Wednesday 28 March 2012

SEMANGAT PAHLAWAN ADA DI HATI ANAK BANGSA




Wahyu Utma shared Rabeah Mohd Ali's photo.
1 ·  · 
  • You and Benni Beben like this.
    • Rabeah Mohd Ali Terima kasih Wahyu Utama...
      Biarpun belum berapa kenal
      Tapi hatiku berkata kau hadir sejak azali lagi
      Setiap pertemuan telah diatur olehNya
      Aku sebagai hambaNya redha dan syukur
      Siapapun hambaNya yang dihadirkan dalam hidupku
      Sekalipun di alam maya tapi bagiku dia wujud sejak wujudnya karya-karya Putera Raja dongengan yang aku hasilkan di alam imaginasiku dan tika aku mengarang ...watak-watak itu seakan benar wujud...di alam realiti....
      dan kini dengan hadirnya dikau di alam realitiku biarpun cuma di alam maya...bolehlah ku berkongsi cerita dongengan Putera diRaja denganmu ...dan diharap kau sudi memberi pandangan dan komen atas setiap cerita dongenganku nanti....kerana setiap pandangan amat berharga bagiku...apa jua sumbangan idea dan pendapatmu amat kusanjung tinggi...moga Allah SWT saja yang dapat membalasNya. Amin Amin Amin Ya Rabbal A'Lamin
    • Rabeah Mohd Ali BERBAHAGIALAH RAJA DAN RAKYAT DI SELURUH DUNIA YANG CINTAKAN KEMERDEKAAN NEGARA DAN MENCINTAI NEGARA MELEBIHI KEPENTINGAN SENDIRI

      Kalau begitu dinda semangat Hang Tuah dan Kanda Semangat Hang Jebat...yang akan bertarung untuk menjadi pahlawan di alam maya..agar terwujudlah pahlawan-pahlawan di alam maya dan bangkitlah satu semangat juang untuk mempertabatkan Institusi diRaja seiring dengan warisan bangsa Melayu seperti mana yang diperjuangkan oleh pejuang bangsa Melayu dan berkat perjuangan yang suci ikhlas perwira dan pahlawan bangsa, semangat kemerdekaan di jiwa anak bangsa akan terpasak di jiwa! Bahagialah pecinta-pecinta kemerdekaan...berbahagialah pecinta-pecinta kemakmuran negara tercinta...berbahagialah Raja dan rakyat di seluruh dunia yang cintakan kemerdekaan negara dan mencintai negara melebihi kepentingan sendiri.

      Karya Rha NS
      3 Mac 2012
    • Rabeah Mohd Ali DEMI KEAMANAN BUMI YANG TERCINTA INI BUMI CIPTAAN TUHAN

      Kau mewakili semangat pahlawan benua Indonesia
      Aku mewakili semangat pahlawan benua Malaysia
      Benuamu sudah merdeka
      Benuaku sudah merdeka
      Benuamu benuaku saling bertalisiraturrahim
      Kita saling berkongsi rasa cintakan negara
      Kau cinta negaramu
      Aku cinta negaraku
      Kucinta negaramu
      Kau cinta negaraku
      Sama-sama cinta negara
      Sama-sama sayang negara
      Sayang menyayangi antara dua negara
      Dan merebaklah kasih sayang pada semua negara yang
      merdeka
      yang bakal merdeka
      yang ingin memburu kemerdekaan
      yang hauskan kemerdekaan
      yang impikan kemerdekaan
      makanya ayuh! Kita saling sokong menyokong
      demi keamanan bumi yang tercinta ini
      bumi Ciptaan Tuhan
      Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihi
      Kepada semua hambaNya yang cintakan kedamaian...

      Karya Rha NS
      3 Mac 2012
    • Rabeah Mohd Ali Jika semangat pahlawan ada di hatimu...ada di hatiku...ada di hati para pecinta semangat kemerdekaan negara tercinta....makanya akan wujud di hati anak bangsa juga...yakinlah ..!
    • Rabeah Mohd Ali JASAMU SENTIASA TERSANJUNG DI HATI RAKYAT INDONESIA

      Duhai perwiraku & pejuang bangsa Indonesiaku...
      Jasamu sentiasa tersanjung di hatiku
      Kau pertaruhkan nyawa untuk membela negaramu tercinta
      Kau rela dihujani peluru di setiap penjuru
      Agar negaramu bebas daripada ancaman musuh
      Budi dan jasamu sentiasa mewangi di hati anak bangsa
      Berjuanglah terus berjuang demi agama bangsa dan negara!
      Raja dan Rakyat SeIndonesia menghargaimu
      Dan kami sentiasa iringi doa agar kalian
      Sentiasa DiRahmati Allah SWT tak kira di mana kalian berada...

      Karya Rha NS
      3 Mac 2012
      March 4 at 12:13am · 

      (PETIKAN DARIPADA WALL WAHYU UTAMA)
      28 Mac 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;