Friday, 30 March 2012

MOGA ALLAH SWT MEMAKBULKAN PIALA KEJAYAAN ITU MILIKKU AAMIN YA RABBAL A'LAMIN


    • Rabeah Mohd Ali shared Hasrul Pane's photo. AAMIN
       ·  ·  · March 25 at 5:51pm
      • You like this.
        • Rabeah Mohd Ali 
          APABILA TAPAK SULAIMAN (BINTANG LAUT) MENJADI BINTANG

          Sejak berkurun lamanya tapak sulaiman
          berada di dasar laut.

          Tiba-tiba terdetik di hati tapak sulaiman,
          ‘Sampai bila aku jadi begini?’

          Di dasar laut cuma nampak bebayang
          bintang-bintang disimbahi cahaya rang bulan.

          “ Alangkah bahagianya jika aku menjadi bintang!
          Tiada bezanya aku dengan bintang
          cuma aku di dasar lautan
          tidak berkedipan!
          Bolehkah aku jadi bintang?
          Bolehkahkah? Bolehkah? Bolehkah?
          Di dasar ini aku tidak berfungsi
          kepada penghuni laut
          sedangkan aku ingin hidup
          menyinari hidupku dan menyinari
          hidup mereka yang memerlukan
          kerdipan sinarku.” Tapak sulaiman
          mula menyedari kejahilannya.
          Dia telah memasang impian.

          Setiap hari tapak sulaiman
          terus mengeluh...
          Meratapi nasib diri…
          Mencemburui kegemerlapan bintang
          seolah-olah mereka mengejeknya
          kerana berangan hendak
          menjadi bintang.

          “Kau siapa?
          Jalan pun terhegeh-hegeh
          di dasar laut ini… Tanpa boleh berbuat apa-apa?
          Lainlah aku boleh ke sana ke mari dengan pantas
          dan ramai terpesona dengan kegagahan dan
          kebijaksanaan aku.. Jangan nak beranganlah!
          Ha…ha…ha…” Ejek naga laut sambil menayangkan
          kejadiannya yang unik mempersonakan
          seluruh penghuni laut kerana itu naga laut
          popular dan dihormati .

          “Engkau jangan memperlekeh
          cita-cita aku. Akan kubuktikan!
          Lihatlah nanti!” Jerit tapak sulaiman
          memecah ketenangan malam itu.

          Laut yang tenang tiba-tiba mengaum di sertai
          dengan gelombang ombak mengganas!

          Gerakkan dasar laut telah membawa
          tapak sulaiman ke dalam gelombang
          ombak mengganas! Lalu menghempasnya
          ke pantai.

          Kini tapak sulaiman berada di pantai
          di sinari cahaya pagi yang menyegarkan!

          Seakan mimpi tapak sulaiman
          berjalan ke sana ke mari
          menari-nari.

          Bila malam tiba tapak sulaiman
          menikmati suasana malam sambil
          memerhatikan kegemerlapan
          bintang-bintang di langit di sinari
          sinaran cahaya bulan.

          Sungguh jelas permandangan tika itu
          tidak perlu samar-samar lagi
          tika berada di dasar laut.

          “Bolehkah aku menjadi bintang?
          Bolehkah? Bolehkah?
          Bintang aku ingin berkawan denganmu?
          Aku ingin menjadi sepertimu.”

          “ Tapak sulaiman, kau boleh menjadi
          seperti kami jika kau yakin dengan
          kebolehanmu! Percayalah!
          Kami menunggu kau di sini!
          Kau boleh! Pasti boleh!”
          Kata perangsang bintang kepada
          tapak sulaiman pada malam itu.

          “Pelik ya macam mana bintang boleh
          mendengar suaraku? Sedangkan
          Jarak dengannya…
          Dia di langit aku dibumi
          komunikasi aku dengan bintang
          satu keajaiban!”

          Tiba-tiba kedengaran
          gauman entah mana datangnya
          memecah ketenangan malam.
          Pepasir di pantai berterbangan.

          UFO rupanya sedang mendarat
          dua makhluk asing datang
          menghampiri tapak sulaiman.

          “Tapak sulaiman mahu ke engkau
          ikut kami?” Tanyanya.
          Ke mana?”
          “Úntuk merealisasikan cita-cita kau menjadi bintang?”
          “Nak! Nak! Nak! Bodohlah aku kalau tak nak!”

          Malam itu mimpi tapak sulaiman menjadi kenyataan!
          Dia telah menjadi bintang!
          Disambut bintang-bintang yang
          Bergemerlapan! Berkedipan! Berkilauan
          yang menakjubkan tapak sulaiman!

          Siapa sangka impian tapak sulaiman menjadi kenyataan?
          Tidak sia-sia impiannya selama ini!
          Barulah dia tahu tiada yang pelik di dunia
          Ini jika digunakan keajaiban minda!
          “Aku berjanji kegemerlapan yang kumiliki ini
          akan kukongsi bersama mereka yang ingin
          menjadi sepertiku!”
          Janji tapak sulaiman pada dirinya.

          Karya :Rha NS
          23 Januari 2011
      • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
        30 Mac 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;