Monday, 26 March 2012

KARYA-KARYA INILAH YANG AKAN DITINGGALKAN UNTUK ANAK CUCU TERSAYANG SETELAH KU TIADA NANTI


  • KETIKA TAKDIR CINTA ADALAH KEPUNYAAN-'NYA
    (buat sahabat)

    Dalam hening sunyi langit malam,..
    Mengembara asa ku sendirian
    Ku tapak jejak-jejak kenangan
    Mencoba mencari keteduhan dari perihnya takdir kehidupan yang salah dimengerti,.

    Oooh ! Jantra sang waktu yang terus berputar, betapa aku tlah banyak menyia-nyiakan mu,
    Ketika kembara asa ku sampai di tengah rimba,
    Tak dinyana aku akan berjumpa dengan mu, ilham dari ilmu pemahaman,.

    Dan sekarang,..
    Kemanakah akan ku titipkan gundah dan sejuta kecewa ini,.?..
    Ketika sejuk tutur mu perlahan mengobati perih ku,..
    Takdir Cinta Adalah Kepunyaan-Nya,.............

    Hmmm,.................................
    Hyang Tunggal,....
    Aku berserah kepada mu, tentang segala yang tersirat dan yang tersurat,..
    Jika diperkenankan hamba bermohon,...
    Hamba ingin, ilham dari ilmu pemahaman itu mendampingi perjuangan ku,.

    LAKSAMANA MAS,...
     ·  · Sunday at 12:53pm · 
    • You and 9 others like this.
      • Indah Permana Mantaab.. mkn siang dl mas.
        Sunday at 1:16pm ·  ·  1
      • Elang Timur semoga sang ilham slalu menemani.. dan semoga jg tdk salah paham dngn takdir., met siang kang
        Sunday at 1:25pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas Indah Permana Mksh ya,..met siang,..
        Sunday at 1:33pm · 
      • Laksamana Mas Elang Timur Mas trmksh njih, met siang juga,..
        Sunday at 1:33pm · 
      • Arjun Arema Om...
        Sunday at 1:36pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali TAKDIR CINTA TIADA SIAPA YANG TAHU

        Andai takdir cinta kepunyaanNya
        ditakdirkan untuk kita berdua
        aku pasrah dan redho
        perjuanganku perjuanganmu sama kita realisasikan
        perjuangan yang telah lama
        kau dan aku dambakan
        cinta kita cinta bermatlamat
        cinta demi perjuangan
        cinta demi cita-cita
        cintaku cintamu mendambakan redhoNya

        Tapi...
        Andai takdir cinta kepunyaanNya
        bukan milik kita
        jangan putuskan perjuangan ini
        kita tetap sama meneruskan perjuangan yang didambakan
        tidak akan rasa kecewa
        redho seredhoNya
        kita tidak ditakdirkan untuk cinta memiliki
        kita ditakdirkan sama merealisasikan impian perjuangan
        makanya aku , dia dan kau sama saling berkorban
        meneruskan perjuangan suci...

        cinta kita cinta bermatlamat
        bukan untuk kepentingan sendiri
        cinta demiNya demi anak cucu

        Semua orang berhak bercinta
        Cinta tak semestinya memiliki
        Takdir Cinta adalah kepunyaanNya
        Kerna takdir cinta kepunyaanNya tiada siapa yang tahu.

        Karya Rha NS
        25 Mac 2012
        Sunday at 1:36pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas Walau hanya Jiwang-jiwang,....Tapi bolehlah untuk berbagi semangat perjuangan,...kerna ada yang lebih memintingkan diri kita dari pada keinginan pribadi,...
        Sunday at 1:46pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Alhamdulillah ...yang penting jika menjadi hambaNya yang redho dala apa jua keadaan pun. Aamin
        Sunday at 2:02pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas Siap Kanda,...
        Sunday at 2:15pm ·  ·  1
      • Indah Permana Waduh indh jd malu cmnt cm indh yg cwe.
        Sunday at 2:17pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas hehe tu ada Yunda Rabeah Mohd Ali, saudara kita dari negeri jiran,..hihihi
        Sunday at 2:20pm · 
      • Rabeah Mohd Ali Hehehe ...dari tadi kanda tunggu kanda Ki Mida Burung Si Burung rontok tu nggak ada...dia nggak habis lagi ke memutari keliling dunia samudra jawa ye....hihihi burung jawa sesat ini ingin mendengar sekali kicauannya itu....hihihi
        Sunday at 2:48pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas Sudah ku suruh semua burung2 untuk mencarinya Kanda,..tapi apa hendak dikata , mungkin ia pulang ke dasar samudra,.hihihi
        Sunday at 2:51pm · 
      • Rabeah Mohd Ali Kenapa begitu sekali...adakah dia betapa untuk menjelmakan dirinya menjadi putra diRaja? hihihihi
        Sunday at 2:52pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas Aku tak tau itu, tapi ia baik hati yang ku tau,..hee
        Sunday at 2:56pm · 
      • Rabeah Mohd Ali Mana kau tahu dia baik hati? yang aku tahu dia itu sampai hati bikin aku rindu padanya? tega dia beapa di dasar laut tinggalkan si burung jawa sesat ni....hihihihihi
        Sunday at 2:57pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas Hahaha ye, ah, kejam nian dia tlah membuat Kanda tak kuasa menahan rindu, hihihi
        Sunday at 3:01pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas Ki, jngan dikau permainkan Kanda ku yang sedang meridui mu, hihihi
        Sunday at 3:06pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali rindu jiwang-jiwang nggak apa-apaan ye ..kapan bila dia habis betapa tu ye....kalau dia masih nggak timbul-imbul dari dasar lautan ini...kanda ngga mahu menjadi kekasihnya algi....hihihihi
        Sunday at 3:06pm · 
      • Laksamana Mas hehe ye gak pa2,..Jiwang-jiwang kan gratis Kanda, hihihi
        Sunday at 3:08pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas Asalkan persahabatan dalan perjuangan ini bukan Jiwang-jiwang, hihihi
        Sunday at 3:10pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Hihihi agak-agak kapan KI Mada si Burung Rontok tu mahu muncul...hihihi
        Sunday at 3:10pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas Mungkin nanti saat saat ia mendengar sayembara di negeri di awan itu ye,...hihihi
        Sunday at 3:12pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Insya-Allah semuanya nggak jiwang-jiwang apabila kita sudah letakkan Allah SWT tempat teratas dinda...kalau boleh tak sabar menunggu dinda dan kanda Ki Mada datang ke Istana Niagara ni ...
        Sunday at 3:12pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas Mudah2an kami smua bisa datang ke Istana Kanda,....amin. supaya tiada jiwang-jiwang kebersamaan dalam perjuangan kita,..
        Sunday at 3:16pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Aamin. Dalam perjuangan nyawa kanda jadi taruhan dinda.. dinda dan kanda Ki Mada gi mana?
        Sunday at 3:18pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas Setelah tugas pertamaku ini selesai, aku akan ditugaskan ke eropa, nanti mudah2an ada sempat aku singgah ke Istana Kanda,..
        Sunday at 3:19pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Iye ke dinda ...kanda KI Mada datang sekali ke...
        Sunday at 3:20pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas Ahai Sang Pembela negeri, akupun telah mewakafkan hidupku untuk perjuangan ini,..tak sitikpun ada keraguan di hatiku,..demi senyum anak cucu seluruh negeri,..
        Sunday at 3:20pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Perjuangan dinda dan kanda sama aje...kerana itu Allah SWT temukan kita dengan kanda Ki Mada adakah kanda Ki Mada sama perjuangan macam kita juga dinda...?
        Sunday at 3:22pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas Maaf Kanda aku belum tau yang sebenarnya,..
        Sunday at 3:23pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali maksudmu apa...kanda nggak ngerti...bilang sama kanda apa sebenarnya itu...?
        Sunday at 3:24pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas Maksudku aku belum tau tentang Kanda Mada , ...
        Sunday at 3:25pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Sejujurnya dinda kenal sama kanda Ki Mada atau nggak?
        Sunday at 3:26pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas Kenal dekat belum ,.tapi aku percaya mereka semua baik Kanda,.karena aku tak bisa berprasangka buruk pada siapapun juga,..
        Sunday at 3:29pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Bagus macam tu dinda kerana itulah yang sebaiknya...siapapun kanda Ki Mada samaada dia manusia atau si burung rontok...kanda tetap bersahabat denganya asalkan dia rajin menjelma dan tidak betapa di samudra jawa...sebab banyak perkara yang kanda mahu bincang sama dia....antaranya....bahasa jawa belum habis diperturunkan pada kanda...dinda....hihihihi
        Sunday at 3:34pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas Ye, nanti kita cari sama2 ,..hihi
        Sunday at 3:37pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Kanda tahu bagaimana nak cari dia ...hihihi
        Sunday at 3:38pm · 
      • Rabeah Mohd Ali Boleh tak dinda sampaikan syair karya kanda ini kepada kanda Ki Mada Si Burung Rontok...? Mana tahu setelah baca dia keluar dari betapa...hihihihi
        Sunday at 4:01pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas Siap, boleh kanda, silahkan,..
        Sunday at 4:03pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali SYAIR PENGANTIN RAJA RIMBA

        Tersebutlah kisah satu cerita,
        Puteri Monyet yang cantik jelita;
        Berhemah tinggi tidak terkata,
        Di mana saja berdukacita.

        Raja harimau pilihan hati,
        Mengadu hasrat pada merpati;
        Agar cinta jadi sejati,
        Jasa si burung tetap diingati.

        Puteri Monyet memendam rasa,
        Dihina kawan tidak berasa;
        Tidak mudah berputus asa,
        Korban cinta untuk berjasa.

        Raja harimau termakan budi,
        Sakitnya kekasih tidak terperi;
        Menentang sawa kuat menjadi,
        Cinta dibalas patut diberi.

        Raja Harimau menerima surat,
        Surat dibaca menyatakan hasrat;
        Cinta membara bertambah sarat,
        Kalau jodoh telah tersurat.

        Raja Harimau membalas cinta,
        Gembiranya hati Puteri Jelita;
        Siang dan malam bertemankan tinta,
        Agar cinta terus bertahta.

        Jasa si burung tidak dilupa,
        Terbang tinggi bertegur sapa;
        Mengalir keringat tidak mengapa,
        Tanda kasih sedemikian rupa.

        Kad jemputan terus diedar,
        Semua terkejut tiadalah sedar;
        Ada yang memandang terus tersandar,
        Asalkan pengantin cinta tak pudar.

        Semua haiwan bergotong royong,
        Sediakan pelamin pengantin tersayang;
        Bergurau senda semakin matang,
        Gembiranya hati semua yang datang.

        Malam dinantikan penuh debaran,
        Parsandingan Pengantin Raja Rimba yang dinantikan;
        Semua gembira tibanya perkahwinan,
        Majlis perkahwinan yang dibanggakan.

        Tetamu datang dari daratan dan lautan,
        Berpakaian cantik meraikan pengantin kesayangan;
        Mengucapkan tahniah penuh kesyukuran,
        Kerana pengantin idola perdamaian.

        Pelbagai hadiah dibawa tetamu,
        Tetamu disambut dan dijamu;
        Dijamu makanan pelbagai menu,
        Sambil makan menantikan pengantin rasa tak jemu.

        Tepat Jam 12 Malam semua bersorakkan,
        Tahun baru 2020 diraikan seiring majlis pengantin;
        Di langit rimba bunga api berpecikkan ,
        Pengantin Raja Rimba kesayangan diraikan.

        Pengantin diarak menuju pelamin,
        Gajah membawa pasangan pengantin:
        Paluan kompang bernyanyi-nyanyian,
        Di malam yang penuh kemeriahan.

        Duduk bersanding jeling menjeling,
        Sambil menjeling tersenyum sayang;
        Sayangnya pengantin kepada tetamu yang datang,
        Dilemparkan senyuman mesra tanda kasih sayang.

        Semua kumpulan tetamu membuat persembahan,
        Dipersembahkan kepada pengantin kesayangan;
        Pengantin gembira keterharuan,
        Melihat persembahan yang mengasyikkan.

        Perkahwinan Pengantin Raja Rimba lambang kebanggaan.
        Kebanggaan penghuni rimba dan lautan;
        Pelbagai kaum dapat disatukan,
        Hidup aman damai dalam perpaduan.

        Sekian sahaja syair Pengantin Raja Rimba dipersembahkan,
        Untuk tatapan semua tetamu undangan;
        Salah dan silap harap dimaafkan,
        Moga persembahan ini dapat menghiburkan.

        Karya: Rha NS
        1 Januari 2011
        Sunday at 4:05pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas Waw sungguh indah syair kanda,..smoga Kanda Mada sang burung perkasapun datang ke pesta, membawa kado mutiara dari samodra,...
        Sunday at 4:15pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Macam mana dengan karangan syair kanda ...dinda...tolong beri pendapat dinda ye...hihihi
        Sunday at 4:15pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Pesta diadakan pada 1.1.2020
        kado mutiara simpanlah dulu ye....hihihihi
        Sunday at 4:19pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas Indah luar biasa Kanda, dinda tak bisa buat yang seperti itu dalam hitungan singkat seperti kanda,...aduh pestana masih lama ternyata, hihihi
        Sunday at 4:23pm · 
      • Rabeah Mohd Ali Tolong kirimin syair ini pada kanda Ki Mada...kalau dia tak sudi nak baca ...memandangkan dia tingga di dasar laut kanda nak kirimi syair, Putera Duyung ...untuknya agar dia terhibur hati....hihihi bolehkah dinda...
        Sunday at 4:26pm · 
      • Laksamana Mas Siap kanda, silahkan, nanti dinda akan sampaikan smua,..
        Sunday at 4:27pm · 
      • Rabeah Mohd Ali Syair putera duyung kemudian ...sekarang, ' Cinta Si Naga Sakti Dengan Si Puteri Bunian'
        Tunggu sebentar saja ...lepas di siarkan dinda mesti beri pendapat.. dan kanda Ki Mada juga mesti beri pendapat ...hihihi
        Sunday at 4:35pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali CINTA SI NAGA SAKTI DENGAN SI PUTERI BUNIAN

        Si Puteri bunian
        gembira setiap hari
        bermain di tepian Pantai Cinta Rindu
        menyanyi lagu rindukan kekasih
        yang dia sendiri tidak tahu
        siapakah gerangan kekasihnya itu
        tapi di hatinya asyik berbunga-bunga
        kasih dan rindu yang tak terungkap

        kata-kata yang diungkap
        hanyalah rindu dan cinta
        cinta bertapak di hati
        seolah dirasakan hatinya
        sudah dimiliki cinta
        tapi masih tidak tahu siapakah
        gerangannya kekasih
        misterinya itu

        Puteri Bunianku
        Sebenarnya akulah kekasihmu
        yang selalu mengekorimu
        ke mana saja kau pergi
        aku bahagia melihat
        senyuman manismu
        duhai kekasihku
        aku wujud di sisimu
        tapi kau tidak
        diberi Khashaf Allah
        untuk melihatku
        duhai kekasih hatiku
        cinta yang kau rasakan tika ini
        adalah cintaku yang tak pernah
        padam padamu duhai kekasihku
        Si Puteri Bunian
        Sifat kasih sayangmu
        yang menyanyangi
        semua makluk Tuhan
        membuatkan aku jatuh cinta padamu
        beruntunglah aku mencintaimu
        kerana selama ini
        aku tak pernah jatuh cinta
        dan tak pernah pun
        kenal apa itu erti cinta sebenarnya

        Hakikatnya kekasihku
        kaulah yang telah membuatkan
        hatiku berbunga-bunga cinta
        sejujurnya kukatakan
        aku telah jatuh cinta padamu
        cinta...cinta...cinta sepenuh hati
        kau telah membuatkan aku taksub
        dalam dunia cinta

        Setiap waktu kau datang
        ke Pantai Cinta Rindu ini
        ku tunggumu dalam
        rindu yang membara

        Aku suka nyanyian syair-syair
        karanganmu yang menghiburkan
        hati seluruh penghuni lautan
        cinta dan rinduku ini
        bertambah membara setiap saat

        Setiap kali syairmu yang kau lagukan
        dengan suaramu yang merdu bak buluh perindu
        mereka semuanya gembira dalam syukur pada Illahi
        bilamana syair-syairmu mendayu-dayu memuji Illahi
        semua penghuni lautan termasuk aku meratap pilu
        sebagaimana air matamu berjuraian
        begitu juga aku dan penghuni lautan semuanya
        akulah yang menyapu air matamu
        duhai kekasihku Si Puteri Bunian

        Tak usahlah kau bersedih kekasihku
        aku selalu menyokongmu
        meniupkan semangatmu jika kau lemah tak bermaya
        melindungi kau jika ada yang ingin mendatangkan
        musibah padamu aku rela pertaruhkan nyawaku
        demi cinta suciku padamu duhai
        kekasihku Si Puteri Bunian
        yang kucintai seumur hidupku

        Saat-saat paling gembira ketika
        kau berlari-lari di gigi pantai
        aku di lautan mengekorimu
        sehingga air di laut membiru berkocak
        deras tapi tenang mengekori seiring
        larianmu di gigi pantai
        kau gembira
        aku ceria
        kau sedih
        aku berduka
        cintaku telah bertahta di hatimu
        tanpa kau sedari tapi dapat merasakan
        kehadiran cintaku
        kasihan kau tidak dapat melihatku
        tapi aku dapat melihatmu dengan jelas
        sabarlah suatu masa nanti
        jika Allah bukakan khashafNya padamu
        kau akan dapat melihatku sejelasnya
        tika itu cinta kita dalam RestuNya

        Di pagi Jumaat itu
        amat syahdu!
        Si Puteri Bunian rasa tak tenteram
        Pantai Cinta Rindu
        Memanggil-manggilnya

        "Tuan Puteri nak ke mana ya pagi-pagi ini..."
        tanya dayang istana dengan penuh hormat.

        "Beta hendak pergi ke Pantai Cinta Rindu,"
        jawab Si Puteri Bunian penuh tegas tapi gelisah.

        "Tapi Tuan Puteri ...Ayahanda Tuan Puteri telah
        berpesan tidak membenarkan Tuan Puteri pergi
        ke Pantai Cinta Rindu kerana terlalu berbahaya,
        Demi keselamatan Tuan Puteri janganlah pergi
        ye Tuan Puteri,"

        "Tidak beta mesti pergi juga walau apapun
        terjadi...rahsiakan permergian beta ini
        daripada pengetahuan ayahanda beta," kata
        Si Puteri Bunian lalu menghilang dalam
        sekelip mata.

        Si Puteri telah berada di Pantai Cinta Rindu
        Dia melemparkan pandangannya ke
        lautan yang terbentang luas
        saujana mata memandang
        sambil menyanyikan syair cinta untuk kekasih
        misterinya yang tidak pernah dia kenal
        asal usul kekasihnya tapi dia dapat
        merasakan cinta yang terlalu amat mendalam
        antaranya dengan kekasihnya itu
        siapa namanya
        bagaimana wajahnya
        siapakah gerangannya itu
        dia tak tahu
        tapi hatinya benar-benar
        rasai cintanya telah dimiliki
        sedangkan ketika dia berfikir-fikir
        siapakah gerangan kekasih misterinya itu
        kekasihnya itu ada di sebelahnya di temani
        dengan pengawal istana

        Duhai Si Puteri Bunian
        Jika kau nak tahu
        Usul asal kekasih misterimu itu
        Dia adalah merupakan
        seekora naga yang gagah perkasa
        mempunyai kesaktian yang luar biasa
        mengusai seluruh penghuni lautan Cinta Rindu
        biarpun dia berkuasa dan mempunyai kesaktian
        kepada seluruh penghuni lautan...
        kekecil mana pun dan serendah mana pun darjat
        dia tetap menghormati dan menyayangi
        sepertimana dia sayangkan dirinya sendiri
        hinggakan semuanya penghuni lautan menyayangi dia
        Dialah yang mengilangkan sepimu di kala kau berduka
        dia menyanjungimu... melindungimu ...
        menerimamu apa adanya
        mencintaimu seumur hidupnya
        sekarang dia ada di sebelahmu Si Puteri Bunian
        Memandangmu dengan penuh kasih sayang

        Sedang si Puteri Bunian keasyikkan memandang
        keindahan ciptaan Allah sambil bersyair cinta
        keluar seekor dinosour rasaksa dari dasar lautan
        ingin menyerang Si Puteri Bunian

        Sepantas kilat Si Naga Sakti meletakkan
        cengkerang siput di sisi Si Puteri Bunian
        dan mengilhamkan Si Puteri Bunian meniup
        cengkerang siput tersebut
        setelah ditiup timbullah seluruh penghuni lautan
        berenang-renang dengan laju meluru ke arah
        dinosour rasaksa

        Si Puteri Buniaan meniup cengkerang siput
        dalam keterujaan dan kegembiraan melihat
        segala haiwan dan karangan laut pelbagai
        bentuk dan rupa timbul di permukaan laut
        berenang-renang pantas meluru ke arah
        dinasour rasaksa indahnya permandangan
        laut Cinta Rindu di kala itu hanya Tuhan
        saja yang tahu tapi penuh debaran yang
        menakutkan sesiapa yang melihatnya tapi
        tidak dengan Si Puteri Bunian dia suka
        dirasakan penghuni laut mengikuti
        perintahnya....

        Ketika perlawanan penuh dramatik itu antara
        penghuni lautan dengan dinosour rasaksa
        pepasir di dasar lautan berterbangan ke udara
        dan kocakan air laut amat dahsyat sekali
        perlawanan berlarutan hingga ke petang
        suara dinosour bagaikan halilintar...
        kekuatannya tiada tandingan tapi akhirnya
        kalah ditewaskan oleh penghuni lautan
        yang banyaknya tak terkira

        Gembiralah tidak terkata Si Puteri Bunian
        melihat kekalahan dinosour rasaksa
        lautan bertukar menjadi merah
        darah dinasour rasaksa hanyir pekat
        amat meloyakan Si Puteri Bunian

        Si Puteri Bunian memejamkan mata
        ketakutan melihat pemandangan
        lautan yang dipenuhi darah memekat

        Apabila dibukakan mata
        alangkah terperanjat Si Puteri Bunian
        apabila didapati lautan Cinta Rindu
        telah menjadi sedia kala
        indah! aman! tenang...

        Lagi memeranjatkan apabila
        didapati di sebelahnya ada
        seekor naga tersenyum
        melemparkan senyumannya
        "Sudikah kau menjadi suri hidupku
        wahai Si Puteri Bunian yang kucinta."

        Si Puteri Bunian tidak menjawab.
        Dia menadah tangan ke langit lalu berdoa,

        "Ya..Allah siapalah aku untuk menolak
        apa yang telah Kau telah takdirkan padaku
        aku terima dengan redha apa saja aturanMu
        kerana hidup dan matiku sudah kepasrahkan
        kepadaMu sejak azali lagi."

        "Duhai Cinta Kalbuku kerana keikhlasanmu
        pada Tuhammulah maka dibukakan Khashaf
        Dzat cintaNya padamu dan kerana itu juga
        kau dapat melihatku," Habis saja Si Naga
        Sakti berkata-kata dia bertukar menjadi
        seorang teruna gagah perkasa.

        Mereka berdua menadah tangan ke langit,
        "Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Agung Lagi
        Maha Berkuasa Dengan kurniaan cinta yang
        Kau limpahkan kepada kami berdua berilah
        kami peluang untuk melakukan amal kebaikan
        yang kau redhai agar kami dapat sama-sama
        menyambung percintaan suci ini hingga
        ke SyurgawiMu
        Amin Ya Rabbal A'Lamin
        DiAminkan juga seluruh penghuni lautan
        dengan rasa kesyukuran tidak terucap!
        Bergema suara lautan yang menakjubkan
        di kala itu! Subhanallah!
        Syukur tak terucap padaMu Tuhanku.

        Karya: Rha NS
        29 Julai 2011
        Sunday at 4:42pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas Kanda, bolehkah Dinda hendak bertanya ?
        Sunday at 4:55pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Silakan...insya-Allah kanda jawab bikin hati dinda tenang...hihihi
        Sunday at 4:56pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas Kanda yang membuat syair itu ?
        Sunday at 4:58pm · 
      • Rabeah Mohd Ali Iye dinda...gurindam dan syair puisi pantun adalah dunia kanda...telah tidak dapat dipisahkan ...karya-karya kanda inilah yang akan kanda tinggalkan untuk anak cucu tersayang setelah kanda tiada nanti...
        Sunday at 5:01pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas Hmm, aku salut kepadamu,..tentang syair kanda tadi,..apakah gerangan kala itu yang terjadi/kanda rasakan hingga menulisnya, kalua dinda boleh tau ?..
        Sunday at 5:05pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Dinda...dari kecil kanda...suka berimaginasi dan menulis cerita diRaja...sehinggalah cerita Cinta Si Naga Sakti...banyak kisah-kisah diRaja dongengan yang kanda hasilkan... tapi kanda tak sangka pula Tuhan kenalkan kanda ramai kerabat diRaja yang bukan dongengan termasuk Ki Mada Si Burung Rontok itu....hihihi sebab itu sebab itu terbawa-bawa cerita imaginasi dongengan kanda....harap hendaknya mereka tidak berkecil hati...watak putri rimba pun secara kebetulan...hihihihi
        Sunday at 5:11pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Sebenarnya kanda bukanlah seorang putri..cumanya demi hendak mendapat inspirasi cerita kerabat diRaja menyamar jadi tuan putri rimba....nggak salah kan dinda....hihihi
        Sunday at 5:17pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Elok lah tu Ki Mada menyamar menjadi burung rontok...kanda menyamar jadi putri sama -sama menyamar...jangan dinda juga menyamar sudahlah ye....hihihi takut nggak jadi meneruskan perjuangan kita....hihihi
        Sunday at 5:20pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas Sungguh masa ini perlahan akan kembali seperti masa dulu kala,..Dinda pun dulu dari kecil sering seperti itu,,..dunia kedokteran bilang DE JA VU,/kesalahan otak dalm memunculkan memori, mungkin maksudnya error hihihi,...tapi satu persatu apa yang tadinya imajinasi itu Dinda temui dalam nyata,..hmm, sampai pada Dinda dipertemmukan dengan para Eyang yang usianya sudah ratusan tahun,..semua di luar logika tadinya,..tapi itulah rahasia Illahi,..Dinda yakin ada masing2 yang menuntun kita sampai suatu hari nanti,..sayang Dinda tak bisa bersyair indah seperti Kanda,,Salam hormat ku Puteri rimba Istana Niagara,..
        Sunday at 5:21pm ·  ·  2
      • Laksamana Mas Tak da yang salah dengan semua peran ini kanda,..semua demi perjuangan suci meneruskan cita2 leluhur kita,..yang tidak diketahuinoleh manusia biasa itu adalah kunta seseorang,,,nuwun.
        Sunday at 5:27pm · 
      • Rabeah Mohd Ali Dinda tahu...tika kanda menulis...seolah-olah watak itu wujud di alam realiti...walaupun kanda tahu kanda sedang menulis cumalah kisah dongengan...kerana taksub dengan dunia di Raja yang dalam imaginasi kanda...kanda terapkan pula dalam puisi-puisi kanda...sebab itu bila dinda kata ada benarnya puisi kanda...kanda mengucapkan Subhanallah betapa besarnya Kuasa Tuhan.......
        Sunday at 5:28pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas Maksudku kuanta seseorang, nuwun.
        Sunday at 5:28pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Kuanta seorang nuwun apa maksudnya dinda...
        Sunday at 5:30pm ·  ·  1
      • Laksamana Mas Kuanta seseorang,.....Kuanta itu adalah siapa sesungguhnya/sejatinya orang tersebut,..kalau nuwun itu trimakasih sebagai penutup kata, hihi
        Sunday at 5:34pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Ye..nuwun juga...untuk dinda...hihihi
        Sunday at 5:36pm ·  ·  1

        (PETIKAN DARIPADA WALL LAKSAMANA MAS)
        27 Mac 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;