Friday, 30 March 2012

RAJA MENGHARGAI PENGORBANAN RAKYAT!




Rabeah Mohd  Ali shared Sekretariat Fskn's photo.
 ·  ·  · 12 minutes ago
  • You like this.
    • Rabeah Mohd Ali Ayu Prabuningrat Selamat siang Tg Pengeran Assyariff ....gambar apa ni?? Boleh jelaskan??...thanks
      Wednesday at 2:05pm · Like

      Tg Pengeran Assyariff Ini adalh logo bagi Forum Silaturahmi Keraton Se Nusantara, yang mana ianya disertai oleh Sultan-sultan dan raja-raja seluruh nusantara.
      Yesterday at 4:37am · Like · 2

      Ayu Prabuningrat Tg Pengeran Assyariff terima kasih ...salam sejahtera
      Yesterday at 7:53am · Like

      Rabeah Mohd Ali :

      RAJA YANG ADIL RAJA BERDAULAT!

      Tg Pengeran Assyariff berdarah Raja,
      Raja yang amat pentingkan rakyat baginda;
      Amat menyanjungi institusi diRaja,
      Ke mana pergi disayangi rakyat baginda.

      Raja menyayangi rakyat
      Rakyat menyanjungi Raja
      Raja berkorban demi rakyat
      Rakyat menghargai pengorbanan Raja
      Kata Sepakat Membawa Berkat
      Negara Aman Rakyat Sejahtera

      Raja Yang Adil Raja Berdaulat!
      Pemimpin yang adil rakyat sejahtera
      Rakyat berjasa ...rakyat yang menghargai Raja mencintai negaranya melebihi kepentingan sendiri!

      Selagi kita mempertikaikan kelemahan institusi diRaja dan pemerintahan politik...selagi itulah tiada akan temui jalan penyelesaian..apa yang perlu ada di antara institusi diRaja dan pemerintahan politik lebih banyak fokuskan kepada kesejahteraan rakyat dan negara...jika itu dapat di atasi dengan jayanya makanya secara tidak langsung rakyat sendiri akan mempertabatkan institusi diRaja dan mengagumi pemerintahan politik yang bersih cekap dan amanah itulah payungnya di kala hujan dan panas!

      SUDAH BERSUMPAH SETIA SEJAK AZALI LAGI!

      Sekalung Tahniah Kepada Tg Pengeran Assyariff
      Dianugerahkan DARJAH KERABAT SULU (DK)
      Jasamu untuk mempertabatkan Institusi DiRaja
      Sentiasa tersanjung di hati Kerabat DiRaja dan juga Rakyat Jelata
      Tuanku lah pahlawan diRaja dan juga pahlawan rakyat
      Jasamu tetap dikenang biarpun zaman telah berlalu pergi
      Jasamu seharum kasturi mewangi segenap penjuru bumi
      Kerna perjuanganmu tak pernah padam sentiasa membara
      Agar ikatan Rakyat Dan Raja Sentiasa Berpadu
      Saling menghargai saling mengerti saling mempertahankan
      Betapa pentingnya Institusi diRaja dan bangsa melayu
      dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir
      Kerana apalah ertinya negara tanpa Raja
      Dan apalah ertinya Raja tanpa rakyat menyokong
      Saling sokong menyokong
      Saling menghargai
      Agar suatu masa
      Nanti
      Dapat
      Diwariskan
      Pada
      Anak cucu
      Pewaris bangsa melayu seluruh dunia
      Agar mereka tahu
      Bahawa
      Moyang mereka yang terdiri daripada
      Raja sanggup pertaruhkan nyawa untuk rakyat
      Rakyat sanggup pertaruhkan nyawa untuk Raja
      Demi tanahair tercinta
      Tempat tumpah darah kelahiran
      Raja dan rakyat
      Saling berkorban dan berjuang demi
      Anak bangsa dan negara tercinta
      Kerana mahu memakmurkan bumi ini
      Tak kira siapa
      Raja atau rakyat
      Kerna semuanya sama di sisiNya
      Kerna setiap orang adalah khalifah di bumi ini
      Sudah bersumpah setia sejak azali lagi
      Mahu memikul tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT
      Dalam limpahan Nur Hidayah KasihNya dan redhaNya!
      Makanya itulah yang diidami setiap roh suci semua
      Yang bergelar khalifah di bumi ini!
      Moga segala perjuangan suci ini
      Sampai ke negeri pasti
      Dalam redhaNya dan balasan cintaNya
      Amin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA RHA NS
      10 Mac 2012

      (PETIKAN DARIPADA WALL TG PENGERAN ASSYARIFF)
      30 Mac 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;