Terima kasih Rakyat Indonesia/Malaysia kerana sudi memberi dukungan/sokongan kepada Dunia Sastra/Sastera Ratu Rimba Niagara...Moga Allah SWT sajalah yang dapat membalas segala kebaikan semua. Aamiin. SALAM RAMADAN SALAM SYAWAL SALAM KEMAAFAN SALAM UKHUWAH KASIH ANTARA DUA BENUA SALAM KEMERDEKAAN BUAT SEMUA RAKYAT INDONESIA/MALAYSIATERCINTA MOGA INDONESIA DAN MALAYSIA SENTIASA SENADA SEIRAMA DALAM MEMARTABATKAN KHAZANAH WARISAN BANGSA RUMPUN MELAYU NUSANTARA SEBAGAI HADIAH KITA UNTUK GENERASI MASA HADAPAN! MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA... MERDEKA NEGARAMU! MERDEKA NEGARAKU! DALAM RAHMAT KASIH NUR ILAHI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA:
PUTRI RIMBA NIAGARA ISTANA RIMBA NIAGARA MALAYSIA/INDONESIA 5 Ogos 2012 15 Ramadan 1433H (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012) Like · · See Friendship · August 7 at 6:51pm · Garjito Gondokusumo and 2 others like this.
NEGARAMU KUKASIH NEGARAKU KAU SAYANG!
Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Mataram Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Indonesia Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan bangsa Indonesia Moga cinta kerana-Nya ini bisa menjadikan Malaysia dan Indonesia dua negara berjiran sehati sejiwa senada seirama berpadu kasihkan negara negaramu kukasih negaraku kau sayang bila kasih sudah terpatri tak akan ada benci membenci dengki mendengki dendam mendendam jatuh menjatuh yang ada saling mempertahan cinta bernegara kau pertahan negaraku aku pertahankan negaramu saling mempertahankan itulah lambang cinta sejati antara dua negara bila cinta sejati terpatri di kalbu setiap rakyat negaramu negaraku kebudayaan negaramu disanjung kebudayaan negaraku dijunjung
Apa saja perjuangan untuk memartabatkan :
Institusi diRaja Melayu Kepahlawanan Melayu Bangsa Melayu
Kita sama bersumpah setia untuk saling sokong menyokong tanpa mengenal samada dia raja atau rakyat yang penting bersemangat juang seperti kita... karena dialah rakan seperjuangan kita sampai kapan pun!
Karya Putri Rimba Niagara 11 Mac 2012
Masyarakat Adat Mataram Ungkapan hati anda saya sosialisasikan di beberapa forum di Jogja, semoga keluarga besar kami membacanya. 20 minutes ago · Like
Putri Rimba Niagara:
Terima kasih kerana sudi menghargai suara hati saya yang sungguh-sungguh menyayangi negaramu negaraku kerana-Nya.
(PETIKAN DARIPADA MASYARAKAT ADAT MATARAM) 11 Mac 2012 PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012 8 Ogos 2012 19 Ramadan 1433H August 8 at 12:50pm · Unlike · · Unfollow Post You, Adel Fadel and Ahmad Tajuddin like this.
Garjito Gondokusumo jayalah indonesiaku, jayalah malaysiaku,jayalah berunai darusalam. dalam damai dan persahabatan. ikatan darah nusantara August 9 at 4:12am via mobile · Unlike · 1
NEGARAMU KUKASIH NEGARAKU KAU SAYANG!
Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Brunei kerana-Nya aku jatuh cinta dengan rakyat jelata Brunei moga cinta kerana-Nya ini boleh menjadikan Malaysia dan Brunei dua negara berjiran sehati sejiwa senada seirama berpadu kasihkan negara negaramu kukasih negaraku kau sayang bila kasih sudah terpatri tak akan ada benci membenci dengki mendengki dendam mendendam jatuh menjatuh yang ada saling mempertahan cinta bernegara kau pertahan negaraku aku pertahankan negaramu saling mempertahankan itulah lambang cinta sejati antara dua negara bila cinta sejati terpatri di kalbu setiap rakyat negaramu negaraku kebudayaan negaramu disanjung kebudayaan negaraku dijunjung
Apa saja perjuangan untuk memartabatkan :
Institusi diRaja Melayu Kepahlawanan Melayu Bangsa Melayu
Kita sama bersumpah setia untuk saling sokong menyokong tanpa mengenal samada raja atau rakyat biasa yang penting ada semangat juang seperti kita kerana dialah rakan seperjuangan kita sampai kapan pun!
Karya Putri Rimba Niagara 19 Julai 2012 Like · · Unfollow Post · July 11 at 5:01pm DG Kumarsana Kum likes this. (PETIKAN DARIPADA GROUP BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA MALAYSIA & BRUNEI & GROUP MELAYU DALAM CERPEN ASIA TENGGARA & WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
SALAM UKHUWAH DOA KASIH ANTARA BRUNEI & MALAYSIA & INDONESIA
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Terima kasih kerana memerintah negara Brunei Dengan adil dan saksama dapatlah rakyat Berteduh di Negara Brunei dengan Rasa aman dan damai untuk meneruskan Perjuangan kehidupan yang sementara ini Menuju ke Negeri Abadi dengan bekalan Yang ada nilaian di Sisi-Nya Insya-Allah Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Doa daripada : Rabeah Mohd Ali Putri Rimba Niagara Istana Rimba Niagara Malaysia /Indonesia 8 Julai 2012 Like · · Unfollow Post · July 8 at 12:44pm Naga Pamungkas and 2 others like this.
(PETIKAN DARIPADA GROUP BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA MALAYSIA & BRUNEI & GROUP MELAYU DALAM CERPEN ASIA TENGGARA) 19 Julai 2012 PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012 9 Ogos 2012 20 Ramadan 1433H August 9 at 6:21am · (PETIKAN DARIPADA WALL GARIJITO GONDOKUSUMO & RATU RIMBA NIAGARA) 15 Ogos 2012 26 Ramadan 1433H
Kedaton Kraton Wahyu Utama aku semakin mengagumi karya karya adinda untuk pesona keindahan perdamaian dunia - ahkirat .........
RAJA YANG ADIL RAJA BERDAULAT! MENGUTAMAKAN RAKYAT DARIPADA KEPENTINGAN SENDIRI MEMIKUL AMANAH DENGAN ADIL SAKSAMA KERANA AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN DI AKHIRAT NANTI MOGA ALLAH SWT MERAHMATI DAN MEREDHAI HIDUP & DI KALA MANGKAT NANTI AAMIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
Putri Rimba Niagara shared Aku Mencintaimu Karena Allah's photo.
^^^ HARI PALING UTAMA DI DUNIA ^^^
Bismillahirrahmaanirrahiim
Salam Jum'at Mubarrak Sahabat Fillaah
PUTRI RIMBA NIAGARA shared Zah Zaza's photo.
shared Syiemma Hashim's photo.
Doa hari ke 20 Ramadhan ... "Ya Allah, bukakan bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepadaku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman." Unlike · · Share · Yesterday at 5:12am ·
MARHABAN YA RAMADAN UNTUK SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
Ampun Tuanku sembah patik harap diampun... Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati, Patik dari Rimba Niagara dan wakil dari seluruh penghuni rimba niagara mengucapkan selamat menyambut Ya Marhaban Ya Ramadhan moga semua amalan ibadah Tuanku dan seluruh rakyat Malaysia... diterima Allah Azzawajallah Aamiin
Ampun Tuanku sembah patik harap diampun... Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati, patik mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kerana di sepanjang Tuanku Memerintah Malaysia... rakyat Malaysia hidup dalam aman dan damai dan bersyukur dengan nikmat rezeki Kurniaan Allah Azzawajallah di bumi bertuah Malaysia dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa terkecuali, pemerintahan Tuanku yang adil lagi saksama kepada rakyat Malaysia membuatkan setiap rakyat Malaysia rasa dihargai dalam penuh kesyukuran kerana diKurniakan Allah SWT seorang Raja yang taat kepada Allah SWT dan amat utamakan kepentingan rakyat baginda.
Ampun Tuanku sembah patik harap diampun... Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati... Pemerintahan Tuanku yang penuh kasih dan sayang kepada rakyat Malaysia menjadi idola kepada semua Raja-Raja Melayu yang ada di Seluruh Rumpun Melayu Nusantara. Moga Rahmat dan Kasih Allah Robbul Idzati DiLimpahi ke atas Tuanku sekeluarga dan seluruh rakyat Malaysia. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
Ingatan tulus ikhlas daripada patik: Rabeah Mohd Ali Putri Rimba Niagara Istana Rimba Niagara Malaysia/Indonesia. 22 Ramadan 1433H 11 Ogos 2012 (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA) 24 Ramadhan 1433H 13 Ogos 2012
PANTUN PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-XIV SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH
Sekalung tahniah di atas pertabalan, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Yang di-Pertuan Agong; Rakyat 1Malaysia meraikan penuh kesyukuran, Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.
Yang di-Pertuan Agong ke-14 berjiwa rakyat, Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri; Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat, Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diRedhai.
Masalah rakyat masalah baginda juga, Baginda fikirkan hingga tak lena beradu; Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,
Berat sungguh hendak melepaskan, Kerana negara dilepaskan juga; Sultan Kedah yang budiman, Moga 1Malaysia sentiasa sentosa.
Rakyat sentiasa menjunjung kasih, Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong, Rakyat sentiasa berterima kasih, Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.
Agong kami Raja yang penyayang, Sayangkan rakyat sayangkan negara; Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang, Saling bantu membantu demi negara tercinta.
Raja dan rakyat berpisah tiada, Sehati sejiwa mempertahankan negara; Rakyat 1Malaysia mempertahankan institusi di-Raja, Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Karya Putri Rimba 13 Disember 2011 (Bersempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XIV Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah)
PANTUN SULTAN & TYT KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Agong berwibawa, Memerintah negara adil saksama; Rela berkorban demi rakyat tercinta, Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.
Sultan Kelantan berhemah tinggi, Memerintah Kelantan adil saksama; Rakyat Kelantan takkan rugi, Raja dan rakyat berkerjasama.
Negeri Sembilan Raja Berdaulat, Kepentingan rakyat amat dirasai; Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat, Sejak generasi dahulu hingga kini.
DYM Sultan Selangor Raja dihormati, Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi; Budi disemai Allah berkati, Moga amalan dibalas di akhirat nanti.
Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang, Kebajikan rakyat amat diutamakan; Bertuah sungguh rakyat Pahang, Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.
Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat, Galakkan rakyat berjiwa patriotik; Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat, Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.
Pemangku Sultan Kedah amat dihormati, Menabur budi tidak terhingga; Ke mana pergi rakyat mentaati, Rakyat Kedah amat berbangga.
Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin, Kepentingan rakyat amat dijaga; Masalah rakyat diberi perhatian, Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.
Sultan Kelantan berhemah tinggi, Memerintah Kelantan adil saksama; Rakyat Kelantan takkan rugi, Raja dan rakyat berkerjasama.
Intitusi di-Raja dekat di hatiku, Rakyat Malaysia amat menyanjungi; Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku, Rakyat Johor terharu lagi menyayangi.
Negeri Terengganu pesat membangun, Di bawah pemerintahan Raja penuh kebijaksanaan; Tuanku Mizan suka beramal kebajikan, Kepada rakyat Terengganu tidak pernah dilupakan.
Bertuah sungguh rakyat Sabah, Punyai TYT yang amat memahami; Denyut nadi rakyat Sabah, Maju Sabah dan dihormati.
TYT Negeri Sarawak baik budi, Semua rakyat Sarawak menyayangi; Tutur kata sebaik budi, Akan dikenang hingga ke mati.
Melaka negeri penuh bersejarah, Diperintah oleh TYT yang berkarisma; Ramai pelancong datang berhijrah, Menjadi Pusat Perlancongan Sejarah yang ternama.
Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Abdul Rahman Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang; Berjiwa patriotik dan berhati ikhlas, Memerintah Pulau Pinang penuh kasih dan sayang.
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 10 Mei 2012 (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA) 11 Ogos 2012 22 Ramadan 1433H (DISIARKAN PUISI SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012)
RAKYAT KELANTAN AMAT SANJUNGI
Sultan Kelantan berhemah tinggi, Memerintah Kelantan adil saksama; Rakyat Kelantan amat sanjungi, Raja dan rakyat saling bekerjasama.
RATU RIMBA NIAGARA 6 Ogos 2012 17 Ramadan 1433H
BALASLAH KASIH SAYANGNYA DENGAN RAHMAT KASIH-MU
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan Seorang hamba yang benar zuhud Mengutamakan rakyat lebih daripada Kepentingan sendiri Segala masalah rakyat ingin dibantu Sedaya mampu Masalah rakyat masalah baginda juga Hari-hari yang difikirkan Rakyat...rakyat...rakyat... Hidup baginda sepi tanpa rakyat Kasih sayang baginda pada rakyat Tidak berbelah bahagi Duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi Hinggakan rakyat tidak merasakan Yang berada di sisi mereka seorang raja Yang berkuasa memerintah seluruh negeri Kelantan Namun apabila berbicara dengan baginda Masih menjaga adap Berbicara bahasa istana penuh sopan Hinggakan seluruh rakyat Kelantan Berasa amat terharu dengan Sikap rendah diri raja mereka Pada baginda Apalah ertinya pangkat Jika pangkat itu tidak memberi Apa makna kepada rakyat Dan baginda amat takut Apabila tanggungjawabnya Sebagai seorang raja akan Dipertanggungjawabkan Di akhirat kelak Apa yang hendak Dijawabkan nanti jika Baginda lalai dengan tanggungjawabnya Pada rakyat Kelantan
Ya Allah... Kau Maha Penyayang Kau Maha Memahami Isi Hati Kau pandanglah kasih sayang raja kami ini Kau balaslah kasih sayangnya pada kami Dengan rahmat kasih-Mu Dan balaskanlah dengan balasan Syurga Dan kami jua mahu bersamanya Menikmati Syurga-Mu Penuh kasih sayang Berkat ikhlasnya hidup berkasih sayang Kerana-Mu tika di dunia Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 14 April 2012 (PETIKAN DARIPADA WALL & KHAI NOOR & PUTRI RIMBA NIAGARA) 8 Mei 2012 (DISIARKAN PUISI SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA PADA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012) 6 Ogos 2012 17 Ramadan 1433H August 6 at 5:22pm ·
RAKYAT DI LUAR SANA MENANTIKAN KEJAYAANMU!
Duhai...pahlawanku... Jangan mudah berputus asa dalam perjuanganmu Aku di sini sentiasa menyokongmu Ayuh teruskan perjuanganmu Rakyat di luar sana menantikan kejayaanmu Terus.....!!!Terus....!!! Teruskan langkah kepahlawananmu Kerana kejayaan sedang menantimu... Kejayaanmu adalah untuk Rakyat, Raja & Negara Mu Tercinta!
Karya Putri Rimba Niagara 13 Ogos 2012 24 Ramadan 1433H
SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN
Tersebutlah kisah seorang putera, Tunku Abdul Rahman diberi nama; Dikasihi semua rakyat jelata, Baik budinya tidak terkira.
Menyayangi rakyat sepenuh hati, Perjuangannya tidak pernah terhenti; Disambung oleh pemimpin terkini, Cintakan perjuangan tidak bertepi.
Sokongan rakyat Tunku gembira, Rela berkorban harta dan nyawa; Demi kerana negara tercinta, Asalkan rakyat hidup bahagia.
Bersama Tun Razak Tunku ke London, Untuk bincangkan tentang kemerdekaan; Penat dan lelah tidak dihiraukan, Asalkan pulang membawa kejayaan.
Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan, Disambut penuh dengan kegembiraan; Ribuan rakyat ceria bersorakkan, Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
Tunku laungkan merdeka penuh membara, Rakyat menyambut laungan membara-bara; Demi kerana negara merdeka, Untuk diwarisi rakyat jelata.
Kemerdekaan dituntut bukannya mudah, Penuh dengan penat dan lelah; Walaupun tiada pertumpahan darah, Agar generasi dapat berteduh.
Pemimpin dan rakyat harus bersatu, Pertahankan negara tanpa jemu; Rakyat aman sudahlah tentu, Generasi mendatang mendapat restu.
Tanpa diduga komunis bertandang, Menceroboh masuk terus meradang; Tunku memikir merasa bimbang, Keselamatan negara tidak tergoyang.
Tunku berbincang secara aman, Dengan Chin Peng membuat keputusan; Komunis berundur dengan aman, Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
Jepun menyerang ke negara kita, Ingin berkuasa merebut tahta; Kekejaman Jepun rakyat sengsara, Makan dan minum berair mata.
Sana sini mayat bergelimpangan, Jepun mengganas tanpa kemanusiaan; Asalkan hati penuh kepuasan, Kerana hati bertuhankan syaitan.
Para perajurit ramai terkorban, Mempertahankan negara habis-habisan; Nyawa di badan jadi taruhan, Asalkan negara menjadi aman.
Perajurit dibantu tentera Inggeris, Jepun terus bermuka bengis; Berlawan mereka terus menerus, Gugurnya perajurit terus ditangis.
Pergilah perajuritku dengan aman, Perjuanganmu menjadi kenangan; Kau gugur dalam kemenangan, Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
Jepun mengalah lalu berundur, Hiroshima dan Nagasaki bom digugur; Sudah terlambat Jepun nak sedar, Rakyat mereka ramai yang gugur.
Tunku hargai jasa perwira, Pertahankan negara ke hujung nyawa; Rakyat juga amat berbangga, Kerana jasamu rakyat terbela.
Tungku memerintah penuh berhati, Rakyat hidup bersatu hati; Ke mana pergi Tunku dihormati, Pengorbanamu Tunku terus diingati.
Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan, Memerdekakan negara demi keamanan; Agar generasi turut pertahankan, Menjadi warisan sejak berzaman.
Karya: Putri Rimba Niagara 31 Ogos 2011 ( DISIARKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA PADA 31 OGOS 2012) Friday at 11:22pm · Edited · Like
AKU BERJUANG DI LUAR GELANGGANG
Tika aku terlantar parah begini... Mana pergi anak-anak muridku... Yang mengaku akan menuntut Darahku yang jatuh ke bumi Walaupun setitis! Ini bukan setitis... Tubuhku dipenuhi darah.... Sesuka hati mereka Menetak ...menghentak Memukul ...menyepak terajangku Bukan aku tidak boleh melawan mereka Mereka terlalu ramai 30 orang tu... Kalau benar mereka anak jantan Kenapa tak satu lawan satu? Biarpun begitu pantang Anak jantan lari di medan juang Biarpun mereka ramai Aku seorang Aku kerahkan segala tenaga jantanku Hingga tak kuhiraukan Darahku merecik sana sini Lagi kuat hayunan parangnya Lagi kuat hayunan Sepak terajangku Kerana mereka bersenjatakan parang tukul dan besi Aku tidak bersenjata Kerna Aku bukan dicabar di tengah gelanggang Aku diserang hendap tika di luar gelanggang Kerna aku percaya Tuhan Mahu Mengujiku Kerna adalah suratan takdirku Aku terima dengan redho Coma jika dipanggil Illahi Adakah anak-anak jantan melayu Di luar sana masih membisu dan kaku Aku tidak minta ditebus kematianku Tapi jagalah bangsa melayuku Agar tidak menerima nasib sepertiku Diserang hendap tanpa dugaku Dan pantang aku Bangsa aku ditindas dan tertindas Tanpa sebab musabab.... Apa hina sangat ke jadi bangsa melayu? Makanya bangsaku Kalau melayu tak sokong melayu Siapa lagi?
Pahlawanku yang teraniaya... Sabarlah... Tuhan bersamamu tika ini Andai kau sembuh ...sembuhmu pasti merawat duka... Andai kau dijemput Illahi... Syurga menantimu Insya-Allah Aamin
Karya : Putri Rimba. 24 April 2012 (DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA PADA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012)
SEABADI KASIH SAYANGMU PADA KAMI
BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum wr wb Selamat Hari Pahlawan Kepada Semua Pahlawan Yang sentiasa disanjungi sepenuh hati sepenuh jiwa Kumengagumimu dari dulu hingga kini Kau sentiasa di hatiku Jasamu pada ibu pertiwi Kusanjung tinggi Tanpamu siapalah kami Kau rela mempertaruhkan nyawamu Demi ibu pertiwi Demi anak bangsa Jasa baktimu tak akan kami lupakan Kau sentiasa bersiap siaga Bila-bila masa Tak kira masa Tak kira di mana Apabila semboyan ibu pertiwi berbunyi Kau terus mara ke medan juang Tanpa menghiraukan Nyawamu di ambang maut Itu tak akan kau hiraukan Dan tak akan kau undur biarpun setapak Kau dihujani peluru Bermandikan darah Darah...darah...darah... Pekat...pekat...pekat... Kau masih bersemangat Sebelum nafas terakhir Kau masih sempat Melepaskan das tembakan Kena tepat ke jantung musuh durjana Dan kau tersenyum dalam Pelukan senjata yang berjasa padamu Dan kau sempat tersenyum Sambil melafazkan Kucinta-Mu Tuhan Kusayangmu ibu pertiwi Kusayangmu anak bangsa Kematianku ini adalah tanda kusayang semua kerana-Nya SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Pahlawanku... Mengenangkan jasamu itu Kami seluruh rakyat Malaysia Tidak akan melupakan Jasa bakti semua pahlawan di Malaysia Samada yang telah tiada atau masih ada Kepada yang tiada Kami kirimkan sejambak doa Agar kau tenang di Syurga Dikelilingi bidadari Syurga Rezeki tak putus-putus dari-Nya Kerana kau mati dikira Pejuang fisabilillah Insya-Allah Aamiin Kepada pahlawan yang masih ada Teruskanlah perjuangan sucimu Kami sentiasa memberi sokongan Yang tidak berbelah bahagi Kerana tanpamu pahlawanku Siapalah kami Tak mungkin kami akan merasa Nikmat kedamaian Malaysia Yang kini pesat membangun Dalam pembangunan era abad ke-21 Yang Cemerlang Gemilang Terbilang Dalam keadaan Aman damai tenteram Semuanya kerana jasa baktimu Semua pahlawan di Malaysia Malaysiaku maju Malaysiaku aman Semuanya keranamu pahlawanku Semuanya dengan izin-Nya jua Makanya kami bersyukur kepada-Nya Kami ucapkan sekalung terima kasih Kepada semua pahlawan di Malaysia Sebagaimana kamu sayang kami Begitulah kami sayang kamu Abadi seabadi kasih dan sayangmu pada kami
JASA DAN BAKTIMU SENTIASA MEWANGI DI HATI KAMI
'SELAMAT HARI PAHLAWAN'
Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:
PUTRI RIMBA NIAGARA ISTANA RIMBA NIAGARA MALAYSIA/INDONESIA 31 Julai 2012 M 11 Ramadan 1433 H Unlike · · 23 hours ago · You, Sri Prabu Bumi Kusuma, Adel Fadel and Ahmad Tajuddin like this.
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA ) 31 Julai 2012 11 Ramadan 1433H
GAGAH SETIA
Kau pahlawan Allah Kau pahlawanku Kau pahlawan semua Kau pahlawan rakyat 1Malaysia
Kau pahlawan yang gagah perkasa Kau pahlawan yang setia
Kau rela korbankan dirimu Demi mempertahankan ibu pertiwi
Kami hargai Kami sanjungi
Kami berbangga punyai pahlawan Sepertimu yang gagah yang setia kepada agama bangsa dan negara
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
Jasamu pahlawan Kan kami letak di taman hati Taman hati berbunga kebangsaan negara Bunga Raya Yang berkelopak Lima: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN Yang sentiasa ada di jiwa semua rakyat Malaysia Dengan segala prinsip rukun negara itulah Makanya hidup seluruh rakyat Malaysia Dalam kesejahteran dan kerahmatan dari Ilahi
Moga Malaysia CEMERLANG GEMILANG TERBILANG
Berkat kesetiaan gagah perkasa Semua pahlawan negara
ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH Syukur kami pada-Mu Tuhan Mengurniakan kami pahlawan-pahlawan yang gagah setia Setiasa bersiap sedia membela ibu peritiwi Makanya Rahmatilah hidup dan mati semua pahlawan kami Yang berjasa pada ibu pertiwi Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 31 Julai 2012 11 Ramadan 1433H (DIILHAMKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI PAHLAWAN DI MALAYSIA PADA 31 Julai 2012) 23 hours ago · Like
AKU ASKAR MELAYU SEDIA BERBAKTI PADA IBU PERTIWIKU!
Ahmad Tajuddin budak baik, Anak soleh mendengar kata; Berjiwa penyayang hatinya baik, Bila dewasa tampannya tak terkata.
Aku anak melayu, Kerja askar melayu; Di tanah melayu; Pembela bangsa melayu.
Melayu hina melayu, Takkan kubiarkan; Kerana aku jiwa melayu, Kusahut segala cabaran.
Melayu sentiasa hidup, Takkan kubiarkan diinjak-injak; Kerana kumahu bangsa ku terus hidup, Makanya bangsaku mestinya bijak.
Pendekar melayu pantang dicabar, Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu; Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur, Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.
Sedikit ilmu badan binasa, Akan kusahut cabaranmu itu; Bertulangkan besi beruratkan suasa, Satu lawan satu aku sedang menunggu.
Satu lawan satu itulah anak jantan, Pukulan maut takkan ku gentar; Ayuh! Maju cepat kita berlawan, Biar apa terjadi jangan mundur.
Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah, Ayuh yakin pada dirimu sendiri; Ingat pesanan guru jangan mengalah, Kerana pendekar melayu tak takut mati.
KERIS MENJADI SAKSI BISU HEBATNYA PERTEMPURAN!
Keris menjadi saksi bisu hebatnya pertempuran mu duhai keris kehebatan mu di gelanggang pertempuran di akui sejak berzaman kau sentiasa dikenang sepanjang zaman kau sentiasa di hatiku kan ku perjuangkan kepahlawananmu hingga ke titisan darah terakhir biarpun nyawaku jadi taruhan agar kau mengerti yang aku cintakan mu selagi nafas ku ada lambang cinta lambang setiaku padamu keris.... yang tak pernah jemu mencintaimu untuk mempertabatkanmu agar dicintai juga anak bangsa sejak zaman berzaman
Karya Putri Rimba. 18 Febuari 2012
AKU ASKAR MELAYU
Aku orang melayu Kerja askar melayu Di Tanah Melayu
Tak akan ada Seorang pun Yang boleh Menggugat Penderiaanku
Darahku Jiwaku Jiwa melayu
Jasadku kepunyaan Allah Rohku dalam genggaman Allah
Demi-Nya Demi bangsaku Demi negaraku
Kurela Nyawaku jadi taruhan Di setiap penjuru Setiap masa Sentiasa bersiap siaga Bila-bila masa Berbakti di medan juang!
Tak akan berundur biarpun seinci Biarpun peluru menembusi seluruh tubuhku Aku relakan Demi-Nya Demi anak bangsa Demi pertiwi
Biarpun dihujani peluru Biarpun bermandikan darah Biarpun bumi 1Malaysia ini menjadi lautan darah Kami askar melayu relakan Asalkan rakyat 1Malaysia aman damai Daripada ancaman musuh Agar kemerdekaan negara kami Kekal merdeka selagi ada bulan dan matahari!
Duhai anak cucuku... Moyangmu Askar melayu Menyayangimu Sepenuh jiwa dan raga Rela pertaruhkan nyawa demi Negara ini agar dapat kalian Teruskan dan jayakan Dan kekalkanlah kemerdekaan negara tercinta ini Agar dapat diwariskan Dari generasi ke satu generasi
Di tugu moyangmu nanti Kalungkanlah bunga-bunga cinta pertiwi pada moyangmu Tanda ingatan kalian pada moyangmu Jangan lupa doakan kesejahteraan roh moyangmu Agar tenang setenang air di kali Syurga
Moyangmu... Ahmad Tajuddin Dan seluruh rakan moyangmu Orang Melayu Askar Melayu Di Tanah Melayu Di bumi 1Malaysia tercinta!
Karya Putri Rimba Niagara 29 Julai 2012 9 Ramadhan 1433H (KARYA DIILHAMKAN KHAS UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU WIRA BANGSA MELAYU 1MALAYSIA TUAN AHMAD TAJUDDIN & SEMUA ASKAR MELAYU R.A.M.D 1MALAYSIA) INILAH SUMPAHKU!
Akulah askar melayu RAMD Tak akan gentar Tak akan undur biarpun setapak Demi agama bangsa dan negara Akan kupertahankan Hingga ke titisan darah terakhir! Inilah sumpahku! Pada anak bangsaku!
Karya Putri Rimba. 29 Julai 2012 9 Ramadan 1433H 13 hours ago · Like
KARYA DIILHAMKAN KHAS UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU WIRA BANGSA MELAYU 1MALAYSIA TUAN AHMAD TAJUDDIN & SEMUA ASKAR MELAYU R.A.M.D 1MALAYSIA
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA 31 Julai 2012 MERAIKAN HARI PAHLAWAN DI MALAYSIA) (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2012 / INDONESIA 17 AGUSTUS 2012) 4 Ogos 2012 15 Ramadan 1433H 23 hours ago · Like
sudirman:warisan www.youtube.com Warisan Disini lahirnya sebuah cinta Yang murni abadi sejati Disini tersemai cita cita Bercambah menjadi warisan ( korus ) Andai ku terbuang tak diterima And... Thursday at 6:49pm · Unlike · 1
Putri Rimba Niagara:
DJ memahami jiwa pendengar biar pun tak kira pendengar berada di mana jua pun....biarpun berada...nun......di Rimba Niagara.... Thursday at 6:52pm · Like · 1
sudirman:warisan www.youtube.com Warisan Disini lahirnya sebuah cinta Yang murni abadi sejati Disini tersemai cit... See More 22 hours ago ·
SEMARAKLAH BUNGA-BUNGA CINTA IBU PERTIWI NEGARAKU NEGARAMU!
Senyumlah Andai kau terbaca coretan ini dari permulaannya Aku benar-benar harap matamu tetap setia merenung coretan ini Ianya bukan hanya rekaan semata-mata Tapi tanda kusayang negaraku negaramu Indonesia & Malaysia Dua negara berjiran yang akrab Abadi jalinan ukhuwah kasih kerana-Nya
INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA:
PUTRI RIMBA NIAGARA ISTANA RIMBA NIAGARA MALAYSIA/INDONESIA 2 OGOS 2012 13 Ramadan 1433H (PUISI-PUISI KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA BERTEMAKAN PATRIOTIK MALAYSIA/INDONESIA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012 & MALAYSIA 31 OGOS 2012) MOGA DENGAN TERSIARNYA PUISI-PUISI PUTRI RIMBA NIAGARA DAPAT MENYATUKAN JALINAN UKHUWAH KASIH TALISIRATURRAHIMI ANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA DUA NEGARA BERJIRAN YANG SALING BEKERJASAMA SENADA SEIRAMA ABADI SELAMANYA DEMI SEBUAH SENYUMAN ANAK CUCU RUMPUN MELAYU NUSANTARA) 2 Ogos 2012 13 Ramadan 1433H
KARYA-KARYA YANG DISIARKAN OLEH PUTRI RIMBA NIAGARA
KARYA PUISI-PUISI PUTRI RIMBA NIAGARA DISIARKAN DI SEMUA GRUP YANG DISERTAI OLEH PUTRI RIMBA NIAGARA:
1) PUISI ILAHI 2) MELAYU ISLAM BERSATU 3) BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA MALAYSIA BRUNEI 4) MELAYU DALAM CERPEN ASIA TENGGARA 5) DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO 6) MEMBACA KARYA PN 7) PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA 8) MASYARAKAT ADAT MATARAM 9) KOMUNTIAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA 10) KOMUNITAS ADAT KERATON INDONESIA 11) SASTRA MATARAM 12) KESULTANAN MATARAM 14) KESULTANAN INDRAPUTRA 15) LUAHKAN HATIMU SEHINGGA KAU TENANG 16) MELA AYU RADIO ONLINE 17) OMBAK RINDU 18) OMBAK RINDU2 19) CERIA ZFM 20) SSLfm 21) PUISI LOVERS
DYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH WARNA WARNI DIRAJA KELATE KEDATUN KRATON WAHYU UTAMA KESULTANAN MATARAM KESULTANAN INDRAPUTRA YM TENGKU SYAWAL TENGKU AZIZ
SEMUA RAJA-RAJA DI MALAYSIA SEMUA RAJA-RAJA DI INDONESIA SEMUA PEMIMPIN MALAYSIA SEMUA PEMERINTAH INDONESIA SEMUA RAKYAT MALAYSIA SEMUA RAKYAT INDONESIA
SEMUA TEMAN FB YANG DIKASIHI NADI SASTERAKU SEMUA PENCINTA SASTERA MELAYU DI MALAYSIA SEMUA PENCINTA SASTRA MELAYU DI INDONESIA SEMUA PENCINTA SASTERA MELAYU DI SELURUH DUNIA PEMBACA SETIA SASTERAKU DUNIAKU
SEKALUNG BUDI KEPADA YANG SUDI MEMBACA KARYA HAMBA DAN SUDI MEMBERI SOKONGAN/DUKUNGAN KEPADA KARYA HAMBA TANPA JEMU HANYA ALLAH SWT SAJA YANG DAPAT MEMBALAS-NYA. DOAKAN MOGA HAMBA DAPAT MENULIS SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA.
'AKU BUKANLAH SIAPA-SIAPA YANG PANDAI UNTUK MENULIS PUISI TAPI DENGAN IZIN-NYA AKU MENULIS PUISI TENTANG KASIH SAYANG PADA SEMUA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI DEMI-NYA'
SEKALUNG JUTAAN TERIMA KASIH DARIPADA:
PUTRI RIMBA NIAGARA ISTANA RIMBA NIAGARA MALAYSIA/ INDONESIA 2 Ogos 2012 13 Ramadhan 1433H (PUISI-PUISI BERTEMAKAN PATRIOTIK DI SIARKAN BERSEMPENA MERAIKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012 & MALAYSIA 31 OGOS 2012)
Pahlawan Ku www.youtube.com Pahlawan Ku...buat sendiri nih...untuk kenang-kenangan..
0 comments:
Post a Comment