DATIN
by Rabeah Mohd Ali on Monday, September 12, 2011 at 1:55pm
Your note has been created.
Assalamulaikum Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin,
Daripada saya dan isteri. Nasarudin.
Sms yang dihantar sudah dua hari tidak berbalas.
Datin merajuk ke?
Selamat Hari Raya maaf Zahir Batin. Tak merajuk ye
kredit habis...faham-faham aje lah hihihi
Datin jangan risau ye...saya sedang carikan tanah 500 ekar .
Kalau datin berjaya cari pembeli...hmm apa yang datin cita-citakan
semuanya terlaksana.
Aku pun pelik dengan si Nasarudin ni...dari dulu percayakan aku.
Aku biasa-biasa aje...dia pandai--pandai gelarkan aku datin...
orang dengarpun naik meluat. Malu aku! Geran tanah yang diberikan
kepada ku berkeping-keping banyaknya.....masih belum ada pembeli
hingga kini tapi masih juga nak berikan padaku geran tanah lagi.
Percayakan sangat aku ni boleh jualkan tanah-tanah yang jumlahnya
beribu-ribu ekar. Hendak aje tanah apa ...tanah ladang sawit..
tanah yang ada bijih timah, emas, kayu arang, balak...gas...
cakap aje semuanya ada.
Sampai sekarang ni aku tak jawab SMS dia kerana tak sampai hati
nak beritahu tanah yang di amanahkan kepada aku menjualnya masih
tak laku-laku.
"Sabar ajelah Nasarudin. terima kasih atas kepercayaanmu padaku.
Insya-Allah ada pembeli nanti kuberitahu padamu ye..." kata hati
kecilku.
Karya Rha NS
12 September 2011
Like · · Unsubscribe · 2 hours ago near Kuala Lumpur
Mahabbah El-ahMead likes this.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment