Friday, 30 March 2012

PENA CINTA KARYA SAZALEE SULAIMAN



    • PENA CINTA

      Pena cintaku berbunga dakwatnya
      berjambangan harum
      sentiasa mengalunkan melodi terindah
      dicacah dari minda berdakwatkan basah
      seakan tidak akan mengering titisannya
      dan akan terus menitis beraroma
      dalam kebasahan berasah
      tidak terlalu menyasar arah
      untuk aku teruskan berkarya
      akan cinta yang terindah
      agar terus meresap
      menyerap
      dan menyentap
      ke setiap arah
      minda-minda yang dahagakan
      coretan cinta yang indah dan berjiwa.

      ssz/spl/pm...28/3/2012.
      http://sangpujanggalangit.blogspot.com/2012/03/pena-cinta.html

      sangpujanggalangit.blogspot.com
      koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika ti...

       ·  ·  ·  · Wednesday at 7:42pm

      • You and 5 others like this.

        • April Love April u r welcome Sazalee Sulaiman..
          Wednesday at 8:54pm ·  ·  1

        • Rabeah Mohd Ali 
          BERTINTA SEPENUH JIWA


          Tinta-tinta yang indah berjiwa
          Ditulis dengan penuh kasih dan sayang
          Untuk dibaca mereka yang tersayang
          Agar datang rasa sayang setulus hati keranaNya
          Tiada niat untuk menyakiti hati yang tersayang
          Bertinta bermadah puisi kerna yang tersayang
          Sayang...sayang....sayang...
          Ungkapan keajaiban untuk menundukkan hati
          Hilang segala keegoan membangga diri
          Kerana DIA Maha Penyayang Dari Segala Yang Penyayang
          Pakaian Kesombongan adalah hanya untuk DIA
          Sebagai manusia apalah ada pada harta dan pangkat
          Tapi tiada wujud ehsan sesama manusia
          Apa tah lagi mengagungkan kasih sayang padaNya
          Kasih sayang sesama insan
          Allah ku cinta
          Insan kusayang
          KeranaNya aku bertinta
          Kerana insan kusayang
          Cinta dan sayang
          Bertinta sepenuh jiwa
          Demi CintaNya dan sayang semua
          Yang ada di alam semesta ini...

          Karya Rha NS
          28 Mac 2012

          Wednesday at 10:52pm ·  ·  1

          (PETIKAN DARIPADA GROUP OMBAK RINDDU)
          30 Mac 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;