Monday, 27 August 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (483) - PENDEKAR TEMASEK


1 ·  · 
  • You, Sri Prabu Bumi Kusuma and 120 others like this.
    • Oxa Lezhmhana maap lhir batin
    • Pendekar Temasek Salam Lebaran Oxa Lezhmhana... maaf agak sibuk kebelakangan ini ladeni lebaran dan mengajar di Institusi Pengajian Seni Lassale. Kita bisa chat insyaallah kapan2 bila ada kelapangan yah. :))
      Yesterday at 4:33am ·

      • yah paman
      • RH Boss PowerRich wslm pendekar.. slmt hr ry juge..
        Yesterday at 4:46am · 

        Mohd Tahir Bin Hashim Wah nampak hebat pendekar kita tapi kalau pakai tengkolok lagi hebat. Selamat Hari Raya Aidil Fitri
        Yesterday at 4:50am ·



        • Yesterday at 4:56am
           · Edited ·  · 2
        • Salmah Abdul Hamid Salan Lebaran
          Yesterday at 6:49am ·  · 1
        • Yesterday at 6:53am · 

            • Terima Kaseh Puan Latifah Sholeh atas nasehatnya itu. Paman akan senentiasa mohon perlindungan dan bantuan Allah swt agar tidak diperdaya dek dunia ini. Mudah2an Paman mendapat RahmatNYa untuk menjadi manusia yg lebih baik. Pada masa2 lalu di saat Paman meninggikan martabat kependekaran, ianya tidak lain hanya lah untuk menghimbau semangat anak bangsa untuk segera bangkit mempertahankan warisan budaya pendekar sejati yg semakin menghilang di akhir2 zaman ini. Sesungguhnya, segala puji itu hanyha lah untuk Allah swt. Perjuangan Paman di Tititan Seni tidak menjadikan Paman semakin kaya atau semakin hebat... Malah ianya membuakan Paman semakin insaf dan sadar betapa kami hanya lah manusia yg daif lagi kerdiL .....yang bergelar Insan Seni.
              Yesterday at 3:19pm ·  · 3
            • Kotot Slamet Hariyadi minal aidzin wafaidzin paman, mohon maaf lahir-batih...
              Yesterday at 3:32pm ·  · 1
            • Edward Lebe Eid Mubarak 1 Syawal 1433 H Maaf Lahir Bathin....
              21 hours ago · 
            • Bambang Anggono Walah adikku Edward lebe sudah muncul lagi salam buat seluruh famili Dik Edward lebe dirumah wass
              21 hours ago · 
            • Edward Lebe Heee aku baru saja selesai Halal Bihala Keluarga Besar Ibuku Tamala di Pdk Labu, heee salam salam keluarga MrBambang Anggono
              21 hours ago · 
            • Raja Mazlan smart molek paman tuh....selamat hari raya
              18 hours ago · 
            • Alifa Hazel ganteng...paman..selamat hari raya maaf zahir batin...terimakasih diatas segala ilmu yg paman kongsikan...
              16 hours ago · Edited · 
            • PUISI PAHLAWANKU

              Pahlawanku…
              Kau gagah perkasa
              mempertahankan negaramu
              tanpa jemu…
              Rela bermandikan darah…! Dihujani peluru!
              Pertaruhkan nyawamu di setiap penjuru
              demi keamanan negara dan generasimu.
              Kau juga menyumbang kepada
              keamanan dunia!
              Jasamu sentiasa di hatiku
              di pusaramu nanti kukalungkan
              bunga-bunga cinta perjuangan
              kubertafakur mendoakan
              rohmu mendapat ganjaran Syurga!
              Amin Ya Rabbal A’ Lamin.

              Karya: Ratu Rimba Niagara
              26 Ogos 2012
              9 Syawal 1433H

              PUISI PERWIRAKU

              Duhai perwiraku…
              Perjuanganmu aku kagumi,
              moga semangat dan perjuanganmu
              takkan pernah luntur…
              Biarpun tsunami datang membadai!
              Biarpun nyawa jadi taruhan!
              Kerana dirimu adalah penyambung WARISAN,
              namamu akan terpahat di hati WARISAN,
              generasi kini dan akan datang.
              Selagi ada bulan dan matahari
              namamu tetap gah!
              Perjuanganmu tetap megah!

              Karya: Ratu Rimba Niagara
              26 OGOS 2012
              9 Syawal 1433H
              45 minutes ago · 
            • APABILA TAKDIR MENGATASI SEGALA-NYA

              Duhai Pendekar Temasek...
              Pendekar melayu yang disanjungi
              Sejarah tetap sejarah
              Sejarah tak boleh nak diubah
              Tapi apabila takdir mengatasi segala-Nya
              Sejarah boleh berubah dengan izin-Nya
              Makanya siapkan strategi rapatkan barisan
              Apabila semboyan kepahlawanan melayu telah berbunyi
              Bertindak bukan mahu menunjukkan kekuatan
              Tapi menggunakan kebijaksanaan akal untuk bertindak
              Tanpa berlaku persengketaan atau pertumpahan darah
              Seperti menarik rambut dalam tepung
              Sebagaimana yang dilakukan oleh
              Tunku Abdul Rahman tika mendapatkan kemerdekaan Malaysia

              Singapura adalah takdir bukan milik Malaysia lagi
              Mana tahu berkat kesepaduan kepahlawanan melayu
              Di Singapura kerajaan Singapura berjaya diperintah
              Oleh Pewaris Raja berkat sokongan daripada pahlawan
              Rumpun Melayu Nusantara...
              Insya-Allah Ammin Ya Rabbal A'Lamin

              PUTRI RIMBA NIAGARA
              3 Ogos 2012
              14 Ramadan 1433H
              (DISIARKAN PUISI SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA
              17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012)
              8 Ogos 2012
              19 Ramadan 1433H

              You, Ahmad Tajuddin and Sri Prabu Bumi Kusuma like this.
              (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
              27 Ogos 2012
              43 minutes ago · 
            • AKU BERJUANG DI LUAR GELANGGANG

              Tika aku terlantar parah begini...
              Mana pergi anak-anak muridku...
              Yang mengaku akan menuntut bela
              Darahku yang jatuh ke bumi
              Walaupun setetes!
              Ini bukan setetes...
              Tubuhku dipenuhi darah....
              Sesuka hati mereka
              Menetak ...menghentak
              Memukul ...menyepak terajangku
              Bukan aku tidak boleh melawan mereka
              Mereka terlalu ramai
              Kalau benar mereka anak jantan
              Kenapa tidak satu lawan satu?
              Biarpun begitu pantang
              Anak jantan lari di medan juang
              Biarpun mereka ramai
              Aku seorang
              Aku kerahkan segala tenaga kejantananku
              Hingga tak kuhiraukan
              Darahku merecik sana sini
              Lagi kuat hayunan parangnya
              Lagi kuat hayunan
              Sepak terajangku
              Karena mereka bersenjatakan parang tukul dan besi
              Aku tidak bersenjata
              Karena
              Aku bukan dicabar di tengah gelanggang
              Aku diserang hendap tika di luar gelanggang
              Karena aku percaya
              Tuhan Mahu Mengujiku
              Karena adalah suratan takdirku
              Aku terima dengan redho
              Cuma jika dipanggil Ilahi
              Adakah anak-anak jantan melayu
              Di luar sana masih membisu dan kaku
              Aku tidak minta ditebus kematianku
              Tapi jagalah bangsa melayuku
              Agar tidak menerima nasib sepertiku
              Diserang hendap tanpa dugaku
              Dan pantang aku
              Bangsa aku ditindas dan tertindas
              Tanpa sebab musabab....
              Apa hina sangat ke jadi bangsa melayu?
              Makanya bangsaku
              Kalau melayu tak sokong melayu
              Siapa lagi?

              Pahlawanku yang teraniaya...
              Sabarlah...
              Tuhan bersamamu tika ini
              Andai kau sembuh ...sembuhmu pasti merawat duka...
              Andai kau dijemput Ilahi...
              Syurga menantimu
              Insya-Allah Aamin

              Karya : Ratu Rimba Niagara
              24 April 2012
              (DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/ MALAYSIA PADA 31 OGOS 2012)
              42 minutes ago · 
            • PENDEKAR MELAYU TAK MUDAH MENGAKU KALAH

              Melayu hina melayu,
              Takkan kubiarkan;
              Kerana aku jiwa melayu,
              Kusahut segala cabaran.

              Melayu sentiasa hidup,
              Takkan kubiarkan diinjak-injak;
              Kerana kumahu bangsa ku terus hidup,
              Makanya bangsaku mestinya bijak.

              Pendekar melayu pantang dicabar,
              Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
              Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
              Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.

              Sedikit ilmu badan binasa,
              Akan kusahut cabaranmu itu;
              Bertulangkan besi beruratkan suasa,
              Satu lawan satu aku sedang menunggu.

              Satu lawan satu itulah anak jantan,
              Pukulan maut takkan ku gentar;
              Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
              Biar apa terjadi jangan undur.

              Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
              Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
              Ingat pesanan guru jangan mengalah,
              Kerana pendekar melayu tak takut mati.

              KARYA RATU RIMBA NIAGARA
              9 Ogos 2012
              20 Ramadan 1433H
              (DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012)
              38 minutes ago · 
            • PANTUN PAHLAWAN MELAYU PANTANG DICABAR!

              Batang jerami diberi madu
              Rebung seiris dimakan kuda
              Kalau kami diberi malu
              Ujung keris menikam dada
              By: Zairi Erie

              Putri Rimba:

              Hujung keris menikam dada,
              Rela kumati jika itu mahumu;
              Niatku kepahlawananmu terus di persada.
              Tapi api cemburumu memakan diriku.

              "Silakan ...bunuhku segera...asal damai hatimu!!!!! i

              " Pendekar yang gagah perkasa tak akan lari dari medan perjuangan...
              makanya aku akan kejar kau sampai dapat agar kau tidak boleh lari lagi ke mana!

              Orang tua jangan disanggah,
              Budi baik jadi sanjungan;
              Kepahlawananmu aku bermegah,
              Matimu dalam kenangan.

              Jika dibiarkan keris bicara,
              Makanya akal fikiran ditolak tepi;
              Adat pahlawan membara-bara,
              Pantang dimalu terbakarlah hati.

              Pantang dimalu terbakar hati,
              Sebelum menfitnah berfikir dulu;
              Jangan diikut marah di hati,
              Apapun masalah berbincanglah dahulu.

              Bukankah kita sama se guru,
              Tapi perbedaan fahaman buatku celaru;
              Kau sentiasa perkasa selalu,
              Rendah diriku tak setandingmu.

              Merendahnya aku bukan bererti aku kalah,
              Mahu kufikirkan dulu apa bicara Si Tuah;
              Pahlawan Hang Tuah patut dimegah,
              Kernanya Melayu aman di bumi bertuah.

              Tanam pisang rapat-rapat,
              Air diteguk di tepi kali;
              Bersatu hati disetiap pendapat,
              Kebalnya pahlawan menjadi lali.

              Kepahlawan melayu sudah terbilang,
              Tiada tandingan di serata dunia;
              Pewaris melayu takkan hilang,
              Nenek moyang menyayangimu sentiasa.

              Makanya duhai pahlawan melayu,
              Bangkitlah dengan semangat juang yang tinggi;
              Jangan berleka dengan fikiran bercelaru,
              Perjuangan membela anak bangsa jangan terhenti.

              Biarpun tsunami datang membadai,
              Teruskan segala niat yang murni;
              Jiwa pejuang takkan terhenti,
              Selagi ada denyutan nadi.

              Malulah pahlawan jiwanya mati,
              Semangatnya lemah pabila dikeji;
              Apapun dihina tetap berjiwa pertiwi,
              Demi anak bangsa tak pernah terhenti.

              Pandainya kamu membalas pantun,
              Buat hatiku rasa terpegun;
              Budi bahasa mu penuh bersantun,
              Marilah kita berbalas pantun.

              Hari ini kata semangat,
              Esok hilang segala semangat;
              Budaya pantun harus diingat,
              Kerna pantun lambang semangat.

              Melayu juga bergurindam jiwa,
              Hinggakan jiwa melayang-layang;
              Gurindam jiwa mengusik jiwa,
              Mengundang rindu mengundang sayang.

              Bergurindam jiwa menyambung ukhwah,
              Ukhwah kepahlawanan semangat melayu;
              Keperkasaan pahlawan sentiasa dimegah,
              Berperasangka baiklah itu dimahu.

              Kenapa perlu kata begitu,
              Kail sejengkal jangan diduga laut yang dalam;
              Orang melayu selalu begitu,
              Yang kuperlukan sokongan mendalam.

              Tak kenal maka tak cinta,
              Dah cinta baru tahu;
              Bangsa melayu sentiasa kucinta,
              Dalamnya cintaku kau tak tahu.

              Aku berkarya berpantun sepenuh hati,
              Berkarya bukan sesuka hati;
              Jangan dipersendakan sama sekali,
              Rela kujauhkan dirimu jika diulangi.

              Kerna kurindu aku menulis,
              Kerna kusayang aku berkarya;
              Sayangku pada anak cucu setulus ikhlas,
              Makanya fahami aku bila aku berkarya.

              Jika benar kau pejuang bahasa melayu,
              Ayuh mari kita turun ke gelanggang;
              Gelanggang pantun budaya melayu,
              Bersama mempertabatkan agar tak hilang.

              Bahasa melayu tak akan hilang,
              Jika bersatu hati mempertabatkannya:
              Ditutur dan ditullis jangan ikut senang,
              Moga menghasilkan kejayaan akhirnya.

              Duhai rakan seperjuanganku kita ke sini,
              Sekadar teman sehati sejiwa;
              Bagi menyokong segala yang murni,
              Bersama jalinkan ukhuwah sehati sejiwa.

              Duhai sahabat yang bijak berpantun,
              Jadilah dikau budayawan bangsa;
              Bakat yang ada jangan dipendamkan,
              Taburlah bakti pada anak bangsa.

              Terima kasih rakan seperjuanganku,
              Kerna sudi berkongsi karyamu;
              Syukur kau sudi berjuang bersamaku,
              Moga ikatan ukhuwah harum di kalbu.

              Karya Putri Rimba
              5 April 2012
              35 minutes ago · 
            • JAGAILAH WARISAN MOYANGMU

              Tak akan sumbang langkah kakimu,
              Kerna kepahlawananmu sudah terbilang;
              Kau tak pernah jemu mendidik anak bangsamu,
              Agar ilmu kepahlawanan melayu jadi terbilang.l

              Tenaga sikit bisa menang,
              Asalkan ikhlas dalam perjuangan;
              Biar berputih mata jangan berputih tulang,
              Bersatu hatilah demi perjuangan.

              Melayu tak mudah layu,
              Jangan iri sesama melayu;
              Tingkahkan ukhuwah sesama melayu,
              Berpadu pemikiran demi bangsa melayu.

              Dari pagi hingga ke petang,
              Mencari ilmu dibawa pulang;
              Berkorban demi generasi mendatang,
              Pusaka bangsa dijaga agar tak hilang.

              Moyang kita selalu berpesan,
              Sesama melayu seperti ikatan lidi;
              Berpadu teguh demi sebuah perjuangan,
              Hingga ke nafas terakhir dibawa pergi.

              Pahlawan melayu bijak mengatur langkah,
              Agar tak tersilap di kesani musuh ;
              Pantang pahlawan melayu bermusuh,
              Musuh dalam selimut itu yang susah.

              Duri dalam daging.
              Api dalam sekam;
              Ada masalah kita berunding,
              Menjadi indah tidak terakam.

              Melayu jangan suka membanding.
              Di depan manis di belakang menikam;
              Melayu sedarah sedaging,
              Sakit melayu semua mencengkam.

              Tiada masa untuk menunggu,
              Pada yang leka teruslah leka;
              Perjuangan jangan mudah terganggu,
              Masa berlalu pergi tak menunggu kita.

              Jangan hari ini semangat besok dah layu,
              Jiwa perjuangan tak pernah layu;
              Makanya bangunlah bangsa melayuku,
              Jangan berleka lagi masa tak menunggumu.

              Sudah jauh perjalanan melayu,
              Bangunlah demi anak bangsa;
              Saling sokong menyokong demi melayu,
              Agar terbinanya budaya bangsa.

              Putra putriku kau pewaris bangsa,
              Usia kami beransur senja kini,
              Kelemahan kodrat kian terasa,
              Kalianlah sandarkan harapan kami.

              Ketiadaan kami jangan ditangisi,
              Pengorbanan kami untuk kalian tercinta;
              Kalian sentiasa kami sayangi,
              Dalam doamu kenangilah kami.

              Moyang mu ingin berpesan.
              Kami tinggalkan warisan bangsa ;
              Untuk kalian teruskan perjuangan,
              Agar berkekalan sepanjang masa.

              Hargailah peninggalan moyangmu ini,
              Jagailah seperti menjaga nyawamu sendiri;
              Begitulah perjuangan moyangmu selama ini,
              Demi mu dilupakan kepentingan sendiri.

              Senyuman anak cucu,
              Kebahagian moyangmu;
              Jagailah warisan moyangmu,
              Itulah lambang cinta yang berpadu.

              Karya Putri Rimba
              5 April 2012
              Yesterday at 10:57pm · Like
              KARYA INI DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK:

              SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN MELAYU,
              SEMUA PEJUANG BANGSA MELAYU;
              SEMUA PEJUANG BAHASA MELAYU,
              LAKSAMANA HANG TUAH BERSUMPAH TAK KAN HILANG MELAYU.

              SEMUA AHLI GROUP YANG SENTIASA TERSANJUNG DI HATI.

              DISIARKAN JUGA UNTUK SEMUA:

              KERABAT DIRAJA MALAYSIA
              KERABAT DIRAJA INDONESIA
              PEMIMPIN MALAYSIA
              PEMERINTAH INDONESIA
              RAKYAT MALAYSIA
              RAKYAT INDONESIA
              BANGSA MELAYU SELURUH DUNIA
              PECINTA BAHASA MELAYU
              PECINTA SASTRA MELAYU
              PECINTA SASTERAKU DUNIAKU
              WARGA DUNIA YANG MEMINATI BAHASA MELAYU
              PEWARIS ANAK CUCUKU TERCINTA

              RAKAN FB DAN GROUP YANG TAK JEMU MEMBERI SOKONGAN
              UNTUK HAMBA BERKARYA SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA...

              MEREKA YANG TELAH TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DALAM MEMBERI SOKONGAN DALAM PERJUANGAN KHAZANAH SASTRA UNTUK DIWARISKAN PADA ANAK CUCU BANGSA MELAYU RUMPUN MELAYU SEDUNIA.

              SEKALUNG BUDI DAUNAN KASIH SETULUSNYA DARIPADA,

              RABEAH MOHD ALI
              RATU RIMBA NIAGARA
              ISTANA RIMBA NIAGARA
              MALAYSIA
              27 Ogos 2012
              9 Syawal 1433H
              (DISIARKAN KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/ 31 OGOS 2012)
              Like · · Unfollow Post
              Adel Fadel, Ahmad Tajuddin and Khai Noor like this.
              (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
              27 Ogos 2012
              9 Syawal 1433H
              33 minutes ago · 
          (PETIKAN DARIPADA WALL PENDEKAR TEMASEK & RATU RIMBA NIAGARA)
          27 Ogos 2012
          9 Syawal 1433H

0 comments:

Post a Comment

 
;