Saturday, 13 April 2013 0 comments
NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (238) TERSURAT DALAM KARYA-KARYA KEROHANIAN & KEINSAFAN
- MOGA KITA BUKAN SI PENGADU DOMBA
Mengadu domba bikin jelek hati,
Yang dengar mesti tersedak;
Dendam kesumat sampai ke mati,
Karna hati sudah meledak.
Mengadu domba membawa padah,
Orang mendengar naik menyampah;
Apalah makna hidup pembawa musnah.
Kalau begitu lebih baik jadi sampah.
Mengadu domba hidup bagaikan sampah,
Elok dibakar agar semuanya aman;
Tiada lagi orang menyampah,
Semuanya hidup merasa aman.
Mengadu domba bawa celaka,
Negara aman jadi musnah;
Hidup jangan membawa celaka,
Lebih baik lekas mati dari menjadi pemusnah.
Mengadu domba yang baik jadi jahat,
Hari-hari pikirkan kejahatan;
Hinanya si pengadu domba yang jahat,
Syaitan dan iblis punca kejahatan.
Mengadu domba membawa kemusnahan,
Melaga-lagakan dua hati dua negara;
Ikatan yang baik terus dipunahkan,
Gara-gara pengadu domba hilang hidup bernegara.
Mengadu domba banyak buruk dari baiknya,
Dendam kesumat akan terus membara-bara;
Kedamaian tiada lagi ada di hatinya,
Yang ada niat jahat sentiasa membara-bara.
Mengadu domba harus dijauhkan,
Jangan diamalkan dalam hidup kita;
Bahayanya menjerumuskan kemusnahan,
Barulah berarti hidup kita semua.
Bahagia hidup tanpa mengadu domba,
Semuanya hidup dalam aman dan damai;
Saling berbakti itulah hidup seorang hamba,
Hamba-Nya yang mahu pulang dengan hati damai.
Karya Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
12 April 2013
PDRM & ATM TANPAMU SIAPALAH KAMI
MOGA SYAHIDMU DITERIMA ILAHI AAMIIN
TANPA PDRM & ATM
NEGARA KITA
PASTI TIDAK AMAN
KUCAR KACIR SANA SINI
MUSUH MENYUSUP MASUK
INGIN MENJAJAH NEGARA
BERLAKULAH PEPERANGAN
PERTUMPAHAN DARAH
RAKYAT TAK BERDOSA MENJADI MANGSA
DEMI KEDAULATAN AGAMA BANGSA & NEGARA
PDRM & ATM BERSATU HATI
SEDIA BERKHIDMAT UNTUK KESELAMATAN RAKYAT
NYAWA DIPERTARUHKAN
MATI DIRELAKAN
UNDUR DI MEDAN JUANG TIDAK SAMA SEKALI
ASALKAN DAPAT MENJEJAK
MENGHAPUSKAN MUSUH DURJANA
SAMPAI SATU PUN TAK TERTINGGAL
DALANG KEPADA NEGARA
AKAN DIHANCURKAN
KERANA DALANGNYA ITULAH
NEGARA MENJADI KUCAR KACIR
MENGGANGGU KETENTERAMAN NEGARA
KERANA KESELAMATAN NEGARA DAN RAKYAT
MENJADI KEUTAMAAN PDRM & ATM
MAKANYA KAMI SENTIASA BERSIAP SIAGA
BILA-BILA MASA
BERJAGA-JAGA
MEMPASTIKAN
BUMI MALAYSIA TERCINTA INI
AMAN DAMAI TENANG
SETENANG HATI-HATI YANG MAHU TENANG
DI KALA HIDUP DAN MATI
ANDAINYA KAMI GUGUR
DALAM TUGAS MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA
TABURKAN BUNGA-BUNGA IBU PERTIWI
DIIRINGI DOA MOGA KAMI SYAHID DIMAKBULKAN-NYA
INILAH INTIPATI PERJUANGAN KAMI HAKIKAT-NYA
BERJUANG TANDA KASIH SAYANG KAMI PADA RAKYAT & NEGARA
FISABILILLAH DEMI KERANA ALLAH AZZAWAJALLAH
IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
13 April 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PDRM & ATM
YANG RELA GUGUR DI MEDAN JUANG BAGI MEMPERTAHANKAN
KEDAULATAN NEGARA TERCINTA MOGA NIAT SUCI IKHLASMU
ITU DIBALAS SYAHID YANG DITERIMA ALLAH SWT AMIIN)
13 April 2013
www
0 comments:
Post a Comment