TANPA IZINNYA AKU TAK BERKARYA
by Rabeah Mohd Ali on Friday, September 9, 2011 at 7:36am
Duhai...sahabatku...demi negara mereka sanggup bergadai nyawa..
inikan aku setakat karya yang datang dariNya aku nak berkira...
rugilah aku...Ditakdirkan aku dipanggil Tuhan macam mana?
Aku rela taburkan
Karyaku demiNya!
Demi Negaraku!
Demi Bangsaku !
Kalau kau tanya berapa banyak harta yang kumiliki saat ini..
Jawapannya memang tak ada...
Tapi kalau kau tanya berapa banyak karya-karyaku
hanya Allah Yang Maha Tahu
Duhai sahabatku...
Setelah habis aku menulis sesuatu karya...
tak akan ada lagi ilham selepas itu tapi salah tafsiranku...
lagi aku taburkan karya-karyaku berganda-ganda banyaknya ilham yang datang
Pernah aku menangis pada puteriku...
Ibu redha tak punya harta nak...
Allah beri ibu ilham itu sudah lebih berharga dari segalanya nak...
Aku menangis lagi...
Jika aku terdetik membuat sesuatu tajuk yang sukar bagiku
Allah datangkan ilham hingga aku menangis kesyukuran
Mana tidaknya aku tak tahu apa-apa pun tentang tajuk
yang hendak dihasilkan
Contohnya puisi bertemakan roh...ku ingat nak satu tajuk aje..
dalam masa yang sama dipecahkan menjadi empat tajuk dan
tanpa kusedari menjadi puluhan tajuk mengenai bertemakan roh
Itu belum lagi tajuk-tajuk yang lain
Tanpa izin Allah aku tak bisa berkarya
Tanpa izin Allah otakku tak berfungsi
Justeru ku mesti menjadi hamba yang bersyukur!
Karya Rha NS
11 Syawal 1432H
9 September 2011
Like · · Unfollow Post · September 9 at 7:39am near Kuala Lumpur
Mahabbah El-ahMead, Naga Pamungkas and Haidi Yan like this.
Shamsiah Ahim aku bukan sasterawan negara, aku menulis hanya
untuk meluah rasa di jiwa.
Wednesday at 10:52pm · Like
Rabeah Mohd Ali:
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA RAJA DAN PEMIMPIN
Semenjak tahun lepas aku menghantar kad ucapan Hari Raya
dan Ucapan Kemerdekaan kepada semua Raja dan beberapa orang
pemimpin negara.
Aku hantar kad ucapan Hari Raya dan ucapan kemerdekaan kerana
aku terlalu menyayangi Raja-Raja dan Pemimpin negaraku.
Raja-Raja dan Pemimpin adalah Kurniaan Allah untuk negaraku
yang harus aku hargai dan hormati sepanjang hayat hidupku.
Karya-karyaku banyak berkisar kisah Raja dan Pemimpin.
Samada berbentuk realiti atau dongengan.
Kisah Raja antaranya Putera Duyung, Cinta Si Naga Sakti Dengan
Si Puteri Bunian, Pengantin Raja Rimba, Puteri Arnab , Putera Lilin
dan lain-lain lagi.
Kisah realiti Raja-Raja Kesayangan Rakyat 1Malaysia, Syair Tuanku
Mizan, Bergambar Kenangan Bersama TYT Di Istana Negeri Sabah ,
Tengku Ady Syah Putra (Kisah 5 orang anak-anak Raja berasal dari
Indonesia yang berhijrah ke Malaysia) dan lain-lain lagi.
Dalam kad Raya yang dihantar kukarangkan serangkap pantun untuk
setiap Raja yang kukasihi dan aku mengambil kesempatan mempromosikan
blog-blogku...bertujuan mahu semua Raja dan Pemimpin menghayati
karya-karyaku. Terasa satu kepuasan apabila Raja dan Pemimpin sudi
membaca blogku.
Lebih mengharukan lagi kad Ucapan Rayaku di balas semua Raja-Raja
dan Pemimpin. Bagaikan mimpi kurasakan.
Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Raja dan Pemimpin.
Karya: Rha NS
28 Ramadhan 1432H
.
11 minutes ago · Like
Rabeah Mohd Ali BERSAHABAT BERKASIH BERPUISI ABADI SELAMANYA
by Rabeah Mohd Ali on Saturday, September 3, 2011 at 5:44am
Selamat ulang tahun kelahiran Mai Az rakan puisiku
Biarpun kita tak pernah ketemu
Puisi-puisimu telah membuatkan aku terkasih padamu
Dan mengenalimu apa adanya
Moga persahabatan ini memberi manfaat untuk kita dan semua
yang membaca karya-karya kita
Kita diketemu di alam maya atas kehendakNya
Justeru aku amat hargai pertemuan ini
Moga memberi manfaat dunia akhirat. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Mai Az likes this.
Mai Az amin....terima kasih kak Rabeah Mohd Ali kerana
menyayangiku kerana karya-karyaku...ilham ini tidak akan
terhenti disini...dan bukan noktahnya disini..kerana hati
senang dan damai...tulus demi sahabat kepada sahabat...
amat bernilai dan berharga...untuk dikongsi bersama...
ilmu bawa hingga ke akhirat...manaafat untuk selamanya...
salam kasih sayang...sama-sama menuju keredhaan-Nya...
5 hours ago · Unlike · 1 person
Rabeah Mohd Al:
Amin Ya Rabbal A'Lamin moga dikabulkan Allah,
Mai Az kita berkarya ingin mendapat redhaNya,
Tidak sekali untuk berbangga dan bermegah,
Bersahabat berkasih berpuisi abadi selamanya.
2 minutes ago · Unlike · 1 person
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
5 Syawal 1432H
3 September 2011
Like · · Unsubscribe · 3 hours ago near Kuala Lumpur
Yantzen Peace likes this.
(PETIKAN DATIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
3 September 2011
5 Syawal 1432H
14 minutes ago
Rabeah Mohd Ali
AKU TAK MAHU KEHILANGAN DAKWAT
Jangan jadi penyair
jika tak tahu bermetafora dan berrhima
kerana aku pandai bermetafora dan berrhima
justeru aku ternama sampai sekarang.
Renyukkankan ajelah
hasil penulisanmu itu
biarkan kubalingkan ke sungai
agar dakwatnya hilang
diresapi derasan sungai.
Kamu tak boleh jadi penyair
tulisanmu kaku
tak bermetafora
tak berrhima
kerana karya penyair
mesti seperti aku
penyair ternama
sudah mencipta nama.
Kamu tak layak
menjadi penyair
kamu penulis
jalanan
di bahu jalan
di tepi longkang!
Maka sedarlah dirimu siapa?
Aku sedar diriku siapa...
Tulisanku tak setandingmu
tulisanku kaku
tapi takkan kurenyukkan
takkan kubalingkan ke sungai
kerana aku tak mahu kehilangan dakwatnya
biarpun tak bermetafora dan berrhima
asalkan aku bahagia dengan caraku bekarya
aku yakin pembaca di alam maya
sudi membaca karyaku
yang datang dari
sanubariku
dengan kasih dan sayang!
Mana tahu setelah membaca
meresap ke jantung hati !
Itulah balasan cinta yang kuperolehi
dari pembaca kerana kuhadiah sejambak bunga kasih
berjambak-jambak memenuhi dewan hati
mewangikan hati-hati yang inginkan
hidayah kasih dariNya
itulah hadiahku untuk mereka
dan hadiah yang kuterima dari mereka
berkat hati yang berkasih sayang
dalam redhaNya.
Karya: Rha NS
20 Jun 2011
14 minutes ago
Rabeah Mohd Ali
AKU MENULIS DENGAN AIR MATAKU
Aku ingin menulis puisi
Tapi malu ditertawakan penyair
Katanya kertas kosong yang tiada nilai
Yang hanya bisa menyapu air mataku sendiri
Katanya aku penulis yang tak pandai berpuitis
Tak sepuitisnya bila berkarya puisi
Hatiku pilu bagaikan ditusuk sembilu katanya itu
Aku cuma diam dalam hati yang remuk
Mahu saja aku kakukan jemariku dari berpena
Tapi aku nggak bisa
Kerna kalbuku meledak untuk berpena
Kucapai pena
Dengan titisan air mata
Kumenulis syair puisi cinta
TentangNya
Alam ciptaanNya
Hamba-hambaNya yang sentiasa bersangka baik
Bersangka baik padaNya dan hamba-bambaNya
Barulah tenang jiwaku kini
Tanpa memperdulikan penyair itu
Aku terus berkarya...berkarya lagi tanpa henti
Selagi kudrat pemikiranku berfungsi
Kerana aku menulis bukan kerana nama
Tapi aku menulis adalah keranaNya
Dan kerana sayangkan semua yang ada
dimuka bumi ini termasuk seluruh yang ada di langit CiptaanNya.
Karya: Rha NS
26 Julai 2011
3 minutes ago · Like
Rabeah Mohd Ali
BICARA BERSAMA ALAM
Matahari seakan terlepas dari tangkainya
sebelum terbenam melabuhkan tirai
di ufuk senja.
Malam menjelma
tempat matahari
digantikan dengan bulan indah
bercahaya memancar ke puisi
seorang penyair sedang mengarang syair
menyatakan isi hatinya dilanda kegeringan
tersarat kedukaan terhadap seorang sahabat seni
kekesalan yang tak terungkap membuatkan dia
menangis berpanjangan …
Teman alam berkongsi dukanya,
dia menangis!
Bumi menangis!
Matahari menangis!
Bulan menangis!
Bintang pun menangis!
Mujurlah ada awan simpati
pada si penyair menadah
tangisan matahari, bulan dan bintang.
Esoknya menjelma pelangi
menceriakan suasana duka
memadamkan duka
yang menyelubungi si penyair.
Alam adalah teman setia si penyair
dan alam jugalah sumber inspirasi
si penyair berkarya.
Terima kasih Tuhan kerana mengizinkan aku
berbicara bersama alam ciptaan-Mu!
Karya: Rha NS
15 Jun 2011
2 minutes ago · Like
(PETIKAN DARIPADA DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
16 September 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment