Saturday, 30 May 2015

SASTRA ANUGERAH ILAHI (336) PENDEKAR LIDAH PUTIH EMAS


SASTRA ANUGERAH ILAHI (336) PENDEKAR LIDAH PUTIH EMAS

PINNED POST

News Feed

ASAL USUL MELAYU
Video dokumentari 20 minit yang menceritakan kepada kita sejarah paling awal bangsa Melayu itu sendiri. Siapakah Melayu... dan bagaimana orang Melayu boleh berada di nusantara ini? Semuanya akan terbongkar dalam sebuah dokumentari.
KLIK SHARE DAN LIKE agar semua bangsa Melayu di luar sana kenal asal usul mereka.

YOUTUBE.COM
Like · Comment ·  · 11024
PINNED POST

News Feed

SEBELUM AKTIF DALAM GROUP NI, SEMUA AHLI WAJIB BACA PINNED POST.
Group ini ditubuhkan utk perbincangan ilmiah di antara sesama ahli. Sama seperti group lain, group ini juga ada peraturan demi menjaga keselesaan ahli2 dan keharmonian dalam group.
Ahli-ahli DILARANG :...
See More
Like · Comment · 1515

News Feed

RECENT ACTIVITY
JANGAN ADA ALASAN UNTUK BERJAYA DAN BAHAGIA DUNIA AKHIRAT KERANA ALLAH SWT MENGIKUT PRASANGKA HAMBA-NYA
Your Notifications
Amirul Sadon, Ismail Noel and Md Zakie Zakie like your post in Melayu bani jawi: "MENJALINKAN UKHUWAH MENEBAR MANFAAT ...".
...Continue Reading

Jika anda mahu melakukan sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak berminat melakukan sesuatu, anda akan cari alasan...
Merong Mahawangsa ...........merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah
Unlike · Comment · 
  • You, Alam Pren Adni Mpn and 15 others like this.
  • Dewata Majnun Ramai nenek moyang kita yg brbangsa Melayu menganut agama Hindu pd zaman dahulu.
    19 hrs · Unlike · 3
  • Tuah Bugis Betul bro..... Dewata Majnun
    Dengan pemahaman berikut, Insyallah aman dunia akhirat dan maju segalanya. Amien
    19 hrs · Edited · Unlike · 4
  • سيريه امس Merong mahawangsa tu maksud dia harimau penentang ape eh ?
    19 hrs · Unlike · 2
  • Rabeah Binti Mohd Ali Bersyukurlah... Allah SWT telah menyelamatkan kita daripada menganuti agama hindu, moga agama Islam yang kita anuti bukanlah warisan tapi untuk diwariskan kepada seluruh manusia yang ada di buka bumi ini. Di mana ada manusia di situ Agama Islam berkembang untuk dianuti.AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
    18 hrs · Like · 3
  • Asus Panglima Sape ckp datuk moyang kita mganut hindu
    17 hrs · Like
  • Asus Panglima Blajar kt mn ni,buku sejarah mcm2 org tlis
    17 hrs · Like · 1
  • Dewata Majnun Asus Panglima, jika ada prkara yg ingin tuan kongsikan, blh bgtau di sini. smile emoticon
    17 hrs · Like · 2
  • Amirul Nazmi Bukan hindu rasanya. Tapi buddha. Kebnyakan melayu darat dari empayar langkasuka beragama buddha. Melayu laut atau melayu selatan beragama hindu.
    17 hrs · Like · 2
  • Asus Panglima Kita xlahir ms tok nenek kita,jd perkara sebenar kita xtau
    16 hrs · Like
  • Asus Panglima Kita bc buku,fakta sejarah kdang2 org yg tlis pon xtau apa,kena rujuk alquran,bkn ikt sejarah
    16 hrs · Like · 1
  • Asus Panglima Sy bkn pandai mcm saudara smua,tp kita fkir logik,datuk kita nabi adam pon islam,xkan tok nenek hindu@ buddha,xlogik,islam dh msuk zman rasulullah lg
    16 hrs · Like · 1
  • Asus Panglima Sy nk tnya saudara la,bila melayu wujud
    16 hrs · Like
  • سيريه امس Kikiki ..
    16 hrs · Like
  • Dewata Majnun Asus Panglima, sbelum Rasulullah dilahirkan, org dahulu menganut agama apa?
    16 hrs · Like · 1
  • سيريه امس Betul ke nabi adam tu islam ? Islam bukan agama yg terakhir ??
    16 hrs · Like
  • Asus Panglima Sblm rasulullah,mcm2 agama di anuti,klu tuan bc alquran 30 juzuk,insya,allah tau
    16 hrs · Like
  • Asus Panglima Nk tau pkara sbenar bg sy la,sy mgaji ngan guru lama2,bkn ustaz mkn gaji ye,br kita tau,asal usul kita,nenek moyang kita,
    16 hrs · Like
  • Asus Panglima Xpa la,itu pendapat tuan,pndapat sy lain,cr pemahaman dan pemikiran xsama
    16 hrs · Like
  • Dewata Majnun Asus Panglima, pandangan tuan amat brbeza & ini mbuatkan sy trtarik. Biasanya, bila kita usulkan pandangan yg brbeza msti brsandarkan ssuatu. Jika tuan ada belajar di mana2 atau trbaca di dlm mana2 kitab, silakan terangkan mengikut pemahaman tuan.
    16 hrs · Unlike · 3
  • سيريه امس Awalludin makrifatullah .
    16 hrs · Unlike · 1
  • Asus Panglima Wslm,saudara
    15 hrs · Unlike · 1
  • Rabeah Binti Mohd Ali Yang penting untuk kita tahu asal usul kita, Allah swt ciptakan Adam bapa kita Hawa ibu kita.Dari Allah kita datang kepada Allah kita dikembalikan.
    15 hrs · Like · 2
  • Asus Panglima Sebelu adam,melayu sudah wujud,sbab sblm mnusia,pghuni adalah para dewa@golongan jaan,klu tuan nk tau lbh dlam,elok la mnuntut ilmu
    15 hrs · Like · 2
  • Rabeah Binti Mohd Ali Adam tiada ibu tiada bapa
    Hawa diciptakan dari tulang rusuk kiri Adam.
    Sebab itu Syurga isteri dibawah tapak kaki Adam (suami)

    Syurga Adam (suami) di bawah tapak kaki ibu (Hawa)
    Nabi Isa as tiada bapa
    15 hrs · Like · 2
  • Rabeah Binti Mohd Ali Nabi Adam tentulah Islam sebab yang menciptakannya adalah Allah swt. Adam hidup di Syurga dijodohkan dengan Hawa di Syurga . Atas termakan hasutan Syaitan kerana ingin hidup di Syurga selamanya dengan memakan buah khuldi (buah larangan Allah) Adam dan Hawa dikeluarkan dari Syurga . Adam dan Hawa terpisah di bumi. Dengan izin Allah swt Adam ditemukan dengan Hawa di Jabbar Rahmah. Dari pertemuan itu bermulalah manusia di muka bumi ini berkembang biak sehinggalah sekarang. Sebab itu kita adalah keturunan nabi Adam bapa segala manusia dan Hawa ibu segala manusia di bumi ini.
    15 hrs · Edited · Like · 3
  • سيريه امس Lain macam dah tu ... sebelum adam wujud melayu dah wujud eh ? Hmmm klu sblm manusia yg menghuni bumi ni mmg betul golongn jin , para2 malaikat tu , tp yg melayu tu .. muskil juga ni ... blh bg lg banyak pencerahan tak Asus Panglima ?? Ilmu ni jgn simpan , kena kongsi2 bak kata Nabi Muhammad kita kn .
    12 hrs · Like · 3
  • Dewata Majnun Mungkin apa yg Asus Panglima tu maksudkan brkaitan bani jaan, al-hin & bin. Bgitu ke Asus Panglima?
    12 hrs · Unlike · 4
  • Nain Rizal sy pn nk juga tau...tunggu penerangan Asus Panglima ....pls kongsi skit
    12 hrs · Unlike · 4
  • Tuah Bugis Salam sejahtera Asus Panglima. Semuga saudara dapat kongsikan bersama kami di sini, memberi kita keyakinan bahawa pencerahan saudara adalah salah satu ilmu yang barangkali kita terlepas pandang. Memang aneh kata2 tuan hamba........
    12 hrs · Unlike · 4
  • سيريه امس Takpe Dewata Majnun ngn Nain Rizal kita tgu je Asus Panglimabuat pencerahan .. jgn kedekut sgt ilmu tu , kena bgtau sbb da buka kan .. nt org salah tafsir lg teruk .. klu jais dengar komfem dia kutip ..
    12 hrs · Like · 3
  • 12 hrs · Unlike · 4
  • Bajau Laut Salah satu tujuan pelayaran itu adalah seruan haji. Ibadat haji itu sudah wujud sejak zaman Nabi Ismail as. Mengatakan nenek moyang itu hindu atau budha masih boleh di pertikai. Dan kita maklum, cara hilangkan jati diri bangsa itu adalah pisahkan bangsa dengan leluhurnya,
    jalan laut satu2nya jalan international dahulu kala. 
    Tulisan berbentuk ombak tanpa noktah itulah tulisan bangsa laut dahulu kala. 
    Tahu kah Tuan2 bahawa dahulu kala mmg sudah ada bangsa laut ini menunggu kelahiran junjungan besar di tanah haram. Di bahagian selatan semenanjung tanah melayu, belum di temui patung2 atau pengaruh2 hindu. Bani Jawi adalah penyembah Tuhan yg Esa. Bani Jawi menyebut para Nabi as dengan panggilan atok nenek. Iaitu leluhur mereka sebagaimana Ahlul Bait di nusantara. Tidak lagi bermuka arab pun. Itu salah satu contoh yg termuda setakat ini. 
    Tidak tahulah akan datang, mungkin ada juga yg pertikai Ahlul Bait.
    11 hrs · Like · 3
  • Asus Panglima Salam saudara,sy mintak maaf,utk jelaskn mlayu wujud sblm adam,panjang lebar,elok kita bersua muka,kdang2 ilmu ni xleh d buka umum,bkn kdekut,tp sy tkt ada unsur fitnah@sesat,nabi sndiri xbuka ilmu yg tinggi d khalayak umum,tkt org kata sesat,hanya ahli2 sahaja layak tau
    5 hrs · Like
  • Asus Panglima Elok tuan2 berguru,tanya guru.insya,allah,petunjuk akn d buka
    5 hrs · Like
  • Asus Panglima Umat manusia akan terpecah 73kaum@73 jalan,tp yg smpai 1jalan,cari la 1jalan td menuju Allah Taala,sy doakn kpd saudara smoga beristiqomah dan berjaya,insya,allah
    5 hrs · Like
  • Rabeah Binti Mohd Ali Asus Panglima kita disini berkongsi ilmu, apa ilmu yang tuan hamba tahu kita di sini tak tahu...tak akan ada unsur fitnah jika ilmu itu berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Namapun alammaya cara alam maya disampaikan ilmu, InsyaAllah ahli-ahli di sini bisa memahami apa yang tuan hamba sampaikan . Ilmu itu bukan untuk diperdebat tapi untuk saling menasihati. Jika tuan hamba tak terangkan apa yang tuan hamba persoalkan maka jawapannya akan jadi tergantung-gantung. Di sini semua peminat ilmu maka amat tak suka jika ilmu yang tergantung-gantung seperti roh si syahid yang tergantung akibat hutang yang tidak dijelaskan.
    4 hrs · Like · 3
  • Tuah Bugis Benar kata2 Rabeah Binti Mohd Ali tu Asus Panglima. Pengkhianatan ilmu boleh mendatangkan fitnah....Nauzubullah
    4 hrs · Unlike · 2
  • Rabeah Binti Mohd Ali Ilmu tiada adap seperti pahlawan yang bertarung tanpa senjata. 
    Jika pahlawan bertarung tanpa senjata mudah ditewaskan musuh yang bersenjata.Jadilah pahlawan yang bersenjata yang bila-bila masa bersiap siaga untuk menentang musuh durjana.Mati Insya-Allah syahid. AAmiin.
    4 hrs · Like · 2
  • Rabeah Binti Mohd Ali UKIRAN NYA JUGA BERTERASKAN ILMU

    Pendekar melayu dari Temasik,

    Pantas dan tangkas bermain senjata,
    Sarang tabuan jangan di usik,
    Kelak merana badan binasa

    Langkah Pahlawan melayu terbilang,
    Di tangan keris terselit bersilang,
    Bangsa melayu bukan nya calang,
    Tidak ada yang bisa menghalang

    Keris ku cabut bukan nya marah,
    Aku saja ingin mencuba,
    Pantang melayu tunduk menyerah,
    Lautan dalam sudah ku duga

    Keris bukan sebarang keris,
    Keris pusaka warisan melayu,
    Semua teratur duduk sebaris,
    Ukiran nya juga berteraskan ilmu

    Originally posted on Zairi's wall
    By: Ayah Muz Ilyashah

    PENDEKAR LAKSAMANA AYAH MUZ ILYASHAH

    You, Zairi Erie and 7 others like this.

    Ct Balqaish:

    alahai...macam lawak je..sekarang orang dah tak guna keris da.Ada pun simpn dok dalam laci.Senjata terkini pantas,tepat dan secepat kilat tu dia pistol atau senapang...

    Ayah Muz Ilyashah:

    jangan takut jangan kau lari,
    aku kan kejar sampai kau penat,
    keris ku bukan tamensari,
    aku beli kat kg datok keramat

    Ayah Muz Ilyashah:

    memang betul zaman dah berubah...warisan melayu akan pudar....sekarang zaman senjata modern...tapi jgn lupa..ubat doktor ubat doktor juga....kalau dah tesampok hantu kak limah ..cari juga pawang tradisional......jadi jgn lupa jgn tak percaya.....

    Putri Rimba Niagara:

    AKU BERJUANG BUKAN DI DALAM GELANGGANG!
    4 hrs · Like · 2
  • Rabeah Binti Mohd Ali AKU BERJUANG BUKAN DI DALAM GELANGGANG!

    Tika aku terlantar parah begini...

    Mana pergi anak-anak muridku...
    Yang mengaku akan menuntut
    Darahku yang jatuh ke bumi
    Walaupun setitis!
    Ini bukan setitis...
    Tubuhku dipenuhi darah....
    Sesuka hati mereka
    Menetak ...menghentak
    Memukul ...menyepak terajangku
    Bukan aku tidak boleh melawan mereka
    Mereka terlalu ramai
    30 orang tu...
    Kalau benar mereka anak jantan
    Kenapa tak satu lawan satu?
    Biarpun begitu pantang
    Anak jantan lari di medan juang
    Biarpun mereka ramai
    Aku seorang
    Aku kerahkan segala tenaga jantanku
    Hingga tak kuhiraukan
    Darahku merecik sana sini
    Lagi kuat hayunan parangnya
    Lagi kuat hayunan
    Sepak terajangku
    Kerana mereka bersenjatakan parang tukul dan besi
    Aku tidak bersenjata
    Kerna
    Aku bukan dicabar di tengah gelanggang
    Aku diserang hendap tika di luar gelanggang
    Kerna aku percaya
    Tuhan Mahu Mengujiku
    Kerna adalah suratan takdirku
    Aku terima dengan redho
    Coma jika dipanggil Illahi
    Adakah anak-anak jantan melayu
    Di luar sana masih membisu dan kaku
    Aku tidak minta ditebus kematianku
    Tapi jagalah bangsa melayuku
    Agar tidak menerima nasib sepertiku
    Diserang hendap tanpa dugaku
    Dan pantang aku
    Bangsa aku ditindas dan tertindas
    Tanpa sebab musabab....
    Apa hina sangat ke jadi bangsa melayu?
    Makanya bangsaku
    Kalau melayu tak sokong melayu
    Siapa lagi?

    Pahlawanku yang teraniaya...
    Sabarlah...
    Tuhan bersamamu tika ini
    Andai kau sembuh ...sembuhmu pasti merawat duka...
    Andai kau dijemput Illahi...
    Syurga menantimu
    Insya-Allah Aamin

    Karya : Putri Rimba.
    24 April 2012

    Ayah Muz Ilyashah:

    @ Rabeah Mohd Ali.... Sudah lama kau menghilang, Rupa nya engkau pergi berguru,Kehebatan mu bukan kepalang,Kau pun salah satu dari murid ku...

    Putri Rimba:

    Terima kasih guruku ...kerna sudi akhirnya terima aku menjadi muridmu setelah aku terlantar di hospital...entahkan hidup entahkan mati....kalau aku mati berjanjilah denganku bahawa kau jangan sekali biarkan bangsa melayu diinjak-injak....
    5 minutes ago · Like
    Ayah Muz Ilyashah:

    oh begitu..kau sakit ya...ku do'akan agar kau sembuh sepenuh nya ...tak ku sangka keris ku punya angkara, tersusuk aku bukan sengaja, setiap murid ku akan merasa, barulah ku turunkan ilmu sambil ijazah..nah sekarang kau ku gelar perwira..tangkas pantas bermain senjata..jaga langkah mu jgn binasa..sebut namaku ku bila2 masa...
    4 hrs · Like · 2
  • Rabeah Binti Mohd Ali SENYUMAN ANAK CUCU ADALAH SENYUMAN
    AMAT BERMAKNA BUAT PENDEKAR AYAH MUZ ILYASHAH


    Ayah Muz Ilyashah...
    Darahmu ada darah kepahlawanan
    Kepahlawanan Laksamana Hang Tuah
    Biarpun Laksamana Hang Tuah telah lama bersemadi
    Tapi roh perjuangan sucinya hidup bersama semangat mu

    Biarpun rintangan
    Datang dari segenap penjuru
    Tak akan kau hiraukan lagi

    Rakyat dan Raja di bumi pertiwi mu
    Adalah lambang kekuatan untuk kau berjuang
    Memperjuangkan hak mereka yang selayaknya
    Mereka kecapi
    Bagi mu keamanan ibu pertiwi Indonesia
    Adalah matlamat perjuangan mu
    Dan semangat itu
    Tak akan luntur
    Sampai kapan pun!

    Hidup mu adalah perjuangan
    Perjuangan
    Hak Rakyat
    Hak Raja
    Hak Pemerintah
    Semuanya ingin kau gabungkan
    Agar tiada yang rasa terpencil
    Pabila bergabung ...ibu pertiwi pasti aman
    Pembangunan akan pesat membangun
    Dan boleh bersaing di persada dunia

    Hari-hari adalah perjuangan
    Tiada hari melainkan perjuangan
    Di mana kau pergi dan ke mana kau berada
    Adalah perjuangan
    Demi membela
    Agama, bangsa dan ibu pertiwi Indonesia

    Darah dan keringat mu
    Pasti akan terbayar juga
    Samada kau masih hidup
    Atau kau telah tiada di bumi ini
    Kerna Allah sentiasa bersama mu
    Allah sentiasa bersama semangat mu
    Dan Allah memakbulkan doa mu
    Yang mahu melihat anak cucu mu
    Tersenyum ikhlas menerima pengorbanan mu
    Senyuman anak cucu adalah senyuman
    Yang amat bermakna buat mu
    Pendekar Ayah Muz Illyashah

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    6 Mei 2012
    (KARYA INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU
    PENDEKAR AYAH MUZ ILYASHAH)
    4 hrs · Like · 2
  • Rabeah Binti Mohd Ali KAN KUBUKTIKAN PADA DUNIA KATA MOYANGKU
    LAKSAMANA HANG TUAH!


    Duhai Maha Guruku Ayah Muz Ilyashah...
    Terima kasih kerana sudi
    Ijazahkan padaku gelaran perwira
    Amat bermakna bagiku
    Kan kuwariskan keperwiraan
    Yang kau turunkan padaku ini
    Kepada generasi pelapis
    Agar keperwiraan ilmu Hang Tuah
    Tak hilang ditelan zaman....
    Kan kubuktikan pada dunia kata moyangku
    Laksamana Hang Tuah ,
    ' Melayu takkan hilang di dunia ini!'

    Karya: Putri Rimba Niagara
    8 Mei 2012

    Zairi Erie:

    Batang kayu bersarang madu
    Rebung seiris dimakan kuda
    Pantang Melayu diberi malu
    Ujung keris jadi penghapusnya

    Putri Rimba:

    Waduh! Pandai kamu berbicara!
    Tika aku bertarung di mana kamu?
    Kamu sebenarnya pengecut?
    Berani berkata mati....
    Tapi hakikatnya takut matiiiiii!!!!!!

    Aning Awang:

    Very well versed pantun! Cukup bersemangat!

    Ayah Muz Ilyashah:

    Pantun bukan sembarang pantun, Pantun Melayu berbaris barisan,Langkah ku buka bersopan santun,Itu lah dia seni warisan

    Ayah Muz Ilyashah:

    @ Aning Awang ..Kalau tuan mengopek bawang,Hati2 pedih nya mata,Terima kasih Wahai Aning Awang,Duduk mu itu saorang perkasa

    Aning Awang:

    Di sawah padi berlintah berpacat,
    Rintangan kecil dek kerana padi;
    Walaupun diangkat seribu darjat,
    Melayu tak layu kerana dipuji...

    Ayah Muz Ilyashah:

    Melayu tak layu kerana di puji, Sedikit tidak rasa berdebar, Tapi melayu selallu di uji,Tetap melayu bersifat penyabar

    Aning Awang:

    Pokok ketapang daunnya lebar,
    Tidak ditanam di dalam hutan;
    Kalau dah tahu Melayu penyabar,
    Janganlah pula diambil kesempatan....

    Ayah Muz Ilyashah:

    Sudah menjadi resam dunia,Yang sabar selalu teraniaya,Kerana melayu masih setia,Tetap kukuh walaupun di cabar

    Putri Rimba Niagara:

    LAKSAMANA HANG TUAH SEMEMANGNYA HEBAT!

    Bersabar melayu ada hadnya,
    Jangan sampai pasir masuk ke mata;
    Bumi bertuah ini melayu yang punya,
    Melayu jangan dipandang sebelah mata.

    Melayu jangan dipandang sebelah mata,
    Melayu setia pada ketua yang setia;
    Jika ketua berpaling tadah buruk padahnya,
    Kerna melayu takkan biarkan bermahaja lela.

    Dari dulu hingga sekarang,
    Melayu terkenal dengan kepahlawanannya;
    Pahlawang melayu nampak je garang,
    Tapi hatinya murni membela bangsanya.

    Dengan keris yang terhunus ini,
    Telah bersumpah pahlawan melayu;
    Bangsa melayu akan dibela sepenuh hati,
    Rela mati demi membela nasib melayu.

    Pergi aku menuntut ilmu persilatan
    Ingin berguru pendekar handalan;
    Ayah Muz maha guru persilatan,
    Kegagahannya tiada tandingan.

    Muridnya ramai tak terkira,
    Semuanya sudah menjadi pahlawan;
    Bergelar pahlawan rasa gembira,
    Membela nasib melayu itu diperjuangkan.

    Pahlawan bukan hendak menunjuk hebat,
    Tapi kerana membela nusa dan bangsa;
    Laksamana Hang Tuah sememangnya hebat,
    Telah bersumpah melayu takkan hilang di dunia.

    Maka dari itu ayuhlah semua pahlawan melayu,
    Bangkitlah dengan semangat baru;
    Jangan biarkan dizalimi bangsa melayu,
    Barulah aman dunia melayu.

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    8 Mei 2012

    Ayah Muz Ilyashah Bersabar lah engkau wahai muridku,Jangan marah ikut kan nafsu,Langkah mu itu persiapkan dulu,Keris mu itu belum berhulu..hahahaa keris belum siap lagi baru nak buat

    Putri Rimba:

    Guruku...jangan aku dipandang sebelah mata...
    Mentang-mentanglah ilmu kepahlawananmu tiada siapa dapat tandingi....
    Tapi tahukah kau tiada siapa yang kuat di dunia ini...kerna ada yang lebih kuat daripada mu jika kau nak tahu...tapi memandangkan aku bakal anak muridmu makanya aku salut padamu sekali aje tak lebih dari itu...

    Armizar Levi's:

    apakah ini keris SEIRAS MELELA pak cik

    (PETIKAN DARIPADA WALL AYAH MUZ ILYASHAH & PUTRI RIMBA NIAGARA & ZAIRI ERIE)
    24 Mei 2012
    4 hrs · Like · 2
  • Tuah Bugis Selamat berhujung munggu buat semua....

    http://youtu.be/ag3O1V9AiHg


    Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain,...
    YOUTUBE.COM
    2 hrs · Unlike · 2
  • Rabeah Binti Mohd Ali makasih ya Laksamana Tuah Bugis atas , 'lagu sedetik lebih,' untuk semua teman-teman grup KEBANGKITAN BANI JAWI NUSANTARA. Semoga semua berjaya dunia akhirat. Aamiin.


PETIKAN WALL GRUP SRI PEMANGKU ADAT, KEBANGKITAN BANI JAWI NUSANTARA, MELAYU BANI JAWI & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
13 SYAABAN 1436H
31 MEI 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;