Friday, 30 March 2012

CINTA KITA SENTIASA TERIKAT SAYANG


  • Mari kita belajar tentang karya berbentuk Woordopname di mana penggunaan perkataan di hujung barisan digunakan di setiap awal barisan seterusnya...selamat belajar...

    WOORDOPNAME

    Di kiri sayang di kanan sayang
    sayang abang kepada cik adik
    adik cantik hati terpikat
    terpikat membawa hajat meminang.

    Meminang diatur si orang tua
    tua kelapa pekat santannya
    santannya pula buat masakan
    masakan di hari persandingan kita.

    Kita berdua janji setia
    setia abang sudah terbukti
    terbukti dengan cincin di jari
    jari tergenggam di atas pelamin cinta.

    ssz/spl/pm...29/3/2012.

    http://sangpujanggalangit.blogspot.com/2012/03/woordopname.html
    sangpujanggalangit.blogspot.com
    koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika ti...
     ·  ·  ·  · Yesterday at 1:50pm near Seremban, Negeri Sembilan
    • 2 people like this.
      • Rabeah Mohd Ali CINTA KITA SENTIASA TERIKAT SAYANG

        Terima kasih duhai abang
        Kerna meminangku dengan cincin cinta Syurga
        Kasihmu abang takkan hilang
        Akan kusirami dengan bunga-bunga cinta Syurga

        Pinanganmu diterima direstui keluarga
        Terpatrilah cinta kita berdua
        Cinta kita menyatukan keluarga
        Moga Allah restui cinta kita berdua

        Di atas pelamin jeling menjeling
        Senyuman terukir untuk para tetamu
        Cinta kita sentiasa terikat sayang
        Mencintai abang rasa tak jemu

        Karya Rha NS
        30 Mac 2012

        (PETIKAN OMBAK GROUP OMBAK RINDU)
        30 Mac 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;