kanda buah hati dinda
      kanda cinta pertama dan terakhir dinda

      Kanda...oh...kanda...
      terima kasih kerana sudi mencintai dinda keranaNya
      kita sama-sama cinta
      kita sama-sama sayang

      Kanda...oh...kanda...
      moga cinta kita sentiasa membara
      tak jemu dan tak bosan
      cinta kita bukan kerana harta atau darjat
      cinta kita lahir dari hati nan tulus dan ikhlas
      tiada apa yang dapat mengubah cinta kita
      kecuali kematian memisahkan kita

      Kanda...oh kanda...
      kanda cinta dinda
      dinda cinta kanda
      kita sama-sama cinta
      kita sama-sama sayang
      moga ikatan kita
      terpatri selamanya
      di dunia hingga ke Syurgawi
      Amin Ya Rabbal A'Lamin

      Karya Rha NS
      19 Febuari 2012
      Thursday at 8:25pm ·  ·  2
    • (PETIKAN DARIPADA WALL JAMHURI ABD RAHMAN)
      31 Mac 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;