MENGHADIRI SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE-48 DAN KEMERDEKAAN
MALAYSIA KE-54 DI DATARAN MERDEKA
by Rabeah Mohd Ali on Friday, September 16, 2011 at 8:39pm
Hari ini aku pergi ke Dataran Merdeka Untuk Meraikan Hari Malaysia
dan Kemerdekaan Malaysia Ke-54.
Aku begitu lemah tak bermaya namun kugagahi juga menghadirkan
diri walaupun menghadapi masalah kesihatan namun begitu aku gagahi
juga kerana rasa terpanggil untuk meraikan dan menyaksikan sendiri
Hari Malaysia Ke-48dan Kemerdekaan Malaysia Ke-54 Rasa rugi yang amat
sangat kalau aku tidak dapat menghadiri hari yang penuh bersejarah
ini.
Sampai di Dataran Merdeka Pukul 8.30 pagi, majlis telah pun bermula.
Aku terus menuju ke tempat upacara majlis... lagu patriotik mengiringi
setiap langkah kakiku. Aku rasa bangga dan penuh semangat.
Aku terus melangkah ke hadapan tanpa memperdulikan mereka disekelilingku
yang agak marah kerana aku berjalan melindungi mereka. Aku berjalan
terus ke hadapan upacara majlis.
Aku ternampak dua orang gadis membawa kotak "Sumbangan Pahlawan
Yang Gugur Di Medan Perang" dan aku mendapat lima kuntum pin baju
bunga raya lalu kupinkan di bajuku. Aku dihadiahkan sehelai bendera
Jalur Gemilang. Aku mengibarkan Jalur Gemilang penuh bersemangat.
Di skrin besar di Dataran Merdeka terpampang gambar Yang Di-Pertuan Agong
Dan Raja Permaisuri Agong. Aku amat teruja. Gembira tak terkata. Sakit
yang kualami rasa telah dilupakan.
Ketika aku sedang leka mengambil gambar perbarisan...aku ditegur oleh
beberapa orang anggota polis tidak membenarkan aku kerana aku telah
mengganggu tugas mereka...aku mohon diberi peluang untuk mengambil
gambar kerana sudah bertahun aku menunggu peluang begini, baru tahun ini
aku dapat peluang mengambil gambar dari jarak dekat.
Tanpa mempedulikan teguran mereka aku terus mengambil gambar.
Kalau aku lepaskan peluang keemasan begini rugilah aku.
Kepada anggota polis berkenaan maafkan aku kerana aku terpaksa tidak
akur kepada arahan kalian.
Aku faham kerana itu sudah tugas kalian. Tapi tolong fahami aku kerana
aku mengambil gambar bukan sekadar suka-suka tapi kuabadikan untuk generasi
kini dan akan datang.
Ketika aku sedang taksub mengambil gambar perbarisan kemerdekaan,
bertalu-talu mereka memarahiku seolah-olah peluru sedang hinggap
ke tubuhku di segenap penjuru. Aku sabar sahaja demi negaraku demi
generasiku. Biarlah mereka marah. Apalah ada dengan kemarahan mereka
itu jika nak dibandingkan dengan pejuang-pejuang yang sanggup berkorban
nyawa untuk mempertahankan negaraku.
Paling aku sedih...salah seorang anggota polis yang tidak berpuas hati
denganku menghampiriku memandangku dengan mukanya yang amat bengis sambil
melindungi aku daripada aku terus mengambil gambar. Aku tidak dapat mengambil
gambar kerana dilindungnya. Ke mana aku pergi dia pergi. Hinggakan aku naik
rimas lalu aku terus ke tempat lain meninggalkan anggota polis itu.
Mujurlah upaca perbarisan kemerdekaan hampir tamat...dapatlah aku buat
koleksi gambar-gambar Kenangan Perbarisan Sambutan Hari Malaysia Ke-48
dan Kemerdekaan Negara Ke-54.
Aku pergi Ke Pentas VIP dan di sana aku sempat mengambil gambar dengan
beberapa orang pempimpin yang kusanjungi. Dan sempat juga bergambar dengan
artis-artis yang membuat persembahan perbarisan kemerdekaan sambutan Hari
Malaysia & Kemrdekaan Malaysia Ke-54.
Sempat juga aku mengumpulkan buku-buku cerderahati yang ditinggalkan VIP
untuk kubuat koleksi di Galeriku yang bertemakan ," Mentranformasikan
Kemerdekaan Kepada Generasi Pasca Merdeka."
Karya Rha
16 September 2011
Like · · Unfollow Post · 9 minutes ago near Kuala Lumpur
Like · · Share · Delete
Ahmad Khamal Abdullah likes this.
Ahmad Khamal Abdullah:
Tahniah, begitulah karenahnya..
about an hour ago · Like
Rabeah Mohd Ali:
Terima kasih atas sokongan YBhg Datuk Sasterawan Negara dan kesudian
memahami erti sebuah perjuangan saya sejak bertahun lamanya.
7 minutes ago · Like
(PETIKAN DARIPADA RAKAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
16 September 2011
Facebook © 2011 · English (US)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment