Monday, 25 May 2015

SASTRA ANUGERAH ILAHI (279) KETURUNAN NABI IBRAHIM DAN ISTERINYA RATU KATHURA



SASTRA ANUGERAH ILAHI (279) KETURUNAN NABI IBRAHIM DAN ISTERINYA RATU KATHURA


Mengikut hadis riwayat Al-Tabari,Bani Jawi atau Al-Jawiah ialah keturunan Nabi Ibrahim dan isterinya Siti Qantura@Siti Kantura@Siti Keturah, berkembang dari Banjaran Himalaya turun ke Kemboja dan seterusnya ke seluruh Nusantara, termasuk Malaysia,Singapura dan Indonesia. Disebut di dalam kitab Ibnu Kathir, Jawi ini bererti yang meyakini Tuhan yang Esa, dan erti lainnya ialah jauh. Jawi yang dikatakan jauh itu berasal dari kalimah arab yang bermakna, 'angin' (jawwu). Ini merujuk kepada betapa jauhnya kedudukan mereka dengan bani Israel dan bangsa Arab di sekitar Timur Tengah ini.
  • You and 13 others like this.
  • Abu Amru Radzi OthmanBoleh berikan rujukannya?

    Kalau ada kenyataan dari 2 imam itu, lagi bagus.


    Boleh dibuat simpanan untuk rujukan masa depan.
    5 hrs · Like · 1
  • Nuar Din Sejarah melayu amat mengasyikan,,,start minat bila terbaca tulisan blogger spt srikandi,al semantani
    5 hrs · Like · 3
  • Aniq Rukaini Rujukan?
    4 hrs · Like
  • Seri Baiduli Jawi = arab yg bukan arab
    2 hrs · Like
  • Ratu Rimba Niagara Terima kasih pendekar Tuah Bugis atas keterangan asal usul Isteri Nabi Ibrahim as , Siti Qantura@Siti Kantura@Siti Keturah.

    Sebelum ini hamba sudah mengarangkan kisah Ratu Kathurah berbentuk pantun. Cuba hayati ya...mana tahu ada persamaan dan kebenarannya.

    PEWARIS RATU KATHURA

    Ratu Kathura cantik rupawan,
    Permaisuri Raja beriman berjiwa pahlawan,
    Kepahlawanan raja tiada terlawan,
    Namun begitu tetap tunduk kepada Tuhan.

    Ratu Kathura permaisuri soleha,
    Bonda mithali mendidik putra putri,
    Semua ibadah kerana Tuhan-Nya,
    Demi mendapat redha Ilahi.

    Kekanda raja diberi sokongan,
    Berbakti kepada rakyat sepenuh hati,
    Pelajaran dunia akhirat sentiasa diutamakan,
    Negara sejahtera hidup diberkati.

    Negara aman makmur rakyat sejahtera,
    Ksatria diRaja sentiasa siap siaga,
    Jiwa kemerdekaan sentiasa bergelora,
    Musuh datang ditentang bagaikan singa.

    Ratu Kathura berasa bangga,
    Keluarga mawaddah warahmah dalam redha Ilahi,
    Darjat, kekuasaan dan harta bukan untuk dibangga,
    Semuanya menjadi saham akhirat dituai nanti.

    Mencintai kekanda raja kerana Ilahi,
    Saling mencintai karena Ilahi,
    Bersama membina jambatan ke Syurgawi,
    Memandang Wajah Ilahi itu yang diidami.

    Berkat keyakinan cinta kerana Ilahi,
    Sentiasa berjihad ke jalan Ilahi,
    Hidup dan mati hanya untuk Ilahi,
    Diusahakan dijayakan kerana Ilahi.

    Ratu Kathura melahirkan tiga belas putera,
    Semuanya dididik berjiwa pahlawan Ilahi,
    Kekanda raja bangga kepahlawanan putera,
    Berjiwa pahlawan, rakyat rela mati kerana Ilahi.

    Kerana kemahsyuran kerajaan Ratu Kathura,
    Diserang oleh musuh durjana,
    Semuanya syahid waris Ratu Kathura,
    Kecuali seorang putera selamat dari musuh durjana.

    Kini ratusan tahun sudah berlalu pergi,
    Kerajaan Ratu Kathura masih diingati,
    Musuh durjana tidak pernah melupai,
    Seluruh pelosok dunia dikesani.

    Dari zaman nenek moyangnya di zaman dahulu,
    Terus mencari dan mencari waris Ratu Kathura,
    Yang menyelamatkan diri tika di medan perang dahulu,
    Wasiat moyangnya menghapuskan pewaris Ratu Kathura.

    Begitu dendam kesumatnya musuh durjana,
    Sekalipun moyang mereka beratus tahun mati,
    Wasiat moyangnya tetap diteruskan jua,
    Sudah ratusan tahun berlalu akhirnya ditemui.

    Ditemuai pewaris Ratu Kathura,
    Di Nusantara negara para wali Allah dilahirkan,
    Semuanya berjiwa cintakan negara,
    Cemerlang dunia akhirat agama menjadi pasakkan.

    Musuh durjana terus mencari pewaris Ratu Kathura, 
    Untuk Membalas segala dendam kesumatnya,
    Merosakkan semua pewaris Ratu Kathura,
    Yang berada di benua Nusantara.

    Diwujudkan segala tipu daya,
    Agar bergaduhan sesama sendiri ,
    Tamak kuasa ingin berkuasa,
    Rakyat menderita ditindasi pemerintah sendiri.

    Bila rakyat tidak sejahtera,
    Kemerdekaan pasti tidak dapat dipertahankan,
    Itulah yang dimahukan oleh musuh durjana,
    Maka pupuslah pewaris Ratu Kathura.

    Duhai pewaris Ratu Kathura,
    Yang berada di seluruh Nusantara,
    Bangkitlah dengan jiwa merdeka,
    Selamatkan pewaris Ratu Kathura.

    Buktikan kepada musuh durjana,
    Pewaris Ratu Kathura tak takut mati,
    Akan dipertahankan kemerdekaan negara,
    Walaupun nyawa jadi taruhan nanti.

    Duhai cucu cicit musuh durjana,
    Kami cucu cicit Ratu Kathura,
    Akan pertahankan negara kami sehingga hujung nyawa,
    Lambang cinta karena kamilah Pewaris Ratu Kathura.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    7 Muharram 1435H
    31 Oktober 2014

    PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
    SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
    PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
    202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
    6 SYAABAN 1436H
    26 MEI 2015 
    .
PINNED POST

News Feed

SEBELUM AKTIF DALAM GROUP NI, SEMUA AHLI WAJIB BACA PINNED POST.
Group ini ditubuhkan utk perbincangan ilmiah di antara sesama ahli. Sama seperti group lain, group ini juga ada peraturan demi menjaga keselesaan ahli2 dan keharmonian dalam group.

Like · Comment · 1515

SEJAMBAK BUNGA KASIH KEPADA SEMUA RAKAN ALAMMAYAKU

Kadang Allah memberi permusuhan untuk
memberitahu betapa berartinya kedamaian itu.
Selamat menjalankan ibadah subuh.
Salam BBM.
Unlike · Comment · 

  • Ratu Rimba Niagara BILAMANA BERLAKUNYA PERMUSUHAN HATIKU BAGAIKAN BERADA DALAM GELOMBANG OMBAK MENGGANAS! SEDANGKAN HAKIKATNYA HATIKU HANYA MAHUKAN KEDAMAIAN BARULAH JIWAKU TENANG...SETENANG AIR DI KALI SYURGA. BERJUMPA DENGAN-NYA DI KALA JIWA DAN ROH YANG TENANG ITULAH YANG AKU DAMBAKAN DALAM HIDUP INI. AAMIIN.
    4 hrs · Like · 2
  • Khairuddin Nasti Bagai angin sepoi membelai daun 
    Bagai omak menyapa pantai 
    Itulah harmoni yang di inginkan 
    Laksana jiwa yg merindukan illahi menyambut gembira kedatangan izrail... 

    Selamat datang bunda Ratu Rimba Niagara 
    Semoga Allah merahmati kita semua.. 
    Amin..

    52 mins · Unlike · 1
  • Ratu Rimba Niagara AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
    13 mins · Edited · Like
PETIKAN WALL GRUP KEBANGKITAN BANI JAWI NUSANTARA,
ODAN ANAK BATU BARA YANG SETIA & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
6 SYAABAN 1436H
26 MEI 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;