Friday, 31 August 2012

BERKIBARLAH BERKIBARLAH BERKIBARLAH JALUR GEMILANG PENUH GAGAH! MEGAH!




Ratu Rimba Niagara shared Shahrul Fadzly's photo.
17 hours ago
 ·  · 

SALAM KEMERDEKAAN UNTUK NEGARAKU TERCINTA!

Salam Kemerdekaan Untuk Negaraku Tercinta,
Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
Tersenyum megah penuh bangga,
Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.

Kau tak pernah erti kalah,
Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
Di mana pun berada kau berkibar megah,
Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.

Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
Semangat rakyatnya terus membara-bara,
Menjadikan realiti impian 1Malaysia.

Salam Ramadhan untuk Datuk Seri,
Semoga puasa membawa keberkatan;
Jasamu sentiasa mewangi di hati,
Perjuangan terdahulu masih diteruskan.

Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
Membela nasib rakyat di mana saja berada,
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.

1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.

Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
Sehati senada sejiwa saling memahami,
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.

Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.

Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
Yang difikirkan keamanan negara ini,
Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.

Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.

Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.

Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.

Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
Buat Negaraku Malaysia tercinta:
Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.

Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-55 ini kuberjanji,
Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
Moga kau tidak akan disakiti lagi,
Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.

Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
Moga kau sentiasa gembira selalu;
Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.

Karya: Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2012
(Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan
Malaysia Ke-55 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2012)
(BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN 31 Julai 2022)


PERJUANGANKU!

Perjuanganku!
aku bukanlah seorang perwira…
yang gagah perkasa bersenjata
aku bukanlah hartawan untuk
membeli keperwiraan

Aku tak punya apa-apa…
cuma wanita lemah tapi
bangkit dengan satu semangat
juang yang tak pernah padam!

Aku dihujani keputusaan dalam perjuangan
aku dihujani penghinaan!
hinggakan aku lemah untuk terus bangun
dalam serba tidak keupayaan aku bangun
sendiri dek terpanggil semangat juang yang tinggi

Suara-suara yang tidak dikenalilah yang membuatkan
aku terus berjuang! Merekalah yang telah meyakinkan
aku… aku boleh! aku boleh!
terima kasih suara-suara! Aku amat menghargainya!

yang aku korbankan bukan untuk diriku tapi untuk negaraku!
untuk pewarisku yang akan mewarisi negaraku yang tercinta ini! yang aku mahu… bila ketiadaanku nanti… suara-suaraku masih lagi kedengaran di setiap pelosok negaraku yang tercinta ini! aku pesankan kata-kata azimat buat pewarisku tercinta…
Hargailah Kemerdekaan!
Akan Merdeka Selamanya!
Aku Sayang Negaraku!
Aku Sayang Pewarisku!
Aku tidak maafkan diriku jika negara ini dijajah semula!

Selagi ada bulan dan matahari…
Negaraku akan terus mengibarkan Jalur Gemilang!
Berkibarlah! Terus Berkibar!
Dengan Megah! Gagah! Dan Bangga!

Karya: Ratu  Rimba Niagara
31 Ogos 2012 (Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-55)
(BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN 31 Julai 2012) 
 ·  · See Friendship · 10 minutes ago ·

  • PANTUN SATRIA

    Hajat hati nak jadi perwira,
    Tiada kudrat apalah dayaku;
    Namun begitu bersemangat satria,
    Relaku mati demi negaraku.

    Kata ibu datukku seorang pahlawan,
    Keturunan hulubalang Raja Bugis;
    Aku bersyukur berdarah pahlawan,
    Kutiupkan roh patriotik di jiwa pewaris.

    Rupanya aku tidak keseorangan,
    Di luar sana menyokong perjuanganku;
    Sokong menyokong atas dasar perjuangan,
    Di perjuangkan habis-habisan demi negaraku.

    Takkan hilang melayu di dunia,
    Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
    Melayu bersatu bermuafakat bersama,
    Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

    Berjuang tetaplah berjuang jua,
    Pantang undur sebelum berjuang;
    Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
    Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

    Jasa perajurit memang tidak dilupakan,
    Jasamu mewangi hingga ke mati;
    Siap siaga demi agama dan negara dipertahankan,
    Kaulah perwira rakyat dan negara sejati.

    Pasukan Polis bersedia berkhidmat,
    Bersiap siaga setiap masa;
    Menangani jenayah begitu cermat,
    Agar negara dan rakyat aman sentiasa.

    Tentera Udara Malaysia segak bergaya,
    Berkhidmat sepenuh jiwa dan raga;
    Pertaruhkan nyawa di angkasa raya,
    Keamanan Malaysia di puncak jaya.

    TLDM tidak kurang hebatnya,
    Berada di laut bersiap siaga;
    Musuh yang datang akan ditentangnya,
    Demi keamanan negara sentiasa dijaga.

    Pasukan RELA rela berkorban,
    Berkorban masa dan juga tenaga;
    Berkhidmat dengan RELA atas dasar keikhlasan,
    Demi rakyat dan negara tercinta.

    Jasa PEKIDA tidak dilupakan,
    Matlamatnya jelas pertahankan agama dan negara;
    Kesatria di jiwa dipertaruhkan,
    Semangat perjuangan terus membara.

    PERKASA kusanjung jasamu,
    Berjuang habis-habisan demi agama dan negaramu,
    Tidak pernah berputus asa di hatimu,
    Perjuangan dipertaruhkan tiada jemu.

    PEWARIS Malaysia mempertabatkan melayu tanpa jemu,
    Roh perjuangan tepat dan jelas;
    Semangat membara-bara hidup di hatimu,
    Moga murni perjuanganmu Allah membalas.

    Seni persilatan melayu amat dikagumi,
    Kepahlawananmu tiada tandingannya;
    Generasi muda minat mempelajari,
    Ilmu persilatan melayu dekat di hatinya.

    Kebangkitan rakyat Mesir kekejaman Hosni Mubarak,
    Pemerintahan diterajui menzalimi rakyat;
    Jutaan rakyat bangkit memberontak,
    Akhirnya kemenangan menyebelahi rakyat.

    Kekejaman pemerintahan Libya terus dipertahankan,
    Jutaan rakyat bermandikan peluru dan darah;
    Pemimpinnya rakus gilakan kekuasaan,
    Kemusnahan negara dan rakyat tinggal sejarah.

    Rakyat Malaysia cintakan keamanan,
    Pemimpin Malaysia cintakan negara;
    Rakyat dan pemimpin saling sefahaman,
    Saling berkorban demi negara.

    Peristiwa Mesir dan Libya jadikan pedoman,
    Jangan dengki-mendengki rakyat dan pemimpin;
    Negara sentiasa terus aman,
    Kedaulatan negara sejak berzaman.

    Pahlawan melayu pantang berundur,
    Rela bermandikan darah dihujani peluru;
    Demi pewaris takkan berudur.
    Nyawa dipertaruhkan di setiap penjuru.

    Berkibarlah benderaku terus berkibar,
    Rakyat dan pemimpin terus pertahankan;
    Rakyat Malaysia jangan dicabar,
    Roh perjuangan meniti zaman.

    Karya Putri Rimba Niagara
    31 Julai 2012
    11 Ramadhan 1433H
    (Bersempena Memperingati Hari Pahlawan)



  • SEABADI KASIH SAYANGMU PADA KAMI

    BismillahirRahmanirRahim
    Assalamualaikum wr wb
    Selamat Hari Pahlawan
    Kepada Semua Pahlawan
    Yang sentiasa disanjungi sepenuh hati sepenuh jiwa
    Kumengagumimu dari dulu hingga kini
    Kau sentiasa di hatiku
    Jasamu pada ibu pertiwi
    Kusanjung tinggi
    Tanpamu siapalah kami
    Kau rela mempertaruhkan nyawamu
    Demi ibu pertiwi
    Demi anak bangsa
    Jasa baktimu tak akan kami lupakan
    Kau sentiasa bersiap siaga
    Bila-bila masa
    Tak kira masa
    Tak kira di mana
    Apabila semboyan ibu pertiwi berbunyi
    Kau terus mara ke medan juang
    Tanpa menghiraukan
    Nyawamu di ambang maut
    Itu tak akan kau hiraukan
    Dan tak akan kau undur biarpun setapak
    Kau dihujani peluru
    Bermandikan darah
    Darah...darah...darah...
    Pekat...pekat...pekat...
    Kau masih bersemangat
    Sebelum nafas terakhir
    Kau masih sempat
    Melepaskan das tembakan
    Kena tepat ke jantung musuh durjana
    Dan kau tersenyum dalam
    Pelukan senjata yang berjasa padamu
    Dan kau sempat tersenyum
    Sambil melafazkan
    Kucinta-Mu Tuhan
    Kusayangmu ibu pertiwi
    Kusayangmu anak bangsa
    Kematianku ini adalah tanda kusayang semua kerana-Nya
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

    Pahlawanku...
    Mengenangkan jasamu itu
    Kami seluruh rakyat Malaysia
    Tidak akan melupakan
    Jasa bakti semua pahlawan di Malaysia
    Samada yang telah tiada atau masih ada
    Kepada yang tiada
    Kami kirimkan sejambak doa
    Agar kau tenang di Syurga
    Dikelilingi bidadari Syurga
    Rezeki tak putus-putus dari-Nya
    Kerana kau mati dikira
    Pejuang fisabilillah Insya-Allah Aamiin
    Kepada pahlawan yang masih ada
    Teruskanlah perjuangan sucimu
    Kami sentiasa memberi sokongan
    Yang tidak berbelah bahagi
    Kerana tanpamu pahlawanku
    Siapalah kami
    Tak mungkin kami akan merasa
    Nikmat kedamaian Malaysia
    Yang kini pesat membangun
    Dalam pembangunan era abad ke-21
    Yang Cemerlang Gemilang Terbilang
    Dalam keadaan
    Aman damai tenteram
    Semuanya kerana jasa baktimu
    Semua pahlawan di Malaysia
    Malaysiaku maju
    Malaysiaku aman
    Semuanya keranamu pahlawanku
    Semuanya dengan izin-Nya jua
    Makanya kami bersyukur kepada-Nya
    Kami ucapkan sekalung terima kasih
    Kepada semua pahlawan di Malaysia
    Sebagaimana kamu sayang kami
    Begitulah kami sayang kamu
    Abadi seabadi kasih dan sayangmu pada kami

    JASA DAN BAKTIMU SENTIASA MEWANGI DI HATI KAMI

    'SELAMAT HARI PAHLAWAN'

    Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:

    PUTRI RIMBA NIAGARA
    ISTANA RIMBA NIAGARA
    MALAYSIA/INDONESIA
    31 Julai 2012 M
    11 Ramadan 1433 H


    AKU ASKAR MELAYU

    Aku orang melayu
    Kerja askar melayu
    Di Tanah Melayu

    Tak akan ada
    Seorang pun
    Yang boleh
    Menggugat
    Penderiaanku

    Darahku
    Jiwaku
    Jiwa melayu

    Jasadku kepunyaan Allah
    Rohku dalam genggaman Allah

    Demi-Nya
    Demi bangsaku
    Demi negaraku

    Kurela
    Nyawaku jadi taruhan
    Di setiap penjuru
    Setiap masa
    Sentiasa bersiap siaga
    Bila-bila masa
    Berbakti di medan juang!

    Tak akan berundur biarpun seinci
    Biarpun peluru menembusi seluruh tubuhku
    Aku relakan
    Demi-Nya
    Demi anak bangsa
    Demi pertiwi

    Biarpun dihujani peluru
    Biarpun bermandikan darah
    Biarpun bumi 1Malaysia ini menjadi lautan darah
    Kami askar melayu relakan
    Asalkan rakyat 1Malaysia aman damai
    Daripada ancaman musuh
    Agar kemerdekaan negara kami
    Kekal merdeka selagi ada bulan dan matahari!

    Duhai anak cucuku...
    Moyangmu
    Askar melayu
    Menyayangimu
    Sepenuh jiwa dan raga
    Rela pertaruhkan nyawa demi
    Negara ini agar dapat kalian
    Teruskan dan jayakan
    Dan kekalkanlah kemerdekaan negara tercinta ini
    Agar dapat diwariskan
    Dari generasi ke satu generasi

    Di tugu moyangmu nanti
    Kalungkanlah bunga-bunga cinta pertiwi pada moyangmu
    Tanda ingatan kalian pada moyangmu
    Jangan lupa doakan kesejahteraan roh moyangmu
    Agar tenang setenang air di kali Syurga

    Moyangmu...
    Ahmad Tajuddin
    Dan seluruh rakan moyangmu
    Orang Melayu
    Askar Melayu
    Di Tanah Melayu
    Di bumi 1Malaysia tercinta!

    Karya Putri Rimba Niagara
    29 Julai 2012
    9 Ramadhan 1433H
    (KARYA DIILHAMKAN KHAS UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU WIRA BANGSA MELAYU 1MALAYSIA TUAN AHMAD TAJUDDIN & SEMUA ASKAR MELAYU R.A.M.D 1MALAYSIA)

    (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA)
    9 Ramadan 1433H
    13 hours ago · Like

    INILAH SUMPAHKU!

    Akulah askar melayu RAMD
    Tak akan gentar
    Tak akan undur biarpun setapak
    Demi agama bangsa dan negara
    Akan kupertahankan
    Hingga ke titisan darah terakhir!
    Inilah sumpahku!
    Pada anak bangsaku!

    Karya Putri Rimba.
    29 Julai 2012
    9 Ramadan 1433H
    13 hours ago · Like

    KARYA DIILHAMKAN KHAS UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU WIRA BANGSA MELAYU 1MALAYSIA TUAN AHMAD TAJUDDIN & SEMUA ASKAR MELAYU R.A.M.D 1MALAYSIA


     

    REVOLUSI BERTANJAK

    Revolusi bertanjak
    Raja bertanjak
    Pemimpin bertanjak

    Tak akan berlaku revolusi
    jika cuma Raja dan pemimpin bertanjak

    Suka tak suka
    akan berlaku revolusi
    jika sekiranya
    seluruh rakyat bertanjak
    dan memahkotakan
    tanjak yang terbaik
    bertahtakan
    kekuasaan rakyat memilih
    siapakah pemimpin yang terbaik untuk mereka
    dan memartabatkan Raja
    untuk mengukuhkan lagi
    sesebuah negara
    yang sentiasa mengutamakan rakyat
    daripada kepentingan sendiri
    kerana kekuasaan rakyat
    sentiasa dijunjung pada
    tanjak anugerah rakyat
    untuk pemimpin dan Raja
    itulah revolusi yang sebenarnya!
    jika itu terealiti
    makanya
    antara rakyat pemerintah dan Raja
    berpisah tiada
    kerana senada seirama
    memajukan negara
    dalam suasana
    aman harmoni
    tanpa
    mengundang
    ketidakadilan
    dalam memegang tampuk kekuasaan
    kekuasaan adalah milik semua
    dan semua berhak
    untuk hidup dalam
    negara sendiri yang merdeka!
    Revolusilah rakyat
    Revolusilah pemerintah
    Revolusilah Raja
    Revolusilah negara
    Barulah negaraku akan terus merdeka
    Dalam ertikata yang sebenarnya
    Negaraku yang merdeka dan berdaulat!
    Merdeka!Merdeka!Merdeka!

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    31 Ogos 2012
    (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55 TAHUN PADA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012 & MEMBERI SOKONGAN KEPADA INSTITUSI DIRAJA DAN SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN NUSANTARA)
    14 hours ago · 
    PUISI PAHLAWANKU

    Pahlawanku…
    Kau gagah perkasa
    mempertahankan negaramu
    tanpa jemu…
    Rela bermandikan darah…! Dihujani peluru!
    Pertaruhkan nyawamu di setiap penjuru
    demi keamanan negara dan generasimu.
    Kau juga menyumbang kepada
    keamanan dunia!
    Jasamu sentiasa di hatiku
    di pusaramu nanti kukalungkan
    bunga-bunga cinta perjuangan
    kubertafakur mendoakan
    rohmu mendapat ganjaran Syurga!
    Amin Ya Rabbal A’ Lamin.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    26 Ogos 2012
    9 Syawal 1433H

    PUISI PERWIRAKU

    Duhai perwiraku…
    Perjuanganmu aku kagumi,
    moga semangat dan perjuanganmu
    takkan pernah luntur…
    Biarpun tsunami datang membadai!
    Biarpun nyawa jadi taruhan!
    Kerana dirimu adalah penyambung WARISAN,
    namamu akan terpahat di hati WARISAN,
    generasi kini dan akan datang.
    Selagi ada bulan dan matahari
    namamu tetap gah!
    Perjuanganmu tetap megah!

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    26 OGOS 2012
    9 Syawal 1433H

    APABILA TAKDIR MENGATASI SEGALA-NYA

    Duhai Pendekar Temasek...
    Pendekar melayu yang disanjungi
    Sejarah tetap sejarah
    Sejarah tak boleh nak diubah
    Tapi apabila takdir mengatasi segala-Nya
    Sejarah boleh berubah dengan izin-Nya
    Makanya siapkan strategi rapatkan barisan
    Apabila semboyan kepahlawanan melayu telah berbunyi
    Bertindak bukan mahu menunjukkan kekuatan
    Tapi menggunakan kebijaksanaan akal untuk bertindak
    Tanpa berlaku persengketaan atau pertumpahan darah
    Seperti menarik rambut dalam tepung
    Sebagaimana yang dilakukan oleh
    Tunku Abdul Rahman tika mendapatkan kemerdekaan Malaysia

    Singapura adalah takdir bukan milik Malaysia lagi
    Mana tahu berkat kesepaduan kepahlawanan melayu
    Di Singapura kerajaan Singapura berjaya diperintah
    Oleh Pewaris Raja berkat sokongan daripada pahlawan
    Rumpun Melayu Nusantara...
    Insya-Allah Ammin Ya Rabbal A'Lamin

    PUTRI RIMBA NIAGARA
    3 Ogos 2012
    14 Ramadan 1433H
    (DISIARKAN PUISI SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA
    17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012)
    8 Ogos 2012
    19 Ramadan 1433H


    AKU BERJUANG DI LUAR GELANGGANG

    Tika aku terlantar parah begini...
    Mana pergi anak-anak muridku...
    Yang mengaku akan menuntut bela
    Darahku yang jatuh ke bumi
    Walaupun setetes!
    Ini bukan setetes...
    Tubuhku dipenuhi darah....
    Sesuka hati mereka
    Menetak ...menghentak
    Memukul ...menyepak terajangku
    Bukan aku tidak boleh melawan mereka
    Mereka terlalu ramai
    Kalau benar mereka anak jantan
    Kenapa tidak satu lawan satu?
    Biarpun begitu pantang
    Anak jantan lari di medan juang
    Biarpun mereka ramai
    Aku seorang
    Aku kerahkan segala tenaga kejantananku
    Hingga tak kuhiraukan
    Darahku merecik sana sini
    Lagi kuat hayunan parangnya
    Lagi kuat hayunan
    Sepak terajangku
    Karena mereka bersenjatakan parang tukul dan besi
    Aku tidak bersenjata
    Karena
    Aku bukan dicabar di tengah gelanggang
    Aku diserang hendap tika di luar gelanggang
    Karena aku percaya
    Tuhan Mahu Mengujiku
    Karena adalah suratan takdirku
    Aku terima dengan redho
    Cuma jika dipanggil Ilahi
    Adakah anak-anak jantan melayu
    Di luar sana masih membisu dan kaku
    Aku tidak minta ditebus kematianku
    Tapi jagalah bangsa melayuku
    Agar tidak menerima nasib sepertiku
    Diserang hendap tanpa dugaku
    Dan pantang aku
    Bangsa aku ditindas dan tertindas
    Tanpa sebab musabab....
    Apa hina sangat ke jadi bangsa melayu?
    Makanya bangsaku
    Kalau melayu tak sokong melayu
    Siapa lagi?

    Pahlawanku yang teraniaya...
    Sabarlah...
    Tuhan bersamamu tika ini
    Andai kau sembuh ...sembuhmu pasti merawat duka...
    Andai kau dijemput Ilahi...
    Syurga menantimu
    Insya-Allah Aamin

    Karya : Putri Rimba Niagara
    24 April 2012
    (DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/ MALAYSIA PADA 31 OGOS 2012)
    14 hours ago · 

     
    GAGAH SETIA

    Kau pahlawan Allah
    Kau pahlawanku
    Kau pahlawan semua
    Kau pahlawan rakyat 1Malaysia

    Kau pahlawan yang gagah perkasa
    Kau pahlawan yang setia

    Kau rela korbankan dirimu
    Demi mempertahankan ibu pertiwi

    Kami hargai
    Kami sanjungi

    Kami berbangga punyai pahlawan
    Sepertimu
    yang gagah
    yang setia
    kepada agama bangsa dan negara

    ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

    Jasamu pahlawan
    Kan kami letak di taman hati
    Taman hati berbunga kebangsaan negara
    Bunga Raya
    Yang berkelopak Lima:
    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    KELUHURAN PERLEMBAGAAN
    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
    KESOPANAN DAN KESUSILAAN
    Yang sentiasa ada di jiwa semua rakyat Malaysia
    Dengan segala prinsip rukun negara itulah
    Makanya hidup seluruh rakyat Malaysia
    Dalam kesejahteran dan kerahmatan dari Ilahi

    Moga Malaysia
    CEMERLANG GEMILANG TERBILANG

    Berkat kesetiaan gagah perkasa
    Semua pahlawan negara

    ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
    Syukur kami pada-Mu Tuhan
    Mengurniakan kami pahlawan-pahlawan yang gagah setia
    Setiasa bersiap sedia membela ibu peritiwi
    Makanya Rahmatilah hidup dan mati semua pahlawan kami
    Yang berjasa pada ibu pertiwi
    Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    31 Julai 2012
    11 Ramadan 1433H
    (DIILHAMKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI PAHLAWAN DI MALAYSIA
    PADA 31 Julai 2012)


    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    31 Ogos 2012







0 comments:

Post a Comment

 
;