TENGKU ADY SHAH PUTRA
Karya Ratu Rimba Niagara
"Negeri kita ni...semuanya ada tapi malangnya
satu yang kurang," kata hulubalang.
"Maksud tuan hamba?" tanya Datok Bendehara
kebingungan.
"Negeri kita tak beraja...walaupun negeri
kita gagah perkasa tapi tidak dihormati orang
kerana kita tak mempunyai raja, apa kata..."
kata Hulubalang terhenti di situ.
"Teruskan...teruskan... saya sedia mendengar
pendapat tuan hamba."
"Apa kata kita buat surat permohonan untuk
memohon Raja dari Sumatera untuk ditabalkan
menjadi Raja kita."
"Bagus benar cadangan tuan hamba itu...saya
akan membuat surat permohonan manalah tahu
anak Raja Sumatera itu setuju."
Datuk Bendehara terus mengarang surat dan
surat itu hulubalang membawa bersamanya untuk
dikemukakan kepada Raja Sumatera.
Sepurnama sampailah hulubalang ke Sumatera.
Dia disambut baik oleh Raja sumatera.
"Ampun Tuanku moga patik dapat diampun,"
kata hulubalang.
"Apakah hajat tuan hamba hingga sampai di
Istana Beta," tanya baginda dengan nada
lembut.
"Ada pun patik datang adalah untuk menyampaikan
warkah ini kepada Tuanku." Hulubalang memberikan
surat Datuk Bendehara kepada Raja Sumatera.
Raja Sumatera membaca dengan penuh kusyuk sambil
mengganggukkan kepala.
"Beta sungguh gembira menerima berita ini...beta
mempunyai lima orang Putra, suruhlah Datuk
Bendehara mimilih salah satu di antaranya."
"Kalau begitu titah tuanku , patik akan mengiringi
kelima-lima Putra Tuanku, tahulah kami siapa yang
layak di antaranya.
"Ada pun patik datang adalah untuk menyampaikan
warkah ini kepada Tuanku," hulubalang memberikan
surat Datok Bendehara kepada Raja Sumatera.
Datok Bendehara begitu tertarik sekali dengan Tengku
Arsyad Indradi iaitu anak Raja Sumatera yang sulung.
Tambahan pula anak gadisnya Dang Seri Purnama telah
jatuh hati dengan Tengku Arsyad Indradi.
Di hari perkahwinan mereka berdua ditabalkan menjadi
Raja dan Permaisuri. Rakyat jelata bergembira kerana
mereka sudah mempunyai Raja dan Permaisuri.
Adapun sudah ditabalkan menjadi Raja, Tengku Arsyad
Indradi masih ragu-ragu lagi terhadap keempat-empat
kesemua adindanya iaitu Tengku Arif Rachman, Tengku
Agus Susanto, Tengku Agustus Nugroho dan Tengku
Ady Syah Putra.
Tengku Arsyad Indradi memanggil kesemua adindanya
sambil berkata.
"Tujuan kanda memanggil adinda semua ke mari adalah
untuk memberitahu..."
"Apa dia kanda?" Tanya Tengku Agus Susanto.
"Dinda-dinda bolehlah pulang....kasihan ayahanda
dan bunda kesunyian."
"Kanda ...bukan dinda tak mahu pulang tapi dinda
rasa dinda belum puas lagi hendak tinggal di sini,"
jawab Tengku Arif Rachman.
"Bagaimana pula dengan dinda-dinda bertiga?"
"Dinda pun begitu," jawab mereka bertiga serentak.
Tengku Arsyad Indradi berasa kecewa kerana semua
adindanya tidak mahu pulang. Baginda mengupah
tukang masak Istana menaruh racun pada makanan
yang akan menjadi santapan keempat-empat adindanya.
"Dengar sini... Rahsia ini biar pecah di perut
jangan pecah di mulut! paham tak?" ugut Tengku
Arsyad Indradi.
"Patik paham Tuanku...patik akan simpan rahsia ini
walaupun nyawa patik menjadi taruhan."
"Bagus tu...ambil ini sebagai upah," Tengku Arsyad
Indradi memberikan dua keping syiling emas kepada
tukang masak Istana lalu beredar dari situ.
"Ha...sedapnya lauk hari ni...rasanya dinda tak
sabar lagi hendak menjamahnya," kata Tengku
Agustus Nugroho terus menjamah makan yang terhidang.
Selesai saja makan dia rebah dan mulutnya berdarah.
"Dinda...! Dinda...! " Laung Tengku Arif Rachman.
"Aduh....! Sakitnya dinda ...larilah cepat dari sini
kalau kanda lambat ...kanda akan mati dibunuh...
pergilah beritahu kanda-kanda yang lain...aduh bisanya...
Tengku Agustus Nugroho menghembuskan nafasnya yang
terakhir.
Tidak berapa lama kemudia Tengku Susanto dan Tengku
Ady Syah Putra datang.
"Apa sudah jadi dengan dinda Tengku Agustus Nugroho?"
Tanya Tengku Ady Syah Putra.
"Dinda Agustus Nugroho telah pergi meninggalkan kita."
"Apa?"
"Marilah kita lari dari sini kanda...kita sudah kesuntukan
masa."
Mereka bertiga meninggalkan istana, melarikan diri masuk
ke dalam hutan belantara.
"Beta mahu kalian kejar mereka sampai dapat...kalau perlu
bunuh mereka semua? paham?" tengking Tengku Arsyad Indradi
kepada hulubalang Istana.
"Faham Tuanku."
Tiga orang Putera Raja itu tidak menyedari bahawa mereka
sedang diburu oleh pengawal-pengawal kekanda mereka
Tengku Arsyad Indradi.
"Kanda berdua berehatlah di sini...kanda nak pergi mencari
buah-buahan," kata Tengku Ady Syah Putra.
"Baiklah dinda....hati-hati dinda," teriak Tengku
Agus Susanto.
Alangkah terperanjatnya Tengku Ady Syah Putra apabila
didapatinya kedua-dua kekanda yang disayanginya mati
dibunuh. Tanpa membuang masa lagi dia terus melarikan
diri meredah hutan belantaraa.
Sampai di sebuah kampung Tengku Ady Syah Putra menukarkan
nama kepada Abdul Rahman. Di kampung itulah Abdul Rahman
memulakan hidup baru tanpa diketahui oleh semua penduduk
kampung , dialah adik kepada Tengku Arsyad Indradi.
"Saya berkenan dengan si Abdul Rahman . Orangnya rajin
dan baik hati pula," kata Mak Munah kepada suaminya.
"Saya faham apa maksud awak itu ye," jawab Pak Deli.
"Si Azizah pun dah suka dengan Si Abdul Rahman tu...
apa lagi yang hendak ditunggu. apa kata kita adakan
kenduri perkahwinan mereka berdua pada penghujung tahun
ini. Apa pendapat awak?" kata Mak Munah.
"Kalau awak setuju...saya pun setuju," kata Pak Deli
merestui perhubungan anak gadisnya dengan Abdul Rahman.
Abdul Rahman berkahwin dengan Azizah ketika berumur dua
puluh tujuh tahun. Azizah ketika itu berusia sembilan
belas tahun.
Hidup mereka bahagia hinggalah dikurniakan lapan orang
cahayamata tiga lelaki dan lima perempuan.
Tiga puluh lima tahun telah berlalu. Abdul Rahman ketika
itu berusia enam puluh dua tahun. Isterinya Azizah telah
meninggal dunia sebelumnya.
Telah empat tahun Abdul Rahman kehilangan isteri.
Selama itulah Abdul Rahman pergi ke kubur isterinya
membacaYasin pada setiap hari.
Pagi dari pukul tujuh hingga lapan, petang pukul empat
hingga lima. Hinggakan tanah perkuburan yang berhampiran
dengan isterinya dibersihkan.
Hari itu cuaca mendung. Hujan akan turun bila-bila masa
saja.
"Bapak...Hari nak hujan... Tak usahlah bapak pergi
kubur emak hari ni ye...bapak pun tak sihat," nasihat
anaknya Seman.
"Seman sudah empat tahun bapak pergi ke kubur emak kau...
Hujan atau ribut bapak tetap pergi. Kalau bapak tak
pergi, bapak rasa macam tak lengkap aje hidup bapak ni..."
Abdul Rahman terus berlalu meninggalkan anaknya Seman.
Sampai di tanah perkuburan kepala Abdul Rahman terasa
sakit. Dipaksakan juga berjalan walaupun perlahan-lahan.
Akhirnya sampai juga Abdul Rahman ke kubur isteri yang
dicintainya itu. Habis saja dia membaca surah Yasin
Abdul Rahman terus rebah. Hujan turun dengan lebatnya.
"Bang...Pergilah tengok bapak tu...Risau pulak hati
Midah...hujan terlalu lebat," kata Hamidah isteri Seman.
"Bapak tu degil...Orang kata jangan pergi nak pergi juga..."
rungut Seman sambil menyarungkan baju hujan. Dia keluar
dengan basikal usangnya.
Alangkah terperanjatnya dia apabila di lihat dari jauh
bapanya rebah di tanah sambil tangannya memegang batu
nisan isterinya. "Bapak!!!" Laung Seman.
Daun pintu diketuk, "Midah...Midah..." jerit Seman.
"Abang!! Apa dah jadi dengan bapak ni?" Tanya Hamidah
cemas.
"Bapak....Bapak...dah pergi...."
"Apa? Innalillah Wainnailaihirajiun..."
Semua anak-anak Abdul Rahman balik. baik yang jauh mahupun
yang dekat. Seman teringat peristiwa seminggu yang lalu.
"Apa yang bapak buat tu....boleh Seman tengok?"
"Tak boleh....Kalau kau nak tengok tunggulah bapak dah mati.
kau tengoklah apa yang ada dalam peti besi ini."
"Bapak ni dengan Seman pun nak berahsia...Seman ni bukan
orang lain...darah daging bapak juga....!" kata Seman berjenaka.
"Apa yang abang fikirkan tu..."tanya Siti Hawa adik Seman.
"Baru abang teringat..." Seman terus masuk ke bilik bapanya.
Dibuka peti besi. Alangkah terperanjatnya dia apabila
didapati dari dokumen yang ada dalam peti besi itu bapanya
adalah keturunan Raja Sumatera. Seman memberikan dokumen
kepada Tuk Penghulu.
"Bapak kau ni berdarah Raja...Sebelum dia dikebumikan eloklah
kita pergi ke Istana untuk mendapatkan pengesahan samada
benar ataupun tidak."
Dokumen itu ditunjukkan kepada Raja yang memerintah iaitu
anak kepada Tengku Arsyad Indradi. Baginda telah pun
mangkat tiga tahun yang lalu.
"Memang benarlah Tengku Ady Syah Putra bapa saudara Beta.
Beta mahu bapa saudara Beta dimakamkan secara adat istiadat
diRaja," titah Tengku Badaruddin.
"Baiklah Tuanku."
Kemangkatan Tengku Ady Syah Putra menjadi tanda tanya kepada
penduduk kampung yang tidak tahu salasilah Abdul Rahman yang
sebenarnya berdarah anak Raja Sumatera Indonesia.
Karya Ratu Rimba Niagara
12 April 2013
WW
TANAH NENEK MOYANGKU
Tanah nenek moyangku
Telah tercatat dan termaktub
Itu tanah nenek moyangku
Telah wujud tika aku belum lahir ke dunia
Tanah nenek moyangku di usahakan nenek moyangku
Untuk diwarisi ke anak cucu
Dibahagi sama rata
Tanpa seinci pun dikurangkan
Tanah nenek moyangku
Telah se abad nenek moyangku pergi ke alam barzah
Kini telah bergolak
Menjadi rebutan penyelewengan
Akibat mereka yang tamak haloba
Tanah nenek moyangku
Telah diselewengkan oleh dia yang tamak
Kerana ketamakan dia itu
Pewaris-pewaris dihalau
Angkara tiada tinta hitam putih
Tanah nenek moyangku
Terlara duka
Roh-roh moyangku di alam barzah merintih
Ditinggalkan harta pusaka bukan untuk menjadi pergaduhan
Hingga putus talisiraturrahim anak cucu cicit
Jika tidak diselesaikan oleh anak cucu pasti merana roh-roh mayangku
Kerana harta pusaka ditinggalkan untuk menjadi rebutan si tamak haloba...
Tanah nenek moyangku
Bergerimis
Bergerhana
Berduka
Mendung berarak lalu
Lalu hujan ribut petir sambung menyambung
Memprotes pada anak cucu
Tolong ringankan derita roh-roh moyangku
Yang sudah tidak difikirkan harta yang ditinggalkan
Yang difikirkan amalan soleh yang telah dibuat tika hidup
Alam kubur hanya nenek moyangku saja tahu
Tika ini dia sedang diazab atau menikmati Syurga Firdausi
Moga moyangku aman di alam kubur....
Tapi bisakah nenek moyangku aman jika
Tanah pusaka yang ditinggalkan
Menjadi pergaduhan sehingga memutuskan talisiraturrahimi anak cucu
ALLAHU AKBAR kasihan sungguh moyangku
Ya Allah berilah aku kekuatan untuk membantu roh-roh moyangku
Menyelesaikan masalah ini....
Niat hatiku mahu tanah pusaka moyangku kuinfakkan ke jalan-Mu Ya Allah
Tapi dia terlalu tamak
Dia yang menukar syarat nama nenek moyangku kepada namanya Ya Allah
Hingga kami anak cucu nenek moyangku dizalimi dianiaya sesuka hati....
Ya Allah berilah yang hak kepada yang berhak
Lembutkanlah hati si tamak haloba itu memulangkan semula
Hak nenek moyangku kepada pewaris-pewarisnya cara adil
Lembutkan hatinya Ya Allah kerana aku tak mahu nenek moyangku terseksa
Ya Allah tiada daya dan upaya aku lagi Ya Allah
Tanah biarpun seinci di muka bumi ini tiada siapa yang punya
Semua-Nya Kau yang punya
Manusia ini sebagai menumpang teduh saja buat semetara...
Aku bertemu si tamak haloba itu...
Ini tanah nenek moyangku
Ini tanah pusaka aruah yang telah meninggal dunia
Kita terima sajalah bahagian kita yang diberikan....
"Cakap orang mati tak bolelh pakai" Allahu Akbar egonya dia Ya Allah
Ya Allah kerana aku adalah pencinta kedamaian
Lembutkan hatinya untuk memulangkan semua hak si pewaris
Jika dia masih lagi berkeras hati Ya Allah
Terang-terangan dia telah mencabar kerja-Mu Tuhan
Sedangkan KAU tidak boleh sesiapa boleh mencabar-Mu
KAU MAHA BERKUASA
KAU MAHA KUAT
KAU MAHA GAGAH
KAU MAHA ADIL
KAU MAHA PENGASIH
KAU MAHA PENYAYANG
DEMI KEMULIAAN-MU
DEMI KEAGUNGAN-MU
DENGAN BELAS KASIHAN-MU TANPA BATAS
KAU BERSAMA SETIAP NIAT YANG BAIK
MAKA-NYA YA ALLAH
AMPUNKAN ROH-ROH NENEK MOYANGKU
AMPUNKAN IBUBAPAKU
AMPUNKAN HAMBA-MU YANG MENZALIMI SEMUA PEWARIS
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
HAMBA-MU YANG HINA LAGI KERDIL
2 Jamadilakhir 1434
12 April 2013
DARI ALLAH KITA DATANG DARI ALLAH KITA DIKEMBALIKAN
BIARPUN TANAH 1 BUMI INI MILIK KITA TAPI KE KUBUR JUGA KITA
YA ALLAH SWT
KAU MAHA PEMAAF
MAHA SUKA MEMAAF
AMPUNLAH DAKU HAMBA-MU
IBUBAPAKU DAN SEMUA MAKHLUK ISLAM-MU SAUDARA HAMBA
W
;
0 comments:
Post a Comment