Saturday, 17 September 2011

AKU TAK SELEWENG FAKTA BAH

MENGHADIRI SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE-4& DAN
KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-54 DI DATARAN MERDEKA

Hari ini aku pergi ke Dataran Merdeka Untuk Meraikan Hari Malaysia
dan Kemerdekaan Malaysia Ke-54.

Aku begitu lemah tak bermaya namun kugagahi juga menghadirkan
diri walaupun menghadapi masalah kesihatan namun begitu aku kuatkan
juga semangat kerana rasa terpanggil untuk meraikan dan menyaksikan sendiri
Hari Malaysia Ke-48 dan Kemerdekaan Malaysia Ke-54 Rasa rugi yang amat
sangat kalau aku tidak dapat menghadiri hari yang penuh bersejarah
ini.

Sampai di Dataran Merdeka Pukul 8.30 pagi, majlis telah pun bermula.
Aku terus menuju ke tempat upacara majlis... lagu patriotik mengiringi
setiap langkah kakiku. Aku rasa bangga dan penuh semangat.

Aku terus melangkah ke hadapan tanpa memperdulikan mereka disekelilingku
yang agak marah kerana aku berjalan melindungi mereka. Aku berjalan
terus ke hadapan upacara majlis.

Aku ternampak dua orang gadis membawa kotak "Sumbangan Pahlawan
Yang Gugur Di Medan Perang" dan aku mendapat lima kuntum pin baju
bunga raya lalu kupinkan di bajuku. Aku dihadiahkan sehelai bendera
Jalur Gemilang. Aku mengibarkan Jalur Gemilang penuh bersemangat.

Di skrin besar di Dataran Merdeka terpampang gambar Yang Di-Pertuan Agong
Dan Raja Permaisuri Agong. Aku amat teruja. Gembira tak terkata. Sakit
yang kualami rasa telah dilupakan.

Ketika aku sedang leka mengambil gambar perbarisan...aku ditegur oleh
beberapa orang anggota polis tidak membenarkan aku kerana aku telah
mengganggu tugas mereka...aku mohon diberi peluang untuk mengambil
gambar kerana sudah bertahun aku menunggu peluang begini baru tahun
aku dapat peluang mengambil gambar dari jarak dekat. Tanpa mempedulikan
teguran mereka aku terus mengambil gambar. Kalau aku lepaskan peluang
keemasan begini rugilah aku. Kepada anggota polis berkenaan maafkan aku
kerana aku terpaksa tidak akur kepada arahan kalian.
Aku faham kerana itu sudah tugas kalian. Tapi tolong fahami aku kerana
aku mengambil gambar bukan sekadar suka-suka tapi kuabadikan untuk
genarasi kini dan akan datang.

Ketika aku sedang taksub mengambil gambar perbarisan kemerdekaan,
bertalu-talu mereka memarahiku seolah-olah peluru sedang hinggap
ke tubuhku di segenap penjuru. Aku sabar sahaja demi negaraku demi
generasiku. Biarlah mereka marah. Apalah ada dengan kemarahan mereka
itu jika nak dibandingkan dengan pejuang-pejuang yang sanggup bekorban
nyawa untuk mempertahankan negaraku.

Paling aku sedih...salah seorang anggota polis yang tidak berpuas
hati denganku menghampiriku memandangku dengan mukanya yang amat
bengis sambil melindungi aku daripada aku terus mengambil gambar.
Aku tidak dapat mengambil gambar kerana dilindungnya. Ke mana aku
pergi dia pergi. Hinggakan aku naik rimas lalu aku terus ke tempat
lain meninggalkan anggota polis itu.

Mujurlah upaca perbarisan kemerdekaan hampir tamat...dapatlah aku
buat koleksi gambar-gambar Kenangan Perbarisan Sambutan Hari Malaysia
Ke-48 dan Kemerdekaan Negara Ke-54.

Aku pergi Ke Pentas VIP dan di sana aku sempat mengambil gambar dengan
beberapa orang pempimpin yang kusanjungi. Dan sempat juga bergambar
dengan artis-artis yang membuat persembahan perbarisan kemerdekaan
sambutan Hari Malaysia & Kemrdekaan Malaysia Ke-54.

Sempat juga aku mengumpulkan buku-buku cerderahati yang ditinggalkan
VIP untuk kubuat koleksi di Galeriku yang bertemakan ,
" Mentranformasikan Kemerdekaan Kepada Generasi Pasca Merdeka."



Karya Rha NS
16 September 2011

Like · · Unfollow Post · 9 minutes ago near Kuala Lumpur
Like · · Unfollow Post · 14 hours ago near Kuala Lumpur



Datuk Mohd Jeffry Rosman and 2 others like this.


Eddy Kapalu Bukan kemerdekaan Malaysia ke-54. Itu kemerdekaan Malaya
saja bah. Malaysia baru 48 tahun 16.9.1963 diIstihyarkan Negara Malaysia eee.
Jangan lah seleweng fakta sejarah bah. . .

2 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali Sambutan Hari Malaysia Ke-48 (Sabah & Sarawak)
Pada 16 Sep 2011 DiSambut Serentak Dengan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-54
(31 Ogos 1957) Kerana Disambut Serentak memandangkan Sambutan Hari Raya
Aidilfitri pada 31 Ogos 2011 justeru diraikan serentak dengan Hari Malaysia...
bah...adakah aku masih salah fakta bah....aku insan yang tak sempurna terima
kasih kerana menyempurnakan ...aku sedar siapa aku bah...tidak sehebatmu
Eddy Kapalu yang bijak pandai....

about an hour ago · Like


Rabeah Mohd Ali Apapun terima kasih Datuk Mohd Jeffry Rosman, Mohd Rizal
dan Rayner Sipilis kerana menyokong karya di atas tanpa rasa prejudis!


about an hour ago · Like


(PETIKAN DARIPADA TEGUR - ADUAN RAKYAT SABAH)
17 September 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;