- KARYAKU! DUNIAKU!
Aku berkarya bukan mencipta nama.
Aku berkarya bukan berbangga diri.
Aku berkarya kerana tanda cintaku
pada Allah,manusia dan pada
sekalian alam ini.
Bakat karya anugerah
dari Yang Maha Esa
takkan kupersiakan.
Ya Allah aku syukuri
kerana terpilih menerima
anugerah-Mu.
Ini satu tanggungjawab…
Kan kupikul setulus ikhlas.
Moga karyaku memberi
hidayah untukku dan kepada
sesiapa membaca.
Kakukan jemariku jika karyaku
mengumpat mengeji manusia
menabur fitnah sana-sini.
Lancarkan jemariku untuk menulis
perkara baik dikira di alam barzah
itu kumahukan Ya Allah!
Aku mesti banyak
membaca,
mendengar,
melihat,
mengkaji,
memikir,
dan bermuhasabah diri
agar karyaku dapat hidupkan
jiwa-jiwa mati!
Jiwa-jiwa mahu hidupkan rohani.
Aku mewakili suara anak-anak kecil
sengsara akibat perang.
Mewakili suara rakyat yang sentiasa ingin dibela.
Mewakili suara kerajaan untuk rakyatnya.
Moga suatu hari nanti
suara-suara hasil karyaku
bertebaran di muka bumi ini
dihayati dan dihargai oleh
seluruh penghuni bumi ini!
Siapalah aku tanpa Pertolongan dari-Nya
menghasilkan karya dikira amal jariah.
Anugerah-Mu ini akan kujaga kerana
Karyaku! Duniaku!
Karya : Rha NS
18 Januari 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment