Friday 30 March 2012

MELAYU TAK AKAN HILANG DI DUNIA SUMPAH LAKSAMANA HANG TUAH!




Rabeah Mohd Ali shared Zairi Erie's photo.
MENGIRIS KAYU DITANAH SEBERANG
UNTUK DIBUAT PAPAN BELUTI
KERIS MELAYU JANGAN DIBUANG
KALAU DIBUANG BINASALAH NEGERI
Originally posted on Tg's wall
 ·  ·  · 10 minutes ago
  • 1 share
    • Rabeah Mohd Ali SKRIP HANG TUAH DAN HANG JEBAT ERA MODEN

      HANG JEBAT : Apa salahnya kita bermaaf-maafan,
      kalau kubunuh kau sia-sialah perjuanganku
      selama ini membela kau.

      HANG TUAH : Ya...betul katamu Jebat...
      kita bermaaf-maafan demi rakyat dan Raja kita.
      Aku tak mahu menjadi rakyat yang derhaka!
      Aku tak mahu menjadi sahabat yang tak mengenang budi!
      Nanti kukabarkan kepada Raja bahawa kau dan aku adalah
      rakyat yang setia ...apa yang terjadi selama ini adalah
      cuma salah faham saja angkara fitnah. Raja pasti boleh
      terima apa yang kukatakan.

      HANG JEBAT : Betul ke Tuah.

      HANG TUAH : Raja sekarang Raja berjiwa rakyat. Sayangkan
      rakyat dan negara melebihi diri sendiri. Begitu juga rakyat
      sayangkan Raja dan negara melebihi diri sendiri.

      HANG JEBAT : Kalau begitu ayuh kita pergi mengadap Sultan.

      HANG TUAH : Sultan pasti gembira mendengar kabar berita ini.
      Barulah kita tidak rasa bersalah hingga ke mati. Tiadalah
      sesal di hati baik Raja, rakyat dan generasi akan datang
      pastinya semua gembira kerana tidak akan hilang melayu di dunia!

      HANG TUAH : DAULAT TUANKU!

      HANG JEBAT : SAYANG RAKYAT!

      Karya: Rha NSl
      30 Jun 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;