Thursday, 11 April 2013

NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (233) TARIKH MENGUNDI 5 MEI 2013 PRU 13- MENEPATI JANJI MEMBAWA HARAPAN RAKYAT MALAYSIA



  1. Recent Posts by Others on Najib RazakSee All

    • Kepada pengundi,nak pilih sapa itu hak masing2 sapa pun yang menang dia untung kita tetap macam ni,apa ada....
      15 minutes ago
    • tahniah datok sri memerintah negara yg baik
      18 minutes ago
    • To dearest PM, my name is Leena. i am a resident in TAMAN DAGANG, AMPANG. We dont have water supply from yesterday and SYABAS said that it will prolong for 5 days. for your kind information,my family and i will be celebrating our TAMIL NEW YEAR this sunday 14 april 2013 but it will be a disaster if we are not supplied water. it is a great event for us as an indian and we as a family would like to celebrate in happiness but i dont think it will happen in this situation. please help the residence in ampang especially TAMAN DAGANG, AMPANG. We will really appreciate your concern. 1 MALAYSIA, SOKONG NAJIB, UNDI BN
      20 minutes ago

  2. MOGA ALLAH LINDUNGI TANAH PUSAKA NENEK MOYANGKU

    Najib Razak shared a link.

    Tribute-Lahad-Datu-YouTube
    www.youtube.com
    This video is about Tribute-Lahad-Datu-YouTube

    Ratu Rimba Niagara via Najib Razak

    Najib Razak
    To the fallen heroes of Lahad Datu, we salute you. Your sacrifices shall forever be in our hearts.



    1. GAJAH
      Karya Ratu Rimba Niagara

      "KURA-KURA DALAM PERAHU,
      PURA-PURA BUAT TAK TAHU;
      SUDAH TIBA MASANYA PRU,
      KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU."

      Hari itu satu mesyuarat agong KUBITAK
      diadakan. KUBITAK adalah singkatan
      nama kumpulan Binatang Tasik Kenyir.
      KUBITAK telah diwujudkan dua puluh
      dua tahun yang lalu.

      Selama sudah dua puluh dua tahun
      bermesyuarat agong, pada kali ini
      pemilihannya begitu sengit. Ketua
      Satu KUBITAK selama ini tidak pernah
      tercabar tetapi pada kali ini benar-
      benar tercabar.

      Rata-rata mengatakan Ketua Satu KUBITAK
      tidak ada harapan untuk menang justeru
      mereka secara peribadi berjumpa dengan
      Ketua Satu KUBITAK.

      "Maafkan saya... saya ingin memberikan
      cadangan kepada tuan hamba agar meletakkan
      jawatan sebagai Ketua Satu KUBITAK secara
      terhormat daripada gugur di mesyuarat Agong
      kelak.Pihak kami akan memberi saguhati yang
      amat berharga tanda terima kasihnya kami
      terhadap pengunduran tuan hamba," kata wakil
      KUBITAK.

      "Tidak...! Hamba tidak akan mengundur diri
      walau apapun yang disogokkan. Hamba
      berjuang bukanlah kerana material tapi
      adalah minat yang terlalu mendalam,"
      tegas Ketua Satu KUBITAK.

      "Tapi... tuan hamba telah memegang jawatan
      Ketua Satu KUBITAK sejak bermula KUBITAK
      ditubuhkan, banyak rungutan daripada
      para ahli yang didengari iaitu tiada
      membaharuan dalam KUBITAK masih di takuk
      lama, tuan hamba kena faham itu.Tuan hamba
      pun sudah tua, janganlah terlalu tamak...
      berilah peluang kepada ahli lain untuk
      menerajuinya."

      "Tidak! Hamba akan tetap bertanding walaupun
      hamba kalah dalam pengundian kelak. Tapi
      hamba yakin hamba boleh menang."

      Ketua Satu KUBITAK sedar kedudukannya kini
      tegang kerana dia terpaksa bersaing dengan
      wakil dari RASAKSA iaitu kumpulan gajah.

      Desas desus yang didengari bahawa besar
      kemungkinan wakil RASAKSA akan menang kerana
      dalam banyak perkara RASAKSA banyak membantu
      kumpulan binatang lain dari segi material.

      Dalam zaman sekarang idea saja tidak mencukupi
      jika tiada kekuatan yang kukuh. Telah banyak
      jasa yang ditaburkan oleh Ketua Satu RASAKSA
      kepada ahli-ahli bawahannya. Begitu juga
      kepada ahli-ahli binatang yang lain.

      Mesyuarat Agong KUBITAK dirasmikan oleh
      Yang Mulia Merak. Sebelum Yang Mulia berucap
      Ketua Satu KUBITAK memberi ucapan.

      Ucapan kali ini amat berbeza sekali jika
      dibandingkan ucapan tahun-tahun sebelumnya.
      Ucapannya banyak berbaurkan sindiran sinis!
      Memuji diri dari apa yang telah dikorbankan
      selama ini, kekecewaan kerana ada pencabarnya
      lebih-lebih lagi jika dia tewas bererti tewasnya
      nanti sebagai mati seorang pejuang. Ucapannya
      hampir memakan masa empat puluh lima minit.

      "Ini nak berucap ke atau nak berkempen?" bisik
      salah seorang pemerhati dari kumpulan seladang.

      "Agaknya dia sudah kelewatan!" jawab rakannya.

      "Engkau agak siapa yang menang?"

      "Rata-rata mengatakan RASAKSA yang menang!
      Di akhbar-akhbarpun mengatakan RASAKSA boleh
      menang mengikut dari ramalan wakil yang
      mengundi."

      "Engkau tengok sejak dia memerintah selama
      dua puluh dua tahun mana ada perubahan dalam
      KUBITAK. Sepatutnya setiap tahun dia mesti
      menerima cadangan-cadangan para perwakilan
      tapi tidak! Cadangan perwakilan hanyalah
      mencurah ke daun keladi! Cadangannya...hanya
      untuk jenis binatang yang sealiran dengannya
      hingga dia dikurniakan darjah kebesaran."

      "Engkau dengar tu... untuk menerajui tampuk
      pemerintahan mestilah mempunyai ilmu yang
      kukuh kalau hanya gagah tidak akan sempurnalah!"

      "Mentang-menanglah dia tu kancil yang bijak
      dia tidak langsung memahami perasaaan gajah."

      "Gajah dulu bukan gajah sekarang! Gajah sekarang
      di samping mempunyai kekuatan, dia juga mempunyai
      pengaruh yang besar untuk menaikkan nama KUBITAK
      yang selama ini tidak dikenali ramai di kalangan
      manusia. Kerana daya usaha gajahlah Tasik Kenyir
      yang selama ini tidak dikenali ramai menjadi
      tumpuan para pelancong. Dulu binatang-binatang
      di sini menjadi buruan manusia tapi kini dilindungi
      dan menjadi tontonan manusia."

      Setelah Ketua Satu KUBITAK habis berucap,
      Yang Mulia Merak pula berucap.

      Antara ucapannya sedia memberi sokongan kepada
      setiap aktiviti yang diadakan oleh KUBITAK dan
      sedia membantu jika ada masalah yang hendak
      diselesaikan. Yang Mulia dengan senang hati
      menghadiahkan kepada KUBITAK sebuah Taman Bunga
      seluas dua ratus hektar untuk ahli-ahli KUBITAK
      beristirehat tanpa diganggu oleh manusia.
      Beliau juga berharap KUBITAK akan terus maju
      untuk mengharumkan nama Tasik Kenyir.

      Mahupun pihak perwakilan dan pemerhati begitu
      resah tidak sabar-sabar lagi menantikan keputusan.
      Melihat dari suasana itu rata-rata mengatakan kancil
      akan tewas yang menang gajah. Melihat dari air muka
      kancil yang resah ternyata dia akan tewas manakala
      gajah begitu yakin akan menang kerana penyokong-
      penyokongnya begitu banyak.

      Pengundian dijalankan secara tertutup. Setelah selesai
      pembuangan undi, mereka berehat selama satu jam setengah.
      Masing-masing bercerita sesama sendiri mengatakan kancil
      akan tewas kali ini. Jika kancil tewas bererti banyaklah
      perubahan KUBITAK akan berlaku secara mendadak.

      Semua jenis binatang baik besar mahupun kecil akan sedia
      diberi bantuan baik dari segi moral mahupun materiel agar
      tidak ketinggalan untuk dikenali sebagai binatang popular.
      Itulah janji gajah sekiranya dia menang.

      Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman siapakah
      yang dipilih oleh perwakilan untuk menerajui Ketua Satu
      KUBITAK yang baru.

      Semuanya seperti terpaku apabila diumumkan kancil menang
      42 undi manakala kajah 15 undi, undi rosak 1. Seakan tak
      percaya dengan keputusan itu. Tapi itulah yang benar.
      Suasana yang riuh pada awalnya menjadi muram. Seakan mereka
      tidak dapat menerima dengan keputusan itu.

      Jelas terbayang di wajah masing-masing kekecewaaan.
      Yang mana kecewa lekas-lekas keluar dari situ.
      Tidak mahu lebih lama.

      Kancil tersenyum lebar apabila diumumkan sebagai pemenang.
      Tapi hatinya Tuhan saja yang tahu betapa bimbangnya dia di
      awal pertarungan. Kini dia boleh meneruskan perjuangannya
      kembali. Barangkali dia akan membuat perubahan kerana dia
      takut peristiwa ini berulang kembali.

      "Saya dari kumpulan seladang ingin mengatakan yang kalah
      tak semestinya ia tewas! Dan yang menang tak semestinya
      ia berjaya, justeru marilah kita sama-sama berganding
      bahu untuk berkerjasama di antara satu sama lain.
      Janganlah jadikan pertandingan ini sebagai jalan untuk
      menuju perpecahan sesama sendiri. Jadikan pemilihan pada
      hari ini sebagai ikhtibar di masa-masa akan datang."

      Ketua Satu RASAKSA keluar dari dewan. Di wajahnya tidak
      langsung menampakkan kekecewaan. Beberapa wartawan dari
      pelbagai media massa meluru kepadanya.

      "Apa pendapat tuan hamba mengenai kegagalan tuan hamba
      menjadi pucuk pimpinan?" Tanya merbuk dari akbar Burung.

      "Ini menandakan bahawa ahli KUBITAK tidak mahu adanya
      perubahan," jawabnya tenang.

      "Adakah tuan hamba akan memberikan kerjasama kepada KUBITAK?"
      sampuk zirafah wartawan dari majalah, "ZIRA"

      "Iya hamba akan memberikan kerjasama kepada KUBITAK
      walaubagai manapun idea yang ingin hamba serapkan kepada
      KUBITAK akan hamba serapkan kepada RASAKSA juga. Hamba buat begini asalkan dapat mempopularkan binatang-binatang
      Tasik Kenyir keseluruhannya."

      Karya Ratu Rimba Niagara
      12 April 2013
      Like ·  · Promote

  3. Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya telah pun membuat pengumuman menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 20 April ini, dan tarikh mengundi pula adalah pada 5 Mei 2013. Ini bermakna dalam lebih 3 minggu lagi kita sama-sama akan dapat bertindak bagi menentukan perjalanan negara kita seterusnya.

    Sekiranya keamanan dan kemajuan yang anda inginkan, maka teruslah menyokong Barisan Nasional (BN) kerana sepanjang lima tahun yang lalu, kami sudah pun membuktikan yang program transformasi telah berjaya membawa kemajuan kepada Malaysia. Hari ini, anda dapat melihat sendiri hasil dan pencapaian kami.

    Namun begitu, tanggungjawab kita masih belum berakhir. Dengan batu asas yang telah dibina sepanjang lima tahun ini, kami yakin lebih banyak lagi yang boleh direalisasikan sekiranya kami diberi mandat dan kepercayaan untuk meneruskan usaha kami ini, insyaAllah. Dalam meneruskan tradisi menepati janji membawa harapan, kami telah mengumumkan Manifesto yang merupakan Aku Janji kami kepada rakyat untuk tempoh pentadbiran seterusnya. Manifesto tersebut boleh anda lihat dalam bentuk paparan grafik (http://www.1malaysia.com.my/blog/pru13-menepati-janji-membawa-harapan/) dan ringkasannya (http://www.1malaysia.com.my/manifesto/) di laman web saya. Jangan lupa untuk berkongsi maklumat ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda.

    Tidak lama lagi, kami akan mengumumkan senarai calon yang bakal mewakili BN pada PRU 13 . Kesemua calon-calon yang dinamakan adalah ahli-ahli BN yang begitu berdedikasi dan mengambil berat terhadap masalah rakyat. Saya harap anda akan dapat meluangkan sedikit masa untuk mengenali mereka dengan lebih dekat lagi, mengetahui apakah perubahan yang mereka ingin bawa, dan apakah wawasan mereka terhadap kawasan yang mereka wakili serta negara.

    Hari ini kami telah melancarkan Kit Tindakan Online yang boleh anda muat turun dihttp://www.1malaysia.com.my/en/action/action-kit/ sebagai tanda sokongan anda secara online kepada kami di BN. Dengan sokongan anda itu, kita dapat bersama-sama memastikan impian kita semua untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang aman, maju dan makmur pada masa akan datang dapat dicapai.


    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA & NAJIB RAZAK)
    12 April 2013 



0 comments:

Post a Comment

 
;