Tuesday, 26 May 2015

SASTRA ANUGERAH ILAHI (294) CINTA TERPATRI SAMPAI JANNAH - 2



SASTRA ANUGERAH ILAHI (294) CINTA TERPATRI SAMPAI JANNAH - 2
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
MOGA CINTA DAN KASIHKU INI
TERPATRI SAMPAI SYURGA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
Like · Comment · 


YA ALLAH YA TUHANKU JADIKANLAH KARYA YANG KUTULIS BAGAIKAN AIR TERJUN YANG MENGALIR TERUS MENGALIR TANPA HENTI . BIARPUN SERIBU TAHUN AKU TIADA DI DUNIA INI TETAP AKAN MENGALIR TERUS MENGALIR KE HATI MEREKA YANG MEMBACA KARYAKU DAN MENDAPAT MANFAAT DUNIA AKHIRAT KAMI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

Aashiq al-Rasul <-----click to like
ya Allahﷻ grant me someone who will hold My hand to jannah
Like · Comment · 

KITA AKAN BAHAGIA JIKA KITA REDHA
Kita akan membawa prasangka buruk pada Allah sehingga akhir
hayat andai kita tanya:
Kenapa dia kaya aku miskin?
Kenapa dia cantik aku hodoh/jelek?
Kenapa dia sempurna aku cacat (OKU)?
Kenapa dia punya pasangan/pendamping aku tidak?
Kenapa dia punya anak aku tidak?
Kenapa dia bahagia aku derita?
Kenapa dia berdarjat aku tidak ?
Kenapa aku sakit dia sihat?
Kenapa takdir aku malang dia bahagia?
Kenapa..?.kenapa...? kenapa?
selagi itulah yang kita tanya
selagi itu kita akan terbelenggu dengan soalan
jawapan untuk semua persoalan
adalah KESABARAN DALAM REDHA
Allah menguji hamba-Nya mengikut kemampuan hamba-Nya
mengatasi segala ujian dari-Nya...
selagi hidup selagi itu akan diuji sehingga akhir hayat
diuji dengan kesusahan dan kesenangan
Sesusah manapun jangan sampai jadi kita hamba-Nya yang kufur
Kesenangan jangan sampai kita jadi manusia lupa daratan
HIDUP INI CUMA MIMPI
MATI ITULAH REALITI
MOGA KITA SAMA REALITIKAN JALAN KE SYURGA MENJADI PILIHAN SEHINGGA AKHIR HAYAT
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
Karya Ratu Rimba Niagara,
6 Syaaban 1436H
25 Mei 2015
Like · Comment · 

  • MENDERMA BIARLAH SEIKHLAS HATI KERANA ITU HARTA YANG KITA PUNYA 

    assalamualaikum dan salam sejahtera di ucapkan pada teman2
    Mat Rempit Sejati's photo.
    Closed Group
    36,077 Members
  • Rabeah Binti Mohd AliUNIVERSITI PERADABAN MELAYU NUSANTARA

    Leftenan Adam Sakeenah 


    Insyaallah.cuba ahli majlis pangkuan di raja ini menulis surat untuk membuat perjumpaan,rasanya beliau tiada masalah untuk membantu rancangan dan gerakkan ahli majlis pangkuan di raja.setahu saya,beliau low profile,majlis2 besar pun pembantu sahaja yang hadir,beliau pun pakai kereta proton sahaja.mungkin beliau ada membuat sumbangan,tetapi tidak di hebahkan,seperti mana ayahanda tun mahathir dan ayahanda sultan hassanal bolkian membantu mujahiddin bosnia semasa perang di serbia dahulu.siap hantar 650 komando khas lagi
    17 hours ago · Unlike · 1

    Ratu Rimba Niagara 

    DANA UNTUK MEREALITIKAN CITA-CITA RATU RIMBA NIAGARA
    BAGI MEMARTABATKAN DUNIA SASTERA/SASTRA NUSANTARA

    Iye ke... Syukur Alhamdulillah jika begitu mulianya jutawan dunia akhirat moga bertambah berkat hidupnya dan dirahmati Allah SWT dikala matinya Insya-Allah...jutawan akhirat inilah yang mahu dilahirkan seramai mungkin untuk bersama pejuang fisabilillah...jika inilah berjaya direalisasikan kebangkitan islam di akhir zaman akan terus berjaya di persada dunia. Jutawan akhirat tak perlu digembar gemburkan kerana mengelak daripada sifat ujub...hamba tabik pada hamba Allah yang berjiwa hamba.

    BERBUDI BUKAN UNTUK DIBALAS
    BERBUDI BUKAN UNTUK MENCIPTA NAMA
    BERBUDI BUKAN MAHU DIPANDANG MANUSIA
    BERBUDI IKHLAS KERANA ALLAH SWT
    (Insya-Allah Aamiin)

    Makanya disini dicadangkan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan
    oleh mana-mana jutawan akhirat:

    1) Dana untuk Universiti Melayu Nusantara ..sepertimana yang dicadangkan oleh Leftenan Adam Sakeenah.. tak kisahlah hendak dibangun dinegeri mana pun asalkan ada tapak yang sesuai .

    2) Dana untuk menerbitkan buku-buku karya Ratu Rimba Niagara,
    Kos untuk menampung Teater Bangsawan diRaja karya Ratu Rimba Niagara, kos filem animasi karya ratu rimba niagara.

    3) Karya-karya Ratu Rimba Niagara akan diterjemahkan ke pelbagai bahasa di seluruh dunia Insya-Allah Aamiin.

    3) Karya Ratu Rimba Niagara hak ciptanya dipegang oleh Ratu Rimba Niagara...dan boleh saja diberikan kepada rakan kongsi mana-mana penerbit yang mahu menerbitkan dan mengedarkannya. Keuntungan dibahagi dua...Karya yang sama boleh juga diberikan kepada penerbit yang lain seramai yang mungkin...tujuan diberikakan kepada semua penerbit yang berminat adalah mahu menyebarluaskan karya-karya dalam bentuk kepelbagaian mengikut kreativiti penerbit. Semua perjanjian penerbitan disaksikan oleh Allah Taala kerana karya-karya
    Ratu Rimba adalah hak milik Allah Taala. Makanya tak perlu atas kertas hitam putih yang penting ilmu yang ada didalam karya dapat disebar luaskan.Perniagaan akhirat biarlah cara akhirat kerana perniagaan ini bukanlah bermatlamat keuntungan duniawi tapi banyak ke arah akhirat....jika keuntungan ada...akan dibahagi dua dengan rakan kongsi...andai kata Ratu Rimba meninggal dunia..keuntungan Ratu Rimba Niagara di infakkan ke jalan Allah...kemungkinan akan diwujudkan dana Muhammad Imam Al-Mahdi yang akan mewarisi Perniagaan Akhirat bagi pihak Ratu Rimba Niagara. Dan jika keuntungan diperolehi segala wang dana yang pernah dilaburkan oleh jutawan akhirat akan diinfakkan ke jalan-jalan Allah. .

    4) Harap dapat pertimbangan dari majlis ini dan para jutawan akhirat , agar dapat memberi kerjasama bagi merealitikan segala yang diimpikan oleh Ratu Rimba Niagara.

    5) Sekiranya ada wujud jutawan akhirat ingin menyalurkan dana untuk merealitikan cita-cita Ratu Rimba Niagara.. semuanya tiada digembar gemburkan di media massa yang penting karya-karya berjaya menembusi ke pasaran antarabangsa, Karya-karya ratu rimba niagara diuruskan oleh mereka yang berjiwa fisabilillah juga . Semuanya tak mahu nama dan bakti diperlihatkan cukuplah sekadar ingin berbakti kepada penghuni dunia tanda kita pernah berhidup di dunia ini tanda kita kasih dan sayang pada anak cucu kita ..sebelum terpejam mata.

    6) Manalah tahu berkat kita saling berkerjasama ke arah kebaikan dan amal jariah menjadi eset apabila kita melangkah ke alam barzah.
    Dan Allah SWT dengan Rahmat KasehNya terima sedekah jariah kita.
    Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

    7) Makanya besarlah harapan hamba...rakan-rakan di Majlis ini
    sudi memberi cadangan. pandangan dan apa saja mengenai cadangan hamba ini.

    Segala perhatian mengenai warkah ini amatlah diharapakan dan segala budi dan sebarang bentuk cadangan bernas ...diucapkan jutaan terima kasih . Hanya Allah SWT sajalah yang dapat membalasNya.
    Insya-Allah Aamiin.

    Yang setulusnya menulis kerana-NYa,

    Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/TAHILAND
    Istana Rimba Niagara
    17 Disember 2012
    about an hour ago · Like · 1

    Ratu Rimba Niagara Leftenan Adam Sakeenah menderma menderma juga.tapi menderma dan harta kekayaan beliau seiring,satunyam dengan menderma,maka jiwanya berlepas dari apa yang beliau hajati,kedua nya.harta kekayaan mestilah meningkat dan mampu mengatasi harta bukan islam agar islam tak di pandang enteng
    12 hours ago · Like

    Ratu Rimba Niagara 

    YANG PENTING IKHLAS DALAM PERJUANGAN

    menderma asalkan ikhlas jangan mengungkit,
    yang penting berkata seikhlas hati
    yang penting jangan berkata sekadar hendak menyedapkan hati
    yang penting hidup jangan suka membodek untuk kepentingan sendiri
    yang penting seikhlas hati dalam perjuangan
    yang penting jangan berdengki hati
    yang penting buktikan apa yang dikatakan itu
    yang penting matlamat perjuangan mesti jelas
    yang penting jangan berjanji tanpa dikotakan
    yang penting jangan bersangka buruk pada niat yang baik
    yang penting kenal diri sendiri sejauh mana kemampuan kita
    yang penting tidak berpura-pura dalam perjuangan
    barulah islam tidak di pandang enteng!

    Ratu Rimba Niagara ,
    181212
  • Rabeah Binti Mohd AliTAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY IDOLA KEKAYAAAN

    Ahmad Tajuddin & Ratu Rimba Niagara likes a photo.


    Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman
    Baca ni, jika lebih ramai orang Melayu dan orang Islam tahu bagaimana berniaga menjadi usahawan berjaya, kita akan mempunyai kekuatan ekonomi kita sendiri! -Berani2013.com -

    Sharifah Norita shared
    Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa?! BERNAS!!
    BERNAS milik siapa?!
    -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

    Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi o! Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli dari Aliran Ihsas Resources, milik siapa?
    -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

    Minum kopi mesti campur gula! Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR, MSM milik felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar; MSR milik siapa?
    --> Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

    OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan! Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa?
    -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

    Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? IPP!
    IPP terbesar di Malaysia iaitu Malakoff, milik siapa?!
    -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

    Sekarang tak nak makan nasi, pergi Pizza Hut je la... naik motor! Motor Kriss, keluaran MODENAS! Modenas milik siapa?!
    -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

    Tak nak naik motor, naik kereta! Kereta apa? Proton! Proton milik DRB HICOM! DRB HICOM milik siapa?!
    -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

    Tak nak beli Proton la.. Beli Honda saja... Honda Malaysia milik siapa?
    -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

    Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat!
    Bank Muamalat milik siapa?!
    -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

    Kereta kena ada insurans coverage! Insurance beli dari siapa? Uni Asia Insurance!
    Uni Asia milik siapa?!
    -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

    Nak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM!
    Puspakom milik siapa?
    -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

    Ok la tak nak naik kereta! Naik keretapi lagi senang! Landasan keretapi siapa buat?! MMC!
    MMC milik siapa?!
    -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary! Sekarang, dia pun nak ambil alih KTMB!!

    Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la... nak pergi Johor!
    Senai Airport milik siapa?
    -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

    Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la... Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas! Tanjung Pelepas Port milik siapa?!
    -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

    Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port!
    Johor Port milik siapa? MMC! MMC milik siapa?!
    -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!!

    Ok la... orang KL, naik MRT sahaja la... (apabila siap)
    Projek MRT, siapa kontraktor terbesar?! MMC! MMC milik siapa?!
    -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

    kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan dan POS Malaysia milik siapa?! -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhariy !! Tahniah Tan Sri..!!
    Unlike · · Share · 2,7492091,612 · · Sponsored

    You, Ahmad Tajuddin and 2,747 others like this.
    1,612 shares
    3 of 209
    View previous comments
    Abdullah Abas BERANI kerana benar. Terim kasih atas perkongsian ~http://abdullahabas.blogspot.com/~
    about an hour ago · Like
    Norrizi Fitri Hebat....
    about an hour ago · Like

    Ratu Rimba Niagara.
    181212
  • Rabeah Binti Mohd AliJADILAH AKU ATAS KEHENDAK-NYA

    Semuanya milik Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhariy

    Mak datuk kayanya dia
    Jadinya dia jutawan dunialah ye
    Tabik lah aku macam tu sama dia...
    Aku pun nak jadi macam dia...
    Kaya....kaya....macam dia...

    Heiii cermin sikit muka engkau tu siapa ye...
    Aku tengok engkau dari dulu hingga kini
    Miskin...dhaif...
    Duit dalam bank sekupang duit pun tak ada
    Engkau tu papa kedana...
    Janganlah berangan nak jadi macam dia ye
    Aku tengok engkau tulis
    Berjela...jela...
    Setiap hari...
    Ada dapat duit?
    Orang menulis dapat duit
    Untuk menyara kehidupan...
    Tapi engkau
    Selalu kata duit tak penting
    Tapi engkau hidup
    Pakai apa?

    Aku hidup...
    Apa adanya
    Mana tahu buah cempedak jadi nangka

    Eeiii engkau jangan mimpilah
    Bulan jatuh ke riba
    Mati hidup semula pun
    Engkau tak akan kaya
    Seperti
    -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhariy !!

    Tak akan aku miskin dan dhaif
    Aku tak redha pulak?
    Aku redhalah
    Sampai aku mati
    Aku miskin juga pun tak apalah

    Engkau tak cemburu ke
    Dengan kekayaaan yang dimiiki
    Oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhariy!!
    Semua kagum dengannya tau
    Sebab dia memiliki semua harta di dunia ini
    Hebat....hebat....dia tu...

    Aku mahu tanya engkau...
    Harta di dunia ini semua milik dia
    Habis tu dia itu milik siapa?

    Milik Tuhan...
    JadiNYa Tuhan lebih
    Kaya daripada dia
    Itu maksudmu?

    Iya ...
    Kaya macam mana pun dia
    Dia milik Tuhan
    Andaikata dia mati hari ini
    Semua hartanya bukan lagi
    Milik dia...
    Terus jadi miskin di kubur...
    Tapi ada satu perkara yang perlu engkau tahu

    Apa dia?
    Katakan padaku...
    Apa yang aku tak tahu tentang dia
    Sebab dia idolaku
    Eset-esetnya semua dalam otak aku
    Aku dah kira
    Dah congak-congak
    Memang kaya gila-gila
    Dan hebat gila-gila....
    Kalau aku kaya macam tu
    Mesti aku suka
    Semua orang hormat dan
    Sanjungi aku...
    Barulah nikmat hidup namanya itu
    Semua hendak semua dapat...
    Tak payah susah-susah
    Terpaksa bermimpi nak dapatkan
    Sesuatu impianku
    Apa yang aku tak tahu tentang dia
    Cepat beritahu aku
    kerana setahu aku
    Tentang dia selalu aku ambil peduli

    Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhariy tu...
    Bukan saja kaya dunia je tau...
    Jutawan akhirat juga tu...

    Jutawan dunia
    Jutawan akhirat

    Kalau begitu tak salah lah aku
    Memilih dia sebagai idolaku
    Jutawan dunia
    jutawan akhirat
    Engkau tu jutawan apa?

    Aku...aku...aku...
    Cuma milik-Nya
    Aku usaha selagi terdaya
    Kalau DIA kata
    KUN FAYAKUN
    Jadilah aku atas kehendakNya

    Karya Ratu Rimba Niagara
    121212
    Like · · · December 12 at 5:35pm

    Leftenan Adam Sakeenah likes this.
    Leftenan Adam Sakeenah jutawan yang tidak menonjol
    December 13 at 12:20am · Unlike · 1

    (PETIKAN WALL GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA )
    171212
  • Rabeah Binti Mohd AliDOA KASIH UNTUK WAN UDA TERSAYANG

    Assalamualaikum...wr wb

    Salam sejahtera kepada wan uda di sana
    Apa kabar wan uda di sana

    Maafkan putri
    Kerana tak dapat datang
    Di saat-saat wan uda tertunggu-tunggu
    Kedatangan putri

    Wan uda kata
    Bila putri nak datang
    Wan uda rindukan putri
    Wan uda rindukan canda putri
    Wan uda sayangkan putri
    Putri saja yang faham wan uda

    Wan uda...
    Putri pun sayangkan wan uda
    Putri pun rindukan wan uda

    Kalau boleh putri mahu menjaga Wan uda
    Tapi apakah daya putri tiada berdaya
    Maafkan putri wan uda

    Seronok bila bertemu wan uda
    Macam-macam yang wan uda ceritakan pada putri
    Semuanya sedih-sedih kisah wan uda
    Semuanya buatkan putri menangis wan uda
    Tapi sampai sekarang putri belum pun dapat
    Mengarangkan cerita wan uda
    Wan udaku sayang sabar ye...
    Nanti putri datang bawakan
    Makanan untuk wan uda
    Wan uda doakanlah putri dimurahkan rezeki
    Melimpah ruah dari-Nya Insya-allah Aamiin

    Boleh putri binakan istana indah untuk
    Wan uda dan rakan sebaya wan uda
    Kita hidup bersama
    Putri siapkan makanan untuk wan uda
    Putri ajar wan uda dan bunda Fatimah
    Mengaji Al-Quran ...
    kita bezikir bersama-sama
    Sembahyang bersama-sama
    Kita bercanda bersama-sama
    Kita tak perlu lagi
    Ingatkan hal-hal dunia
    Yang semuanya membuatkan kita sedih...
    Kta gunakan masa kita untuk
    Beramal soleh
    Mana tahu kita mati dalam beramal soleh

    Tak sanggup putri lihat
    Wan uda tinggal keseorangan
    Di pondok terpencil itu
    Wan uda sudahlah sakit
    Jalan pun gunakan kerusi
    Masakpun tak mampu
    Wan uda cuma tunggu
    Menantu wan uda
    Hantar makanan
    Itulah makanan semangkuk
    Yang dipanaskan
    Makan secara sedikit-sedikit berhari-hari
    Agar tahan seminggu
    Bila habis
    Wan uda tak makan
    Wan uda kelaparan

    Dulu masa ada anak wan uda masih hidup
    Bolehlah dia datang setiap hari menghantar makanan
    Ini dia sudah tiada lagi siapa yang hendak menghantr makanan
    Harap belas kasihan menantu ...
    Apalah sangat kasih menantu dengan anak
    Masa suaminya hidup kasihlah ibu mertuanya
    Suaminya sudah meninggal ibu mertuanya tidak dihiraukan

    Wan uda bukan tak ada anak
    Tapi anak macam pontianak
    Adakah tapak rumah wan uda tinggal
    Hendak dijual?
    Kalau dijual habis ke mana wan uda hendak tinggal?
    Anak...anak...inilah dia anak pontianak...

    Sabar ye wan uda
    Doakan putri murah rezeki ye wan uda...
    Putri sedang berjuang bermati-matian ini wan uda...
    Manalah tahu usaha putri Allah makbulkan...

    Di bayangan putri kita tinggal bersama-sama
    Putri masakkan apa makanan kegemaran wan uda
    Kalau wan uda sakit putri suapkan wan uda ye..
    Putri bawa wan uda dan bunda fatimah
    Jalan-jalan makan angin
    Melihat keindahan alam ciptaan Tuhan...
    Mesti bahagia kan wan uda...

    Putri masih ingat lagi selepas hari raya
    Putri bawa wan uda dan bunda fatimah
    Jalan-jalan dan kita makan di restoran
    Putri pesan makanan yang wan uda suka
    Seronok makan sama-sama kan wan uda

    Lepas habis makan kita bersiar-siar di pantai...
    Menghirup udara segar
    Wan uda kata ..wan uda nak tukarkan nama
    Tanah wan uda kepada putri
    Beria-ia wan uda mahu bagikan pada putri
    Tapi putri tidak mahu
    Kerana pasti nanti anak wan uda marahkan putri
    Buat apa bagi anak yang tak kenang budi ..
    Adakah patut ibunya dibuat macam sampah terbuang?
    Baik wan uda bagi pada putri
    Kalau wan uda mati boleh putri jual dan
    Gunakan wang itu untuk capaikan cita-cita putri

    Menangis putri wan uda
    Wan uda terlalu memahami putri
    Tak akan tergamak putri nak ambil harta wan uda yang
    Itu cuma wan uda miliki

    Putri yang nak usahakan
    Menghadiah rumah indah untuk wan uda
    Dan mengambilkan pembantu rumah untuk menjaga
    Semua keperluan wan uda
    Tapi putri tak beritahu wan uda
    Takut nanti wan uda mengharap pulak

    Tapikan wan uda...
    Dalam putri sedang berangan-angan
    Untuk wan uda dan bunda Fatimah
    Sampai hati wan uda...
    Tinggalkan putri
    Tinggalkan tanpa pesan
    Tinggalkan putri selamanya
    Tinggalkan putri belum sempat untuk
    Menghadiahkan wan uda sebuah rumah
    Untuk persiapan jalan-jalan ke Syurga-Nya
    Wan uda sudah pergi sebelum sempat
    Untuk putri membahagiakan wan uda ...

    Tahukah wan uda saat ini
    Putri menangis hiba
    Mengingatkan wan uda
    Tiada lagi tempat putri
    Menceritakan masalah putri pada wan uda
    Putri benar-benr terasa kehilangan wan uda
    Benar-benar wan uda...
    Manalah tahu wan uda...
    Berkat kita saling berkasih sayang kerana-Nya
    Kita dapat bertemu di Syurga-NYa
    Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ...

    Ya Allah Sesungguh-Nya Kau Maha Penyayang...
    Kau sukakan kepada yang saling berkasih sayang
    Saling berkasihan belas kerana-Mu
    Maka-Nya Ya Allah dengan belas kasihan-MU
    Kau ampunkan segala kesalahan ibu saudaraku
    Yang bernama Asmah Hussein..
    Masukkanlah dia ke dalam roh-roh hamba-Mu
    Yang beramal soleh berkat dia berniat memberikan
    Tanah miliknya untuk aku usahakan ke jalan-Mu Ya Allah
    Ya Allah biar pun tanah itu tidak dipindah milikkan
    Kepada aku tapi nawaitunya sudah ada Ya Allah...
    Kau mengira setiap amalan itu dengan niat hamba-Mu
    Makanya kau terimalah niatnya itu dengan ganjaran
    Pahala dari-Mu yang berlipat kali ganda atas niat
    Sedekah jariahnya dengan balasan Syurga-Mu
    Aamiin Aamiin Aaamiin Ya Rabbal A'Lamin.
    Sampaikan pahala fatehah ku dan rakan-rakan alam mayaku ini padanya
    Aamiin Aamin Amiin Y Rabbal A'Lamin,

    Doa kasih putri dan rakan-rakan alam maya putri untuk wan uda tersayang,
    Putri kesayangan mu,
    Ratu Rimba Niagara
    181212
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
7 SYAABAN 1436H
26 MEI 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;