Monday, 12 September 2011

PRINSIP & FALSAFAH TEGUR ADUAN RAKYAT SABAH DITUBUHKAN

Kotak Hitam

kepada admin: meminta senarai YB / Adun setiap kawasan dikepilkan
bersama di tepi laman group ini. Bolehlah kita mengenal siapa
pemimpin rakyat di setiap kawasan.
Unlike · · Unsubscribe · 17 hours ago

You, Lie Tondekan, Datuk Mohd Jeffry Rosman and 6 others like this.

Ahmad Ridzuan Don ok... akan diusahakan..

17 hours ago · Unlike · 1 person

Kotak Hitam thanks admin

17 hours ago · Unlike · 1 person

Datuk Mohd Jeffry Rosman InsyaAlaah kotak hitam...

10 hours ago · Unlike · 1 person

Bhaie Saab WAJAR

10 hours ago · Unlike · 1 person

Rabeah Mohd Ali Dengan adanya senarai nama YB/Adun setiap kawasan
memudahkan rakyat Sabah mengemukakan masalah yang dihadapi oleh rakyat.
Justeru di sini saya ingin tahu siapakah YB rakyat kudat sabah kerana
rakyat kudat menanti dan terus menanti selama 30 tahun masalah pencemaran
air dan masalah hak milik tanah (masih bertaraf setinggan) Untuk pengetahuan
YB saya cuma terpanggil untuk mengemukakan masalah ini kerana rasa simpati
saya kepada rakyat kudat. Harap YB dapat bantu msalah ini dengan segala
kudrat pemikiran untuk menyelesaikannya.

10 hours ago · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

PEMBELAAN RAKYAT KUDAT SABAH

AWANG KARIM KADIR:

Air di Kudat pencemaran air memberi
masalah kepada penduduknya sejak 30 tahun lamanya. Wakil
rakyat Kudat silih berganti memenangi hati rakyat pada setiap
kali pilihanraya. Bermacam janji dan harapan diucapkan tetapi
masalah sejak 30 tahun lalu belum juga diatasi, dengan warna
dan berbau bangkai hanyair dan berlendir membuatkan kita
tak lalu memasak, apa lagi untuk diminum. Berwudukpun
macam menimbulkan syak, patutlah selama ini doa-doa kita
di Kudat ini pun macam susah makbul. Orang Islam kita hidup
dalam ketercewaan selama-lamanya melalui air yang tak terjamin
kebersihan dan kesuciaannya ini. Tapi kita mahu salahkan siapa?
(2 Mei 2011)

SENYUMAN RATU: Ahahahaa….(2 Mei 2011)

AWANG KARIM: Beginilah nasib kita selama ini di Kudat Ratu.
Apapun masalah terpaksa kita bawa ketawa aje, yang sebenarnya
kita mentertawakan diri sendiri, sebab orang Kudat yang memilih
begitu. (2 Mei 2011)

SENYUMAN RATU: Apa boleh buat sabar ya. (2 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI : Gunakan kuasa mindamu untuk membela
nasib rakyat, sepatutnya saudara Awang Karimlah yang layak
jadi wakil rakyat tentunya semua beres. (2 Mei 2011)

AWANG KARIM KADIR: Beah , kita hanya seperti ikan di lautan ,
terpaksa juga berenang menempuh arus dan gelombang, rakyat
masih dibuai kemaruk janji-janji material dan himpitan kemiskinan.
Mereka tidak ada pilihan. Namun kalau ditakdirkan begitu ketetapan
Allah dan kalau tak jadi wakil rakyat pun kita tetap wakil masyarakat
melalui media seni, selama-lamanya. (2 Mei 2011)

ARANAN SALAM: Selama 30 Tahun begitu? Langsung tidak ada
sebarang tindakan? 30 tahun bertahan, bukan satu jangka waktu
yang singkat… (2 Mei 2011)

MOHD RAFFIEE RMG: Siapalah kita hanya tukang… tukang sokong
dan tukang undi hanya tukang dan tukang tak pernah dibayar gaji
dan upah. Bila-bilapun kita tetap tukang melainkan jangan undi BN
jika wakilnya LDP. Selamatkan UMNO demi UMNO untuk UMNO
tetap UMNO. (2 Mei 2011)

HAIQAL FAIZUL: Jaga-jaga nanti ada yang kena… (2 Mei 2011)

Lovely TIMMY: Kenapa tidak lontarkan saja suara-suara
Lantang ke meja wakil rakyat daerah Kudat? Andai
pentadbirannya jujur dan amanat, maka akan didengarkan
rintihan hati penduduknya.(2 Mei 2011)

MOHD RAFFIE RMG: Tiada gunanya kerana mereka anggap kau
siapa ha… tapi sama-sama kita kempen jangan undi BN kalau
wakilnya LDP kita kena selamatkan UMNO demi UMNO tetap
UMNO. Ayuh saudara-saudaraku. (2 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI: Disokong 100% apa yang dicadangkan LT,
Pasti suara rakyat akan didengari, kalau mereka tidak mahu
dengar siapa lagi yang hendak dilontarkan rintihan rakyat yang
menanggung kesusahan selama 30 tahun. Apakah wakil rakyatnya
hatinya berdinding besi yang tak dapat memahami langsung
jerih perit rakyat? Bangunlah dari lenamu sebelum rakyat…
Fahamilah rakyat kalau tidak kerana kuasa rakyat memilihmu
kau tiada akan ada di tempatmu sekarang. ( 2 Mei 2011)

MOHD RAFFIE: RMA secara jujurnya kita tidak boleh
Salahkan wakil rakyat, yang bersalah adalah kita sendiri kerana
mengundinya, jujur paling berdoa adalah pemimpin-
pemimpin melayu meminta kita mengundi LDP. (2 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI: Duhai rakyat Kudat…tanyalah dirimu sendiri?
Siapa yang hendak menjadi pemimpinmu? Yang akan dapat membela
jerih peritmu? Di tanganmulah terletak kuasa itu… adakah kesusahan
yang kau alami itu hendak diteruskan kepada generamimu yang
seterusnya? Siapapun pilihanmu aku akur kerana aku jua sepertimu
sanggup bersusah dalam kesabaran demi kesejahteraan Negara tercinta.
duhai wakil rakyat dengarlah rintihan rakyatmu sanggup bersabar
demi sebuah kesejahteraan Negara. Gunakan kuasamu kerana
kuasamu kuasa rakyat juga. Tanpa mereka siapalah dirimu.
(2 Mei 2011)

LOVELY TIMMY: Undian rakyat adalah berbekal harapan yang
menggunung dan impian yang melangit … untuk menunding
jari ke mana pun, adalah satu kesilapan yang berterusan,
dan tidak akan ada jalan penyelesaiannya. Apa yang perlu
adalah, sikap jati diri pemimpin kita, apabila rakyat menabur
benih harapan dan kepercayaan terhadap pemimpinnya…
kerana antara rakyat dengan pemimpin adalah bagai pasu
dan air…sekali air melimpah. Sekali pasunya pun berubah.
(2 Mei 2011)

AWANG KARIM KADIR: Saya selalu tidak sesuai menunding jari
ke arah orang lain kerana kata orang satu jari ke arah orang
lain banyak jari menunjuk ke arah kita sendiri.
mudah-mudahan orang tempatan Kudat akan dikurniakan
kesedaran bahawa sudah lebih 30 tahun mereka tidak mendapat
perhatian selain hanya menjadi menyokong dan penonton
terhadap pasukan lanskap Kudat yang dibuat oleh mereka
dan kuncu-kuncu serta suku-sakat mereka. Sementara orang
tempatan hanya ada nilai pada hari-hari tententu saja.
Air masak tetap keruh dan berbau, rumah-rumah sebahagian
orang tempatan masih tetap tanah rizab tanah rizab haram
kerajaan (nasibnya masih bergantung di tangan orang itu juga
dipindahkan ) orang tempatan hanya mampu menjadi
pembawa kereta sapu demi menyambung nafas
kehidupan keluarga. Anak-anak terpaksa bergadai
nyawa dan maruah ke KL menjadi buruh kerja-kerja
teknikal atau menjadi jaga. Tetapi kebanyakan pemimpin
besar Sabah lahir dari Kudat. Pemberontakan Mat Saleh
menentang penjajah Inggeris pun bermula di Kudat.
Tapi sehingga hari ini cucu cicit dan bekas
pengikutnya masih tetap dalam belenggu penjajahan
kemiskinan dan seperti melukut di tepi gantang.
(2 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI: Justeru bangunlah rakyat Kudat jangan
biarkan hidupmu seperti melukut di tepi gantang,
masih belum terlambat untuk diperbetulkan kalau
berani bertindak demi untukmu dan generasimu.
Kejayaanmu kunantikan.(2 Mei 2011)

AWANG KARIM KADIR: Insya-Allah. (2 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI: Insya-Allah, Tuhan bersama nawaiti
hambaNya selagi mana jujur dan ikhlas. (2 Mei 2011)


AWANG KARIM KADIR: Kita tidak dapat mengalahkan
Kehendak manusia, ya kecuali manusia itu sendiri yang
mahu mengubahnya dan mudah-mudahan ada gerakan
dari Tuhan untuk mengubah nasib hambaNya yang
tak berdaya apa-apa. (2 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI: Justeru BN kalau betul-betul
perjuanganmu membela rakyat, sahutlah
cabaran rakyat Kudat ini! Kata nak lakukan
transformasi besar-besaran inilah masanya
untuk buktikan pada rakyat yang BN
benar-benar setulusnya , Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan. Budimu akan dikenang
selagi ada bulan dan matahari! (2 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI : Kata PM , “ Takkan ada mana-mana
Rakyat yang akan tercicir daripada arus pembanggunan
dan faham setiap denyutan nadi rakyat!”

(PETIKAN INI DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI
DENGAN SAUDARA AWANG KARIM KADIR)
2 Mei 2011

DISIARKAN KHAS - TEGUR - Aduan Rakyat Sabah
9 hours ago · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali Air Oh Air; dimana kau air..?
by Awang Karim Kadir on Thursday, September 8, 2011 at 1:23pm

Sembilan puluh pratus kehidupan manusia bergantung kepada air
sebagai sumber kehidupan.Masalah kekurangan air bersih yang
selamat untuk diminum di Kudat masih belum dapat diatasi sejak
lebih tiga puluh tahun yang lalu. Hanya dua kali seminggu air
mengalir dan menakutkan untuk di minum kerana telah dikenal
pasti sebagai kurang selamat kerana kandungan klorin didalamnya
yang berlebihan dengan warnanya yang kekuningan bertagar.
Bagaimanakah nasib orang2 di Kudat ini yang semakin hari semakin
terhimpit oleh keadaan dan semacam dalam ancaman keselamatan secara
halus melalui pemakanan. Kepada siapakah harus diajukan dan
dipertanggungjawabkan..?
Yang nyatanya wakil rakyat tidak berfikir untuk rakyat; rakyat
dibiarkan melarat dan tidak selamat...

Like · · Share

Bunga Seroja and Marwan Hj Beluar like this.

Rabeah Mohd Ali Berdoalah moga masalah air dihadapi di tempatmu
dapat diselesaikan dengan segera ye. Telah kukemukakan masalah
itu kepada sahabatku Ybhg Datuk Mohd Jeffry Rosman. Dengan izinNya
masalah ini selesai dengan kadar segera hendaknya. Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Thursday at 1:30pm · Like

Awang Karim Kadir Aaamiiiinnn...

Thursday at 1:32pm · Like

Rabeah Mohd Ali Masalah air di Kudat bila nak selesai YB ya,
Kesihan rakyat Kudat kita ni;
Katanya air yang diminum amat menakutkannya,
Tolonglah YBku tolonglah selamatkan mereka ni.
Thursday at 2:09pm · Like

Rabeah Mohd Ali:

Tolonglah YBku tolonglah selamatkan mereka ni,
Jangan tunggu sampai pilihan raya baru nak diuruskan;
Walaupun sudah 30 thn masih setia mengundi,
Mengundi YB tapi adakah ini balasan yang diberikan.

Thursday at 2:11pm · Like

Rabeah Mohd Ali:

Jangan tunggu sampai mereka naik bosan,
Nanti jangan salahkan rakyat pula:
Kerana tak mahu mengundi YB yang membosankan,
Kalau YB di tempat mereka macam mana pula.

Thursday at 2:13pm · Like

Rabeah Mohd Ali:

Demi negara mereka tetap setia,
Mengundi YB agar mengasihani;
Perwira pertaruh nyawa demi negara,
Rakyat Kudat pertaruh air tercemar demi negara ini.

Thursday at 2:16pm · Like

Rabeah Mohd Ali:

Moga YB terbuka hati celekkan mata,
Bertindak segera demi rakyat Kudat ini;
Semuanya pejuang yang harus dibela,
Berjuangkan negara biarpun sengsara di hati.

Thursday at 2:18pm · Like

Rabeah Mohd Ali 'SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA &
HARI KEMERDEKAAN NEGARA TERCINTA KE-54' Moga Hari Malaysia
ini memberi erti kepada Rakyat Kudat seluruhnya! Kalian
semua pejuang-pejuang sejati!

Thursday at 2:21pm · Like

Awang Karim Kadir

Ya,benar Rabeah rakyt di Kudat ini ada cucu cicit para pejuang
yang telah membebaskan Sabah daripada penjajah Inggerish dan Jepun.
Moyang kami Datu Paduka Muhammad Saleh adalah Pahlawan Sabah yang
telah menentang Chartered Companny British.Datu Mustapha adalah pejuang
gerila menentang Jepun dan bpk kemerdekaan negeri Sabah. Tetapi kami
cucu cicit mereka dalam keadaan yang terseksa dan terhina. terseksa oleh
himpitan keadaan dan terhina kerana hidup seperti status PTI Walaupun
negara telah Merdeka sekian lama tetapi perkampungan Melayu masih lagi
berstatus 'Stinggan' rua2 haram di atas tanah rizab kerajaan.Negara sudah
merdeka tetapi perkampungan dan rumah2 rakyat masih belum bebas dan merdeka
sepenuhnya...Bagaimanakah kami dapat berbangga dgn kemerdekaan ini...?

Thursday at 2:37pm · Like

Rabeah Mohd Ali

MOYANG KAMI DATU PADUKA MUHAMMAD SALEH PAHLAWAN
SABAH!


Aduhai...cucu cicit pejuang negeri Sabah dari penjajahan Inggeris dan Jepun.
Apakah dengan pengorbanan suci ini dibalas sedemikian rupa? Terkedu aku.
Darah dan nyawa dipertaruhkan un...See More

Thursday at 3:04pm · Like

Awang Karim Kadir Allah hu akbar!!!

Thursday at 3:37pm · Like

Awang Karim Kadir Moyang kami yang membuka tanah penempatan di Kudat dan
Pulau Timbang Sandakan; Datu Muhammad Hasan dan Datu Muhammad Saleh,
tetapi penjajah telah melupuskannya daripada catatan sejarah...

Thursday at 3:40pm · Like

Rabeah Mohd Ali Gunakan kebijaksanaanmu untuk mendapat hak kamu semula....
duhai anak cucu cicit Pejuang Sabah!

Thursday at 3:52pm · Like

Rabeah Mohd Ali

Duhai anak cucu cicit Datu Muhammad Saleh...
Jika kau masih diri membatu tanpa bertindak
Memperjuangkan hak pewarismu
Sia-sialah darah yang mengalir di tubuhmu
Sia-sialah kau menjadi anak jantan!

Bertindak tidak semestinya akan berlaku pertumpahan darah
Tapi menggunakan akal keijaksanaanmu membela hakmu

Aku yakin kamu akan berjaya
Jika kamu berjaya dalam memperjuangkan hak kamu

Memang benarlah kamu cucu cicit Datu Muhammad Saleh
Kamu akan dapat rasai itu jika kemenangan di pihak kamu!

Justeru tunggu apa lagi ...
Bangkitlah dari sebuah kekalahan diri sendiri

Ketahuilah kau...moyang kamu
Bangkit dengan mewakili seluruh Sabah dan Malaysia
Menempa kejayaan
Kenapa kejayaan sudah tergenggam di tangan
Menjadi hak milik kekal negara
Tiba-tiba jadi begini?

Kalau moyangmu pertaruhkan nyawa untuk Sabah dan Malaysia
Kau pertaruhkan apa?
Jangan pandai mengeluh
Tapi pandailah melaung...
Melaunglah semuhumu ...

Akan bangkit semua pejuang-pejuang menyahut lauanganmu itu
dan ketahuilah kau tika ini
Moyang kamu bersedih jika kau kecundang dalam laungan penuh
bersemangat itu....

Biarlah hingga hilang suaramu dek jutaan kali melaungkan hak kamu....
Setidak-tidaknya kamu sudah berusaha secara damai tanpa berlaku
pertumpahan darah....

Cuma yang aku dapat bantu bagi pihakmu...akan kulayangkan warkah-warkah
air mata perjuangan suci moyangmu itu kerana aku amat menghargai jasa
setiap yang bergelar "PEJUANG KEMERDEKAAN!"

Biar jasanya diSyukuri kerana nikmat kemerdekaan dikecapi kini
Biar darah yang tumpah dan jasad yang gugur ke bumi dikenang
sebagai PEJUANG KEMERDEKAAN!

Kudoakan moga perjuangan suci mereka tidak dipersiakan dan menghargai
anak cucu-cicitnya dengan selayaknya!

Barulah bererti erti,"HARI MALAYSIA YANG BAKAL DISAMBUT TIDAK LAMA LAGI!"

Thursday at 4:43pm · Like

9 hours ago · Like


Bhaie Saab ADA PELUANG SUDAH!!I..ADA PROJEK PASTI MENANTI BUAT RAWATAN
AYER > REBUT LA WAHAI KONTREK GERGASI.!!!!!

9 hours ago · Like


Datuk Mohd Jeffry Rosman untuk pengetahuna semua malam ini senarai
pemimpin itu akan dipostkan dilaman nini..

4 hours ago · Unlike · 1 person


Kotak Hitam thanks Datuk Mohd Jeffry Rosman atas kerjasamanya.
Sebenarnya permintaan saya ini mewakili keinginan untuk mengetahui
tulang belakang pembangunan negeri Sabah secara terus menerus.
Sukacitalah dirasa sekiranya wakil-wakil sesekali turun padang
di dalam facebook untuk berinteraksi bersama rakyat, mendengar
dari masyarakat talian siber. Saya yakin peluang ini boleh digunakan
sebaik mungkin oleh semua pihak secara berhemah. Saya juga meminta
bahasa yang elok dipraktikkan supaya kita belajar dan sentiasa
menjadi keturunan anak Sabah yang dikatakan lemah lembut dan bersopan.
Bahasa mencerminkan bangsa.

4 hours ago · Unlike · 3 people


Datuk Mohd Jeffry Rosman sama sama Kotak Hitam..itulah prinsip dan
falsafah group ini ditubuhkan..kita belajar dan mengajar dalam satu
masa yang sama..kita minta semua YB YB turun padang ke FB ini dan
jenguk Group ini..jika mereka mahu tahu masalah kwasan secara terpantas
maka disini lah ruangnya..saya memohon kerjasama semua ahli untuk
teruskan ADD semua yg rasanya mempunyai segala cerita maslaah
kawasan DUN DAN PARLIMEN

4 hours ago · Unlike · 3 people


(PETIKAN DARIPADA TEGUR ADUAN RAKYAT SABAH)
11 September 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;