Friday, 30 March 2012

CINTA KITA SENTIASA TERIKAT SAYANG KARYA RHA NS & SAZALEE SULAIMAN




Mari kita belajar tentang karya berbentuk Woordopname di mana penggunaan perkataan di hujung barisan digunakan di setiap awal barisan seterusnya...selamat belajar...

WOORDOPNAME

Di kiri sayang di kanan sayang
sayang abang kepada cik adik
adik cantik hati terpikat
terpikat membawa hajat meminang.

Meminang diatur si orang tua
tua kelapa pekat santannya
santannya pula buat masakan
masakan di hari persandingan kita.

Kita berdua janji setia
setia abang sudah terbukti
terbukti dengan cincin di jari
jari tergenggam di atas pelamin cinta.

ssz/spl/pm...29/3/2012.

http://sangpujanggalangit.blogspot.com/2012/03/woordopname.html

sangpujanggalangit.blogspot.com
koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika ti...

 ·  ·  ·  · Thursday at 1:50pm near Seremban, Negeri Sembilan

  • 3 people like this.

    • Rabeah Mohd Ali 
      CINTA KITA SENTIASA TERIKAT SAYANG


      Terima kasih duhai abang
      Kerna meminangku dengan cincin cinta Syurga
      Kasihmu abang takkan hilang
      Akan kusirami dengan bunga-bunga cinta Syurga

      Pinanganmu diterima direstui keluarga
      Terpatrilah cinta kita berdua
      Cinta kita menyatukan keluarga
      Moga Allah restui cinta kita berdua

      Di atas pelamin jeling menjeling
      Senyuman terukir untuk para tetamu
      Cinta kita sentiasa terikat sayang
      Mencintai abang rasa tak jemu

      Karya Rha NS
      30 Mac 2012

      5 hours ago ·

      (PETIKAN DARIPADA WALL GROUP OMBAK RINDU)
      31 Mac 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;