Monday, 26 March 2012

HAK MILIK KHAZANAH SASTRA INI ADALAH HAK MILIK RUMPUN MELAYU DAN ANAK CUCU RUMPUN MELAYU SEDUNIA


    • Yang membuat hidup ini indah dan berarti adalah jika banyak yang berharap dan menantikan hasil dari apa yang kita perjuangkan,..met sore semua,...
       ·  · Sunday at 5:41pm · 
      • You and 11 others like this.
        • Hesty Thea sore juga...
          Sunday at 5:43pm ·  ·  1
        • Indah Permana I like this mas..
          Sunday at 5:44pm ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali Yang membuatkan perjuanganku jadi indah dengan hadirnya kamu ke aku untuk meniupkan api pejuanganku Laksamana Mas!Terimaka kasih kerana amat memahami perjuanganku dan aku amat memahami perjuanganmu dan kita ditakdirkan untuk merealisasikan perjuangan yang diperjuangkan agar bisa anak cucu tersenyum sampai kapan pun! Insya-Allah Aaamin.
          Sunday at 7:35pm ·  ·  1
        • Laksamana Mas All@ trimaksh ats jmpolna,..
          Sunday at 8:30pm · 
        • Laksamana Mas Hesty Thea , trimaksh,..
          Sunday at 8:31pm ·  ·  1
        • Laksamana Mas Indah Permana Mksh Ndan,...
          Sunday at 8:31pm · 
        • Laksamana Mas Rabeah Mohd Ali , Amin Ya Rabball Alamin,.Kebahagiaan selalu menjadi milik mu,..
          Sunday at 8:33pm ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali Aamin Ya Rabbal A'Lamin
          Terima kasih atas doamu
          Sunday at 8:34pm ·  ·  1
        • Indah Permana Sama" mas. sdh mkn mlm blm mas?
          Sunday at 8:35pm ·  ·  1
        • Laksamana Mas Rabeah Mohd Ali Iye Kanda ku yang berhati jelita,.
          Sunday at 8:42pm · 
        • Laksamana Mas Indah Permana Siap Komandan sudah,. hehe
          Sunday at 8:43pm · 
        • Rabeah Mohd Ali Dinda...napa kanda Ki Mada tak juga munculkan diri ye ...adakah dia marahkan kanda...
          Sunday at 8:44pm ·  ·  1
        • Laksamana Mas Rabeah Mohd Ali Tidaklah Kanda Mada bukan Ksatria yang suka marah kanda,..mungkin lagi berlibur,.hihi
          Sunday at 8:46pm · 
        • Rabeah Mohd Ali Berlibur ke atau berhibur atau lebur....hihihi mana tahu dia sedang berhibur dengan putri duyung di dasar lautan.....hihihihi
          Sunday at 8:48pm ·  ·  1
        • Hesty Thea sami2,maturkswuun..
          Sunday at 8:51pm ·  ·  1
        • Laksamana Mas Rabeah Mohd Ali Hihi bisa jadi Kanda,...
          Sunday at 8:52pm · 
        • Laksamana Mas Hesty Thea Injih,..
          Sunday at 8:53pm · 
        • Rabeah Mohd Ali Memandangkan dia sudah ada teman istimewa si puteri duyung sebentar lagi kanda siarkan , syair Putera Duyung boleh dinda sampaikan kepadanya agar hidupnya lebih ceria lagi di samping putri duyung...hihihi
          Sunday at 8:56pm ·  ·  1
        • Laksamana Mas Monggo/silahkan Kanda, Dinda ingin menyimak karya2 Kanda,...
          Sunday at 9:01pm · 
        • Rabeah Mohd Ali SYAIR PUTERA DUYUNG

          Tersebutlah satu kisah percintaan,
          Dimulai dengan sebuah perkampungan nelayan;
          Telah berlaku satu pergaduhan,
          Hanya kerana ingin merebut kekuasaan.

          Pergaduhan berlaku tanpa ihsan,
          Sana-sini mayat bergelimpangan;
          Bermandikan darah perkampungan nelayan,
          Tiga hari dua malam pergaduhan berlarutan.

          Malam ini sekumpulan Kampung Nelayan,
          Melarikan diri dari permusuhan;
          Naik ke kapal berebut-rebutan,
          Kerana ingin lari dari kekalutan.

          Di malam bulan purnama indah permandangan,
          Terpesona mata memandang ke arah bulan;
          Mas Merah berbincang dengan Siew Lan,
          Mengenai keharmonian kehidupan di lautan.

          Siew Lan memujuk Mas Merah dengan kasih sayang,
          Mas Merah kawan baiknya dari dulu hingga sekarang;
          Berkawan baik atas dasar keikhlasan sayang,
          Saling nasihat menasihati demi kasih dan sayang.

          Mas Merah luahkan rasa di hati,
          Menjadi penghuni lautan itu yang diingini;
          Hidup berkasih sayang penuh harmoni,
          Tapi apakan daya cuma imaginasi.

          Melaung Mas Merah di lautan sepi,
          Meraung merintih kenapa nasibnya begini;
          Tiada siapa yang ingin mengerti,
          Hidup di dunia dirasakan mati.

          Telah berlaku sesuatu yang tidak diduga,
          Tiba-tiba berlaku perubahan cuaca;
          Angin rebut taufan datang melanda,
          Penghuni kapal ketakutan dirasa.

          Penghuni kapal menjerit ketakutan,
          Kapal terhoyang-hayang di tengah lautan;
          Ombah bergulung guruh berdentuman,
          Penghuni kapal berada dalam kecemasan.

          Hujan ribut disertai suara menakutkan,
          Muncul rasaksa dasar lautan;
          Menenggelamkan kapal ke dasar lautan,
          Sekelip mata hilang ditelan lautan.

          Semuanya mati ditimpa malang,
          Kecuali Mas Merah diselamatkan duyung;
          Lelaki duyung bergelar Putera Duyung,
          Memiliki kuasa segala duyung.

          Mas Merah koma beberapa hari,
          Putera Duyung bersusah hati;
          Ingin menyelamatkan Mas Merah hajat di hati,
          Agar Mas Merah bernafas kembali.

          Bertemu pendeta minta pandangan,
          Pendeta meminta Putera Duyung fikirkan;
          Sebelum membuat apapun keputusan,
          Kerana alam duyung dan manusia banyak perbezaan.

          Putera Duyung mahukan Mas Merah diselamatkan,
          Walau apa cara sekalipun akan diusahakan;
          Melihat Mas Merah hatinya ihsan,
          Berkorban nyawa dia pertaruhkan.

          Hati Putera Duyung perlu didermakan,
          Kepada Mas Merah untuk diselamatkan;
          Percantuman hati mesti dijalankan,
          Itu caranya Mas Merah diselamatkan.

          Putera Duyung sanggup dermakan hati,
          Melihat Mas Merah koma tak sampai hati;
          Putera Duyung yakin Mas Merah manusia baik hati,
          Diderma hati dengan seikhlas hati.

          Di malam bulan purnama dijalankan pembedahan,
          Antara Putera Duyung dan Mas Merah penuh suspen;
          Cahaya terang disimbahi cahaya rang bulan,
          Selamat sudah pendeta lakukan pembedahan.

          Selepas pembedahan berlaku perubahan,
          Mas Merah bertukar menjadi duyung rupawan;
          Gembiranya pendeta berjayanya pembedahan,
          Pendeta bersyukur usahanya DiPerkenankan.

          Mas Merah hidup bagaikan keajaiban,
          Didapati dirinya ada di dasar lautan;
          Berasa pelik dengan perubahan,
          Perubahan dirinya di luar dugaan.

          Dirasakan dirinya berada di alam fantasi,
          Seolah tercapai hajat di hati;
          Menjadi penghuni lautan yang dibayangi,
          Kini menjadi kenyataan masih belum difahami.

          Puteri Duyung menyambut kedatangan Mas Merah,
          Disambut dengan tarian duyung penuh meriah;
          Istana duyung dihias indah,
          Menyambut tetamu terhormat Mas Merah.

          Mas Merah gembira tidak terperi,
          Dilayan Mas Merah seperti Tuan Puteri;
          Wajahnya ayu berseri-seri,
          Dirasakan impian jadi realiti.

          Memang impian menjadi realiti,
          Mas Merah masih lagi belum mengerti;
          Dipendamkan juga kenapa jadi begini,
          Akan terjawab di suatu ketika nanti.

          Bergurau senda dengan Puteri Duyung,
          Menghayati suasana di Taman Karang;
          Menjadi sahabat baik penuh kasih sayang,
          Kasih terjalin mengundang sayang.

          Setiap hari berkejar-kejaran,
          Berkejar-kejaran di balik taman;
          Taman Karang dipenuhi bunga-bungaan,
          Harum semerbak menyelubungi taman.

          Dalam berkejaran terpisah dengan Puteri Duyung,
          Puas dicari Puteri Duyung ke mana menghilang;
          Muncul pula lelaki duyung,
          Mas Merah menangis berasa bimbang.

          Putera Duyung memperkenalkan diri,
          Diceritakan bagaimana Mas Merah begini;
          Fahamlah sudah Mas Merah kini,
          Budi baik Putera Duyung terkesan di hati.

          Semenjak itu berkenan di hati,
          Mas Merah jatuh cinta tanpa disedari;
          Dengan Putera Duyung yang baik hati,
          Cinta Putera Duyung ingin dimiliki.

          Tapi apakan daya cintanya terhalang,
          Cinta Putera Duyung kepunyaan Puteri Duyung;
          Beralah Mas Merah terus menghilang,
          Bukti kasihnya kepada Puteri Duyung.

          Demi sahabat ingin menjadi manusia kembali,
          Agar cinta sahabatnya bertaut kembali;
          Biarlah dia membawa hati,
          Membawa hati luka demi sahabat sejati.

          (BERSAMBUNG)
          Sunday at 9:12pm ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali Berjumpa pendeta menyampai hajat di hati,
          Agar pendeta boleh perkenankan nanti;
          Mengertilah sudah pendeta kini,
          Memakan 7 jenis rumpai laut dikehendaki.

          Berlaku perubahan setelah makan rumpai laut,
          Menjadi kembali manusia terapung di laut;
          Teruna muda terjun ke laut,
          Menyelamatkan Mas Merah tanpa takut.

          Mas Merah pengsan tak sedarkan diri,
          Doktor datang memberi rawatan;
          Sedar Mas Merah gembiranya hati,
          Si teruna muda yang baik budi.

          Budi bahasa Mas Merah buat si teruna jatuh hati,
          Cinta Mas Merah ingin dimiliki;
          Melamar Mas Merah sepenuh hati,
          Mas Merah terkesima antara dua hati.

          Antara cinta dan budi,
          Mas Merah tak mengerti;
          Cintakan Putera Duyung setia di hati,
          Hatinya dengan Putera Duyung tercantum di hati.

          Mas Merah rupawan buat hati tertawan,
          Anak-anak kapal berlumba ingin menawan;
          Menawan cinta Mas Merah yang rupawan,
          Ingin memiliki cinta sanggup berbunuh-bunuhan.

          Mas Merah memberontak rasa tak tenteram,
          Tiada dimiliki rasa kedamaian;
          Tidak seperti berada di lautan,
          Ingin kembali menjadi duyung lautan.

          Tanpa berfikir baki 7 jenis rumpai laut dimakan,
          Bertukar menjadi duyung kembali selepas makan;
          Gembiranya hati tak dapat dibayangkan,
          Terus menggelongsor ke dasar lautan.

          Mas Merah pergi mencari pendeta,
          Memohon nasihat dari pendeta bijaksana,
          Hajat Mas Merah difahami pendeta,
          Berjumpa Puteri Duyung itu dipinta.

          Tika itu Puteri Duyung sedang berdandan,
          Didandan cantik menjadi pengantin;
          Sebentar lagi upacara pernikahan dijalankan,
          Dengan Putera Duyung kekasih idaman.

          Mas Merah menangis sepenuh hati,
          Merayu pilu pada sahabat sejati;
          Puteri Duyung tidak sampai hati,
          Melepaskan cintanya pernikahan tak jadi.

          Budi baik Puteri Duyung dingati sampai mati,
          Bukan sengaja merebut kekasih hati;
          Sudah terikat antara dua hati,
          Moga cintanya terpatri nanti.

          Putera Duyung tidak ambil hati,
          Apabila Mas Merah menaruh hati;
          Kedua-dua duyung tidak dikawini,
          Demi kerana menjaga hati.

          Sumpahan duyung Mas Merah redha,
          Di siang hari menjadi manusia,
          Menjadi duyung apabila malam tiba,
          Pulau terpencil tempat tinggalnya.

          Bernyanyi-nyanyian mengeratkan kasih,
          Kasih mengasihi seperti kekasih;
          Apakan daya kasih tersisih,
          Kerana tak mahu berbagi kasih.

          Putera Duyung datang di bulan purnama,
          Memastikan Mas Merah hidup sempurna;
          Ada masalah dikongsi bersama,
          Ketiadaan Putera Duyung Mas Merah redha.

          Kebahagiaan mereka rupanya tak lama,
          Apabila datang nelayan ke sana;
          Mahu menangkap Mas Merah agar ternama,
          Dibuat persiapan lembing dibawa.

          Malam itu malam penghabisan,
          Cinta dua kekasih tidak kesampaian;
          Putera Duyung ingin nyatakan,
          Agar diterima Mas Merah lamaran.

          Mas Merah gembira disarungkan kalungan,
          Kalungan mutiara bertatah berlian;
          Mas Merah ternampak balingan lembing nelayan,
          Dipertaruhkan nyawa demi cinta kesufian.

          Nelayan takut sembunyikan diri,
          Di balik batu dia bersembunyi;
          Tanpa disedari datang ketam gergasi,
          Digigit nelayan hingga mati.

          Panahan lembing tertusuk di hati Mas Merah,
          Mengalir deras pekatnya darah;
          Putera Duyung terpaku dalam luka yang parah,
          Perginya kekasih dalam cinta berdarah.

          Semasa nazak dipangkuan Putera Duyung,
          Sempat menyuruh mengawini Puteri Duyung;
          Kepedihan dirasa tak dapat dibendung,
          Menangis Putera Duyung dalam cinta sayang.

          Sedihnya tika itu tahunya Tuhan,
          Dicabutnya lembing perlahan-lahan;
          Darah terus mengalir terus-terusan,
          Menangis hiba cinta tak kesampaian.

          Permergian Mas Merah sentiasa dikenangkan,
          Apa nak buat takdir menentukan;
          Cinta kekasih tidak kesampaian,
          Diredhainya dalam kepasrahan.

          Di hari persandingan penuh hiba,
          Jenazah Mas Merah menyaksikan cinta;
          Hajat Mas Merah disampaikan juga,
          Mahukan perkahwinan dijalankan segera.

          Setelah persandingan upacara pengkebumian,
          Mas Merah dibawa ke kuburan;
          Di Taman Karang Mas Merah dikebumikan,
          Menjadi legenda penghuni lautan.

          Sekian Sahaja Syair Putera Duyung Kisah Cinta Abadi,
          Antara dua kekasih berlainan alam perbezaan hati;
          Bercantuman hati hingga ke mati,
          Membawa cinta hingga ke alam abadi.

          Karya: Rha NS
          1 Jun 2011
          Sunday at 9:13pm ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali Apa pendapat dinda mengenai karya kanda ini...cuba ulas pada kaca dinda...dan ditunggu pada kaca mata kanda Ki Mada juga...
          Sunday at 9:26pm ·  ·  1
        • Laksamana Mas Hmmm,..membacanya aku ikut terimajinasi, karya bagus Kanda,..sungguh susah dicari tandingnya,...
          Sunday at 9:26pm ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali Terima kasih atas segala sokongannya dinda Laksamana Mas...nuwun
          Sunday at 10:25pm ·  ·  1
        • Laksamana Mas Injih Kanda,..kita semarakkan lagi dunia sastra rumpun melayu,.nuwun.
          Sunday at 10:27pm ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali hak milik khazanah sastra ini adalah hak milik rumpun melayu dan anak cucu rumpun melayu sedunia apa pendapat dinda? bukan perasan tapi demi perjuangan cia-cita kanda dan dinda apa pendapat dinda? hihihi
          Sunday at 10:29pm ·  ·  1
        • Laksamana Mas Iya, benar . trimaksih jika Kanda mempersembahkannya untuk semua,..Luar biasa penciptaan itu,...
          Sunday at 10:39pm ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali Aamin...insya-Allah jika benarlah ini takdir perjuangan yang ditentukanNya...kita akan kerahkan sedaya mungkin bagaimana merealisasikannya. Aamin.
          Sunday at 10:41pm ·  ·  1
        • Laksamana Mas Akupun akan mulai mengumpulkan karya2 pujangga rumpun melayu di masa lalu, karena itu juga berkaitan dengan tugas ku ,,
          Sunday at 10:47pm ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali Baguslah tu dinda...barulah dinamakan serumpun...adakah itu karya dinda yang tersimpan...?
          Sunday at 10:48pm ·  ·  1
        • Laksamana Mas Aku kurang berhati2 dulu menyimpannya,..kerna aku selalu berpindah2 tempat tugasku,..mudah2an di Puri Pangeran Sabrang masih ada yang tersimpan,..karna karya ku, dulu aku digelari teman2 dengan kata Sastrawan Kejawen, kerna prosaku lebih kental dengan unsur2 budaya jawa,...
          Sunday at 10:54pm ·  ·  1
        • Laksamana Mas Di kepemimpinan Organisasi aku digelari The Time Bomb,...Bom Waktu,...karena jika di restui oleh Para Pepunden/pini sepuh,..kelak tiba saat giliranku untuk memimpin negeri ku menuju kesejahteraan dan kemakmuran, nuwun,.
          Sunday at 10:59pm ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali Baguslah tu kanda suka...keaslian itu...cumanya semenjak jadi burung jawa sesat bahasa kanda bercampur dengan bahasa jawa...tapi bagi kanda itu satu pembaharuan dalam dunia sastra melayu....betul nggak hihihi
          Sunday at 11:00pm ·  ·  1
        • Laksamana Mas Kanda , Nasionalisme Timur yang ku pelajari dan diajarkan kepada ku, bukanlah sebuah kesombongan apalagi ketakaburan, melainkan sebuah rhsa pengabdian kepada seluruh alam,..mohon doa Kanda,..nuwun.
          Sunday at 11:01pm ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali Aamin...nuwun.
          Sunday at 11:02pm ·  ·  1
    (PETIKAN DARIPADA WALL LAKSAMANA MAS)
    27  28 Mac 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;